http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/Risalah/K/pdf/18_Ris_pemakanan%20kanak.pdf
http://en.wikipedia.org/wiki/Selective_eating_disorder
http://www.mayoclinic.com/health/childrens-health/HQ01107
Selective eating disorder
From Wikipedia, the free encyclopedia
Selective eating disorder (SED)(also known asperseverative
feeding disorder) is aneating disorderthat prevents the consumption
of certain foods. It is often viewed as a phase of childhood that
is generally overcome with age. Children may not grow out of the
disorder, however, and may continue to be afflicted with SED
throughout their adult lives.[1]Selective eating disorder lacks
formal diagnostic criteria and classification[2]and is not
currently listed in theDiagnostic and Statistical Manual of Mental
Disorders.[3]
TheBritish Journal of Clinical Child Psychology and
Psychiatrystates that:
"Selective eating is the little-studied phenomenon of eating a
highly limited range of foods, associated with an unwillingness to
try new foods. Common in toddlers, it can persist into middle
childhood and adolescence in a small number of children, most
commonly boys. When this happens, social avoidance, anxiety and
conflict can result."[4]
PemakananKanak-Kanak & Pra-Sekolah
Pengenalan
Pada usia 2 tahun, anak anda seharusnya sudah boleh makan
makanan keluarga. Walau bagaimanapun, di tahap usia ini pertumbuhan
anak anda adalah perlahan dan begitu juga selera makannya. Anda
tidak harus bimbang. Anak anda perlukan lebih kasih sayang,
kesabaran, perhatian dan galakan
Panduan pemakanan untuk kanak-kanak petatih dan pra-sekolah
Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah
masa di mana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan.
Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini.
Berikut adalah panduan untuk anda:
Berikan anak anda makanan seimbang mengikut Piramid Makanan
Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan
makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai
jenis makanan setiap hari.
Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah
penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan
lain
Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari
dan makanan snek antara waktu makan
Berikan susu semasa waktu snek. Anak anda mungkin rasa kenyang
dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan
utama.
Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar anak anda
tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.
Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk
anak anda sebelum menambahkan rempah ratus.
Pemakanan berpandukan piramid makanan
Makanan berkhasiat penting untuk anak anda kerana ia:
Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan
Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental
Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap
jangkitan
Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan
pertumbuhan pada peringkat remaja.
Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk
mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang
pelbagai membantu anak anda mendapat semua nutrien yang
diperlukan.
Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan
Malaysia
Aras 1:Bijirin dan ubi-ubian
Beri anak anda lebih banyak makanan dari kumpulan ini.
Kumpulan makanan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat
yang membekalkan tenaga kepada anak anda.
Kumpulan ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan
sejumlah protein.
Contoh : Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut.
Anak anda memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari.
Satu hidangan bijiran dan sumber bijiran dan ubi
Bilangan hidangan sehari
2-3 Tahun
4-6 Tahun
1 Keping roti "whole meal"1/2 Cawan Nasi1/2 Capati1 Cawan bubur1
Biji sederhana kentangKeping biskut - Krim Krakers masin
6*
8*
Nota: Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk
semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.
Aras 2:Buah dan sayur
Berikan anak anda lebih makanan daripada kumpulan ini.
Ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak anda.
Anak anda perlukan sekurang - kurangnya 2 hidangan setiap
hari.
Satu hidangan sayur-sayuran
Bilangan hidangan sehari
2-3 Tahun
4-6 Tahun
1/2 Cawan sayur-sayuran hijau yang telah di masak1/2 Cawan
buah-buahan / sayur-sayuran
2*
2*
Satu hidangan buah-buahan
1/2 Biji jambu sederhana1 Biji kecil atau sederhana buah oren,
sejenis buah berwarna hijau (pear, epal)1 saiz sederhana pisang1
hiris betik, nenas, tembikai
1*
1*
Aras 3:Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu
Anak anda harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam
kuantiti yang sederhana
Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B
dan mineral
Keperluan untuk anak anda ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam,
itik, daging dan ubi-ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan
hasil tenusu setiap hari.
Satu hidangan ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian.
Bilangan hidangan sehari
2-3 Tahun
4-6 Tahun
1 Potong sederhana "paha ayam"1 Ekor ikan kembung sederhana2
Ketul daging saiz kotak mancis5 Sudu penuh ikan bilis tanpa
kepalaNota : 1 Ketul daging berukuran kotak mancis1 Biji telur
sederhana1 Keping tempe1 Keping tauhu2 sudu makan mentega kacang1/2
Cawan ubi-ubian / kacang yang telah dikeringkan4 Ekor udang bersaiz
kecil
2*
2*
Satu hidangan hasil tenusu
1 Gelas susu1 Cawan dadih1 Keping Keju
2 - 3 *
3 *
* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk
semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.
Aras 4:Lemak, minyak dan kumpulan gula
Pastikan anak anda kurangkan pengambilan daripada kumpulan
makanan jenis ini.
Menggalakkan anak untuk makan
Ibu atau penjaga harus menyelia anak semasa waktu makan,
walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara
yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada anak anda
untuk makan. Di antaranya ialah:
Duduk dengan anak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan
dan berikan bantuan dan galakan semasa anak menikmati hidangan.
Berikan masa kepada anak anda menikmati hidangan mereka, jangan
terburu -buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa
makan.
Beri pujian kepada anak anda kerana makan dengan baik..
Berikan anak anda makanan dalam bekas berasingan agar dia
mendapat jumlah makanan secukupnya.
Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri
untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan
yang secukupnya diperolehi oleh anak anda
Jika anak anda memilih jenis makanan kegemarannya, cuba
campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan
kegemarannya.
Berikan makanan sebaik sahaja anak anda berasa lapar. Jika anak
anda menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera anak anda
hilang
Jangan beri anak anda makan jika dia mengantuk
Jangan memaksa anak anda untuk makan. Ini boleh meningkatkan
tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan
seharusnya tenang dan menggembirakan.
Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa anak anda
menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.
Bermain permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi
selera anak untuk makan (menyanyi dan bermain)
Gunakan kreativiti anda dalam menghidangkan makanan kepada anak
anda. Ia penting dalam membantu merangsang selera anak anda.
Sekali sekala bawalah anak anda makan di luar. Contoh :- di
taman permainan atau di pantai.
Galakkan anak anda mengambil snek yang berkhasiat. Contoh: susu,
buah dan sandwic
Elakkan daripada memberi snek terlalu dekat dengan waktu makan
utamanya.
Semakan akhir
:
10 April 2009
Penulis
:
Zalma bt. Abdul Razak
Zuhaida bt. Harun
Nazli Suhardi b. Ibrahim
KeenggananUntuk Makan
Pengenalan
Beberapa tingkah laku pemakanan biasanya berlaku apabila
kanak-kanak mula berdikari dan menguji serta meninjau kebebasannya.
Ini adalah sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal
kanak-kanak dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang. Masalah ini
jarang disebabkan oleh penyakit yang serius.
Apakah yang dimaksudkan dengan keengganan untuk makan?
Keengganan untuk makan berlaku apabila kanak-kanak menolak
makanan baru yang diperkenalkan kepadanya atau apa jua makanan.
Apakah makanan yang biasanya ditolak oleh kanak-kanak?
Kanak - kanak yang berumur antara 1 tahun hingga 5 tahun
biasanya takut untuk mencuba makanan baru yang diperkenalkan kepada
mereka. Kanak-kanak menjadi lebih memilih dan akan memakan makanan
kegemaran mereka sahaja. Masalah yang biasa berlaku ialah
kanak-kanak yang enggan makan sayur.
Masalah tidak mahu makan di kalangan bayi merupakan masalah yang
serius pada masa kini.
Apakah penyebab masalah ini berlaku?
Keengganan untuk makan merupakan sebahagian daripada
perkembangan normal psikologikal kanak-kanak. Pada amnya,
kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit.
Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak mengalami gejala seperti
penurunan berat badan, muntah dan tercekik, anak anda perlukan
penilaian yang lebih terperinci oleh doktor anda. Kemungkinan anak
anda mengalami penyakit lain (selain daripada keengganan untuk
mengambil makanan) seperti:
Mempunyai perasaan benci terhadap makanan
Kegagalan otot-otot pengunyahan ( mulut)
Penyakit"gastro oesphageal reflux"
KegagalanNeuro(otak saraf)-contoh:cerebral palsy (keabnormalan
perkembangan otak yang menyebabkan kelemahan dan ketiadaan
koordinasi pada anggota-anggota tubuh).
Usus kecil tersumbat"Intestinal obstruction"
Achalasia - keadaan yang mengganggu aktiviti normal otot
esofagus"gulet"dan ini melibatkan perjalanan bahan-bahan yang
ditelan.
Bagaimana masalah ini boleh berlaku?
Bayi anda menunjukkan masalah dengan :
Tidak bercerai susu pada masa yang sesuai
keengganan memakan makanan pejal.
Kanak-kanak mungkin:
Lebih suka memilih makanan - hanya mengambil beberapa jenis
makanan sahaja.
Enggan memakan baru yang diperkenalkan.
Enggan makan apa jua jenis sayur.
Hanya makan sejenis makanan sahaja sepanjang masa.
Jika pertumbuhan dan perkembangan anak anda berlaku secara
normal, kemungkinan masalah ini adalah masalah biasa.
Tanda-tanda bahaya:
Jika anak anda mengalami tanda atau gejala seperti berikut: -
sila berjumpa doktor dengan "SEGERA"
Peningkatan berat badan yang perlahan.
Perkembangan terbantut.
Batuk atau tercekik semasa makan.
Muntah yang berulang.
Adakah terdapat sebarang komplikasi berlaku disebabkan oleh
masalah ini?
Tiada komplikasi berlaku sekiranya perkembangan dan pertumbuhan
anak anda normal.
Walaupun anak anda hanya mengambil beberapa jenis makanan
sahaja, ini tidak bermakna anak anda mengalami kekurangan zat
makanan.
Adakah masalah ini boleh dirawat?
Anak anda perlu dinilai oleh doktor sebelum diberi sebarang
rawatan. Walaupun anak anda memilih atau mengelak salah satu jenis
makanan daripada diet hariannya, ini anda tidak perlu bimbang jika
dia membesar secara normal.
Jika anak anda membesar secara normal walaupun menolak makanan,
cuba cara berikut:
Berikan makanan yang sering dielakkan oleh anak anda pada masa
yang lain. Terus berusaha dan jangan putus asa.
Terus memperkenalkan makanan baru kepada anak anda.
Sediakan pelbagai jenis makanan (termasuklah makanan yang
disukai oleh anak anda ) pada setiap waktu makan.
Hidangkan makanan dalam pelbagai bentuk yang menarik.
Elakkan makanan manis seperti gula-gula di antara waktu
makan.
Anda boleh memberi vitamin tambahan sekiranya anak anda enggan
mengambil makanan tertentu dalam jangka masa yang lama.
Paling penting - elakkan daripada pertengkaran ketika waktu
makan.
Belajar untuk mengurangkan perasaan risau atau bimbang kerana
keadaan ini boleh menguatkan lagi keengganan anak anda untuk
makan..
Jangan memaksa anak anda untuk makan.
Jangan bertengkar dengan anak anda semasa waktu makan.
Jangan menghukum anak anda sekiranya tidak mahu makan.
Berikan pujian jika anak anda mula memakan jenis makan yang
selama ini ditolak olehnya.
Bagaimana masalah ini dapat dielakkan?
Anda harus:
Menunjuk contoh dengan memakan hidangan yang lengkap bersama
anak anda.
Perkenalkan pelbagai jenis makanan baru seawal umur 6 bulan.
Jangan berikan terlalu banyak susu atau jus antara waktu makan
utama.
Semakan akhir
:
14 Julai 2008
Penulis
:
Dr. Lim Sern Chin
PemakananKanak-Kanak yang kurang Berat Badan
Pengenalan
Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing.
Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi, bertubuh agak besar dan
mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta
melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala
sesetengah kanak-kanak pula, secara semula jadinya bertubuh kecil,
namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun,
kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah
pemakanan, kesihatan atau emosi.
Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami kekurangan
berat badan?
Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan
seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota
kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti
corak pertumbuhannya.
Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat
badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan
rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat
badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan
ketinggian mengikut jantina.
Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian
seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada ia berada dalam
lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga
akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat
badan yang berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan
kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka
tidak boleh dijangka.
Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak
yang mengalami kekurangan berat badan?
Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk
mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta
menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau
permulaan akil baligh yang agak lewat.
Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding
dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk
mengatasinya.
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah
kekurangan berat badan. Ini termasuk:
Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang
disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku
lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.
Penyakit seperti jangkitan cacing.
Tekanan.
Senaman yang berlebihan
Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan,
alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan,
kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan mengalami
berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.
Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang
mengalami kekurangan berat badan? Jika doktor menyarankan
pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:
Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan
merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap
kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.
Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat
serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk
aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.
Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak
anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15
minit sebelum waktu makan.
Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula
yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan
tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera.
Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini
akan mengurangkan selera makan.
Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti
jus dan susu.
Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.
Apakah yang patut anak saya makan?
leh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus
memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan,
utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran
sebagai pengganti mentega atau marjerin.
Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi:
Nasi / bubur
Ditambah ayam / daging / minyak / marjerin
Roti
Ditambah marjerin / mentega kacang / keju
Biskut kraker
Ditambah marjerin / mentega kacang / keju
Susu
Ditambah serbuk coklat / aiskrim
Telur
Ditambah susu / minyak / marjerin / keju
Kentang dilenyek / dibakar
Ditambah susu /minyak / marjerin
Berapa banyakkah harus anak saya makan?
Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin
lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama. Anak anda harus
makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan paksa
dia makan.
Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda
sepanjang hari.
Jika anak ke sekolah, bekalkan dia makanan snek sihat seperti
biskut kraker, buah-buahan kering (seperti kismis), lobak merah dan
kacang.
Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak.
Berikan galakkan walaupun terdapat sedikit perubahan. Anda perlu
faham bahawa perubahan perlu mengambil masa. Banyakkan
bersabar.
Bagaimana saya boleh bantu anak saya rasa positif tentang imej
dirinya?
Perlu diingat bahawa setiap anak adalah unik dan begitu juga
bentuk badannya. Kanak-kanak berbeza dari segi saiz, bentuk dan
ketinggian. Mereka juga membesar pada kadar berbeza. Walau
bagaimanapun, yang penting, anak anda sihat.
Jangan timbang anak anda terlalu kerap. Rumah sepatutnya tempat
yang selesa dan tidak rasa terasing oleh kanak-kanak. Doktor
mungkin mengesyorkan lawatan ke klinik yang kerap untuk memantau
perkembangan anak anda. Gunakan kesempatan ini untuk memperoleh
maklumat mengenai berat badan anak anda. Selain itu, tumpukan
perbincangan mengenai berat badan.
Berat badan sihat adalah berat yang boleh dikekalkan secara
sihat dengan memastikan kanak-kanak cukup zat, aktif dan mempunyai
perasaan yang positif terhadap tubuh badan dan saiz mereka.
Contoh menu
Hidangan Nasi Tomato (Hidangan 4 orang)
Bahan-bahan
90g (1/2 cawan) beras 1 sudu makan marjerin 30ml (2 sudu makan)
puri tomato 125ml (1/2 cawan) jus tomato 125ml (1/2 cawan) air 5g
(1/2 sudu makan) minyak sayuran 10g (2 ulas) bawang putih, ditumbuk
10g (2 cm) halia, dihancurkan 60g (1 biji) bawang besar, dihiris
100g (2 biji) tomato, dipotong dadu 125g (1/2 cawan) daging yang
empuk ( contoh: striploin), dihiris nipis Garam, gula dan lada
sulah secukup rasa
Cara memasak
Di dalam periuk nasi elektrik, tanak beras bersama puri tomato,
jus tomato dan air. Tambah 1 sudu makan marjerin.
Sementara itu, tumis bawang putih, halia dan bawang besar dalam
kuali berasingan. Masukkan tomato yang dipotong dadu serta baki jus
tomato. Tambah hirisan daging dan masak hingga empuk. Tambah lebih
air, jika perlu. (Untuk kanak-kanak kecil, gunakan daging cincang
atau ayam)
Tutup api dan letakkan berasingan.
Sendukkan nasi ke dalam acuan jeli berbentuk bulat. Buat satu
lekuk di tengah-tengah nasi dan letakkan daging yang telah ditumis
ke dalam lekuk tersebut.
Telungkupkan nasi tomato berserta daging ke atas pinggan dan
hidangkan.
Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal)
:
173.0
Protein (g)
:
10.0
Zat Besi (mg)
:
3.5
Lemak (g)
:
2.0
Kalsium (mg)
:
25.01 - 3 Tahun
Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 1
- 3 Tahun
Sarapan1 gelas susu (penuh krim)1 keping roti bakar2 sudu kecil
marjerin
Minum Pagi potong betik2 keping biskut1 gelas minuman
bersusu
Makan Tengah hari1 cawan nasi (tambah 1 sudu makan minyak masak
/ marjerin)1 ekor ikan kembung1 cawan sayur bayam1 gelas air
kosong1 biji pisang
Makan Malam1 cawan mi goreng (tambahkan 1 sudu makan minyak
masak / marjerin)2 ketul ayam (saiz kotak mancis) cawan sayur1
gelas air kosong potong betik
Makan Lewat Malam1 gelas susu (penuh krim)
Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 4
6 Tahun
Sarapan1 gelas susu (penuh krim) cawan nasi goreng (tambahkan1
sudu makan minyak masak / marjerin) cawan sayur 1 telur goreng
Minum Pagi2 keping biskut kraker1 sudu makan marjerin1 gelas
minuman bersusu
Makan Tengahari1 cawan nasi (tambahkan 1 sudu makan minyak masak
/ marjerin) ekor ikan bersaiz sederhana1 cawan sayur1 gelas air
kosong1 biji pisang
Minum Petang1 ketul karipap1 keping roti1 gelas minuman
bersusu
Makan Malam1 cawan nasi (tambahkan 1 sudu makan minyak masak /
marjerin)2 ketul ayam (saiz kotak mancis)1 cawan sayur1 gelas air
kosong1 biji epal
Semakan akhir
:
10 Mac 2009
Penulis
:
Rashadiba bt. Ibrahim
PemakananKanak-kanak Berlebihan Berat Badan
Pengenalan
Kanak-kanak yang berlebihan berat badan berkemungkinan besar
menjadi remaja dan dewasa yang berlebihan juga berat badan dan
seterusnya cenderung kepada masalah kesihatan. Ini termasuk
penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, strok dan
beberapa jenis penyakit kanser.
Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami berat badan
berlebihan?
Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi menggambarkan status
pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan seseorang kanak-kanak
dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada
kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat
badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan
rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat
badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan
ketinggian mengikut jantina.
Pakar perubatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian
seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada kanak-kanak
tersebut berada dalam lingkungan berat badan yang sihat.
Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak
dengan berat badan berlebihan?
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan berlebihan
berat badan. Ini termasuk :
Faktor genetik memainkan peranan dalam memungkinkan seorang anak
lebih cenderung dengan masalah berat berlebihan, tetapi amalan
sekeluarga seperti tabiat makan dan aktiviti juga mempengaruhi
berat badan.
Kurangnya aktiviti fizikal.
Corak pemakanan yang tidak sihat atau kombinasi faktor-faktor
ini.
Masalah kesihatan seperti kelenjar endokrin yang tidak sempurna
memungkinkan seorang anak mengalami berat badan berlebihan. Doktor
anda boleh melakukan ujian fizikal yang rapi dan ujian darah,
sekiranya perlu, untuk mengenal pasti penyebab.
Bagaimana saya boleh membantu anak saya yang mengalami berat
badan berlebihan?
1. Berikan sokongan
Beritahu anak anda supaya jangan terlalu bimbang tentang berat
badannya. Tanggapan ibu bapa terhadap anak-anak turut mempengaruhi
perasaan mereka. Jadi, jika anda menerima berat badan anak anda,
mereka lebih cenderung untuk rasa begitu terhadap diri sendiri.
Berbincang mengenai berat badan dengan anak-anak bagi
menggalakkan mereka berkongsi masalah mereka. Anak anda mungkin
lebih mengetahui mengenai masalahnya berbanding orang lain. Oleh
itu, kanak-kanak seumpama ini memerlukan sokongan, dorongan
daripada ibu bapa mereka.
2. Perhatian keluarga
Ibu bapa harus menerima anak mereka seadanya, tetapi pada masa
yang sama cuba mengubah aktiviti fizikal serta tabiat pemakanan
keluarga secara beransur. Penglibatan keluarga dapat membantu
menerapkan amalan sihat kepada semua tanpa memberi tumpuan kepada
anak yang berlebihan berat badan.
3. Tingkatkan aktiviti fizikal keluarga
Aktiviti fizikal yang kerap berserta tabiat makan yang sihat
adalah cara yang paling berkesan dan sihat untuk mengawal berat
badan. Ia adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup yang sihat.
Ia bukan bertujuan untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai satu
bebanan tetapi ambil peluang untuk anda sekeluarga menjadi lebih
aktif.
Berikut adalah beberapa cara mudah untuk meningkatkan aktiviti
fizikal keluarga :
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada anak anda. Jika anak
anda lihat anda aktif secara fizikal dan seronok melakukannya,
mereka juga cenderung untuk menjadi begitu dan sentiasa aktif
sepanjang hayat.
Rancang aktiviti keluarga yang memberi peluang untuk senaman
serta berseronok seperti berjalan, menari, berbasikal atau
berenang. Contohnya, rancangkan aktiviti berjalan bersama keluarga
sesudah makan malam berbanding menonton tv. Pastikan anda merancang
aktiviti yang mampu dilakukan dalam persekitaran yang selamat
Peka terhadap keperluan anak anda. Anak yang berlebihan berat
badan mungkin tidak selesa melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti.
Adalah mustahak bagi membantu anak anda memilih aktiviti fizikal
yang mereka gemari dan bukannya terlalu sukar atau mengaibkan.
Kurangkan masa anda dan keluarga anda dalam aktiviti-aktiviti
yang kurang aktif seperti menonton tv atau bermain permainan
video.
Jadi lebih aktif sepanjang hari dan galakkan keluarga anda untuk
berbuat sedemikian. Contohnya, menaiki tangga berbanding
menggunakan lif atau melakukan aktiviti semasa cuti seperti bangun
dan regangkan badan atau berjalan-jalan.
4. Terapkan tabiat pemakanan sihat ke dalam keluarga
Amalan pemakanan sihat yang diterapkan awal mampu membantu
kanak-kanak memahami bahawa makanan harus digemari penting untuk
kesihatan
Tingkatkan pengetahuan mengenai pemakanan untuk kanak-kanak
dengan membaca atau berbincang dengan pakar kesihatan.
Piramid Makanan Malaysia adalah sumber rujukan diet yang amat
berguna bagi masyarakat Malaysia berumur 2 tahun ke atas. Ia juga
merupakan panduan tentang kepentingan keseimbangan antara
kumpulan-kumpulan makanan di dalam amalan pemakanan harian.
Beri anak anda pilihan makanan yang sihat.
Apakah cara untuk membantu anak saya yang berlebihan berat
badan?
Berbincang dengan pakar pemakanan sekiranya anda kurang pasti
tentang cara untuk memilih dan menyediakan pelbagai makanan untuk
keluarga, berbincang dengan pakar pemakanan.
1. Pengambilan yang dihadkan
Kanak-kanak tidak patut dihadkan pengambilan makanannya bagi
menurunkan berat badan melainkan atas penyeliaan pegawai perubatan.
Adalah berbahaya sekiranya pemakanan mereka dihadkan kerana ia
mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran mereka.
Bagi menyokong tumbesaran yang baik dan mencegah berlebihan
berat badan, pertambahan berat badan, ibu bapa harus memberi sumber
makanan yang pelbagai berdasarkan kumpulan makanan dalam Piramid
Makanan Malaysia.
Sebahagian besar makanan dalam diet harian anda harus datang
daripada kumpulan bijirin.
Kumpulan susu serta daging dan kacang panjang harus diambil
dengan sederhana.
Makanan yang tinggi lemak dan gula harus diambil dengan
sedikit.
Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak berumur kurang
dari 2 tahun.
2. Kurangkan jumlah lemak di dalam diet keluarga dengan
berhati-hati
Mengurangkan lemak adalah cara yang baik bagi mengawal kalori
anak anda tanpa menghadkan nutrien lain. Cara mudah untuk
mengurangkan lemak di dalam diet keluarga anda termasuklah
menghadkan makanan atau hidangan bergoreng, menyediakan ayam tanpa
kulit dan menggunakan daging tanpa lemak di dalam hidangan. Bijirin
dan roti rendah atau tanpa lemak juga adalah pilihan yang baik
Lakukan perubahan kecil dalam jumlah lemak dalam diet keluarga.
Walau bagaimanapun perubahan yang besar harus di bawah penyeliaan
pakar pemakanan.
Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak yang berumur
kurang dari 2 tahun. Dari umur 2 tahun sehingga 5 tahun,
kanak-kanak harus mengamalkan diet yang mengandungi tidak lebih 30
peratus kalori daripada lemak.
3. Jangan terlalu menghadkan gula-gula atau manisan
Makanan yang mengandungi lemak, garam dan gula harus dimakan
dengan sederhana.
4. Bantu keluarga membuat pilihan makanan dan bukan mengarah
Sediakan pelbagai pilihan makanan di rumah. Ini akan membantu
anak anda belajar bagaimana membuat pilihan yang sihat.
5. Galakkan anak anda makan secara perlahan
Seorang kanak-kanak boleh merasa lapar dan kenyang apabila makan
secara perlahan.
6. Makan bersama keluarga seberapa kerap yang boleh
Jadikan waktu makan masa yang seronok dengan berbual dan saling
berkongsi, bukannya masa untuk berbalah. Jika waktu makan tidak
disenangi, anak-anak akan makan dengan cepat untuk beredar secepat
mungkin. Mereka akan kaitkan waktu makan dengan tekanan.
7. Libatkan anak-anak ketika membeli dan menyediakan makanan
Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini, ibu bapa dapat
mengetahui makanan kegemaran anak-anak, mengajar tentang pemakanan
dan membuat mereka rasa berjaya. Tambahan pula, anak-anak lebih
suka makan makanan yang mereka sediakan sendiri.
8. Rancang waktu snek
Memakan snek secara berterusan boleh menyebabkan makan secara
berlebihan. Walau bagaimanapun snek yang berjadual boleh dijadikan
sebahagian daripada diet yang berkhasiat tanpa mengganggu selera
makan anak.
Sediakan snek yang berkhasiat tanpa menghadkan snek seperti
kentang goreng atau biskut sekali sekala terutamanya di parti-parti
atau aktiviti sosial lain.
9. Tidak menggalakkan makan snek ketika menonton tv
Sukar untuk berasa kenyang jika makan sambil menonton tv. Ini
boleh menyebabkan makanan secara berlebihan.
10. Jangan jadikan makanan sebagai hukuman atau ganjaran kepada
anak anda
Tidak memberi makan sebagai satu hukuman boleh menyebabkan
kanak-kanak berasa risau yang dia tidak akan mendapat makanan
secukupnya. Contohnya, dengan memberitahu kanak-kanak yang mereka
akan mendapat sajian pencuci mulut jika mereka menghabiskan kesemua
sayuran ialah memberi gambaran yang salah mengenai
sayur-sayuran.
11. Pastikan makanan yang dimakan di luar rumah adalah
seimbang
Sediakan bekalan sekolah yang pelbagai pilihan
Pilih hidangan yang sihat dan berkhasiat ketika makan di
restoran
12. Tunjukkan teladan yang baik
Tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak anda dengan
menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk keluarga.
Dengan menjadi lebih aktif dapat mengajar anak-anak gaya hidup
yang sihat yang mereka boleh contohi sepanjang hayat. Kanak-kanak
belajar dengan lebih cepat dan baik melalui teladan.
Semakan akhir
:
10 Mac 2009
Penulis
:
Rashadiba bt. Ibrahim
MerancangMenu Sihat untuk Kanak-Kanak Sekolah
Pengenalan
Masa makan adalah masa untuk anak anda beristirahat bersama
keluarga dan menikmati hidangan selepas sehari suntuk di sekolah.
Ia adalah waktu yang sesuai untuk ibu bapa meluangkan masa dan
berinteraksi dengan anak. Hidangan yang disediakan di rumah adalah
lebih berkhasiat dan menjimatkan masa serta perbelanjaan jika ibu
bapa bijak merancang menu. Merancang menu adalah mudah dan tidak
mengambil masa yang lama jika anda membuat persediaan awal dan
teratur.
Mengapa perancangan menu sihat penting untuk kanak-kanak
sekolah?
Untuk membekalkan makanan dan snek yang sihat pada waktu yang
bersesuaian sepanjang hari.
Memastikan kepelbagaian dalam setiap sajian agar anak mendapat
makanan yang seimbang.
Untuk mengurangkan pilihan makanan berulang.
Membuat perancangan awal bahan yang diperlukan bagi mengelakkan
daripada membeli di saat akhir atau dalam keadaan yang
tergesa-gesa.
Untuk menjimatkan masa. Dengan merujuk kepada menu yang
dirancang, anda boleh mengutamakan makanan yang boleh disedia
awal.
Panduan am untuk merancang makanan sihat bersama keluarga
Adalah penting untuk merancang menu yang sihat dan digemari oleh
kanak-kanak. Berikut adalah panduan untuk merancang menu untuk
anak:
Anda perlu rancangan bagi 3 menu hidangan utama dan 2 menu snek
untuk sehari untuk memastikan anak mendapat makanan yang
secukupnya. Rancang menu hidangan utama dan snek untuk jangka masa
seminggu
Menu hidangan utama dan snek perlu merangkumi makanan daripada
setiap 5 kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia. Jika
terdapat kumpulan makanan yang tidak dimasukkan dalam menu hidangan
utama, ia boleh dimasukkan dalam menu snek. Sebagai contoh, buah
dimasukkan dalam menu snek.
Waktu makan juga perlu dirancang untuk mengambil kira waktu anak
akan ke sekolah dan balik dari sekolah. Apabila hendak ke sekolah,
berikan cukup masa untuk anak menghabiskan hidangan dan jangan
tergesa-gesa. Lazimnya, anak pasti letih apabila pulang dari
sekolah. Hidangkan makanan utama selepas anak berehat sebentar.
Tips merancang menu sihat untuk waktu makanan utama
Pastikan hidangan utama terdiri daripada 5 kumpulan makanan
dalam Piramid Makanan Malaysia.
Pilih hidangan daripada produk bijirin penuh (contoh: campurkan
beras perang dengan beras putih)
Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan utama.
(contoh : tomato dalam ayam masak merah)
Tambahkan satu sajian makanan dari kumpulan ikan, ayam,daging
atau telur dengan makanan alternatif seperti kacang panggang,
kacang peas, dal atau tauhu. Contohnya, campurkan kacang peas dalam
resipi ayam masak kicap atau campurkan tempe dalam sambal ikan
bilis.
Tips merancang menu sihat untuk makanan snek
Masukkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan makanan yang berlainan
dalam setiap sajian snek.
Pilih snek berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti
bijirin penuh, susu, keju dan dadih.
Kurangkan snek yang terlalu manis dan melekit seperti gula-gula
yang boleh melekat pada gigi kanak-kanak yang boleh menyebabkan
karies gigi.
Senarai semak plan perancangan menu sihat
Guna senarai semak berikut untuk memastikan menu yang anda
rancang adalah lengkap:
Adakah anak anda mendapat pelbagai jenis makanan untuk sarapan
pagi, makan tengah hari dan makan malam setiap hari?
Adakah dia mengambil makanan daripada setiap kumpulan
makanan?
Adakah dia meminum susu dan air kosong setiap hari?
Adakah anda berusaha untuk menyediakan hidangan dengan cara
memasak yang berbeza setiap hari?
Adakah terdapat ulangan hidangan dan jenis makanan yang terlalu
kerap? Contohnya ayam goreng 5 kali seminggu.
Adakah sajian anda tinggi nilai khasiatnya?
Semakan akhir
:
10 Julai 2009
Penulis
:
Siti Mariam bt. Ali
MemilihMakanan Sihat untuk Kanak-Kanak Sekolah
Sebagai ibu bapa yang prihatin dan mahukan anak-anak berjaya
dalam kehidupan, anda perlulah melabur dalam kesihatan mereka.
Berusahalah untuk memberi makanan yang pelbagai, seimbang dan
berkhasiat agar anak-anak yang sedang bersekolah dapat membesar dan
kekal sihat.
Pemilihan dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan
di kalangan kanak-kanak sekolah. Berikut adalah panduan am untuk
membantu anda memilih makanan sihat untuk anak-anak agar mereka
dapat makan secara sihat dan belajar menikmati makanan berkhasiat:
Anda juga boleh bekalkan mereka makanan yang berkhasiat disediakan
di rumah. Sekiranya ada majlis-majlis di sekolah yang perlukan
sumbangan makanan, bekalkan makanan yang berkhasiat seperti
buah-buahan potong yang digaulkan dengan jus lemon dan
sebagainya.
1. Gunakan maklumat yang positif
Beritahu anak-anak bahawa semua makanan boleh memenuhi keperluan
pemakanan yang sihat. Tidak ada makanan yang baik atau tidak baik.
Kunci utama pemakanan sihat ialah pilihan dan pengambilan makanan
secara sederhana. Ajar mereka mengenai pemakanan yang baik dengan
cara yang mudah seperti Yogurt dan susu boleh membantu perkembangan
tulang yang kuat atau lobak merah membantu anda melihat dalam
keadaan yang gelap.
2. Tumpukan kepada pemilihan makanan yang kaya dengan
nutrien
Sentiasa galakkan anak anda untuk memilih makanan yang kaya
dengan nutrien di kantin sekolah. Ajar mereka untuk sentiasa
memilih makanan seperti:
Buah-buahan berwarna terang sebagai snek berbanding
gula-gula.
Sayur-sayuran beraneka warna.
Makanan yang diperkaya dengan nutrien, bijirin penuh dan yang
tinggi serat.
Minuman bersusu berbanding minuman kordial.
Hidangan yang kurang berminyak dan bergula.
Hidangan yang mengandungi produk kekacang seperti tempe dan
tauhu selain ayam, daging dan ikan.
3. Tetapkan peraturan makanan keluarga
Kanak-kanak lebih mudah memilih makanan sekiranya mereka tahu
peraturan pemakanan keluarga. Contohnya, setiap ahli keluarga wajib
bersarapan pagi setiap hari, susu ialah minuman pilihan selepas
makan malam atau snek di sekolah perlulah daripada 5 kumpulan
makanan dalam piramid makanan dan yang kurang minyak, garam dan
gula.
Tetapkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi apabila
makan di luar, seperti memesan air buah-buahan atau air kosong.
4. Jadi contoh yang baik
Kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan orang
yang rapat dengan mereka. Sebagai ibu bapa, pemilihan makanan yang
anda buat akan mempengaruhi anak-anak. Jika anda memilih makanan
yang sihat, anak-anak juga akan mencontohi anda.
Selain menunjukkan contoh tabiat makan yang sihat, bincang
dengan anak-anak tentang Panduan Piramid Makanan dan pelbagai
sajian makanan lazat yang boleh dinikmati.
5. Masak bersama
Kanak-kanak lebih teruja dan berminat untuk mengambil makanan
sihat apabila mereka diberi peluang untuk menyediakan makanan.
Libatkan mereka semasa menyediakan hidangan. Benarkan mereka
menambah apa yang mereka gemar dalam makanan mengikut kreativiti
mereka. Adakan sesi permainan masak-memasak bersama kawan-kawan
mereka atau pergi ke kelas masakan bersama mereka.
6. Membeli makanan bersama
Libatkan anak-anak semasa membeli belah atau ajak mereka
sama-sama menanam sayur atau buah di kebun, sekiranya ada. Pilih
makanan yang kaya dengan nutrien. Bantu anak memilih satu atau dua
bungkusan makanan snek kegemaran mereka yang kaya dengan nutrien
untuk dibawa ke sekolah.
Semakan akhir
:
10 Julai 2009
Penulis
:
Siti Mariam bt. Ali
BekalanMakanan Sihat untuk Kanak-Kanak Sekolah
Kanak-kanak menghabiskan tempoh masa yang lama di sekolah.
Lazimnya, satu pertiga daripada keperluan nutrien harian akan
dimakan di sekolah. Ini bermakna pengambilan makanan di sekolah
penting untuk memenuhi keperluan harian kanak-kanak sekolah. Ia
juga memberi kesan kepada tahap tenaga dan daya tumpuan kepada
pelajaran serta mempengaruhi tabiat makan dan tumbesaran. Seorang
ibu yang sibuk boleh mengimbangkan antara pemakanan sihat dengan
makanan yang menarik untuk anak dengan menyediakan bekalan yang
mengandungi lima jenis makanan utama seperti berikut:
1. Hidangan utama (bagi kanak-kanak yang makan tengah hari di
sekolah atau tidak sempat bersarapan)
Sandwic sihat
Sandwic adalah popular kerana ia mudah dimakan dan
disediakan.
Pilih roti penuh bijirin kerana ia mengandungi lebih serat.
Lapiskan sandwic dengan isi yang digemari oleh anak seperti ikan
tuna atau sardin, keju, isi ayam yang dipanggang atau telur rebus
yang dilecek dengan sedikit mayones.
Tambahkan sedikit sayur seperti timun, salad atau lobak.
Nasi atau mi goreng
Selain daripada sandwic, makanan utama yang mudah dibawa ke
sekolah ialah nasi atau mi/ mihun/ pasta goreng. Ia lazat dan
digemari oleh kanak-kanak.
Tambahkan lebih sayur, telur, ayam atau daging dalam nasi atau
mi goreng untuk menjadikan ia seimbang. Kurangkan penggunaan minyak
berlebihan untuk menumis.
Hidangan panas mudah menjadi basi. Pastikan hidangan tidak
dimasak terlalu awal. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan dalam
bekas bekalan. Gunakan bahan mentah yang segar untuk membuat nasi
goreng, pastikan nasi putih yang dimasak telah disimpan di dalam
peti sejuk atau baru dimasak.
2. Buah dan sayur
Bekalkan juga buah segar seperti pisang, jambu, epal, lai atau
limau. Ada kanak-kanak yang gemar sayur segar seperti lobak merah,
timun dan sengkuang.
3. Susu
Minuman susu dalam kotak sama ada susu biasa atau berperisa
harus menjadi bahan tetap yang dibekalkan ke sekolah. Ia
mengandungi kalsium dan protein yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Pastikan bekalan susu dikendalikan dengan sempurna. Selepas minum,
lebihan susu hendaklah dibuang untuk mengelak keracunan
makanan.
4. Snek berkhasiat untuk masa rehat
Snek ringan juga adalah penting, terutama bagi waktu rehat.
Bekalkan biskut, kek, sandwic atau kuih tempatan yang berkhasiat
serta buah-buahan. Kurangkan pilihan snek yang manis, masin dan
berlemak.
5. Air kosong
Air kosong adalah minuman yang paling sesuai untuk kanak-kanak
sekolah.
Minuman kordial dan air bergas mengandungi gula yang tinggi dan
boleh mengurangkan selera dan menjejaskan pengambilan makanan
berkhasiat jika diminum terlalu kerap.
Bekalkan air sejuk atau air yang dibekukan dalam bekas air yang
dibungkus. Ia dapat mengekalkan suhu sejuk dan lebih digemari.
Bekalkan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada makanan
utama seperti sandwic atau nasi/mi goreng, buah, susu, snek ringan
untuk masa rehat dan air kosong setiap hari untuk memastikan anak
mendapat pemakanan yang seimbang di sekolah. Bagi anak yang susah
makan, ajak dia sama-sama memilih atau menyediakan bekalan makanan.
Ini mungkin dapat membantu membuka seleranya.
Semakan akhir
:
19 April 2012
Penulis
:
Siti Mariam bt. Ali
CaraMemberi Makan Kepada Kanak-kanak Yang Sakit
Pengenalan
Penyakit yang dialami oleh kanak-kanak boleh menjejaskan
pengambilan makanan mereka. Kanak-kanak yang sakit mungkin terlalu
lemah untuk makan, sukar untuk makan disebabkan oleh hidung yang
tersumbat atau batuk, atau mengalami kesukaran untuk menelan
makanan. Kanak-kanak yang mendapat jangkitan juga selalunya kurang
berselera untuk makan. Oleh itu, kanak-kanak yang sakit perlu
diberikan makanan yang berlainan daripada mereka sihat. Walau
bagaimanapun secara amnya, ibu bapa atau penjaga disyorkan untuk
terus memberi kanak-kanak makanan pilihan mereka dan tidak
mengehadkan makanan yang ingin mereka makan. Ini bagi memastikan
kanak-kanak tersebut mendapat nutrien yang diperlukan semasa sakit
dan semasa mereka sedang sembuh.
Mengapa kanak-kanak yang sakit meme rlukan makanan yang
berkhasiat?
Kanak-kanak yang sakit perlu diberi makan makanan yang
berkhasiat walaupun mereka tidak aktif. Mereka memerlukan nutrien
yang mencukupi bagi melawan jangkitan dan menggantikan nutrien yang
hilang semasa sakit.Jika seorang kanak-kanak yang sakit tidak
mengambil makanan dengan secukupnya, lemak dan otot tubuhnya akan
digunakan untuk membekalkan tenaga dan nutrien. Ini akan
menyebabkan mereka kehilangan berat badan dan mengalami masalah
kekurangan zat makanan. Semasa sakit, tumbesaran seseorang
kanak-kanak itu selalunya akan terjejas, walaupun tempoh sakitnya
adalah singkat. Sistem imun mereka juga boleh menjadi kurang
berkesan dan tidak mampu melawan jangkitan. Jangkitan juga
meningkatkan keperluan beberapa nutrien sekiranya usus tidak dapat
menyerap nutrien dengan baik; atau tubuh menggunakan nutrien lebih
pantas daripada biasa (contohnya, untuk membaik pulih sistem
imun).
Apakah makanan yang perlu diberi kepada kanak-kanak yang
sakit?
Memberi makan kanak-kanak yang sakit merupakan cabaran kepada
ibu bapa atau penjaga. Kanak-kanak yang sakit selalunya enggan
makan atau hanya makan sedikit sahaja. Semasa kanak-kanak sakit,
adalah penting untuk tidak mengehadkan makanan atau minuman yang
ingin mereka makan.
Berikut adalah beberapa panduan untuk memberi makan kanak-kanak
yang sakit:
Bagi bayi atau kanak-kanak yang masih menyusu susu ibu, teruskan
penyusuan susu ibu dengan lebih kerap dan susukan bayi atau
kanak-kanak dengan lebih lama pada setiap pe nyusuan. Jika bayi
terlalu lemah untuk menyusu, ibu-ibu boleh memerah susu ibu dan
memberi susu ibu kepada bayi menggunakan sudu atau cawan.
Beri kanak-kanak makan dengan kerap dan dalam kuantiti yang
kecil.
Beri kanak-kanak makanan yang lembut dan padat dengan nutrien
seperti bubur nasi yang ditambah sayur-sayuran dan ayam atau ikan.
Sedikit mentega atau marjerin boleh ditambah ke dalam bubur nasi
untuk meningkatkan kandungan kalori.
Beri kanak-kanak makan pelbagai makanan daripada semua kumpulan
makanan.
Beri kanak-kanak makanan yang lembut atau dilecek jika mereka
menghadapi masalah untuk menelan. Walau bagaimanapun, elak daripada
mencairkan makanan atau susu yang diberi kepada mereka.
Bersabar dan berikan makanan yang digemari kanak-kanak untuk
meningkatkan seleranya.
Pangku kanak-kanak atau biarkan mereka makan dalam keadaan
duduk. Elakkan memberi kanak-kanak makan semasa berbaring kerana
ini boleh menyebabkan mereka tercekik.
Jika kanak-kanak muntah, tunggu selama sepuluh minit sebelum
meneruskan pemberian air atau makanan.
Elak memaksa kanak-kanak untuk makan.
Kanak-kanak yang mengalami cirit-birit atau diarea selalunya
akan mengguna atau kehilangan lebih banyak air daripada biasa. Oleh
yang demikian, mereka perlu diberi lebih banyak air dan pastikan
air tersebut adalah bersih dan selamat untuk diminum. Air kosong ,
susu, minuman yogurt dan minuman berk hasiat yang lain hendaklah
diberi kepada kanak-kanak yang sakit. Elakkan memberi kanak-kanak
minuman berkarbonat atau kordial. Kanak-kanak yang masih menyusu
susu ibu pula hendaklah disusukan dengan lebih kerap, sementara
kanak-kanak yang tidak menyusu susu ibu hendaklah diberi air atau
cecair lain seperti sup dengan banyak setiap satu hingga dua
jam.
Memberi makan kepada kanak-kanak yang sedang sembuh
Tempoh penyembuhan merupakan perkara yang penting dalam
penjagaan pemakanan kanak-kanak yang sakit. Kebiasaannya
penyembuhan penyakit akan mengambil masa. Ibu bapa atau penjaga
perlu memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pengambilan
makanan kanak-kanak yang sakit untuk tempoh sekurang-kurangnya 2
minggu selepas mereka sembuh. Makanan berkhasiat yang diambil
semasa kanak-kanak sedang sembuh dapat memastikan mereka memperoleh
kembali nutrien yang hilang semasa mereka sakit.
Semasa sedang sembuh,
Kebiasaannya kanak-kanak akan lebih berselera untuk makan dan
akan teruja untuk makan lebih daripada biasa. Terus berikan
kanak-kanak makanan yang mereka gemari dengan kerap.
Kanak-kanak hendaklah digalakkan untuk makan lebih pada setiap
waktu makan, diberi snek berkhasiat seperti roti sardin atau yogurt
di antara waktu makan dan tingkatkan kuantiti makanan yang diberi
setiap hari untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu.
Terus berikan kanak-kanak makanan yang berkhasiat seperti
daging, ikan, hati, telur, susu, buah-buahan dan sayur-sayuran
untuk memenuhi keperluannya . Kanak-kanak perlukan makanan yang
lebih untuk mendapat semula berat badan mereka yang hilang semasa
sakit, dan supaya mereka sihat seperti sedia kala.
Semakan akhir
:
27 Januari 2012
Penulis
:
Fatimah bt. Salim
AlahanMakanan
Apakah itu alahan pemakanan?
Kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi
badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya
kepada badan.
Berapa kerap ia berlaku?
Adalah dianggarkan, 2% kanak-kanak mengalami alahan makanan
(lebih tinggi dikalangan kanak-kanak yang lebih muda iaitu sebanyak
5-8%). Kebanyakan kanak-kanak akan hilang alahan makanan apabila
mereka meningkat dewasa. Walau bagaimanapun, sesetengah alahan
seperti alahan kepada kacang tanah dan kerang-kerangan mungkin akan
berlanjutan sepanjang hayat. Dikalangan orang dewasa, kejadian
alahan makanan berkurangan kepada anggaran 1% daripada populasi
keseluruhan.
Apakah jenis makanan yang biasanya menyebabkan alahan?
Antara makanan yang biasanya menyebabkan alahan adalah:
Susu lembu.
Telur.
Kacang soya.
Gandum.
Kacang tanah,tree nuts(walnut, kacang hazel).
Makanan laut, kerang-kerangan (contoh : udang, ketam,
kepah).
Beberapa bahan pewarna dan bahan perasa.
Bilakan seseorang itu disyaki mengalami alahan makanan?
Gejala alahan biasanya berlaku dengan cepat dalam tempoh
beberapa minit hingga kurang dari 2 jam selepas makan. Kadang-kala
tanda-tanda alahan terjadi selepas beberapa jam makanan di
makan.
Tanda dan gejala alahan makanan termasuklah:
'Angioedema' (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar
mata).
Kesukaran bernafas dan berdehit.
Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok
merah(urticaria).
Rasa loya, muntah dan cirit-birit.
Perut yang sakit dan memulas.
'Colic' (sakit perut) dikalangan bayi.
Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan dengan kesukaran
bernafas, kebengkakan dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah
rendah, kejutan (shock) malah boleh mendatangkan kematian. Gejala
ini biasanya berlaku dengan cepat dalam jangka masa beberapa minit
hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan.
Gejala yang sama boleh berlaku dalam intoleransi terhadap
makanan(food intolerance)dan penyakit-penyakit lain. Maka
pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk membuat diagnosa yang
tepat.
Apakah kesannya?
Gejala dan sakit mungkin di tahap sederhana tetapi kadang-kala
gejala serius seperti anafilaksis boleh berlaku iaitu saluran
pernafasan tersekat dan sistem jantung tidak berfungsi. Ini boleh
membawa maut.
Pengelakkan beberapa jenis makanan boleh menyebabkan kekurangan
zat makanan tertentu sekiranya makanan tambahan tidak diambil,
contohnya kekurangan kalsium boleh berlaku jika semua produk susu
dikeluarkan daripada pemakanan kanak-kanak yang alah kepada susu
lembu.
Tumbesaran terbantut dan ia boleh berlaku sekiranya banyak
kumpulan makanan dihadkan.
Bagaimana alahan makanan dikenal pasti?
Adalah terbaik berjumpa doktor untuk mengenal pasti alahan
makanan. Jangan sesekali membuat ujian sendiri untuk mengetahui
sama ada sesuatu makanan boleh mencetuskan alahan. Sesetengah ujian
darah untuk mengesan tahap antibodi (IgE) atau 'ujian suntikan
kulit'(skin prick test)boleh dilakukan oleh doktor untuk membantu
mengenal pasti alahan tertentu.
Adakah sebarang rawatan untuk merawat alahan makanan?
Ada. Antara langkah-langkah yang berkesan adalah:
Dalam kes yang telah dikenal pasti, elakkan makanan yang
menyebabkan alahan. Dapatkan nasihat Pegawai Dietitik jika perlu
untuk mengelakkan kekurangan zat makanan.
Memberi rawatan untuk tindak balas yang teruk daripada
pendedahan secara tidak sengaja kepada mangsa, termasuklah:
Menyuntik diri sendiri dengan adrenalin/epinephrin menggunakan
jarum atau pen khusus yang disediakan.
Dapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera.
Kebiasaannya ubat-ubatan seperti antihistamin, 'bronchodilator'
(ubat membuka saluran pernafasan) dan steroid, alatan pembuka
saluran pernafasan(insertion of airway)juga cecair intravena
diperlukan dalam rawatan alahan.
Memberi makanan yang menyebabkan alahan dalam kuantiti yang amat
sedikit dengan beransur-ansur(desensitising)pernah digunakan tetapi
ianya bukanlah rawatan piawaian yang diluluskan.
Apakah strategi pencegahan?
Penyusuan susu ibu akan mengurangkan risiko alahan makanan. Oleh
itu, penyusuan susu ibu sepenuhnya perlu dilakukan
sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan, terutamanya bagi
mereka yang mempunyai sejarah positif alahan makanan dalam
keluarga.
Peringatan
Berhati-hati dengan bahan-bahan yang tersembunyi dalam produk
makanan yang mungkin tidak dinyatakan pada label makanan.
Tindak balas silang terhadap makanan boleh berlaku seperti
alahan terhadap udang, udang karang dan ketam.
Beri peringatan kepada kanak-kanak yang bersekolah mengenai
masalah alahan mereka dan pihak sekolah perlu dimaklumkan.
Perancangan khusus perlu disediakan sekiranya berlaku sebarang
kecemasan.
Semakan akhir
:
12 Julai 2012
Penulis
:
Dato' Dr. Lim Nyok Ling
:
Dr. Lim Sern Chin
Penyemak
:
Dr. Chong Sze Yee
AlahanTelur
Pengenalan
Telur mudah diperoleh dalam kebanyakan makanan. Ibu bapa harus
mengenali makanan yang mengandungi telur untuk mengelak alahan
telur daripada terjadi kepada anak mereka.
Apakah itu alahan telur?
Alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan
makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindak balas
seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya.
Bagaimana alahan terjadi?
Alahan terjadi apabila badan bertindak balas terhadap telur
sebagai bahan berbahaya. Badan menghasilkan antibodi untuk melawan
protein telur. Antibodi ini merangsang sistem imun badan untuk
mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan wujudnya gejala alahan
telur.
Berapa kerap alahan ini terjadi?
Kadar kejadian alahan telur di Malaysia tidak diketahui.
Biasanya bermula semasa telur mula-mula diperkenalkan kepada
bayi.
Alahan telur biasanya hilang apabila kanak-kanak berumur di
antara 5 hingga 7 tahun.
Apakah kesan alahan ini?
Reaksi alahan boleh melibatkan kulit, usus dan paru-paru.
Kadang-kala fungsi jantung dan tekanan darah juga turut
terjejas.
Jenis-jenis reaksi:
Akut - gejala kelihatan dalam masa beberapa minit.
Lewat - gejala kelihatan biasanya selepas 2 hingga 4 jam.
Gejala alahan biasanya di alami untuk jangka masa kurang
daripada sehari. Gejala ini termasuk:
Gatal-gatal, radang kulit (ekzema).
Muka menjadi merah.
Mata berair, bengkak kelopak mata.
Mulut gatal, bengkak bibir.
Tekak perit.
Hidung berair.
Nafas termengah-mengah, batuk.
Loya dan muntah.
Sakit perut.
Cirit-birit.
Bagaimana diagnosa alahan telur dilakukan?
Diagnosa dilakukan oleh doktor selepas mengambil sejarah
kanak-kanak dan gejalanya.
Ibu bapa mungkin sedar bahawa bayi mereka sakit atau mendapat
ruam sebaik sahaja makan telur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya
keadaan ini berlaku.
Ujian khusus yang mungkin dilakukan oleh pakar termasuk:
Ujian alahan kulit.
RAST (Radio Allergosorbent Test).
Ujian khas alahan telur ini boleh dilakukan tetapi tidak
semestinya memberi keputusan yang tepat. Segala keputusan ujian
perlu dianalisa dengan teliti oleh pakar sebelum diagnosa
dibuat.
Apa itu Anafilaksis?
Sesetengah kanak-kanak boleh mendapat reaksi alahan teruk yang
dipanggil anafilaksis. Reaksi ini wujud secara tiba-tiba dan teruk
melibatkan kulit, paru-paru, usus, jantung dan salur darah.
Gejala ini berlaku dengan pantas termasuk:
Berasa takut.
Muka menjadi merah.
Mata, mulut, lidah dan bibir menjadi bengkak.
Tekak berasa perit.
Susah bernafas, nafas berbunyi (wheezing).
Loya dan muntah.
Sakit perut.
Pening.
Tekanan darah rendah.
Denyutan jantung cepat.
Bagaimana keadaan ini dirawat?
Untuk semua reaksi alahan:
Jumpa doktor dengan segera.
Ubat yang digunakan untuk merawat alahan termasuk:-
Antihistamines.
Adrenaline.
Steroid.
Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubatan ini.
Bagaimanakah Anafilaksis dirawat?
Anafilaksis merupakan satu keadaan kecemasan yang perlu dirawati
dengan segera.
Anda perlu membawa anak anda ke hospital dengan serta-merta.
Ubat EpiPen mesti diambil dengan serta-merta sekiranya anda
memiliki ubat tersebut. (Ubat EpiPen adalah pen suntikan yang diisi
dengan Epinephrine or Adrenaline yang boleh di dapati di Malaysia).
Dapatkan nasihat doktor jika perlu pengisian semula.
Apakah yang saya harus lakukan jika anak saya ada alahan
telur?
Sekiranya anak anda ada alahan telur:-
Elakkan daripada memakan telur dan makanan yang mengandungi
telur (kandungan telur yang sedikit pun boleh menyebabkan reaksi
yang teruk).
Baca dengan teliti label makanan dan elakkan makanan yang ada
telur.
Rancang langkah kecemasan untuk sekiranya terjadi reaksi
alahan.
Bawa bersama ubat EpiPen ke mana-mana, jika ada.
Pakaikan gelang yang ada medic alert di pergelangan tangan
anak.
Beritahu penjaga atau guru mengenai keadaan kesihatan anak.
Minta nasihat doktor mengenai sebarang langkah khas sebelum
menerima imunisasi MMR (Mumps, Measles, Rubella).
Apakah tindakan yang perlu dilakukan?
Ketahuilah bahawa terdapat banyak makanan mungkin yang
mengandungi telur tetapi tidak dimasukkan dalam label.
Contohnya:-
Albumin.
Globulin.
Ovalbumin.
Vitellin.
Lysozyme.
Dapatkan nasihat pakar pemakanan sekiranya anda tidak pasti
kandungan sesuatu makanan. Apabila anak anda tidak mengambil telur,
anda perlu pastikan anak anda mendapat nutrient yang cukup daripada
sumber makanan yang lain
Adakah alahan dapat diatasi apabila anak saya meningkat
dewasa?
Kebanyakan kanak-kanak berjaya mengatasi alahan telur. Walau
bagaimanapun, pengambilan semula telur perlu dilakukan selepas
berbincang dengan doktor anda.
Semakan akhir
:
25 April 2012
Penulis
:
Dato' Dr. Lim Nyok Ling
:
Dr. Lim Sern Chin
Penyemak
:
Dr. Tang Swee Ping
AlahanKekacang
Pengenalan
Kacang adalah salah satu makanan biasa yang sering memberi
alahan kepada seseorang. Dengan hanya sedikit pengambilannya boleh
mencetuskan alahan kepada mereka yang ada alahan kekacang.
Apakah alahan kekacang?
Alahan kekacang ialah tindak balas badan (orang yang ada alahan
kekacang) yang keterlaluan kepada kekacang tersebut.
Badan akan bertindak melawan kekacang tersebut sebagai bahan
yang bahaya kepada badan.
Tindak balas ini boleh berpunca melalui pemakanan dan
penyentuhan kekacang atau pun menghidu serbuk kacang.
Bagaimana ianya berlaku?
Alahan kekacang berlaku apabila allergen protin di dalam kacang
mengakibatkan badan memberi tindak balas dengan pengeluaran
antibodi IgE untuk melawan allergen protin tersebut. Antibodi ini
bergabung dengan mast cel dan mengeluarkan pelbagai bahan kimia
(contoh: histamine) ke dalam aliran darah dan menyebabkan gejala
timbul.
Berapa kerap alahan ini terjadi?
Keadaan ini lebih kerap berlaku di negeri-negeri barat
berbanding di Asia.
Di Amerika Syarikat, kejadian ini berlaku kira-kira 0.8% dan
berganda bagi kanak-kanak berumur dibawah 5 tahun.
Keadaan ini berlaku biasanya pada kanak-kanak berumur 1 tahun
kebawah.
1/3 daripada kanak-kanak ini akan bebas daripada alahan ini
ketika berumur 5 tahun.
Selainnya alahan ini berlaku seumur hidup.
Apakah gejala alahan kekacang?
Tindak balas boleh berlaku dengan hanya sedikit protien kacang
kepada mereka mengalami alahan.
Tindak balas ini lazimnya dapat dilihat dibahagian mata, mulut,
kulit, usus dan paru-paru. Ia berlaku selepas makan atau satu jam
selepasnya.
Tindak balas ini serius semasa pertama kali berlaku.
Gejala ini mungkin berlaku salah satu atau kombinasi:
Uriticaria (kulit berbintat, gatal dan kemerahan).
Mata berair.
Kelopak mata bengkak.
Bibir bengkak dan mulut terasa gatal.
Tekak merasa sempit.
Wheezing (nafas berbunyi).
Muntah.
Sakit perut.
Cirit birit.
Bagaimana diagnosa alahan kekacang dilakukan?
Diagnosa diberi oleh doktor yang memeriksa pesakit tentang
sejarah dan gejalanya.
Ibu bapa mungkin mendapati anak mereka tidak sihat dan mengalami
ruam selepas makan kacang.
Ujian khas mungkin dibuat oleh doktor termasuk:
Ujian alahan kulit.
Peanut RAST (Ujian Radio Allergosorbent ).
Peanut challenge (Jarang dilakukan kepada kanak-kanak).
Ujian-ujian ini dilakukan berlainan kepada individu mengikut
gejala yang diperiksa oleh doktor.
Apakah itu Anafilaksis?
Sebagian kanak-kanak mendapat tindak balas alahan yang serius
yang dinamakan anafilaksis.
Tindak balas ini berlaku secara tiba-tiba dan serius ke atas
kulit, paru-paru, usus, jantung dan saluran darah. Tindak balas
berlaku dengan cepat termasuk:
Merasa ketakutan yang amat sangat.
Muka menjadi kemerahan.
Kelopak mata, bibir dan lidah membengkak.
Tekak menjadi sempit.
Susah bernafas dan wheezing (nafas berbinyi).
Loya dan muntah.
Sakit perut.
Pening kepala.
Tekanan darah rendah.
Degupan jantung cepat.
Tindak balas yang teruk boleh menyebabkan koma dan kematian jika
tidak dirawat.
Bagaimana keadaan ini dirawat?
Untuk semua jenis alahan:
Dapatkan rawatan doktor secepat mungkin.
Ubat untuk merawat alahan termasuk:
Antihistamines.
Adrenaline.
Steroids.
Sila dapatkan nasihat doktor.
Bagaimana anafilaksis dirawat?
Anafilaksis adalah satu keadaan kecemasan.
Bawa anak anda ke klinik/hospital berdekatan dengan segera.
Guna EpiPen jika anda ada membawanya (EpiPen adalah Epinephrine
atau Adrenaline sejenis suntikan belum terdapat di Malaysia.
Dapatkan nasihat doktor jika perlu untuk pengisian semula).
Bagaimana keadaan ini dapat dielak?
Bagi mengelak alahan kekacang:
Ibu yang mempunyai sejarah alahan kekacang hendaklah mengelak
daripada mengambil kekacang semasa hamil.
Beri susu ibu sahaja sehingga anak berumur 6 bulan.
Jangan beri anak anda kekacang sehingga anak berumur 3 tahun
(bagi yang ada sejarah alahan kekacang).
Apa yang patut anda lakukan jika anak anda mengalami alahan
kekacang?
Jika anak anda alahan kekacang:
Elakkan semua jenis kacang untuknya.
Baca semua label makanan dengan teliti dan elakkan makanan yang
bercampur kacang.
Jangan berkongsi peralatan makan anak anda dengan orang
lain.
Simpan senarai pelan tindakan kecemasan jika alahan berlaku.
Bawa EpiPen (bersama anda atau anak anda ketika berlaku
kecemasan untuk disuntik).
Pakaikan gelang Medic Alert kepada anak anda.
Apakah ubat bagi mencegah alahan ini berlaku?
Ubat Monoclonal anti-IgE antibodi telah diguna pakai untuk
mengurangkan berlakunya alahan kekacang. Sila dapatkan nasihat
doktor untuk rawatan ini.
Apakah pengawasan yang perlu diketahui?
Berhati-hati memilih makanan yang tidak menyatakan kandungan
kacang.
Dapatkan nasihat pakar pemakanan sekiranya anda tidak pasti
kandungan sesuatu makanan.
Apabila anak anda tidak mengambil kacang, pastikan anak anda
mendapat zat makan secukupnya daripada sumber lain untuk
pembesaran.
Semakan akhir
:
26 April 2012
Penulis
:
Dato' Dr. Lim Nyok Ling
:
Dr. Lim Sern Chin
Penyemak
:
Dr. Tang Swee Ping