Tajuk : Melabel dan mengkategorikan jenis-jenis tulang. Melabel
dan mengkategorikan jenis-jenis sendi. Menyenaraikan jenis sendi
dan melakarkan aksi pergerakan sendi tersebut.
Obkejtif : Mengklafikasi jenis-jenis tulang dan ciri-cirinya.
Mempelajari jenis-jenis sendi. Mempelajari aksi pergerakan sendi
dan mengetahui jenis-jenis pergerakan.
1.1 Pengenalan :
Sistem rangka sentiasa menyokong pergerakan tulang-tulang.
Sistem ini merangkumi sendi, ligamen, tendon, rawan dan tulang.
Tulang terbentuk khas supaya dapat menahan tekanan dan tarikan
mekanikal. Tulang terbentuk daripada kalsium dan fosforus. Kalsium
fosfat yang terdapat dalam tulang membentuk serat tulang yang kuat.
Antara fungsi-fungsi sistem rangka adalah seperti berikut :
Memberi perlindungan kepada organ. Contohnya tengkorak (otak)
Memberi sokongan untuk pergerakan anggota badan. Contoh,
tulang-tulang pada otot rangka,tulang rusuk dan tulang vertebrata.
Sebagai tempat penghasilan dan penyimpanan sel-sel darah. Contoh,
tulang femur dan pelvis. Sel-sel tulang akan dapat membaiki
kerosakan tulang-tulang. Menyimpan garam galian untuk kegunaan
tulang-tulang. Contohnya semua jenis tulang.
a) Melabel dan mengkategorikan jenis-jenis tulang.
b) Melabel dan mengkategorikan jenis-jenis sendi.
c) Menyenarikan jenis sendi dan melakarkan aksi pergerakan sendi
tersebut.
i) JENIS-JENIS SENDI
1. Tidak bergerak ( synarthroses)2. Gerakan terhad
(amphiathroses)3. Gerakan bebas (diathroses)
Jenis Struktur Contoh
Sendi fibrousPada sendi fibrous tulang bercantum dengan tisu
fibrous atau kartilej secara tetap.Sendi ini tidak membenarkan
sebarang pergerakan Sutur antara tulang-tulang tengkorak,
sendi-sendi antara gigi dan maksila dan mandibel, lengkungan
pelvis.
Sendi cartilagenousPada sendi cartilagenous tulang-tulang
disambung dengan kartilej atau diikat oleh ligamen.Jenis sendi ini
hanya membenarkan pergerakan yang terhad.Simfisis pubis, sendi
antara tulang rusuk dan sternum antara tibia, fibula dan radius
ulna.
Sendi sinovialSendi sinovial diselaputi oleh membran sinovial
yang merembeskan cecair sinovial bagi melicinkan pergerakan sendi
untuk membantu memelihara sel kartilej dan mengurangkan kesan
geseran antara dua tulang. Jenis sendi ini membenarkan pergerakan
berlaku secara bebas antara tulang-tulang.Sendi Lesung Sendi bahu,
sendi pinggul Sendi Engsel (Hinge Joint) Sendi siku dan lutut
ii) Melakarkan aksi pergerakan sendi.
Tajuk : Melukis dan melabel neuron. Melakarkan proses refleksi
dengan lakuan aktiviti beserta penerangannya.Objektif : Mempelajari
struktur dan bahagian neuron. Mengetahui hubungkait antara sistem
saraf dengan pergerakan. Memahami transmisi impuls dari neuron ke
neuron. Mengenalpasti proses refleksi dengan pergerakan.
2.1 Pengenalan :Sistem saraf merupakan satu kawalan dan
perhubungan bagi mengintegrasikan aktiviti dalam badan. Sistem
saraf berfungsi sebagai penyusun tindak balas fizikal selaras
dengan keadaan serta kawalan otot luar kawal dan organ seperti
jantung dan paru-paru. Sistem ini terbina daripada otak, saraf
tunjang, sel saraf dan gentian saraf yang membawa utusan daripada
otak dan saraf tunjang ke seluruh badan serta membawa utusan
daripada seluruh badan ke otak dan saraf tunjang.Sistem saraf juga
dikatakan sebagai pusat kawalan tubuh yang mengawal segala aktiviti
yang berlaku dalam badan. Selain itu, sistem ini juga mengawal
semua organ badan supaya dapat menjalankan fungsi masing-masing
pada masa yang betul dan kadar yang sewajarnya bergantung pada
keperluan badan.
a) Melukis dan melabel neuron.
b) Melakarkan proses refleksi dengan lakuan aktiviti beserta
penerangannya.
Impuls dan gerakan refleksi :
Jenis jenis impuls dan gerakan refleks Gerak sedar = menulis,
membuka payung, berjalan dan mengambil makanan.
Lintasan refleks Cranialis Pada umumnya kita menggerakkan badan
kerana kemahuan kita atas permintaan otak permintaan otak. Pada
gerak sedar, gerakan tubuh dikoordinasikan oleh otak. Rangsangan
yang diterima oleh reseptor indrol disampaikan ke otak melalui
neuron sensorik. Di otak indrol disampaikan ke otak melalui neuron
sensorik. Di otak rangsangan diertikan atau diputuskan apa yang
akan dilakukan. Kemudian, otak mengirimkan perintah ke efektor
melalui neuron motorik. Otot (efektor) bergerak melaksanakan
perintah otak.Tajuk :a) Melukis dan melabel neuronb) Melakarkan
proses refleksi dengan lakukan aktiviti dan terangkannya.Obejktif :
Mempelajari jenis-jenis kelenjar yang terdapat dalam sistem
endokrina. Mengetahui fungsi setiap kelenjar dan hormon yang
dirembeskan.
3.2 Pengenalan : Sistem endokrina terdiri daripada
kelenjar-kelenjar yang merembeskan hormon-hormon tertentu. Sistem
ini akan merangsang pertumbuhan, perkembangan, metabolisme,
homeostasis dan pertahanan badan. Kelenjar-kelenjar dalam sistem
endokrina ialah :
i) Kelenjar pituitariii) Kelenjar tiroidiii) Kelenjar
paratiroidiv) Kelenjar taimusv) Kelenjar adrenalvi) Kelenjar
pankreasvii) Kelenjar gonad (testis dan ovari)
3)(a) Melukis peta minda dan senaraikan bahagian-bahagian
kelenjar dan hormon yang dirembeskan.
3)(b) Kesan Kelebihan atau Kekurangan HormonNoKelenjarHormon
yang dihasilkanGangguan / kelainanCiri - ciri
1HipofisisKekurangan hormon (hiposekresi) hormon
pertumbuhan(growth hormone)DwarfismePenderita tampak bertubuh
pendek (hanya sekitar satu meter atau bahkan kurang) tapi tetap
memiliki proporsi tubuh yang normal
Kelebihan hormon (hipersekresi)hormon pertumbuhan (growth
hormone)Gigantisme(giantism)Terjadi pada masa kanak kanak,dimana
terjadi pertumbuhan berlebihan bahkan dapat sampai mencapai 8
kaki
AkromegaliTerjadi pada saat dewasa,penderita mengalami
pembesaran tulang rahang dan wajah. Kulit bertambah tebal, diikuti
gangguan akibat penekanan saraf oleh massa tulang yang
bertambah
2.TiroidHipersekresi hormone tiroksin(Hipertiroidisme)Graves
disease/ morbus basedowPenderita ini mengalami metabolisme yang
amat meningkat; penderita cenderung bertambah kurus walaupun disaat
yang sama penderita memiliki nafsu makan yang meningkat . Keringat
berlebihan, denyut nadi yang cepat, tidak tahan panas dan kelemahan
badan. Dapat juga ditemukan penonjolan bola mata (exophtalmus)
Hiposekresi hormon tiroid (Hipotiroidisme)Kretinisme
(Kerdil)Terjadi pada masa kanak kanak, cirinya penderita tidak
dapat mencapai pertumbuhan fisik dan mental yang normal
Mix Oedema (Miksedema)Terjadi pada orang dewasa, cirinya laju
metabolisme rendah, berat badan berlebihan, bentuk badan menjadi
kasar, dan rambut rontok
3ParatiroidHipersekresi hormon
paratiroidHiperparathormonKelainan pada tulang seperti tulang
rapuh, bentuk abnormal dan mudah patah. Kelebihan kalsium yang
diekskresikan dalam air seni bersama ion fosfat dapat menyebabkan
batu ginjal
Hiposekresi hormon paratiroidHipoparathormonTerjadi gejala
kekejangan otot (tetani)
4PankreasHiposekresi hormon insulinDiabetes tipe IPenyakit ini
sepenuhnya bergantung dengan insulin, penyakit ini sering
didapatkan pada anak-anak atau dewasa muda. Pengobatan dengan
mengganti insulin sesuai dengan jumlah yang diperlukan
Diabetes tipe 2pada penyakit ini insulin diproduksi dalam jumlah
memadai tetapi terdapat gangguan dalam kualitas dan mekanisme
kerjanya. Faktor resiko penyakit ini seperti riwayat keluarga
dengan Diabetes Mellitus dan obesitas
5Korteks AdrenalHipersekresi hormonkelenjar adrenalCushings
syndromependerita mengalami peningkatan tekanan darah, gula darah
akibat pengeluaran hormon kortisol yang berlebihan.
Hiposekresi hormonkelenjar adrenalAddisons diseaseGejala
berupaHipoglikemia (kadar gula dalam darah
menurun),Gangguanpembentukan glukosa oleh jaring
(glukoneogenesis)Penurunan kadar glikogen di liver yang menjadi
cadangan glukosa dalam tubuhGangguan akibat kekurangan aldosteron
seperti pengeluaran natrium dan cairan yang berlebihan di
ginjal.Dehidrasi,Penurunan tekanan darahShock yang dapat
menimbulkan kematian, terutama bila tidak ditangani secara
cepat.
6Kelenjar gonadHiposekresi hormon kelenjar gonad-dapat
mengakibatkan gangguan terutama dalam proses reproduksi
manusia.
Tajuk :Melabel aveoli dan terangkan proses pertukaran
gas.Objektif : Mempelajari struktur dan bahagian aveoli. Memahami
ciri-ciri aveoli dalam paru-paru. Mengenalpasti proses pertukaran
gas di aveoli.
4.1 pengenalan :Sistem pernafasan manusia terdiri daripada organ
pernafasan, paru-paru, tulang rusuk, diafragma dan oto-otot
interkosta. Bulu dan lendir yang terdapat pada bahagian dinding
hidung akan memerangkap zarah-zarah habuk dalam udara yang disedut.
Trakea adalah satu saluran yang kuat. Trakea bercabang menjadi dua
salur yang dipanggil bronkus. Bronkus mempunyai beberapa cabang
untuk menjadi satu jalinan yang dipanggil bronkiol dan berakhir
dengan pundi-pundi udara yang halus dipanggil alveolus.
a) Melabel aveoli
b) Terangkan proses pertukaran gas.
Proses pertukaran gas amat penting dalam mengekalkan kehidupan.
Ia berlaku antara darah dan alveoli di paru-paru. Perbezaan
dalampartial pressuremenyebabkan pertukaran gas di antara alveoli
dan kapilari darah serta antara tisu kapilari dan sel badan.
Apabila kita bernafas, kita akan menyedut oksigen dan
menyingkirkan karbon dioksida dan wap air. Proses ini berlaku
bermula dengan menyedut udara yang mengandungi oksigen. Udara yang
disedut melalui rongga hidung akan melalui selaput mukosa, dan
ditapis dari habuk atau debu, manakala bakteria pula akan
terperangkap di mukus. Setelah itu, udara yang disedut akan dibawa
ke paru-paru melalui trakea dan seterusnya ke alveoli. Dinding
alveoli dibentuk oleh satu lapisan sel skuamous yang nipis.
Kapilari darah mengelilingi alveoli juga dibentuk oleh selapisam
sel skuamous. Dinding kedua-dua struktur ini amat telap kepada
gas.
Pertukaran gas ini berlaku secara resapan.Partial pressurebagi
oksigen di dalam kapilari darah adalah lebih rendah berbanding di
dalam alveoli kerana darah yang ada dalam kapilari darah adalah
daripada tisu badan. Kebanyakan oksigen telah digunakan oleh tisu
untuk pernafasan selular. Oleh itu, oksigen yang ada di dalam
alveoli ini akan meresap masuk ke dalam kapilari darah lalu
bergabung dengan haemoglobin.
Partial pressurebagi karbon dioksida dalam kapilari darah pula
adalah lebih tinggi berbanding di dalam alveoli kerana ia
dihasilkan oleh tisu badan dan dibawa oleh darah ke alveoli.
Partial pressure bagi karbon dioksida dalam kapilari darah
berbanding alveoli ini menyebabkan karbon dioksida dan air daripada
kapilari darah meresap masuk ke dalam alveoli untuk disingkirkan
melalui hembusan nafas. Sebahagian karbon dioksida ini juga larut
di dalam plasma sebagai asid karbonik dan natrium bikarbonat. Ini
adalah bagi merangsang pusat pernafasan di Medula Oblongata di
otak.
Darah yang mengandungi oksigen ini dibawa melalui kapilari darah
ke sel badan. Darah yang berada di dalam kapilari darah ini
mempunyaipartial pressureyang lebih tinggi berbanding di dalam sel
badan. Oleh itu, oksigen yang ada di dalam kapilari darah akan
meresap ke dalam sel badan disebabkan partial pressure dalam sel
badan yang lebih rendah. Tambahan pula, perhubungan/afiniti
haemoglobin dengan oksigen di dalam sel badan adalah rendah
disebabkanpartial pressureoksigen yang rendah. Ini menggalakkan
oksigen daripada kapilari darah dilepaskan dan meresap ke dalam sel
badan.
TAJUK: MELUKIS DAN MELABEL GINJAL
OBJEKTIF: I. Mengenalpasti ginjal II. Mengenalpasti struktur
ginjal III. Memahami fungsi ginjal IV. Mengenalpasti dan melabel
bahagian ginjal
5.1 Pengenalan
Bagi manusia, buah pinggang terletak di bahagian belakang
(posterior) dalam ruang perut. Terdapat dua buah pinggang, satu
setiap sebelah tulang belakang; buah pinggang kanan terletak
betul-betul di bawah diafragma dan belakang hati, yang sebelah kiri
di bawah diafragma dan belakang organ limpa. Di atas setiap buah
pinggang adalah kelenjar adrenal (juga dikenali sebagi kelanjar
suprarenal). Kedudukan tidak sekata dalam ruang perut disebabkan
hati menyebabkan buah pinggang kanan terletak rendah sedikit
berbanding buah pinggang kiri sementara buah pinggang kiri terletak
lebih di tengah sedikit. Sebahagian besar air akan diserap kembali
ke dalam buah pinggang vertebra melalui kitaran Henle.
Buah pinggang adalah retroperitoneum (dalam selaput rongga dalam
perut) dan sekitar 9 hingga 13 cm in diameter; yang di kiri besar
sedikit berbanding kanan. Ia sekitar paras vertebral aras T12
hingga L3. Sebahagian bahagian atas buah pinggang dilindungi oleh
tulang rusuk ke sebelas dan dua belas, dan setiap buah pinggang dan
kelenjar adrenal dikelilingi sepenuhnya oleh dua lapis lemak (lemak
perirenal dan pararenal) dan renal fascia yang membantu melapiknya.
Ketiadaan buah pinggang sejak lahir (kongenital) satu atau
kedua-dua buah pinggang secara serentak, yang dikenali sebagai
unilateral (sebelah) atau bilateral (kedua-dua belah) agenesis
renal, boleh berlaku.