-
NASKHAH PERCUMAEdisi 17 I 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I
10 Safar 1442H - 16 Safar 1442H I PP 19464/D4/2019/ (035072) I
Sejak 1982 I www.melakahariini.my I Melakahariini
Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia
Scan dan layari isu semasa di www.melakahariini.my
Anjakan paradigma
Muka 2
Panorama rancang miliki bas sendiri
Muka 3
Kayuhan dua sahabat
Muka 19
Melaka tekad tebus kegagalan
Muka 23
Pelbagaikan bidang perniagaanRancang bina pangsapuri mampu
milikPeranan PERTAM diterjemahkan, elak salah faham
PERTAMPERANAN PERTAM yang berfungsi untuk membangun serta
mengusahakan sebarang kemajuan bagi Tanah Adat Melaka dilihat
sebagai antara tunjang kepada struktur pembangunan negeri. Ketua
Pegawai Eksekutifnya Mohd Ridhwan Mohd Ali menjelaskan PERTAM
merancang untuk menerokai pelbagai bidang baharu di masa akan
datang dalam usaha mengukuhkan kedudukan kewangannya. Antara
perancangan yang dikongsi beliau melibatkan:
Eksklusif MHI
EDISI 28 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2020 -FONT am_Layout 1 25/9/2020
7:17 PM Page 3
-
Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 l 10 Safar 1442H-16
Safar 1442H2
PERTAM bakal memban-gunkan lebih banyak pangsapuri mampu milik
khusus untuk orang Mela-yu di masa akan datang. Mohd Ridhwan Mohd
Ali berkata, antara peran-cang terbaharu yang se-dang dirangka
ialah membangunkan 200 unit pangsapuri mampu milik di kawasan
Bandaraya Me-laka. Menurutnya, pem-bangunan di Tanah Adat Melaka
(MCL) itu kini di fasa akhir rundingan yang mana ia mungkin
dimukta-madkan sedikit masa lagi. “Yang terbaharu ialah kita akan
membangunkan 200 (unit) pangsapuri mampu milik di kawasan bandar
yang mana kini kita dalam rundingan terakhir bersama pemilik
tanah.
“Lokasi sebenar kita belum boleh umumkan. InsyaAllah, bila sudah
di-muktamadkan, kita akan buat pengumuman ke-pada orang ramai,
khusus-nya mereka yang berminat memiliki hartanah itu,” ka-tanya.
Mohd Ridhwan ber-kata, selain perancangan membangunkan pangsa-puri
mampu milik, pihak-nya juga turut diberi mandat oleh Kerajaan
Ne-geri Melaka untuk mengu-rus dan membangunkan tanah-tanah wakaf
dan baitulmal di bawah Majlis Agama Islam Melaka. Jelasnya,
pihaknya juga dalam fasa memban-gunkan tanah wakaf milik MAIM di
Jasin yang di-jangka akan dibangunkan satu pusat perniagaan ba-
haru di masa akan datang. “Pada masa sama, kita juga sedang
mengusaha-kan pembangunan ber-campur di tanah seluas 21.9 ekar
milik PERTAM di Melaka Pindah. Jadi, kese-luruhannya ada tiga
projek pembangunan terbaharu
yang sedang kami ran-cang,” katanya. Dalam pada itu, Mohd
Ridhwan memak-lumkan, sehingga kini PERTAM telah mengusa-hakan
tanah adat seluas 372 ekar dan 822.6 ekar tanah berstatus
lain-lain
seperti freehold dan pa-jakan di negeri ini. Jelasnya, pihaknya
turut mewujudkan pelba-gai inisiatif secara ber-terusan dalam usaha
memastikan tanah-tanah adat ini tidak terbiar. “Antara inisiatif
un-
tuk pastikan tanah-tanah adat ini tidak terbiar ialah melalui
pembangunan hartanah. Maksudnya kita akan terus bergerak aktif
melakukan pelbagai projek pembangunan terutama di kawasan yang
mempunyai potensi besar,” katanya.
WAWANCARA KHAS
KESIDANG - Perbadanan Ke-majuan Tanah Adat Melaka (PERTAM)
merancang untuk menerokai pelbagai bidang ba-haru di masa akan
datang dalam usaha mengukuhkan kewangan-nya. Ketua Pegawai
Eksekutif PERTAM Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata memandangkan du-nia
kini terkesan dengan penu-laran pandemik COVID-19, pihaknya perlu
segera mempel-bagaikan bidang perniagaan berkaitan dengan Tanah
Adat Melaka (MCL). Katanya, bagi merealisasi-kan hasrat tersebut,
pihaknya telah mewujudkan satu unit khas untuk merancang
pem-bangunan selain hartanah yang
mana melalui unit tersebut, pi-haknya sudah mula didekati ramai
pelabur-pelabur berpo-tensi. “Sejak akhir-akhir ini ra-mai pelabur
telah datang ke PERTAM untuk membangun-kan solar farm di tanah adat
di negeri ini. Selain itu, ada juga pelabur yang menyuarakan minat
dalam bidang pertanian. “Tapi kita di PERTAM ti-dak mempunyai
pegangan ta-nah yang banyak. Justeru, kita bercadang untuk
berperanan sebagai penghubung di antara pemilik tanah adat dengan
pe-labur-pelabur. “Jadi, sebagai penghubung kita akan bekerjasama
dengan pemilik tanah-tanah adat di ne-
geri ini yang mana kita boleh membantu mereka merangka
pembangunan yang bersesuaian di tanah milik mereka,” katanya.
Menurutnya lagi, selain bidang solar dan pertanian, pi-hak PERTAM
juga kini sedang membuka peluang untuk terli-bat dalam bidang
kesihatan me-nerusi lambakan bangunan dan lot perniagaan yang
dimiliki perbadanan itu. “PERTAM ada banyak ban-gunan dan aset.
Jadi, kita meli-hat sektor kesihatan juga mempunyai potensi seperti
contoh klinik pakar, pusat hemodialisis dan sebagai-nya. “Jadi,
jika ada yang berminat untuk menyertai
PERTAM sebagai pemi-lik bangunan kita pun terbuka kerana misi
kita sekarang adalah untuk membuka pintu kepada pelbagai jenis
perniagaan selain hartanah,” ujarnya.
TAMAN Lesung Batu Emas di Melaka Pindah merupakan antara projek
perumahan yang dibangunkan oleh PERTAM.
Rancang bina 200 unit pangsapuri
PERSEPSIPERSEPSI buruk segelintir masyarakat yang mendakwa
PERTAM cuba men-gambil alih tanah orang Melayu dan menjualnya
kepada bukan bumiputera adalah antara salah faham yang perlu
diselesaikan segera. Mohd Ridhwan Mohd Ali mene-gaskan kekeliruan
itu tidak seharusnya timbul kerana ia adalah tidak benar sa-ma
sekali. Sebaliknya, beliau menjelaskan ba-hawa pihaknya cuba
menyelesaikan se-tiap masalah yang timbul melalui pelbagai
pendekatan berbeza dan salah satunya adalah dengan mengambil alih
tanah berstatus Tanah Adat Melaka (MCL) dan menukarnya kepada
status pegangan pajakan (leasehold).
“Dalam usaha untuk menyelesaikan isu pemilik tanah MCL, ada
kalanya kita terpaksa menggunakan cara pengambil alihan tanah.
Namun ada masyarakat yang salah faham. “Di peringkat PERTAM,
adakalanya sesuatu perancangan pembangunan itu kita guna melalui
sudut yang berbeza khususnya membabitkan tanah MCL yang mana, ada
masanya tanah MCL ini kita perlu fikir dari segi kos pembangu-nan
dan return on investment (ROI) yang mungkin akan mengambil satu
tempoh yang panjang. “Jadi, sebab itu ada masa kita perlu mengambil
tanah tersebut dan tukar ke-pada status leasehold. Bila tanah itu
menjadi leasehold, kita masih ada 60
peratus lagi kuota bumiputera yang mana tanah itu boleh
dimajukan bila ni-lainya lebih tinggi apabila statusnya bertukar.
“Jadi, secara tidak langsung ia boleh menarik minat lebih ramai
Bumiputera dan orang Melayu untuk memiliki har-tanah di kawasan
tersebut,” katanya. Bagaimanapun, Mohd Ridhwan men-jelaskan
pendekatan atau kaedah seperti itu bukanlah selalu digunakan
sebaliknya ia bergantung kepada permasalahan pemilik tanah dan juga
potensi tanah-tanah terse-but untuk dibangunkan. “Biasanya, kes ini
melibatkan tanah yang mempunyai pemilik yang ramai dan mempunyai
saiz tanah yang kecil. Jadi, untuk menyelesaikan masalah itu,
mungkin kita perlukan lot-lot keliling untuk dijadikan sebuah
projek pemban-gunan yang lebih baik. “Sebab itulah, adakalanya kita
perlu melakukan pengambilalihan tanah. Kita bukan ambil untuk
suka-suka, seba-liknya untuk menyelesaikan isu pemilik dan pada
masa sama memberi limpahan ekonomi yang lebih baik kepada
mas-yarakat sekitar. Ia adalah situasi menang-menang untuk semua.
“Kebiasaannya, pemilik tanah me-mang sudah diterangkan mengenai apa
yang dilakukan PERTAM dan mereka memahami, cuma ada segelintir
mas-yarakat di luar yang belum faham dan kerap mempersoalkan
mengenai tin-dakan yang kita lakukan,” katanya lagi.
Ubah stigma masyarakat mengenai PERTAM
PERTAM terokai bidang baharu
MOHD Ridhwan
EKONOMI
HARTANAH
MOHD FAZRUL ABDUL MAJID
Oleh
28-4 oktoberr-jot_Layout 1 25/9/2020 5:34 PM Page 3
-
3Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16
Safar 1442H
AYER KEROH - Panorama Me-laka Sdn. Bhd. dalam usaha mem-beli bas
sendiri bagi meneruskan perkhidmatan itu sekali gus men-jadi aset
di masa akan datang. Pengurus Besarnya Datuk Abu Bakar Abdul
berkata, pada masa ini Panorama memilik 24 buah bas yang disewa
sejak yang
mana pada asalnya kira-kira 50 buah bas. “Kita dalam proses
memer-lukan bas sendiri, jadi kita perlu kurangkan bas yang kita
sewa dan apabila pandemik COVID-19 mula pulih kita akan menambah
bas dengan pembelian secara berperingkat. “Pembelian bas sendiri
ini dengan tujuan untuk menjadikan
ianya sebagai aset kita sendiri bermula tiga atau empat tahun
dari sekarang,” katanya kepada Melaka Hari Ini. Jelasnya, pada masa
ini bas dimiliki Panorama adalah secara sewaan dan jika adanya bas
sen-diri ia merupakan kaedah terbaik untuk menggerakkan
perkhidma-tan Panorama ke arah lebih ber-daya maju.
“Sekarang kita tanggung kos bukan milik kita sendiri, dalam
tempoh tiga atau empat tahun dari sekarang kemungkinan besar kita
tidak lagi menyewa bas, ma-lah memiliki bas sendiri. “Ada juga yang
memberi ca-dangan untuk kita bekerjasama dengan pihak lain
mengendalikan bas ini, tetapi buat masa sekarang kita dalam kaedah
menukar bas yang kita sewa kepada miliki sendiri,” katanya lagi.
Ujarnya, dengan memiliki bas sendiri pihaknya sudah pasti dapat
melihat perbezaan bagai- mana untuk maju ke hadapan sa-ma ada
menerusi kaedah yang praktikal. “Setakat ini tinggal 24 buah bas
saja, dulu ada banyak bila berlakunya pandemik COVID-19, kita
kurangkan jumlah bas sebab pergerakan yang kurang dan berusaha
memperbaiki mutu dan kaedah perkhidmatan. “Dulu kita sewa banyak
bas dan kos terlalu tinggi, jadi kita ambil pendekatan kurangkan
bas, kalau simpan banyak bas kita
kena bayar juga sewa dia sedan-gkan pendapatan kita dalam
tem-poh ini tinggal 30 peratus sahaja daripada biasa,” katanya.
Pada masa sama, Panorama turut menyediakan perkhidmatan servis
kenderaan di Pusat Servis Proton Autocity sejak tahun 2012. Antara
servis ditawarkan ‘minor’ atau ‘major service’, ‘war-ranty claim’,
pemeriksaan kereta secara percuma serta perkhid-matan tambahan
seperti 'align-ment balancing' dan cuci kereta.
Panorama rancang miliki bas sendiri
“DALAM seminar Melakaku Maju Jaya, kita sasar untuk kembalikan
semula bas elektrik di Melaka, namun ia bergantung kepada keadaan
semasa,” kata Datuk Abu Bakar Abdul. Menurutnya, buat ma-sa ini bas
elektrik tiada lagi di Melaka, tetapi jika Panorama memiliki bas
sen-diri tidak mustahil perkhid-
matan bas elektrik diwujud-kan semula di negeri ini. “Dulu kita
ada dua bas elektrik diperkenalkan seki-tar tahun 2015, sambutan
diterima sangat baik, cuma ada masalah daripada sya-rikat yang
membekalkan bas itu dan perkhidmatan bas elektrik dihentikan.
“Bagaimanapun, peng-gunaan bas elektrik ini da-
lam perancangan kita, jika tidak banyak mungkin da-lam satu atau
dua buah bas akan dilaksanakan bagi pe- ringkat permulaan,”
kata-nya. Jelasnya, dengan peng- wujudan perkhidmatan bas elektrik
sudah pasti ia mampu memberi peruba-han kepada negeri yang
mengekalkan teknologi
hijau. “Apapun ia bergantung kepada beberapa peruba-han, jika
kita lihat negara-negara maju lain mem-
punyai sistem pengangku-tan awam begitu canggih termasuklah
menggunakan bas elektrik. “Jadi sebagai negeri
maju kita memerlukan per-sekitaran bersih, apa pun ki-ta
bergerak kepada yang lebih baik cuma cepat atau lambat saja,”
katanya.
Liana Sahabudin
ABU Bakar
Cadang wujud kembali bas elektrik
SEBELUM ini Panorama pernah mempunyai dua bas elektrik yang
diperkenalkan sekitar tahun 2015, namun terdapat masalah daripada
syarikat yang membekalkan bas tersebut sehingga perkhidmatan bas
itu dihentikan.
PADA 21 September lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji
Sulaiman Md Ali telah mempengerusikan Mesyuarat Dasar Perumahan
(DRN) Negeri Melaka di Genting Highlands. Dalam mesyuarat tersebut,
kerajaan negeri telah membincangkan satu dasar perumahan baharu
yang boleh menggalakkan pembangunan perumahan di negeri Melaka.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr. Hasim
Hasan dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan
Alam Sekitar negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan dan Pengerusi
Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA) Negeri
Melaka Datuk Ng Choon Koon.
ABU Bakar melihat kerja-kerja servis kenderaan yang
dilakukan.
sec1-mimie(28sep-4oct2020)NEW_Layout 1 25/9/2020 5:44 PM Page
2
-
4Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16
Safar 1442H
BATU BERENDAM - Kerajaan Negeri Melaka merekodkan se-jumlah RM3
bilion pelaburan da-lam sektor pembuatan bermula Januari lalu
hingga September ini. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman
Md Ali berkata, sasaran kerajaan negeri adalah sejumlah RM5 bilion
bagi setiap tahun. “Setakat hari ini keseluruhan nilai pelaburan
yang masuk dalam tempoh tersebut hingga hari ini (22 September)
sudah RM3 bi- lion. “Memang setiap tahun kita mensasarkan sektor
pembuatan sebanyak RM5 bilion seperti yang telah ditetapkan
kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan
lawatan di kilang Texas Instru-ments Electronics Malaysia (TIEM)
Sdn. Bhd. di sini baru-baru ini. Jelasnya, nilai pelaburan itu
tidak termasuk sektor-sektor har-tanah, perhotelan, pelancongan dan
sebagainya. “Sektor pembuatan inilah yang akan memberi peluang
pekerjaan kepada penyokong in-dustri dalam sektor ini. “Walaupun
dalam tempoh pandemik COVID-19, kita perlu bersyukur dengan sasaran
kita itu, sebab tiada orang yang berani ke negara kita pada masa
ini,” ka-tanya. Sulaiman berharap pada ta-hun akan datang apabila
selesai pandemik COVID-19, pelaburan
dari negara luar akan masuk se- mula ke Melaka. Hadir sama,
Pengerusi Jawa-tankuasa Kerja Raya, Pengangku-tan, Kemudahan Awam
dan Infrastruktur negeri Datuk Roslan Ahmad dan Pengerusi
Jawatan-kuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan
Ko-perasi negeri Datuk Norhizam Hassan Baktee.
Melaka catat RM3 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan
Jan-Sept 2020
SULAIMAN ketika diberi penerangan oleh Pengarah Urusan TIEM Sdn
Bhd Subbah Rao mengenai barangan komponen yang dihasilkan oleh
kilang Texas Instruments Melaka dalam sesi lawatannya ke kilang
tersebut, baru-baru ini.
AYER KEROH - Seramai 140 guru Jabatan Agama Is-lam Melaka (JAIM)
telah di-angkat sebagai guru agama cemerlang negeri ini selepas
dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dalam majlis
yang berlangsung di Pusat Da-gangan Antarabangsa Me-laka (MITC), di
sini, baru-baru ini. Pengerusi Jawatan-kuasa di Jabatan Ketua
Menteri (Pendidikan) Datuk Noor Effandi Ahmad ber-kata, majlis
penghargaan itu diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan
ke-pada seramai 2,039 guru JAIM di negeri ini yang telah banyak
menabur jasa ke-pada murid. “Saya dimaklumkan 140 guru cemerlang
ini ter-diri daripada 55 guru Seko-lah Rendah Agama (SRA) dari
Daerah Melaka Tengah, 34 guru dari Daerah Alor Gajah dan 23 guru
dari Daerah Jasin, manakala se-lebihnya guru JAIM di pe- ringkat
tadika.
“Semoga anugerah ini dapat menyuntik semangat dan motivasi
kepada semua serta dapat dicontohi guru-guru lain untuk terus
ber-bakti di dalam bidang pendidikan di Negeri Mela-ka khasnya, dan
Malaysia amnya,” katanya. Beliau berkata demi-kian ketika berucap
di majlis berkenaan bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama
Haji Sulaiman Md Ali. Hadir sama, Pengarah JAIM Datuk Md. Azhan
Sa-mad dan Timbalan Pe-ngerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
Datuk Hj Md Rawi Mahmud. Setiap guru JAIM ce-merlang dalam majlis
itu menerima wang tunai RM1,000 setiap seorang berserta plak
penghargaan. Selain menyampaikan anugerah kepada guru ce-merlang,
majlis berkenaan turut meraikan seramai 38 guru JAIM yang telah
ber-sara tahun ini. Dalam pada itu, Noor Effandi yang
membacakan
teks ucapan Ketua Menteri turut memaklumkan keraja-an negeri
sentiasa komited dalam meningkatkan pem-bangunan syiar Islam di
negeri ini demi mewajahkan Melaka Rumahku menuju kecemerlangan
duniawi dan ukhrawi. Menurutnya, sepan-jang 2020 sebanyak hampir
RM50 juta telah diperun-tukkan untuk belanja men-gurus Bahagian
Pendidikan JAIM kepada kakitangan dan guru-guru termasuk emolumen,
perkhidmatan dan bekalan, aset dan pe-nyelenggaraan. “Selain itu,
MAIM melalui peruntukan Asnaf Fisabililah turut menyalur peruntukan
RM4,283,850 kepada Bahagian Pendidi-kan JAIM merangkumi ban-tuan
elaun bulanan hufaz, bantuan kewangan pelajar tahfiz, institusi
tahfiz berdaf-tar penuh, bantuan IPIS, bantuan Maahad Tahfiz Pulau
Besar serta lain-lain pembiayaan dan bantuan,” katanya.
140 guru JAIM cemerlang terima APC
Liana Sahabudin
SULAIMAN menyapa kakitangan kilang Texas Instruments Melaka di
kafeteria kilang tersebut.
NOOR Effandi menyampaikan anugerah kepada salah seorang guru
cemerlang dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang
berlangsung di MITC, baru-baru ini.
“Walaupun dalam tempoh pandemik COVID-19, kita perlu bersyukur
dengan sasaran kita itu, sebab tiada orang yang berani ke negara
kita pada
masa ini.
“Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali
sec1-mimie(28sep-4oct2020)NEW_Layout 1 25/9/2020 11:11 AM Page
1
-
5Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16
Safar 1442H
DURIAN TUNGGAL - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini
perlu mewujudkan sekurang-kurangnya satu Komuniti Hab di kawasan
pentadbi-ran masing-masing. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) Zuraida Kamar-rudin berkata, ia bagi membudayakan komuniti
yang berdaya saing di kawasan tersebut. “Di Melaka Taman Murai Jaya
adalah yang pertama dilaksanakan se-kali gus mewujudkan ko-muniti
yang holistik. “Komuniti Hab ini lambang komitmen kera-jaan untuk
meneruskan agenda dan memberi penekanan kepada golon-gan miskin
bandar, asnaf
dan B40,” katanya. Beliau berkata de-mikian pada sidang media
selepas Majlis Pe-rasmian Komuniti Hab di Pangsapuri Murai Jaya di
sini pada 20 Sep-tember lepas. Jelasnya, ia mampu membudayakan
mas-yarakat setempat dalam menjaga keselamatan, kebersihan dan
mening-katkan pelajaran anak-anak. “Di Melaka terdapat rakan
strategik bagi men-genal pasti tempat-tempat yang boleh diwujudkan
sebagai Komuniti Hab. “Ini penting untuk pembangunan negara, kalau
kita boleh ting-katkan imej kualiti hidup dalam kalangan penduduk
B40 dan se-
bagainya, ia dapat mel-onjakkan imej negara dan rakyat yang
berkual-iti,” katanya. Hadir sama Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan
dan Alam Sek-itar negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan; Ketua
Setiausaha KPKT Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Yang Diper-tua
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Shadan Oth-man. Projek
Komuniti Hab itu turut menyediakan ke-mudahan seperti perpus-takaan
mini, pertanian bandar, Sistem Pengum-pulan Air Hujan (SPAH), ‘art
plaza’, dan inisiatif projek rendah karbon (pemberian basikal) buat
komuniti.
PBT perlu wujud satu Komuniti Hab
GHAFAAR menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf sambil
disaksikan Zuraida dalam majlis tersebut.
AYER KEROH - Satu zon khas atau ‘buffer zone’ bakal diwujudkan
di perairan negeri ini dalam masa ter-dekat bagi membezakan kawasan
untuk kapal berlabuh dan lokasi nelayan menangkap ikan. Pengerusi
Jawatankuasa Perta-nian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan
Koperasi negeri Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, perkara itu
penting meman-dangkan sehingga kini perairan negeri ini tidak
mempunyai sebarang zon khusus untuk nelayan dan kapal-kapal dagang
yang berlabuh. Perkara itu jelasnya telah menyebabkan nelayan
negeri ini berdepan dilema untuk keluar menangkap ikan apabila
jaring yang dilabuhkan kerap rosak dilanggar kapal-kapal besar.
Sehubungan itu beliau bercadang untuk mengusulkan agar zon-zon khas
diwujudkan dalam masa terdekat bagi memberi lebih keselesaan buat
nelayan dan kapal-kapal yang berlabuh di perairan ini. “Sebagai
contoh kita wujudkan satu zon A khas untuk zon tangkapan ikan.
Maka, kapal-kapal besar tidak boleh parkir dan lalu di sini. Kita
haramkan dia.
“Kemudian, kita buat satu lagi zon untuk kapal berlabuh. Jadi,
nelayan pula tidak boleh mengham-piri zon ini dan kita pun tak
benarkan kerana bahaya untuk mereka. Dan yang terakhir ialah zon
selat antara-bangsa. “Jadi, buffer zone inilah mem-bezakan
kawasan-kawasan di perairan kita yang akan saya cadan-gkan dalam
masa terdekat bertujuan untuk menyelesaikan masalah nelayan. “Jadi,
lepas ini nelayan boleh membuang jaring dengan senang hati tanpa
perlu risau jaring mereka dilanggar kapal-kapal besar atau rosak,”
katanya. Mengulas lanjut, Norhizam memaklumkan, pihaknya kini
sedang mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Ukur Dan
Pemetaan Melaka (JUPEM) bersama-sama Jabatan Perikanan Negeri
Melaka dan Jabatan Laut untuk membuat ukuran bagi zon-zon khas yang
akan dirancang itu. “Buat masa ini jarak untuk setiap zon kita
belum bincang lagi, tetapi in-syaAllah ia akan dimuktamadkan dalam
masa terdekat selepas men-gadakan perbincangan bersama agensi
berkaitan,” katanya lagi.
Melaka bakal wujudkan zon khas nelayan tangkap ikanMohamad
Fazrul Abdul Majid
SATU zon khas atau ‘buffer zone’ bakal diwujudkan di perairan
negeri ini dalam masa terdekat bagi membezakan kawasan untuk kapal
berlabuh dan lokasi nelayan menangkap ikan. (Foto Sumber
Internet)
Liana Sahabudin
EDISI 28 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2020 - am_Layout 1 25/9/2020 7:25
PM Page 4
-
6Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16
Safar 1442H
Melaka bakal jadi hab menjual produk layang-layang BANDA HILIR -
Kerajaan negeri bercadang untuk membuka hab menjual layang-layang
se-bagai usaha untuk melestarikan seni pembu-atan layang-layang
keluaran rakyat tempatan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,
Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis
berkata bagi tu-juan bagi menyambut tujuan itu, pihaknya
mengalu-alukan kertas kerja daripada pen-gusaha layang-layang
termasuk Persatuan Layang-layang Negeri Melaka bagi mempro-mosikan
produk seni warisan itu. Katanya, pelaksanaan itu bagaimanapun
masih dalam proses pembentangan dan berdasarkan perancangan awal
menerusi Ba-hagian Promosi Pelancongan (BPP) yang men-cadangkan
supaya sebuah kedai menjual aneka jenis layang-layang dibuka di
kawasan tumpuan pelancong di Menara Taming Sari. “Penjual
layang-layang akan diberi lokasi di tempat-tempat pelancongan yang
agak strategik supaya mereka termasuk persatuan boleh berdaya maju
dan mendapat keuntungan
dengan menjual produk layang-layang ini sekali gus menganjurkan
program yang lebih besar pada masa akan datang,” katanya. Beliau
berkata demikian selepas meras-mikan Festival Layang-layang Hari
Malaysia 2020 di Pulau Melaka di sini, baru-baru ini. Mengulas
lanjut, Muhammad Jailani berkata produk layang-layang hasil
pembuatan rakyat tempatan akan diberi keutamaan supaya pengusaha
seni itu dapat menjana pendapatan selain mengasah bakat seni
masing-masing. “Pertama, kita akan buat satu kedai di mana akan
menjual semua jenis layang-layang produk buatan tempatan, itu
sebagai keutamaannya. “Kedua, kita akan menjual produk
layang-layang dari luar negeri terutama bagi negara yang pernah
terlibat dengan kita, seperti China, Taiwan, Hong Kong, Australia
dan Indonesia, dan lebih baik jika kita dapat berkongsi pen-galaman
bersama (negara luar) mudah-muda-han kita dapat mengasah lagi
bakat-bakat produksi pembuat layang-layang di Malaysia,”
katanya.
MUHAMMAD Jailani bersama layang-layang gergasi pada Festival
Layang-layang Hari Malaysia 2020 di Pulau Melaka, baru-baru
ini.
AYER KEROH - Pengurusan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
Interna-tional Education Sdn. Bhd., menan-datangani perjanjian
persefahaman (MoU) bersama GeoMatika Univer-sity College, baru-baru
ini. Rektornya Prof. Datuk Wira Dr. Jamil Mukmin berkata, MoU itu
bagi mewujudkan lebih banyak kursus dan program di Kolej DMDI. “Ia
termasuklah kursus jangka pendek seperti program keusa-hawanan bagi
menggalakkan anak-
anak muda di negeri ini. “Buat masa ini DMDI juga dalam usaha
untuk meningkatkan penguru-san Kolej DMDI,” katanya. Beliau berkata
demikian selepas MoU tersebut di Bangunan Kota Ce-merlang. Hadir
sama, Pengurus Besar Yayasan DMDI Datuk Wira Zainal Hussin;
Presiden GeoMatika Univer-sity College Prof. Datuk Dr. Mohaizi
Mohamad serta Timbalan Presiden II Prof. Mazrin Rohizaq Che
Rose.
DMDI International Education dan GeoMatika University College
jalin kerjasama
DMDI International Education diwakili Dr. Jamil (dua kanan)
meterai MoU bersama GeoMatika University College yang diwakili
presidennya Dr. Mohaizi (dua kiri) di Bangunan Kota Cemerlang,
baru-baru ini.
ISMAIL (dua kiri) menyempurnakan perasmian Program Pembersihan
Dunia Peringkat Negeri Melaka di Pantai Tanjung Dahan, baru-baru
ini.
KUALA LINGGI - Jangan buang pelitup muka merata-rata tempat. Ia
harus dibuang ke dalam tong sampah bagi memastikan ke-bersihan dan
kesihatan terpelihara. Perkara itu ditegaskan Ketua Menteri, Datuk
Seri Haji Sulaiman Md Ali kepada rakyat Melaka kerana ia
menyebabkan keko-toran dan mempamerkan imej negatif masyarakat.
“Tahun ini kita menjangka kemunculan sisa baharu, iaitu sisa
pelitup muka akibat pandemik COVID-19 dan bagi membendung masalah
ini, kita menggalakkan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
dalam aktiviti penjagaan kebersihan persekitaran. “Ia penting agar
kita dapat berganding bahu memastikan Melaka sentiasa berada dalam
keadaan bersih, indah dan sejahtera,” katanya pada perasmian
Program Pember-sihan Dunia Peringkat Negeri Melaka di Pan-tai
Tanjung Dahan, dekat sini pada 19 September lepas. Teks ucapan
beliau dibacakan Penge-rusi Jawatankuasa Perpaduan, Perhubungan
Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri yang juga
Ahli Dewan Un-dangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi Datuk Wira Ar
Ismail Othman. Hadir sama, Pengarah Kewangan yang
menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan
Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Ummi Khal-thum Shuib;
Pengarah SWCorp Melaka, Khairuladha Abdul Mutalib; Pengarah
Ja-batan Perikanan negeri Mohd Fauzi Salehon dan Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Mohd Fadhil Hassan. Sulaiman
berkata, sistem pengurusan sisa pepejal yang berjaya dan mampan
bukan hanya bergantung kepada operasi dan pro-gram yang
dilaksanakan, malah sikap anggota komuniti. “Perkara paling utama
ialah anggota masyarakat perlu lebih bijak menguruskan sisa yang
bermula dari rumah, iaitu mengas-ingkan sisa pepejal dan
mengamalkan perkara yang paling asas membuang sampah ke dalam tong
sampah. “Pemikiran anggota masyarakat harus berlandaskan keadaan
yang bersih dan bebas daripada sampah tetapi masih ada anggota
masyarakat yang masih mengamalkan sikap membuang sampah merata-rata
seperti tem-pat rekreasi, tempat awam, stesen bas, laluan penjalan
kaki dan jalan raya,” katanya. Beliau menegaskan, pengurusan sisa
pepejal bukan tanggungjawab kerajaan se-mata-mata, malah ia
menuntut kerjasama keseluruhan anggota masyarakat.
Buang pelitup muka dalam tong sampah
Din Ahmad
EDISI 28 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2020 - am_Layout 1 25/9/2020 7:24
PM Page 1
-
7Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16
Safar 1442H
CSR tingkatkan kesedaran pentingnya kebersihan sungai
BANDARAYA MELAKA - Seramai 80 kaki-tangan dan pelajar Kolej
Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) termasuk
kakitangan Perbadanan Pembangunan Sun-gai dan Pantai Melaka (PPSPM)
melaksana-kan kerja-kerja pembersihan di sepanjang persisiran
Sungai Melaka Fasa 2, baru-baru ini. Menurut pengarah program Muhd
Ariff Osman, tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dilaksanakan
bermat-lamat untuk memberi
pendedahan kepada para pensyarah, kaki-tangan serta pelajar
MiCoST tentang man-faat yang diperolehi dalam melaksanakan
kerja-kerja kemasyarakatan. Menerusi program yang diadakan ini juga
jelasnya, akan dapat mewujudkan tang-gungjawab sosial di kalangan
pensyarah, kakitangan serta pelajar MiCoST di samping mendorong
mereka untuk melaksanakan aktiviti berfaedah dalam meningkatkan
tahap kebersihan di kawasan persekitaran
mereka. “Ia juga dapat meningkatkan keseda-ran di kalangan
pensyarah, kakitangan dan pelajar mengenai pentingnya penyertaan
dalam khidmat masyarakat di samping mewujudkan semangat kerjasama
dalam melaksanakan aktiviti CSR. “Program ini juga dilihat mampu
menambah keprihatinan serta komitmen di kalangan pensyarah,
kakitangan termasuk pelajar MiCoST terhadap kebersihan, kein-
dahan, keceriaan selain menghargai kemu-dahan yang telah
disediakan,” ujarnya. Program turut mendapat kerjasama Pengurusan
Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, SWCorp Negeri Melaka dan anak
syarikat PPSPM, Sungai Melaka Ventures (SMV). Hadir sama, Ketua
Pegawai Eksekutif MiCoST Akmal Abdul Manap; Ketua Pe-gawai Operasi
PPSPM Abdul Wahab Ibra-him dan Pengurus Besar SMV Azmi Khamis.
Azhar Yusof
PELAKSANAAN aktiviti membersihkan sungai dapat mendorong orang
ramai untuk melakukan aktiviti berfaedah dalam meningkatkan tahap
kebersihan di kawasan persekitaran sungai amnya.
AYER KEROH - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sentiasa
bertindak ter-hadap aduan orang ramai berhubung masalah anjing liar
terutamanya di kawasan perumahan. Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal
Abu berkata, merujuk kepada isu kebanjiran anjing di Taman Paya
Rumput Perdana seperti yang disiarkan Melaka Hari Ini, baru-baru
ini, pi-haknya sudah mengambil tindakan terhadap aduan berkenaan
dengan memasang perangkap anjing di kawasan itu sejak 2019.
Katanya, dari tempoh 2019 hingga 2020, perangkap telah dipasang
sebanyak 28 kali di lokasi tersebut dan hasilnya 21 ekor anjing
liar telah ditangkap. “Pihak jabatan akan mengambil tindakan
terhadap setiap aduan yang diterima. Bagi aduan anjing liar di
Taman Paya Rumput Per-
dana, semakan telah dilakukan sebanyak 28 kali pada tahun 2019
sehingga kini. “Sebanyak 21 ekor anjing telah ditangkap di lokasi
tersebut bermula Februari 2019 hingga kini,” katanya ketika
dihubungi. Bagaimanapun, Zainal memaklumkan, dalam operasi
membanteras anjing liar itu difa-hamkan terdapat kejadian di mana
orang awam telah bertindak melepaskan anjing yang mema-suki
perangkap. “Perangkap telah dipasang di lokasi pada 18 Februari
hingga 23 Februari 2019 dan pada 26 November hingga 28 November
2019. Dida-pati anjing yang masuk ke dalam perangkap telah
dilepaskan oleh orang awam. “Bagaimanapun, pihak jabatan akan
mem-buat semakan semula secara rutin di setiap lokasi aduan bagi
menyelesaikan isu yang tim-bul sebaik mungkin,” katanya lagi.
KERATAN akhbar Melaka Hari Ini mengenai masalah anjing liar di
Taman paya Rumput Perdana.
MBMB tak lepas tangan isu anjing liarMohamad Fazrul Abdul
Majid
AYER KEROH- Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka
telah melakukan 246 tangkapan membabitkan penyalahgunaan dan
penagihan dadah dalam operasi khas yang diadakan sepanjang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB dan Perintah Kawalan Perg-erakan Pemulihan (PKPP).
Pengarah AADK Melaka Nazir Mohamad berkata, daripada jumlah
tersebut 215 daripadanya didapati positif dadah dan telah ditahan.
Jelasnya, Daerah Melaka Tengah mencatat tangkapan tertinggi dengan
122 tangkapan, diikuti Alor Gajah sebanyak 103 dan Jasin 17
tangkapan yang mana ma-joritinya melibatkan dadah jenis syabu dan
heroin. Menurutnya, operasi khas itu dilakukan selepas menerima
aduan daripada ahli keluarga berhubung salah laku berkenaan
sepanjang tempoh April hingga Jun 2020. Ujarnya, walaupun berdepan
risiko COVID-19 sepanjang tempoh berkenaan, namun pihaknya terpaksa
bertindak melalui aduan berkenaan untuk mengelakkan berlakunya
sebarang keganasan domestik terhadap ahli keluarga pengadu.
“Kebanyakannya memang kita tangkap di rumah selepas dihubungi ahli
kelu-arga menerusi talian hotline AADK. Kebanyakan ahli keluarga
menghubungi kami kerana tidak tahan apabila melihat suami atau anak
terlalu asyik menghisap dadah sepanjang berada di rumah. “Jadi,
mahu atau tidak mahu, kami terpaksa turun padang kerana kita tidak
mahu berlakunya sebarang penderaan fizikal atau seksual berlaku
dalam tempoh itu. “Walaupun dalam tempoh penularan pandemik
COVID-19, kita ambil risiko dan mewujudkan satu prosedur operasi
standard (SOP) untuk menangkap mereka yang terlibat dengan dadah di
Melaka sepanjang PKP,” katanya dalam satu wawan-cara khas bersama
media di pejabatnya. Nazir berkata, pihaknya bagaimanapun tidak
memberi jawapan yang pasti dari mana bekalan dadah itu diperolehi
sepanjang tempoh PKP walaupun sempadan an-tara negeri dan negara
sudah ditutup. “Kita tidak tahu bagaimana mereka mendapat stok.
Adakah melalui proses tem-pahan atau lain-lain. Itu yang masih
menjadi persoalan sehingga kini. “Apa pun, kita berharap, sesiapa
sahaja yang mempunyai maklumat mengenai penyalahgunaan atau
penagihan dadah di kawasan masing-masing untuk menghubungi hotline
kami di talian 03-89112424 atau 019-6262233,” ujarnya.
Melaka rekod 215 individu positif dadah sepanjang PKP
ANTARA tangkapan yang dilakukan AADK Melaka sepanjang tempoh
PKP/PKPB/PKPP. Foto : AADK Melaka
EDISI 28 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2020 - am_Layout 1 25/9/2020 7:25
PM Page 2
-
Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 l 10 Safar 1442H-16
Safar 1442H8
MELAKA HARI INI NO.TEL : 06 - 251 9314, 06 - 251 9315 FAX : 06 -
251 9316Pengarang MOHD HAMZATUL AKMAR MD ZAKARIA
[email protected]
Penolong Pengarang AHMAD FUAD RAMDAN
[email protected]
EDITORIAL
LIANA SAHABUDIN [email protected]
WARTAWAN MOHD FAIZ ABU HASAN [email protected]
MOHD FAZRUL ABDUL MAJID [email protected]
FARAH SUHAIDAH OTHMAN [email protected]
NURSALIA SALBERI [email protected]
PEMASARANPengurus MUHAMMAD HAMZI ROSMANI [email protected]
018 - 329 9936
SITI NAJIHA ABDULLAH [email protected]
ZUL RAHIMI RAMLI [email protected]
Jurukamera ISMAIL IBRAHIM [email protected]
PENOLONG PENGURUS ASHALIA YUSOF
[email protected]
Penyunting Video RABIAH OSMAN [email protected]
Wartawan Penyiaran MOHAMAD FARIS HAIKAL
[email protected]
MELAKA TV
DIGITAL Pengurus RAFIE JAMALUDIN [email protected]
AUFA IZZATI AHMAD ZAILANI [email protected]
UNIT IT MEDIA SOSIAL
SHARIFAH NORKHALIDAH SYED KHAIDZIR [email protected]
GRAFIK HANALIZA JUMINGAN [email protected]
AMBRAN MOHAMED [email protected]
MIMIE AZURA ABU BAKAR [email protected]
Jurufoto Kanan AZREN JAMALUDIN [email protected]
AMIRUL RAMLI [email protected]
PEREKA GRAFIK MUHAMAD AIZAT BAHRUDIN
[email protected]
RIM - “Saya tidak men-yangka kami akan memi-liki rumah sendiri,
dan saya mengucapkan terima kasih kepada TNB kerana sudi bantu
kami,” jelas penerima Projek Mesra Rakyat (PMR) TNB 2020 Peringkat
Negeri Melaka, P. Marimah,63, baru-baru ini. Menurut Marimah,
sebelum ini dia bersama suami, Vellasamy,83, meng-hadapi liku
kehidupan yang sukar kerana bergantung kerja sebagai penoreh getah
selain perlu menanggung sewa rumah serta kos ke-hidupan seharian.
“Saya dan suami me-mang berhadapan dengan keadaan yang sukar,
dita-mbah pula kesihatan saya sendiri tidak mengizinkan, agak
membataskan perger-
akan kerja sebagai penoreh getah. “Namun, saya bersa-ma suami
amat bersyukur dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga ke-pada
TNB kerana me-menuhi impian kami untuk memiliki rumah sendiri,”
katanya selepas Majlis Penyerahan Projek Mesra Rakyat (PMR) TNB
2020 Peringkat Negeri Melaka di
Desa Kesang Utama, Jasin yang disempurnakan sen-diri oleh
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
Hadir sama Timbalan Speaker DUN merangkap Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Rim Datuk Wira Ghazale Muhamad, Ketua Komunikasi
Korporat, Jabatan Hal Ehwal Korporat TNB Datuk Baderul Sham
Saad serta Ketua (Perkhid-matan Pelanggan) TNB Melaka Khairizam
Ibrahim. Sementara itu, Ab. Rauf menyifatkan usaha TNB wajar dipuji
kerana terus membantu golongan kurang berkemampuan
dan berharap syarikat ber-kaitan kerajaan (GLC) yang lain dapat
mencontohi usa-ha tersebut. “Usaha TNB dalam membantu golongan
ku-rang berkemampuan wajar dipuji kerana menerusi
Projek Mesra Rakyat me-reka ini, telah banyak memberikan
kelegaan ke-pada golongan tersebut. “Saya berharap GLC yang lain
juga dapat men-contohi usaha TNB ini,” katanya.
“Terima kasih TNB”
Din Ahmad TANJUNG BIDARA - Tanaman jagung yang dirosakkan babi
hutan dan monyet menyebabkan dua rakan kongsi yang mengusa-hakan
tanaman itu terpaksa menanggung kerugian tinggi. Selepas menanggung
keru-gian demi kerugian akibat ladang
jagung dirosakkan haiwan berke-naan, Norazwan Kamaruddin, 31,
dan Mohd Saufee Kamarudin, 32, bertekad melengkapkan la-dang seluas
dua hektar dengan pagar elektrik bagi mengelak se-rangan haiwan
perosak itu. Pagar yang menggunakan tenaga solar itu dipasang di
ka-wasan sepanjang 500 meter di
bahagian ladang yang bersem-padan dengan hutan. Berkat ilmu
mengenai te-naga elektrik yang dimilikinya, bekas juruelektrik itu
mengeluar-kan kos RM4,000 bagi mendap-atkan kepingan solar, bateri
dan gelungan dawai sepanjang 500 meter untuk dipasang di ladan-gnya
di Kampung Jeram, Masjid
Tanah. “Kami tidak sanggup lagi menanggung kerugian akibat
tin-dakan babi hutan dan monyet men-cerobohi ladang untuk memakan
jagung dan untuk mengatasi-nya, kami terpaksa mengeluar-kan kos
bagi mendapatkan pagar elektrik,” katanya ketika ditemui di kebun
itu baru-baru ini. Bagi menjimatkan kos, be-liau dan rakan
kongsinya mema-sang sendiri pagar berkenaan berbanding mengupah
kontrak-tor yang lazimnya mengenakan caj agak tinggi.
“Alhamdulillah, sejak me-masang pagar elektrik pada Mei lalu, kebun
kami tidak lagi dicer-obohi babi hutan dan monyet berbanding
keadaan sebelum itu yang menyebabkan kami ter-paksa menanggung
kerugian yang tinggi,” katanya. Norazwan dan Mohd Saufee memulakan
projek itu di ka-wasan seluas dua hektar selepas menimba ilmu hanya
melalui se-orang pemilik akaun Facebook yang mengusahakan tanaman
berkenaan di kawasan seluas 40 hektar di Rembau, Negeri
Sembi-lan.
Beliau berkata, mereka mem-buat pelaburan awal RM10,000 untuk
membersihkan hutan, mem-bajak tanah, menabur kapur dan menanam
jagung hasil daripada bimbingan pemilik akaun terbabit pada
Februari lalu. “Pada mulanya kami me-nanam jagung mutiara di
kawasan hanya seluas 0.4 hektar untuk membuat penilaian hasil-nya
dan selepas 65 hari kami sudah boleh menuai hasilnya. “Tuaian
pertama kami memperoleh 9,000 tongkol (biji) jagung mutiara yang
amat dige-mari peniaga jagung rebus ker-ana ia lebih lembut
berbanding jenis yang lain,”katanya. Dengan memasarkan jagung
mutiara pada harga enam tongkol RM10 kepada pelanggan atas talian
dan setongkol RM1 kepada pemborong (belian an-tara 50 hingga 200
tongkol), mereka memperoleh pulangan antara RM7,000 hingga RM8,000
bagi setiap 0.4 hektar. Selepas tujuh bulan men-gusahakan tanaman
berkenaan, mereka sudah mampu ter-senyum menikmati hasil tuaian
yang amat menggalakkan.
Labur RM4,000 pasang pagar elektrik
Saya bersama suami amat bersyukur dan mengucapkan terima kasih
tidak terhingga kepada TNB kerana memenuhi impian kami untuk
memiliki rumah sendiri.
“AB. Rauf menyampaikan replika kunci kepada P. Marimah (dua
kiri) dan Vellasamy (kiri) dalam Majlis Penyerahan PMR TNB 2020
Peringkat Negeri Melaka di Desa Kesang Utama, Jasin, baru-baru
ini.
“NORAZWAN membetulkan wayar pagar elektrik di ladang jagungnya
di Kampung Jeram, Masjid Tanah.
28-4 oktoberr-jot_Layout 1 25/9/2020 10:57 AM Page 7
-
Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 l 10 Safar 1442H-16
Safar 1442H9
Mohamad Fazrul Abdul Majid AYER KEROH - Penubuhan Univer-siti
Melaka (UNIMEL) disasarkan akan terlaksana selewat-lewatnya pada
Januari tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa di Jabatan Ketua
Menteri (Pendi-dikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional
Sains dan Ino-vasi) Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, setakat ini
pihaknya ma-sih dalam proses menyiapkan kertas kerja mengikut
kriteria yang ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Menurutnya, majoriti kriteria yang diperlukan sudah dilengkap-kan
dan kini hanya tinggal kira-kira empat atau lima kriteria sahaja
lagi yang belum dicapai. “Jadi, kita punya sasaran ia-lah menjelang
hujung tahun kita
nak cuba pastikan semua kriteria yang ditetapkan KPT dapat kita
capai yang mana sekarang ini pihak kita bersama-sama Kolej
Universiti Islam Melaka (KUIM) sedang menyiapkan segala ke-hendak
yang diperlukan. “Jadi, doa-doakanlah sele-wat-lewatnya awal
Januari 2021 nanti kita dapat buat pengumu-man bahawa UNIMEL ini
terlak-sana,” katanya ketika ditemui dalam majlis penyampaian
Anu-gerah Perkhidmatan Cemerlang bagi guru-guru Sekolah Rendah
Agama JAIM di MITC. Mengulas lanjut mengenai penubuhan UNIMEL, Noor
Ef-fandi berkata, pihaknya juga bercadang untuk menawarkan lebih
banyak program-program baharu terutamanya di peringkat pasca
siswazah, sarjana dan dok-
tor falsafah (PHD). “Kita cuba nak jadikan UNI-MEL yang baharu
ini berada di mana-mana seluruh negeri Me-laka. Sasaran kita untuk
men-jadikan Institut Tun Perak (ITP) di Batu Berendam sebagai
tem-pat pasca siswazah. “Manakala, Ketua Menteri juga turut
mencadangkan agar Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Kuala Linggi
diwujudkan satu Fakulti Kejuruteraan Marin. Jadi, kita berusaha
untuk ke arah itu dan mewujudkan lebih banyak pro-gram-program
relevan dengan ke-hendak semasa,” ujarnya lagi. Untuk rekod, UNIMEL
ba-kal menjadi universiti penuh per-tama milik Kerajaan Negeri
Melaka melalui gabungan dua buah Institut Pengajian Tinggi (IPT)
iaitu KUIM dan MiCOST.
Sasar UNIMEL terlaksana awal 2021
Faiz Hasan KUALA LINGGI - Beberapa pakar rujuk akademik dari
pelbagai univer-siti seluruh negara akan bersama bagi membantu
melengkapkan beberapa kriteria yang diperlukan sebelum penubuhan
Universiti Melaka (UNIMEL). Timbalan Naib Canselor Pengu-rusan
Korporat, Penyelidikan dan In-ovasi Kolej Universiti Islam Melaka
(KUIM) Prof. Madya Dr. Afizan Azman berkata sebuah bengkel yang
akan mengumpulkan pakar aka-demik akan dilaksanakan bagi
me-mastikan pematuhan kriteria dalam menjadikan KUIM sebagai UNIMEL
diiktiraf menerusi beberapa perkara yang ditetapkan. “Pada 5 atau 6
Oktober nanti pertemuan ini akan diadakan dengan wakil dari KPT dan
kerjasama pakar
rujuk dari Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti
Kebangsaan Ma-laysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi
bersama mem-bincangkan dan membantu segala pematuhan kriteria yang
perlu diper-incikan lagi. “Malah pelbagai peringkat per-laksanaan
perlu dijalankan dari se-masa ke semasa bagi memastikan segala
kertas kerja yang dibentangkan dikemaskini dan dilengkapi melalui
beberapa peringkat pentadbiran,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Dalam pada itu menurutnya,
penubuhan UNIMEL merupakan perkara yang wajar dilaksanakan bagi
membina sebuah lambang pen-didikan baharu di negeri ini. Ujarnya,
penubuhan UNIMEL sekali gus membuka gerbang baharu pendidikan di
negeri ini dalam pel-bagai bidang kajian dan penye-lidikan. “KUIM
akan memastikan segala kriteria ini dicapai dan berharap perkara
ini akan selesai menjelang tahun 2021 seiring dengan hasrat
kerajaan negeri dalam penubuhan universiti ini,” katanya.
Pakar akademik bantu lengkapi kriteria UNIMEL
“
NOOR Effandi
AFIZAN
KUALA LINGGI - Melaka Hari Ini (MHI) bersama Kolej Universiti
Islam Me-laka (KUIM) merangka kerjasama strategik bagi mengeratkan
hubungan bersama demi mencapai aspirasi kerajaan negeri. Melalui
kunjung hor-mat pengurusan tertinggi MHI ke KUIM baru-baru ini
pelbagai perancangan telah diperhalusi mem-babitkan beberapa aspek
bagi memperkukuhkan platform kedua pihak. Timbalan Naib Can-selor
Pengurusan Korpo-rat, Penyelidikan dan Inovasi KUIM Prof. Madya Dr.
Afizan Azman berkata, menerusi sesi perbincan-gan itu pelbagai
langkah telah dicadangkan anta-ranya membabitkan aspek promosi dan
pendidikan
akademik antara MHI dan KUIM. Dalam masa sama ka-tanya, platform
pendigita-lan MHI menjadikan syarikat tersebut sebagai media utama
di Melaka merupakan kaedah terbaik dalam mempromosi pen-didikan dan
perkhidmatan yang dirancang kedua pi-hak. “Kita akan teruskan
dengan pelbagai cadangan yang dibincangkan terma-suk menjalin
hubungan baik bersama MHI dalam bidang akademik dengan penganjuran
beberapa bengkel berkaitan industri media ini. “Malah, kita juga
akan menjalinkan perjanjian per-sefahaman (MoU) antara kedua belah
pihak bagi mengukuhkan jalinan sedia
ada demi pembangunan dan manfaat bersama pada masa akan datang,”
katanya.
Pada kunjung hormat yang diadakan di Pejabat Pentadbiran KUIM
baru-
baru ini telah dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MHI Datuk Seri
Abdul Jalil
Hamid dan Ketua Pegawai Operasi MHI Anuar Shaa-ri.
MHI-KUIM jalin kerjasama strategik
AFIZAN yang mewakili Naib Canselor KUIM Prof Datuk Dr. Mohd Taib
Dora menyampaikan cenderahati kepada Abdul Jalil dalam sesi
kunjungan hormat MHI ke KUIM baru-baru ini.
Penubuhan UNIMEL sekali gus membuka gerbang baharu
pendidikan
di negeri ini dalam pelbagai bidang kajian dan penyelidikan.
“
28-4 oktoberr-jot_Layout 1 25/9/2020 5:41 PM Page 10
-
Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 l 10 Safar 1442H-16
Safar 1442H10
Liana Sahabudin AYER KEROH - “ Sebelum ini sa-ya niaga dengan
mak, sejak Pe-rintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya ambil keputusan
un-tuk niaga secara atas talian,” kata peniaga Nur Farhanim
Kama-rulzaman, 29. Menurutnya, walaupun PKP namun usaha untuk
teruskan berniaga tidak pernah putus, malah tetap meneruskan
pernia-gaan secara atas talian. “Dari umur 23 hingga seka-
rang memang saya dah terlibat dalam bidang perniagaan ni, masa
PKP saya berniaga ‘online’ kambing perap dan roti canai frozen
(sejuk beku). “Alhamdulillah masa PKP sambutan sangat
memberang-sangkan, paling tidak dapat ban-tu bayar gaji
pekerja-pekerja saya sedia ada,” katanya ketika dite-mui MHI. Nur
Farhanim bukan saja sudah lama menceburi bidang perniagaan, malah
berbakat da-lam menebar roti canai sejak usia
15 tahun. “Saya boleh buat roti canai dari Tingkatan tiga lagi,
masa tu kesian dekat mak jadi saya ambil peluang untuk bantu pada
hari Sabtu dan Ahad. “Pernah juga buka spa masa umur 20 sehingga 22
tahun, le-pas tu saya tak teruskan lagi se-bab berkahwin dan banyak
komitmen,” katanya sekarang meneruskan perniagaan sendiri bersama
suami. Katanya, turut menerima bantuan Geran Khas Prihatin
(GKP) RM3,000 bagi menam-pung perbelanjaan peralatan kedai
selepas diberi kebenaran untuk berniaga dalam Pelak-sanaan Perintah
Kawalan Perger-akan Pemulihan (PKPP). “Alhamdulillah, saya
dapat
juga bantuan GKP, dengan bantuan ini dapatlah saya cover semula
un-tuk membeli barang-barang niaga. “Kedai sekarang ini saya dapat
masa dalam PKP jadi tak dapat teruskan niaga selain atas talian
sahaja,” katanya lagi.
AYER KEROH - “Tak sang-ka buat replika Menara Taming Sari (MTS)
guna bahan kitar semula boleh jadi johan pertandingan,” kata Ariff
Anwar 36. Ariff merupakan bapa kepada Batrisyia Rifqah,6, mengambil
peluang ber-sama isteri dan anaknya untuk mereka cipta replika MTS
kerana ia merupakan ikon yang dibanggakan di Melaka. “Bila Tadika
JAIM Merlimau Pasir buat per-tandingan reka cipta tema ‘Kemerdekaan
Negaraku’, kami terfikir untuk mem-buat replika MTS kerana kita
berada di Melaka. “Jadi saya bawa Ba-trisyia (anak) pergi melihat
sendiri MTS supaya dia dapat gambaran sendiri
dan sebelum ini dia juga pernah naik menara ini,” katanya ketika
dihubungi MHI. Ariff berkata, anak bongsu dari tiga beradik ini
gemar mengumpul barang kitar semula dan terlintas untuk menggunakan
ba-rang itu bagi mereka cipta replika MTS. “Anak saya memang suka
barang kitar semula, kita memang dah ada botol-botol dan penutup
botol. “Dalam mereka MTS, kita gunakan tin minuman untuk buat
tiang, penutup botol pula untuk buat ‘foundation’ (asas) menara dan
logo Malaysia Prihatin juga gunakan penutup bo-tol itu,” katanya.
Katanya tidak sangka
dengan menggunakan ba-han kitar semula replika MTS rekaannya
bersama Batrisyia layak menjadi johan pertandingan. “Untuk siapkan
cuma ambil masa lima hari sebab kekangan waktu saya dan isteri yang
bekerja, waktu malam kami ambil peluang untuk siapkannya. “Cabaran
nak siapkan replika sudah pasti ada, namun kami rasa seronok dapat
siapkannya sekali gus menyemarakkan se-mangat patriotik,” katanya.
Sementara itu Guru Besar Tadika JAIM Merli-mau Pasir Rohaya Bakar
berkata, pertandingan itu bermula 20 Ogos sehingga 15 September
lalu melibatkan seramai 18 penyertaan. “Keputusan pertan-
dingan kita umumkan baru-baru ini (17 Septem-ber), kali ini ada
kelainan sedikit, peserta perlu siap-
kan replika di rumah ker-ana musim COVID-19. “Penyertaan kali
ini melibatkan murid-murid
berumur enam tahun, kita akan teruskan aktiviti se-perti ini
pada setiap ta-hun,” katanya.
Adik Batrisyia johan reka cipta replika MTS
Alhamdulillah masa PKP sambutan sangat memberangsangkan, paling
tidak dapat bantu bayar gaji pekerja-pekerja saya sedia ada.“
NUR Farhanim mempunyai bakat membuat roti canai.
BATRISYIA merangkul johan bagi Pertandingan Reka Cipta Bersama
Ibu Bapa bertemakan Kemerdekaan Negaraku.
ROTI canai antara menu disediakan di gerai Nur Farhanim.
PKP bukan alasan tidak jana pendapatan “
28-4 oktoberr-jot_Layout 1 25/9/2020 10:58 AM Page 9
-
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin
Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang
siapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya
pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami
berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi
balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Surah Ali Imran Ayat
145
EDISI 28 SEPTEMBER 2020 - 4 OKTOBER 2020
MIMBAR MAIMEDISI KHAS
Kukuhkan akidah saudara baru muslimMELAKA TENGAH - Pemurnian
ibadat antara wadah penyampaian yang dilihat cukup berkesan untuk
membina sahsiah terpuji termasuk dalam kalangan saudara baru atau
mualaf. Penggunaan bahasa seperti Mandarin, Kantonis dan Hokkien
serta bahasa Inggeris mahupun
Tamil, ia alternatif terbaik bagi melancarkan komunikasi untuk
menyampaikan ilmu. Kes murtad merupakan gejala yang sangat
membimbangkan da-lam kalangan mualaf dan masya-rakat Islam kerana
kekurangan ilmu agama khususnya dalam bab akidah serta solat.
Pemantapan kursus dan kelas fardhu ain turut memberi pende-dahan
termasuk latihan secara teo-
ri dan praktikal berkenaan akidah serta solat kepada peserta
selain amalan kehidupan Islam seharian. Program yang sering
diadakan merupakan salah satu inisiatif untuk melahirkan saudara
Muslim bertakwa selain memperkukuhkan atau memantapkan lagi minat
pe-serta dalam menuntut ilmu agama. Apabila menerima Islam, den-gan
secara tidak langsung mereka adalah saudara kita walaupun ber-
lainan bangsa dan menjadi keuta-
maan kepada individu muslim lain untuk membimbing mereka
men-jadi insan yang kekal utuh dengan akidah Islam. Sebagai saudara
Muslim, kita perlu menjadikan golongan yang mempraktikkan agama
Islam tidak kira Melayu atau Cina sekali pun sebagai suri teladan
(role model). Usaha dakwah itu penting bagi melahirkan saudara
muslim yang berilmu dan berakhlak mulia yang mampu menjadi
pemangkin ke-pada keluarga mereka. Dengan penekanan dan pen-dirian
yang luhur akan menjadikan saudara muslim itu lebih berke-trampilan
dan bertanggungjawab khususnya terhadap agama, kelu-arga mahupun
masyarakat. Saudara Muslim perlu me-ngikuti kelas pengajian harian
yang dianjurkan sama ada oleh Majlis
Agama Islam Melaka (MAIM) ataupun Pertubuhan Bukan Kera-jaan
(NGO) Islam secara percuma supaya mereka dapat mendalami pelajaran
agama Islam yang dik-endalikan guru bertauliah. Malah peserta
digalakkan mengikuti setiap kursus yang dian-jurkan bagi
mempertingkatkan ilmu agama Islam seperti kursus kefahaman Islam,
kelas fardu ain, kelas al-Quran dan khemah ibadat kerana segelintir
saudara Muslim kurang pendedahan dalam Islam meskipun sudah
beberapa tahun memeluk Islam. Pada masa sama, peserta turut
dibahagikan kepada lima pemu-dah cara melalui perhimpunan berbentuk
ilmu fardu ain dan ba-caan dalam solat bagi mening-katkan lagi
kefahaman Islam serta mengaplikasikan pelajaran secara amali.
Erwin Abu Hasan [email protected]
KURSUS sahsiah muslim menjadi pilihan saudara muslim dalam usaha
meningkatkan ilmu ukhrawi.
Usaha dakwah itu penting bagi melahirkan saudara muslim
yang berilmu dan berakhlak mulia yang mampu menjadi pemangkin
kepada keluarga
mereka.
“ “
sec1-mimie(28sep-4oct2020)NEW_Layout 1 25/9/2020 5:46 PM Page
6
-
Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16
Safar 1442H12 Erwin Abu Hasan
[email protected]
PERTEMUAN mesra Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka (ZM) Datuk
Ibrahim Fadzil bersama Pengurus Cawangan Bank Al-Rajhi Melaka Mohd
Zikhuan Miyan telah berlangsung di ibu pejabat ZM baru-baru ini.
Perbincangan prihatin kepada beberapa produk daripada bank
berkenaan serta perancangan strategi kutipan zakat di negeri
ini.
Tinjauan wakaf sekitar Negeri Melaka
UNIT Wakaf MAIM, diketuai Nasri Bucik mengadakan perbincangan
berkaitan tanah wakaf bersama ahli jawatankuasa Masjid Al-Aman
kariah Kelemak. SESI temu mesra bersama jawatankuasa Masjid Parit
Penghulu Daerah Jasin.
MENINJAU beberapa tanah wakaf di sekitar kariah Masjid Kuala Ina
Daerah Alor Gajah.
sec1-mimie(28sep-4oct2020)NEW_Layout 1 25/9/2020 5:46 PM Page
7
-
Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16
Safar 1442H13
SETIAP manusia di dunia ini tidak mahu ke-hidupan yang
disia-siakan atau menang-gung kerugian dalam pelbagai urusan
hidupnya. Matlamat yang paling utama adalah mencapai kejayaan dan
keuntungan di dunia, malah tidak mahu terjerumus ke lembah kerugian
dalam kehidupan selepas di dunia iaitu akhirat kelak.Sebagaimana
firman Allah SWT di dalam Surah Al-Ashr ayat 1-3: Yang bermaksud:
“Demi masa. Se-sungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam
kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal
soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling
menasihati supaya untuk kesabaran.” Sebagai umat Islam yang
mengakui beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT kita hendaklah
menyakini bahawa kehidu-pan di dunia ini adalah sementara dan
ke-hidupan di akhirat adalah kekal abadi. Oleh itu, perlulah
memperbanyakkan amal ke-baikan dengan berbuat baik antara satu
sa-ma lain iaitu menjaga hubungan baik sesama manusia. Antaranya
membantu dan menolong mereka yang mengalami kesu-litan hidup sama
ada membantu dari segi kewangan, pendidikan, perubatan, dan
sebagainya. Justeru ini, agama Islam amat me-nuntut umatnya
melakukan ibadah zakat demi membantu asnaf yang memerlukan. Islam
menjadikan golongan kaya sebagai go-longan yang bertanggungjawab
atau ber-peranan terhadap kekurangan yang dimiliki oleh golongan
miskin melalui pemberian zakat, sedekah, infak, wakaf dan
sebagainya. Jika tidak melaksanakan yang sedemikian itu, maka orang
kaya itu tidak akan men-dapat nikmat keberkatan hidup di dunia
mahupun di akhirat kelak. Ketika orang kaya memberikan bantuan
kepada orang miskin, mereka seharusnya mengetahui bahawa di dalam
harta mereka ada hak orang miskin. Sepertimana firman Allah SWT di
dalam Surah Al-Ma’arij, ayat 24-25: Yang bermaksud: “Dan
orang-orang
yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu. Bagi orang
miskin yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa yang
tidak mahu meminta.” Oleh kerana itulah melunaskan zakat boleh
dianggap sebagai pembersihan harta kepada orang yang berkemampuan.
Seba-gaimana golongan muzzaki (pemberi zakat) menghulurkan bantuan
kepada mereka yang memerlukan, sehingga dapat meng-hindarkan diri
daripada sifat tamak dan ke-dekut terhadap pemilikan hartanya. Mana
kala golongan mustahik (penerima zakat) mendoakan kesejahteraan dan
keberkatan kepada pemberi zakat seterusnya menjauhi daripada sifat
dengki dan rasa cemburu ke-pada golongan yang berharta. Sebagaimana
dalam firman Allah SWT di dalam Surah Ali-Imran, ayat 180: Yang
bermaksud: “Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan
harta benda yang telah dikurniakan Allah SWT kepada mereka dari
kurniaan-Nya, me-nyangka bahawa kebakhilannya itu baik bagi mereka.
Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang
mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di Hari
Kiamat. Dan kepunyaan Allah SWT segala warisan yang ada di langit
dan di bumi. Dan Allah SWT mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Selain daripada itu, golongan yang eng-gan melunaskan zakat tetapi
masih tetap mengakui tentang kewajipan berzakat, maka golongan
berkenaan dikira berdosa atas tindakannya itu. Oleh sebab itulah
peme-rintah berhak memerangi mereka sehingga mereka melunaskan
kewajipan zakat tersebut dan wajib mengambil zakatnya ser-ta
dikenakan hukuman takzir (pengajaran) kepada mereka, sepertimana
telah dilak-sanakan di zaman kegemilangan Islam di bawah
pemerintahan Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz. Sebenarnya zakat yang
kita lunaskan adalah merupakan taruhan dan jaminan kepada kita demi
mendapatkan keberkatan abadi daripada Allah SWT Sebagaimana
janji-Nya di dalam Al-Quran. Allah SWT berfirman di dalam Surah
Al-A’raaf, ayat 96: Yang bermaksud: “Jikalau sekiranya penduduk
negeri-negeri beriman dan ber-takwa, pastilah kami limpahkan kepada
mereka keberkatan daripada langit dan bumi, tetapi mereka
mendustakan (ayat-ayat kami) itu, maka kami seksa mereka disebabkan
perbuatannya.”
Punca utama yang menyebabkan terda-patnya individu yang tidak
mahu melu-naskan zakat harta ini adalah akibat terlalai dengan
kemewahan yang dikecapi oleh mereka. Sebagaimana dalam firman Allah
SWT di dalam Surah Al-Munafiqun ayat 9: Yang bermaksud: “Hai
orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan
kamu dari mengingati Allah SWT. Barangsiapa yang berbuat demikian
maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” Sesungguhnya dalam
Al-Quran telah banyak memberi peringatan kepada orang yang enggan
melunaskan zakat. Oleh itu, orang yang mengabaikan kewajipan
melu-nas zakat sedangkan mereka mampu dan telah memenuhi
syarat-syarat wajib ber-
zakat, maka seseorang itu telah melakukan dosa besar dan
dijanjikan dengan balasan seksaan yang amat pedih lagi menyakitkan.
Oleh yang demikian, sesiapa yang mensia-siakan ibadah ini, mereka
tidak akan memperolehi ganjaran pahala dan jaminan syurga di
akhirat kelak. Secara kesimpulannya, masyarakat Is-lam diseru agar
bersegera menunaikan ke-wajipan Zakat Harta antaranya Zakat
Pendapatan, Wang Simpanan, KWSP/ LTAT, Emas & Perak,
Perniagaan, Saham, Pertanian, Penternakan & Galian yang perlu
dizakatkan jika telah mencukupi syarat-syarat wajib zakat. Semoga
Allah SWT membalas sebaik-baik balasan apa yang diberikan dan
melimpah segala berkat ke atas apa yang ditinggalkan.
InsyaAllah.
Jaminan akhirat yang tidak merugikan
KETUA Pegawai Eksekutif Zakat Melaka (ZM) Datuk Ibrahim Fadzil
menyampaikan plak dan sijil penghargaan kepada delegasi Agro Bank
Berhad yang diketuai Md Yassin A. Hamid di atas kejayaan menerima
Anugerah Zakat Melaka Tahun 2019 bagi Kategori Peratusan Kutipan
Tertinggi Ejen Bank.
Sebarang Pertanyaan Mengenai Zakat Sila Hubungi Di Talian : Ibu
Pejabat, Tel : 06-2812443 / 2441 / 2442 Faks : 06-2818154
- Cawangan Alor Gajah, Tel : 06-5562340 - Cawangan Masjid Tanah,
Tel : 06-3845453
- Cawangan Jasin, Tel : 06-5294635 - Cawangan Merlimau, Tel :
06-2633148
- Cawangan Pulau Sebang, Tel : 06-4413358 - Cawangan Utc Melaka,
Tel : 06-2831440
Talian Zakat : 1-300-88-0233 WhatsApp : Info Pertanyaan Zakat –
(011-58583885) Aduan Asnaf Zakat – (011-58583900) Laman Web :
www.izakat.com
Datuk Hj. Ibrahim Bin Fadzil
Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Melaka, Majlis Agama Islam
Melaka.
sec1-mimie(28sep-4oct2020)NEW_Layout 1 25/9/2020 5:47 PM Page
8
-
Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16
Safar 1442H14
Dalami pemahaman dan pengamalan ilmu al-QuranAYER KEROH -
Pemantapan ilmu berkaitan al-Quran menjadi keuta-maan kepada semua
individu yang terlibat khususnya kepada mereka yang menyampaikan
dakwah di sekitar negeri ini. Pemegang tauliah al-Quran di negeri
ini merupakan individu
yang bertanggungjawab menyam-paikan ilmu dengan penuh keter-
tiban bagi memastikan ia dapat di-manfaat dengan sebaiknya oleh
masyarakat Islam. Pemahaman tentang maksud dan tafsiran al-Quran
yang sahih merupakan penekanan utama pe-megang tauliah al-Quran
dalam menyampaikan dakwah mereka bagi mengelakkan kekeliruan
da-
lam kalangan masyarakat Islam. Maqasid al-Quran perlu di-
sampaikan dan diterjemah melalui kaedah yang lebih mudah bagi
memberi pemahaman mendalam kepada orang ramai berikutan ma-sih
ramai dalam kalangan ma-syarakat Islam tidak memahami isi kandung
kitab suci berkenaan. Pembacaan sahaja tidak men-cukupi dan
masyarakat islam perlu
mengamalkan segala butiran ilmu yang terdapat dalam kitab suci
al-Quran supaya menjadi satu ama-lan rutin yang mampu membentuk
peribadi mulia. Terkini, Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM) telah
mengambil inisiatif tambahan dengan men-gadakan Seminar Pemantapan
Ilmu Pemegang Tauliah Al-Quran Peringkat Negeri Melaka baru-baru
ini. Seminar yang dihadiri seramai 100 orang pemegang tauliah
al-Quran di negeri ini memberi tum-puan kepada kaedah penyampaian
dakwah dan ceramah berlan-daskan prinsip tafsiran al-Quran
yang tepat. Adalah menjadi keutamaan kepada peserta seminar
memas-tikan setiap penyampaian yang diberi haruslah dimanfaatkan
se-baiknya dan menjadi amalan harian dalam usaha membentuk ummah
madani yang harmoni. Seminar berkenaan meru-pakan antara program
tahunan yang dianjurkan oleh JMNM bagi memberi peluang dan ruang
kepada pemegang tauliah men-dalami ilmu berkenaan al-Quran. Majlis
perasmian penutup seminar berkenaan telah diras-mikan oleh Mufti
Negeri Datuk Wira Abdul Halim Tawil.
Erwin Abu Hasan [email protected]
SEBAHAGIAN peserta hadir pada program berkenaan.
PENCERAMAH jemputan menyampaikan ceramah peri pentingnya
pemahaman al-Quran.
SETIAUSAHA MAIM, Muhammad Ikram Ibrahim menerima kehadiran
delegasi Bank Islam Malaysia Berhad diketuai Ketua Pegawai
Kewangan, Azizan Abdul Aziz baru-baru ini. Kunjung hormat berkenaan
membincangkan berkaitan kerjasama Program Pembiayaan Mikro i-Tekad
dan pembiayaan Peribadi i-Asnaf bagi kemudahan asnaf MAIM di negeri
ini.
sec1-mimie(28sep-4oct2020)NEW_Layout 1 25/9/2020 5:45 PM Page
5
-
15Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16
Safar 1442H
TIDUR di dalam kereta boleh menjadi pengalaman yang cukup selesa
umpama tidur di Hotel 5 bintang, dengan peng-hawa dingin yang
menghembus udara sejuk dan suasana yang senyap men-jadikannya
pilihan yang optimum. Namun sejauh mana selamatnya tidur dalam
kenderaan ? Kadang-kadang kita melakukan perkara yang baik bagi
mengatasi masalah men-gantuk ketika memandu dengan berhenti berehat
yang secara tidak langsung mem-bantu mengurangkan statistik
kemalangan. Bagaimanapun, aktiviti ini boleh membawa maut sekiranya
kita tidak peka mengenai bahayanya tidur dalam kenderaan yang
tertutup dengan enjin masih dihidupkan. Tambahan pula, ramai
kalangan kita mengamalkan tabiat menunggu dalam kenderaan dengan
enjin dan penghawa dingin dihidupkan untuk jangka masa yang lama.
Kebanyakan negara maju telah menetapkan kesalahan yang boleh
dike-nakan kompoun kepada sesiapa yang menunggu dalam kenderaan.
Ini dise-babkan kesannya yang bukan sahaja membahayakan nyawa
manusia tetapi dengan pelepasan gas pencemar juga akan memudaratkan
alam sekitar. FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMATIAN Faktor terpenting
yang boleh menyebabkan kematian semasa tidur dalam kereta adalah
karbon monoksida (CO) iaitu komponen utama dalam asap ekzos kereta.
Lebih-lebih lagi kenderaan yang ‘“berusia” apabila sistem mekanikal
kereta tidak sesuai dengan standard yang ditetapkan berkemungkinan
boleh berlaku kebocoran ekzos. Jika jumlah besar CO terkumpul dalam
ruang kenderaan anda, risiko maut menanti tanpa disedari kerana
anda sedang bernafas dalam racun yang tidak berbau dan
berwarna.
Selain itu, peningkatan karbon mo-noksida juga boleh berlaku
disebabkan penghawa dingin yang tidak dapat berfungsi dengan baik
yang boleh jadi penyebab kematian semasa tidur. Jadi bagaimana gas
CO membunuh anda?. Ini berlaku apabila ia akan men-gurangkan
kemampuan darah untuk membawa oksigen ke sel-sel dalam ba-dan anda
termasuk otak dan akan men-gakibatkan kekurangan oksigen dalam otak
seterusnya membawa maut. Apabila tahap CO meningkat dan kekal lebih
70 ppm (kepekatan dalam 1 molekul CO dalam sejuta-ppm), seseo-rang
itu boleh mengalami sakit kepala, keletihan dan loya. Pada
kepekatan CO yang berterusan lebih 150 hingga 200 ppm pula akan
men-gakibatkan seseorang itu tidak sedarkan diri yang boleh membawa
kematian. Sebenarnya, walaupun dalam keada-an kereta dengan sistem
penghawa dingin yang berfungsi dengan baik, peredaran udara di
ruang kenderaan tetap tidak men-cukupi bagi seseorang yang
menghirup udara di tempat tertutup. Negara kita yang beriklim panas
dan lembap sepanjang tahun menjadi lumrah kepada kita memasang
penghawa dingin walaupun menunggu dalam kenderaan bagi jangka masa
yang singkat. Demi keselamatan elak menunggu dalam kenderaan
lebih-lebih bersama anak kecil yang bukan sahaja memba-hayakan
nyawa kita malah orang yang tersayang. Langkah terbaik, elakkan
tidur dalam kereta. Namun jika dalam keadaan mendesak yang
memerlukan tidur dalam kenderaan, pastikan enjin kenderaan
di-matikan dan tingkap dibuka seluas-luas-nya serta carilah tempat
yang sesuai untuk berehat. KESAN KARBON MONOKSIDA Langkah tambahan
mengatasi
masalah ini adalah dengan adanya sistem amaran awal gas CO
dengan menggu-nakan sensor kecil. Walaupun mengekalkan sistem ekzos
dan pelepasan akan mencegah ker-acunan karbon monoksida dan
menge-lakkan situasi berbahaya namun jika ditambah dengan alat
pengesan karbon monoksida akan dapat memberikan amaran awal kepada
kita. Memandangkan banyak kes maut di Malaysia akibat pencemaran
gas CO ini, teknologi perlu dibangunkan bagi men-gatasi masalah
ini. Sebilangan besar pengesan atau sen-sor, sensor karbon
monoksida direka untuk kegunaan rumah atau pejabat, tetapi kita
boleh menggunakan teknologi sensor yang sama dalam kereta atau
kenderaan lain. Saya sendiri bersama Prof Madya Dr. Sawal Hamid Md
Ali dari Jabatan Ke-juruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Alam
Bina, UKM sedang memban-gunkan sistem mikro sensor yang boleh
mengatasi masalah kebocoran gas CO dalam kenderaan. Baru-baru ini,
kumpulan kami berjaya mendapat geran protaip (Ke-menterian
Pendidikan Tinggi) dan geran CREST dalam teknologi sensor ini.
Diharapkan teknologi tempatan ini dapat diaplikasikan demi
keselamatan masyarakat pada masa hadapan terma-suk ingin
bekerjasama dengan industri automotif tempatan dan industri
perki-langan. Pada era teknologi sensor berlan-daskan IOT dapat
menyampaikan info kualiti udara kepada pengguna melalui telefon
pintar seterusnya memberi ama-ran awal sekiranya gas dikesan dalam
kepekatan yang tinggi.- BERNAMA Penulis merupakan Pensyarah Kanan
dan Penyelidik Pusat Sains Bumi & Alam Sekitar, Fakulti Sains
& Teknologi, Universiti Kebangsa-an Malaysia.
Bolehkah anda tidur dalam kereta?KEJADIAN menggemparkan negara
baru-baru ini melibatkan kebocoran gas karbon monoksida sewaktu
pemandu dan penumpang sedang tidur dalam kereta. Foto Sumber Sinar
Harian
KARBON monoksida yang merupakan komponen utama dalam asap ekzos
kenderaan penyebab kematian semasa tidur dalam kereta. Foto
internet
Jika jumlah besar CO terkumpul dalam ruang kenderaan anda,
risiko maut menanti tanpa disedari kerana anda sedang bernafas
dalam racun yang tidak berbau dan berwarna.
Pada era teknologi sensor berlandaskan IOT dapat
menyampaikan
info kualiti udara kepada pengguna melalui
telefon pintar seterusnya memberi amaran awal
sekiranya gas dikesan dalam kepekatan
yang tinggi
PROF Madya Dr. Mohd Shahrul Mohd Nadzir
EDISI 28 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2020 - am_Layout 1 25/9/2020 7:26
PM Page 6
-
Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 l 10 Safar 1442H-16
Safar 1442H16
Din Ahmad TABOH NANING - “Se-tiap kali hujan lebat di hulu
sungai, pondok kami akan dinaiki air tetapi se-tiap kali itu juga,
ada pihak yang membantu ka-mi menyelamatkan diri. “Kami sudah biasa
dengan banjir sejak ting-gal di pondok ini kira-kira 10 tahun lalu
dan ber-harap diberikan rumah bantuan kerajaan,” kata Sabtu Yusoh,
80. Warga emas itu ber-kata, beliau dan isteri, Se-mah Mansor, 78,
sekali lagi terpaksa berpindah ke pusat penempatan semen-tara (PPS)
Balai Raya Kampung Cherana Puteh, Simpang Ampat, di sini selepas
air naik kira-kira jam 8 malam tadi pada Isnin (21 September).
Katanya, hujan lebat mulai jam 5.30 petang baru-baru ini
menyebab-
kan sungai yang hanya kira-kira 1.5 meter dari pondok-nya
melimpah dan naik di kaki tangga pondok. Beliau mengucapkan jutaan
terima kasih ke-pada beberapa pemimpin kampung itu kerana membantu
mengangkat barangan keperluan dan menyediakan pengangku-tan untuk
memindahkan-nya dan isteri. “Alhamdulillah, pe-mimpin kampung ini
tidak pernah lupa untuk membantu kami setiap kali hujan lebat
kerana dia tahu pasti pondok kami dinaiki air setiap kali hu-jan
lebat,” katanya ketika ditemui di kampung ber-kenaan. Bekas pekerja
estet getah itu berkata, selain dia dan isteri, turut tinggal di
kawasan berhampiran sungai itu ialah anak bongsunya, Hamdan yang
berusia sekitar 40-an, is-
teri dan enam anak mereka yang menghuni rumah bersebelahan
den-
gan rumahnya. Katanya, dia sudah mengemukakan permo-
honan untuk mendapat-kan bantuan membina rumah di kawasan
agak
jauh dari kediaman sedia ada dan amat berharap ia segera
diluluskan.
‘Banjir sudah sebati dengan kami’
TABOH NANING - Hujan lebat baru-baru ini mengakibatkan tebing
sungai runtuh dan men-gancam keselamatan tujuh se-keluarga di
Kampung Sungai Buloh, di sini. Mereka diancam bahaya tanah runtuh
yang hanya kira-
kira satu meter dari kediaman mereka selepas tebing sungai
set-inggi kira-kira enam meter menggelongsor kira-kira jam 6.15
petang. Hujan lebat mulai jam 5.30 petang pada Isnin (21
Septem-ber) menyebabkan tebing berke-
naan melorot dalam tempoh kira-kira 15 minit, sekali gus
mengancam kediaman Hairud-din Bakar, 47 dan isteri, Normah Abu
Bakar, 40, serta lima anak berusia antara 10 hingga 19 tahun.
Hairuddin berkata, ketika
kejadian, beliau tiada di rumah kerana membeli barang di pekan
Simpang Ampat, di sini dan terkejut apabila isterinya
meng-hubunginya untuk memaklum-kan mengenai kejadian pada jam 6.15
petang. “Saya segera pulang dan terkejut apabila mendapati te-bing
setinggi kira-kira enam me-ter bersebelahan dapur sudah runtuh.
“Saya segera membawa is-teri dan anak keluar dari rumah dan
berpindah ke rumah ibu saya kira-kira satu kilometer dari sini,”
katanya ketika ditemui di kediamannya. Berikutan itu, mereka
di-nasihatkan Jurutera Daerah (JD) Jabatan Kerja Raya (JKR) Alor
Gajah Hafrin Salleh supaya men-gosongkan kediaman berkenaan bagi
mengelakkan kejadian tidak diingini. Normah berkata, beliau
ter-dengar lantai kaki lima dapur pecah pada jam 6.15 petang
se-belum menggelongsor sedikit demi sedikit ke dalam sungai. “Saya
amat takut melihat tanah menggelongsor perlahan-lahan dan segera
menghubungi suami, selain membawa lima anak untuk berlindung di
anjung rumah.
“Kami merasakan dapur rumah boleh runtuh bila-bila masa tetapi
alhamdulillah, Allah menyelamatkan kami daripada bahaya dan
runtuhan tanah ter-henti pada jarak kira-kira satu meter dari
dapur,” katanya. Sehubungan itu, malam tadi mereka menumpang tidur
di kediaman ibu mentuanya yang kosong berikutan kedua-dua ibu bapa
mentuanya sudah meninggal dunia beberapa ta-hun lalu. Sementara
itu, Hafrin ketika dihubungi berkata, jurutera JKR sudah meninjau
lokasi kejadian dan mencadangkan kerja pem-baikan tebing sungai
dijalankan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). “Bangunan kediaman
itu masih dalam keadaan baik tetapi lantai dapurnya sudah terlalu
hampir dengan runtuhan dan bagi mengelakkan kejadian tidak
diingini, ia harus dikosongkan,” katanya. Turut meninjau lokasi
keja-dian ialah Pengerusi Jawatan-kuasa Hal Ehwal Wanita,
Pembangunan Keluarga dan Ke-bajikan negeri yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning Datuk Latipah Omar.
Tebing runtuh ancam keselamatan Hairuddin
SABTU merenung sungai yang sering melimpah setiap kali hujan
lebat berhampiran pondoknya di Kampung Cherana Puteh.
Kami merasakan dapur rumah boleh runtuh bila-bila masa tetapi
alhamdulillah, Allah menyelamatkan kami daripada bahaya dan
runtuhan tanah terhenti pada jarak kira-kira satu meter dari
dapur.
“ “
HAIRUDDIN (dua kiri) dan Latipah (empat kiri) meninjau tebing
runtuh berhampiran kediaman Hairuddin di Kampung Sungai Buloh, Alor
Gajah.
28-4 oktoberr-jot_Layout 1 25/9/2020 10:57 AM Page 5
-
17Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 l 10 Safar 1442H-16
Safar 1442H
28-4 oktoberr-jot_Layout 1 25/9/2020 5:25 PM Page 6
-
18Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16
Safar 1442H
CAWANGAN PENGUATKUASA FARMASI MELAKA 06-2356999
sec1-mimie(28sep-4oct2020)NEW_Layout 1 25/9/2020 7:46 PM Page
3
-
19Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16
Safar 1442H
SIAPA sangka keringat diusia senja mam-pu menyaingi kudrat
golongan muda apa-bila dua sahabat nekad memulakan ka- yuhan
pertama merentasi enam negeri berdekatan Banjaran Titiwangsa.
Kembara 23 hari dengan kayuhan bermula dari negeri ini semata-mata
bagi menyampaikan mesej kemerdekaan meru-pakan perkara luar biasa
yang dilakukan oleh golongan seusia Md. Nasir Ahmad, 61 dan
sahabatnya Ishak Mohamad,63. Menurut Md. Nasir yang menetap di
Pengkalan, Alor Gajah berkata, kayuhan Kembara Merdeka 2020 yang
dijalankan bermula 25 Ogos hingga 16 September lalu merupakan
lakaran sejarah paling ber-harga baginya yang telah berjaya
merentasi ‘tulang belakang’ Malaysia dengan ka-yuhan sepanjang
1,200km. Perjalanan yang ditempuh ribuan kilometer itu telah
bermula di Alor Gajah dan meneruskan kayuhan ke Bahau, Negeri
Sembilan dan seterusnya ke Pa-hang, Kelantan, Terengganu dan Johor.
Ujarnya yang merupakan pesara ten-tera itu, kayuhan berkenaan
sekali gus telah melunaskan hasratnya apabila be-
razam mahu mengelilingi negara dengan kayuhan berbasikal sejak
umur belasan tahun dahulu. Jelasnya, biarpun kayuhan itu tidak
mendatangkan keuntunganm tetapi ba-ginya cukuplah semangat
kemerdekaan dapat disemarakkan dalam setiap lapisan masyarakat.
“Saya lihat generasi hari ini hanya me-ngenali merdeka di bibir
mereka namun semangat dan erti merdeka itu sendiri tidak difahami
sehingga membuatkan mereka hanyut dan lari dari prinsip
kemerdekaan. “Jadi, inilah masanya saya bersama Ishak yang sentiasa
menyokong saya me-mutuskan kata nekad bagi memulakan perjalanan ini
biarpun tanpa sokongan dan perhatian semua pihak bagi menyam-paikan
mesej kemerdekaan kepada ma-syarakat khususnya golongan muda.
“Alhamdulillah setiap perjalanan saya dilindungi Allah dan tiada
halangan berat menanti kami sepanjang kembara ini, malah setiap
masyarakat seluruh negeri menyambut kami dengan penuh sokongan
biarpun tanpa acara atau majlis rasmi untuk menyambut kami. “Apa
yang membuatkan kami terharu bahawa masyarakat di negara ini
masih
mengamalkan prinsip hormat-menghor-mati dan menyanjungi tetamu,
biarpun tidak dikenali. “Sehinggakan ada anak muda di satu
perkampungan itu sanggup mengumpul-kan wang dari orang ramai demi
hasratnya untuk membelikan kami makanan sebagai sambutan kepada
tetamu yang datang, ”katanya. Apabila ditanya dengan cabaran yang
dihadapi, Md. Nasir berkata, mereka turut berdepan cabaran ribut
petir tanpa henti selama dua jam di sebuah pedalaman dan hanya
berteduh di bawah pohon getah walaupun ketika itu kawasan tersebut
telah mula digenangi air. “Selain itu, kami juga turut didatangi
sekumpulan lebah namun tidak meng-ganggu kami pada kembara tersebut
malah pernah juga berdepan situasi kesukaran apabila melalui di
lokasi kawasan berbukit dan tidak rata. “Kami tidak menghiraukan
apa yang dikatakan masyarakat mengaitkan dengan usia telah senja
ini namun kita perlu yakin dengan diri sendiri agar semangat yang
ingin dihasratkan itu tercapai. “Sebagai generasi yang dilahirkan
se-lepas merdeka kita seharusnya menghargai
pejuang-pejuang negara dalam menuntut kemerdekaan itu, biar kita
tidak sempat menabur budi sekurang-kurangnya jadilah manusia
berbudi,” katanya. Md Nasir dan Ishak Mohamad tekad meneruskan
hasrat mereka bagi melak-sanakan kembara seterusnya pada masa akan
datang dengan merancang untuk mengenali negeri di Kepulauan Borneo.
Malah pelbagai kembara lain telah di-laksanakannya sejak beberapa
tahun lalu termasuk kembara motosikal pada 2018, kembara kereta
pada 2019 selain mendaki beberapa pergunungan termasuk Gunung Daik
di Indonesia.
Usia senja bukan penghalang sampaikan mesej kemerdekaan
Kayuhan dua sahabat rentasi Banjaran Titiwangsa
Apa yang membuatkan kami
terharu bahawa masyarakat
di negara ini masih mengamalkan prinsip hormat-menghormati
dan menyanjungi tetamu, biarpun tidak
dikenali.
“
“Faiz Hasan
sec1-mimie(28sep-4oct2020)NEW_Layout 1 25/9/2020 6:26 PM Page
4
-
20Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16
Safar 1442H
DURIAN TUNGGAL - Kumpulan penyelidik yang juga pensyarah
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mencipta kejayaan besar
menerusi pengikti-
rafan merangkul 7 pingat emas, 7 pingat perak dan 1 pingat
gangsa dalam Ekspo Maya Rekacipta dan Pam-eran Penyelidikan (EREKA
2020). EREKA 2020 meru-pakan anjuran Universiti Malaysia Perlis
(UniMAP) yang berlangsung baru-baru ini, diadakan secara maya,
selari norma baharu di musim pandemik COVID-19 ini. Naib Canselor
UTeM Prof Datuk Dr Raha Abdul Rahim berkata, UTeM memperoleh pingat
untuk semua penyertaan iaitu se-banyak 15 produk yang
dipertandingkan, sekali
gus satu pencapaian mem-banggakan seluruh warga universiti
tersebut. Katanya, UTeM mene-tapkan penyertaan bagi penyelidikan
yang berkualiti dan memberi fokus kepada kumpulan produk inovasi
yang memberikan impak kepada masyarakat serta ko-muniti dunia
selaras dengan konsep Technology at Uni-versity Advancing Industry
and Community (TUNAI). “Konsep penyertaan UTeM juga mengeten-gahkan
produk yang dapat melonjakkan keu-payaan penyelidikan be-rimpak
tinggi selaras dengan aspirasi nasional,”
katanya kepada Melaka Hari Ini. Pada EREKA 2020, tujuh pingat
emas yang di-menangi UTeM diperoleh menerusi produk 3-Di-mensional
4h-Sic Mosfet (Finfet) yang diketuai oleh Dr. Muhammad Idzdihar
Idris, Fishing Bait Laun-cher diketuai Mohd Noor Asril Saadun dan
Hybrid Vertically Take-Off and Landing Unmanned Aerial Vehicle
(Hybrid VTOL UAV) diketuai oleh Dr. Juf-frizal Karjanto. Empat lagi
produk adalah Lock: Advanced Vacuum Clamping System With Enhanced
Safety Fea-
tures diketuai Dr. Nor-fariza Ab Wahab,
Motorcy-cle-To-Motorcycle Towing diketuai Dr. Shamsul Anuar
Shamsudin, Pro-gressive Drill Reamer dike-tuai Prof. Madya Dr. Mohd
Shukor Salleh dan Round-about Sensor Detection System diketuai Dr.
Nurul Hilwa Mohd Zini. Tujuh produk inovasi UTeM yang telah berjaya
mendapat pingat perak pula adalah Organic Intel-ligent Candle
(OIC), Or-ganic Plastic Alternatives (OPA), Portable Mechani-cal
Lifting Equipment, Real Time Rubber Strain Gauge with Ambient of
Mobile
Monitoring System, Re-corded Heating Oil Bath System,
Semi-Automatic Drain Cleaner Machine dan TUAH Parcel Drop Box.
Sementara itu pingat gangsa pula diraih oleh produk inovasi 3D
Printed Bearing With Internal Ge-ometry sekali gus men-jadikan
kesemua produk inovasi UTeM yang meny-ertai pertandingan ini
ber-jaya beroleh pingat serta menzahirkan kumpulan produk inovasi
UTeM adalah diiktiraf sebagai an-tara yang terbaik dalam
pertandingan.
Kumpulan penyelidik rangkul 15 pingat
PENGKALAN BATU - Seramai 20 peserta Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka telah menyertai
Program Derma Darah #MPPPrihatin diadakan di Hospi-tal Melaka,
baru-baru ini. Yang Dipertuanya Raihan Nabeela Zamiruddin berkata,
pro-gram yang dianjurkan persatuan pelajar itu memberi galakan anak
muda khususnya pelajar universiti terbabit menjalankan kerja amal
berkenaan. Katanya, program julung kali diadakan menerusi kerjasama
HM itu mampu menyuntik kesedaran tentang kepentingan menderma
darah dalam kalangan mahasiswa universiti terbabit. “Program
yang diadakan ini sekali gus membuka jaringan ba-haru antara UiTM
Alor Gajah dan pihak Hospital Melaka dalam membuka mata orang ramai
mem-bantu meningkatkan bekalan darah yang terdapat di hospital itu.
“Terima kasih atas kerjasama yang diberikan buat Jabatan Peru-batan
Transfusi Hospital Melaka dan kami yakin melalui pen-dekatan ini
sekali gus mampu mencari pelapis penderma darah baharu bagi
menggantikan pen-derma sedia ada yang keban-yakkannya disertai
golongan berumur,” katanya.
MPP UiTM Melaka anjur kempen derma darah
AKTIVITI menderma darah yang dijalankan pada program
terbabit.
Faiz Hasan
DURIAN TUNGGAL - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
menerima wang zakat RM35,000 dari Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
pada Majlis Penyerahan Wang Zakat di Kampus Induk UTeM, baru-baru
ini. Penyerahan itu disampaikan Ketua Pegawai Kewangan BIMB Azizan
Abdul Aziz kepada Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Wira Dr. Raha
Abdul Rahim mewakili UTeM. Menurut Raha, wang zakat itu akan
disalurkan kepada pelajar yang memerlukan bagi menampung
perbelanjaan pen-gajian mereka di UTeM. “Bagi melancarkan
pengagihan sumbangan ini, maka Pe-jabat Hal Ehwal Pelajar UTeM akan
menguruskan pemberian zakat ini terus kepada pelajar yang layak.
“Diharap hubungan strategik serta kerjasama erat antara UTeM dan
BIMB ini dapat dimanfaatkan bersama,” katanya pada majlis tersebut.
Hadir sama, Penolong Pengurus Besar (Hubungan Strate-gik) BIMB
Bostamam Hassan, Pengurus Kanan (Hubungan Strategik) BIMB Mohd
Zikri Mohd Shairy dan Pengurus Cawangan Ayer Keroh BIMB Md Yusof
Hasbullah. Sementara pihak UTeM dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal
Ehwal Pelajar Prof. Dr. Nurulfajar Abd Manap.
Wang zakat RM35,000 buat pelajar memerlukan
RAHA menerima mock cek
sumbangan wang zakat
dari BIMB pada majlis
tersebut.
Liana Sahabudin
EDISI 28 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2020 - am_Layout 1 25/9/2020 7:25
PM Page 3
-
21Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 l 10 Safar 1442H-16
Safar 1442H
Mohamad Fazrul Abdul Majid MESKIPUN pernah mendapat halangan
keluarga untuk mence-burkan diri dalam perniagaan kek dan pastri,
namun itu bukan penghalang buat seorang wanita membuktikan kerjaya
pilihannya itu mempunyai masa depan yang cerah. Nur Isma Aina
Ibrahim, 30 berkata, ketika mahu mula berta-pak dalam perniagaan,
ibu dan bapanya seolah-olah tidak mem-beri restu kerana mahu
melihat-nya mendapatkan pekerjaan lain yang lebih menjamin masa
depan. Namun, atas cinta yang men-
dalam terhadap bidang ma-sakan membabitkan kek dan pastri, dia
cuba meyakinkan ibu bapanya, sehinggalah ber-jaya mewujudkan satu
empa-yar kecil perniagaan yang dipanggil ‘Sweet Bites’. Menurutnya,
dengan ber-bekalkan modal RM100 di awal pembabitan, dia kini mampu
menjual sebanyak 50 kek dan pastri pada setiap bulan walau-pun
hanya bekerja dari rumah. “Alhamdulillah bila melihat kerjaya yang
saya pilih semakin berkembang, mak dan ayah da-pat menerima pilihan
ini dan mereka sendiri turut membantu mengeluarkan modal untuk
saya
membeli ketuhar, loyang dan se-bagainya. “Jadi kepada semua di
luar sana, jika anda betul-betul minat dengan sesuatu bidang itu,
jan-
ganlah takut. Yang penting anda perlu cuba seperti saya. Cuba
buktikan yang kita boleh buat lebih daripada apa yang orang sangka.
“Betul, dugaan memang sen-tiasa ada, tetapi apa yang pen-ting ialah
kita tidak cepat berputus asa dan cuba untuk bangkit lebih kuat
setiap kali an-da jatuh,” katanya. Nur Isma Aina berkata, wa-laupun
kini berstatus suri rumah sepenuh masa selepas berkahwin, namun ia
tidak mematahkan se-mangatnya untuk meneruskan ker-jaya perniagaan
kek dan pastri. Ditambah dengan kehadiran anak perempuannya yang
diberi nama Hasya Anaqi Muhamad Hasri, itu membuatkannya lebih
bersemangat menjalankan perni-agaan kek dan pastri secara atas
talian. Menurutnya, kini dia telah
mempelbagaikan penghasilan kek dan pastri termasuklah membuat
tempahan kek hari jadi, biskut, brownies, krim puff, ‘cheese tart’,
dan pada masa sama bakal memperkenalkan pelbagai
jenis roti dan makanan ala barat. Ditanya mengenai peran-cangan
masa depan, Nur Isma Aina menyuarakan hasrat untuk memiliki ruang
dan alatan pem-buatan kek yang lebih besar untuk meningkatkan
pengelu-aran kek dan pastri keluaran-nya. Dia juga merancang untuk
memiliki kedai sendiri di masa akan datang, namun memilih untuk
mengumpul modal sendiri tanpa perlu membuat pinjaman bank. “Saya
memang tak nak buat pinjaman. Biarlah saya bertatih kumpul wang
untuk merealisas-ikan impian itu. Saya tak peduli jika orang nak
kata tanpa pinja-man bank saya tidak akan ke mana. “Pendirian saya
ialah untuk tidak berhutang kerana saya yakin dengan kerja keras
saya mampu men