8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files http://slidepdf.com/reader/full/pintu-rahsia-ke-taman-gethsemane-mistis-files 1/33 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane Dua Rahsia Sulit Terbesar:Harta Karun Knight Templar Apakah yang ditemui Sauniere di Rennes-le-Chateau??Misteri di lembah persembunyian para Kabbalis dan penyembah syaitan ini dapat dijejak jauh hingga Perang Salib dan Kesatria Perang Salib yang terkenal itu,The Knight Templar. Beratus tahun sebelum kedatangan Sauniere ke Rennes-le-Chateau,kira-kira 20 tahun selepas Perang Salib Pertama,sembilan kesatria iaitu Hugues de Payens, Geoffrey de St. Omer, Rossal, Gondamer, Geoffrey Bisol, Payen de Montdidier, Archambaud de St. Agnat, Andre de Montbard, dan the Hugh Conte de Champagne telah bersepakat menubuhkan satu aliran Tentera Salib baru,pada tahun 1118. Sembilan kesatria ini telah mengadap Baldwin II,raja Baitul Maqdis ketika itu untuk meminta raja Kristian itu membenarkan mereka mengawal dan melindungi para penziarah Kristian dari seluruh Eropah yang datang untuk menziarahi Tanah Suci Baitul Maqdis (Jerusalem).Selepas itu dikatakan mereka terlibat di dalam banyak siri pertempuran dengan orang-orang Islam sehingga peperangan Salib terakhir di Pertempuran Hittin menyaksikan mereka mengalami kekalahan dan segera berundur.Kejatuhan kubu kuat terakhir Tentera Salib di Acre juga memburukkan keadaan memaksa mereka berundur ke Cyprus dan seterusnya ke Eropah. Pada masa-masa berakhirnya Perang Salib dan tiada peperangan lagi merebut Tanah Suci,para Templar ini nampaknya bermaharajalela dengan kekayaan yang banyak,tidak diketahui dengan jelas dari mana mereka memperolehinya memandangkan mereka
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files
Dua Rahsia Sulit Terbesar:Harta Karun Knight Templar
Apakah yang ditemui Sauniere di Rennes-le-Chateau??Misteri di lembah persembunyian
para Kabbalis dan penyembah syaitan ini dapat dijejak jauh hingga Perang Salib dan
Kesatria Perang Salib yang terkenal itu,The Knight Templar.
Beratus tahun sebelum kedatangan Sauniere ke Rennes-le-Chateau,kira-kira 20 tahun
selepas Perang Salib Pertama,sembilan kesatria iaitu Hugues de Payens, Geoffrey de
St. Omer, Rossal, Gondamer, Geoffrey Bisol, Payen de Montdidier, Archambaud de St.
Agnat, Andre de Montbard, dan the Hugh Conte de Champagne
telah bersepakat menubuhkan satu aliran Tentera Salib baru,pada tahun 1118.
Sembilan kesatria ini telah mengadap Baldwin II,raja Baitul Maqdis ketika itu untuk
meminta raja Kristian itu membenarkan mereka mengawal dan melindungi para
penziarah Kristian dari seluruh Eropah yang datang untuk menziarahi Tanah Suci Baitul
Maqdis (Jerusalem).Selepas itu dikatakan mereka terlibat di dalam banyak siri
pertempuran dengan orang-orang Islam sehingga peperangan Salib terakhir di
Pertempuran Hittin menyaksikan mereka mengalami kekalahan dan segera
berundur.Kejatuhan kubu kuat terakhir Tentera Salib di Acre juga memburukkan
keadaan memaksa mereka berundur ke Cyprus dan seterusnya ke Eropah.
Pada masa-masa berakhirnya Perang Salib dan tiada peperangan lagi merebut Tanah
Suci,para Templar ini nampaknya bermaharajalela dengan kekayaan yang banyak,tidakdiketahui dengan jelas dari mana mereka memperolehinya memandangkan mereka
Sementara itu juga wilayah-wilayah Islam di sekitarnya pernah bersatu sepanjang
tahun 1170-1180 oleh Saladin. Saladin telah dilantik sebagai gabenor Mesir pada tahun
1169 dan tidak lama kemudian beliau dilantik sebagai Sultan. Pada tahun 1174, beliau
berjaya menguasai kota Damsyik, kuasanya meluas ke kota Aleppo (Halab) pada tahun
1176 dan seterusnya ke kota Mosul pada tahun 1183.
Buat pertama kali, wilayah Kristian Baitul Maqdis sedang dikelilingi oleh wilayah Islam
yang berjaya disatukan di bawah seorang pemerintah Islam. Angkatan Salib berjaya
mengalahkan pasukan tentera Saladin dalam pertempuran Montgisard berdekatan
Ramlah, Palestin pada tahun 1177. Pada awal tahun 1180-an kedua belah pihak
menandatangani perjanjian damai. Namun perjanjian tersebut dikhianati oleh pasukan
Kristian bawah pimpinan Raynald yang menyerang jemaah haji Muslimini dan beliau
sendiri bertindak mengancam untuk menyerang Makkah dengan pasukannya.
Apabila Guy menjadi raja, Raymond membuat satu perdamaian berasingan dengan
Saladin, dan pada 1187 beliau telah membenarkan Sultan menghantar askarnya di
bahagian utara wilayahnya. Pada masa yang sama, satu pasukan diplomatik telah
dihantar dari Baitul Maqdis ke Tripoli bagi membuat rundingan penyelesaian antara
Raymond dan Guy. Pasukan diplomatik ini telah ditewaskan dalam pertempuran
Cresson pada 1 Mei 1187, oleh satu pasukan kecil di bawah pimpinan al-Afdal iaitu
anak Saladin. Raymond segera berdamai dengan Guy dan berusaha mengumpulkankeseluruhan tenteranya untuk berarak ke utara untuk bertemu dengan tentera Saladin.
Selepas keadaan kembali tenang, Raymond dan Guy bertemu di Acre (Akka) dengan
gerombolan angkatan tentera Salib yang lebih besar. Menurut beberapa sumber dari
Eropah ia mengandungi 1,200 orang kesatria dalam bilangan pasukan berkuda yang
ringan dan berkemungkinan mengepalai lebih 10,000 askar pejalan kaki.
Bilangan itu tidak termasuk pasukan pemanah upahan daripada armada dagang Itali
yang sering memberikan bantuan kepada angkatan perang Salib serta sejumlah besar
askar upahan yang mencari wang termasuk etnik Turk Byzantin di bawah dana derma
oleh Henry II dari England. Pasukan yang turut sama menyertainya adalah peninggalan
pihak Salib yang dipimpin oleh Uskup Acre (Rahib Kristian Akka, Syria) yang berada di
situ sebagai ganti kepada Patrik (Patriarch) Heraclius yang sedang sakit.
8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files
Pada 2 Julai, Saladin yang cuba menjerat Guy telah menggerakkan tenteranya keluar
dari Saffuriya (Sephoria) pada musim bunga dan secara peribadi mengetuai satu
pengepungan kubu milik Raymond di Tiberias. Manakala angkatan tentera Islam utama
masih kekal berada
di Kafr Sabt. Angkatan Salib yang berada di barisan hadapan pasukan Tiberias cuba
untuk 'membayar' Saladin agar mengundurkan pasukan tenteranya. Beliau enggan
menerimanya dan menyatakan kepada mereka,
"Apabila sesebuah rakyat itu mulai menyedari bahawa mereka hanya mempunyai lawan
yang satu. Sesiapa pun tidak boleh menjerat atau menipu mereka, malah mereka tidak
akan cepat berpuas hati dengan penghormatan (pangkat) yang cuba diberikan. Jika itu
berlaku, mereka akan takut terjadinya perang yang mungkin mengorbankan diri
mereka dan mereka akan meminta sebahagian harta tersebut untuk diri mereka...
tetapi hamba yang ikhlas berkhidmat pasti menghunuskan pedang bagi memisahkannya
di antara mereka."
Kubu tersebut jatuh pada hari yang sama. Sebuah menara pertahanan Kristian berjaya
dirobohkan dan apabila tenteranya bertempiaran lari, askar-askar Saladin menyerbu
dan membunuh askar Kristian yang masih bertahan dan menawan sebahagian besar
daripada mereka sebagai banduan. Isteri Raymond iaitu Eschiva yang masih bertahan
telah dikepung di dalam kubu pertahanannya. Sewaktu mereka bersiap untuk
menggempur kubu pertahanan terakhir itu, berita telah diterima oleh Saladin bahawa
Guy sedang menggerakkan angkatannya tenteranya ke bahagian timur sebagai umpan.
Keputusan Guy untuk meninggalkan benteng pertahanannya sebagai satu usaha
menyelamatkan dan mempertahankannya adalah satu hasil perbincangan para
panglima perang Salib pada malam 2 Julai. Walaupun ada laporan yang telah
diputuskan pada mesyuarat ini merupakan pandangan berat sebelah akibat
persengketaan peribadi antara pemerintah angkatan Salib. Ini memperlihatkan bahawa
Raymond sendiri terpaksa melaksanakan satu ekspedisi tentera yang digerakkan dari
Acre ke Tiberias yang tidak sepatutnya dilakukannya di saat genting tersebut.Namun taktik Saladin ini amat bertepatan dengan apa yang beliau mahukan. Manakala
kota Sephoria adalah satu kedudukan yang begitu kukuh bagi pihak tentera Salib
mempertahankannya dan amat sukar untuk dikalahkan oleh tentera Islam yang
dipimpin oleh Saladin.
Tambahan pula, Guy tidak sepatutnya bimbang tentang pertahanan kota Tiberias
kerana Raymond menguasainya secara peribadi dan bersetuju untuk meninggalkannya
demi keselamatan negerinya yang lebih luas. Sebagai respon untuk hujah ini, walaupun
perdamaian
sesama mereka berlangsung dalam situasi genting ini dan dilihat pihak kumpulan
mahkamah yang diketuai Guy lebih dominan dalam arena politik saat itu, maka
Raymond telah dianggap pengecut oleh Gerard dan Raynald.
Impak dari keputusan tersebut membuatkan Guy bertindak merancang serangan pantas
terhadap pihak Saladin. Guy mengarahkan kepada pasukan tenteranya agar mara
untuk menentang angkatan tentera Saladin di Tiberias. Apa yang telah dirancang oleh
Saladin dengan begitu teliti telah menjadi. Saladin merancang agar pertempuran
terbuka dengan pihak angkatan Salib adalah lebih mudah daripada mengalahkan
mereka yang berada dalam kubu pertahanan yang kukuh.
Pertempuran
Angkatan Salib yang bergerak dari kubu kota Sephoria pada 3 Julai di bawah pimpinanRaymond yang berada di barisan paling hadapan bersama Guy, Balian, Raynald serta
para panglima perang Salib. Pasukan besar itu sentiasa berada di bawah pantauan
berterusan daripada askar peninjau berkuda Islam. Pada tengah hari pada hari itu,
tentera Salib yang baru sampai ke sebuah kampung di Turan sejauh enam batu (10 km)
daripada Sephoria. Di sini, menurut Saladin,
"Burung-burung helang dari infantri Salib dan helang pasukan berkuda mereka bakal
mengepak-ngepak di sekeliling air (kerana kehausan)."
Tempat tersebut masih berada sejauh batu sembilan (14 km) dari kota Tiberias. Oleh
itu, dengan hanya satu setengah hari perjalanan sebarang percubaan untuk
meninggalkan sumber air ini pasti membawa kemusnahan bagi mencari objektif lain
pada hari yang sama. Situasi genting begini bakal mengundang serangan tentera
Saladin pada bila-bila masa sahaja.
Apabila Saladin tiba selepas mengambil alih sepenuhnya kota Tiberias dan selepas
tentera Salib bersiap meninggalkan perkampungan Turan kedua belah pihak bertemu.
Tentera Islam memulakan serangan mereka dengan bersungguh-sungguh. Saladin
menghantar dua sayap
8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files
tenteranya menggempur pasukan tentera Salib dan berjaya merampas perkampungan
Turan dan mampu menyekat pengunduran angkatan Salib secara menyeluruh. Taktik
ini akan memberikan Saladin kemenangan dalam pertempuran yang lebih besar.
Dalam pertempuran yang masih berlangsung berikutnya, barisan belakang angkatan
Salib terpaksa berhenti oleh serangan bertali arus oleh tentera Saladin. Serangan
beterusan itu mengakibatkan mereka terpaksa menghenti-hentikan pengundurannya
hingga keseluruhan tentera Kristian berada di dataran tinggi. Mereka terpaksa
bertahan dan membina kem sementara yang terkepung di dataran tersebut oleh
tentera Islam. Mereka dalam keadaan tertekan kerana tidak mempunyai bekalan air
ataupun sebarang harapan untuk menerima bekalan bantuan makanan atau
ketenteraan.
Behe al-Din meringkaskan dalam catatannya mengenai keadaan tentera Salib yang
semakin tertekan: "Mereka seolah-olah berada dalam satu gelung, sambil tetap terus
berkawat seolah-olah mereka menantikan kematian yang mereka boleh lihat sebelum
kejadian itu berlaku ke atas diri mereka. Apa yang pasti bagi mereka ajal maut dan
kemusnahan bakal menimpa diri mereka dan mereka sememangnya sedar bahawa hari
berikutnya itu mereka pasti akan melawat terlebih dahulu di kuburan mereka."
Pada pagi 4 Julai, tentera Salib telah dikaburkan oleh asap-asap unggun bakaran oleh
askar Saladin yang cuba menambah lagi kesengsaraan tentera Salib yang kelaparan dankehausan. Dalam situasi kekalutan tersebut, pasukan berkuda Islam membuat serangan
dengan memanah mereka dengan 400 muatan anak-anak panah yang telah disiapkan
sepanjang malam tersebut. Gerard dan Raynald yang tidak keruan menasihatkan Guy
untuk membentuk pasukan penyerang dan terus melakukan serangan balas
sebagaimana yang dibuat oleh abang Guy iaitu Amalric II.
Raymond memimpin bahagian pertama bersama-sama dengan Raymond dari Antioch
iaitu anak lelaki kepada Bohemund III dari Antioch. Manakala Balian dan Joscelin III
dari Edessa membentuk barisan pertahanan di garisan belakang. Sedang persiapan
telah diatur rapi, lima
daripada kesatria Raymond III telah berpaling tadah kepada Saladin. Mereka
memberitahu kepadanya bahawa pihak Kristian berada dalam keadaan ketakutan di
khemah mereka menantikan serangan. Situasi penuh dahaga di bawah bahang panas
mentari yang semakin terik, semakin mematahkan semangat pihak angkatan Salib.
Beberapa pasukan mula mengatur langkah dengan kelompok yang berpecah-pecah
untuk mencari mata air di sekitar medan Hittin. Malangnya, pasukan yang kecil-kecil
dan berpecah daripada pasukan besar dengan mudah diserang oleh tentera Saladin dan
8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files
Persoalannya adakah kepercayaan Triniti sebenarnya adalah ajaran Nabi Isa a.s atau
satu ajaran lain yang diada-adakan?Ini adalah satu misteri yang kadangkala tidak dapat
dijawab oleh paderi sendiri.Kerapkali jawapan yang diberi,ia tertulis dalam
Bible.Adakah benar-benar ia wahyu datang dari Tuhan?Adakah Bible benar-benar
menuliskannya begitu sejak dari era Jesus dan para sahabatnya?Adakah Bible (Bible
yang dipakai oleh Gereja Katolik sekarang) itu sendiri adalah Bible yang asal,yang ada
di tangan Nabi Isa a.s dan para Hawariyyun?? SEBENARNYA TERDAPAT BANYAK LAGI
BIBLE YANG LAIN,seperti Didache,Barnaba,Thomas dan Mathias (sekadar menyebutkan
beberapa nama).Bible yang lain ini dianggap palsu,menyimpang,tidak asli atau
dongeng.Mereka menggolongkannya ke dalam istilah seperti Gnostik atau
Apocrypha.Bible yang diiktiraf ialah empat Bible yang ditulis oleh Matthew, Mark,
Luke, John;digelar Canonical Bible atau Injil Kanonik.SEbenarnya Bible yang empat itu
bukanlah yang asli,malah ia adalah tulisan kompilasi oleh penulis-penulis Injil itu
sendiri.Bible yang dijadikan rujukan Bible yang empat itu asalnya bertulisankan Greek
dan bukannya Aramaik (iaitu bahasa Nabi Isa dan para sahabatnya).Dimanakah kitab-
kitab Injil yang berbahasa Aramaik itu pergi??Setidak-tidaknya berbahasa Yahudi
(Hebrew/Ibrani)??PADA UMUMNYA TIDAK ADA PADA HARI INI.Bible ditulis dalam banyak
bahasa dan penafsiran yang pelbagai.Tidak ada satu pun Bible yang tertulis seperti
mana asalnya ditangan Nabi Isa a.s atau para sahabatnya itu sendiri.Tidak sepertiAlQuran,AlQuran pada hari ini adalah AlQuran 1400 tahun dahulu,tidak berubah ayat
atau makna sedikit pun.Kita perlu belajar sejarah Bible,untuk menghidu ketakutan
para paderi Katolik seterusnya mencari kunci yang sesuai untuk membuka peti harta
karun Knight Templar.
Sejarah Bible
8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files
berbalah siapakah sahabat Nabi Isa a.s yang benar-benar melihat wajahnya,bersama-
samanya dan mendengar khutbahnya.Dalam hal ini sudah pasti ada pengarangnya
untuk Injil Matius dan Johannes.
Siapakah mereka?Adakah mereka pernah melihat Jesus?
Mark (Markus) adalah teman seperjalanan Paul (siapa Paul akan dibincangkan
kemudian).Dia tidak pernah melihat Nabi Isa a.s. dan dia juga tergolong dalam Kristian
terkemudian seperti Paul (Paulus).Luke (Lukas) pula adalah seorang Greek yang baru
memeluk Kristian dan bahasanya sudah tentu bukan Aramaik.Dia adalah doktor
peribadi Paul dan sudah pasti tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa a.s.Juga perlu
diingatkan bahawa semua penulis Injil ini termasuk Paul,semuanya berbahasa
Graeco,iaitu bahasa Yunani-Hellenistik dan sudah pasti mereka semua tidak
menggunakan bahasa Aramaik sebagai bahasa mereka seharian.
Tradisi menyebutkan Injil Johannes (John) ditulis oleh seorang pengetua dari Gereja
Asia pertama di Efesus (Ephesus). Injil Yohanes ditulis
lebih kurang tahun 85-95 Masehi dan kemungkinan diterbitkan sesudah Johannes
meninggal dunia.
Berkenaan dengan Injil Lukas, Somerville (seorang sarjana) berpendapat bahwa masapenulisan Injil Lukas sekitar tahun 80 Masehi, atau mungkin beberapa tahun lebih awal
atau lebih akhir kerana tidak ada cukup bukti yangg meyakinkan.
"Lukas, penyusun Injil ini menurut Paulus adalah seorang dokter" (Kolose 4:14)
Diantara para penulis Injil, dia merupakan satu-satunya penulis bahasa Yunani (Greek)
yang bukan orang Yahudi, tetapi seperti yang lain, dia juga tidak pernah bertemu
Jesus. Tapi dia telah menghabiskan waktu beberapa lama dengan Paulus. Tapi sayang,
Paulus sendiri tidak cukup beruntung kerana tidak pernah melihat Jesus.
Dari pengaturan tulisan, diduga bahwa penulisnya kemungkinan seorang yang sangat
terpelajar. Dalam pernyataan pendahuluannya, dia mempersembahkan tulisannya
kepada Theophilus, seorang pemikir Yunani yang terkenal ketika itu,
"Theophilus yang mulia, banyak orang yang telah berusaha menyusun suatu berita
tentang peristiwa-peristiwa yang telah terjadi diantara kita, seperti yang telah
disampaikan kepada kita oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan
8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files
Dari sini terlihat bahwa Injil tersebut ditulis Oleh seorang yang bukan murid Jesus,
tetapi oleh seorang yang tidak memiliki maklumat tangan pertama dari ajaran-
ajarannya, dan mengumpulkan maklumat sedikit demi sedikit dari tradisi-tradisi
popular tentang Jesus dan ajaran-ajarannya, dan penegasan bahawa ia merupakan
dokumen yang diwahyukan adalah tidak benar sama sekali.
“Dari apa yg telah dikatakan, akan jelas terlihat bahawa penulisan langsung Injil
ini oleh Matius murid Yesus, adalah tidak mungkin” (Komentar Dummelow
terhadap The Holy Bible, hal 620)
Alasan utama bahwa penulis Injil Matius tidak puas dengan Injil Markus, dan menulis
suatu Injil yg lebih komprehensif dari Injil ini, menunjukkan bahwa dia memiliki akses
kepada suatu sumber sebagai tambahan bagi Injil Markus. Sebagai contoh, Markus
tidak membuat garis keturunan Yesus dan juga tidak membuat penyebutan yang begitu
penting tentang mukjizat Jesus sebagai kelahiran suci, tapi sebaliknya Matius
menggabungkan bahan semacam ini dengan cara menyalin apa adanya. Keilmuan
moden telah memperlihatkan bahwa pada masa itu kedua Injil ini masih dalam tahap
'janin dalam kandungan'.
J. B. Phillips nampaknya sama dengan pandangan Islam dan seolah-olah bersepakat
dengan hujah para ilmuan Islam tentang ketidakaslian Bible dalam penemuan ini.Beliau adalah sarjana yang dibayar oleh Gereja Anglikan, Inggeris. Tak ada alasan
baginya untuk berbohong atau berkhianat atas kerosakan pandangan gerejanya!
Merujuk kepada kata pengantarnya untuk "Injil Matius" (lihat salinannya pada halaman
362).
Phillips mengatakan tentang penulisannya sebagai berikut:
"Tradisi terdahulu menganggap Injil ini berasal dari St. Matius, tetapi para
sarjana saat ini hampir semuanya menolak pendapat ini." Dengan kata lain,
Matius tidak menulis Injil yang memuat namanya.
(Husting’s, Encyclopaedia of Religion and Ethics)
Terdapat sumber lain dari sebuah sumber umum yang dijadikan contoh oleh Matius,
Markus dan Lukas. Ketiga penulis ini, siapa pun mereka, telah melihat dokumen umum
tersebut. Mereka menulis seolah melihat melalui mata "seseorang". Dan kerana mereka
sepakat, ketiga kitab Injil pertama tersebut dikenal sebagai Injil Sinoptik.
8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files
'...Kerana itu, setelah aku menyelidiki segala peristiwa itu dengan saksama dari asal
mulanya,...'.Dalam ayat ini Luke telah mengambil inisiatif membuat penyelidikan dari
hasil syarahan dalam majlis ilmu tadi.Dia mula memikirkan apa yang dikatakan oleh si
Hawariy yang pernah melihat Nabi Isa dan hidup bersama-samanya.KEMUDIAN APA
YANG DILAKUKAN OLEH LUKE SELEPAS ITU??
'... aku mengambil keputusan untuk membukukannya dengan teratur bagimu, supaya
engkau dapat mengetahuinya, bahwa segala sesuatu yang diajarkan kepadamu sungguh
benar...'.Luke telah bertindak menulis kembali apa yang dikatakan oleh si Hawariy
tadi,seperti seorang murid yang menuliskan nota-nota pengajian
sekolahnya.'membukukan dengan teratur' bermaksud menjadikannya sebuah buku yang
kemas untuk diberikan kepada Theophilus (bagimu) supaya Theophilus dapat
memikirkan dan mengkaji kembali (supaya engkau dapat mengetahuinya) semua yang
didengar mereka adalah sesuatu yang benar.
Dari sini dapatlah kita simpulkan bahawa Injil Luke bukanlah yang asli,ia cuma
kompilasi dari apa yang didengarnya dari sebuah majlis ilmu,atau majlis syarahan
golongan Nasrani awal yang berdakwah tentang keesaan Tuhan.Bukanlah persoalannya
mengapa kita hendak meragui Luke,tetapi DARI SINI KITA TAHU YANG BIBLE LUKE INITIDAK ASLI DAN HASIL TULISAN LUKE BUKAN WAHYU ATAU HASIL TULISAN SAHABAT
JESUS.Apabila hasil tulisan seorang yang hanya mendengar seseorang berkata-
kata,maka ia tidak lepas dari kesalahan mendengar atau mentafsir,menambah atau
mengurangi perkataan.Tambahan pula,ia tulisan pihak ketiga,iaitu orang yang
mendengar dari Hawariyyun.Luke juga bukanlah dari kalangan Yahudi tetapi berbangsa
Greek,jadi makin kelirulah pemahaman antara kiasan dalam bahasa Aramaik dengan
bahasa Greek.
Sebab itu ada istilah Bapa dan Anak Allah.Dalam kiasan sastera Aramaik,Bapa merujuk
kepada Tuhan dan Anak Allah merujuk kepada orang-orang dicintai-Nya atau orang-
orang menyeru kedamaian dan kasih sayang di jalan-Nya.Jika orang Kristian
mengatakan Jesus adalah Anak Allah,sebenarnya di dalam Bible sendiri terdapat
banyak konotasi Anak Allah yang ditujukan kepada orang lain.
"Diapun akan berseru kepada-Ku: 'Bapaku Engkau, Allahku pelindung dan
penyelamatku."
8/14/2019 Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane-Mistis Files