MODUL PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH PKU3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS I INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Disember 2010 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MODUL PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
MODUL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
PKU3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
I
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Disember 2010
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2011Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
i
Cetakan Jun 2011Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
i
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
vi
PANDUAN PELAJAR
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.
vi
Pengenalan
Modul PKU 3101 : Pengenalan Kepada Pendidikan ini memberi pendedahan
dan pengetahuan kepada anda yang sedang mengikuti Kursus Mod Pendidikan
Jarak Jauh (PJJ). Modul ini memberi garis panduan skop tajuk yang perlu anda
pelajari sebelum menghadiri jam interaksi dihujung minggu. Modul ini mengandungi
tajuk-tajuk berikut:
• Definisi dan Konsep Pendidikan Khas
• Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas
• Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas
Dalam setiap tajuk disertakan dengan soalan-soalan latihan. Pada akhir modul
ini akan diberi sekurang-kurangnya dua tajuk tugasan tutorial. Anda dikehendaki
melaksanakan tugasan tersebut untuk dibawa dalam perbincangan bersama
tutor pada waktu tutorial nanti. Anda digalakkan mendapatkan maklumat
tambahan daaripada pelbagai sumber rujukan.
AGIHAN TAJUK
KOD DAN NAMA KURSUS
PKU3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
KREDIT : (3 + 0)
Bil. Interaksi
Tajuk Tajuk/Topik Jam/Kredit Catatan
1 Pendaftaran Dan Taklimat 11/06/2011
2Definisi dan Konsep Pendidikan Khas
Sejaran Perkembangan Pendidikan Khas
• Definisi Pendidikan Khas• Definisi Kanak-kanak
Berkeperluan Khas• Istilah Handicap, Disability,
dan Impairment• Konsep dan kepentingan
Pendidikan Khas• Hubungkait Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dengan pelaksanaan pendidikan di Malaysia.
• Sejarah pendidikan khas di luar negera.
• Sejarah pendidikan khas di Malaysia
5 jam 25/06/2011
Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas
A). Mandat-mandat Asas PL142-94• Pendidikan untuk semua• Persekitran yang paling tidak
terhad• Pentaksiran yang tidak
mendiskriminasi• Penyediaan khidmat
sokongan yang berkaitan• Hak ibu bapa untuk
membantah• Pendidikan yang sesuai
4 jam
Bil. Interaksi
Tajuk Tajuk/Topik Jam/Kredit Catatan
3Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas
B). Mandat-mandat Lain• Perkhidmatan intervensi awal
dan prasekolah• program transisi• Pengubahsuaian kemudahan
awamA). Amalan Konsep PL142-94 dalam sistem pendidikan khas di MalaysiaB). Rangka Tindakan dan Pernyataan Salamanca
4 jam 30/07/2011
Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas
Punca Masalah
C). Perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia
• Akta Pendidikan• Dasar-dasar berkaitan
Pendidikan Khas
• Genetik/Baka• Masalah metabolisme• Jangkitan Pranatal, perinatal
dan pascanatal• Faktor persekitaran/teratogen• Trauma
5 jam
4Kategori Kanak-kanak Berkeperluan : Definisi, Ciri-ciri dan keperluan dalam pendidikan.
• Kerencatan Akal• Masalah Penglihatan• Masalah Pendengaran
4 jam 20/08/2011
Kategori Kanak-kanak Berkeperluan : Definisi, Ciri-ciri dan keperluan dalam pendidikan.
• Masalah Tingkahlaku/Emosi• Masalah Attention Deficit
Hyperactivy Disorder (ADHD)• Masalah kesihatan
5 jam
Bil. Interaksi
Tajuk Tajuk/Topik Jam/Kredit Catatan
5Kategori Kanak-kanak Berkeperluan : Definisi, Ciri-ciri dan keperluan dalam pendidikan.
• Masalah fizikal• Palsi Serebral• Masalah Pembelajaran
Spesifik
4 jam 24/09/2011
Kategori Kanak-kanak Berkeperluan : Definisi, Ciri-ciri dan keperluan dalam pendidikan.
• Peranan ibu bapa dalam membantu anak berkeperluan khas
• Sokongan sosial untuk keluarga
• Akses kepada teknologi• Pendidikan inklusif• Kurikulum yang
berorientasikan kerjaya• Penekanan terhadap
peranan ibu bapa • Advokasi dan tuntutan hak
yang sama• Kerjaya yang lebih adil• 'Seif determination
4 jam
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
TAJUK 1 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS
SINOPSIS
Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep-
konsep asas Pendidikan Khas. Definisi kanak-kanak berkeperluan khas,
istilah handicap, disability dan impairment. Hubungkait Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan pendidikan di Malaysia
HASIL PEMBELAJARAN
• Menjelaskan definisi, konsep dan istilah dalam Pendidikan Khas
• Menghuraikan sejarah perkembangan dan undang-undang yang
berkaitan dengan pendidikan khas di dalam dan luar negara.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Definisi dan Konsep Pendidikan Khas
Definisi danIstilah
Konsep dan Kepentingan
Pendidikan Khas
Hubungkait Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dengan pelaksanaan
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
1. Definisi dan Konsep Pendidikan Khas
1.1 Definisi Pendidikan Khas
Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi
pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini
menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk
menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-
murid khas.
Menurut Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan Khas didefinisikan
sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan
kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan
Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi
memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan
bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005) menyatakan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus
bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajran ini
mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain.
Mansor (2005) Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha
yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai
seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu
merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai
seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
1.2 Definisi kanak-kanak Berkeperluan Khas
Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak-
kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted)
yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga
diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan
pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar
supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward,2003) Pelbagai
istilah lain telah digunakan untuk ‘kanak-kanak berkeperluan khas’ini seperti
kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya,
kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-
kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan.
Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu
luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang
dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang
dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya
termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami
kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir.
Secara umumnya kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-
kanak normal dari segi mental (pencapaian akademik),keupayaan deria (melihat
dan mendengar),keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku
(mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan
menjaga diri sendiri)
1.3 Istilah
1.3.1 HandicapSesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu
kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
sebagai seorang yang normal. Sesuatu jenis kecatatan mungkin menjadi
masalah dalam satu persekitaran yang berlainan. Contohnya seorang pelajar
pekak mungkin merasa cacat kerana sukar bermain alat muzik dalam
pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya kanak-kanak yang
sama tidak merasa tercacat ketika dalam makmal sains.
1.3.2 Disability
Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang
dapat dilakukan oleh individu normal
1.3.3 Impairment
Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitan
ketidaknormalan struktur atau fungsi dari k segi psikologi, fisiologi dan anatomi.
Contohnya kekurangan dari aspek tuna pendengaran atau tuna penglihatan.
1.4 Konsep Pendidikan Khas
Konsep dan Kepentingan Pendidikan Khas
Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan
pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara
tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti
bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi
dan kejayaan hidup memuaskan.
Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid
melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program
ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas.
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
1.5 Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan
pendidikan khas di Malaysia
Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang
diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang
dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit
ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang
Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan semula pada 1
Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan
Pendidikan Khas yang statusnya sama status jabatan-jabatan lain. Hal ini
membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggung jawabnya sendiri seperti yang
dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat.
Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk
melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang
individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan
dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar
dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari,
berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masysrakat dan
negara.
Visi Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar
dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara
Latihan:
1. Jelaskan kaitan antara falsafah pendidikan khas dengan falsafah
pendidikan Negara.
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
2. Nyatakan peranan Jabatan Pendidikan Khas dalam Perkembangan
Pendidikan Khas di Malaysia
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
TAJUK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHASDI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA
SINOPSIS
Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan sejarah perkembangan
pendidikan khas di Malaysia dan di luar negara.
HASIL PEMBELAJARAN
• Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia
• Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan khas di luar
negara
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas
Sejarah di Malaysia Sejarah di Luar Negara
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
2.1 SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran
1961. Dalam bahagian 1 (tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa sekolah
Pendidikan Khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang
kurang upaya.
Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920an di
kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang
upaya penglihatan dan pendengaran. Jadual 1.1 menunjukkan tarikh-tarikh
penting dalam perkembangan pendidikan Khas.
Jadual 1.1 : Tarikh-tarikh Penting dalam Perkembangan Pendidikan Khas
1926 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di
Melaka1931 Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke Pulau
Pinang1948 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth
dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di
Johor Bahru1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh
(JKM) 1954 Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan
Menengah) di Pulau Pinang1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM) 1962 Rancangan Percantuman bagi Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah
Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah 1963 Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah
Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas 1977 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa
Melayu
1978 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama kurang berupaya
penglihatan,Setapak. Pengenalan kaedah komunikasi dan
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
penggubalan Sistem Kod Tangan Bahasa Melayu
Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah dalam
pelajaran1979 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Vokasional , Kementerian Pendidikan1983 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran1984 Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braille,
Kementerian Pendidikan1987 Pembukaan Sekolah Menengah Buta Pendidikan Khas Vokasional,
Shah Alam1988 Permulaan kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran1994 Pembukaan kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah1995 Program Masalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan
2.2.1 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di dalam negara
Bagi meningkatkan lagi pengetahuan anda, di dalam modul ini juga disediakan
sejarah tentang pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
Teliti maklumat yang diberikan untuk membantu anda membuat latihan yang
disediakan.
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran diwujudkan berdasarkan kepada
keputusan perbincangan Jawatankuasa Advokasi Persatuan Kanak-kanak
Terencat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 3 Oktober 1987. Berikut
adalah rentetan perkembangan program masalah pembelajaran di Malaysia
Tahun Peristiwa1988 - Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula
menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran
(KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala
Lumpur (dua kelas dengan 20 orang murid dan tiga orang
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
guru terlatih).
- Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK
Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor. 1990 - Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah
Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus orang
murid dari
kelas-kelas percantuman telah diuji.
- Mesyuarat menganalisis data dari ujian percubaan di
Universiti
Malaya.1991 - Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di
Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.1992 - Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran (KKBP) di seluruh negara secara
berperingkat.
1993 - Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia. Program ini merupakan program
gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan
Khas.1995 - Pendidikan Inklusif bermula.
1996 - Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran Printis peringkat sekolah menengah di SMK
Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul,
Kuala Lumpur 2006 - Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan
pertambahan ketara bilangan program masalah
pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah
pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006.
Manakala bilangan program di sekolah menengah
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah
pada tahun 2006.
2.2. SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA
Sejarah Pendidikan Khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika
apabila Public Law 1975 diperkenalkan. Public Law 92-142 (USA) menyatakan
undang-undang mengenai hak kanak-kanak khas untuk menerima pendidikan
dan sekiranya ibu bapa gagal dan ingkar maka tindakan undang-undang boleh
dikenakan ke atas mereka. Undang-undang ini merupakan yang paling
mempengaruhi bidang pendidikan khas. Akta ini juga mempunyai kesan yang
mendalam dalam amalan penaksiran. Undang-undang ini telah menekankan 6
prinsip iaitu penyisihan sifar, penilaian tanpa diskriminasi, program pendidikan
individu, pesekitaran tidak terhad, proses hak dan penglibatan ibu bapa
Manakala di Britain Warnork Report 1978 merancakkan perkembangan
pendidikan khas di luar negara. Kedua-dua negara tersebut telah mendahului
lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia. Kesannya amat besar dari
segi pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas.
Sebelum laporan Warnock 1978 dikemukakan konsep pendidikan untuk kanak-
kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanak-
kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas, yang menyekat dan
menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini
menekankan kepada konsep percampuran diantara kanak-kanak berkeperluan
khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integrasi’ atau
‘inklusif’’diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa
kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan
berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan
diamalkan hingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula
meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam perlaksanaan pendidikan khas.
Manakala Akta kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuhkan
perlaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.
Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas
yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep
‘koloboratif’ iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam
pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi
pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikut pendidikan dan ahli
patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas
kanak-kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas akta ini memberi ruang kepada
pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan
kanak-kanak berkeperluan khas.
Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas
diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan
khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang
sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989)
tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock.
Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku
berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang
dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas
di Britain.
.
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
1.2 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di luar negara
Sejarah perkembangan masalah pembelajaran di luar negara dibahagi mengikut
tiga kumpulan masalah pembelajaran yang terbesar iaitu terencat akal, autisme,
sindrom down dan masalah tingkah laku dan emosi seperti yang berikut;
a). Terencat akal
Ada 9 peringkat perkembangan sejarah terencat akal iaitu:
1. A State of Confusion (Dari awal hingga 1700 M)
2. The Awakening (Dari 1700 M hingga 1800 M)
3. Early Optimism (Dari 1800 M hingga 1860 M)
4. Disillusionment (Dari 1860 M hingga 1890 M)
5. Sounding the Alarm (Dari 1890 M hingga 1930 M)
6. On-Hold (Dari 1930 M hingga 1950 M)
7. A Turning Point (Dari 1950 M hingga 1960 M
8. Center Stage (Dari 1960 M hingga 1970 M)
9. From Action to Introspection (Dari 1970 M hingga sekarang).
b). Autisme
Pada tahun 1919, Eugun Blueler memperkenalkan perkataan “Autism”.
• Istilah Autism merujuk kepada “development disorder” atau masalah
perkembangan.
• Aspeger telah membincangkan tentang kanak-kanak yang luar biasa
daripada aspek masalah sosial, tidak mempunyai pemahaman
interpersonal, menunjukkan pelbagai bentuk perkembangan kognitif,
linguistik dan tidak ambil kisah kepada apa yang dilakukan.
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
c) Sindrom Down
• Sejarah awal bermula pada tahun 1505 apabila sebuah lukisan yang
terukir di tempat pemujaan di Achen , Jerman.
• Pada tahun 1866 seorang doktor perubatan bernama Dr. John Langdon
Down telah menghuraikan ‘ciri-ciri khusus’ sindrom down.
• Pada tahun 1932, De Waardenburg berpendapat down syndrome
mungkin disebabkan oleh ketidaknormalan kromosom.
• Pada tahun 1959, Dr Jerome Lejuene dan rakan-rakannya di Paris telah
menemui bahawa Down Syndrome berlaku kerana kelebihan bilangan
kromosom.
d) Masalah tingkah laku dan emosi
• Sejarah bagi masalah tingkah laku dan gangguan emosi bermula pada
tahun 1547 di mana institusi pertama dibuka untuk orang yang
mempunyai masalah mental di St. Mary Bethlehem, London.
• Pada tahun 1792, Philippe Pinel, seorang ahli psikiatri dari Perancis telah
mengarahkan supaya orang ramai lebih berperikemanusiaan kepada
golongan ini di Salpetriete, Paris iaitu tempat orang kurang siuman.
• Dalam tahun 1745-1813, Benjamin Rush yang dianggap sebagai “Father
of American Psychiatrist” mencadangkan lebih kepada kaedah kasih
sayang untuk kanak-kanak ini.
Latihan:
1. Terangkan peranan Laporan Warnock dalam perkembangan
pendidikan khas di Britain.
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
2. Nyatakan peranan Akta Pendidikan Malaysia 1995 dalam
mempengaruhi perkembangan Pendidikan Khas.
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
TAJUK 3 (PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS)
SINOPSIS
Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan perundangan dan dasar-dasar
berkaitan dengan pendidikan khas di Malaysia. Anda juga dikehendaki
membincangkan tentang mandat-mandat asas dan amalan konsep PL 94-142
dalam sistem pendidikan khas di Malaysia. Seterusnya anda akan memperolehi
beberapa maklumat lain yang berkaitan dalam tajuk ini melalui senarai tugasan
pendek yang disediakan.
HASIL PEMBELAJARAN
2. Menyatakan mandat-mandat Asas PL 94-142 dan mandat-mandat lain
yang berkaitan dengan Pendidikan Khas
3. Menjelaskan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas
4. Menjelaskan tentang rangka tindakan dan pernyataan Salamanca
5. Menghuraikan perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di
Malaysia.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas
Mandat-mandat Asas PL94-142
Mandat-Mandat Lain
Amalan Konsep PL 94-142 dalam Sistem pendidikan
Malaysia
Rangka TindakanDan Pernyataan
Salamanca
Perundangan dan dasar-dasar
Pendidikan di Malaysia
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
3.0 Pengenalan
Public Law 94-142 (PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975
setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat. Sebelum ini ianya dikenali
sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat ( Education for All
Handicapped Children Act). Pengenalan PL 94-142 adalah bertitik tolak daripada
pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila
mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana
kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini
apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan
diri dengan kanak-kanak biasa (Odom & McEvoy 1988).
Undang-undang hasil perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat ini
telah dapat menjamin pendidikan percuma kepada setiap individu yang berusia
antara 3 hingga 21 tahun. Kanak-kanak yang menghadapi masalah kecacatan
akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan kanak-kanak biasa namun
kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini tidak mampu belajar seperti
kanak-kanak biasa yang lain. Oleh itu , guru Pendidikan Khas akan
diperuntukkan di setiap sekolah bagi menjaga hak kanak-kanak yang
menghadapi masalah ini.
3.1 Mandat-mandat Asas PL94-142
Mandat-mandat asas PL94-142 telah diberi penekanan pada tahun 1990 ,
apabila Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Act,
Public Law 94-476) atau singkatannya IDEA diperkenalkan. Mandat-mandat
tersebut telah memberi penekanan terhadap pendidikan untuk semua,
persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ,
pentaksiran yang tidak mendiskriminasi, penyediaan khidmat sokongan yang
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
berkaitan, hak ibu bapa yang membantah (due process) dan pendidikan yang
sesuai (Rancangan Pendidikan Individu).
3.1.1 Pendidikan untuk semua
Pendidikan untuk semua adalah bermaksud setiap individu berhak untuk
mendapatkan pendidikan tanpa mengira masalah yang mereka hadapi. Oleh itu,
kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak terkecuali dan mereka layak
disediakan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai di
dalam kelas atau sekolah khas. Kanak-kanak ini tidak akan dikenakan sebarang
bayaran kerana semuanya dibiayai oleh kerajaan Amerika melalui kutipan cukai
yang diperolehi kerajaan. Setiap negeri di Amerika Syarikat telah diminta untuk
menyediakan pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak berusia 3 hingga
18 tahun. Apabila peruntukan PL 99-457 diperkenalkan iaitu khusus untuk
individu kurang upaya, tumpuan telah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak
(Jamila 2006). Friend.M (2006), menjelaskan bahawa melalui pendidikan untuk
semua, setiap negeri juga telah memperkenalkan 'child find system' sebagai
prosedur untuk menyedarkan masyarakat bahawa perkhidmatan untuk kanak-
kanak khas telah diwujudkan agar mereka dapat dikesan daripada peringkat
awal lagi.
3.1.2 Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive
environment )
Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment )
bermaksud tidak ada pengasingan sekolah atau kelas dalam melaksanakan
pendidikan bagi individu kurang upaya. Kanak-kanak khas atau individu kurang
upaya boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan juga di dalam kelas
kanak-kanak biasa. Justeru, kanak-kanak ini berhak untuk belajar bersama-
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
sama dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka melalui program yang
efektif. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai ' pendidikan inklusif '.
Peruntukan pendidikan secara persekitaran yang paling idak mngehadkan telah
membawa kepada pembentukan pendidikan inklusif. Menurut Jamila (2006),
falsafah pendidikan uinkulusif diperkembangkan daripada amalan pendidikan
integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-murid khas mendapat akses
pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa. Persoalan tentang program
inklusif ini bermula di United Kingdom pada tahun 1997, hasil pengaruh dua
laporan penting pada awal tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting yang
ditulis oleh Audit Commission dan Her Majesty's Inspectorate of Education yang
berkaitan dengan bagaimana kanak-kanak khas dapat diberi pendidikan
berasaskan dana yang adil terhadap semua.
3.1.3 Pentaksiran yang tidak mendiskriminasi
Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi
dalam penilaian pendidikan. Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai
cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas
kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri yang pada kanak-kanak khas
dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka.
(Yusuf,etal, 2006).
Pada peringkat awal penempatan kanak-kanak khas ini, pihak sekolah harus
menilai kebolehan kanak-kanak ini melalui penglibatan Multidisciplinary Team
(MDT) yang terdiri daripada pihak pentadbir, guru, pakar perubatan dan pihak-
pihak lain untuk memastikan bahawa kanak-kanak tersebut memerlukan
penempatan di kelas khas tersebut .Seterusnya tahap kebolehan kanak-kanak
tersebut tersebut akan dinilai dan satu perancangan pengajaran dan bentuk
penilaian yang bersesuaian akan dilakukan oleh MDT tersebut. (Yell,M.L 2006).
Penilaian dan pentaksiran seharusnya dilakukan dengan menggunakan bahasa
ibunda kanak-kanak tersebut, bersesuaian dengan umur dan tingkahlaku kanak-
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
kanak tersebut, lebih daripada satu penilaian dilakukan untuk sesuatu
ketidakupayaan dan dilakukan secara menyeluruh dalam katogeri
keyidakupayaan kanak-kanak tersebut. (Yell,M.L 2006)
3.1.4. Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan
Ibu bapa adalah merupakan khidmat sokongan yang terpenting bagi kanak-
kanak khas. Mereka memainkan peranan penting dalam merancang dan
menentukan perkembangan pendidikan setiap kanak-kanak khas. Peranan ini
adalah bertujuan agar ibu bapa dapat bersama-sama mengetahui setiap
maklumat dan membolehkan mereka membuat keputsan bersama tentang
penilaian dan perancangan yang akan dilakukan oleh guru terhadap anak
mereka. Khidmat sokongan yang pelbagai seperti MDT (Multidisciplinary Team)
adalah diberi penekanan dalam PL 94-142 ini.
3.1.5 Hak ibu bapa yang membantah (due process)
Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan para
profesional akan membentuk hak untuk bersuara. Menurut PL 94-142, maklumat
mengenai keyidakupayaan seseorang individu adah sulit. Maklumat ini tidak
akan dikongsi dengan orang yang tidak berkaitan dalam bidang ini. Rekod
tentang individu yang melihat maklumat ini haruslah disimpan. Namun , ibu bapa
mempunyai hak untuk melihat semua maklumat berkenaan dan boleh
membantah jika maklumat tersebut tidak tepat. Rekod yang tidak dikehendaki,
perlulah dimusnah.
Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk menghadiri perjumpaan yang melibatkan
anak mereka. Jika ibu bapa dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa yang
telah dilakukan terhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan
berbincang terutama bagaimana mereka boleh terlibat sama dalam
mengendalikan anak-anak mereka di sekolah (Friend,M 2006)
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
3.1.6 Pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu)
Kanak-kanak khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. Dalam
program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak
dicapai oleh kanak-kanak tersebut. (Kauffman dan Hallahan, 2005) . Oleh
itu,sejarah dan perkembangan Rancangan Pendidikan Individu atau RPI bermula
di Amerika Syarikat apabila PL 94-142 digubal menjadi satu akta yang
dikuatkuasa dari segi perundangan. Seterusnya RPI menjadi panduan di
beberapa buah negara termasuk di negara kita dan dijadikan sebahagian
daripada cara untuk menilai murid-murid berkeperluan khas. Dalam
melaksanakan program RPI yang disediakan untuk murid-murid khas, maka
seharusnya ia mesti mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti
yang tercatat di dalam PL 94-142 (Strickland & Turnbull 1990) seperti berikut:
a) Tahap pencapaian pendidikan murid yang terkini.
b) Matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun.
c) Objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran
mengikut langkah-langkah berurutan hingga membawa kepada
penguasaan matlamat tahunan.
d) Jenis pendidikan khas yang perlu disediakan untuk murid.
e) Jenis perkhidmatan berkaitan (jika perlu) yang akan disediakan untuk
murid.
f) Jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa.
g) Ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka masa
perkhidmatan.
Kriteria penilaian objektif yang bersesuaian, prosedur penilaian, dan jadual
menentukan pencapaian dan penguasaan objektif jangka pendek diadakan
sekurang-kurangnya setahun sekali.RPI yang diperkenalkan ini dapat
dimanfaatkan bersama di kalangan guru-guru khas dan seterusnya digunakan
bukan sahaja untuk murid-murid yang dikenalpasti berkeperluan khas tetapi juga
KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
untuk murid-murid normal yang disyaki mempunyai keperluan khas dan belum
dikenalpasti keperluannya (Mohd Siraj, 1995).
LATIHAN
HURAIKAN DENGAN JELAS ENAM MANDAT YANG TERKANDUNG DALAM
PL 94-142
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
TAJUK 3 PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS
SINOPSIS
Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan perundangan dan dasar-dasar
berkaitan dengan pendidikan khas di Malaysia. Anda juga dikehendaki
membincangkan tentang mandat-mandat asas dan amalan konsep PL 94-142
dalam sistem pendidikan khas di Malaysia. Seterusnya anda akan memperolehi
beberapa maklumat lain yang berkaitan dalam tajuk ini melalui senarai tugasan
pendek yang disediakan.
HASIL PEMBELAJARAN
a. Menyatakan mandat-mandat Asas PL 94-142 dan mandat-mandat lain yang
berkaitan dengan Pendidikan Khas
b. Menjelaskan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas
c. Menjelaskan tentang rangka tindakan dan pernyataan Salamanca
d. Menghuraikan perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas
Mandat-mandat Asas PL94-142
Mandat-Mandat Lain
Amalan Konsep PL 94-142 dalam Sistem pendidikan
Malaysia
Rangka TindakanDan Pernyataan
Salamanca
Perundangan dan dasar-dasar
Pendidikan di Malaysia
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
3.2 Mandat-Mandat Lain
3.2.1 Perkhidmatan Intervensi awal dan prasekolah
Intervensi awal didefinisikan sebagai usaha tersusun untuk meningkatkan
perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat
(Fatimah Bivi, 2002). Dunst (1996) menyifatkan intervensi awalan sebagai “to a
range of services provided to children, parents and families during pregnancy,
infancy and/or early childhood”.
Program intervensi awalan bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk
mengambil langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat
dilakukan dan mengurangkan keterukan ketidakupayaan, permasalahan atau
kecacatan yang dialami oleh individu berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan
Kaufman (2003), kebanyakan pendidik dan ahli sains sosial percaya bahawa
lebih awal kecacatan seseorang individu dikenal pasti dan diberi program
pendidikan yang bersesuaian atau rawatan tertentu, lebih baik penghasilan yang
boleh diperolehi oleh seseorang anak berkeperluan khas. Intervensi awal yang
intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada
pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak
memasuki alam persekolahan.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif
kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa
pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi
awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami
perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa?
a. Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-
kanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke
sekolah rendah.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
b. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada
keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif
kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini
juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan
tanggungjawab masing-masing ke atas kanak- kanak berkeperluan khas
(Lerner, 2003).
c. Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-
kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang
diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat
mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi
dengan kanak-kanak lain.
d. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi
melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang
mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin
mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa.
e. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat.
Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan
pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan
kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin
berkurangan.
Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan
perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak
berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan
masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan
pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur,
keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan
penjagaan, kesihatan dan pendidikan.
3.2.2 Program Transisi
3.2.3 Pengubahsuaian Kemudahan Awam
LATIHAN
Secara kumpulan, bincangkan bagaimana program transisi dan pengubahsuaian kemudahan awam diberi penekanan dalam Pendidikan Khas.Cadangan rujukan : Yell, M.L. (2006). The Law and Special Education 2ed. New Jersey : Pearson Education,Inc.
3.4 Amalan konsep-konsep PL94-142 dalam sistem pendidikan khas di
Malaysia
Di Malaysia, pendidikan khas berkembang maju apabila Akta Pendidikan 1996
diwartakan. Berteraskan kepada PL 94-142, kesedaran masyarakat terhadap
pendidikan khas, peranan undang-undang dan polisi pemerintah berjaya
menggerakkan program pendidikan khas di negara ini.
Melalui pendidikan untuk semua, pendidikan percuma, kelas inklusif, khidmat
sokongan daripada pelbagai pihak dan juga penyediaan Rancangan Pengajaran
Individu telah memantapkan lagi amalan PL 94-142 dalam sistem pendidikan
khas di Malaysia.
LATIHAN
Secara berkumpulan , bincangkan amalan-amalan PL 94-142 dalam sistem Pendidikan Khas di Malaysia
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
3.5 Rangka Tindakan Samalanca
Negara-negara di dunia termasuk di Asia telah memulakan Program Pendidikan
Khas yang bertitik tolak daripada saranan dan gesaan beberapa deklarasi di
peringkat antarabangsa. Di antara deklarasi yang menjadi dasar kepada
pendidikan khas di Malaysia adalah The Framework for Action on Special
Needs Education (Salamanca Statement) 1994.
Rangka Tindakan Salamanca yang diperkenalkan pada tahun 1994 memberi
tumpuan kepada dasar, polisi dan amalan pendidikan untuk kanak-kanak dan
orang berkeperluan khas . Rangka Tindakan Salamanca ini memperakukan
tentang hak dan peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapatkan
pendidikan serta mempunyai peluang untuk mencapai dan mengekalkan tahap
pembelajaran yang diterima. Oleh kerana kanak-kanak berkeperluan khas juga
mempunyai kebolehan, minat,kemampuan dan keperluan pembelajaran, satu
sistem pengajaran dan pembelajaran perlu direka untuk memenuhi keperluan
individu kanak-kanak tersebut dengan melaksanakan aktiviti pendidikan yang
bersesuaian dengan perbezaan minat individu.
Selain itu, program pendidikan untuk murid berkeperluan khas perlu
diimplementasi supaya sesuai dengan sistem pendidikan negara. Rangka
Tindakan Salamanca juga memperakukan bahawa kanak-kanak khas
mempunyai hak untuk memasuki sekolah biasa melalui amalan inklusif. Negara-
negara yang bersidang di Salamanca disarankan supaya memberi keutamaan
terhadap polisi dan peruntukan kewangan agar sistem pendidikan dapat
diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas diserapkan dalam
sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan masalah
ketidakupayaan mereka. Kerajaan setiap negara juga digesa supaya mewuud
dan mengukuhkan mekanisme merancang, memantau dan menilai pendidikan
yang disediakan untuk kanak-kanak khas. Ekoran daripada persidangan ini,
kementerian Pelajaran Malaysia telah mengabil inisiatif memperkenalkan
pendidikan inklusif di Malaysia pada tahun 1995 walaupun amalan inklusif telah
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
lama dilaksanakan di Malaysia melalui rancangan pendidikan integrasi atau
percantuman ((Norshidah,etal 2009)
Perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia
a. Akta Pendidikan
Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan
yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak.
Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan
dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah
hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu
sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.
Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya
sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini
diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran
yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.
Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak
negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta
Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak.
Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk
mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan
memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang
pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita.
Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua
kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi
pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-
sekolah.
Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan
menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluarga yang kurang berada
di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang
menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan
kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum
Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.
Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains
dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah
teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional
ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan
program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi
perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program
latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan
program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-
institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri.
Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang
membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru
bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu
secara berkembar.
Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan
adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan
institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh
dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia
dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan
nilai-nilai murni.
Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan
yang cukup bagi pendidikan tersebut.
Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan
berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin
negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua
kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan
dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang
diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming
dan sekolah mission dikekalkan.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku
kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas-
kelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta
Pendidikan 1996.
b. Dasar-dasar berkaitan Pendidikan Khas
DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT ( 1948) meliputi hak bagi
setiap individu mendapat pendidikan yang menekankan ‘ keperluan –keperluan
pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-
langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan
untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam
system pendidikan.
• Pada tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB) telah
mengisytiharkan HAK KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka berhak
mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang
dialami serta peluang menjadi kaank-kanak normal.
• AKTA PELAJARAN 1961 dalam bahagian 1 ( tafsiran)- dinyatakan bahawa
sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk
kanak-kanak kurang upaya.
• LAPORAN JAWATANKUASA KABINET ( 1978)- mengkaji dasar
perlaksanaan pelajaran melalui PERAKUAN 169 merupakan 1 titik tolak
yang membawa kepada 1 penekanan dan tumpuan yang jelas kepada
perkembangan PK di Malaysia.
• Tanggungjawab kementerian tertentu :
Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-
kanak yang bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran
( terencat akal ) yang boleh didik.
Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap
pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal
sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti
diperingkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam
keadaan yang berisiko
Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta
Pendidikan 1996
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
TAJUK 4 PUNCA MASALAH
SINOPSIS
Tajuk ini akan memberi tumpuan kepada punca-punca masalah yang
menyebabkan kecacatan kepada murid-murid pendidikan khas
HASIL PEMBELAJARAN
1. Dapat mengetahu punca-punca masalah yang dihadapi oleh murid
pembelajaran.
Kerangka Tajuk-tajuk
Punca Masalah
Genetik/Baka
Masalah Metabolisme
Jangkitan Pranatal, pernatal dan pascanatal
Faktor persekitaran/teratogen
Trauma
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
4.0. Pengenalan
Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dipengaruhi oleh baka dan
persekitaran. Begitu juga punca masalah kecacatan yang dihadapi oleh kanak
berkeperluan. Kesan baka yang akan mempengaruhi dari segi fizikal, mental,
kecerdasan, dan kerdil. Manakala persekiran yang mempengaruhi
perkembangan dan pertumbuhan saperti pemakanan, faktor keluarga, rakan
sebaya dan masyaraakat.
4.1. Genetik/Baka
Kesan baka ke atas perkembangan adalah hasil daripada daya usaha seorang
berasal dari Austria yang bernama Gregor Mendel (1857). Eksperimen-
eksperimen beliau di dalam kebunnya di Broneo mengenai “swee peas” telah
merintiskan jalan kepada ilmu genetik. Prinsip-prinsip kesan baka ke atas
perkembangan yang dikemukakan adalah ciri-ciri yang diwarisi hasil daripada
gen-gen yang diperturunkan tanpa pertukaran daripada satu generasi ke satu
generasi. Dalam setiap individu gen-gen ini adalah berpasangan dan di mana
dua gen dalam satu pasang itu berlainan kesannya satu gen dominan
menindasi yang lemah yang dipanggil gen resesif. Gen adalah penentu utama
dalam perwarisan ciri-ciri biologi. Perkembangan manusia yang dipengaruhi oleh
kesan baka adalah seperti berikut:-
4.1.1. Fizikal
Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh
pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan
juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan
aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar
badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang
kecil.
Kajian Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004)
mendapati kanak-kanak yang kembar seuri mempunyai persamaan dalam
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang
terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka
mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan
individu.
4.1.2. Mental /Kognitif (Kecerdasan)
Perkembangan mental seseorang itu banyak dipengaruhi oleh faktor baka.
Kecerdasan tinggi atau rendah, biasanya telah ditentukan oleh baka yang
diwarisi daripada ibu bapanya. Walau bagaimanapun pengaruh persekitaran
tidak kurang pentingnya. Kajian-kajian tentang kecerdasan menunjukkan bahawa
nisbahnya ialah baka 51% dan persekitaran 40%. Setiap individu dilahirkan
mewarisi beberapa ciri dari kedua ibu bapa serta saudara sedarah sebelumnya.
Adakalanya anak-anak tidak banyak mewarisi ciri-ciri daripada ibu bapanya
tetapi apabila dikesan, dia lebih mirip kepada nenek atau moyangnya. Begitu
juga dengan aspek intelek, yang mana sebahagiannya diwarisi. Baka
menentukan had kecerdasan seseorang, namun begitu Anastasi (1958) dalam
Tang Chee Yee (1990) mengatakan bahawa tidak ada gunanya kita berbahas
yang mana faktor yang lebih penting dalam proses perkembangan. Yang
pentingnya ialah kita mesti membincangkan bagaimana kedua-dua faktor
persekitaran dan baka dalam proses perkembangan manusia. Ahli-ahli psikologi
yang mengkaji kecerdasan seperti Alfred Binet (1857-1911), Theodore Simon
(1873-1961), dan Guilford dalam Ramlah Jantan dan rakan (2004) percaya
bahawa kecerdasan adalah diwarisi dan percaya bahawa kecerdasan tidak
dapat dipertingkatkan melalui pengajaran, Borich dan Tombari, (1997).
Pendapat mereka ini tidak dipersetujui oleh ahli psikologi yang mengkaji
kecerdasan dari tradisi revisionist seperti Howard Gardner (1983) dan Sternberg
(1985) yang mengatakan kecerdasan yang diwarisi boleh dipertingkatkan
melalui pembelajaran .
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
4.1.3. Mental /Kognitif (Kecacatan mental)
Kecacatan mental juga disebabkan oleh perwarisan genetik, misalnya ketololan
(idiocy) kedua-dua ibu bapa terjadi apabila ibu dan bapa ini mempunyai tali
persaudaraan yang rapat. Penyakit phenylkeyonuria oleh kekurangan enzim
yang menyebabkan penghasilan kimia beracun di dalam badan yang akhirnya
merosakkan mental kanak-kanak, Tang Chee Yee (1990:34). Kajian juga
mendapati sebahagian daripada kecacatan mental adalah diwarisi. Contohnya,
penyakit Tay-Sachs, dikaitkan dengan gen resesif yang diterima oleh anak
daripada ibu atau bapa. Tay-Sachs adalah berkaitan dengan masalah
kecelaruan enzim, menyebabkan otak tidak berupaya memecahkan lemak
tertentu. Bila keadaan berterusan, menghalang pemindahan maklumat oleh
saraf dan menyebabkan kerosakan sel otak Individu yang mengidap penyakit
Tay–Sachs biasanya meninggal dunia sebelum umur 3 tahun.
4.1.4. Mental /Kognitif(Down Syndrome dan Sindrom anak menggoloid)
Penyakit tersebut disebabkan oleh pembahagian dan percantuman sel yang
tidak sempurna semasa meiosis, Lefrancois (1999). Sindrom ini berlaku satu
dalam setiap 680 kelahiran. Kebanyakan kanak-kanak sindrom ‘down’ adalah
terencat akal, pendek dan otot-ototnya lembik. Salah satu faktor kecacatan
baka ialah umur ibu atau bapa yang terlalu tua. Oleh kerana itulah wanita yang
telah melebihi umur 40 tahun tidak digalakkan hamil.
4.1.5. Mental /Kognitif (Phenylketonuria, PKU)
Phenylketonuria adalah kecelaruan genetik yang dikaitkan dengan kehadiran
dua gen resesif. Individu yang mengidap penyakit PKU, enzim di hatinya yang
bertanggungjawab memecahkan ”phenylalanine” kepada bahan protein
kegunaan tubuh tidak ada atau tidak aktif. Ini menyebabkan kerosakan pada
sistem saraf dan kecacatan mental. Tapi pada hari ini, bayi-bayi yang menghidap
PKU diberi pemakanan khas dan boleh mengatasi masalah kekurangan enzim
tersebut (Ramlah Jantan dan Mahani Razali 2004:25)
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
4.1.6. Penyakit kebakaan (Hemophilia)
Penyakit-penyakit kebakaan lebih banyak diturunkan melalui kromosom X.
Antaranya Hemophilia iaitu sejenis kelainan sel darah. Mangsa hemophilia tidak
mempunyai bahan pembeku di dalam sel darahnya, iaitu AHG. Pendarahan
yang dialaminya tidak berhenti kerana pembekuan pada tempat luka tidak terjadi.
4.1.7.Rabun warna
Mata mengandungi pigmen-pigmen warna merah, hijau dan biru. Kelainan dan
kekurangan pigmen ini akan mengakibatkan rabun warna. Rabun warna yang
kerap dihidapi ialah merah dan hijau. Lelaki jauh lebih kerap mengalaminya
dari kaum perempuan.
4.1.8. Muscular Dystrophy
Muscular dystrophy ialah keadaan otot-otot menjadi lemah dan lama
kelamaan tidak boleh berfungsi. Penyakit ini boleh berlaku pada peringkat
kanak-kanak umur 4 hingga 10 tahun, iaitu pada anak lelaki. Jenis kedua
melibatkan kanak-kanak remaja dibahagian muka dan lengan. Pengidap
penyakit ini merasa lemah otot-ototnya yang jelas kelihatan bila berjalan.
4.1.9. Talasemia
Talasemia ialah sejenis anemia yang diwarisi oleh sebilangan orang-orang
keturunan Mediterranean dan timur. Tanda-tanda penyakit ini kekuningan
kekuningan kulit dan mata putih, demam, lemah, lesu serta tidak selera makan.
Penyakit ini biasanya disedari apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan. Bayi
akan terbantut pertumbuhan dan perkembangannya malah boleh membawa
maut jika tidak dirawat. Pertukaran darah diperlukan selalu oleh pesakit
berpenyakit ini.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
4.1.10. Kerdil (Dwarfism)
Kerdil berlaku pada kadar 1 :1000. ’Cartilage’ yang biasanya terdapat pada
tulang-tulang kaki dan tangan tidak lengkap kejadiannya. Pertumbuhan tulang
yang sedang berlaku terbantut menyebabkan tangan dan kaki pengidapnya
pendek.
4.1.11. Sindrom Edwards dan Sindrom Patau
Lain-lain penyakit kebakaan ialah seperti Sindrom Edwards dan Sindrom
Patau. Pengidap hanya boleh hidup 3 hingga 4 bulan. Kecacatan yang teruk
berlaku dari segi mental dan fizikal. Kepalanya lonjong dan kecil, telinganya
cacat, dagu dan mulutnya kecil (Surina Sangari 1989:14).
4.1.12. Sahsiah
Kajian juga mendapati sahsiah juga adalah diwarisi daripada ibu atau bapa
melalu baka. Helen Bee (1995), mengatakan temperamen iaitu tret–tret
personaliti adalah diwarisi daripada ibu bapa dan akan kekal pada individu
sepanjang hayatnya. Kajian Loehlin, 1992, Plomin, 1994 dalam (Shaffer, 1999)
juga mendapati sebahagian besar dimensi personaliti adalah mewarisi baka.
Contohnya personaliti ekstrovert, di mana seseorang lebih suka bersosial dan
selalu gembira; dan introvert di mana individu biasanya pemalu, suka menyendiri
dan kurang selesa bergaul dengan ramai orang.Temperamen yang diwarisi
akan mempengaruhi cara individu bertindak kepada persekitarannya turut
mempengaruhi cara bagaimana orang lain dan persekitaran bertindak balas
terhadap individu. Maksudnya, terdapat tindak balas terhadap individu iaitu
tindak balas dua hala. Contohnya, kanak–kanak yang suka bergaul akan
mencari kawan yang suka bergaul, mereka yang suka bergaul pula akan mencari
atau memerlukan individu tersebut untuk dibuat kawan (Newman dan Newman,
1997). Kajian Plomin, (1990) dalam Shaffer, (1990) mendapati korelasi positif
antara IQ dengan individu yang ada pertalian keluarga. Persamaan skor IQ di
kalangan individu kembar seuri yang tinggal bersama adalah paling tinggi
berbanding lain–lain bentuk persaudaraan.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
4.1.13. Kematangan
Gesell (1952) memperkatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan kanak–
kanak dipengaruhi oleh dua faktor yang utama. Pertama, kanak–kanak itu adalah
hasil daripada persekitaran sendiri. Tetapi secara khususnya, Gesell percaya
bahawa perkembangan kanak–kanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan
baka. Gesell menamakan proses ini sebagai kematangan.Menurut Gesell lagi,
semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan dan
berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik.
Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf yang dengan sendirinya
ditentukan oleh gen. Kanak–kanak sudah tentunya berbeza dari segi kepantasan
perkembangan. Mereka tidak berdiri dan berjalan pada umur yang sama. Walau
bagaimanapun, mereka melalui sekuens yang serupa. Bagi Gesell, perbezaan
individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya oleh mekanisme
genetik dalaman.
Kamarulzaman (2003), mengatakan kematangan merujuk kepada proses
perkembangan yang dikawal oleh faktor dalaman, terutama gen, iaitu bahan
kimia yang terkandung dalam nukleus setiap sel. Gen yang menentukan
sekuens, masa dan bentuk tingkah laku yang terhasil. Walau bagaimanapun
proses mekanisme ringkas di mana gen bekerja, pada masa Gesell dan hari
ini, masih kabur. Kita tahu bahawa gen tidak bekerja secara berasingan dan
mereka menerima isyarat daripada “ cytoplasm” ialah persekitaran gen, maka
sukar bagi kita menentukan perbezaan antara faktor dalaman dan persekitaran.
Walau bagaimanapun, kita dapat menganggap kematangan sebagai proses
semasa gen mengarahkan perkembangan, walaupun bersama dengan faktor
lain.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
4.2. Masalah metabolisme
Ada orang tetap kekal kurus walaupun makan banyak, sebaliknya ramai
mengalami masalah pertambahan berat badan meskipun hanya makan sekali
sehari. Orang yang kekal kurus dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi
dan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga berlaku dengan cepat,
manakala individu gemuk sebaliknya. Namun pendapat ini bukan 100% tepat
kerna semuanya bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan
kekerapan bersenam.
Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada
tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya
hidup masing-masing. Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara
20-39 tahan dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari,
manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari.
Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah.
4.2.1. Metabolisme membabitkan tiga perkara asas:
1. kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan untuk membolehkan
badan berfungsi dengan baik. Biasanya setiap orang menggunakan
sehingga 75% daripada tenaga daripada tenaga harian untuk tugas ini.
2. pencernaan dan penyerapan makanan. Kira-kira 10% daripada kalori
harian digunakan untuk tugas ini.
3. aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga
yang ada. Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap
aktiviti yang dilakukan.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
4.2.2. Faktor-faktor yang akan memperlahankan metabolisme :
UMUR : Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada
kadar 5% selepas 40 tahun. Apabila usia meningkat, keanjalan otot juga
merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu
lemak dan ini sebabnye apabila otot berkurang, kadar metabolisme juga
menurun.
JANTINA : Secara umumnya, metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita
kerana saiz badan mereka lebih besar dan mempunyai kurang lemak.
MASALAH HIPOTIROIDISME : Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan
memperlahankan metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada
pertambahan berat badan.
GENETIK : Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar
metabolisme cepat
4.3. Jangkitan Pranatal, perinatal dan pascanatal
Semasa bayi berada dalam rahim ibu pelbagai masalah mungkin timbul yang
boleh menjejaskan seseorang bayi hingga menyebabkan kelahiran menjadi
masalah.
4.3.1. Peringkat Prenatal
e. Baka- ini disebabkab didalam kromosom yang menyebabkan Sindrom Down
ataupun Mongoloid. Kanak-kanak DS ini mempunyai 42 kromosom
berbanding kanak-kanak normal iaitu 46 kromosom. ( Istilah Sindrom merujuk
kepada symptom atau cirri-ciri yang menentukan sesuatu penyakit ataupun
keadaan )
f. Jangkitan- Kecacatan di bahagian otak @ sisitem saraf yang berlaku sewaktu
proses mengandung. Ibu yang menghidap campak, rubella, atau siflis.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
Jangkitan ini akan memnyebabkan kecacatan embrio. ( Rubella sejenis
demam campak. Siflis sejenis penyakit berjangkit melalui hubungan sulit)
g. Dadah dan alcohol- Dadah terdapat dalam pelbagai bahan seperti bahan
pembekuan, pencegahan pembekuan, steroid, kuinina, hormon, antibodi dan
autihistamin. Pnggunaan dan pengambilan barang ini oleh ibu mengandung
mestilah mendapat nasihat dan persetujuan doctor. Alkohol boleh
membantutkan perkembangan janin. ( contoh dadah dan ubatan yang
berbahaya ialah rokok, alcohol, dan logam berat plumbum.)
h. Pemakanan- kurang zat makanan sewaktu proses mengandung. Tiada
pemakanan seimbang, kekurangan, vitamin dan protein.
i. Bahan kimia/ sinaran X- Pencemaran alam sekitar oleh bahan kimia memberi
kesan kepada kesihatan. Bahan Kimia akan masuk kedalam tubuh melalui
air, makanan, dan udara.
j. Cubaan menggugurkan kandungan
k. Mikroorganisma- Terdapat juga pelbagai masalah mikroorganisma yang
menganggu perkembangan janin@ fetus dan menyebabkan keabnormalan
yang kekal seperti kerencatan mental
4.3.2. Peringkat Perinatal
Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga
menyebabkan ia dilahirkan cacat
c. Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang @ berat badan
kurang daripada 2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami
kecacatan.
d. Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan kematangan organ
dalaman janin yang sedang berkembang. Kelahiran pada usia kandungan 21-
34 minggu, peluang bayi untuk hidup adalah tinggi.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
e. Punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang juga
penggunaan dadah dan merokok oleh ibu.
f. Ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak seperti terpaksa
menggunakan forcep dan vakum semasa proses kelahiran
g. Penyakit herpes simplex iaitu penyakit yang berjangkit melalui hubungan
seks. Ibu yang menghidap penyakit ini terutamanya di bahagian genetalia
mempunyai kemungkinan tinggi melahirkan bayi cacat.
h. Kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh mencederakan otak seseorang
bayi sehingga menyebabkan kerencatan mental.
4.3.3. Peringkat Posnatal/ pasca natal
Bayi yang dilahirkan tanpa sebarang kecacatan kurang upaya boleh mengalami
kecacatan mungkin disebabkan penyakit, keadaan persekitaran dan
kemalangan.
f. Penyakit-
• Penyakit Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang
otak dan jika tidak dirawat menyebabkan kerencatan otak. Virus ini
dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabies.
• Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisu
otak dan tulang belakang. Tanda penyakit ini ialah demam, sakit
kepala, sakit mata dan muntah. Jika tidak dirawat dengan segera
kerencatan akal akan berlaku.
g. Persekitaran- kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan kekurangan
kemudahan dan bahan memperkembangkan fizikal dn mental. Kebanyakkan
saintis berpendapat IQ seseorang boleh berubah mengikut keadaan alam
sekeliling.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
Pencemaran alam sekeliling juga boleh menyebabkan kerencatan mental kanak-
kanak ynag terdedah dengan logam berat seperti plumbum, dan merkuri melalui
makanan @ pernafasan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran, masalh
emosi dan sebahagiannya mengalami kerencatan akal. Contoh keracunan
plumbum ialah lead poisoning seperti cat rumah, paiap air dan petrol.
4.4. Faktor persekitaran/teratogen
Faktor kedua pula ialah persekitaran atau nurture. Faktor ini merujuk kepada
keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah
pengalaman sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk kepada
corak pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir pula
adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan,
keluarga, rakan-rakan, ibadat media dan persekitaran dunia.Menurut Amran
Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor
bakanya yang bermula daripada peringkat persenyawaan. Manakala Norman L.
Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di
sekeliling unit-unit kebakaan. W. Edger pula menerangkan bahawa persekitaran
adalah kuasa ekstrinsik rumit yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang
individu. Menurut Lee Shok Mee (1994), beliau mengatakan persekitaran ialah
segala keadaan di sekeliling termasuk keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik
dan interaksi sesama manusia serta alam sekitarnya. Hubungkait dengan
persekitaran kanak-kanak ini bolehlah dimaksudkan dengan adanya pertalian
rapat kanak-kanak tersebut dengan individu yang paling hampir dengannya,
contohnya ahli keluarga terutamanya ibu bapa kanak-kanak. Juga turut berkaitan
dengan berlakunya pekembangan kanak-kanak ini disebabkan oleh objek atau
peristiwa yang pernah berlaku dalam kehidupan kanak-kanak tersebut sekaligus
memberi pengalaman bermakna terhadap kanak-kanak. Perkaitan seterusnya
pula mungkin disebabkan oleh faktor tempat tinggal kanak-kanak, cara hidup
masyarakat sekeliling dan unsur rohaniah seperti penglibatan rumah ibadat.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
Beberapa ahli psikologi telah menjalankan kajian berkaitan perkembangan
individu dan mengemukakan pelbagai jenis teori. Di antara beberapa teori utama
mengenai peringkat perkembangan individu seperti teori perkembangan sosio-
budaya Robert Havighurst, teori perkembangan kognitif-jasmani Jean Piaget,
teori perkembangan Sigmund Freud, teori pembelajaran social Albert Bandura,
teori perkembangan emosi fizikal Erikson, teori ekologikal Bronfenbrenner dan
teori moral Lawrence Kohlberg. Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan
manusia berlaku dari segi perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani.
Ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Persekitaran yang dimaksudkan itu
berubah-ubah dan secara tidak langsung boleh mempengaruhi tingkah laku dan
perkembangan seseorang sama ada sebelum dan selepas kelahiran.
Terdapat dua kategori utama persekitaran yang mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak. Kategori yang pertama ialah faktor pralahir dan kategori kedua
ialah faktor selepas lahir. Faktor-faktor pralahir ialah pemakanan bayi di dalam
kandungan, kesihatan ibu semasa mengandung, penyalahgunaan dadah oleh
ibu sewaktu hamil, kesan x-ray terhadap ibu mengandung, emosi ibu sewaktu
hamil dan umur ibu ketika mengandung. Manakala faktor-faktor persekitaran
selepas lahir yang mempengaruhi perkembangan seseorang ialah rakan sebaya,
guru dan sekolah, pemakanan, tempat tinggal, sumber teknologi, sosioekonomi
keluarga, asuhan ibu bapa, masyarakat sekeliling, pusat ibadat, kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat.
4.4.1 Faktor Keluarga
bu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu
tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. Sebagai contoh kanak-
kanak daripada keluarga yang kecil biasanya akan mendapat perhatian dan
layanan yang lebih sempurna daripada ibu bapanya. Kemungkinan segala
permintaannya akan dipenuhi. Kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak itu
bersikap angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapanya. Ini sekaligus
merencatkan pertumbuhan daya berfikir (kognitif) dan kreativiti kanak-kanak
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
apabila adanya nilai bergantungan atau berharap terhadap setiap pergerakan
kanak-kanak itu sendiri. Faktor bentuk asuhan juga turut mempengaruhi
perkembangan kognitif dan kreativiti kanak-kanak itu. Secara asasnya, bentuk
asuhan keluarga terbahagi kepada empat iaitu bentuk autoritarian, autoritatif,
abaikan dan indulgent. Autoritarian ialah bentuk asuhan yang menggunakan
peraturan dan hukuman dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa authoritatif pula
sentiasa menggalakkan anak-anak mereka berdikari di samping sedikit
kawalanke atas tingkah laku mereka. Manakala ibu bapa yang abaikan
anak-anak pula tidak terlibat dengan kehidupan aak-anak mereka. Ibu bapa
indulgent pula terlibat dengan anak-anak tetapi kurang mendisiplinkan anak-
anak.Faktor asuhan keluarga ini berkaitan dengan teori perkembangan moral
Lawrence Kohlberg. Menurut teori Kohlberg, seorang individu itu biasanya
mengalami tiga tahap perkembangan moral yang utama. Tahap yang pertama
ialah awal kanak- kanak, tahap kedua dan ketiga ialah semasa remaja. Ketiga-
tiga tahap ini menyatakan bahawa kanak-kanak dan remaja mematuhi sesuatu
peraturan kerana untuk mendapatkan ganjaran atau mengelakkan hukuman.
Peraturan yang dibuat oleh ibu bapa mempengaruhi tindakan seseorang kanak-
kanak. Sebagai contoh, peraturan yang dibuat oleh ibu bapa authoritarian
terhadap anak-anaknya adalah supaya mereka mematuhi peraturan tersebut.
Kanak-kanak tersebut perlu mematuhi peraturan yang dibuat oleh ibu bapanya
supaya mereka tidak dikenakan sebarang hukuman. Ini bermakna faktor asuhan
keluarga menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak itu. Dengan adanya
peraturan yang ditetapkan seperti itu, maka kanak-kanak khususnya tidak
mempunyai pilihan lain selain mengikuti arahan tersebut dan ini sebenarnya jelas
menghalang keupayaan kanak-kanak dari sudut kreativiti untuk cuba
menghasilkan sesuatu idea yang berbeza mengikut situasi- situasi yang tertentu.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
4.4.2 Faktor Rakan Sebaya
Rakan sebaya memainkan peranan dalam perkembangan seseorang individu itu.
Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan intelek, sahsiah,
emosi dan sosial. Kanak-kanak yang bergaul dengan rakan sebaya yang
bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.
Sebaliknya, seseorang yang terdedah kepada rakan sebaya yang kurang
bertanggungjawab akan menyebabkan nilai negatif dalam dirinya terbina.
Faktor rakan sebaya berkait dengan teori perkembangan emosi-fizikal Sigmund
Freud. Menurut Freud, perkembangan emosi manusia adalah berkait rapat
dengan perkembangan fizikalnya. Perkembangan manusia terbahagi kepada
lima peringkat pertambahan umur dan selari dengan perkembangan fizikal. Pada
peringkat latency, kanak-kanak akan mula mengambil tahu tentang rakan
sebaya, mula menjauhkan diri sedikit daripada anggota keluarga dan engalirkan
perasaaan sentimen kepada orang lain.pengaruh rakan sebaya yang akan
mempengaruhi tahap perkembangan seseorang itu samada positif atau negatif.
4.4.3 Faktor Guru dan Sekolah
Seperti yang kita ketahui kanak-kanak amat suka dengan sesuatu aktiviti yang
mencabar dan lebih bersifat bebas. Sikap ingin menyiasat, ingin tahu, sebab dan
akibat sesuatu perkara itu mendorong kanak-kanak untuk berlumba-lumba
sesama mereka untuk mengetahui sesuatu perkara. Hal ini juga turut berkaitan
dengan personaliti kanak-kanak pada waktu itu yang inginkan perhatian.
Justeru itu, persekitaran guru dan sekolah juga memainkan peranan penting
dalam mempengaruhi perkembangan kreativiti kanak-kanak. Pengaruh guru dan
persekitaran sekolah yang berterusan dalam membentuk dan meransang
kreativiti pelajar melalui sikap guru, pengurusan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dan budaya sekolah. Guru yang bersifat penyayang dan
mempunyai nilai kendiri yang positif, kreatif dalam mempelbagaikan bentuk P &
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
P mampu melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis. Iklim sekolah yang
kondusif dengan kemudahan-kemudahan P & P turut membantu perkembangan
kognitif, afektif dan psikomotor pelajar agar lebih kreatif. Guru dan sekolah
merupakan agen perubahan yang bertanggungjawab memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.Faktor guru dan sekolah
berkait rapat dengan teori ekologikal Brofrenbrenner (1979,1989). Teori ini
menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan organism. Beliau
melihat persekitaran ekologikal berdasarkan hbungan dengan konteks
di mana individu itu berinteraksi. Mengikut teori ekologi Bronfenbrenner
menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis ekologi
iaitu mikrosistem,mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem.
Menurut Bronfenbrenner,kelima-lima sistem ekologi ini amat mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak.Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat
di mana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara
langsung di dalam persekitaran itu.Sebagai contoh, hubungan interaksi secara
langsung di antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan.
Kumpulan individu dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang sangat
penting di dalam perkembangan kreativiti kanak-kanak.Mesosistem pula merujuk
kepada kaitan di antara perhubungan dengan 2 mikrosistem. Hal ini bermaksud
bahawa satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem
yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap,
tingkah laku dan daya pemikiran di sekolah dan sebagainya.Mengikut
Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi
dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik
berbanding kanak-kanak yang kekurangan peluang.Ekosistem merupakan
pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara
langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi
kesan kepada kanak-kanak. Misalnya sekolah dengan pasaraya. Kaedah
pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh
tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan
sosial kanak-kanak tersebut.Makrosistem pula adalah perkembangan individu
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
yang melibatkan norma-norma nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya
dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock, 2008).
Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan di mana
mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan penting.
Kronosistem pula melibatkan perubahan pekembangan dalam suatu tempoh
masa. Sebagai contoh, situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada
permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak zaman terdahulu
yang lebih bersosial dengan bermain di persekitaran rumah. Secara
keseluruhannya, kelima-lima aspek ini dilihat mempunyai perkaitan di antara satu
sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka
setiap individu pasti mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.
4.4.4 Faktor Sumber Teknologi
Sumber teknologi dan pengaruh media massa boleh mempengaruhi
perkembangan kretiviti kanak-kanak secara positif tetapi ianya bergantung
kepada bagaimana bentuk teknologi yang diterima. Sumber teknologi tersebut
adalah merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan
seperti media cetak, surat khabar, majalah, buku, iklan dan media elektronik
seperti filem, radio, televisyen, komputer dan internet. Adalah diketahui bahawa
individu yang terdedah kepada sumber tekologi yang sihat akan mempengaruhi
perkembangan kreativiti kanak-kanak berdasarkan nilai-nilai yang terkandung di
dalam pengaruh sumber teknologi itu. Pengaruh sumber teknologi terhadap
perkembangan seseorang kanak-kanak itu ada kaitan dengan teori pembelajaran
sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura. Beliau menyatakan bahawa kelakuan
manusia saling bertindak antara kognitif, kelakuan dan ejen penentu
persekitaran. Ini bermakna kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui
pemerhatian terhadap permodelan. Secara tidak langsung, kanak- kanak yang
terdedah kepada sumber teknologi seperti televisyen, internet dan sebagainya
akan memberi kesan dalam menghasilkan kretiviti melalui idea-idea yang
baru dari sudut pemikiran mereka.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
4.4.5 Faktor Pemakanan
Faktor persekitaran selepas kelahiran yang mempengaruhi perkembangan
kreativiti kanak-kanak ialah pemakanan. Pemakanan kanak-kanak perlu dijaga
sejak peringkat awal lagi (peringkat pralahir). Ini penting bagi menjamin
perkembangan jasmani dan mental yang sihat. Makanan yang seimbang dan
berzat amat diperlukan bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak dari segi fizikal dan mental, malahan dapat melindungi kanak-kanak
daripada sebarang penyakit. Menurut jurnal The Pediatric Clinic of North America
yan ditulis oleh Birch Lean Lipps dan Davidson Kirsten Krahnstoever, mereka
menyatakan bahawa faktor pemakanan ibu bapa boleh mempengaruhi corak
pemakanan anak-anak mereka. Sebagai contoh, sebilangan ibu bapa yang
gemar memilih makanan ringan dan makanan segera sedangkan kita
mengetahui bahawa makanan tersebut boleh merencatkan tumbesaran fizikal
dan mental kanak-kanak.
4.4.6 Faktor Kebudayaan dan kepercayaan Masyarakat
Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat juga mempengaruhi perkembangan
kretaiviti kanak-kanak. Perbezaan nilai hidup membentuk falsafah hidup yang
berbeza di kalangan masyarakat. Begitu juga dengan perbezaan agama dan
kebudayaan akan melahirkan cara hidup serta tingkah laku yang berbeza.
Masyarakat yang suka mengamalkan gaya hidup yang sihat akan melahirkan
gaya hidup yang positif. Amalan masyarakat yang menekankan soal kerohanian
dan kejiwaan sebenarnya turut memberi mpak dalam melahirkan kanak-kanak
yang kreatif. Perkara pokoknya di sini ialah bagaimana ketenangan itu amat
penting bagi membentuk dan meransang pemikiran kanak-kanak supaya lebih
kreatif dalam sesuatu hal. Robert J. Havinghurst adalah ahli psikologi yang
memperkenalkan teori perkembangan yang bercorak sosio-budaya dan
antropologi. Teori yang diperkenalkan berkaitan dengan faktor kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat. Beliau menekankan bahawa perkembangan
seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya.Beliau juga
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
menyatakan bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh
norma serta budaya masyarakat. Sebagai contoh, budaya membedung bayi
yang baru lahir bagi sesetengah kaum Melayu jika dinilai dari sudut saintifik
sebenarnya menghalang pergerakan lokomotor kasar bayi tersebut. Apabila bayi
dalam keadaan tidak selesa, ianya boleh memberi kesan negatif terhadap
perkembangan emosi dan kreativiti bayi tersebut. Berdasarkan faktor-faktor yang
disenaraikan di atas, ini menjelaskan kepada kita bahawa dua faktor utama iaitu
faktor genetik dan persekitaran sangat memberi kesan kepada perkembangan
daya kreativiti kanak-kanak. Dua faktor tersebut memberi kesan kepada
perkembangan kreativiti kanak-kanak yang akan hanya dapat dilihat melalui
pemerhatian yang dilakukan secara kualitatif.
4.5. Tauma
Trauma berasal dari bahasa Yunani yang berarti luka (Cerney, dalam Pickett,
1998). Kata trauma digunakan untuk menggambarkan kejadian atau situasi yang
dialami oleh korban. Kejadian atau pengalaman traumatik akan dihayati
secara berbeda-beda antara individu yang satu dengan lainnya, sehingga setiap
orang akan memiliki reaksi yang berbeda pula pada saat menghadapi kejadian
yang traumatik. Pengalaman traumatik adalah suatu kejadian yang dialami atau
disaksikan oleh individu, yang mengancam keselamatan dirinya (Lonergan,
1999). Oleh sebab itu, merupakan suatu hal yang wajar ketika seseorang
mengalami shock baik secara fisik maupun emosional sebagai suatu reaksi stres
atas kejadian traumatik tersebut. Kadangkala efek aftershock ini baru terjadi
setelah beberapa jam, hari, atau bahkan berminggu-minggu. Respon individual
yang terjadi umumnya adalah perasaan takut, tidak berdaya, atau merasa ngeri.
Gejala dan simtom yang muncul tergantung pada seberapa parah kejadian
tersebut. Demikian pula cara individu menghadapi krisis tersebut akan
tergantung pula pada pengalaman dan sejarah masa lalu mereka.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
Menurut Stamm (1999), stres traumatik merupakan suatu reaksi yang alamiah
terhadap peristiwa yang mengandung kekerasan (seperti kekerasan kelompok,
pemerkosaan, kecelakaan, dan bencana alam) atau kondisi dalam kehidupan
yang mengerikan (seperti kemiskinan, deprivasi, dll). Kondisi tersebut disebut
juga dengan stres pasca traumatik (atau Post Traumatic Stress Disorder/ PTSD).
Menurut Pickett (1998), ada dua bentuk simtom yang dialami oleh individu yaitu
: (1) adanya ingatan terus menerus tentang kejadian atau peristiwa tersebut, dan
(2) mengalami mati rasa atau berkurangnya respon individu terhadap
lingkungannya. Kondisi tersebut selanjutnya akan mempengaruhi fungsi adaptif
individu dengan lingkungannya. Seringkali, peristiwa yang traumatik akan sangat
menyakitkan sehingga bantuan dari para ahli akan diperlukan dalam mengatasi
trauma yang dialami.
Terangkan cara mengelakkan daripada punca masalah kecacatan kepada murid pendidikan khas
Jelaskan implikasi terhadap pendidikan terhadap murid-murid yang menghadapi masalah yang berpunca daripadapersekitaran.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
TAJUK 5 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
SINOPSIS
Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan enam kategori kanak-kanak
keperluan khas iaitu kerencatan akal, masalah penglihatan, masalah
pendengaran, masalah tingkahlaku/emosi, Attention Deficit Disorder
Hyperactive (ADHD) dan masalah kesihatan.
HASIL PEMBELAJARAN
a. Mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas yang terdapat dalam
pendidikan khas.
b. Menjelaskan definisi dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas.
c. Menjelaskan keperluan yang bersesuaian dalampendidikan dengan kategori
kanak-kanak berkeperluan khas.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Kategori Kanak-kanak Berkeperluan
Khas
Kerencatan Akal
Masalah Penglihatan
Masalah Pendengaran
Masalah Tingkahlaku/Emosi
Masalah Kesihatan
Attention Deficit Hyperactive Disorder
(ADHD)
Keperluan dalam
pendidikan
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
5.0. PengenalanPendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang
dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami
pelbagai kecacatan / kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-
aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang
berteraskan rumah, hospital dan institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini
juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan
memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai
jenis kecacatan / kurang upaya itu.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mahukan
sistem pendidikan di negara kita yang boleh melahirkan pelajar yang seimbang;"Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara". Bertunjangkan FPK, Falsafah Pendidikan Khas
mempunyai matlamat yang hampir sama iaitu;
"Ia menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-
keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang
berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan
sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam
masyarakat".
Tidak semua kanak-kanak dilahirkan sempurna, terdapat juga kanak-
kanak istimewa. Kanak-kanak ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, malahan
mereka juga wajar diberi pendidikan. Walau bagaimanapun disebakan ciri-ciri
istimewa mereka ini, maka pendidikan yang diberi kepada mereka agak berbeza
yang mana ianya disebut sebagai Pendidikan Khas.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
Matlamat Pendidikan Khas di Malaysia ialah untuk memberi
kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan
kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran
(suasana) biasa. Selain daripada itu, usaha-usaha berkaitan dengan rancangan
khas serta tanggungjawab untuk meningkatkan aspek perkembangan kanak-
kanak dan semua usaha berkaitan dengan keperluan kanak-kanak khas dan
tanggungjawabnya adalah berlandaskan kepada matlamat dan objektif
pendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan sistem
persekolahan.
Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan antara murid-murid
istimewa dengan murid-murid normal / biasa dalam pelbagai aspek seperti
pembangunan fizikal, pembelian peralatan khas, perkhidmatan khidmat
sokongan kakitangan bukan guru, peluang-peluang kenaikan pangkat, juruteknik
audiologi pendidikan (educational speech therapist), orientasi dan mobiliti
pendidikan (Orientation and Mobility Instructor) dan psikologi
pendidikan (Educational Psychologist) dan sebagainya merupakan objektif
Pendidikan Khas.
Latarbelakang Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan Pendidikan Khas bagi
murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta bermasalah
pembelajaran mulai bulan Julai, 1962. Di bawah rancangan percantuman
dengan pendekatan Pendidikan Inklusif, iaitu murid-murid yang bermasalah
tersebut belajar bersama murid-murid normal di dalam kelas yang sama (Sang,
2000). Mereka diajar oleh guru yang sama tetapi dibantu oleh guru sumber yang
terlatih dalam program Pendidikan Khas.
Kategori individu berkeperluan khas adalah seperti (i) bermasalah atau
kurang upaya pendengaran (hearing impairment), (ii) bermasalah atau kurang
sebagai kanak-kanak yang menunjukkan atau potensi kebolehan dalaman:
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
• Kegiatan intelek seperti kreativiti, pemikiran abstrak, kemahiran lisan,
pemikiran logik dan ingatan baik.
• Bakat-bakat khas dalam bidang-bidang seperti sains, matematik,
kepimpinan perhubungan manusia, seni lukis, muzik, penulisan dan
drama.
Menurut Ross (1993) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, definisi
kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak dikenal pasti semasa
prasekolah, sekolah rendah atau menengah menunjukkan bakat atau potensi
yang cemerlang dalam pencapaian akademik berbanding kanak-kanak yang
sebaya dengan mereka. Mereka juga menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi
intelek, seni dan mempunyai kepimpinan yang luar biasa
Perkembangan kanak-kanak cerdas pintar ini menunjukkan ciri-ciri luar
biasa pada umur yang sangat muda berbanding kanak-kanak biasa.
Perkembangan kognitif mereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur satu
tahun dan menunjukkan perkembangan dalam domain yang luas. Mereka
memperoleh maklumat dengan menyimpan maklumat dengan cepat dan dengan
cekap mengingati semula maklumat. Kanak-kanak ini boleh merancang,
memantau dan menilai menggunakan pemikiran advance pada umur yang muda
berbanding kanak-kanak lain.
Dari segi emosi, mereka sangat matang berbanding kanak-kanak lain,
mudah kecewa dan menghina rasa takut pada usia yang muda serta terlalu
sensitif.
Gardner (1983) memberi nafas yang baru kepada konsep-konsep
kecerdasan (intelligence) yang selama ini berfokus kepada kebolehan logik dan
matematik. Konsep ‘multiple intelligence’ yang diperkenalkan olehnya membuka
ruang kepada pengiktirafan pelbagai kebolehan dan bakat sebagai penting dan
perlu diasah. Gardner menyarankan tujuh jenis kecerdasan yang membolehkan
pelajar mengukuhkan kebolehan khusus mereka dan memupuk beberapa bakat
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
yang ada pada mereka. Para pelajar diberi peluang memperluas minat,
kebolehan dan kemahiran mengikut kekuatan mereka masing-masing dalam
matematik, bahasa, seni, inter dan intra personel, bersukan dan spatial sebagai
sama pentingnya dan perlu diiktiraf, dipupuk dan diperkembangkan di kalangan
kanak-kanak.
Sternberg (1997) dalam D.P Hallahan dan J.M. Kauffman (2000)
memperkenalkan teori kecerdasan yang menyatakan tiga jenis pintar cerdas iaitu
analitis, sintetik, dan praktikal. Pintar cerdas analitis ialah melibatkan kebolehan
pelajar pintar cerdas menangani sesuatu masalah – memahami setiap tahap dan
bahagian masalah serta bagaimana masalah itu berhubung kait. Kebolehan ini
boleh diukur melalui ujian kecerdasan yang konvensional. Pintar cerdas sintetik
melibatkan kebolehan pemahaman mendalam (insight), intuisi, kreativiti atau
kebolehan mengadaptasi dan menangani sesuatu situasi yang berbeza,
kemahiran yang bersangkut paut dengan seni dan sains. Manakala pintar
cerdas praktikal melibatkan kebolehan mengaplikasikan kebolehan analitis dan
sintetik untuk menyelesaikan masalah harian, jenis kemahiran yang dimiliki oleh
mereka yang berjaya dalam kerjaya mereka.
Sternberg dan Zhang (1995) dalam D.P Hallahan dan J.M. Kauffman
(2000) mencadangkan lima kriteria untuk menentukan sama ada seseorang itu
memiliki bakat, iaitu :
I. Kualiti cemerlang (Excellence), bermaksud seseorang individu itu mestilah
memiliki kebolehan lebih daripada rakan-rakan sebayanya atau dengan kata lain
dimensi persembahannya.
ii. Luar biasa (Rarity), bermaksud hanya segelintir daripada sekumpulan
manusia yang memiliki watak atau perwatakan yang berbakat.
Berketerampilan (Demonstrability), bermaksud seseorang itu mestilah boleh
menunjukkan apa-apa keluarbiasaan bakat atau kebolehan mereka melalui
ujian-ujian tertentu yang sah instrumennya.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
Iii. Produktiviti (Productivity) bermaksud kanak-kanak pintar cerdas itu
mampu menunjukkan kebolehan dan bakat masing-masing sehingga
menghasilkan kejayaan ataupun melalui produk yang dapat dihasilkan.
iv. Nilai (Value) bermakna bahawa seseorang kanak-kanak pintar cerdas itu
mempersembahkan kebolehan yang boleh dinilai dan dihargai oleh sesebuah
masyarakat mereka.
Ciri-ciri Pintar Cerdas
Kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan perkembangan yang lebih cepat
daripada kanak-kanak normal dari kognitif, afektif dan fizikal.
Mula berjalan dan bercakap lebih awal daripada kanak-kanak biasa.
Semasa kecil lagi, telah menunjukkan kebolehan menyusun perkataan dan frasa
yang bermakna.
Mungkin lebih tinggi, lebih besar, dan lebih kuat daripada kanak-kanak
biasa yang sebaya dengannya dan dalam ukuran perkara tertentu mereka
adalah luar biasa seperti ukuran dada, kekuatan otot dan perkembangan paru-
paru.
Dapat menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan, tidak semestinya
di hadapan pelawat yang datang melawat ke rumah atau penonton, gaya diri
yang luar biasa.
Menunjukkan minat terhadap masa agak awal. Bercakap tentang
semalam, hari ini, esok, hari-hari dalam seminggu, waktu itu dan waktu ini,
kalendar dan jam, pada peringkat umur yang awal Ini menunjukkan kesedaran
terhadap masa dan kaitannya dengan dirinya.
Mempunyai pelbagai minat dan bersikap spontan, disaingi oleh sifat ingin
tahu dari segi intelek yang luas dan kian berkembang.
Selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki sekolah dan boleh
dikatakan mempunyai keinginan yang awal untuk membaca. Mempunyai
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
kebolehan membaca yang lebih tinggi daripada kanak-kanak lain yang seumur
dengannya.
Mengumpul benda-benda dengan teratur ( tetapi kualiti ini tidak
semestinya ada – mungkin juga ia tidak teliti, tidak sistematik dan tidak teratur).
Pengumpulan jika dibuat mungkin termasuk burung, setem, bahan kimia atau
gambar-gambar (gambar bintang filem misalnya). Biasanya koleksi ini ialah
daripada jenis yang canggih atau saintifik.
Mempunyai hobi yang lebih banyak dan memerlukan ketekunan dan
penumpuan berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya. Mungkin
mempunyai antara tiga hingga enam hobi yang berbeza.Mempunyai minat
terhadap permainan yang agak mendahului kanak-kanak yang sebaya
dengannya. Memilih permainan yang melibatkan peraturan dan sistem, misalnya,
permainan catur. Mungkin mempunyai kecenderungan pada permainan dan
kerja yang dilakukan bersendirian. Kanak-kanak pintar cerdas yang masih kecil
mungkin mempunyai kawan bermain yang direka-rekanya dan perbualannya
dengan rakan yang direka-reka ini amat berharga dan menakjubkan.
Sering menunjukkan pemahaman tentang makna yang kelihatan agak
terlalu awal untuk umurnya. Interpretasinya tentang kejadian semasa,
perkembangan antarabangsa dan politik menunjukkan kebolehan memikir
secara abstrak, kreatif dan kritis.
Menunjukkan kebolehan yang matang dalam melahirkan dirinya dan
perasaannya melalui penulisan kreatif dan pernyataan oral dan melalui lukisan
untuk menyampaikan idea; perbendaharaan kata dan kandungannya mungkin
agak berbeza dan luar biasa.
Memberikan gerak balas kepada komen dengan cara yang menunjukkan
pemikiran yang mendalam. Ia cepat memberikan respon. Mempelajari sesuatu
dengan mudah, memerlukan sedikit penerangan dan kurang pengulangan oleh
guru jika dibandingkan dengan kebanyakan pelajar. Mungkin kurang sabar
daripada orang lain dengan latih tubi yang tidak bermakna atau tugasan yang
diberikan semata-mata untuk mengisi masa, sering merasakan bahawa masa
boleh digunakan dengan lebih berfaedah.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
Boleh menyesuaikan dan menggunakan apa yang ia telah pelajari dengan
situasi lain. Pemindahan idea datang dengan agak mudah.Mungkin tidak sabar
dan memberontak sikap pasif orang lain, termasuk orang dewasa di rumah dan
di sekolah. Mungkin agak sukar dalam masyarakat kita yang sering tersuai
dengan kanak-kanak yang sederhana.
Biasanya menunjukkan keupayaan dan kebolehan dengan pencapaian
dan penguasaan mata pelajaran sekolah yang lebih tinggi. Tetapi pencapaian
mungkin lebih rendah daripada yang diharapkan apabila dalam kelas yang
membosankan, lembap, tidak mencabar, tidak bersemangat, tidak menarik, dan
dia tidak boleh terima, dalam keadaan begini dia mungkin mencabar atau
mengancam guru.
Biasanya sukakan sekolah dan menunjukkan keinginan untuk belajar
tanpa desakan atau tekanan. Melibatkan diri dan kelihatan mempunyai lebih
masa untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti luar bilik darjah dan aktiviti
kokurikulum tanpa menjejaskan pencapaian akademiknya.Sering memilih mata
pelajaran sekolah yang lebih sukar semata-mata kerana ia menyukainya.
Boleh menilai kekuatan dan kekurangan dirinya secara objektif. Mempunyai
kesedaran akan dirinya dan ini mungkin menyebabkan dia tidak disukai oleh
pelajar lain yang tidak sebijaknya. Oleh sebab tidak menyedari punca
perseteruan atau antagonisme ini, dia mungkin rasa perlu mengasingkan diri dan
tidak bergaul dengan pelajar lain yang sebaya dengannya dan bergaul dengan
orang dewasa atau orang yang lebih tua dengannya.Mempunyai
perbendaharaan kata yang lebih luas daripada kanak-kanak lain pada peringkat
umur dan darjah yang sama, menggunakan dan memahami perkataan dalam
bacaan, penulisan dan percakapan.
Menanyakan soalan kerana dia benar-benar ingin tahu dan kemudian
menggunakan maklumat yang diperoleh melalui percakapannya.
Menunjukkan sifat original pada tahap yang tinggi dalam permainan, kerja,
rancangan dan situasi. Ini mungkin juga dapat dilihat daripada cara dia
memotong rumput atau membasuh kereta. Mempunyai jangka masa perhatian
dan penumpuan yang lebih lama daripada yang kita jangkakan.
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
Boleh berjenaka dan ketawa mendengar jenaka yang orang lain pada
peringkat umurnya tidak dapat memahami, sering kelucuan atau jenaka yang
abstrak dan berasaskan imaginasi yang memerlukan kematangan dan lebih
tinggi daripada peringkat umurnya untuk memahaminya.Suka bergaul dengan
kanak-kanak yang lebih tua daripadanya walaupun mereka mungkin tidak
menggemarinya.
Mungkin menunjukkan kemahiran luar biasa atau kreativiti dalam seni dan
muzik, boleh mengikuti nada dengan baik pada umur yang masih awal lagi,
mempunyai keinginan yang mendesak untuk mempelajari muzik, mempunyai
deria yang luar biasa terhadap irama, atau menunjukkan deria warna yang
terang.
Selalunya dapat mengawal diri, tenang dan tidak mudah terganggu
emosinya, tidak gugup, stabil baik dari segi emosi dan tidak bercakap besar
walaupun dia mempunyai kelebihan berbanding kanak-kanak lain.
Secara ringkasnya ciri-ciri pintar cerdas adalah:
a. Pengamatan tinggi
• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang
b. Keinginan untuk tahu tinggi
• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara
c. Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut
d. Menerima infomasi dengan pantas
• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
e. Ingatan yang tinggi
• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat
f. Mungkin dapat membaca lebih awal
• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun
g. Kerap membaca serta meluas
• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas
h. Tatabahasa yang tinggi
• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik
i. Tahap penumpuan yang lama
• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran
j. Kebolehan menyelesaikan masalah
• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi
k. Suka bertanya dengan lebih teliti
• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku
k. Keupayaan imaginasi yang tinggi
• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya
l. Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
m. Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan
n. Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain
o. Bersemangat dan bertenaga
• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian
p. Pandai berjenaka
• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami
q. Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna
Latihan
Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda
dikehendaki membuat esei dan hantarkan kepada pensyarah
Kanak-kanak pintas cerdas memerlukan pendekatan dan strategik yang berbeza
untuk mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Kaedah Pengayaan –
kajian bebas, peluang menghabiskan sukatan pelajaran dgn lebih awal dan ambil
peperiksaan lebih cepat, penggunaan proses pemikiran tinggi, program ceramah,
program mentor, bahan peringkat tinggi, program guru penasihat, sumber tahap
universiti, pendidikan berasaskan komuniti, program pertukaran, dan program
pendidikan antarabangsa.
Program Pendidikan Kanak-Kanak Pintar Cerdas yang boleh dilaksana saperti
Kaedah Pengelompokan – kelas khusus, program bawa keluar,
pengelompokan rumpun, sekolah khas, penjadualan rumpun bagi kursus
tertentu, seminar, kelas khas di luar waktu sekolah, kelas masa cuti, ekspedisi
masa cuti, pusat sumber, program luar
Menggunakan Model-Model Pengayaan yang bersesuaian saperti Model
Renzulli – penerokaan, latihan berkelompok, dan kajian bebas. Berasaskan
minat pelajar. Diguna pakai oleh MRSM dgn nama SEM (schoolwide
Enrichment Model )
Corak Pembelajaran Kanak-Kanak Pintar Cerdas perlu berbeza dengan
kanak-kanak normal supaya dapat menarik minat mereka untuk belajar.
“The classroom will expend its walls via the information and
communication links to other parts of the community and world made possible by
the Information Highway. Teachers will remain centrally important but will
probably spend more time with small groups of students working together using
a personal computer that is connected to the network. This form of interactive,
engaging learning will mean students can access a wealth information’s, proceed
at their own pace and collaborate with other students.” (Gates, 1996)
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
“A large wall-mounted screen, perhaps an inch thick, will replaced today’s black
board and movie projectors in the classroom. It will displays pictures, movies
and other visual materials as well as written notes and outlines. You will be able
to draw or make lists by writing on it. The computer controlling the white board
will recognize your handwriting and will convert it into a more readable typeface.
This information appliance will be centrally located in the classroom and will be
used by students and teachers alike for presentations to the group” (Gates,
1996)
“In the future, teachers will use text, images, sound, video and animation
as part of their curriculum; all available through the ‘Information Highway’. And
as the power and ease of use of software increases, so will the ability of teachers
and students to create presentations with multimedia content that rivals the
production values of today’s high budget films and television” (Gates, 1996)
Masalah yang biasa berlaku di Kelas Biasa menurut Smith (1998)
bahawa dalam banyak hal, keperluan individu mereka tidak dapat dipenuhi dan
minat mereka sering diabaikan. Jika ada kerja berkumpulan, merekalah yang
membuatnya. Mereka juga sering digunakan untuk membantu guru menunjuk
ajar pelajar lain. Walaupun kerjasama mereka diperlukan, keperluan khusus
mereka tidak sepatutnya diabaikan. Sering kali mereka diberi kerja yang sama
dan belajar perkara yang mereka sudah tahu, kadang kala perkara yang mereka
lebih tahu daripada guru mereka. Program / aktiviti khas untuk pelajar ini perlu
difikirkan oleh pihak sekolah jika kita tidak mahu bakat istimewa mereka ini
hilang disebabkan sekolah dan pihak bertanggungjawab tidak mampu memberi
khidmat yang sewajarnya kepada mereka
6.2. Palsi Serebaral (Cerebral Paalsy)
Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang
kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu
akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh
kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio
Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak tidak
diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk
jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya,
sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan
menjadi bengkok. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-
tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau
di rumah. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai
terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan
keluarga mereka.
LatihanBuatkan kumpulan kecil dan cari bahan dengan melayari internet
serta berbincang dan jawab soalan-soalan di bawah. Anda
dikehendaki membuat esei pendek dan hantarkan kepada
pensyarah melalui emeil.
1. Jelaskan keperluan yang perlu disediakan atau dijalankan
dalam pendidikan yang bersesuaian dengan kategori kanak-
kanak keperluan berikut:
a. Masalah Pembelajaran Spesifikasi.
b. Autisme
c. Masalah Fizikal
7.0. PenutupTidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas
kejadian yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri
dalam keadaan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru,
terdapat insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan
(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)
khas kerana cacat deria lihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi.
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua
mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal.
Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka
mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial,
ekonomi dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd.
Sharani 2004).
Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin
terdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar
perubatan bagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak.
Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan
beban yang ditanggung dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang
tergolong kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup. Oleh itu,
masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkan nasihat, pengetahuan dan
bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan sempurna.
Aktiviti
Bentuk kumpulan kecil (5/6 orang) dan bincangkan soalan-soalan di
bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di
dalam kelas.
Jelaskan definisi dan ciri-ciri kanak-kanak keperluas khas
di bawah:
I. Masalah Fizikal
II. Masalah Pembelajaran Spesifik
III. Autisme
IV. Pintar Cerdas
V. Palsi Serebral
Rujukan
Norshidah Salleh, Aliza Alias dan Zalizan Mohd Jelas (2009) Sejarah Pendidikan Khas Di Malaysia : Pendidikan Khas Kanak-Kanak Berkeperluan Khas : Konsep dan Amalan . Bangi. Fakulti Pendidikan UKM
Yusuf Abdullah,Safani Bani dan Mohd Mokhtar Taha (2006) Pengenalan Kepada Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: OUM
Jamila K.A Mohamed (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa . Selangor : PTS
Yell, M.L. (2006). The Law and Special Education 2ed. New Jersey : Pearson Education,Inc.
Friend, M (2006). IDEA 2004 Update Edition: Special Education.New Jersey : Pearson Education , Inc.
Kauffman J.M. Dan Hallahan D.P. (2005) Special Education . New Jersey : Pearson Education , Inc
Lonergan, B.A. (1999). The Development of Trauma Therapist : A Qualitative Studi of the Therapist’s Perspectives and Experiences. Colorado : Counselling Psychology.
Pickett,G.Y. (1998). Therapist in Distress : An Integrative Look at Burnout, Secondary Traumatic Stress and VicariousTraumatization. Dissertation. University of Missouri-St. Louis.
Stamm, B.H. (1999). Secondary Traumatic Stress. Self Care Issues for Clinicians, Researchers & Educators. MD :Sidran Press.
M.Ed.(Pendidikan Khas)B.Ed. (Pendidikan Khas)Dip. Perguruan Khas (Pemulihan Khas)Sijil Perguruan Khas (Pemulihan Khas)
Pensyarah IPG Kampus IpohPeg.Khas Pend. Khas PPD Kuala Kangsar (6 thn)Penyelaras Pendidikan Khas (4 thn)Guru Pendidikan Khas (2 thn)Guru Pemulihan Khas (10 thn)
1. Modul pembelajaran ini adalah untuk menggantikan jam interaksi bersemuka.
2. Modul pembelajaran akan digunakan oleh pelajar PPG ketika mereka berada di sekolah sebagai bahan pembelajaran kendiri.
3. Format modul mesti mengikut format yang diselaraskan oleh Pusat Pembangunan Akademik, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
4. Panel penulis modul perlu memilih topik-topik yang sesuai daripada pro forma kursus untuk dimodulkan.
5. Topik-topik yang dipilih mesti mudah difahami oleh pelajar program melalui pembelajaran kendiri.
6. Agihan topik-topik yang dimodulkan ditunjuk dengan jelas dalam “08 Agihan Tajuk” (cara penulisan rujuk contoh “08 Agihan Tajuk” yang dilampirkan)
7. Modul yang dihasilkan harus menjurus ke arah menggalakkan pelajar PPG melakukan pembelajaran kendiri dengan membuat rujukan-rujukan tambahan pelbagai sumber.
8. Aktiviti-aktiviti yang sesuai yang dapat menggalakkan pembelajaran kendiri disediakan. Dua latihan disediakan pada akhir modul ini sebagai latihan.
9. Bahasa yang digunakan mesti interaktif dan mesra pengguna.
Pusat Pembangunan Akademik Kementerian Pelajaran Malaysia 20-05-2011