Petua Penulisan Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah UPSR
Jenis-Jenis Karangan Karangan Berformat: 1. Jenis Surat Kiriman
Rasmi2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi3. Karangan jenis Ucapan4.
Karangan jenis Syarahan5. Karangan jenis Dialog / Temuramah /
Perbualan / Wawancara6. Karangan jenis Berita7. Karangan jenis
Catatan Diari8. Karangan jenis Laporan9. Karangan jenis
Perbahasan10. Kad JemputanJenis-Jenis Karangan Tidak Berformat1.
Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata2. Karangan Jenis
Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi3. Karangan Jenis Fakta /
Penerangan4. Karangan Jenis Perbincangan5. Karangan Jenis
Melengkapkan Cerita6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi7.
Karangan Jenis PeribahasaPANDUAN MENGARANG / MENULIS
Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan
memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita
fikirkanlah pula tentang : A. PengenalanB. Isi-isi danC. PenutupA.
PengenalanSetiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau
pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu
perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita
hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan
itu.
Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga
atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan
kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu
pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih
daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda:Cara terbaik
mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda.
Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama
ada menerusi logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti
buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi fakta.
Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah: Apa? Siapa?
Bila? Mengapa? Di mana? Bagaimana?C. PenutupKalau pengenalan dapat
mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan
tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan
kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau
akhiran sesuatu karangan.
Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas
tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan
karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga
adalah penting dalam tiap-tiap karanganB. IsiIsi hendaklah mengikut
kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi.
Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan
masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara
satu dengan lain.
Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama
didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika
isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak
semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih
panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama
yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang
daripada perenggan yang lain.
Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki.
Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan
hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk
mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca
surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana,
buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari
pengalaman sendiri.
Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi
dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis
KEMAHIRAN MENULIS
KONSEP KEMAHIRAN MENULIS Don Bryne (1979) menyatakan bahawa
simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau
gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita
buat semasa kita bercakap. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;
(a) menggunakan pelbagai jenis ayat (b) mencatat dan menyusun
maklumat (c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif (d)
membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan
dibaca.
KONSEP KEMAHIRAN MENULIS Kemahiran menulis merujuk kepada
keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea
melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam
kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis,
tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas,
cantik dan kemas.
KONSEP KEMAHIRAN MENULIS Menulis melibatkan murid-murid supaya
berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan
dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai
struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan
menulis kesimpulan.
RUMUSAN KEMAHIRAN MENULIS Merupakan keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman
peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis,
tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik
dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka
untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan
penulisan imaginatif.
MATLAMAT KEMAHIRAN MENULIS Supaya sesuatu idea, maklumat,
pendapat dan ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan tepat, jelas
dan berkesan. Meluaskan pengetahuan, pengalaman dan perhubungan.
Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan
perasaan.
TUJUAN MENULIS Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah
secara amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat
mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang
sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu. Melatih
murid-murid melahirkan idea. Melatih murid menghujah dan
mengembangkan idea Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam
bentuk pemerengganan yang betul Melatih murid menggunakan bentuk
penggunaan bahasa yang betul berdasarkan jenis karangan
tertentu.
TUJUAN MENULIS Melatih murid-murid menggunakan format karangan
yang betul Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi
sebenar sehari-hari Menyiapkan murid menghadapi peperiksaan.
Menyuburkan minat Meluaskan kosa kata Memberikan kepuasan jiwa.
PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS Kemahiran menulis merupakan
keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea
melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul,
serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan
menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan
imaginatif. Peringkat- peringkat kemahiran menulis terdiri daripada
:
PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS Peringkat Pramenulis Peringkat
Mekanis Peringkat Pelahiran
PERINGKAT MENULIS1. Peringkat Pramenulis Murid disediakan dengan
aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas
dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan
mata diberikan kepada murid. Berikut ialah contoh aktiviti
pramenulis: Menulis dari kiri ke kanan Latihan mewarnakan dari kiri
ke kanan. Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir,
lantai tanpa menggunakan alat tulis.
PERINGKAT MENULIS1. Peringkat Pramenulis Menyambung titik
Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang
dilakukan secara bebas. Latihan membentuk garisan lurus Latihan
melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat. Membuat
pelbagai jenis garisan atau bentuk Melukis gambar
PERINGKAT MENULIS1. Peringkat Pramenulis Strategi Pengajaran
Pratulisan a. Latihan pergerakan tangan b. Latihan pergerakan mata
c. Latihan kordinasi tangan dan mata
PERINGKAT MENULIS 2. Peringkat Mekanis Selepas murid-murid
melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat
mekanis. Pada peringkat ini, murid diajar menguasai kemahiran
membentuk huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai
kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Untuk
membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh
menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut: Latihan menulis
bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis.
Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada
bentuk-bentuk huruf tertentu.
PERINGKAT MENULIS2. Peringkat Mekanis Latihan menekap huruf
mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang.
Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk
garis putus-putus. Latihan menulis huruf dalam suku kata. Latihan
melengkapkan huruf pada perkataan bergambar. Latihan menamakan
gambar-gambar. Latihan menyalin frasa atau ayat. Latihan menyalin
ayat daripada buku
PERINGKAT MENULIS 2. Peringkat Mekanis Strategi Pengajaran a.
Mengajar tulisan tangan b. Mengajar ejaan
PERINGKAT MENULIS3. Peringkat Pelahiran (Mengarang) Pada
peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran
seperti kemahiran mendengar, bertutur membaca dan mengeja. Mereka
sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan. Anda boleh memulakan
pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan
terkawal, berpandu, separa terkawal,dan separa berpandu. Kemudian
mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.
PERINGKAT MENULIS3. Peringkat Pelahiran (Mengarang) Pada
peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat
tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa
yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan
yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan
mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah
dipelajari.
CONTOH AKTIVITI MENULIS Ejaan Imlak / Rencana Menulis jawapan
pemahaman Menulis karangan Menulis ayat berdasarkan gambar Membina
ayat Memanjangkan ayat Menulis rencana Mengisi silang kata
Melengkapkan ayat
EJAAN Melibatkan proses perkembangan mental dan pembinaan konsep
Tujuan ejaan untuk melatih murid mendengar dan menulis dengan
tepat, meningkatkan pemahaman makna perkataan dan perbendaharaan
kata murid Aktiviti ejaan; menulis perkataan, rangkai kata, ayat
dari sebutan, gambar, pita rakaman; membetulkan kesalahan ejaan dan
kenal pasti ejaan yang salah dari petikan
CARA PENGAJARAN EJAAN Pilih perkataan yang sesuai dengan
kemampuan murid Perkataan itu pernah dipelajari Jumlah ejaan tidak
terlalu banyak Dijalankan selepas aktiviti bacaan Guru menyebut
murid mengeja Disemak bersama
IMLAK Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau
diperdengarkan Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf,
mengeja, menggunakan tanda bacaan dan perbendaharaan kata Petikan
perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa, kandungan, dan kosa
kata Pastikan tempat hentian bacaan Petikan perlu dibaca dengan
jelas
CARA PENGAJARAN IMLAK Berikan petikan teks dan minta murid baca
Guru memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkan Guru menyebut
perkataan secara lisan atau rakaman dan murid menulis Aspek yang
dinilai seperti ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf
dan tanda baca Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca
JENIS-JENIS PENULISAN Penulisan boleh dibahagi kepada lima
kategori, iaitu a. karangan, b. penulisan ringkas, c. penulisan
untuk majlis rasmi, d. surat dan e. penulisan untuk papan
kenyataan.
JENIS PENULISAN KARANGAN Terkawal Karangan yang disediakan oleh
guru. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam Karangan
Terkawal ditentukan oleh guru, bertujuan untuk mengurangkan
kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid
mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.
Contoh : (vii)Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai
dalam karangan yang disediakan. (ii) Menyusun ayat-ayat yang
disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan
lengkap.
JENIS PENULISAN KARANGAN Separa Terkawal Karangan Separa
Terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid
diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat
pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan. Contoh :
(viii)Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan
perkataanperkataan lain yang telah disediakan.
JENIS PENULISAN KARANGAN1. Berpandu Karangan berpandu ialah satu
penulisan karangan berdasarkan panduan guru. Contoh: (ii) Menulis
semula cerita/petikan yang dibaca. (iii) Menulis karanagn
berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk. (iv)
Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada
karangan penceritaan atau sebaliknya.
JENIS PENULISAN KARANGAN2. Separa Berpandu Karangan ini
merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat
atau panduan guru. Contoh : (i)Menulis semula cerita yang
diperdengarkan. (ii) Menyudahkan cerita. (iii) Menulis karangan
berdasarkan gambar bersiri atau tunggal. (iv) Menulis karangan
daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan. (v) Menulis
karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan.
JENIS PENULISAN KARANGAN3. Bebas Jenis karangan ini memberi
kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk
yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk
karangan bebas seperti berikut : Naratif: cerita, berita, laporan,
rencana, ulasan. Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.
Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan. Kreatif: puisi,
cerpen, drama Imaginatif: pengalaman.
PERANCANGAN PENGAJARAN MENGARANG Pengajaran mengarang memerlukan
perancangan berdasarkan objektif yang ditentukanoleh guru. Selain
itu, pengajaran mengarang juga mengambil kira aspek aktiviti
peringkat pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang.
Murid perlu diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum mereka
benar-benar terlibat dalam aktiviti mengarang yang serius.
OBJEKTIF MENGARANG Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah
seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah. Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran
yang hendak dikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu.
Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk: Melatih
murid-murid melahirkan idea Melatih murid-murid menghujah dan
mengembangkan idea Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam
bentuk pemerengganan yang betul Melatih murid-murid menggunakan
bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis
karangan tertentu. Melatih murid-murid menggunakan format karangan
yang betul Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi
sebenar sehari- hari
PERINGKAT PENGAJARAN MENGARANG Melibatkan aktivit-aktiviti pra
mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang. 1. Pra mengarang
(i) Berbincang untuk menentukan format (ii) Berbincang untuk
menentukan isi (iii) Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak,
internet dan bahan elektronik yang lain (iv) Membuat peta minda
atau carta alaira cerita (v) Menentukan watak (vi) Menyaring bahan
(vii) Menulis draf
PERINGKAT PENGAJARAN MENGARANG 2. Semasa mengarang
(iii)Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan (ii)
Menentukan format (iii) Mengambil kira aspek penghuraian yang
melibatkan kosa kata, sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan
(termasuk bentuk huruf) dan wacana. (iv) Mengambil kira aspek
kohesi dan koherens 3. Pasca mengarang (i) Menyemak karangan (ii)
Melakukan pembetulan (iii) Membuat penambahan sekiranya perlu (iv)
Menghantar karangan
PERINGKAT PENGAJARAN MENGARANG 3. Pasca Mengarang (i) Menyemak
karangan (ii) Melakukan pembetulan (iii) Membuat penambahan
sekiranya perlu (iv) Menghantar karangan
MEMBINA BAHAN SUMBER PENGAJARAN MENULIS Bahan sumber daripada
internet Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada
internet. Bahanbahan berkenaan disimpan dalam folder. Bahan-bahan
berkenaan boleh dipancar tayang dengan menggunakan projektor LCD
semasa di dalam bilik darjah. Murid-murid berbincang dan
berinteraksi dengan bahan yang berkenaan sebagai persediaan
mendapatkan idea untuk menulis karangan. Bahan sumber digital Guru
menyediakan bahan yang disediakan sendiri, bahan yang diimbas
dengan mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang diturun muat
daripada cakra digital untuk dibakar. Cakra padat CD rom
berinformasi itu kemudian boleh digunakan oleh guru dalam
pengajaran karangan mereka. Bahan audio dan audio visual Di ambil
daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk
digunakan olehmurid-murid sebagai bahan rangsangan.
MEMBINA BAHAN SUMBER PENGAJARAN MENULIS Bahan audio dan audio
visual Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan
diedit untuk digunakan oleh murid- murid sebagai bahan rangsangan
Gambar-gambar Dalam bentuk gambar tuggal, gambar bersiri, atau
gambar foto yang diambil dengan menggunakan kamera Filem Filem
jalur atau filem slaid.
CIRI BAHAN SUMBER YANG BAIK Sesuai dengan bilangan murid-murid
di dalam kelas dan cara pengelolaan kelas guru semasa mengajar.
Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan
pralatan ICT. Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid menggunakan
bahan berkenaan terutama sekiranya melibatkan bahan-bahan
berteknologi digital dan elektronik.
CIRI BAHAN SUMBER YANG BAIK Mengambil kira kebolehupayaan guru
untuk mengendalikan bahan yang disediakan sendiri. Sesuai dengan
peringkat umur murid-murid dan perlu juga diambil faktor
keselamatan murid-murid. Sesuai dengan latar belakang agama dan
kepercayaan murid-murid yang berbilang bangsa Sesuai dengan
objektif pengajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh guru
Hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 70 peratus dalam langkah
pengajaran, terutama sekiranya bahan berkenaan mengambil masa dan
menggunakan kos yang tinggi dalam mengadakannya.
PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG Kemahiran mengarang boleh
diajarkan secara berperingkat- peringkat. Untuk mencapai objektif
kemahiran yang hendak dicapai, pengajaran karangan boleh diajarkan
dengan menggunakan pendekatan tertentu seperti: 1. Terkawal 2.
Berpandu 3. Bebas 4. Proses 5. Komunikatif 6. Pengalaman Bahasa
PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 1. Pendekatan Terkawal
Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi
membantu murid-murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka
biasa dengan struktur karangan. Selain itu, pendekatan ini dapat
mengelakkan murid-murid daripada melakukan kesalahan baik dari segi
bahasa mahu pun dari segi isi. Murid-murid menulis karangan dengan
berpandukan sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru.
Contoh aktiviti: 1. mengisi tempat kosong dengan menggunakan
perkataan- perkataan yang telah disediakan terlebih dahulu..
2.menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat
sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap 3.menyusun bahagian
pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk membentuk
sebuah karangan yang lengkap bersturuktur
PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG2. Pendekatan Berpandu Isi
karangan telah diberikan oleh guru Murid membina ayat berdasarkan
perkataan atau rangkai kata yang telah diberikan oleh guru.
Murid-murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan
mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan. Kad imbasan dan kad
perkataan digunakan bagi membantu murid-murid. Murid mengolah isi
berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang telah
diberikan oleh guru Kesalahan yang minima dapat dielakkan daripada
dilakukan oleh murid Latihan memadankan ayat boleh diberikan
terlebih dahulu kepada murid Murid-murid yang pandai diberikan aras
latihan yang lebih mencabar. Penulisan karangan boleh dilakukan
dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam bentuk wacana yang
lengkap.
PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG3. Pendekatan Bebas Sesuai untuk
kumpulan murid yang sudah menguasai aspek penulisan dengan baik.
Murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru
Murid-murid mencari isi karangan sendiri Murid-murid menyusun isi
dan membuat rangka karangan Guru memberikan beberapa perkataan
ataua rangkai kata tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi
pengolahan. Penggunaan peribahasa digalakkan.
PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG4. Pendekatan Proses Tidak
memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh
murid-murid. Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang
diberikan oleh guru Boleh dilakukan secara berkumpulan atau
individu Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio
Bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian dengan
tajuk karangan yang diberikan Penggunaan sumber bahan berasaskan
ICT adalah sangat digalakkan.
PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 4. Pendekatan Proses Bahan yang
tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk digunakan
kepada tajuk karangan yang lain. Aktiviti Pengajaran: Murid-murid
menyusun isi Dalam peringkat menyusun isi, murid berbincang dengan
guru. Isi yang telah disusun, ditulis dalam bentuk rangka karangan
Rangka karangan yang telah mantap, ditulis dalam bentuk penulisan
yang lengkap. Murid-murid mengedit karangan yang telah disiapkan
dan melakukan pembetulan. Setelah siap dan lengkap, karangan
dihantar kepada guru untuk dinilai.
PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 4. Pendekatan Proses Peringkat
Pengajaran a. Penentuan tajuk dan pengumpulan maklumat b. Penulisan
draf c. Penyemakan pertama d. Penyemakan kedua e. Penulisan draf
akhir f. Persembahan
PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 5. Pendekatan Komunikatif
Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat
perhubungan Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang
berkesan dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek
penstrukturan karangan Murid-murid diberikan latihan mengemukakan
pendapat mereka tentang sesuatu idea. Murid-murid diminta bercerita
tentang sesuatu dalam konteks perbincangan yang autentik Bentuk
penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan sesuatu
kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar. Penggunaan
bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat membantu
murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.
PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG 6. Pendekatan Pengalaman Bahasa
Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang dipilih
Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita
Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan
disebut dalam perbincangan oleh guru Murid-murid diminta membina
ayat berdasarkan berdasarkan idea yang mereka berikan Setelah
selesai, guru membimbing murid memberi tajuk cerita
PENDEKATAN PENGAJARAN MENGARANG6. Pendekatan Pengalaman Bahasa
Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis Setelah cerita
selesai Guru membaca secara nyaring, murid mendengar Murid menyalin
teks yang telah ditulis oleh guru Murid menggariskan perkataan yang
mereka tahu Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan yang
mereka tahu dalam situasi
MASALAH PENGAJARAN MENGARANG Terdapat banyak masalah yang
berhubung kait dengan pengajaran menulis
PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN )1. Lazimnya , dalam ujian
penulisan Bahasa Melayu adik-adik dikehendaki menulis dua buah
karangan, iaitu soalan satu dan soalan dua.2. Dalam soalan 1,
adik-adik diberi dua tajuk karangan , oleh itu pilihlah salah satu
daripada dua tajuk tersebut sama ada soalan 1(a) atau soalan 1(b).
Soalan 2 tiada pilihan dan merupakan soalan wajib.3. Masa yang
diperuntukkan untuk menjawab kedua-dua soalan itu ialah satu jam.4.
Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang
daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Jenis-Jenis Karangan Karangan Berformat:1. Jenis Surat Kiriman
Rasmi2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi3. Karangan jenis Ucapan4.
Karangan jenis Syarahan5. Karangan jenis Dialog / Temuramah /
Perbualan / Wawancara6. Karangan jenis Berita7. Karangan jenis
Catatan Diari8. Karangan jenis Laporan9. Karangan jenis
Perbahasan10. Kad Jemputan
Jenis-Jenis Karangan Tidak Berformat1. Karangan Rangsangan
Bergambar / Rangsangan Kata2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita /
Gambaran / Situasi3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan4. Karangan
Jenis Perbincangan5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita6. Karangan
Jenis Autobiografi / Biografi7. Karangan Jenis Peribahasa
TUJUAN ANDA MENGARANG menguji kefahaman anda mengenai tajuk
karangan itu. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda
menarik minat pembaca. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea
anda. menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.
PANDUAN MENGARANG / MENULIS
Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan
memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita
fikirkanlah pula tentang :A. PengenalanB. Isi-isi danC. Penutup
A. PengenalanSetiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau
pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu
perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita
hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan
itu.
Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga
atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan
kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu
pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih
daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
B. IsiIsi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu.
Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa
tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun
dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain.
Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama
didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika
isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak
semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih
panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama
yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang
daripada perenggan yang lain.
Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki.
Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan
hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk
mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca
surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana,
buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari
pengalaman sendiri.
Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi
dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.
Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda:Cara terbaik
mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda.
Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama
ada menerusi logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti
buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi fakta.
Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah: Apa? Siapa?
Bila? Mengapa? Di mana? Bagaimana?
C. PenutupKalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat
pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga
hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang
menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.
Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas
tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan
karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga
adalah penting dalam tiap-tiap karangan.
CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS
1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :
a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2 Baca
dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi. Fahami bentuk soalan
sama ada jenis berformat atau tidak berformat. Kamu mesti memilih
soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai Memahami benar-benar
kata kunci atau kehendak soalan
Bagaimana hendak memahami kehendak soalan supaya tidak terkeluar
daripada tajuk?
Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti
contoh-contoh di bawah:
CONTOH 1:Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan
sebuah karangan mengenainya.
CONTOH 2:Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan
laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen: Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi
formatnya berbeza. Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala
soalan 2 berformat.
Tips: Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan
perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini
mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada
tajuk sebenar.
b. Menyusun rangka karangan Pilih mana-mana kaedah yang mudah
bagi anda mencari isi Senaraikan semua isi penting secara ringkas
yang mungkin. Susun isi mengikut urutan kepentingannya. Masukkan
huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
Isi penting jangan diulang-ulang
c. Menulis karangan Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan
menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan. Setiap isi yang
dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan
contohnya. Bahagian-bahagian karangan yang ideal:1. Perenggan
Pendahuluan2. Perenggan isi pertama dengan contoh berkaitan isi
pertama3. Perenggan isi kedua dengan contoh berkaitan isi kedua4.
Perenggan isi ketiga dengan contoh berkaitan isi ketiga5. Perenggan
isi keempat dengan contoh berkaitan isi keempat6. Perenggan Penutup
Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga
kekemasan tulisan.
d. Menyemak karangan Setelah habis menulis karangan kamu perlu
menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas,
kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang
salah dan aspek tatabahasa yang lain. Baca berulang kali bagi
memastikan ketepatan karangan kamu.
e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan 4 minit
mencari isi 24 minit menulis karangan 2 minit menyemak semula
karangan Jumlah = 30 minitTips Pengurusan Masa: Jika tidak faham
soalan satu, cubalah jawab soalan lain Kamu mesti menepati masa
yang ditetapkan. Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab
satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada
soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua
soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.
Tips Menulis Ayat: Ayat biarlah ringkas tetapi padat. Kamu
digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding
yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada
kesalahan tatabahasa. Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi
yang telah disenaraikan. Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4
atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.
Panduan Menulis Dialog: Bagaimana hendak menulis dialog dengan
baik?Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog
dalam karangan anda. Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini
mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh:
Contoh Penulisan Dialog Yang Bagus
"Kamu baru pulang ?"
"Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu
kepulangan saya."
"Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.
Contoh Penulisan Dialog Yang Teruk
"Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu
Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu,"
luah Jamal, lembut.
PETUA BILA MENULIS KARANGAN Perlu memahami betul-betul kehendak
soalan. Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran,
kemudian susun mengikut mana yang lebih penting. Tuliskan karangan
berdasarkan rangka yang kamu sediakan. Karangan mestilah mempunyai
pendahuluan, isi-isi dan penutup. Bagi karangan meminta fakta,
sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima
isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi. Gunakan ayat yang
pendek dan bahasa yang mudah.
PEMARKAHAN PENULISAN
A. Pemberian Markah
Soalan 1 = 25 markahSoalan 2 = 25 markahSoalan 1 + Soalan 2 = 50
markahJumlah keseluruhan = 50 X 2 = 100 markah
1. Penilaian aspek isi ( 10 markah )
Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting:Setiap isi
memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai. Huraian isi
perlu jelas dan tepat. Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian
dengan isi atau tema yang hendak ditulis.2 markah x 4 isi yang
lengkap = 8 markah1 markah pendahuluan = 1 markah1 markah penutup =
1 markahJumlah markah isi = 10 markah
2. Penilaian aspek Bahasa ( 15 markah )
Aspek bahasa terbahagia. Perbendaharaan kata = 3 markahb.
Struktur ayat = 3 markahc. Imbuhan = 3 markahd. Tanda baca = 3
markahe. Ejaan = 3 markah
Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 + 10 = 25 markah
untuk satu soalan. Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang
dapat disampaikan dengan baik iaitu pengolahannya menarik dan
sangat berkesan. 1 markah diberi untuk satu-satu isi yang
pengolahannya kurang menarik. Maksudnya tidak dapat markah penuh.
markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah. Penulisan
yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga mempengaruhi
markah. Pembahagian markah adalah sama banyak bagi kedua-dua soalan
tersebut. Adik-adik mesti menjawab kedua-dua soalan untuk lulus
dengan gred yang baik.
* Peringatan: Karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak
melebihi 5 markah daripada 25 markah. Ini bermakna walau baik
sekali pun karangan tersebut , jika terpesong, markah tertinggi
hanyalah 5 markah sahaja. Isi yang berunsur negatif tidak akan
diberi markah. ( ukuran nilai ialah yang berteraskan budaya Melayu
/ Islam )
Tahukah kamu?1. Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk
karangan yang mempunyai susunan isi dan jalinan idea yang baik.2.
Kata aluan dan ucap terima kasih bagi karangan berbentuk surat
kiriman dan ucapan adalah dikira sebagai format.3. Markah tambahan
juga mungkin akan diberikan bagi karangan yang bertulisan
cantik.
B. Potong Markah: Perkara yang perlu dielakkan semasa menulis
karangan.
1. Bilangan perkataan tidak mencukupi: kurang daripada 40
perkataan ( markah penuh tidak melebihi 10 ) 41 hingga 50 patah (
tolak 3 markah ) 51 hingga 60 patah ( tolak 2 markah ) 61 hingga 70
patah ( tolak 1 markah )
2. Bagi setiap satu kesalahan: imbuhan tolak markah tanda baca
tolak markah ejaan tolak markah
3. Karangan yang terpesong langsung: markah yang diperolehi
tidak melebihi 10 markah
4. Format: salah format tolak 3 markah daripada jumlah markah
(markah keseluruhan) yang diperolehi untuk soalan itu.
Contoh pemotongan markah surat kiriman: tiada alamat = tolak 1
tiada nama pengirim = tolak 1 tiada tanda tangan = tolak 1 tiada
tarikh tolak = tiada kata panggilan hormat = tolak 1 tiada ucapan
terima kasih = tolak 1 Salah letak format = tolak tiada tajuk bagi
surat rasmi = tolak
Tahukah kamu ? Kesalahan yang melebihi enam (6) kali bermakna
anda tidak mendapat sebarang markah, (0 markah) bagi setiap satu
aspek tatabahasa. Tiada potongan bagi kesalahan ejaan yang
berulang. Potongan keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa
tidak lebih daripada 3 markah.
TANDA MEMERIKSA
isi
salah guna perkataan _____________________
kesalahan struktur ayat /\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\
kesalahan ejaan /
kesalahan ejaan yang berulang //
tanda yang tertinggal /
kesalahan imbuhan
kesalahan tanda baca O
isi yang tidak berkaitan ( )
Tips : Cara membilang perkataanNama khas yang terdiri daripada
beberapa patah perkataan dikira sebagai satu perkataan saja contoh
'Bahasa Melayu Tahun Enam'
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN
KARANGAN BAHASA MELAYU?
1. Baca semua soalan yang diberi: Fahami arahan kehendak soalan.
Kenal pasti format yang perlu digunakan. Karangan yang tidak
terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang
ditetapkan.
2. Guna isi yang berlainan: susun isi secara berturutan letak
isi mengikut perenggan memberi huraian yang tepat kepada isi.
sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni.
3. Penggunaan perkataan yang pelbagai: ada menggunakan perkataan
yang terkini elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap
penggunaan perkataan teknikal dengan tepat elak perkataan dialek
atau daerah yang tidak diterima.
4. Susun ayat dengan kemas: elak pengaruh struktur ayat
percakapan daerah / dialek guna ayat yang pendek tetapi lengkap
kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik
5. Penggunaan tanda baca pada tempat yang betul: gunakan tanda
baca pada tempat yang diperlukan gunakan huruf kecil dan huruf
besar pada tempatnya.
6. Dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan: dapat
membezakan imbuhan an dan kan guna imbuhan yang pelbagai - awalan /
akhiran / sisipan / apitan ( sekurang-kurangnya 5 imbuhan yang
berbagai jenis )
7. Tulis mengikut ejaan yang betul: elak mengikut sebutan dialek
/ daerah elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk
tulisan
Tahukah kamu ?Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan
ejaan yang disatukan. (contoh keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain
)
PUNCA-PUNCA PENULISAN KARANGAN MENJADI LEMAH DAN DIPOTONG
MARKAH
A. Kesalahan memilih tajuk Kesalahan memilih tajuk biasanya
berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh
soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan
karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.
B. Kekurangan isi Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon
menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh
menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku
kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.
C. Pembahagian perenggan Ada calon meletakkan beberapa isi dalam
satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai
secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk
satu karangan!
D. Tidak merangka karangan Ada calon yang terus menulis tanpa
mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka bererti
calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak
kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak
berturutan. Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon
yang menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di
fikiran ).
E. Kesalahan tatabahasa Calon perlu tahu , penguasaan bahasa
terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat A. Pada
tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi
timbul. Masih ada calon yang tidak dapat membezakan antara "pada"
dengan "di", "dari" dengan "daripada", "bila" dengan "apabila" dan
pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul.
Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk
karangannya.
F. Kesuntukan masa Masa membina karangan sangat terhad.
Pengurusan masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka
akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa
untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak
sempat ditulis. Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab
satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah penuh. Tetapi
tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50
% ( C ) sahaja.
G. Kesalahan lain Tidak mengikut jumlah perkataan yang
ditetapkan. Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.
Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung /
bahasa Kelantan / bahasa Utara / bahasa Jawa / bahasa Bugis /
bahasa SMS )
Di bawah ini adalah contoh kesalahan tatabahasa dan
pembetulannya.
A. Penggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu Ayat. SALAH:
Selepas mandi Yusri bersarapan, selepas itu dia memakai baju,
selepas itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal.
BETUL: Selepas mandi, Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian
Yusri pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.
B. Salah Menggunakan Perkataan
dari dan daripada
SALAH: Kain batik itu datang daripada Terengganu.BETUL: Kain
batik itu datang dari Terengganu.
Nota Cikgu Amiene Rev: Perkataan 'dari' digunakan untuk
tempat.
SALAH: Saya baru terima surat itu dari kakak.BETUL: Saya baru
terima surat itu daripada kakak.
Nota Cikgu Amiene Rev: Perkataan 'daripada' digunakan untuk
orang.
untuk , supaya dan selama SALAH: Jenna Bush pergi ke pasar untuk
membeli sayur. BETUL: Jenna Bush pergi ke pasar membeli sayur.
SALAH: Steve McNair menjerit untuk meminta tolong. BETUL: Steve
McNair menjerit meminta tolong. SALAH: Rihanna bercita-cita untuk
menjadi doktor. BETUL: Rihanna bercita-cita hendak menjadi doktor.
SALAH: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam
ujian. BETUL: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh supaya
lulus dalam ujian. SALAH: Kami akan tinggal untuk dua minggu.
BETUL: Kami akan tinggal selamadua minggu. SALAH: Ujian mata
pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuksatu jam. BETUL: Ujian
mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam.
adalah dan ialah BETUL: Adalahdengan hormatnya dimaklumkan .
SALAH: Denganhormatnya dimaklumkan . BETUL: Tuduhan itu adalah
fitnah belaka. SALAH: Tuduhan itu fitnah belaka. SALAH: Keperluan
asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian. BETUL:
Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.
bila dan apabila SALAH: Zainal pun bangun bila namanya
dipanggil. BETUL: Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil.
SALAH: Bila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu. BETUL:
Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.
ramai, banyak, semua dan para SALAH: Ramai murid-murid menonton
pertandingan bola sepak itu. BETUL: Ramai murid menonton
pertandingan bola sepak itu. SALAH: Banyak pakaian-pakaian terpakai
dijual oleh Ali. BETUL: Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali.
SALAH: Semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.
BETUL: Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.
SALAH: Para-para jemputan dipersilakan masuk ke dewan. BETUL: Para
jemputan dipersilakan masuk ke dewan. SALAH: Guru Besar tampil ke
hadapan untuk menyampaikan hadiah-hadiah pemenang-pemenang. BETUL:
Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah
pemenang-pemenang.
yang dan bahawa SALAH: Hasri memberitahu yang dia tidak dapat
hadir ke sekolah. BETUL: Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat
hadir ke sekolah. SALAH: Mereka memberitahu yang tindakan itu tidak
adil. BETUL: Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.
kata ganti nama SALAH: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja
sini. BETUL: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini. SALAH:
Entah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung. BETUL:
Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.
kata ganti "dia" dan "ia"
Nota : kata ganti "dia" ialah kata ganti nama untuk manusia
sahaja. Kata ganti nama "ia" ialah untuk binatang, benda, pokok
masalah dan sebagainya. SALAH: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur.
Dia dijaga dengan rapi oleh Sani. BETUL: Pokok bunga itu tumbuh
dengan subur. Ia dijaga dengan rapi oleh Sani. SALAH: Perut Rosli
memulas. Ia memulas sejak malam tadi lagi. BETUL: Perut Rosli
memulas sejak malam tadi lagi.
apa, mana dan bagaimana SALAH: Baju apa yang kamu pakai ? BETUL:
Baju mana yang kamu pakai ? SALAH: Mana katanya betul belaka.
BETUL: Apa katanya betul belaka. SALAH: Apa pendapat tuan mengenai
soal itu ? BETUL: Bagaimana pendapat tuan mengenai soal itu ?
penjodoh bilangan SALAH: Ibunya seorangyang baik hati. BETUL:
Ibunya baik hati. SALAH: Amran pulang ke rumah dengan sebuah bas
sekolah. BETUL: Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah.
Pada dan kepada
SALAH: Beri surat ini pada Hasrul.BETUL: Beri surat ini kepada
Hasrul.
Nota Cikgu Amiene Rev: Gunakan perkataan 'kepada' untuk
orang.
Di dan pada
SALAH: Di masa rehat saya ke kantin.BETUL: Pada masa rehat saya
ke kantin.
Nota Cikgu Amiene Rev: Perkataan 'pada' mewakili masa.
C. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)
SALAH: Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke
pasar. BETUL: Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut
emak ke pasar. SALAH: Semua kuih di atas meja itu telah dimakan
oleh saya. BETUL: Semua kuih di atas meja itu telah saya makan.
SALAH: Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi
ke sekolah BETUL: Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan.
Kemudian, saya pergi ke sekolah. SALAH: Mamat kelihatan muram
ibunya meninggal dunia BETUL: Mamat kelihatan muram semenjak ibunya
meninggal dunia. SALAH: Saya tidak akan melupai peristiwa itu
sampai selama-lamanya. BETUL: Saya tidak akan melupai peristiwa itu
sampai bila-bila. SALAH: Apakah nama kamu? BETUL: Siapakah nama
kamu?
D. Tanda baca
Menggunakan tanda baca pada tempat yang salah SALAH: Rahman
pandai bermain pelbagai alat muzik, gitar, piano dan, dram. BETUL:
Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik; gitar, piano, dan
dram.
tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul SALAH:
Jangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak, jerit polis
kepada perompak itu. BETUL: "Jangan bergerak! Kalau bergerak kamu
akan ditembak," jerit polis kepada perompak itu.
Penggunaan huruf kecil / besar tidak pada tempat SALAH: Siapakah
pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harian itu?
BETUL: Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan anjuran Berita
Harian itu? SALAH: Jarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5
Kilometer. BETUL: Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5
kilometer.
E. Imbuhan
Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan "di" dan
"ke" SALAH: Masukkan buku ini didalam beg. BETUL: Masukkan buku ini
ke dalam beg. SALAH: Semua murid di kehendaki beratur dipadang
sebelum masuk ke dewan. BETUL: Semua murid dikehendaki beratur di
padang sebelum masuk ke dewan.
Tidak dapat membezakan imbuhan "an dan "kan" SALAH: Masakkan ibu
sungguh lazat. BETUL: Masakan ibu sungguh lazat. SALAH: Masukan
buku ini ke dalam almari. BETUL: Masukkan buku ini ke dalam
almari.
Lain-lain kesalahan SALAH: Kejayaan Najib membanggakan dan
mengembirakan ibu bapanya. BETUL: Kejayaan Najib membangga dan
menggembirakan ibu bapanya. SALAH: Pasar Besar Jertih mempunyai
tempat meletak kereta yang menyelesa. BETUL: Pasar Besar Jertih
mempunyai tempat letak kereta yang selesa. Karangan Jenis Dialog /
Temu Ramah / Perbualan / Wawancara terbahagi kepada dua jenis i.
dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa
seperti bertanya khabar dan perbualan menerusi telefon.)ii.
wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan
kepada orang yang lebih dihormati , atau ingin tahu sesuatu perkara
) seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai
tajuk / topik yang utama setiap karangan ini mempunyai
sekurang-kurangnya dua watak atau lebih sebelum memulakan karangan
boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang. Lihat
contoh :Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebelum
beliau bersara. Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam
majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah tersebut.
Format karangan ininama watak ditulis selari di sebelah kiriselepas
nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan
selaricontoh :Nama A : Assalamualaikum, Makcik.Nama B :
WaalaikummussalamNama A : Apa khabar Makcik ?Nama B : Mulakan
perbualan dengan salam sejahtera anda perlu menggunakan kata ganti
nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur
gunakan panggilan Encik, Tuan, ataupun Makcik pastikan anda tahu
tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah
/ dialog. boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata
singkatan seperti tak , dah soalan yang dikemukakan adalah ringkas
, tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog itu, kedua-dua pihak
harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan. Jawapan yang
diberi kepada soalan adalah panjang lebar elakkan penggunaan soalan
yang cuma memerlukan jawapan ya atau tidak. soalan-soalan disusun
dengan baik supaya terus berkesinambungan. kawal jumlah perkataan
yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan ) tanda baca yang
digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan
ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? ) mesti di
tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah ) soalan
yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh Akhiri
perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang
ditemuramah.CONTOH KARANGAN TAJUKAndaikan bahawa anda menyertai
pertandingan syarahan. Dalam pertandingan itu anda telah mendapat
tempat kedua. Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan Melayu. Anda
ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan kagum anda akan
kebolehannya. Tulislah dialog anda selengkapnya.RANGKA.PENDAHULUAN
- mengucapkan tahniahISIa) Siva berharap agar kejayaannya memberi
semangat kepada pelajar bukan Melayu yang lain untuk mempelajari
Bahasa Melayu.b) menyatakan perasaan kagum -bertanya tentang cara
dia mempelajari Bahasa Melayuc) Siva menyatakan cara dia
mempelajari Bahasa Melayu.PENUTUP Siva memberikan dorongan agar
sama-sama menguasai bahasa kebangsaanKARANGAN( Siva sedang asyik
membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah )Azman :
Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan
itu.Siva : Terima kasih. Saya berharap supaya kejayaan ini akan
menaikkan semangat pelajar-pelajar bukan Melayu yang lain untuk
mempelajari Bahasa Melayu.Azman : Saya kagum melihat kamu bersyarah
pada hari ini. Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan lancar.
Bagaimanakah cara kamu mempelajari Bahasa Melayu ?Siva : Keluarga
saya menggalakkan saya membaca buku-buku Bahasa Melayu yang bermutu
.Di samping itu,saya mempelajari tatabahasa dengan baik. Saya
selalu membuka kamus untuk mempelajari ejaan dan makna kata-kata
yang saya baca. Saya melatih diri saya menggunakan bahasa baku
apabila membaca atau bercakapAzman : Kalau begitu ,tidak hairanlah
saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar
Melayu yang lain dalam pertandingan itu. Saya malu,Siva.Siva :
Mengapa ?Azman : Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai
bahasa yang mudah kerana itu adalah bahasa ibunda saya.
Rupa-rupanya saya silap.Siva : Baguslah, Azman,kalau kamu sudah
sedar. Sama-samalah kita belajar menguasai bahasa kebangsaan negara
kitaAzman : Ya,baiklah ,Siva... Tajuk : Kawan kamu telah kehilangan
duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah
cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu
berdua.( Kamu dan Azma berada di sudut kantin sekolah )Malim :
Mengapa kamu bermuram saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ?Azma :
Duit saya sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim.Malim : Macam
mana boleh hilang ?Azma : Saya letakkan dalam beg. Balik dari rehat
sahaja duit dah tak ada. Saya syak Tahir yang curi,sebab waktu
rehat dia tak keluar.Malim : Bukankah cikgu selalu menasihati agar
duit jangan ditinggalkan dalam beg. Sekarang sudah hilang, mengapa
pula menuduh tanpa usul periksa ?Azma : Jika bukan Tahir, siapa
lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya !Malim : Jangan
sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu tutup
muka kita ? Baik kita jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh
membantu kita.Azma : Betul juga kata kamu, Malim. Saya berasa
bangga mendapat kawan macam kamu.Soalan : Kamu berpeluang
menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar yang telah
berjaya menjadi doktor perubatan , semasa majlis penyampaian ijazah
di Universiti Malaya. Cuba buat satu temuramah itu dengan
bertanyakan hal-hal yang berkaitan.( Setelah memperkenalkan diri
kamu , maka kamu mengemukakan soalan-soalan kepada Encik Karim
)Murid : Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak
kembar encik Faizul dan Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?En.
Karim : Oh ! Saya pun tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya.
Hanya saya kira Tuhan merestui kami sekeluarga.Murid : Boleh saya
tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?En. Karim : Mmmmmmm,
kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha. Hampir
sepanjang waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton
televisyen itu jarang sekali. Kerap kali kalau menonton pun mereka
menonton siaran berita sahaja.Murid : Di mana mereka bersekolah
?En. Karim : Kesemuanya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Darau.
Kemudian bersekolah menengah di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh.
Semuanya mendapat pangkat satu di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran dan meneruskan
pelajaran di Tingkatan Enam iaitu di Sekolah Tinggi, Jerteh.
Apabila mereka lulus mereka belajar di Universiti Malaya, Kuala
Lumpur. Nah ! Sekarang mereka sudah lulus dan menjadi doktor.Murid
: Apakah perasaan encik sekarang ?En. Karim : Sudah tentu gembira
sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan gemilang
itu.Murid : Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi
melapangkan masa untuk ditemubual.En. Karim : Terima kasih kembali.
( Berjabat tangan dengan murid )Tip :Sediakan LIMA SOALAN terbaik.
Setiap soalan diikuti oleh jawapan dan huraian sebanyak 20 patah
perkataan KECUALI pendahuluanPenulisan : Karangan Jenis
DialogNota1. Dialog merupakan perbualan secara dua hala atau banyak
hala, yang boleh berlaku dalam pelbagai suasana.
2. Dialog boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Contoh
dialog formal ialah temu ramah antara wartawan dengan seorang
kenamaan. Contoh dialog tidak formal ialah antara kawan dengan
kawan dalam suasana yang juga tidak formal.
3. Dialog boleh berlaku secara berdua, bertiga berempat atau
ramai lagi.
4. Dialog yang berlaku secara formal sangat menitikberatkan
kesantunan bahasa. Kesantunan bahasa bermakna lebih berhati-hati
menggunakan kata ganti diri pertama atau kedua. Contohnya, jika
anda menemu bual Guru Besar sekolah anda, gunakanlah kata ganti
nama sapaan seperti ``Tuan Guru besar, atau ``Cikgu atau ``Tuan Ali
(jika mahu menyebutnya). Jangan guna kata ganti nama seperti ``kau,
``awak, ``kamu, ``anda, atau ``kamu.
5. Jika orang yang ditemu bual itu mempunyai gelaran Datuk, Tan
Sri, Tun, atau sapaan Yang Berhormat, maka gunakan gelaan atau
sapan berkenaan sepanjang wawancara.
6. Namun jika dialog berlaku dalam persekitaran yang tidak
formal, misalnya dengan kawan-kawan sahaja, bolehlah gunakan kata
ganti diri ``kau, ``awak, ``kamu, ``anda, ``kamu, saya, ``aku,
(boleh tetapi tidak digalakkan). Jika berdialog dengan ibu, nama
sebenar biasanya akan menjadi kata ganti nama diri pertama untuk
menunjukkan kesantunan atau kehalusan budi, Misalnya, ``Mak panggil
Man ke? atau ``Tadi Man pergi sekolah, ayah.
7. Terdapat beberapa perbezaan yang ketara dialog-dialog jenis
wawancara, temu ramah, temu bual/perbincangan.Perbezaannya ialah
cara bertutur, bahasa yang digunakan dan tujuan dialog. Sekiranya
dialog bertujuan untuk mendapatkan maklumat atau buah fikiran yang
khusus, maka dialog bolehlah dikelaskan secara umum sebagai
wawancara, temu rumah atau temu bual.
8. Adalah penting kepada calon-calon ketika membina dialog
berbentuk wawancara, temu bual atau temu ramah, supaya memahami
terlebih dahulu kehendak soalan peperiksaan.
Close Ad
PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN )Jenis-Jenis Karangan :A.
Karangan Berformat 1. Jenis Surat Kiriman Rasmi 2. Jenis Surat
Kiriman Tidak Rasmi 3. Karangan jenis Ucapan 4. Karangan jenis
Syarahan 5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan /
Wawancara 6. Karangan jenis Berita 7. Karangan jenis Catatan Diari
8. Karangan jenis Laporan 9. Karangan jenis Perbahasan 10. Kad
Jemputan B. Karangan Tidak Berformat 1. Karangan Rangsangan
Bergambar / Rangsangan Kata 2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita /
Gambaran / Situasi 3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan 4. Karangan
Jenis Perbincangan 5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita 6.
Karangan Jenis Autobiografi / Biografi 7. Karangan Jenis Peribahasa
& TUJUAN ANDA MENGARANG1. menguji kefahaman anda mengenai tajuk
karangan itu. 2. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda
menarik minat pembaca. 3. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea
anda. 4. menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.& PANDUAN
MENGARANG / MENULISSebelum membuat sesuatu karangan , kita
hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan
itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang : a) Pengenalan b)
Isi-isi dan c) PenutupA. Pengenalan Setiap karangan mestilah
mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita
hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin
pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya
supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara
ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan
karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan
mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu
pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa
atau ejaan.B. Isi Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan
itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak
mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah
disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain.
Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama
didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika
isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak
semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih
panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama
yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang
daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar
dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang
bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru
bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan
banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar,
majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku
cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman
sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis
sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum
menulis.Tip Antara kaedah mencari isiKaedah I ( pertanyaan ) Kaedah
II ( peta minda ) Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di mana ?
Bagaimana ? C. Penutup Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau
menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka
penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca.
Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu
karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan
ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan
karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga
adalah penting dalam tiap-tiap karangan. & CARA-CARA MENGARANG
/ STRATEGI MENULIS1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti
di bawah :a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan
2 - Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi. - Fahami
bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat. - Kamu
mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai -
Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan ( Kehendak
soalan biasanya berada di akhir arahan seperti : Tuliskan laporan
mengenai lawatan tersebut. )
Contoh : Perhatikan soalan di bawah ini. Soalan 1 Sekolah anda
telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan
mengenainya. Soalan 2 Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan".
Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi
formatnya berbeza. Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala
soalan 2 berformat.Tip Adalah lebih baik jika adik semua
menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam
soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau
terkeluar daripada tajuk sebenar. b. Menyusun rangka karangan -
Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi -
Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin. - susun
isi mengikut urutan kepentingannya. - Masukkan huraian serta contoh
yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai. - Isi penting jangan
diulang-ulangc. Menulis karangan - Semasa menulis karangan kamu
mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan. -
Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta
dengan contohnya.( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
Perenggan Pendahuluan Perenggan isi pertama Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga Perenggan isi keempat Perenggan Penutup-
Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga
kekemasan tulisan.d. Menyemak karangan - Setelah habis menulis
karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda
yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan,
struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain. - baca
berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.e. Secara
umum peruntukan masa untuk sebuah karangan a. 4 minit mencari isi
b. 24 minit menulis karangan c. 2 minit menyemak semula karangan
Jumlah = 30 minitKamu mesti menepati masa yang ditetapkan. Adalah
diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa
telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini
kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu
soalan yang baik.Tip Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek ,
ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang
panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa. Biasakan
diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan. Satu
perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian
satu isi.Tahukah kamu ? Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik
? Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam
karangan anda. Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan
kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh :Contoh A ( dicadangkan ) "Kamu
baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu
tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah
Jamal , lembut.Contoh B ( mengelirukan ) "Kamu baru pulang ?" "Baru
sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya."
"Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut. & PETUA
BILA MENULIS KARANGAN Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian
susun mengikut mana yang lebih penting. Tuliskan karangan
berdasarkan rangka yang kamu sediakan. Karangan mestilah mempunyai
pendahuluan, isi-isi dan penutup. Bagi karangan meminta fakta ,
sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima
isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi. Gunakan ayat yang
pendek dan bahasa yang mudah.& KELEMAHAN KARANGANA] Kesalahan
memilih tajuk Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon
tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini
terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka
menulis karangan asalkan siap sahaja.B] Kekurangan isi Oleh sebab
kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar
atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya
pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang
membaca dan terhadnya pengetahuan.C] Pembahagian perenggan Ada
calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan
sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon
menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan !D] Tidak merangka
karangan Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih
dahulu. Calon yang tidak merangka bererti calon tersebut tidak
menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru.
Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan. Terdapat juga isi
yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan
isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).E] Kesalahan
tatabahasa Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat
penting bagi memastikan karangan mendapat A. Pada tahap Tahun 6 ,
sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada
calon yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari"
dengan "daripada", "bila" dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai
yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi
calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.F]
Kesuntukan masa Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan
masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka akan
terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk
menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat
ditulis. Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu
soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak
menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( C
) sahaja.G] Kesalahan lain Tidak mengikut jumlah perkataan yang
ditetapkan. Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.
Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung /
bahasa Kelantan )
Karangan Jenis CeritaPengenalanKarangan jenis cerita merupakan
karangan yang popular dalam UPSR. Dalam UPSR, karangan yang hendak
ditulis mestilah berdasarkan tema atau situasi yang diberi. Ini
penting supaya karangan cerita yang dihasilkan tidak terpesong.
Untuk menghasilkan sebuah cerita yang baik, kesinambungan jalan
cerita mestilah berurutan dari satu perenggan ke perenggan yang
lain.
Tajuk PerbincanganKamu telah menyertai pertandingan menulis
cerita peringkat sekolah. Tema cerita yang hendak ditulis hendaklah
berkisar peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Tuliskan cerita itu
selengkapnya. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada
80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Langkah 1Kamu mestilah membaca soalan karangan dengan teliti.
Fahamkan tema atau tajuk cerita yang hendak ditulis. Gariskan
maklumat-maklumat yang penting supaya kamu tidak melakukan
kesilapan semasa membuat rangka karangan.
Langkah 2Berdasarkan tema atau tajuk, kamu bolehlah membuat
kerangka karangan. Sebaik-baiknya, kerangka karangan yang hendak
dibuat hendaklah berdasarkan konsep peta minda. Peta minda ini amat
penting sebagai panduan untuk mengarang. Lihat dan baca contoh peta
minda.
Langkah 3Selepas peta minda telah siap, kamu bolehlah menulis
karangan berita yang lengkap. pastikan ayat yang dibina betul dari
segi tatabahasa. Baca contoh cerita di bawah.
Peristiwa yang Tidak Dapat Dilupakan
Pagi-pagi lagi aku, ibu dan ayah bersiap-siap untuk ke Ipoh
menziarah nenek. Aku gembira kerana sudah lama tidak menemui
nenek.Kami pergi dengan menaiki kereta Proton Waja ayah yang baru
dibeli. Ayah memandu selaju 100 kilometer sejam. Kami berbual-bual
sambil makan kuih pau.
Tiba-tiba sebuah lori yang sarat dengan muatan cuba memotong
kereta ayah. Sungguh malang, lori itu gagal memintas lalu
bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari hadapan. Ayah pula
gagal mengawal kereta lalu melanggar bahagian belakang lori
itu.
Tanpa disedari, kereta ayah terbakar. Aku sempat keluar kerana
ditarik oleh seorang pak cik. Ayah dan ibu terus dimamah api.Aku
menjerit, Ibu! Ayah!. Aku dipeluk oleh seorang mak cik. Aku terus
menangis.
Peristiwa itu sungguh menyayat hatiku. Aku tidak akan dapat
melupakannya.
Langkah 4Kamu hendaklah membaca semula karangan itu. Perbetulkan
kesalahan tatabahasa. Antara kesalahan yang perlu dibetulkan ialah
kesalahan penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan,
tanda baca, dan ejaan.
Latihan:Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80
patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
1 Tuliskan sebuah cerita bertemakan peristiwa aneh yang pernah
kamu baca.
2 Kamu dan beberapa orang rakan kamu telah menemui sebuah dompet
yang berisi wang. Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu dan kawan
kamu ambil terhadap dompet itu.
3 Kamu dan beberapa orang rakan kamu sedang memancing di
sebatang sungai. Tiba-tiba kamu mendengar suara jeritan. Ceritakan
tindakan yang kamu lakukan sebaik sahaja mendengar jeritan itu.
Glosari1. bacin - bau busuk2. bingkas - bangun dengan cepat3.
bonus - bayaran tambahan4. boros - tidak hemat5. cabik - koyak6.
cabai - lada7. cacamerba - ada pelbagai unsur8. cagar - barang
taruhan9. calit - tanda seperti cat yang disapu10. calon - bakal11.
damba - terlalu ingin12. mendera - seksa13. fitnah - tuduhan yang
diada-adakan14. gerenti - jaminan15. gerih - ikan masin16. golek -
guling17. hajat - niat, maksud18. hamput - maki19. kabur - tidak
jelas20. kacak - segakKarangan Jenis Laporan.1. Karangan jenis ini
menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau
dilihat.2. Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.3.
Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah
menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik.4. Kamu perlu
memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan,
perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.5.
Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa,
sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun.
Pelapor mesti berjawatan setiausaha.6. Untuk laporan lawatan pula ,
tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan
terhadap pembelajaran.7. Penulisan mengikut perkembangan peristiwa,
yang dahulu didahulukan.8. Gunakan bahasa yang ringkas dan
padat
Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata
dan digaris.atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk
hendaklah ditulis ditengah-tengah.Boleh ditulis dalam dua baris
jika tajuk terlalu panjang.
Isi Laporan: Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan
penutup.Pengakuan pelapor: Ditulis di sebelah kiri selepas
perenggan terakhir.Tarikh:Ditulis di sebelah kanan
laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.Tandatangan
pelapor:Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan
pelapor.Nama Pelapor: Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan
selepas tandatangan.Jawatan Pelapor: Ditulis di sudut kiri bahagian
bawah laporan dan dibubuh tanda koma dihujungnya .Seterusnya:
ditulis nama persatuan yang diwakiliContoh Karangan Laporan.Tajuk :
Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda.
Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang
telah dijalankan oleh persatuan tersebut .Sediakan laporan itu
selengkapnya.Rangka:1.Pendahuluan:penubuhan persatuan-anggota
persatuan-tujuan penubuhan2.Isia) kegiatan-peraduan menulis esei
tentang sains-pemenangb) ceramah -pensyarah dari USMc)
gotong-royong membersihkan kawasan sekolahd) lawatan ke Taman
Ular3.PenutupBerterima kasih kepada guru penasihat.KARANGANLaporan
Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau.
Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun
1982.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka
terdiri daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan
ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan
ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran
masing-masing. Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan
sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik
dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan
ialahPeraduan Menulis Esei Tentang Sains.Sambutan yang diberikan
terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini
dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar. Kami juga
menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini
disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu
,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
Kami memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis
bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.
Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke
Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak
memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh
pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ. Pada
keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami
jalankan .Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat,Cikgu
Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada
kami.Disediakan oleh, 25 Januari 1996 Azmi_______________(AZMI
SULAIMAN)Setiausaha Persatuan Matematik dan SainsSekolah Kebangsaan
Darau, Jerteh,Terengganu.Tajuk : Sekolah anda telah mengadakan
Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Anda sebagai setiausaha Badan
Pengawas Sekolah diminta membuat laporan tersebut. LAPORAN KEMPEN
PENGUNAAN BAHASA BAKU Pada 15 hingga 22 Februari 1997 , Sekolah
Kebangsaan Darau telah mengadakan Kempen Penggunaan Bahasa Baku.
Kempen ini telah dilancarkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Besut ,
Encik Ahmad Harif. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk
meluaskan penggunaan bahasa baku di kalangan murid-murid. Di
samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk memupuk minat pelajar
mendalami bahasa kebangsaan. Sempena kempen ini, pelbagai acara
menarik telah dijalankan. Bagi murid-murid Tahun 4, 5 dan 6
pertandingan syarahan, perbahasan, mengarang esei telah dianjurkan.
Manakala bagi murid-murid Tahun 1, 2, dan 3 pula diadakan
pertandingan membaca sajak dan bercerita. Pada hari penutup, Tuan
Guru Besar melahirkan rasa kesyukuran kerana kempen ini telah
berjalan dengan lancar. Para pemenang setiap pertandingan telah
diberi hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan.Disediakan
oleh, Osman( OSMAN BIN JUSOH )Setiausaha,Badan Pengawas,Sekolah
Kebangsaan Darau, Jerteh.
PENGGUNAAN BAHASA 1. Tatabahasa terdiri daripada beberapa
komponen bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, dan
sebagainya. 2. Bahagian ini menerangkan pembentukan golongan kata,
penggunaan imbuhan, dan pembinaan ayat yang betul. 3. Kaedah
pengajaran disampaikan dalam beberapa bentuk iaitu secara formal
dan tidak formal. 4. Kesannya pelajar mapu bertutur, membaca, dan
menulis karangan dengan baik. 5. Penggunaan ayat-ayat yang ringkas,
padat dan mudah difahami. 6. Pelajar turut mempelajari perihal
pembentukan perkataan dalam rangkaikata dan ayat. BAB 1: GOLONGAN
KATA - Nota1. KATA NAMA KATA NAMA KHAS - ia merujuk kepada manusia,
binatang, tempat, dan benda secara khusus. - Huruf awal dalam
perkataan mestilah menggunakan huruf besar. - Kata akronim yang
dibentuk melalui pencantuman huruf awal beberapa perkataan jiuga
ialah kata nama khas. Contohnya : UMNO, ABIM, RISDA KATA NAMA AM -
digunakan untuk menyebut sesuatu secara umum seperti nama orang,
binatang, benda dan tempat. - Kata nama am ditulis menggunakan
huruf kecil kecuali dalam memulakan sesuatu ayat. KATA NAMA
TERBITAN - ia merupakan kata-kata yang terboit dari kata-kata
dasar. - Kata dasar yang digunakan ialah kata nama, kata kerja,
kata adjektif, dan adverb. - Kata dasar ini ditambah dengan
imbuhan. - Imbuhan kata nama yang digunakan ialah: -- an, pen - an
, per - an , ke - an. KATA NAMA TERBITAN DARIPADA KATA NAMAKata
NamaKata Nama TerbitanImbuhansekolahpersekolahanPer ---
anrumahperumahanPe --- anguruperguruanPer --- an
KATA NAMA TERBITAN DARIPADA KATA KERJAKata KerjaKata Nama
TerbitanImbuhanbuatPerbuatan, pembuatPer - an , pemdudukKedudukan ,
pendudukKe - an , pentulisPenulisan, tulisan, penulisPe - an, --
an, pen
KATA NAMA TERTERBITAN DARIPADA KATA ADJEKTIFKata AdjektifKata
Nama TerbitanImbuhanbodohkebodohanKe - anbersihKebersihan,
pembersihKe - an, pem
KATA NAMA TERTERBITAN DARIPADA KATA ADVERBA.Kata AdverbaKata
Nama TerbitanImbuhanseluruhkeseluruhanKe - anlajukelajuanKe ---
an
_1428530088.unknown