Cawangan untuk dihubungi: Pegawai Jualan untuk dihubungi: Tertakluk pada terma dan syarat. Sila rujuk pegawai kami untuk maklumat lanjut. Kadar Keuntungan adalah tepat pada masa cetakan dan kadar mungkin berubah. BERSAMA Merealisasikan Potensi Anda * Tertakluk pada Terma dan Syarat. ÆON Credit Service (M) Berhad (412767-V) www.aeoncredit.com.my Tempoh Pembayaran Maksimum Pembayaran Bulanan Minimum Pembiayaan Peribadi Maksimum 7 54 Tahun RM RM100,000 * * * MBD-PF-F01 Rev 2 Pembiayaan Peribadi 1. Pelanggan boleh memberi tujuh (7) hari notis bertulis terdahulu kepada ÆON Credit untuk menjelaskan jumlah baki yang tertunggak dengan membayar kepada ÆON Credit jumlah baki tertunggak tolak rebat seperti yang akan ditentukan dan dipersetujui oleh ÆON Credit di atas budi bicara tunggal mutlaknya. 2. “Tanpa menjejaskan mana-mana hak ÆON Credit”, sekiranya Pelanggan:- (a) memungkiri bayaran tepat pada masa bagi ansuran bulanan atau apa-apa jumlah yang kena dibayar atau perlu dibayar di bawah Perjanjian ini (sama ada dituntut atau tidak); (b) gagal untuk mematuhi dan melaksanakan mana-mana terma, syarat dan penetapan yang terkandung di sini; (c) sekiranya atas apa-apa alasan Perjanjian ini adalah atau menjadi tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan; (d) menjadi bankrap atau mempunyai perintah penerimaan yang dibuat terhadap beliau atau sekiranya penyelesai atau pemegang amanah dilantik bagi mana-mana bahagian dalam estet beliau atau sekiranya beliau telah membuat pengaturan dengan atau penyerahan hak bagi pemiutang beliau atau sekiranya distres atau pelaksanaan telah dilevikan ke atas harta Pelanggan atau mana-mana penghakiman terhadap Pelanggan kekal dan tidak dijelaskan selama lebih empat belas (14) hari; dan (e) menjadi tidak siuman atau meninggal dunia; maka ÆON Credit boleh memberi notis bertulis selama tujuh (7) hari melalui pos pra bayar kepada Pelanggan atau ditinggalkan di alamat terakhir Pelanggan yang diketahui untuk menamatkan Perjanjian ini bila mana keseluruhan Jumlah Baki akan dengan serta-merta menjadi perlu dibayar dan Pelanggan hendaklah membayar: (f) caj lewat ke atas Jumlah yang belum dijelaskan (sebelum penghakiman) sehingga keseluruhan Jumlah Baki telah dibayar sepenuhnya; (g) semua perbelanjaan dan caj-caj lain (termasuk kos peguamcara ÆON Credit) yang ditanggung oleh ÆON Credit dalam menguatkuasakan bayaran mana-mana jumlah perlu dibayar oleh Pelanggan kepada ÆON Credit. 3. ÆON Credit tidak akan menghantar sebarang penyata bulanan. Pelanggan hendaklah membuat bayaran setiap bulan tanpa peringatan. Di mana Pelanggan berhasrat untuk membuat bayaran melalui cara Kemudahan Autodebit, Pelanggan dengan ini secara tidak boleh batal membenarkan ÆON Credit untuk mengarahkan bank atau institusi kewangan Pelanggan untuk mendebitkan akaun Pelanggan bagi setiap ansuran bulanan tersebut. 4. Sekiranya nota janji hutang, instrumen boleh niaga atau perintah bank diberi oleh Pelanggan kepada ÆON Credit pada bila-bila masa berhubung dengan apa-apa wang dalam Perjanjian ini, Pelanggan secara tidak boleh batal membenarkan ÆON Credit untuk memasukkan di dalamnya tarikh-tarikh yang sesuai selaras dengan Perjanjian ini bila mana bayaran-bayaran menjadi kena dibayar di bawahnya. 5. Semua pembayaran mesti dibuat ke alamat ÆON Credit sebagaimana dinyatakan dalam Perjanjian ini atau ke alamat yang diluluskan buat sementara waktu dan/atau dimaklumkan oleh ÆON Credit secara bertulis dan sebarang bayaran yang dihantar melalui pos adalah atas risiko Pelanggan sehingga diterima oleh ÆON Credit di alamat yang diluluskan. Tiada bayaran melalui cek akan dianggap telah diterima sehingga telah dijelaskan. 6. Tiada masa atau kelonggaran lain yang diberikan oleh ÆON Credit kepada Pelanggan akan bertindak sebagai penepian hak-hak ÆON Credit (kecuali setakat yang dinyatakan oleh ÆON Credit secara bertulis) berhubung dengan mana-mana pelanggaran yang berlaku secara berterusan atau kemudiannya. 7. Sebarang tuntutan bagi bayaran kena dibayar termasuk Writ Saman dan/atau mana-mana notis yang perlu diberi berhubung dengan Perjanjian ini akan tanpa menjejaskan kepada mana-mana kaedah penyampaian lain dianggap sebagai telah disampaikan secara yang mencukupi kepada Pelanggan sekiranya ia diberi oleh ÆON Credit melalui pos pra bayar yang dialamatkan kepada Pelanggan pada alamat terakhir yang diketahui telah diberi oleh Pelanggan atau di alamat lain tertentu sebagaimana Pelanggan mungkin telah memaklumkan kepada ÆON Credit dengan memberikan notis secara bertulis sebagai alamat barunya dan dalam kes-kes sedemikian, ia akan dianggap sebagai telah diterima (sama ada ia berjaya dihantar atau tidak) oleh Pelanggan dalam masa empat puluh lapan (48) jam selepas masa pengeposan atau apabila notis sedemikian akan dalam perjalanan biasa telah dihantar kepada Pelanggan. 8. Pelanggan dengan ini bersetuju untuk membayar caj Auto-Debit perkhidmatan Auto-Debit dengan mendebit daripada akaun Pelanggan. Pelanggan selanjutnya faham bahawa caj-caj tersebut boleh berubah dari masa ke masa, sebagaimana di anggap wajar oleh Bank tanpa notis terdahulu kepada Pelanggan. 9. Sebarang Cukai Barangan dan Perkhidmatan dan lain-lain cukai yang seumpamanya perlu dibayar oleh Pelanggan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.aeonmalaysia.com.my 10. Pelanggan dengan ini secara mutlak membenarkan ÆON Credit untuk mendapat dan/atau menentusahkan sebarang maklumat mengenai Pelanggan daripada mana-mana sumber sebagaimana ÆON Credit mungkin mengikut budi bicara mutlaknya yang dianggap wajar termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana agensi maklumat kredit, institusi kewangan dan Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pelanggan dengan ini selanjutnya secara mutlak membenarkan ÆON Credit untuk melepaskan sebarang maklumat kepada Pelanggan dan/atau Perjanjian kepada penasihatnya,peguamcara, juruaudit, agensi maklumat kredit dan rakan niaga bagi tujuan pemasaran dan promosi sepertimana ÆON Credit anggap wajar. 11.Perjanjian ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia. 12.Masa di mana dinyatakan akan menjadi perkara penting Perjanjian ini. 13.Semua kos dan perbelanjaan sampingan kepada Perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh Pelanggan. 14.ÆON Credit adalah secara mutlak berhak untuk menyerah hak manfaat Perjanjian ini. 15.Di mana Perjanjian ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa lain selain daripada Bahasa Inggeris, jika berlaku konflik, percanggahan atau perbezaan di antara terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa (bahasa-bahasa) lain, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi bahasa lain. 16.Dalam Perjanjian ini melainkan terdapat sesuatu dalam subjek atau konteks yang tidak konsisten dengan pentakrifan tersebut atau melainkan secara nyata diperuntukkan sebaliknya, perkataan yang terpakai kepada orang biasa termasuk mana-mana badan atau orang, syarikat, perbadanan, firma atau perkongsian diperbadankan atau tidak diperbadankan, perkataan yang membawa maksud satu termasuk bilangan majmuk dan sebaliknya dan perkataan yang bermaksud gender maskulin termasuk gender feminin dan neuter. TERMA DAN SYARAT PEMBIAYAAN PERIBADI ÆON i-CASH