Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh, Maha Suci Allah yang menjadi- kan bulan Ramadhan dimana turunnya Al-Qur’an, petunjuk bagi manusia dan menerangkan daripadanya petunjuk dan perbezaan antara mukmin dan selain- nya. Selawat dan Salam buat Rasul junjungan, keluarganya dan para sahabat yang diredhai Allah. Syukur kita kepada Allah kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu dengan ibadah yang difardhukan dalam sebulan dari seke- lian hari dalam setahun. Sebagai seorang Muslim kita semestinya merasa gembira dan bersyukur dengan kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak dan sama-sama bertekad menghayati-nya dengan penuh keinsafan dan kesunggu- han. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksudnya : " Wahai orang-orang yang beri- man, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." Marilah sama-sama kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan den- gan penuh rasa kecintaan dan kerinduan. Kita perlu membuat persediaan dan persiapan samaada dari segi jasmani dan rohani supaya Ramadhan yang disambut itu benar-benar dapat dihayati dan segala kelebihannya dapat diperolehi. Sebagai seorang Islam kita seharusnya merebut dan mendapatkan segala peluang keemasan dan keistime- waan yang terkandung dalam Bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan telah telah menjanjikan tawaran pahala yang berlipat kali ganda dari setiap amalan yang dilakukan dan segala dosa dan kesalahan akan diam- punkan oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah S.A.W.: " ﱢﻲ ﱠﺒ اﻟﻨ ﻦ ﻋﺎ ﻤ ﻬ ﻨ ﻋ اﷲ ﻲ ﺿ ر ﱠﺎسﺒ ﻋ ﻦ ﺑ ا ﻦ ﻋ) ص( ﺎل ﻗ ﻧﱠﻪ أ: ﺪ ﺴ ﺟ اﷲ ﱠمﺮ ﺣ ﺎن ﻀ ﻣ ر ل ﻮ ﺧ ﺪ ﺑ ح ﺮ ﻓ ﻦ ﻣ ان ﺮ ﱢﻴ اﻟﻨﻰ ﻠ ﻋ ﻩ". Maksudnya : "Barang siap merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka". (Hadis riwayat Ahmad) Kedatangan bulan Ramadhan amat ditakuti oleh syaitan kerana pada bulan ini Allah tidak membenarkannya untuk menghasut dan meng- goda manusia melakukan kejahatan dan maksiat. Pada bulan ini syaitan akan dirantai dan dibelenggu. Dalam hal ini Rasulullah S..A.W. menje- laskan dalam hadis baginda: " ﺎل ﻗ ﻪ ﻨ ﻋ اﷲ ﻲ ﺿ ر ة ﺮ ﻳ ﺮ ه ﻲ ﺑ ا ﻦ ﻋ: ﱠﻢﻠ ﺳ و ﻪ ﻴ ﻠ ﻋ اﷲ ﱠﻰﻠ ﺻ اﷲ ل ﻮ ﺳ ر ﺎل ﻗ: ﺮ ﻬ ﺷ ﻞ ﺧ دا ذ ا ﻦ ﻴ ﺎﻃ ﱠﻴ اﻟﺸ ﺖ ﻠ ﺴ ﻠ ﺳ و ﱠﻢﻨ ﻬ ﺟ اب ﻮ ﺑ أ ﺖ ﻘ ﻠ ﻏ و ﺔ ﻤ ﱠﺣ اﻟﺮ اب ﻮ ﺑ أ ﺖ ﺤ ﺘ ﻓ ﺎن ﻀ ﻣ ر". Maksudnya : "Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda apabila telah tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai". (Hadis riwayat Ahmad)) Sambung ke muka surat belakang PERUTUSAN KHAS YDP BAKEMAS SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK Ramadhan 1428 H 1/2007 September 2007 Pengarang mengucapkan se- lamat berpuasa kepada semua umat Islam yang mukalaf umumnya dan buat warga BAKEMAS khususnya , semoga rahmat dan berkat daripada Allah SWT akan melimpah kepada hamba-hambanya yang bersyukur dan beramal soleh disepanjang Ramadhan yang diberkati ini. 'Amrun Ibn Maimoon Al- Awdee berkata “Sahabat Rasulullah SAW adalah orang yang menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur (mereka berusaha untuk mencari saat tera- khir yang munasabah.” Sahl Ibn Sa'd menyatakan Rasul SAW bersabda: Manusia akan sentiasa dalam keadaan yang baik selagimana mereka bersegera berbuka puasa apabila tiba waktunya (Bukhari dan Muslim) Kandungan yang mempunyai firman Allah SWT dan Sabda Rasul SAW wajar dihormati dan disimpan dengan baik