SULIT 02/1 SULIT 02/1 BAHASA MELAYU Kertas1 Masa 1 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009 BAHASA MELAYU Kertas 1 Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan. 2. Jawab semua soalan 3. Semua jawapan anda hendaklah dihitamkan pada kertas jawapan yang disediakan 4. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap- tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak @PKPSM Pahang
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan.
2. Jawab semua soalan
3. Semua jawapan anda hendaklah dihitamkan pada kertas jawapan yangdisediakan
4. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan semua jawapan anda padakertas jawapan objektif yang disediakan.
6. Ibu sangat gembira kerana pada pada hari jadinya, ayah telah menghadiahkan _______ kalung berlian.
A sebentukB seutas
C seuntaiD seurat
7. Puan Ziah bercadang untuk _______ perniagaan kainnya dengan membukacawangan di Kuala Lumpur.
A membesarB memperbesarkanC membesariD memperbesar
Soalan 8 – 14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapatkesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiadakesalahan telah ditandakan D.Pilih jawapan yang paling sesuai.
8. Belakangan ini pemantauan pascaprojek pembangunan perlu dilakukan bagiA B
mempastikan keberkesanannya. Tiada kesalahanC D
9. Apabila menghadapi apa-apa jua masalah dalam kehidupan, kita hendaklahA B
Berdoa pada Yang Maha Esa. Tiada kesalahanC D
10. Ucapan tahniah atas perlantikan sebagai ketua pengarah bertalu-taluA B
diterimanya sejak pagi tadi. Tiada kesalahanC D
11. Semua kanak-kanak di situ dinasihati supaya tidak mandi dan bermain diA B C
lombong tinggal itu. Tiada kesalahanD
12. Aktivis masyarakat itu dianugerahkan pingat kebesaran atas jasanya dalamA B C
13. Emak membancuh air sirap setelah menjerang nasi untuk dihidangkan kepadaA B C
tetamu. Tiada kesalahan
D
14. Dalam majlis itu sultan telah mencemar duli apabila baginda berkenan untukA B C
santap bersama-sama dengan rakyat jelata. Tiada kesalahanD
Soalan 15 - 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
15. I Sesiapa yang bercita-cita hendak menjadi angkasawan haruslah beranimenongkah arus.II Orang muda tidak sepatutnya menongkah perbualan orang-orang tua.
III Mohd Muqri sentiasa menongkah dagu apabila guru sedang mengajar.IV Roslaiha tidak pernah menongkah arahan gurunya.
A I dan IIB I dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV
16. I Pihak Inggeris dikatakan tidak bersedia ketika perlanggaran tentera Jepunterhadap Tanah Melayu dalam Perang Pasifik dahulu
II Motosikal yang ditunggangi oleh Abdul Rahim terbabas lalu perlanggaran tiang elektrik.
III Perlanggaran peraturan sekolah oleh pelajar pada hari ini semakinmembimbangkan pihak sekolah.
IV Kes-kes perlanggaran sering berlaku di jalan-jalan utama di negara kitaakibat kecuaian pemandu.
17. I Nilai kereta itu semakin kusut setelah digunakan beberapa tahun.II Tubuhnya kelihatan kusut akibat demam yang dialaminya beberapa lama.
III Setelah mengadakan perbincangan, perkara yang kusut itu telah dapatdiselesaikan.
IV Keadaan benang itu telah kusut menyebabkan sukar untuk mencari
puncanya.
A I dan IIB I dan IVC III dan IVD II, III dan IV
Soalan 18 – 21
Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu
mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin jugatidak.Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah danperlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan
jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.
18. Terjawab juga oleh kami soalan-soalan yang sangat sukar itu.
A Dijawab juga kamiB Terjawab kami jugaC Dijawab juga oleh kamiD Terjawab juga oleh kami
19. Pelancong itu sedang menanyakan akan polis jalan menuju ke Muzium Negara.
A bertanya polisB menanyai polisC bertanyakan polisD menanyakan akan polis
20. Askar-askar itu berjuang demi untuk negara yang mereka cintai.
A demi negara yang mereka cintaiB demi negara yang dicintai merekaC untuk negara yang mereka cintaiD demi untuk negara yang mereka cintai
21. Kedua-dua orang adik-beradik itu ialah anak kepada Pak Man.
A Kedua adik –beradik ituB Kedua-dua adik-beradik ituC Kedua orang adik-beradik ituD Kedua-dua orang adik-beradik itu
25. I Hanisah menyatakan yang dia tidak akan menyertai rombongan tersebut
walaupun telah dipujuk oleh gurunya.II Basikal itu dibeli ayah untuk saya kerana kejayaan saya dalam peperiksaanPMR lalu.
III Amirah menangis oleh kerana anaknya yang hilang itu belum ditemui lagi.IV Bas ekspres itu bolak-balik dari Kuantan ke Kuala Lumpur pada setiap
minggu.A I dan IIB II dan IIIC II dan IVD I, III dan IV
26. I Udara kotor di kawasan itu mencemarkan alam yang bersih.II Encik Razak mengambilkan isterinya ubat demam untuk dimakan..III Azizan membawakan gurunya hadiah pada hari guru.IV Petani itu sedang mengisi padi dalam guni untuk dibawa pulang.
A I dan IIIB II dan IIIC II dan IVD I, II dan IV
27. I Bapanya bukan pergi ke pejabat pada hari ini.II Kedua suami isteri itu bekerja keras demi masa depan anak-anaknya.
III Pelajar yang kena hukum oleh gurunya itu telah menginsafi kesilapannya..IV Kita harus berwaspada agar tidak diperalatkan oleh orang lain.
A IIIB I dan IIC III dan IVD I, II dan IV
Soalan 28 – 30
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.
28. Walaupun kehidupannya susah tetapi Pak Amri telah melakukan pelbagai kerjadan berjimat cermat dalam berbelanja untuk menyekolahkan anak-anaknya. inikehidupannya berubah setelah anak-anaknya berjaya dalam kerjaya masing-masing. Usaha Pak Amri boleh dikatakan seperti peribahasa berikut kecuali
A Di mana ada kemahuan di situ ada jalanB Sehari selembar benang lama-lama menjadi kainC Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masakD Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
29. Asyraf berjaya mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur tetapi ibunya mahu dia
terus tinggal di kampung untuk membantunya. Situasi ini menyebabkan Asyrafberasa tertekan untuk membuat pilihan.Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi di atas ialah
A hilang di mata, di hati janganB rambut sama hitam, hati lain-lainC ditelan mati emak, diluah mati bapakD yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran
30. Emak menasihati adik supaya belajar bersungguh-sungguh agar mencapaikejayaan dalam pelajaran.Pernyataan di atas sesuai dipadankan dengan peribahsa
A Diam ubi berisi, diam penggali berkarat
B Hendak seribu daya tak hendak seribu dalihC Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak bergunaD Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Soalan 31 - 35
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Sebermula, maka tersebutlah perkataan juragan kapal. Telah hari siang, pagi-pagi hari, maka juragan pun bersiaplah naik ke darat diiringkan oleh anak-anakperahunya membawa naik anak itik itu. Maka baginda pun sudah hadir di atassinggahsana takhta kerajaan dihadapi oleh sekalian menteri, hulubalang, sida-sida,bentara, rakyat bala, hina dina hendak melihat temasya itu. Hatta baginda punmenitahkan seorang biduanda memanggil Ahlil Nujum Belalang dengan segeranya.Maka biduanda pun menyembah lalu turun berjalan ke rumah Ahlil Nujum Belalang.Maka katanya, "Titah tuanku memanggil Ahlil Nujum; Juragan dan sekalian orangtelah berhimpun di balai semuanya."
Maka Ahlil Nujum pun bersiap-siapkan sirehnya lalu menghadap baginda. Makasampailah di balairung seri. Maka titah baginda, "Marilah ke mari." Ahlil NujumBelalang pun dekatlah dengan baginda. Maka titah baginda, "Apakah hal AhlilNujum, hendak mengenal anak itik itu jantan betinanya?" Maka sembah PakBelalang, "Ampun tuanku beribu-ribu ampun, jenuh patik mencari di dalam buku tibpatik. Maka dapatlah patik di dalam buku kecil sahaja ada di dalam dua baris tertulisdi situ mengatakan demikian. Bahawasanya ada pun hendak mengenal anak itik
jantan betinanya dengan air. "Maka titah baginda menyuruh ambilkan suatuterenang emas. Maka dibawa oleh dayang-dayang dipersembahkan kepadabaginda. Maka titah baginda, "inilah air, Ahlil Nujum."
Maka sembah Pak Belalang, "Kemudian dilepaskan seekor; mana-mana yangdahulu menyelam, itulah betina dan yang kemudian menyelam itulah jantannya."Maka titah baginda, "Lepaskanlah."
Sembah Pak Belalang, "Silakanlah tuanku melepaskannya. "Titah baginda. "Betatia tahu." Maka Pak Belalang pun bangun seraya menyembah melepaskan anak itikitu. Maka apabila dilepaskannya seekor di dalam terenang, maka anak itik itu pun
lalu menyelam. Maka sembah Pak Belalang, "Itulah betina, tuanku. "Kemudiandilepaskan pula seekor lagi, lambat menyelam.
Titah baginda, "Lambat pula menyelam itu." Sembah Pak Belalang, "yang lambatmenyelam itu jantan, tuanku."
Maka baginda pun memandang kepada juragan kapal itu. Titah baginda,
"Apakah benar juragan, betulkah seperti kata Ahlil Nujum beta itu?" Maka jawab juragan itu seraya menyembah, "Benarlah tuanku seperti kata Ahlil Nujum ini. Di manakah hendak patik simpangkan perkataan yang sebenar ini?"
Dipetik daripada."Pak Belalang"
(Antologi Anak Bumi Tercinta)
31. Mengapakah baginda memanggil Ahlil Nujum ke istana?
A Baginda telah menyanggupi untuk bertaruh dengan juragan kapalB Baginda ingin mendapatkan pandangan Pak Belalang tentang caramenentukan jantina anak itik
C Baginda mahu Pak Belalang mencari jawapan untuk bagindaD Baginda ingin mengetahui jawapan tentang cara menentukan jantina anak itik
32
Ungkapan di atas menggambarkan juragan seorang yang
A tidak berpura-puraB tidak bercakap bohongC tidak membohongi rajaD tidak mahu menyembunyikan jawapan
33. Berikut merupakan nilai-nilai yang terkandung dalam petikan, kecuali
A jujurB bijaksanaC taat setiaD bercakap benar
34. Pilih urutan peristiwa berikut dengan tepat berdasarkan susunan peristiwadalam cerita Pak Belalang.
A Juragan menghadap raja persetujuan dicapai nyatakan pertaruhanrahsia bocor
B Juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan rahsia bocorpersetujuan dicapai
C Juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan persetujuan dicapairahsia bocor
D Persetujuan dicapai juragan menghadap raja nyatakan pertaruhanrahsia bocor
Di manakah hendak patik simpangkan perkataan yang sebenar ini?
A Juragan terpaksa menyerahkan kapal dan segala muatannyaB Pak Belalang dapat menjawab soalan yang dikemukakan
C Juragan menyesal kerana bertaruh dengan rajaD Juragan dihantar pulang berserta dengan bekalan makanan ke negerinya
Soalan 36 - 40
Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
NEGERI CINTA
Alam adalah sebahagian daripada kita
alam adalah syurga kamicinta kepadanya cinta jutaan bunga-bungacinta kepadanya cinta jutaan jiwa manusiawi
Di sana negeri tercantiknegeri terlindung di luar penglihatannegeri kerinduan, negeri penghijrahandari buruan kehidupan yang mencekik.
Ini laut kita, lindungilah dari pencemaranini hutan kita, lindungilah dari pemusnahanini langit kita, lindungilah dari keracunanini sungai kita, lindungilah dari pembuangan.
Malaysia negeri alam dunia sebelah sininegeri impian, negeri gemerlapanlindungi dari keganasan-keganasan modenisasi negeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan.
Nahmar Jamil
(Dipetik daripada Antologi Sehijau Warna Daun,Tingkatan 1, DBP)
36. Harapan penyajak kepada pembaca
A menghargai negeri yang cantikB melindungi alam daripada kemusnahan dan pencemaranC menghargai apa-apa sahaja yang tumbuh di muka bumi iniD mengekalkan keamanan dan keharmonian supaya terhindar daripada
37. Perkara-perkara yang berikut ingin dipertahankan oleh penyajak kecuali
A keamananB kekuatan
C kebudayaanD perpaduan
38. Nilai yang berikut terdapat dalam sajak kecuali
A cinta akan alam semula jadiB cinta akan tanah airC kerjasamaD prihatin
39. Berdasarkan petikan "kehidupan yang mencekik" ialah gaya bahasa
A metaforaB perlambanganC personifikasiD paradoks
40. Pengajaran yang berikut terdapat dalam sajak, kecuali
A Kita hendaklah menentang proses modenisasiB Kita hendaklah memelihara keindahan alam untuk kesejahteraanC Kita hendaklah menjaga kedamaian dan keharmonian antara kaumD Kita hendakalah merancang pembangunan yang menitikberatkan alam sekitar
1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A,Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.
2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian :Bahagian A(i) danBahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-duabahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mestidijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalandan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja.
3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawabBahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian Cdan 10 minit untuk bahagian D.
_____________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang faedah-
faedah menyertai kegiatan kokurikulum kepada pelajar. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kokurikulum merupakan satu bentuk pendidikan tidak formal di luar bilik darjah.
Kokurikulum terbahagi kepada tiga kategori iaitu unit beruniform, kelab dan persatuanserta sukan dan permainan.
Aktiviti yang diadakan melalui kegiatan ini jelas memberikan manfaat kepada
mereka yang terlibat atau mengambil bahagian. Salah satu faktor rosaknya akhlak pelajar-pelajar masa ini disebabkan mereka tidak terbabit dalam aktiviti yang berfaedah.
Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum juga dapat mencerna minda pelajar-pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis.
Penglibatan dalam kerja-kerja berkumpulan pula membolehkan mereka belajar
hidup bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.Cara ini akan menjadikanpelajar lebih bertanggungjawab. Selain itu, pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum
di sekolah dapat memanfaatkan masa yang terluang dengan sebaik-baiknya. Oleh hal
yang demikian, mereka tidak ada lagi ruang untuk terlibat dalam kegiatan-kegiatan
negatif. Kegiatan kokurikulum juga dapat dijadikan medan untuk melahirkan bakalpemimpin pada masa hadapan.
Selain itu, sikap bertanggungjawab juga terbentuk dalam kalangan pelajar yangbergiat aktif dalam kokurikulum. Sikap bertanggungjawab ini bukan sahaja kepada diri
sendiri, keluarga dan sekolah, bahkan juga kepada negara. Hal ini dapat dibuktikan
melalui penyertaan pelajar dalam aktiviti silat, tae kwan do, dan sebagainya. Kemahirandan pengetahuan ini dapat digunakan semasa mereka berada di luar sekolah atau setelah
tamat persekolahan.
Aktiviti kokurikulum juga menjadikan seseorang pelajar itu cergas dan cerdas darisegi fizikal dan mental. Pelajar-pelajar yang menganggotai unit beruniform seperti
Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, dan sebagainya sering mengikuti aktiviti
yang lasak yang akhirnya pengalaman itu dapat membentuk mereka menjadi berani.
Di samping itu, pelajar juga dapat menghabiskan masa mereka dengan melakukan
perkara-perkara yang berfaedah. Mereka dapat mengisi masa lapang mereka denganmenjalankan aktiviti persatuan, kelab permainan, dan badan beruniform. Semangat
bekerjasama antara rakan,,bermuafakat, dan perpaduan turut terbentuk apabila pelajar
Rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang. sumbangan persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia kepada masyarakat Panjangnya huraian anda hendaklah
Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
1 Kepentingan menguasai pelbagai bahasa amat dititikberatkan dalamdiri seseorang pelajar sejajar dengan perkembangan ilmu sains danteknologi.
Kemukakan pendapat anda.
2 Anda menuntut disebuah sekolah berasrama penuh dan berkesempatanmenyertai lawatan sambil belajar ke tempat peranginan.
Tulis sepucuk surat kepada keluarga untuk menceritakan pengalamananda itu. .
3 Persatuan Sejarah Sekolah anda telah mengadakan lawatan sambilbelajar ke sebuah Muzium . Sebagai setiausaha persatuan, andadikehendaki menulis satu laporan tentang lawatan itu.
Tulis laporan tersebut selengkapnya.
3 Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada hari ini kianterhakis.
Huraikan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk memupuksemangat kejiranan.
5 Sektor pertanian semakin mendapat tempat dalam usaha memajukannegara.
Jelaskan langkah-langkah untuk memajukan sektor ini.
- Terdapat kesalahan yg ketara dalam ayat, ejaan dan
tanda baca
atau – menyalin ayat daripada petikan asal secara
terpilih
PenguasaanMinimum 1 – 2 - Keseluruhan jawapan menggamabarkan penguasaanbahasa yang lemah
- Menyalin secara terus daripada petikan
Cadangan Cara Penandaan Ringkasan
1. Isi minimum 5. Pemeriksa dikehendaki menanda / apabila terjumpa isi yang betul dan tulis
1 untuk isi yang pertama dan tulis 2 untuk isi yang kedua dan seterusnya (hingga isi kelima.)
1 2 3 4 5
Contoh : / / / / /
2. Jawapan calon diperiksa sehingga 80 patah perkataan, tetapi dibenarkan sehingga habisperkataan dalam ayat terakhir. Buat satu garisan panjang selepas 80 patah perkataan.
3. Kalau calon menulis berperenggan, periksa seperti biasa.
4. Calon menyalin isi secara terpilih tanpa sebarang perubahan ayat asal, markah isi seperti
biasa, tetapi markah bahasa – maksimum 5 markah.
5. Calon menyalin isi secara terpilih tetapi ada wacana bahasa dan kosa kata yang sesuai
sebagai penyambung ayat, diperiksa seperti biasa.
6. Jika calon menyalin isi secara terpilih dan ditulis dalam bentuk poin, markah untuk isi
adalah seperti biasa tetapi markah maksimum untuk bahasa ialah 4 markah.
7. Calon menyalin terus daripada petikan tanpa membuat apa-apa perubahan – (menyalin bulat-
bulat ) = Markah isi dibahagi dua dan markah bahasa maksimum 2 markah
Buat catatan : Calon menyalin petikan.
* Menyalin bulat-bulat bermaksud menyalin keseluruhan petikan yang diberikan ataukeseluruhan daripada mana-mana perenggan.
8. Isi yang tidak berturutan diperiksa seperti biasa.
9. Jawapan dalam bentuk poin tetapi ayatnya lengkap – markah isi diberi seperti biasa tetapi
markah bahasa – maksimum – 8 markah
10. Penandaan jawapan calon seperti penandaan karangan tetapi tiada pemotongan markah untuk kesalahan ejaan.
SOALAN BAHAGIAN B (KARANGAN BAHAN RANGSANGAN) Karangan Respons Terhad (20 markah)
1. Jawapan mestilah dalam bentuk karangan berperenggan – Pendahuluan – Isi –
Penutup
2. Jawapan bukan dalam bentuk rumusan – tiada isi tersurat dan tersirat3. Periksa secara golbal/holistik. Nilai dari segi idea dan bukan isi. Idea hendaklah
dihuraikan sebaik mungkin.4. Gambar – sebagai rangsangan idea
i. idea yang sesuai dan bebas bagi soalan respons terbuka
ii. isu semasa/ faktor-faktor/punca/kesan/ cara menangani/kesimpulan5. Jumlah perkataan – tidak lebih 120 patah perkataan/100-120 pp
6. Karangan lebih 120 pp – diperiksa seperti biasa – tiada kesalahan
7. Karangan pendek = kurang 100 pp – impression turun
8. Pemeriksaan secara impression : 4 perkara – 1. menjawab tugasan – 2. bahasa – 3.idea relevan – 4. pengolahan. Kemudian nilaikan dan tetapkan peringkat karangan
berdasarkan kriteria penskoran.9. Penandaan kesalahan seperti karangan Bahagian C.
Skema Pemarkahan Karangan Bahan Rangsangan (Respons Terhad)Peringkat
Pencapaian
Deskripsi
Cemerlang16-20 m
C1 = 18-20 m
C2 = 16-17 m
- Penggunaan kata dan ayat yang gramatis
- Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat
- Ejaan dan tanda baca yang betul
- Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata.
- Idea yang relevan berdasarkan tugasan.
- Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulansesuai serta berkembang
- Pengolahan yang menarik dan berkesan
Baik11-15 m
B1 = 13-15 m
B2 = 11-12 m
- Penggunaan kata dan ayat yang masih gramatis- Penggunaan kosa kata tepat/tidak luas
- Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata, frasa dan
ayat.
- Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
- Idea masih relevan berdasarkan tugasan- Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan
- Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan kata, frasa dan ayat- Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
- Idea kurang relevan berdasarkan tugasan
- Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan
terhad- Pengolahan tidak menarik
- Karangan bercampur aduk dalam peringkat ini.
Penguasaan
minimum01-05 m
- Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasayang tidak cekap
- Idea kabur/tidak berkaitan dengan tugasan
SOALAN BAHAGIAN CKarangan Respons Terbuka (40 markah)
1. Periksa karangan berdasarkan impression.Jumlah perkataan karangan tidak perlu dikira,
2. Isi minimum :- 1 isi
3. Penolakan markah berdasarkan ejaan: ½ markah ditolak bagi setiap ejaan yang salah,
tetapi tiada penolakan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang. Contoh : disamping
itu, di terima
Maksimum markah ejaan ditolak ialah 2 markah.
(4 kesalahan ejaan dan ke atas ).
• Format: Tiada penolakan markah format (karangan berformat) mulai tahun 2005.
4. Pemeriksa hendaklah membaca karangan calon terlebih dahaulu untuk mendapatkan kesan
(impression) daripadanya. Perkara yang perlu diberi perhatian untuk memberi pertimbanganialah menjawab tugasan, bahasa, idea yang relevan dan pengolahan. Kemudian, nilaikan dan
tetapkan peringkat karangan berdasarkan kriteria penskoran.
5. Baca karangan itu dengan teliti sekali lagi untuk pertimbangan yang muktamat. Sambil
membaca karangan itu, tandakan kesalahan-kesalahan bahasa,ejaan dan tanda baca danisi/fakta seperti yang berikut:
( ) Kesalahan isi
____ Kesalahan bahasa, perkataan
/ Kesalahan ejaan // Kesalahan ejaan yang berulang
Cadangan isi Ringkasan Bahagian A ( i )- Membina akhlak pelajar
- Mencerna minda pelajar untuk berfikir secara kreatifdan kritis
- Penglibatan dalam kerja-kerja berkumpulanmembolehkan pelajar hidup bekerjasama dan salingmembantu
- Memanfaatkan masa yang terluang dengan sebaik-baiknya
- Menjadi medan unntuk melahirkan bakal pemimpinpada masa hadapan
- Membentuk sikap bertanggungjawab dalam kalanganpelajar
- Menjadikan seseorang pelajar cergas dan cerdas darisegi fizikal dan mental
[Beri 2 markah bagi setiap isi yang tepat.]
Bahagian A (ii) : Pemahaman
1. maksud rangkai kata tidak ada lagi ruang :
- tidak berkesempatan
2. Buktinya ialah:
- kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh dapat digunakansemasa mereka berada di luar sekolah
- pengalaman dapat membentuk mereka menjadi berani
3. Langkah-langkahnya:- Aktiviti menarik- Mengambil kira markah penglibatan dalam kokurikulum- Memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang
aktif- Bantuan dan subsidi uniform kepada pelajar yang kurangberkemampuan