Top Banner
Bilangan 2 MAC - APRIL 2013 Kayuhan Patriotik 1Malaysia ms 20 Retreat Bajet 2014 ms 15 Majlis Pecah Tanah Masjid Cyberjaya ms 4
20

Perutusan - · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

Mar 28, 2018

Download

Documents

vokhue
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

Bilangan 2MAC - APRIL 2013

Kayuhan Patriotik 1Malaysiams 20

Retreat Bajet 2014ms 15

Majlis Pecah Tanah Masjid Cyberjayams 4

Majlis Pelancaran

UTC PAHANG

Page 2: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

Perutusan KSP

PENASIHATYBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar AbdullahKetua Setiausaha Perbendaharaan

KETUA PENGARANGAmidah Hamim

EDITORNorhaidah Md EsaNorshuhada Mansor

DITERBITKAN OLEHUnit Komunikasi KorporatKementerian Kewangan Malaysia

Buletin KhazanahUnit Komunikasi Korporat,Aras 2, Perbendaharaan 2,Kompleks Kementerian Kewangan,No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62592 Putrajaya.

Tel: 03-8890 6438 Faks: 03-8890 6515 E-mail: [email protected] [email protected] [email protected]

Dicetak oleh:Absolute Master Printers Sdn. Bhd.

Terima kasih diucapkan kepada bahagian dan

agensi yang telah menyumbang artikel dan bahan

untuk penerbitan buletin ini.

Sidang Pengarang Buletin Khazanah

mengalu-alukan sumbangan berita/rencana.

Kesinambungan Buletin Khazanah adalah

kejayaan kita bersama. Jangan lupa hantarkan

sumbangan anda kepada:

Sidang Pengarang

Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat izin, limpah kurnia dan makbul-Nya, umur kita sekali lagi dipanjangkan untuk

bertemu sekali lagi di Keluaran Mac/April 2013 Buletin Khazanah.

Pada 4 April 2013 yang lalu YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen 2013 bagi Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13). Sehubungan dengan pembubaran Parlimen 2013 ini, satu cabaran menanti untuk memastikan tanggungjawab penjawat awam sebagai agen transformasi dapat dilaksanakan dengan jayanya – bukan untuk diri kita tetapi yang lebih penting untuk generasi anak cucu kita di masa akan datang.

Sebelum itu, YAB Perdana Menteri di dalam ucapan beliau sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ketiga belas telah memberikan dua contoh terbaik ialah pertamanya, melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan iaitu prakarsa Pusat Transformasi Bandar atau UTC dan Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC yang mengumpulkan pusat perkhidmatan dan ekonomi secara sehenti yang telah menjadi kenyataan dalam tempoh begitu singkat dengan perbelanjaan minimum. Dalam tempoh bulan Mac dan April ini kita telah berjaya melancarkan Mini UTC Sentul dan UTC Pahang.

Keduanya, pengenalan 1MOCC atau 1Malaysia One Call Centre bagi memudahkan hubungan rakyat dengan pihak penjawat awam tanpa mengira jabatan mahupun kawasan. Bagi Kementerian Kewangan sendiri, talian umum 03 8882 3000 telahpun dilencongkan ke nombor 1MOCC - 03 8000 8000 pada 30 Mac 2013 yang lalu.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit Penyelarasan Strategik Nasional (NSCU) kerana dalam tempoh empat bulan beroperasi telah dapat mengadakan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (CTC Mobile) untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan pedalaman di seluruh negara.

Di samping itu, Pasukan Komunikasi Kementerian Kewangan telah melaksanakan Pelan Media dan menjelajah ke seluruh Negara bersama-sama Program Jelajah Janji Ditepati dan CTC Mobile untuk menyebarkan maklumat dan perkhidmatan yang disampaikan oleh kementerian ini kepada rakyat.

Sebagai penjawat awam, kita semua harus sedar bahawa cara Kerajaan berfungsi pada hari ini telah berubah. Dalam usaha Kerajaan memastikan rakyat didahulukan, dan pencapaian diutamakan, keputusan pantas yang dapat menghasilkan outcome lebih diberi penekanan.

Insya-Allah, dengan semangat kerja berpasukan yang tinggi dan berpegang kepada prinsip memberi perkhidmatan yang cemerlang, saya yakin kita akan berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan baik, sempurna dan penuh integriti.

Memandangkan kita akan menghadapi Pilihanraya Ketiga Belas tidak lama lagi, tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan harapan yang tinggi. Marilah kita sama-sama melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih dan memilih di landasan yang betul. Semoga Allah swt memberkati segala usaha kita ini dan mempermudahkan segala urusan kita demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Sekian, wassalam

YBHG. DATO’ SRI. DR. MOHD IRWAN SERIGAR ABDULLAH Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Page 3: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

MAJLIS PELANCARAN UTC PAHANG

3

11 April 2013 – “Tiada negara lain di dunia ini yang menyediakan perkhidmatan seperti UTC kepada rakyat kecuali Malaysia,” itulah kata-kata Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak ketika merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang.

UTC Pahang dilancarkan bagi meneruskan kesinambungan UTC bagi memberikan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan swasta kepada rakyat Pahang khususnya kepada masyarakat Kuantan.

Menurut Perdana Menteri, UTC merupakan transformasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan dimana perkhidmatan-perkhidmatan utama kerajaan dan swasta serta NGO dikumpulkan di bawah satu bumbung bagi membolehkan masyarakat mendapat perkhidmatan dengan cepat, cekap, selesa dan dengan kos yang minimum. Ia juga merupakan satu program di bawah Program Transformasi Komuniti yang mencerminkan komitmen kerajaan bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

UTC Pahang telah mula dibuka kepada orang ramai denganw menawarkan sebanyak 76 jabatan kerajaan dan institusi perbankan serta 55 premis perniagaan yang beroperasi mulai pukul 8.30 pagi hingga pukul 10 malam dan dibuka setiap hari termasuk cuti hujung minggu.

Antara agensi yang menawarkan perkhidmatan di UTC adalah Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Klinik Rakyat 1Malaysia, Klinik Pergigian 1Malaysia, JOBS Malaysia, TEKUN, MARA, SME Bank, Tabung Haji, Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan lain-lain.

Page 4: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

4

5 April 2013 – YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Haji Tun Abdul Razak telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid di Cyberjaya di Persiaran Semarak Api, Cyberjaya.

Pembinaan Masjid Cyberjaya bernilai RM62 juta merupakan salah satu pelaksanaan projek pembangunan di Cyberjaya selain pembinaan unit kediaman dan komersil, termasuk unit yang dikhususkan kepada Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), dan rancangan pembangunan Cyberjaya City Centre.

Pada majlis tersebut juga diadakan Karnival Cyberjaya dimana Unit Komunikasi Korporat bersama Unit ePerolehan telah menyertai pameran yang diadakan selama dua hari. Antara aktiviti yang diadakan semasa pameran tersebut berlangsung adalah penerangan terhadap inisiatif yang kerajaan laksanakan di dalam Bajet 2013, kuiz, dan kaunter aduan.

Turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah merangkap Pengerusi Cyberview Sdn Bhd.

23 Mac 2013 – Kementerian Kewangan telah menyertai Program Jelajah Janji Ditepati (PJJD), anjuran bersama oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan Media Prima Berhad bertempat di Padang MPK, Kuantan Pahang.

Program Jelajah Janji Ditepati (PJJD) kali ini merupakan penutup penjelajahan YAB Perdana Menteri di seluruh Negeri. Program tersebut telah diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat untuk mendampingi YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan lebih dekat dan secara tidak langsung dapat mempromosikan produk dan perkhidmatan 1Malaysia.

MAJLIS PECAH TANAH MASJID CYBERJAYA

PJJD PAHANG

Page 5: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

YB Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua telah merasmikan

Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Mac 2013 bertempat di Dewan Utama, Perbendaharaan Malaysia.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa semangat patriotisme dan cintakan Negara perlu tinggi dalam setiap warga. Keamanan dan keharmonian Malaysia perlu dikekalkan supaya kedaulatan Negara dapat dipertahankan. Justeru, beliau berkata inisiatif Kementerian Kewangan melancarkan Tabung Lahad Datu merupakan satu kebajikan untuk para pejuang tanah air yang berusaha untuk memberikan keamanan kepada Negara khusunya kepada tragedi Lahad Datu.

Pada majlis tersebut Kementerian Kewangan melakar sejarah apabila berjaya mengutip hasil sumbangan/kutipan yang diperolehi untuk Tabung Wira Lahad Datu Kementerian Kewangan Malaysia berjumlah RM 60,000.00 (Ringgit Malaysia Enam Puluh Ribu Sahaja).

Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada pihak Media Prima Berhad semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan Malaysia Bagi Bulan Mac 2013.

Penyerahan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan II kepada YBhg. Dato’ Johan Jaafar, Pengerusi Media Prima Berhad. Penyelaras Tabung Lahad Datu iaitu Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan (BSWP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Kementerian Kewangan di atas sumbangan yang telah diberikan.

Penyerahan Tabung Lahad Datu Kepada Media Prima

5

Page 6: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

6

8 April 2013 – Perhimpunan bulanan bagi bulan April telah dihadiri oleh YB Menteri Kewangan Kedua, YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan Kedua, YB Dato’ Ir Donald Lim Siang Chai dan YB. Datuk Dr. Awang Adek Hussin serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah. Perhimpunan bulanan kali ini diadakan selepas YAB Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen pada 3 April 2013 yang lalu. Selain daripada ucapan aluan oleh YBhg KSP, YB MK II dan kedua-dua YB TMK telah memberikan ucapan dan menyampaikan amanat tanda penghargaan dan terima kasih sepanjang berkhidmat di Kementerian Kewangan.

YB. Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah“Semua warga, haruslah ingat bahawa tugas-tugas yang dilakukan oleh saudara saudari tidak kira kecil atau besar, sebenarnya adalah demi kepentingan rakyat. Usaha tuan-tuan dan puan-puan ini tidak semestinya memberikan impak pada hari ini tetapi akan memberi kesan yang besar pada masa akan datang. Justeru, lakukanlah setiap tugas kita dengan penuh keikhlasan, integriti dan rasa tanggungjawab.

YB. Datuk Dr. Awang Adek Hussin “Jika kita mahu negara terus maju dan mencapai kejayaan berdasarkan perancangan dan roadmap yang

begitu teliti, maka salah satu daripada prasyaratnya ialah wujudnya institusi perkhidmatan awam yang mampu mendokong dan melaksanakan tindakan dengan tegas dan berkesan mengikut jadual yang telah pun ditentukan supaya segala-galanya dapat dirasai dampak dan hasilnya kepada rakyat,”

YB. Dato’ Ir. Donald Lim Siang Chai“Saya ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga Kementerian Kewangan dan suka diingatkan bahawa tugas-tugas yang dilakukan oleh saudara saudari tidak kira kecil atau besar, sebenarnya adalah demi kepentingan rakyat. Usaha tuan-tuan dan puan-puan ini tidak semestinya memberikan impak pada hari ini tetapi akan memberi kesan yang besar pada masa akan datang. Justeru, lakukanlah setiap tugas kita dengan penuh keikhlasan, integriti dan rasa tanggungjawab.”

YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah “TTP merupakan satu inisiatif baru yang akan merubah Perbendaharaan Malaysia menjadi sebuah agensi yang dinamik dan berprestasi tinggi – prasayarat yang amat penting demi memastikan masa depan kewangan Negara terjamin. Transformasi tidak berlaku setiap hari dan memerlukan usaha yang komited dari semua pihak untuk menzahirkan inisiatif-inisiatif yang dirancang,”

PERHIMPUNAN BULANAN APRIL

Page 7: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

Majlis Pelancaran Mini UTC Sentul7 Februari 2013 – Kementerian Kewangan bersama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) telah berjaya mewujudkan Mini Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sentul yang merupakan Mini UTC pertama di Malaysia. Bangunan Kompleks Perniagaan dan Komuniti, Bandar Baru Sentul milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu diubahsuai bagi merealisasikan konsep ‘di bawah satu bumbung’.

Majlis Pelacaran Mini UTC Sentul telah disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YBhg. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

Mini UTC Sentul ini menawarkan perkhidmatan kerajaan dan swasta iaitu Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen dan Pos Malaysia. Terdapat juga gerai makan, pasar basah, klinik, surau, perpustakaan, mesin juruwang automatik dan gelanggang futsal.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian KWPKB, YBhg. Datuk Adnan Md Ikhsan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Majlis Perasmian Padang Bola Sintetik20 Mac 2013 – Majlis Perasmian Padang Rumput Tiruan telah disempurnakan oleh Menteri Kewangan Kedua YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Hasan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan.

Menurut Menteri Kewangan Kedua, Padang Bola Sintetik ini di Paroi merupakan yang pertama di Malaysia serta mendapat akreditasi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dimana ia sesuai digunakan untuk pertandingan peringkat tempatan dan antarabangsa.

Ia dibina hasil inisiatif kerajaan yang diumumkan semasa Pembentangan Bajet 2013 dimana bagi meningkatkan aktiviti riadah terutama sukan bola sepak, Kerajaan akan memperuntukkan 50 juta ringgit bagi menyediakan kemudahan padang tiruan atau artificial turf yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara.

Kerja-kerja memasang padang sintetik itu telah bermula pada 10 Januari 2013 dan telah siap pada 1 Mac lalu dengan mempunyai jangka hayat sehingga 15 tahun dengan penjagaan yang baik.

7

Page 8: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

TTP Aspiration Day 2013

8

Treasury Transformation Programme (TTP) Aspiration Day 2013 telah diadakan pada 24 April

2013 bertempat di Dewan Utama, Perbendaharaan Malaysia. Program ini telah mendapat penyertaan hebat seluruh warga Perbendaharaan yang begitu komited menyokong aspirasi TTP.

Tujuan TTP Aspiration Day 2013 diadakan adalah bagi memberi kesedaran mengenai TTP kepada semua warga Perbendaharaan, menjalinkan hubungan akar umbi kepada semua kakitangan, membolehkan semua

bahagian berkongsi aspirasi dan transformasi serta kejayaan antara satu sama lain dan menerangkan kepada warga Perbendaharaan fungsi serta peranan TTP sekaligus berkongsi pandangan dan maklumat mengenai TTP.

Antara aktiviti yang diadakan adalah Pameran mengikut sektor, pop kuiz, tagline frenzy dan Pertandingan Dikir Barat yang bertemakan Treasury Transformation Programme.

Page 9: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

Global Entrepreneurship Summit 2013- GES 2013

9

Majlis Pelancaran Projek NextGen ePerolehan13 Mac 2013 – YB. Dato’ Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan telah merasmikan Majlis Pelancaran Projek NextGen ePerolehan bertempat di Kompleks Kementerian Kewangan. Ini merupakan simbolik bermulanya pembangunan Projek NextGen ePerolehan.

Bersempena dengan Majlis Pelancaran NextGen ePerolehan, satu majlis turut diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada Kementerian dan agensi Kerajaan yang menggunakan Sistem ePerolehan. Ia juga mengiktiraf semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyokong dan meningkatkan pelaksanaan Sistem ePerolehan. Anugerah Kecemerlangan ePerolehan dibahagikan kepada tujuh kategori antaranya:

l Anugerah Perdana ePerolehan

l Anugerah Kecemerlangan ePerolehan

l Anugerah Peneraju ePerolehan

l Anugerah Penghargaan ePerolehan

l Anugerah PTJ Terbaik

l Anugerah ePerolehan Centre Terbaik

l Anugerah eP@Desa Terbaik.

Di dalam majlis ini juga, YB Timbalan Menteri Kewangan mengambil kesempatan untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada Unit ePerolehan, Kementerian Kewangan Malaysia dan Commerce Dot Com Sdn. Bhd. atas kejayaan Sistem ePerolehan memenangi ”Bronze Award” Kategori Sektor Awam dalam ASEAN ICT Awards 2012 dan Procurement Programme of the Year dalam Future Gov Awards Malaysia 2013.

24 April 2013 – Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi GES 2013 yang keempat dan akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 11-12 Oktober 2013. GES 2013 pertama telah diadakan di Washington DC, Amerika Syarikat (26-27 April 2010), kedua di Istanbul, Turki (3-6 Disember 2011) dan ketiga di Emiriah Arab Bersatu (11-12 Disember 2012). Agenda utama persidangan adalah untuk mempromosi kepentingan keusahawanan sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi dalam memacu inovasi.

Satu majlis Pra Pelancaran GES 2013 telah diadakan pada 24 April 2013 di Dewan Teater, Kementerian Kewangan. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Page 10: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

Mobile Community Transformation Centre (Mobile CTC)

10

Mobile Community Transformation Centre (Mobile CTC) atau Pusat Transformasi Komuniti Bergerak

merupakan salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy).

Ia ditubuhkan bertujuan untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan utama/tertentu yang diperlukan kepada penduduk luar bandar atau komuniti pedalaman.

Ia juga selaras dengan pelaksanaan Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre/UTC) bagi komuniti bandar serta Pusat Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Centre/RTC) bagi penduduk luar bandar.

Satu kajian menunjukkan terdapat 23 jenis perkhidmatan bergerak oleh Agensi Kerajaan tetapi ianya dilaksanakan mengikut jadual yang berbeza. Mobile CTC akan menghimpunkan perkhidmatan utama mengikut keperluan tempatan serentak di satu lokasi yang dikenalpasti.

Page 11: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

PROGRAM-PROGRAM MOBILE CTC

11

TEMPAT TARIKH AGENSI TERLIBAT AKTIVITI

Kg Bawong, Sungai Siput, Perak

30 Mac 2013

Kementerian Kewangan, Y1MDB, JAKOA, MARA, JPN, AADK, LPPKN, MOH (Klinik Bergerak 1Malaysia (KB1M)& Klinik Pergigian Bergerak 1Malaysia(KPB1M)), Kopie Satu (FAMA), e-P, LHDN, SPNB, AIM, Rakan COP PDRM.

Pameran & Perkhidmatan Jabatan/Agensi, Wayang Pacak, pemberian cermin mata percuma, sukaneka, Pertandingan Karaoke.

Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor

27 April 2013

Kementerian Kewangan, Y1MDB, JPN, AADK, LPPKN, MOH (Klinik Bergerak 1Malaysia (KB1M), SSM, TEKUN, Kopie Satu (FAMA), Purplelicious (KPWKM), iM4U, Job Malaysia, MOTOUR, Ayamas, e-P, LHDN, SPNB, AIM, LHDN.

Pameran & Perkhidmatan Jabatan/Agensi, Gotong royong pantai, Pemeriksaan kesihatan, Membuat My-Kad, pemberian cermin mata percuma, sukaneka, pertandingan mewarna.

Hari Terbuka ATM Gemas

6-7 April 2013

Klinik Bergerak 1 Malaysia, LPPKN, e-p, SPNB.Pameran ATM, Perkhidmatan Agensi.

Hari Terbuka ATM Kuantan

6-7 April 2013

Klinik Bergerak 1 Malaysia, JPN, AADK, e-PUSTAKA, e-p, SPNB, BPP.

Pameran ATM, Perkhidmatan Agensi.

Page 12: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

12

PERKEMBANGAN EKONOMI DAN KEWANGAN DI MALAYSIA PADA SUKU PERTAMA 2013Permintaan dalam negeri yang kukuh mengekalkan

pertumbuhan dalam keadaan permintaan luar negeri yang lebih lemah Ekonomi global berkembang pada kadar yang sederhana pada suku pertama 2013. Pertumbuhan di Amerika Syarikat (AS) kekal perlahan, manakala prestasi ekonomi di kebanyakan negara Eropah masih lemah berikutan cabaran dasar yang berterusan dan kebimbangan terhadap struktur dalam negeri. Di Asia, aktiviti ekonomi terus berkembang, walaupun pada kadar yang lebih perlahan, apabila permintaan dalam negeri terus mengatasi kelemahan dalam permintaan luar negeri. Dalam keadaan persekitaran luar yang lebih lemah, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.1% pada suku pertama (S4 2012: 6.5%), disokong oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh, yang berkembang sebanyak 8.2% (S4 2012: 7.8%) pada suku itu. Dari segi penawaran, meskipun industri berorientasikan dalam negeri terus mencatat pertumbuhan yang mampan, aktiviti dalam sektor ekonomi utama terjejas oleh keadaan luaran yang lemah.

Permintaan dalam negeri terus meningkat dengan nyata sebanyak 8.2% pada suku pertama (S4 2012: 7.8%). Penggunaan swasta mencatat pertumbuhan yang kukuh sebanyak 7.5% (S4 2012: 6.2%), didorong oleh pertumbuhan pendapatan yang berterusan dan keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan. Keadaan ini turut disokong oleh pelaksanaan dasar gaji minimum. Walau bagaimanapun, pertumbuhan dalam penggunaan awam menjadi sederhana kepada 0.1% (S4 2012: 1.2%), disebabkan oleh perbelanjaan terhadap bekalan dan perkhidmatan yang lebih rendah.

Pertumbuhan dalam pembentukan modal tetap kasar kekal kukuh dengan peningkatan sebanyak 13.2%, disokong oleh perbelanjaan modal kedua-dua sektor awam dan swasta. Pelaburan swasta berkembang sebanyak 10.9%, disokong oleh perbelanjaan

modal yang berterusan dalam sektor perkilangan berorientasikan dalam negeri dan subsektor perkhidmatan berkaitan pengguna, di samping pelaksanaan projek-projek dalam sektor minyak dan gas yang berterusan. Pelaburan awam berkembang sebanyak 17.3%, didorong oleh perbelanjaan modal yang lebih tinggi oleh perusahaan awam dalam sektor minyak dan gas, utiliti dan telekomunikasi, manakala perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan disalurkan terutamanya ke dalam sektor pengangkutan, pendidikan, dan sektor perdagangan dan industri.

Dari segi penawaran, pertumbuhan dalam sektor perkilangan menjadi perlahan, terjejas oleh keadaan luaran yang lemah. Meskipun terdapat kelemahan dalam aktiviti berkaitan perdagangan, sektor perkhidmatan terus berkembang, disokong terutamanya oleh subsektor yang memenuhi keperluan pasaran dalam negeri. Pertumbuhan dalam sektor pertanian berterusan hasil daripada pengeluaran minyak sawit yang lebih tinggi, manakala sektor perlombongan merosot disebabkan oleh pengeluaran minyak mentah yang lebih rendah. Sektor pembinaan terus mencatat pertumbuhan yang kukuh, didorong terutamanya oleh subsektor kejuruteraan awam.

Kadar inflasi, seperti yang diukur oleh perubahan tahunan Indeks Harga Pengguna (IHP), meningkat lebih tinggi sedikit kepada 1.5% pada suku pertama (S4 2012: 1.3%). Peningkatan ini disebabkan terutamanya oleh inflasi yang lebih tinggi dalam kategori makanan dan minuman tanpa alkohol.

Dalam sektor luaran, lebihan akaun semasa lebih rendah sedikit kepada RM8.7 bilion pada suku pertama, bersamaan dengan 3.9% daripada PNK, disebabkan oleh lebihan barangan yang lebih rendah serta defisit perkhidmatan dan aliran keluar pendapatan yang lebih besar. Akaun kewangan bertukar arah untuk mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM1 bilion (S4 2012: - RM10.3 bilion), disebabkan aliran masuk pelaburan langsung dan portfolio daripada bukan pemastautin mengatasi aliran keluar yang berpunca daripada pelaburan langsung dan pelaburan portfolio oleh pemastautin. Imbangan pembayaran keseluruhan mencatat lebihan sebanyak RM4 bilion (S4 2012: + RM5.9 bilion).

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM431.2 bilion (bersamaan dengan USD139.6 bilion) pada 29 Mac 2013. Paras rizab ini telah mengambil kira pelarasan secara suku tahunan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing. Pada 30 April 2013, kedudukan rizab berjumlah RM433.3 bilion (bersamaan dengan USD140.3 bilion), memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan ialah 4.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Page 13: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

13

Kadar faedah kekal stabil

Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) kekal pada 3.00% pada suku pertama 2013. Pada paras semasa OPR ini, keadaan monetari terus menyokong aktiviti ekonomi.

Dengan OPR tidak berubah, kadar antara bank bagi semua tempoh matang secara relatif stabil. Dari segi kadar faedah runcit, kadar deposit tetap (FD) disebut purata bank perdagangan secara relatif tidak berubah pada suku itu. Kadar pinjaman asas (base lending rate, BLR) purata bank perdagangan kekal pada 6.53%, manakala kadar pinjaman purata (average lending rate, ALR) berwajaran bagi pinjaman terkumpul lebih rendah kepada 5.50% pada akhir bulan Mac (akhir bulan Disember 2012: 5.52%).

Jumlah pembiayaan kasar yang diperoleh sektor swasta melalui sistem perbankan dan pasaran modal berjumlah RM244.7 bilion (S4 2012: RM262.2 bilion). Pada asas bersih, pinjaman sistem perbankan dan PDS terkumpul berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 11% pada akhir bulan Mac (akhir bulan Disember 2012: 12.4%).

Dana bersih yang diperoleh dalam pasaran modal berkurang kepada RM16.7 bilion pada suku pertama (S4 2012: RM37.7 bilion), mencerminkan terutamanya aktiviti penebusan yang jauh lebih tinggi dalam sekuriti hutang (RM32.2 bilion; S4 2012: RM13.1 bilion). Pembiayaan kasar daripada pasaran modal secara keseluruhannya, bagaimanapun, kekal kukuh bagi sektor awam dan swasta. Dalam sektor swasta, sebanyak RM22.6 bilion daripada dana kasar diperoleh melalui terbitan sekuriti hutang swasta, manakala RM1 bilion lagi diperoleh dalam pasaran ekuiti. Dalam sektor awam, dana kasar yang diperoleh meningkat kepada RM25.3 bilion (S4 2012: RM21.6 bilion).

Agregat monetari terus berkembang pada suku pertama. Wang secara kecil atau M1, meningkat sebanyak RM4.1 bilion pada tempoh tersebut. Pada asas tahunan, M1 berkembang sebanyak 12.7% pada akhir bulan Mac (akhir bulan Disember 2012: 11.9%). Wang secara luas, atau M3, meningkat sebanyak RM43.9 bilion pada suku itu, untuk mencatat kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 9.1% pada akhir bulan Mac (akhir bulan Disember 2012: 9%). Peningkatan M3 disebabkan terutamanya oleh pemberian kredit kepada sektor swasta, perbelanjaan Kerajaan yang lebih tinggi dan aliran masuk perdagangan bersih.

Pada suku pertama 2013, pergerakan ringgit dan mata wang serantau lain didorong terutamanya oleh ketidakpastian terhadap tempoh pemansuhan dalam pelaksanaan langkah-langkah pelonggaran kuantitatif di AS, dan perkembangan di Eropah. Keadaan ini seterusnya menyebabkan berlakunya pengeluaran dana daripada aset-aset dalam pasaran sedang pesat membangun. Ringgit juga dipengaruhi oleh ketidakpastian dalam negeri dalam tempoh ini menjelang Pilihan raya Umum. Secara keseluruhan, ringgit menyusut nilai sebanyak 1.0% berbanding dengan dolar AS, tetapi menambah nilai berbanding dengan yen Jepun (8.4%), paun sterling (5.2%) dan euro (2.0%). Prestasi ringgit berbanding dengan mata

wang serantau adalah bercampur-campur. Ringgit menambah nilai berbanding dengan won Korea (3.3%) dan dolar Singapura (0.5%), tetapi menyusut nilai berbanding dengan rupiah Indonesia, renminbi China, peso Filipina dan baht Thailand antara 0.2% dan 5.2%.

Antara 1 April hingga 10 Mei 2013, ringgit menambah nilai berbanding dengan yen Jepun (10.9%), dolar AS (3.4%), paun sterling (1.8%), dan euro (1.7%). Ringgit bertambah kukuh berbanding dengan mata wang serantau antara 2.2% hingga 4.6%.

Kestabilan kewangan terus terpelihara

Meskipun pasaran kewangan global mengalami ketidaktentuan yang berterusan, kestabilan kewangan tetap utuh sepanjang suku pertama. Pengantaraan kewangan yang berkesan telah disokong oleh institusi kewangan yang mantap, keadaan pasaran kewangan yang teratur dan keyakinan yang berterusan terhadap sistem kewangan.

Sistem perbankan terus berdaya tahan, dengan penampan modal yang kukuh, keuntungan yang mampan dan mudah tunai yang lebih daripada mencukupi. Walaupun piawaian modal baharu di bawah Basel III telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sejak bulan Januari 2013, permodalan sistem perbankan terus kukuh, dengan Nisbah Modal Ekuiti Biasa Kumpulan 1, Nisbah Modal Kumpulan 1 dan Nisbah Jumlah Modal masing-masing pada 12.2%, 13.1%, dan 14.5%. Sektor insurans turut mencatat nisbah kecukupan modal yang kukuh sebanyak 221.6%, dan penampan modal melebihi RM22.7 bilion.

Permintaan dalam negeri dijangka kekal teguh dalam keadaan cabaran yang berterusan dalam persekitaran luar

Melangkah ke hadapan, ekonomi global dijangka terus berkembang, namun masih wujud risiko pertumbuhan akan menjadi lebih perlahan. Dalam ekonomi maju, pemulihan ekonomi masih mudah terjejas oleh ketidaktentuan dasar dan risiko penularan. Pelaksanaan dasar-dasar yang berbeza-beza merentas rantau juga telah mengakibatkan kesan limpahan terhadap keadaan kewangan global. Walau bagaimanapun, di Asia, pertumbuhan akan terus didorong oleh permintaan dalam negeri, disokong oleh pertumbuhan pendapatan dan keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, serta dasar yang terus fleksibel.

Bagi ekonomi Malaysia, permintaan dalam negeri dijangka terus menjadi pemacu pertumbuhan, didorong oleh peningkatan sektor swasta yang mampan serta disokong oleh sektor awam. Walaupun perkembangan global akan terus berdepan dengan risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan, aktiviti perdagangan intararantau dijangka memperkukuh prestasi pertumbuhan.

(Sumber: www.treasury.gov.my)

Page 14: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

Workshop on Evaluation Guidelines for New NBOS Initiatives

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NBOS 6 : INTEGRASI RAKAN KAD DAGANG KAD DISKAUN

10 April 2013 – Unit Koordinasi Strategi Nasional telah menganjurkan “Workshop on Evaluation Guidelines for New NBOS Initiatives” yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) .

YBhg. Dato’ Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah merasmikan bengkel tersebut yang turut dihadiri oleh 100 orang peserta dari pelbagai kementerian dan agensi.

Pada bengkel tersebut para peserta telah didedahkan kepada tatacara penilaian inisiatif NBOS dan kriteria - kriteria yang dinilai bagi membolehkan sesuatu

inisiatif tersebut dikategorikan sebagai projek NBOS. Dalam sesi latihan berkumpulan pula, para peserta telah diminta untuk membentangkan cadangan inisiatif yang telah disediakan mengikut format yang telah disediakan oleh NSCU.

Susulan dari bengkel tersebut, NSCU telah turut memohon semua kementerian dan agensi untuk mengemukakan cadangan inisiatif baru untuk penilaian NSCU selanjutnya. Setakat ini 11 cadangan inisiatif baru telah diterima dan sedang dalam tindakan NSCU.

21 Mac 2013 – National Blue Ocean Strategy (NBOS) merupakan transformasi Kerajaan untuk menerokai dan mengeksplorasi bidang baru yang dapat memberi keuntungan kepada masyarakat secara umum tanpa penglibatan kos yang tinggi kepada Kerajaan.

YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Program NBOS 6 : Integrasi Rakan Kad Dagang Kad Diskaun yang telah disempurnakan oleh Menteri KPDNKK, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.

Satu Perkongsian Rakan Dagang yang memberikan diskaun bagi barangan dan perkhidmatan kepada pemegang-pemegang kad seperti 1Malaysia Privilege Card, Kad Skuad Pengguna, Kad Diskaun 1Malaysia,

Kad Bekas Tentera, Kad OKU serta Kad Pesara Kerajaan Malaysia telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah satu inisiatif bersepadu NBOS.

14

Page 15: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

RETREAT BAJET 2014

15

25-27 April 2013 – Majlis Retreat Bajet 2014 telah diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Retreat Bajet merupakan acara tahunan yang bertujuan mendapatkan idea dan pandangan bagi merangka strategi dan tema Bajet. Melalui sesi perbincangan di dalam kumpulan dan forum yang diadakan, peserta yang hadir telah memberikan pandangan mengenai isu-isu semasa termasuk pengukuhan ekonomi dan kewangan Negara, pemantapan modal insan, mempergiat pertumbuhan industri dan sebagainya.

Hampir 150 orang pegawai Perbendaharaan, termasuk wakil daripada Unit Perancang Ekonomi, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Khazanah Nasional telah menghadiri majlis ini. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg Dato’ Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, turut memberikan amanat dan menekankan aspek kerja yang berkualiti, kerja secara berkumpulan dan menerangkan agenda transformasi Perbendaharaan.

5 sesi forum telah diadakan dan topik pembentangan adalah seperti berikut:

Sesi 1 : Global and Domestic Macroeconomic Outlook - Issues and Challenge;,

Sesi 2 : Fiscal Reforms to Strengthen Governement Finances;,

Sesi 3 : Growing a services - Led Economy;,

Sesi 4 : Strengthening Potential Growth Sector - Achieving a Productivity - Led Economy; dan

Sesi 5 : Human Capital Development: Enhancing Contribution of Youth and Women Towards a High Income Economy.

Page 16: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

19 April 2013 – Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah telah membuat sidang media bagi menjelaskan hasrat kerajaan untuk memulakan satu rundingan dengan Kirimitonas Agro Sdn Bhd (KASB) untuk mengambil alih projek Pusat Fidlot Nasional.

Majlis telah diadakan di Kompleks Kementerian Kewangan yang turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Nik Mod Amin Abd Majid, Pengerusi KASB.

Melalui sidang media tersebut, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah menyatakan rundingan ini adalah satu platform hala tuju untuk memulih kembali projek Pusat Fidlot Nasional. Tindakan ini adalah bagi memastikan projek Pusat Fidlot Nasional dapat diteruskan untuk menjamin bekalan daging Negara mencukupi dan selaras dengan objektif penubuhannya.

14 April 2013 – Malaysia Hari Ini (MHI) yang merupakan program TV3 telah bersiaran secara langsung di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur. Program ini diadakan bertujuan untuk mewar-warkan kepada orang ramai tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang menarik yang dilaksanakan di UTC.

Unit Komunikasi Korporat sebagai penyelaras siaran langsung ini turut memberikan maklumat dan penjelasan kepada krew produksi bagi memastikan program ini berjalan lancar. Antara program yang dijalankan adalah senamrobik, aktiviti sukan pingpong, futsal, gim serta rakaman perkhidmatan agensi-agensi yang beroperasi di UTC KL.

MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA KASB DENGAN

KERAJAAN MALAYSIA

LINTAS LANGSUNG MHI

DI UTC KL

16

Page 17: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

LAWATAN KE KEMENTERIAN KEWANGAN

Lawatan Korporat Agensi Nuklear

17

Lawatan Kerja oleh Delegasi Nepal ke Kementerian Kewangan Malaysia

Lawatan Kerja oleh Delegasi Ghana ke Kementerian Kewangan Malaysia

12 April 2013 – Seramai 38 orang warga Perbendaharaan telah mengikuti Lawatan Korporat ke Agensi Nuklear Malaysia anjuran Unit Latihan, Perbendaharaan Malaysia.

Lawatan korporat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Malaysia tentang pengurusan organisasi dan memberi peluang untuk para peserta bertukar-tukar pandangan bersama pihak Agensi Nuklear Malaysia.

Peserta mendapat gambaran secara langsung operasi yang dijalankan berhubung kaedah pengurusan yang dilaksanakan di Agensi Nuklear Malaysia serta menambah pengetahuan dan pengalaman dijadikan sumber inspirasi dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

Peranan Kementerian Kewangan dalam pembangunan ekonomi Negara telah menarik

minat pelawat dari dalam dan luar Negara untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kementerian Kewangan.

Lawatan yang diadakan bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peranan Kementerian Kewangan dalam memacu pembangunan ekonomi Negara khasnya.

Antara lawatan yang diterima adalah :

Lawatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, KedahTarikh : 19 April 2013Jumlah pelajar : 80 orangJurusan : Ijazah sarjana Muda Perbankan IslamCeramah oleh Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa

Lawatan dari Management Science University (MSU)Tarikh : 19 April 2013Jumlah pelajar : 90 orang Jurusan : Jabatan Perakaunan dan KewanganCeramah oleh Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa

Tarikh : 9 April 2013Tajuk Taklimat : Pendedahan Mengenai Sistem Perolehan di MalaysiaNama Penceramah : En Ahmad Fauzi Sungip

Tarikh : 28 Mac 2013Tajuk Taklimat : Sistem Perundangan, Penguatkuasaan dan Perolehan dalam Pembangunan Industri Pembinaan di MalaysiaNama Penceramah : En Ahmad Fauzi Sungip

Page 18: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

PELAN MEDIAPusat Transformasi Bandar - Mini UTC Sentul

l Tarikh : 20 Mac 2013 Slot : Bizmalaysia Saluran : RTM1 Tetamu : YBhg. Dato’ Bukhari Hasan, Setiausaha

Bahagian Kawalan dan Pemantauan, Kementerian Kewangan.

NAJIBNOMICS

l Tarikh : 20 Mac 2013 Slot : RADIO NASIONAL Saluran : Angkasapuri Tetamu : YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan

Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang

l Tarikh : 9 April 2013 Slot : Selamat Pagi Malaysia Saluran : TV 1 Tetamu : YBhg. Dato’ Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan.

l Tarikh : 9 April 2013 Slot : Nasional FM Saluran : Radio RTM Tetamu : YBhg. Dato’ Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan. l Tarikh : 10 April 2013 Iklan : Utusan Malaysia/The New Straits Times

l Tarikh : 11 April 2013 Slot : Lintas langsung dan siaran langsung

Selamat Pagi 1Malaysia Saluran : RTM1 Tetamu : YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan

Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

l Tarikh : 12 April 2013 Slot : Call in MHI TV3 Saluran : TV3 Tetamu : YBhg. Dato’ Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan.

l Tarikh : 12 April 2013 Slot : “Assalamualaikum” Saluran : TV AlHijrah Tetamu : YBrs. Dr. Aminuddin Hasim Pengarah Unit Koordinasi Strategik

Kebangsaan (NSCU).

18

Page 19: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

19

Ceramah Pasaran Modal, Bon dan Sukuk

Jenayah Salah Siapa?

Taklimat Pusat Panggilan 1Malaysia Call Centre (1MOCC)

Tarikh : 12 Mac 2013Penceramah : Pn Zureena MohamadBahagian Pasaran Modal IslamSuruhanjaya Sekuriti Malaysia ( SSM)

Tarikh : 9 April 2013Penceramah : Tn ACP Mohd Khalil Bin Kader MohamadTimbalan Ketua Penolong PengarahJabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman

Tarikh : 12 Mac 2013Penceramah : Encik Yaacob YisofTimbalan Pengarah Bahagian Dasar & Perancangan ICT, MAMPU

Taklimat Najibnomics kepada Pegawai Penerangan19 April 2013 – YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah telah dijemput untuk memberikan taklimat mengenai Najibnomis kepada seluruh Pegawai Penerangan di Malaysia. Taklimat anjuran Jabatan Penerangan Malaysia itu telah diadakan khusus kepada Pegawai Penerangan bertujuan memberi maklumat mengenai transformasi ekonomi menerusi pendekatan Najibnomics yang merangkumi idea-idea kreatif dan inovatif, strategi dan program Najib untuk mengangkat negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.

Taklimat kepada Pegawai Penerangan ini diharap dapat membantu kerajaan untuk menyampaikan dasar kerajaan ini kepada rakyat melalui aktiviti ceramah dan turun padang yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Penerangan Malaysia.

Majlis yang diadakan di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Penerangan, YBhg Dato’ Hj Ibrahim Abd Rahman.

Page 20: Perutusan -  · PDF filePerutusan KSP PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan KETUA PENGARANG Amidah Hamim EDITOR Norhaidah Md

20

Program Kayuhan Patriotik 1Malaysia@ Putrajaya Bersama Perdana Menteri3 April 2013 – Program Kayuhan Patriotik 1Malaysia@Putrajaya bersama Perdana Menteri telah diadakan bermula di hadapan bangunan Kementerian Kewangan, Presint 2 dan berakhir di hadapan Istana Kehakiman sejauh 12km (untuk Kayuhan Patriotik) dan 20km (untuk pengayuh tegar) mengelilingi Putrajaya.

Program ini turut disertai oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah serta warga Perbendaharaan. Program ini merupakan cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia agar beliau berpeluang untuk mendekati rakyat dengan lebih dekat disamping menggalakkan aktiviti kecergasan sebagai gaya hidup sihat.