PERJANJIAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI ................................................. ANTARA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DIWAKILI OLEH ..................................................... ................... DAN ..................................................... ............... (NO. SYARIKAT:.............................) 1
48
Embed
pkwns.ns.gov.mypkwns.ns.gov.my/images/mod_pengurusan/doc_perjanjian... · Web view(c) menentukan hanya Pengawal Keselamatan yang berpengalaman, terlatih, cekap dan berwibawa dalam
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PERJANJIAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI .................................................
1. Definisi2. Tarikh Kuatkuasa dan Tempoh Perjanjian3. Pelanjutan Tempoh Perjanjian4. Skop Kerja5. Bayaran Perkhidmatan6. Bon Pelaksanaan7. Masa Perkhidmatan8. Jumlah Pengawal Keselamatan9. Obligasi Syarikat10. Representasi dan Waranti11. Obligasi Kerajaan Negeri12. Tolakan (Set Off)13. Penamatan Perjanjian14. Penamatan Kerana Rasuah, Aktiviti Haram Atau Menyalahi
Undang-Undang15. Penamatan Atas Kepentingan Negara, Keselamatan Negara,
Dasar Kerajaan Atau Dasar Awam16. Force Majeure17. Penyelesaian Pertikaian18. Timbang tara19. Notis20. Penepian Hak21. Kontrak Kecil22. Serah Hak23. Kos dan Duti Setem24. Tanggung rugi dan Indemniti25. Pemakaian dan Pematuhan Undang-Undang26. Pindaan27. Masa28. Ikatan Perjanjian29. Kebolehasingan30. Dokumen Perjanjian
2
Jadual 1 – Skop PerkhidmatanJadual 2 – Tolakan PerjanjianLampiran A – Sijil Pendaftaran dengan SSMLampiran B – Lesen menjalankan Agensi PersendirianLampiran C – Surat Setuju TerimaLampiran D – Bon Pelaksanaan (sekiranya ada)
3
PERJANJIAN ini dibuat pada ………............ haribulan……….....……..tahun 201..
ANTARA
KERAJAAN NEGERI SEMBILAN yang bagi tujuan Perjanjian ini diwakili
oleh ............................................................................................... yang beralamat
di ...........................................................................(kemudian daripada ini disebut
sebagai “Kerajaan Negeri”) bagi satu pihak;
DAN
……………………………………………(No. Pendaftaran Syarikat ………………..
sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta
125] dan mempunyai pejabat berdaftar ………………………………………..
(kemudian daripada ini disebut sebagai “Syarikat”) bagi pihak yang satu lagi. Salinan
Sijil Pendaftaran Syarikat adalah seperti di Lampiran A.
(kedua-dua Kerajaan Negeri dan Syarikat dirujuk secara berasingan sebagai “Pihak”
atau bersesama sebagai “Pihak-Pihak”.)
BAHAWASANYA –
A. Syarikat ialah sebuah syarikat yang dilesenkan mengikut Akta Agensi
Persendirian 1971 Akta 27 bagi menjalankan perkhidmatan kawalan
keselamatan dengan No. Lesen ……………. Lesen Syarikat adalah seperti di
Lampiran B.
B. Kerajaan Negeri telah melalui surat setuju terima (SST) Bil…………………….
bertarikh …………………………….. bersetuju untuk melantik Syarikat untuk
membekalkan perkhidmatan kawalan keselamatan seperti di Jadual 1 Perjanjian ini. Surat Setuju Terima adalah seperti di Lampiran C.
4
C. Syarikat telah bersetuju untuk membekalkan perkhidmatan kawalan
keselamatan tersebut tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang
dinyatakan dalam Perjanjian ini.
MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT:
1. DEFINISI
Bagi maksud Perjanjian ini, melainkan konteksnya mengkehendaki makna
yang lain:
“Perkhidmatan” ertinya perkhidmatan kawalan keselamatan yang
disediakan oleh Syarikat seperti yang dinyatakan
dalam Jadual 1 Perjanjian ini;
“Penyelia Pengawal Keselamatan”
ertinya pegawai yang dilantik oleh Kerajaan
Negeri yang berperanan untuk memantau
pelaksanaan perkhidmatan;
“Kawasan Perkhidmatan”
ertinya premis dan sekitar premis
………………………………………yang terletak di
………………………… termasuk segala peralatan
dan kelengkapan yang terdapat di dalamnya;
“Tempoh Perkhidmatan”
ertinya tempoh Perkhidmatan seperti yang
diperuntukkan dalam Klausa 2 Perjanjian ini;
“Pengawal Keselamatan”
ertinya pegawai keselamatan yang digaji oleh
Syarikat untuk melaksanakan perkhidmatan
kawalan keselamatan di bawah Perjanjian ini;
5
2. TARIKH KUAT KUASA DAN TEMPOH PERJANJIAN
Perjanjian ini hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa bagi tempoh dua
(2) tahun mulai pada ........tarikh yang dinyatakan dalam SST........... sehingga
................................. (kemudian daripada ini disebut sebagai “Tempoh
Perjanjian”).
3. PELANJUTAN TEMPOH PERJANJIAN
3.1 Syarikat boleh memohon kepada Kerajaan Negeri untuk melanjutkan
Tempoh Perjanjian dengan membuat permohonan secara bertulis tidak
kurang dari tiga (3) bulan sebelum tamat Tempoh Perjanjian jika
Syarikat berniat untuk melanjutkan Tempoh Perjanjian. Kerajaan
Negeri mempunyai kuasa mutlak sama ada hendak
mempertimbangkan permohonan tersebut atau sebaliknya.
3.2 Sekiranya Kerajaan Negeri bersetuju untuk melanjutkan Tempoh
Perjanjian, Pihak-Pihak hendaklah berunding dan memuktamadkan
terma-terma dan syarat-syarat pelanjutan tersebut tidak lewat dari satu
(1) bulan sebelum tamatnya Tempoh Perjanjian.
3.3 Sekiranya Pihak-Pihak gagal mencapai persetujuan mengenai
pelanjutan tersebut, Perjanjian ini akan dengan sendirinya tamat
selepas tamatnya Tempoh Perjanjian.
4. SKOP KERJA
Syarikat hendaklah membekalkan Perkhidmatan mengikut cara, masa dan
tempat seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 Perjanjian ini.
6
5. BAYARAN PERKHIDMATAN
5.1 Sebagai balasan bagi Perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat dan
tertakluk kepada Kluasa 12 Perjanjian ini, Kerajaan Negeri bersetuju
untuk membayar sebanyak Ringgit …………………………. (RM……………………) sahaja setiap bulan (kemudian daripada ini
disebut sebagai “Bayaran Perkhidmatan”) untuk sepanjang Tempoh
Perjanjian yang bersamaan dengan Ringgit .............................(RM..........................) sahaja (kemudian daripada ini disebut sebagai
“Nilai Perjanjian”)
5.2 Syarikat hendaklah mengemukakan salinan invois lengkap bersama
dokumen yang berkaitan bagi setiap pembayaran Bayaran
Perkhidmatan kepada:
………………………….
………………………….
………………………….
5.2 Kerajaan Negeri hendaklah membayar Bayaran Perkhidmatan dalam
masa empat belas (14) hari selepas invois dan dokumen lengkap
berhubung pembayaran diterima daripada Syarikat pada setiap bulan.
5.3 Nilai Perjanjian yang dinyatakan dalam Klausa 5.1 adalah tetap dan
apa-apa permohonan bagi tujuan kenaikan harga atau lain-lain
tuntutan oleh Syarikat tidak akan dibenarkan melainkan dipersetujui
sebaliknya oleh Kerajaan Negeri melalui pindaan kepada Perjanjian ini.
7
6. BON PELAKSANAAN(hanya masukkan sekiranya nilai Perjanjian untuk tempoh satu tahun adalah melebihi RM200,000 )
6.1 Syarikat hendaklah menyerahkan bon pelaksanaan kepada Kerajaan
Negeri dalam bentuk jaminan bank daripada mana-mana bank yang
didaftarkan di Malaysia pada kadar 2.5% (untuk nilai Perjanjian
RM200,000 hingga RM500,000) atau 5% (untuk nilai Perjanjian
RM500,000 ke atas) daripada nilai Bayaran Perkhidmatan sebanyak
Ringgit ………………………… (RM……….) sahaja (“Bon
Pelaksanaan”). Sesalinan Bon Pelaksanaan adalah seperti di
Lampiran D.
6.2 Bon Pelaksanaan tersebut hendaklah sah laku dari tarikh ianya
dikeluarkan sehingga tempoh dua belas (13) bulan selepas tamatnya
Tempoh Perjanjian.
6.3 Kerajaan Negeri berhak untuk membuat tuntutan terhadap keseluruhan
atau sebahagian daripada Bon Pelaksanaan jika Syarikat memungkiri
apa-apa terma atau syarat dalam Perjanjian ini tanpa menjejaskan hak
Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan undang-undang yang lain.
6.4 Sekiranya tuntutan dibuat oleh Kerajaan Negeri di bawah Bon
Pelaksanaan ini yang menyebabkan jumlah Bon Pelaksanaan tersebut
berkurangan daripada jumlah yang dinyatakan dalam klausa 6.1,
Syarikat hendaklah menyerahkan suatu bon pelaksanaan tambahan
kepada Kerajaan Negeri mengikut klausa 6.1 di mana Kerajaan Negeri
hendaklah memegang suatu bon atau bon-bon pelaksanaan yang
mempunyai agregat tidak kurang daripada Ringgit ………..……………….. (RM……….……) pada setiap masa.
8
7. MASA PERKHIDMATAN
Syarikat hendaklah memberikan Perkhidmatan mengikut cara, masa dan syif
yang ditetapkan dalam Jadual 1 Perjanjian ini.
8. JUMLAH PENGAWAL KESELAMATAN
8.1 Syarikat hendaklah menggaji seramai ............. (......) orang Pengawal
Keselamatan seperti yang ditetapkan dalam Jadual 1.
8.2 Sekiranya Pengawal Keselamatan itu bercuti sakit, cuti rehat, cuti
kecemasan, tidak hadir bekerja, tidak melapor diri untuk bertugas atau
dalam apa jua keadaan tidak menghadirkan diri untuk bertugas, maka
Syarikat hendaklah menyediakan pengganti Pengawal tersebut dari
kalangan Pengawal Keselamatan yang telah disahkan oleh Kerajaan
Negeri bagi melaksanakan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini.
8.3 Sekiranya Pengawal Keselamatan itu gagal hadir bertugas melebihi
tempoh ....... (.....) jam dan Syarikat gagal menyediakan pengganti,
Kerajaan Negeri berhak membuat tolakan dari wang yang kena di
bayar kepada Syarikat seperti yang diperuntukkan dalam Klausa 12.
8.4 Kerajaan Negeri boleh meminta Syarikat menambah bilangan anggota
Pengawal Keselamatan pada satu-satu kawasan atau pada masa
tertentu sekiranya difikirkan perlu. Dalam keadaan tersebut, Pihak-
Pihak akan merundingkan antara lain bayaran dan perkhidmatan yang
akan dibayar kepada Syarikat dan skop kerja Syarikat dan sebarang
perkiraan yang dipersetujui hendaklah diperuntukkan melalui perjanjian
tambahan yang hendaklah ditandatangani kemudiannya oleh Pihak-
Pihak.
9
9. OBLIGASI SYARIKAT
9.1 Perkhidmatan
Di sepanjang Tempoh Perkhidmatan, Syarikat hendaklah –
(a) memberikan Perkhidmatan dengan sempurna dan memuaskan
hati Kerajaan Negeri mengikut skop dan spesifikasi
perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Jadual 1 Perjanjian ini.
(b) memastikan dan menetapkan pada setiap Masa Perkhidmatan,
Pengawal membuat rondaan, berada dalam Kawasan
Perkhidmatan dan mengawasi Kawasan Perkhidmatan seperti
yang ditentukan dalam Jadual 1 Perjanjian ini;
(c) membekalkan segala alatan dan kelengkapan yang diperlukan
oleh Pengawal dalam memberikan Perkhidmatan di bawah
Perjanjian ini seperti:
(i) pakaian seragam yang lengkap dengan tanda nama; dan
(ii) cota, wisel, lampu picit, baju hujan dan sebagainya bagi
maksud pengawalan;
(d) memberikan nama, butiran peribadi serta latar belakang
Pengawal Keselamatan yang diambil bekerja dan
memaklumkan Kerajaan Negeri dengan serta merta sekiranya
berlaku sebarang perubahan mengenainya.
(e) membayar caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) atau Kumpulan Wang Keselamatan Sosial Pekerja
(SOCSO) untuk setiap Pegawal Keselamatan mengikut mana
yang berkenaan.
10
(f) memberikan kepada Kerajaan Negeri dua (2) salinan perakuan
kerja memaklumkan bahawa Perkhidmatan yang diberikan
adalah berkualiti dan mengikut spesifikasi seperti yang
dipersetujui dalam Jadual 1 dan satu (1) salinan hendaklah
dikembalikan kepada Syarikat setelah ditandatangani oleh
Pegawai Penyelia yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.
(g) mengemukakan dua (2) salinan bil, invois atau apa-apa
dokumen yang berkenaan dengan pelaksanaan Perkhidmatan
bagi tujuan pembayaran dan satu (1) salinan akan dikembalikan
kepapda Syarikat setelah ditandatangani oleh Penyelia yang
dilantik oleh Kerajaan Negeri.
(h) mengambil tindakan sewajarnya bagi menjamin dan melindungi
keselamatan Kawasan Perkhidmatan, harta, dokumen, pegawai
dan kakitangan Kerajaan serta pelawat-pelawat yang hadir ke
Kawasan Perkhidmatan;
(i) memastikan setiap Pengawal Keselamatan yang dilantik—
(i) bertanggungjawab menjaga keselamatan Kawasan
Perkhidmatan dan harta benda Kerajaan Negeri yang
berada di Kawasan Perkhidmatan daripada berlaku
sebarang kecurian, kerosakan dan kebakaran;
(ii) mengawal pintu utama dan pintu-pintu keluar masuk dan
Kawasan Perkhidmatan;
(iii) membuat rondaan dan mengunci jam berkunci setiap jam
selama Tempoh Perkhidmatan;
(iv) tidak menerima kunci mana-mana pejabat dalam
bangunan atau Kawasan Perkhidmatan dan memasuki
kawasan dalam pejabat terutamanya pada waktu malam 11
kecuali diiringi oleh kakitangan Kerajaan atau ketika
kecemasan;
(v) menyerahkan kunci-kunci milik Kawasan Perkhidmatan
kepada Penyelia Keselamatan;
(vi) sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan tidak
dibenarkan tidur, membaca majalah/ suratkhabar dan
berbual-bual semasa bertugas;
(vii) melaporkan diri kepada Penyelia Keselamatan sebelum
menjalankan tugas dan bila hendak meninggalkan tugas.
Kegagalan Pengawal berbuat demikian adalah dianggap
sebagai tidak hadir bertugas dan tanpa menjejaskan hak
Kerajaan Negeri di bawah Perjanjian ini Kerajaan Negeri
boleh membuat tolakan sepertimana yang diperuntukkan
dalam Klausa 12;
(viii) membenarkan mana-mana pegawai yang diberi kuasa
oleh Kerajaan Negeri, memeriksa dan membuat lawatan-
lawatan di tempat-tempat Pengawal bertugas;
(ix) memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh
Kementerian Dalam Negeri (“KDN”) dan sentiasa
menjaga ketrampilan diri bagi menjaga nama baik
Kerajaan Negeri.
(j) memberikan bantuan dan kerjasama kepada pegawai dan
kakitangan serta pelawat-pelawat yang hadir ke Kawasan
Perkhidmatan selagi tidak melanggar undang-undang, peraturan
serta spesifikasi dan skop perkhidmatan.
12
(k) melaporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan dengan
seberapa segera sekiranya berlaku kejadian luar biasa seperti