PKT Juara Keseluruhan Konvensyen KIK Horizon Baharu Peringkat Kebangsaan Politeknik Malaysia 2017 TERENGGANU, 16 Oktober - Kumpulan Strikers XVI muncul juara keseluruhan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Politeknik Malaysia Peringkat Kebangsaan 2017 yang berlangsung selama 3 hari di Hotel Permai, Kuala Terengganu dan berakhir semalam. Kemenangan kali ini menjadikan tiga tahun berturut- turut anugerah ini digondol oleh Politeknik Kuala Terengganu. Kumpulan tersebut turut meraih johan bagi Kategori Penyampaian Perkhidmatan (Penambahbaikan) dan tempat pertama bagi pameran terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai RM2,000 bagi Kategori Penyampaian Perkhidmatan (Penambahbaikan) dan RM500 bagi pameran terbaik beserta piala pusingan dan sijil sebagai mengiktiraf kejayaan projek serta inovasi mereka dalam pertandingan berkenaan. Selain itu, kumpulan V-Idea juga dari PKT merangkul tempat ketiga bagi kategori yang sama. Sementara Kumpulan King of Kaizen Kairyo (3K) dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah mendapat naib johan. Menurut Radiah Che Su, Pengarah Politeknik Kuala Terengganu “kejayaan ini merupakan pencapaian terbesar yang amat membanggakan seluruh warga PKT. Selain itu, selaku tuan rumah saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan konvensyen kali ini” Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz pada majlis perasmian penutup konvensyen tersebut. Menurut beliau dalam