Top Banner
Rancangan Pengajaran Harian RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Sekolah : Sekolah Kebangsaan Bestari Utama Mata Pelajaran : Matematik Kelas : 2 Budiman Tarikh : 4 Jun 2015 Hari : Isnin Masa : 8.00 – 9.00 pagi (1 jam) Bilangan Murid : 2 orang Tajuk/ Kemahiran : 2.1 Menambah dua nombor tanpa mengumpul semula bagi: a) nombor satu digit dengan nombor satu digit Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat : 1. Menyebut 4 soalan daripada 6 ayat matematik dengan menggunakan pembilang yang betul secara kumpulan. 2. Menjawab sekurang-kurangnya 4 daripada 6 soalan dengan betul secara individu. Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengenal angka 1 hingga 10
8

PKP 3103

Jul 13, 2016

Download

Documents

joyee

Rancangan Pengajaran Harian
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: PKP 3103

Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Bestari Utama

Mata Pelajaran : Matematik

Kelas : 2 Budiman

Tarikh : 4 Jun 2015

Hari : Isnin

Masa : 8.00 – 9.00 pagi (1 jam)

Bilangan Murid : 2 orang

Tajuk/ Kemahiran : 2.1 Menambah dua nombor tanpa mengumpul semula bagi:

a) nombor satu digit dengan nombor satu digit

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat :

1. Menyebut 4 soalan daripada 6 ayat matematik dengan

menggunakan pembilang yang betul secara kumpulan.

2. Menjawab sekurang-kurangnya 4 daripada 6 soalan dengan

betul secara individu.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengenal angka 1 hingga 10

Kemahiran Berfikir : Penyelesaian masalah, menghubungkaitkan

Penerapan Nilai Murni : Menghormati, Yakin diri, berusaha, berani, berdikari

Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, projektor, guli, nombor, kad-kad

soalan, kartun binatang, marker pen ,lembaran kerja

Page 2: PKP 3103

LANGKAH

/ MASA

ISI KANDUNGAN AKTIVITI PdP CATATAN

Set Induksi

( +5 minit )

1. Nyanyian lagu “

Operasi Tambah“.

1. .Guru memainkan lagu ‘

Operasi tambah‘

- Guru melakukan gerakan

dan murid melihat gerakan

guru sambil menyanyi.

Teknik: Nyanyian dan

gerakan

Nilai murni :

Menghormati

BBM : Tayangan video

Langkah 1

( +15 minit)

1. Kemahiran menyebut

dan membilang

operasi menambah

tanpa mengumpul

semula.

- Tayangan slaid

Power Point

1. Guru menunjukkan

slaid Power Point.

2.

Guru menyoal murid dan

meminta murid

menjawab soalan.

Guru : Murid-murid, apa

yang anda lihat dalam

gambar ini ?

( murid meneka )

3. Guru menunjukkan slaid

seterusnya.

Teknik : Soal jawab

Nilai Murni : Berani

Cuba jaya

BBM : slaid Power Point

Guli

Unsur KBKK :

menyelesaikan masalah

menghubungkaitkan

Page 3: PKP 3103

2. Menyelesaikan

masalah ayat matematik

dengan menggunakan

bahan konkrit.4. Guru meminta murid

membaca ayat

matematik.

5. Guru menunjukkan

cara mengira dengan

guli.

6. Setiap murid diberikan

guli dan dengan

menggunsksn guli,

murid menjalankan

operesi menambah

berdasarkan ayat

matematik.

7. Guru membimbing

murid mengira jika

mendapati murid tidak

faham cara membuat

pengiraan.

8. Guru menyemak

jawapan murid dan

meminta murid buat

semula jika ada

kesalahan.

Page 4: PKP 3103

Langkah 2

( + 20minit)

1. Melakukan permainan

kecil secara individu.

1. Guru membahagikan

murid kepada dua

kumpulan.

2. Setiap kumpulan

diberi satu sampul

surat misteri, murid

diminta buka sampul

surat dan keluarkan

isinya.

3. Arahan diberi kepada

murid sebelum

menjalankan aktiviti

- Murid perlu

menggunakan

pembilang untuk

menjawab soalan

yang ditulis dalam

Teknik : permainan

Nilai Murni : Mendengar

arahan,

yakin diri

BBM : kartun binatang

, kad-kad

Soalan

Unsur KBKK:

Menyelesaikan masalah

Menghubungkaitakan

Page 5: PKP 3103

kad soalan.

- Murid akan

memadankan soalan

dengan kad

jawapan.

4. Murid yang berjaya

menjawab lebih banyak

ayat Matematik dengan

betul dikira pemenang.

Langkah 3

( +15minit )

1. Menjawab latihan

pengukuhan secara

individu.

1. Guru mengedarkan

lembaran kerja kepada

murid-murid.

2 Murid-murid membuat

latihan dengan menulis

jawapan dalam ruang

yang disediakan.

- Guru membimbing jika

murid menghadapi

masalah.

Teknik : soaljawab

Latih tubi

Nilai Murni : yakin diri

berdikari

berusaha

BBM : lembaran kerja

Unsur KBKK:

Menyelesaikan masalah

menghubungkaitkan

Penutup

( + 5 minit )

1. Hadiah diberi kepada

pemenang dalam

pertandingan yang

telah dilakukan.

1. Murid menyatakan apa

yang dapat mereka

belajar pada hari ini.

Teknik : soaljawab

Nilai murni: yakin diri

berusaha

Page 6: PKP 3103

2. Pujian dan galakkan

diberi kepada murid-

murid.

Refleksi :

Page 7: PKP 3103