KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT DAN MAJLIS PELANCARANNYA 1
KEMPEN GAYA
HIDUP SIHAT
DAN MAJLIS
PELANCARANNY
A
1
KERTAS KERJA
KEMPEN
PENDAHULUAN
2
Sambutan kempen gaya hidup sihat dilaksanakan setiap tahun di sekolah
selaras matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan masyarakat
Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat. Pengamalan gaya hidup sihat amat penting,
ini kerana kehidupan moden sekarang ini dan kemudahan yang ada menjadikan
generasi muda sekarang tidak aktif –seperti amalan menonton tv, video dan bermain
permainan komputer terlalu lama, adalah gaya hidup yang tidak aktif. Kehidupan yang
tidak aktif boleh menyumbang kepada terjadinya kegemukan dan risiko mendapat
penyakit. Oleh yang demikian kesedaran tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup
sihat di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat.
Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat
memanfaatkan aktiviti ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan
murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang
mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan negara sekaligus
memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.
Para pelajar perlu hidup cergas dan aktif untuk sihat. Kehidupan yang aktif dari
segi fizikal adalah penting untuk meningkatkan taraf kesihatan individu. Sebagai
golongan pelapis generasi akan datang, mereka perlu hidup cergas dan sihat agar
mereka dapat memberikan sumbangan secara optima kepada kemajuan negara sejajar
dengan konsep ‘Rakyat Sihat, Negara
OBJEKTIF DAN MATLAMAT
3
Objektif utama untuk projek ini ialah untuk memupuk kesedaran pengamalan
gaya hidup sihat dalam diri pelajar. Ia juga bertujuaan untuk menjelaskan komponen
kecergasan dan menjelaskan amalan aktiviti fizikal sepanjang hayat. Objektif projek ini
juga ialah untuk mengajar pelajar cara-cara pengambilan makanan yang sihat dan
menjelaskan tentang kepentingan hidup cergas dan aktif. Matlamat bagi kempen ini
ialah, memupuk kesedaran dan pengetahuan dalam diri pelajar tentang kepentingan
untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Ia juga bertujuan membantu pelajar, tentang
bagaimana pengambilan makanan yang sihat dan memupuk minat peljar untuk terlibat
dengan aktiviti fizikal seperti bersukan dan bersenam.
TEMA : Kempen Gaya Hidup Sihat
TARIKH : 11 April 2011
MASA : 8.00 pagi – 6.30 petang
TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Batu Lintang
MAJLIS PELANCARAN
4
Acara Perasmian Pembukaan
TARIKH : 11 April 2011
MASA : 8.00 pagi
JEMPUTAN : Dr. Ahmad Firdaus bin Yusoff
(Pegawai Kesihatan Daerah Kuching)
Acara Perasmian Penutupan
TARIKH : 11 April 2011
MASA : 5.30 petang
JEMPUTAN : Dr. Ahmad Firdaus bin Yusoff
(Pegawai Kesihatan Daerah Kuching)
Aturcara Kempen Gaya Hidup Sihat
Bil Masa Perkara
1. 8.00 - 8.05 Bacaan doa
2. 8.05 - 8.10 Ucapan alu-aluan oleh Guru Penasihat Kelab Sukan dan Rekreasi, Encik
Saiful Nizam Bin Ismail
3. 8.10 - 8.20 Persembahan aerodansa oleh pelajar tahun tiga SK Batu Lintang
4. 8.20 - 8.30 Persembahan tarian oleh pelajar tahun lima SK Batu Lintang
5. 8.30 - 8.40 Demonstrasi cara-cara mencuci tangan oleh Persatuan Doktor Muda SK
Batu Lintang
6. 8.45 - 8.50 Ucapan oleh Guru Besar SK Batu Lintang
7. 8.50 – 9.00 Ucapan perasmian oleh Dr. Firdaus bin Yusoff
8. 9.00 Majlis bersurai
KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN
5
Kumpulan sasaran bagi kempen Gaya Hidup Sihat ini ialah, terdiri daripada
murid-murid Sekolah Rendah Kebangsaan Ongkilan. Semua peserta terdiri daripada
murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
KATEGORI PESERTA JUMLAH PESERTA
Tahun 1 18
Tahun 2 16
Tahun 3 17
Tahun 4 17
Tahun 5 17
Tahun 6 15
Jumalah keseluruhan peserta 100
AHLI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA INDUK PELAKSANA
PENGERUSI : Nor Azeera Binti Azman
TIM PENGERUSI : Nur Farahiyah Binti Mat Ghani
SETIAUSAHA : Kattrychia Bt Sipawa
TIM SETIAUSAHA : Florinna Tan
BENDAHARI : Nurul Afiqah Binti Zainudin
TIM BENDAHARI : Aaron Jim James
KETUA AJK : Yoon Ji Hoo
: Frankie Ishak Tan
AHLI JAWATANKUASA KECIL PELAKSANAAN
6
URUSETIA
1. Nur Farahana Bt Ismail2. Muhammad Yusof B Fariz3. Wan Hazeera Bt Wan Daud
SOSIAL, KEBAJIKAN DAN KESIHATAN
1. Jacobraj A/L Subramaniam @ Solomon2. Amalina Binti Mohd Nawawi
MAKANAN DAN MINUMAN
1. Intan Syuhada Bt Razali2. Fatin Nabilah Bt Yasim
DISIPLIN DAN KESELAMATAN
1. Tang Chu Ching2. Mohammad Faisal Bin Muhamad Fauzi
PROGRAM DAN BUKU ATUCARA
1. Norizatul Aini Binti Abdullah2. Nornissa Bt Merjuki3. Nora Hafizah Bt Suhaili
KEBERSIHAN
1. Clement Wong Kiing Yiing2. Izwan Nasri B Che Ibrahim
PERALATAN DAN JURUTEKNIK / PEMBESAR SUARA
7
1. Amir Asraf B Abu2. Muhammad Syafiq B Abdul Aziss3. Muhammad Syafiq B Ahmad Kasman
SIJIL DAN CENDERA KENANGAN
1. Subang Anak Steven2. Muhammad Sharif B Taif
HIASAN PENTAS DAN BACKDROP
1. Andre Ningkan Anthony2. Melvin Minsun
SURAT JEMPUTAN
1. Shirley Peter2. Dayangku Farah Ana Bt Zainudin3. Marcella Marcellus
PUBLISITI DAN KAIN RENTANG
1. Vianah Toh2. Chen Vui Loong3. Tay Lee Yong
BACAAN DOA
1. Ustaz Aiman Bin Shahrul
PROTOKOL
8
1. Siti Norsaedah Bt Che Mansor2. Siti Mirani Bt Che Ibrahim
BILIK MESYUARAT
1. Nurul Hakimah Bt Nordin2. Anis Sofea Bt Samsudin
BILIK TETAMU KHAS
1. Goo Jun Pyo2. Geum Jan Di
TEMPAT MESYUARAT, PERASMIAN DAN PENUTUPAN
1. Aznie Arniza Bt Ahmad2. Muhammad Hamdan B Ramli
PERBELANJAAN
9
BIL JENIS KOS KOS PER UNIT(RM)
UNIT JUMLAH (RM)
1. KOS JEMPUTAN/KAD
Kad Jemputan VIP ( 4 Unit ) 10 1 10
2. KOS SIAR RAYA
Kain Rentang (1 Unit) 25 1 25
3. KOS PENGURUSAN TEMPAT
Hiasan Tempat 200 1 200
4. KOS ATUR CARA MAJLIS /
PENGURUSAN
Kad Atur Cara Majlis 2 1 2
Borang Pendaftaran Peserta 0.05 100 5
Alatan Tulis Pendaftaran 25 1 25
5. KOS MAKANAN
Sarapan Pagi
VIP 5 1 5
Peserta 2 100 200
Urusetia 2 45 90
Makan Tengah Hari
Peserta 3 100 300
Urusetia 3 45 135
Minum Petang
VIP 3 1 3
6. KOS CENDERAHATI
Cenderahati VIP 50 1 50
7. LAIN-LAIN 50 50
JUMLAH KESELURUHAN RM 1100
PENDAPATAN
10
BIL SUMBER PENDAPATAN JUMLAH (RM)
1. Peruntukkan sekolah 500
2. Sumbangan kantin sekolah 100
3. Sumbangan Guru Besar 200
4. Sumbangan PIBG 300
JUMLAH KESELURUHAN RM 1100
PENUTUP
Diharapkan kempen Gaya Hidup Sihat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
dan dapat mencapai objektif yang dingini. Adalah diharap aktiviti-aktiviti sihat ini terus
berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua murid. Diharap wujudnya
kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat dalam diri setiap murid. Semoga
usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat
sepenuhnya kepada murid-murid khususnya
LAMPIRAN
11
SENARAI NAMA PESERTA YANG TERLIBAT
KATEGORI
PESERTA
NAMA PESERTA JUMLAH PESERTA
Tahun 1
1. Yusuff Bin Zakaria
2. Rahman Bin Salleh
3. Muhammad Rasul Bin Abdullah
4. Wong Wei Liang
5. Wan Daniel Bin Wan Daud
6. Nur Batriyah Binti Borhan
7. Eei Ai Tay
8. Mohamad Zainal Bin Kamaruddin
9. Tan Min Juan
10.Siti Nur Adrianna Binti Kamarul Zaman
11.Mei Kuan Lee
12.Norman Bin Hajiman
13.Salleh Bin Ahmad Aiman
14.Siti Syahidah Binti Rahman
15.Che Lee Yong
16.Tay Lee Yong
17.Zain Bin Zainal
18.Lee soo Kun
18
Tahun 2
1. Sarah Nur Baiyah Binti Jali
2. Wan Mohamad Kamil Bin Wan Zakaria
3. Tang Wei Yuan
4. Sei Liang Fook
5. Nik Mohamad Roslan Bin Nik
6. Azamzury Bin Taib
7. Faris Bin Mohammad
8. Abdul Rahman Bin Yusof
9. Aliff Farhan Bin Jamsari
16
12
10.Nur Farah Nabilah Binti Ali
11.Syarifah Nur Aliyah Binti Syed Malik
12.Nurul Huda Binti Idris
13.Mohamad Syafiq Farhan Bin Alias
14.Zamzarina Binti Zamry
15.Borhanuddin Bin Ishak
16.Atisya Binti Samsuddin
Tahun 3
1. Ainul Mardiah Binti Solehuddin
2. Aimi Marini Binti Ramli
3. Subramaniam A/L Gopal
4. Siti Sarah Binti Jupirin
5. Fairuz Bin Halim
6. Aida Maisara Binti Haji Mahmud
7. Mohamad Amirul Hadi Bin Fauzi
8. Syarifuddin Bin Hamzah
9. Nur Syafiqah Binti Kosman
10.Aina Binti Tohan
11.Patrick Chong
12.Maria Tan
13.Mimi Shafiqah Binti Zaman
14.Rahman Bin Oman
15.Barmman Amoi
16.Welfred Willson
17.Shoneyfenica Molony
17
Tahun 4
1. Sabri Bin Tahir
2. Yee Ooi Mei
3. Zulkifli Bin Tajuddin
4. Sarah Zakiah Binti Adam
5. Mutusammy A/L Chandran
6. Muhammad Syaharuddin Bin Ibrahim
7. Aqeelah Munirah Binti Jamil
13
8. Angela Hii Ai Yin
9. Wong Sie Hui
10.Fedora Hsu Jin Wen
11.Wong Siaw Zin
12.Leong Guo Xiang
13.Bong Sze Yin
14.Shiella Pingin
15.Mohammad Hafiq Bin Weini
16.Mohd Yassin B Yahya
17.Suzanna Kelly Anak Nyiden
17
Tahun 5 1. Amberlea Sindong Anak Alex Griffin
2. Ham Kiet Lieng
3. Moi Ung Hou
4. Lin Ann Naa
5. Yip Jeunbiao
6. Betty Lau Chien Lu
7. Chua Ee Wang
8. Hanisah Binti Hasim
9. Mohammad Syafiq Bin Yusof
10.Zul Fazreen Bin Salikin
11.Elicia Anak Jonil
12.Muhammad Farid Bin Ismail
13.Syuhairah Binti Morni
14.Jenny Voon Shuk Nyung
15.Ng Chiat Sian
16.Lu Pik Ping
17.Carina Chan Hui Hung
18.Sia Siew Bing
17
Tahun 6 1. Yeong Chan Yeu
2. Sharifah Binti Jaman
3. Agnes Lee
14
4. Fiona Chung
5. Mohd Harman Bin Hasim
6. Murni Afiqah Binti Usop
7. Emiliza Binti Ripin
8. Wan Nasilla Binti Wan Adannan
9. Wong Toh Ung
10.Liew Lee San
11.Sia Kwong Kiat
12.Ng Hui Ping
13.Chong Siau Nee
14.Sia Soon Hung
15.Nur Afiqah Fatin Binti Saipullah
15
Jumlah Keseluruhan Peserta 100
TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI CATATAN
8.00 am Majlis perasmian kempen Gaya Hidup Sihat Semua warga SK Ongkilan
Sepanjang
hari
Senamrobik Semua warga SK Ongkilan
Minum pagi Semua warga SK Ongkilan
Ceramah tentang Gaya Hidup Sihat Semua murid
Makan tengah hari Semua warga SK Ongkilan
Pertandingan bola sepak / Memasak Semua Murid
Majlis penutupan kempen Gaya Hidup Sihat Semua warga SK Ongkilan
Minum petang VIP
Majlis bersurai
15
CARTA ALIRAN PENGELOLAAN
KEMPEN
CARTA ALIRAN PENGELOLAAN KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT
AJURAN KELAB SUKAN & REAKREASI
16
PERSEDIAAN SEBELUM KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT
Persediaan ini dilakukan sebulan sebelum tarikh pelaksanaan Kempen Gaya Hidup Sihat
PERSEDIAAN SEMASA KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT
17
Mengadakan mesyuarat gerak kerja
Perlantikan ahli jawatankuasa pelaksanaan Kempen Gaya
Hidup Sihat yang terdiri daripada
ahli Kelab Sukan &
Reakreasi
Berbincang mengenai
aktiviti dan tentatif program bagi
Kempen Gaya Hidup Sihat
Menentukan tempat, tema menu bagi
aktivitiKempen
Gaya Hidup Sihat
Berbincang mengenai
sumber kewangan dan
pelan pengurusan perbelanjaan bagi
kempen tersebut
Berbincang mengenai
notis kempen yang akan
dipamerkan di sekitar
kawasan sekolah
Menentukan tetamu kehormat (perasmi)
bagi majlis perasmian dan sesi ceramah
kempen gaya hidup sihat dan
merangka isi kandungan surat jemputan bagi
tetamu kehormat
Membuat persiapan dewan dan
padang
Mengadakan raptai
bagi majlis perasmian
Memastikan AJK protokol dan penyambut tetamu sentiasa bersedia dengan persiapan mereka
Memastikan PA System dan alat pemancar berfungsi dengan baik
Memastikan tempat duduk yang mencukupi untuk para tetamu Mengedarkan buku program kepada tetamu kehormat dan penceramah
Majlis Perasmian dan Sesi Ceramah
Kempen Gaya Hidup Sihat
Memastikan kawasan padang selamat digunakan
Memastikan PA system berfungsi dengan baik
Menyediakan booth untuk AJK senamrobik
Menyediakan minuman bagi setiap peserta senamrobik
Slot Senamrobik dan
Aktiviti Memanaskan
Badan
18
Menyediakan booth pendaftaran bagi setiap pemain
Memastikan padang A dan padang B selamat untuk digunakan bagi pertandingan bola sepak
Menyediakan peralatan untuk pertandingan seperti bola, sarung tangan, skitter mencukupi bagi setiap perlawanan dan dapat digunakan
Memastikan hakim bagi setiap perlawanan hadir
Menyediakan minuman untuk hakim dan para peserta
Menyediakan booth untuk AJK keselamtan dan kecemasan
Memastikan AJK keselamatan dan kecemasan sentiasa bersedia
Menyediakan borang pemarkahan dan papan markah bagi setiap perlawanan
PertandinganBola
Sepak
Menyediakan jumlah makanan yang mengikut jumlah tetamu dan audiens
Memastikan AJK makanan bersedia dengan persiapan mereka
Menyediakan booth tempat mengambil makanan (bagi audiens) dan membuat persiapan di dewan makan untuk tetamu kehormat
Sesi Minum Pagi, Makan Tengahari
dan Minum Petang Bagi
Tetamu Kehormat
19
Memastikan AJK protokol dan hadiah bersedia dengan persiapan mereka
Memastikan PA System berfungsi dengan baik untuk slot persembahan daripada pelajar, guru dan staf sokongan serta tayangan video sepanjang kempen dijalankan
Tempat untuk audiens dan tetamu kehormat mencukupi dan kondusif
Menyediakan dulang untuk penyampaian hadiah dan sijil
Majlis Penutup
PERSEDIAAN SELEPAS KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT
20
Mengemas dan memulangkan semua peralatan yang digunakan sepanjang kempen dijalankan ke
dalam stor dan bilik peralatan khas, dan membersihkan kawasan
padang dan sekitar dewan
Menyediakan plastik samoah dan tong sampah untuk aktiviti gotong-royong sebelum majlis penutupan di
dewan sekolah
Mengadakan Mesyuarat Post Mortem Penilaian bagi aktiviti
sepanjang Kempen Gaya Hidup Sihat dijalankan
Semua ketua bagi setiap AJK induk Kempen Gaya Hidup Sihat membuat
perbentangan laporan tentang perjalanan aktiviti, kelemahan dan
menyatakan cadangan penambahbaikkan
Setiausaha bagi Program Kempen Gaya Hidup Sihat membuat laporan
keseluruhan berdasarkan post mortem dan laporan yang telah
dibentangkan oleh ketua setiap AJK induk
Menghantar surat penghargaan kepada tetamu kehormat dan penceramah atas kesudian
menghadirkan diri dalam kempen tersebut
Pelan susur atur dewan dan pentas
PELAN SUSUN ATUR DEWAN DAN PENTAS
21
PENTAS
PK HEM V.I.PGB PK 1 PK KOG.PNSIHT
GURU
PELAJAR
22
Atur cara majlis
pelancaran
ATURCARA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LINTANG
23
11 APRIL 2011 (ISNIN)
Bil Masa Perkara
1. 8.00 - 8.05 Bacaan doa
2. 8.05 - 8.10 Ucapan alu-aluan oleh Guru Penasihat Kelab Sukan dan Rekreasi, Encik
Saiful Nizam Bin Ismail
3. 8.10 - 8.20 Persembahan aerodansa oleh pelajar tahun tiga SK Batu Lintang
4. 8.20 - 8.30 Persembahan tarian oleh pelajar tahun lima SK Batu Lintang
5. 8.30 - 8.40 Demonstrasi cara-cara mencuci tangan oleh Persatuan Doktor Muda SK
Batu Lintang
6. 8.45 - 8.50 Ucapan oleh Guru Besar SK Batu Lintang
7. 8.50 – 9.00 Ucapan perasmian oleh Dr. Firdaus bin Yusoff
8. 9.00 Majlis bersurai
24
Surat
Rasmi
SURAT JEMPUTAN KEPADA TETAMU UNDANGAN
Encik Saiful Nizam bin Ismail,
Ketua Guru Penasihat Kelab Sukan dan Rekreasi,
25
SK Batu Lintang,
93200, Jalan Kolej ,
Kuching, Sarawak.
Dr. Ahmad Firdaus bin Yusoff,
Pegawai Kesihatan Daerah Kuching,
93200, Jalan Hospital, Kuching,
Sarawak. 5 APRIL 2011
Tuan,
SURAT JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN & PENUTUP KEMPEN GAYA HIDUP
SIHAT SK BATU LINTANG
Dengan hormatnya pihak tuan dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran & Penutup
Kempen Gaya Hidup Sihat Sk Batu Lintang.
2. Majlis diadakan bertujuan untuk memupuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan
pelajar SK Batu Lintang.
3. Masa, tempat , hari dan tarikh majlis tersebut adalah seperti di bawah:
Masa : 8.00 – 6.00
Tempat : Padang SK Batu Lintang
Hari : Isnin
Tarikh : 11 April 2011
4. Kehadiran pihak tuan ke majlis ini amatlah dialu-alukan. Kerjasama dari pihak tuan
amatlah kami hargai.
Sekian.
26
Saya yang menurut perintah,
---------------------------------------------
( ENCIK SAIFUL NIZAM BIN ISMAIL )
Ketua Guru Penasihat Kelab Sukan dan Rekreasi,
SK Batu Lintang.
27
TEKS
UCAPAN
UCAPAN SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LINTANG
28
Terima kasih saudara pengerusi majlis, Yang berbahagia Dr Ahmad Firdaus bin
Yusoff, Pegawai Kesihatan Daerah Kuching, Yang berusaha Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Batu Lintang Encik Zakuan bin Hussin, Yang dihormati Puan Saliza binti
Hamzah, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Yoon Jaesuk, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum Encik Fakrudin Ismail, guru-guru rakan
seperjuangan dan anak-anak murid yang saya kasihi sekalian. Selamat pagi dan salam
satu Malaysia. Terlebih dahulu saya selaku ketua guru penasihat Kelab Sukan dan
Rekreasi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung pada hari ini. Saya berharap agar kempen ini akan
mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada semua pihak. Tujuan kempen
ini diadakan bukan sahaja bagi meningkatkan semangat berkerjasama, tetapi untuk
membantu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan warga Sekolah Kebangsaan Batu
Lintang. Selain itu, diharap agar kempen ini dapat menyedarkan kita semua tentang
kepentingan gaya hidup sihat yang menjadi tema kita pada hari ini.
Sidang hadirin sekalian,
Pepatah arab ada menyebut bahawa orang yang mempunyai kesihatan adalah
orang yang mempunyai harapan dan orang yang mempunyai harapan akan
memperolehi segala-galanya. Kesihatan merupakan asas di mana terletaknya
kebahagian hidup seseorang dan ianya merupakan kekuatan sebuah negara. Dengan
mengamalkan gaya hidup yang sihat kita akan mendapat kesihatan yang baik. Gaya
hidup sihat bermaksud amalan tabiat yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan
meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Gaya hidup yang sihat adalah
faktor yang akan menentukan tahap kesihatan dan kecergasaan kita. Pada hari ini,
kebanyakan daripada masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai
masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah
kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan
rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian. Bagi mengelakkan masalah ini, kita
mestilah mengamalkan gaya hidup sihat dengan menguruskan hidup kita seharian
seperti makanan yang kita makan, banyak mana rehat yang diperolehi, aktiviti fizikal
29
dan riadah yang dilakukan dan juga amalan kesihatan harian yang positif. Selain itu
juga kita mesti sentiasa ingat tentang mengapa kita perlu mengamalkan gaya hidup
sihat. Apabila kita mengamalkannya, bukan saja kita merasa sihat kita juga akan
kelihatan sihat dan merasa gembira.
Kalau kita perhatikan, masyarakat kita pada hari ini kebanyakannya memang
tidak gemar bersenam dan menganggap bahawa aktiviti bersenam dan bersukan ini
tidak memberi impak yang besar kepada kehidupan. Mereka sibuk bekerja sehinggakan
tiada masa untuk beriadah. Aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan
kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh
menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian
atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui
oleh pakar perubatan bahawa ia mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia
lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi kita tinggi. Mereka yang gemar bersukan
biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang
yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin
tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada
badan yang cergas.
Kementerian kesihatan sering kali mengadakan pelbagai kempen kesihatan
untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang penjagaan kesihatan.
Penjagaan kesihatan ini perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam
kalangan masyarakat yang mempunyai masalah kesihatan. Mengapakah, kempen gaya
hidup sihat, “Tak Nak Merokok”, makanan berkhasiat dan kempen kecerdasan kurang
mampu mengubah pandangan masyarakat kita tentang kepentingnya menjaga
kesihatan sekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin ada sesetengah
golongan menyedari akan hakikat ini dan terdapat juga segelintirnya yang menganggap
kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia. Sesetengah golongan masyarakat
yang masih muda merasakan usia muda mereka menjadi tiket untuk mereka terus kekal
sihat. Bagi golongan yang berfikiran seperti ini, apakah jaminan mereka? Usahkan
menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah mengidap
30
pelbagai penyakit. Kita mesti ingat yang usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat,
tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh
menjalani hidup yang bermakna pada masa hadapan.
Pada hari ini, sempena hari keluarga ini, marilah kita sama-sama bebaskan diri
kita daripada pelbagai angkara yang berpunca daripada amalan tidak menjaga
kesihatan dan kecergasan diri. Mulai sekarang kita harus meningkatkan lagi azam
untuk mengamalkan budaya hidup sihat dan cergas. Mulakan usaha itu dari diri sendiri,
di rumah bersama keluarga dan yang lebih unggul lagi menjadi penggerak kepada
kegiatan-kegiatan menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Sihatnya tubuh
badan membawa kepada fikiran yang tenang dan cergasnya seorang insan
membolehkan ia memberi perkhidmatan berkesan untuk agama, bangsa dan negara
tercinta. Saya mengakhiri ucapan saya ini dengan serangkap pantun,
Jauh berjalan ke Batu Pahat,
Singgah mandi di Tasik Bera,
Walau tua biarlah sihat,
Agar hidup kekal sejahtera.
Sekian terima kasih.
31
PERATURAN DAN
SYARAT
PERTANDINGAN
PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MEMASAK
KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LINTANG
32
1.0 PERATURAN PERTANDINGAN
1.1 TARIKH, TEMPAT DAN MASA
Pertandingan ini akan diadakan pada 11 April 2011, iaitu pada hari Isnin bertempat
di Dewan Besar Sekolah Kebangsaan Batu Lintang. Pertandingan ini akan
berlangsung bermula pada pukul dua petang hingga pukul tiga petang.
1.2 SISTEM PERTANDINGAN
Pertandingan memasak yang akan dijalankan ini menggunakan sistem
pertandingan sekaligus. Sistem ini boleh dilaksanakan sekali sahaja. Semua
pasukan yang mengambil bahagian akan bertanding pada masa yang sama.
Kumpulan yang mendapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang.
1.3 KRITERIA PEMARKAHAN
Aspek Markah
Rasa 30%
Kebersihan 20%
Penggunaan Bahan Masakan 20%
Kaedah Masakan 20%
Kreativiti 10%
1.4 KATEGORI PERTANDINGAN
Pertandingan ini hanya terbuka kepada murid-murid perempuan Tahap Dua
Sekolah Kebangsaan Batu Lintang.
33
1.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada lima orang murid dan perlu bercampur
antara murid-murid Tahun Empat hingga Enam. Setiap peserta hanya dibenarkan
mewakili satu kumpulan sahaja. Sekiranya penganjur mendapati mana-mana
pasukan yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, pihak penganjur
berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai
pertandingan ini.
2.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
2.1 Semua pasukan dikehendaki berada dan bersedia di tempat pertandingan 15 minit
sebelum pertandingan dimulakan bagi mendengar taklimat mengenai syarat-syarat
pertandingan.
2.2 Semua peserta diwajibkan berpakaian sukan yang sesuai dan bersih semasa
pertandingan dijalankan. Setiap ahli pasukan hendaklah memakai baju yang sama
warna.
2.3 Hanya peserta-peserta yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja
dibenarkan bertanding.
2.4 Peserta pertandingan hanya dibenarkan untuk menggunakan bahan-bahan yang
telah disediakan. Peserta boleh memilih sendiri jenis masakan yang ingin
dipertandingkan.
2.4 Peserta hendaklah berhasil menyediakan tiga jenis masakan dalam masa sejam.
2.4 Setiap kriteria akan dinilai oleh seorang hakim.
34
2.5 Segala keputusan hakim adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
35
RUJUKAN
Bibliografi
Aziz, S. H. (2008). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
36
Gaya Hidup Sihat. (2007, April 21). Diakses pada Mac 30, 2011, from Kongsiilmu
Website: http://kongsiilmu.21.former.com
Kepentingan Sukan dan Amalan Gaya Hidup Sihat. (n.d.). Diakses pada Mac 30, 2011,
from Gov Website: http://pmr.penerangan.gov.my
Panduan Menulis Teks Ucapan. (n.d.). Diakses pada Mac 30, 2011, from Blogspot
Website: http://bksemesta.blogspot.com
Rahim, A. A. (1994). Pengurusan Kokurikulum. Kota Bharu: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
37
lampiran
38