PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO, NAMA DAN ’SIGNATURE’ HOTEL KOPERASI TNB SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1. Penyertaan (a) Penyertaan adalah terbuka kepada semua anggota Koperasi TNB, pekerja TNB, warga kerja Koperasi TNB dan orang perseorangan yang berminat dan berdaya kreatif untuk menyertai secara individu/perseorangan. (b) Penyertaan adalah percuma dan setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) ciptaan sendiri beserta borang penyertaan. (c) Semua ciptaan bagi setiap kategori hendaklah asli dan tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak DAN atau pelanggaran terhadap mana-mana Hakcipta dan Patent. Pihak Koperasi TNB tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada Pihak Ketiga ke atas mana-mana pelanggaran hakcipta logo, nama dan signature dan patent tersebut. (d) Logo dan nama yang dicipta hendaklah dihasilkan menggunakan borang pertandingan yang disediakan di atas kertas bersaiz A4 berwarna putih dan dilekatkan pada kertas tebal berwarna hitam (mounting board). (e) Bagi signature yang bermaksud asas identiti perniagaan (lakaran warna di luar bangunan yang akan menjadi identiti perniagaan perhotelan Koperasi TNB pada masa kini dan masa akan datang), peserta hendaklah melakarkannya di atas borang pelan bangunan yang disertakan. i) Bahagian Hadapan dari 7 hingga 11 ii) Bahagian Belakang dari 7 hingga 11 iii) Bahagian Sisi dari A hingga F (f) Cadangan ciptaan boleh dibuat dengan menggunakan grafik komputer mengikut format JPEG, GIF, BMP, PICT atau melalui lukisan tangan. (g) Ciptaan boleh menggunakan tidak lebih daripada 3 warna (tidak termasuk hitam dan putih) termasuk warna korporat Koperasi TNB iaitu biru tua dan biru muda. (h) Setiap ciptaan hendaklah dikemukakan dalam bentuk ”soft copy” (CD) dan ”hard copy”. (i) Pereka hendaklah memberi keterangan atau perjelasan (rasional) ke atas reka bentuk dan warna yang digunakan secara padat dan ringkas. (j) Tandatangan serta nombor kad pengenalan hendaklah dicatat di belakang hasil ciptaan masing-masing. (nama tidak perlu dinyatakan). 2. Cadangan Logo dan Nama hendaklah sesuai digunakan untuk tujuan: (a) Letterhead/Minute (b) Souveniers, Official Pin on Ties and Suits/Dresses (c) Publication/Banner/Flyer/Brochure/Leaflet (d) Barangan keperluan untuk operasi harian perniagaan perhotelan (e) Nama dan logo yang sesuai sekiranya perniagaan ini difrancaiskan*