-
PERSIDANGAN ILMU KEMANUSIAAN ANTARABANGSA 2011 INCoH2011
Anjuran: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains
Malaysia.
[email protected] 14-16 Jun 2011
AMALAN PENGUBATAN ALTERNATIF DAN KOMPLEMENTARI DI MALAYSIA MASA
KINI:
SOROTAN CIRI-CIRI RAWATAN ISLAM
Oleh
Abdullah Yusof, Ph.D ([email protected])
Universiti Malaya
mailto:[email protected]:[email protected]
-
PENDAHULUAN
Pada masa kini terdapat banyak persatuan, akademi atau pusat
rawatan yang memberikan pelbagai khidmat rawatan baik yang
berdaftar mahupun yang tidak berdaftar. Rawatan diberikan termasuk
berkaitan dengan masalah atau penyakit fizikal, penyakit spiritual
atau rohani serta kombinasi antara kedua-duanya.
Apa yang ingin didedahkan ialah mengenai ciri-ciri sebenar
rawatan Islam berdasarkan Tibb al-Nabawi yang bersumberkan
al-Qur’an dan sunnah Nabi SAW. Justeru dalam perkembangan
pengubatan tradisional di kalangan masyarakat Melayu-Islam terdapat
usaha transformasi rawatan ke arah Islam dan diterima dengan
pelbagai persepsi oleh masyarakat. Namun demikian masih terdapat
sebilangan masyarakat Islam yang menerima apa saja kaedah rawatan
atas nama ikhtiar meskipun ianya jelas bertentangan dengan syarak
sehingga boleh membawa kepada syirik. Turut disentuh dalam kertas
ini ialah konsep rawatan Islam, ciri-ciri perawat yang sebenar,
etika rawatan Islam, penggunaan ruqyah dan bahan rawatan yang
dibenarkan
-
Perubatan Alternatif: Ciri dan Kaedah
Perubatan alternatif bolehlah digolongkan kepada beberapa kaedah
perubatan termasuk Perubatan Homeopati, Biokimia, Tritulasi dan
Herbalisme. Perubatan alternatif adalah dianggap sangat berkesan
dan mujarab jika diamalkan dengan betul dan bijaksana. Sebagai
perubatan alternatif sudah tentu ia mempunyai ciri-ciri istimewa
yang membezakannya daripada perubatan alopati atau konvensional
yang rata - rata manusia sudah mengenalinya. Walaupun perubatan
konvensional lebih berpengaruh tetapi ini tidak bermaksud ia lebih
baik dan sempurna. Berikut adalah contoh:
-
REMEDI HOMEOPATI PUNCA:
1- ALAM TUMBUHAN
2. ALAM HAIWAN
3. ALAM KIMIA
Kemelaratan simptom ini bukannya kesan sampingan dan ia tidak
boleh membahayakan. Kemelaratan simptom berlaku hanya buat
sementara waktu sahaja. Berlakunya kemelaratan simptom menunjukkan
remedi yang diambil itu adalah tepat dan sedang bekerja
menghilangkan penyakit dari tubuh itu. Apabila remedi yang tepat,
berasaskan simptom, diberikan pada kekuatan atau potensi yang
sesuai, bagi mengatasi masalah penyakit, maka akan sembuhlah
penyakit berkenaan, dengan izin Allah. Biasanya dalam keadaan tubuh
bergerak menuju kesembuhan daripada gangguan penyakit, akan
berlakulah sedikit kemelaratan simptom.
-
Biokimia- Perubatan Biokimia diperkenal dan dimajukan oleh
seorang doktor bangsa Jerman, Dr. Wilhelm Helmut Schuessler, dalam
tahun 1873. Sistem ini bertolak daripada teori yang berasaskan
bahawa penyakit terjadi akibat kekurangan mana-mana satu atau lebih
daripada satu garam mineral dalam tubuh. Garam mineral ini digelar
garam tisu biokimia.
Hasil kajian analisis yang begitu teliti yang dijalankan, Dr
Schuessler mendapati terdapat 12 jenis garam tisu dalam tubuh yang
sihat. Oleh kerana kandungan garam tak organik hanya perlu dalam
kadar 5% sahaja, maka keperluan, kepentingan dan peranannya kurang
diberi perhatian.
-
Proses Triturasi
Proses ini melibatkan kerja-kerja "penghalusan" menurut kaedah
Homeopati. Satu bahagian garam mineral asal dicampurkan dengan 9
bahagian laktosa dan ditumbuk dan digiling dalam satu bekas untuk
sekian lama. Hasilnya dapatlah bahan seakan debu iaitu triturat
pertama, 1x. Kemudian satu bahagian triturat 1x ini pula dicampur 9
bahagian laktosa, dan ditumbuk dan digiling pula untuk mendapatkan
triturat 2x. Begitulah proses ini diteruskan sehingga ke tahap
triturasi yang dikehendaki. Garam tisu Biokimia yang digunakan oleh
Prof. Dr. Azizan bin Haji Ismail dalam rumusan-rumusan nya ialah
pada tahap 6x dan dipersembahan dalam bentuk "molded tablets" dan
"compressed tablets", agar mudah hancur atas lidah dan mudah pula
dimakan oleh kanak-kanak dan bayi. Contohnya EXAMO-CKM 500. Oleh
kerana ubat Biokimia yang disediakan dengan menggunakan laktosa,
maka itu sebabnya ia terasa sedikit manis dan digemari oleh semua
orang termasuk kanak-kanak.
-
Herbalisme Sejak bermula sejarah manusia, sudah diketahui bahawa
pada tumbuh-tumbuhan tertentu terdapat pelbagai jenis khasiat yang
cukup mujarab bagi mengubati pelbagai jenis masalah kesihatan. Ada
jenis tumbuhan yang boleh dijadikan makanan yang berperanan, bukan
setakat memberi kekenyangan, malah juga untuk menjauhi daripada
serangan penyakit, memberi tenaga, menolong menyembuhkan penyakit
yang sudah dihadapi dan sebagainya. Tumbuhan makanan membekalkan
banyak keperluan zat-zat karbohidrat, protein lemak, garam mineral,
vitamin dan air untuk tubuh. Ada jenis tumbuhan yang rasanya kurang
enak, seperti rasa terlalu pahit, masam, kelat atau payau dan
berbau tengik akan tetapi mempunyai khasiat perubatan, dan perlu
dimakan atau diminum secara sedikit-sedikit. Pelbagai jenis khasiat
ubat terdapat dalam beraneka jenis tumbuhan.
-
Permasalahan dunia perubatan herba Melayu ialah ia lebih
berbentuk kuno. Kalau ia dapat dimodenkan dari segi kajian
saintifik dan persembahan, maka ia mungkin lebih mudah diterima
masyarakat. Kalau dapat diubah daripada menyediakan ramuan dengan
memasak dalam periuk tanah dijadikan minuman yang tidak bersukatan
tetap kepada sediaan dalam bentuk tablet atau minuman yang lebih
mudah dibawa dan digunakan dengan bersukatan tertentu, maka dengan
sedikit perubahan itu, adalah dirasakan perubatan herbalisme akan
lebih memberi tarikan kepada pengguna.
Hutan rimba di Malaysia, yang menikmati iklim khatulistiwa,
mempunyai khazanah yang paling kaya dengan tumbuhan berubat iaitu
antara 3000 hingga 5000 spesis, termasuk yang belum
dikenalpasti.
-
PERBEZAAN ANTARA PERUBATAN ALOPATI DAN ALTERNATIF
Ilmu yang dipraktikkan dalam kaedah rawatan alternatif sangat
berkait rapat dengan kehidupan manusia seharian. Misalnya cara
berfikir yang positif, amalan cara makan dan minum sehingga lah
cara tidur yang betul. Kesemua amalan ini hendaklah bermatlamat
yang baik kerana kesemuanya amat berkait rapat dengan kesihatan
sesuatu organ pada tubuh badan itu sendiri. Malah apa sahaja amalan
dan pemikiran yang baik adalah “ubat” semulajadi kepada sesuatu
penyakit .
Dalam rawatan alternatif, penyakit yang dianggap kronik dan
dikatakan tiada harapan untuk pulih sebenarnya masih boleh dirawat
melalui kaedah rawatan alternatif. Pesakit yang berjumpa dengan
pengamal perubatan alternatif akan disambut dengan senyuman mesra.
Kemudian pesakit ini diberitahu bahawa penyakit ini masih ada
harapan untuk pulih dan rawatan masih ada untuk diikhtiarkan.
-
Rawatan alternatif bukan mengkatagorikan tubuh dan ilmu
kesihatan ini sekadar fizikal semata-mata, malah ia merangkumi
aspek emosi, mental dan spiritual. Oleh itu, segala aspek mengenai
rawatan dan penyembuhan adalah mengambil kira semua faktor yang
menyeluruh atau digelar “holistik”. Rawatan alternatif tidak
bersandarkan kepada akal logik semata-mata berbanding dengan
rawatan allopati yang terikat dengan ujikaji makmal. Selagi tidak
dapat dibuktikan secara ujikaji makmal bahawa penyakit itu boleh
disembuhkan, maka selagi itu penyakit tersebut dianggap tidak boleh
dirawat.
Hampir kesemua pengamal rawatan alternatif yang beragama Islam
akan meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama dalam
aktiviti merawat dan amalan falsafah ilmu. Faktor penyerahan
(tawakkal), bersabar, ikhlas dan reda ialah antara faktor
penyembuhan yang paling utama.
-
Bagi pengamal rawatan alternatif yang bukan beragama Islam,
mereka percaya faktor tawakkal, sabar, ikhlas dan reda ini
bukan
Sahaja merupakan faktor penyembuhan, malah merupakan kuasa
penyembuh (Healing Power) pada diri mereka. Itu lah sebabnya
mengapa pengamal-pengamal rawatan alternatif amat merendah diri
dan tidak sombong atau bongkak apabila bertembung dengan
pengamal rawatan allopati. Sedangkan dari segi perbandingan
ilmu, falsafah ilmu rawatan alternatif adalah jauh lebih tinggi
daripada kaedah rawatan allopati. (Ruj: Prof. Dr. Ariffaizal
bin
Mohd Nor Ariffin pada 9/30/2008) Konsep rawatan Islam
disesuaikan dengan alopati dan juga kaedah
alternatif dengan mengambilkira al-Quran dan sunnah sebagai
panduan.
-
Punca
Rawatan allopati beranggapan penyakit ialah keadaan
ketidakseimbangan tubuh berpunca daripada jangkitan kuman,
keracunan, kegagalan organ berfungsi, kegagalan hormon dan enzim
dirembeskan dan faktor keturunan. Pengamal rawatan altenatif
percaya bahawa tubuh ini berfungsi dengan baik kerana adanya tenaga
yang bergerak dengan seimbang dan harmoni di dalam tubuh. Oleh itu
rawatan alternatif pula mempunyai beberapa falsafah terhadap maksud
penyakit. Antaranya “ketidakseimbangan tubuh” iaitu tenaga tubuh
tidak mematuhi “Hukum Keseimbangan”. Atau dengan bahasa yang mudah,
penyakit terjadi apabila sejumlah besar sel pada sesuatu organ
tubuh kehilangan tenaga.
-
Tenaga terhasil atau hilang serta boleh diperbaharui bergantung
kepada kelakuan, amalan dan pemikiran seseorang. Secara ringkasnya
satu falsafah yang banyak digunakan oleh pengamal-pengamal
perubatan alternatif mengenai punca penyakit ialah “Penyakit
Terjadi Apabila Runtuhnya Akhlak”. Huraian daripada falsafah ini
bermaksud apabila sikap seseorang itu cenderung ke arah negatif,
maka sel yang sepatutnya berfungsi secara semulajadi dalam keadaan
hening secara tiba-tiba berhenti menjalankan fungsinya akibat ingin
mengimbangkan perbuatan atau pemikiran negatif yang telah
dilakukan.
.
-
Penyembuhan
Takrifan mengenai penyembuhan juga adalah berbeza. Bagi rawatan
allopati, penyembuhan ialah apabila simptom atau gejala itu
dihapuskan. Tetapi bagi rawatan altenatif, penyembuhan ialah
apabila organ itu sendiri berkeupayaan untuk menjalankan fungsinya
seperti asal. Misalnya bagi pesakit yang mengalami diabetes
(kencing manis) akan diberi insulin tiruan kerana didapati
kandungan insulin di dalam darah sangat kurang dan gula sangat
tinggi. Dengan cara tersebut, insulin yang diberikan akan bertindak
memproses gula yang berlebihan.
Bagi rawatan alternatif, kencing manis disebabkan oleh organ
pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi. Oleh itu,
rawatan alternatif akan memberikan rawatan tenaga kepada pankreas
supaya boleh berkerja sendiri dan menghasilkan insulin yang
semulajadi. Insulin yang semulajadi adalah jauh lebih baik kerana
ia dihasilkan berkadaran dengan tahap gula yang diambil dan dikesan
oleh tubuh.
-
Insulin tiruan yang diambil secara tidak semula jadi adalah
berlebihan yang boleh menyebabkan keseluruhan gula dalam tubuh
hilang. DNA insulin tiruan yang tidak sama dengan DNA tubuh pesakit
akan menyebabkan ia dianggap sebagai benda asing dan perlu
disingkirkan oleh buah pinggang, oleh itu buah pinggang boleh
terjejas apabila insulin tiruan diambil berlebihan. Dalam tempoh
jangka panjang, pancreas yang mendapat insulin tiruan terus menjadi
pasif dan tidak diterapikan untuk sembuh.
Secara umumnya rawatan allopati menggunakan kaedah menahan
sakit, mengganti hormon atau enzim yang kurang dengan bahan tiruan,
malah menggantikan organ yang gagal atau rosak secara transplant
atau kaedah sel stim (pengklonan sel), membuang bahagian yang rosak
atau terjejas melalui pembedahan atau kaedah laparoscopy
(pembedahan secara menembuk), memberikan antibiotik tiruan, kimo
(rawatan kanser), laser (batu karang) dan sebaginya.
-
Rawatan alternatif pula beranggapan bahawa tubuh boleh
menghasilkan sendiri hormon dan enzim yang berkurang, bahagian
tubuh yang terjejas atau mendapat kanser boleh dihapuskan secara
cernaan dalaman, tubuh boleh menghasilkan antibiotik semulajadi
sendiri. Malah kaedah yang digunakan oleh rawatan allopati (yang
sebelum ini digelar sebagai moden) adalah amat bercanggah dengan
falsafah perubatan altenatif. Antaranya merawat dengan cara
sehingga menyebabkan tertumpahnya darah adalah tidak dibenarkan.
Pertumpahan darah hanya boleh sekiranya dibenarkan oleh agama
seperti berkhatan, berbekam, bertindik dan sebagainya. Menggunakan
bahan asing, berkimia atau bersteroid juga bercanggah dengan
falsafah perubatan alternatif. Sedangkan tanpa menggunakan kaedah
tersebut, penyakit masih boleh dirawat sehingga sembuh sepenuhnya.
Itu lah sebabnya rawatan alternatif terus wujud sebagai alternatif
kepada kaedah yang digunakan secara allopati.
Dalam Alopati, Konsep ilmu yang digunakan adalah daripada teori
klasik yang dipercayai telah diamalkan sejak zaman mesir dan
dimajukan pada kurun ke 15. Sedangkan dalam rawatan alternatif,
Falsafah ilmu adalah bersifat kemanusiaan. Ilmu sentiasa berkembang
tanpa batasan serta sungguh lengkap, saintifik dan terkini.
Penggunaan ilmu biologi dan fisiologi adalah menyeluruh. Apa sahaja
yang memudaratkan, kotor, najis, benda asing tidak boleh digunakan
bagi tujuan merawat malah ia sungguh memudaratkan.
-
Dalam alopati, Perawatan adalah dengan memberikan antibiotik,
meneutralkan racun, memotong / membuang atau menggantikan komponen
atau organ yang baru, memberikan hormon atau enzim tiruan.
Kaedah rawatan alopati ialah dengan menggunakan bahan kimia,
dadah, sumber yang tidak halal menurut Islam, meneutralkan racun
dengan antivenom haiwan yang masih hidup, memberikan vaksin dan
biotik (benda hidup asing dimasukkan dalam kuantiti yang tidak
harmoni), kimotherapy (rawatan panas untuk matikan kanser yang
merosakkan kawalan suhu semulajadi tubuh), potong dan buang, potong
dan selaras, transplant (mengganti organ pesakit dengan organ
asing), transfusi (mengganti darah dengan darah yang asing).
Melakukan kaedah "akibat darurat", pemanasan kimotherapy dan
pembedahan serta menumpahkan darah adalah bercanggah dengan
falsafah rawatan alternatif serta dianggap mencabuli peradaban
ketamadunan manusia.
-
Rawatan alternatif menggunakan bahan yang selamat, semulajadi,
halal menurut Islam (tiada bahan kimia, tiada dadah, tiada hormon,
tiada produk haiwan dan tidak menumpahkan darah).
Ubat-ubatan adalah dihasilkan oleh pihak Farmasi. Pengamal
perubatan klasik (allopati) perlu menyesuaikan penyakit berdasarkan
penggunaan ubat atau belajar cara merawat bagi tujuaan memberikan
ubat yang dihasilkan oleh pihak Farmasi.
Penyembuhan ialah apabila gejala, simptom atau tanda penyakit
dihapuskan. Apabila sesuatu kaedah rawatan gagal menghapuskan
simptom, maka penyakit itu akan dianggap tidak boleh
disembuhkan.
-
Pengamal rawatan alternatif yang professional adalah juga
seorang penyelidik (scientist) yang mengkaji mengenai penyakit,
punca penyakit
serta menghasilkan formula (ubat) dan kaedah rawatan yang
terbaik.
Penyembuhan ialah apabila organ bertenaga semula dan berpotensi
untuk berfungsi dengan optimum.
Rawatan alternatif percaya ubat itu ada dalam diri sendiri. Kita
Cuma perlu mempertenagakan tubuh dan membantu proses
mempertenagakan tubuh. Rawatan alternatif amat percaya bahawa semua
penyakit boleh disembuhkan kecuali maut. Organ yang bertenaga mampu
untuk menentang jangkitan bakeria, virus atau kuman secara
semulajadi oleh sistem tubuh, meneutralkan keracunan secara
semulajadi oleh sistem tubuh, organ kembali berfungsi, hormon dan
enzim semulajadi tubuh dirembeskan semula, kanser atau ketumbuhan
mengecil dan dicernakan oleh tubuh secara semulajadi serta kod
maklumat genetik dibaiki semula secara semulajadi oleh tubuh yang
seimbang tenaganya.
-
Konsep dan Ciri-ciri Perubatan Islam Konsep perubatan Islam yang
difahami umum sekarang ini
tertumpu kepada amalan-amalan yang mengandungi doa-doa yang
terdiri daripada ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis, doa-doa
al-ma'thurat, doa-doa para salihin, doa- doa yang diamalkan oleh
orang Melayu tradisional yang diyakini tidak bertentangan dengan
ajaran Islam, di samping penggunaan bahan-bahan tertentu, yang
tidak terlarang terutamanya air. Walaupun demikian, amalan dan
kaedah ini tidak mendakwa bahawa kaedah tersebut mencakupi
keseluruhan apa yang difahami sebagai "Perubatan Islam" yang
disalahertikan dan menolak secara total atau menafikan lain-lain
kaedah rawatan termasuk rawatan di hospital dan klinik.
Dalam masa yang sama adalah difahami bahawa penyakit pada
hakikatnya berpunca daripada sebab yang banyak dan berbeza, yang
memerlukan rawatan yang berbeza menurut kesesuaian atau
keserasian.
-
Masyarakat pada umumnya tidak dapat membezakan antara kaedah
perubatan Islam yang menggunakan doa-doa dan kaedah rawatan Melayu
tradisional. Rawatan yang menggunakan ungkapan kata yang
mengandungi unsur-unsur Islam seperti yang dijelaskan, tidak
membuktikan bahawa kaedah yang diamalkan itu merupakan kaedah
perubatan Islam yang sebenar.
Tukang-tukang tilik dan ramal yang melibatkan diri dengan
rawatan Melayu tradisional juga memanggil jin-jin untuk melakukan
sihir dengan menyebut kalimah-kalimah yang kedengaran seperti
sebutan a'uzubilLah, menyebut kalimah salam, sebutan nama-nama
nabi, termasuk kalimah syahadah.
Keadaan seperti ini selain melahirkan keraguan dan kecelaruan,
ia juga memberi imej buruk terhadap mereka yang melibatkan diri
dengan kaedah Perubatan Islam yang menggunakan doa-doa seperti yang
dijelaskan.
-
Salah Faham Rawatan Islam & Rawatan Tradisional
Prinsip dan kaedah pembelajaran mereka yang melibatkan diri
dengan rawatan Melayu tradisional dan rawatan yang diistilahkan
sebagai rawatan Islam yang menggunakan doa-doa adalah berbeza. Oleh
kerana maklumat mengenai rawatan Islam itu tidak dimengerti oleh
sebahagian besar masyarakat; akibat pendedahannya yang terhad dan
akibat kekaburan maklumat sebenar rawatan Melayu tradisional, yang
sering menjadi rahsia daripada pengetahuan umum, yang berselindung
di sebalik prinsip ilmu kebatinan, maka masyarakat umumnya
menganggap kedua-duanya sebagai kaedah rawatan yang sama, apatah
lagi dengan adanya golongan tertentu yang mencampuradukkan
kaedah-kaedah rawatan tradisional dengan pelbagai elemen pengaruh
Islam seperti yang dijelaskan di atas.
-
Ramai yang mentafsirkan istilah perubatan Islam mengikut selera
atau cara mereka sendiri demi untuk mengiktiraf apa yang mereka
amalkan adalah perubatan Islam sebenar. Justeru itu terdapat
kekeliruan di kalangan orang ramai tentang apa sebenarnya perubatan
Islam.
Perubatan Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang
berasaskan ilmu sains perubatan di mana terkandung di dalamnya
paradigma, konsep, nilai nilai, tatacara ujian serta rawatan yang
selaras dan tidak bertentangan dengan Quran dan sunnah Rasullullah.
Ia bukannya satu kaedah rawatan yang biasanya diamalkan oleh
pengamal pengamal tradisional tetapi ia merupakan keseluruhan
konsep ilmu dan amalan perubatan, baik alopati mahupun alternatif
asalkan selari dengan Islam.
-
Rujuk Kod Etika Perubatan Islam hasil dari Persidangan
Antarabangsa Perubatan Islam Pertama yang telah diadakan di Kuwait
sewaktu menjelangnya kurun ke-15 Hijrah.(6-10 Rabiul Awal 1401:
12-16 Januari 1981)
1. Amalan perubatan adalah satu ibadat dan kebajikan selain
fardu kifayah sepertimana menurut Imam Ghazali.
2. Mempunyai sikap yang bijaksana dan boleh menjadi penasihat
yang menarik, menjadi penggalak, tidak pelemah semangat, berwajah
tersenyum dan tidak masam, penyayang dan tidak membenci dan
penyabar, tidak tunduk kepada perasaan dengki atau kurang rasa
belas kasihan, seorang yang tenang dan tidak gopoh, lembut suaranya
dan tidak bising atau kasar, bersih serta kemas dan tidak selekeh
atau kusut-masai, boleh dipercayai dan didorongi supaya dihormati,
bersikap sopan di dalam urusannya dengan yang kaya atau miskin,
rendah atau tinggi kedudukannya.
-
3. Dia mestilah mempunyai satu tahap pengetahuan ilmu hukum,
ibadat dan asas ilmu Fiqah untuk membolehkannya memberi nasihat
kepada pesakit. 4. Dia hendaklah mengelak dari menggunakan
ubat-ubatan atau cara terapi (pembedahan, perubatan am atau terapi
perangai) yang diharamkan oleh Islam. 5. Seorang perawat mestilah
menghormati rakan sejawatnya di belakangnya. Ia hendaklah
menawarkan kepada rakannya nasihat dan/atau pertolongan bila
diperlukan, tidak boleh mengkhianati rakannya dengan mengumpat di
belakangnya atau menyebut kekurangannya atau mencemarkan nama baik.
6. Jika lebih dari seorang yang merawat seorang pesakit, maklumat
perubatan tidak sepatutnya dirahsiakan di antara yang merawat
pesakit itu. Maklumat ini hendaklah dirahsiakan di kalangan
personel perubatan tanpa dibocorkan. 7. Jika seorang pesakit yang
miskin adalah menjadi tanggungjawab beliau supaya bertimbang rasa
dan murah hati, dan mengelakkan apa-apa yuran yang dikenakan. 8.
Hendaklah ikhlas memberikan perkhidmatan rawatan dan pengubatan
kepada kawan atau musuh, pada peringkat peribadi atau umum, tidak
boleh mengambil nyawa walau di atas alasan belas kasihan.
-
ETIKA RAWATAN ISLAM 1. Setiap individu atau kumpulan itdak boleh
mendakwa bahawa
perawatannya bersumber dari Nabi Muhammad s.a.w. para anbia atau
diambil dari al-Quran dan hadith atau berasal dari amalan para
sahabat Nabi s.a.w. atau lain-lain jika tidak ada alasan yang kukuh
berdasarkan nas al-Quran dan al-Hadith.
2. Hendaklah matlamat yang baik seperti untuk kesihatan tubuh
badan,
kerukunan hidup bermasyarakat dan berumahtangga.Dilarang sama
sekali untuk membalas dendam, membuat aniaya, menakut-nakutkan,
mengugut orang lain dan lain-lain.
3. Bagi mempastikan perawatan tidak bercanggah dengan ajaran
islam
perkara berikut hendaklah dikenalpasti:
i) Tidak menggunakan bentuk amalan sihir, ilmu hitam, tilik
tenung, tukang
nujum, ramalan tapak tangan dan silap mata.
ii) Tidak boleh mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu
akibat.
iii) Tidak boleh percaya keapda sial dan mudarat yang menimpa
seseorang
atau diri.
iv) Tidak boleh melakukan perkara-perkara yang berunsur syirik
seperti
semah pantai, sembelihan binatang, buang ancak dan
lain-lain.
-
v) Tidak boleh menyembelih binatang untuk sesuatu tujuan yang
bukan syar’i. vi) Tidak boleh melakukan amalan atau bacaan tertentu
yang menggunakan unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari
kuasa-kuasa makhluk “ghaib” dalam acara perbomohan. vii) Tidak
boleh menyajikan makanan untuk menjamu penunggu. viii) Tidak boleh
mentaati perawat atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas
bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam.
ix) Menolak sebarang syarat yang diberikan yang bertentangan
dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.
x) Tidak memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah
dengan islam seperti sihir, ilmu hitam dan menurun kerana
pengamalnya termasuk dalam kategori penyeru iblis dan syaitan
dengan ucapan-ucapan yang tidak wajar atau boleh membawa kepada
kufur dan syirik.
-
xi) . Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan
sifat-sifat-Nya atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau
nama-nama Allah atau sifat-sifat-Nya seperti mengatakan ilmu bomoh
itu diterima terus dari Allah atau kudaratnya adalah kudrat Allah
atau melalui mimpi berjumpa wali atau malaikat.
xii) Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud yang
tersirat daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah s.a.w., para
malaikat, nabi-nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma
ke dalam diri dan sebagainya.
xiii) Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu
kuasa atua peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik
atau buruk kepada seseorang seperti wali syeikh, rijalul ghaib, roh
datuak nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur,
batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih dan lain-lain.
xiv) Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi
rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seprti
objek-objek tertentu dan bercampuraduk dengan ayat al-Quran dan
jangan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.
.
-
Sambungan…
xv) Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak
difahami maknanya dikhuatiari mengandungi kata-kata pemujaan kepada
berhala, iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta
bercampur aduk dengan ayat al-Quran.
xvi) Tidak boleh menggunakan Kitab al-Quran secara tidak
wajar menurut syarat seperti menggantung al-Quran dan tunggu
berpusing atau tidak untuk dijadikan alasan tertentu jika berpusing
begini dan jika tidak, begini pula maksudnya. Semuanya ini termasuk
menghina al-Quran (Istihza’).
xviii) Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang
mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan
atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga
ghaib seperti mempersembah sedulang makanan, menyembelih ayam dan
sebagainya.
-
CONTOH BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN ISLAM
• Air zam-zam
• Madu
• Habbat al-Sawda’
• Air putih
• Buah tamar
• Lain-lain
-
RUMUSAN Semoga pembentangan ini dapat memberi sedikit pendedahan
mengenai pengubatan alternatif dan kontempori yang terdapat di
Malaysia masa kini. Bahagian Perubatan Alternatif dan Komplementari
Kementeran Kesihatan Malaysia sedang menyusun etika dan panduan
khusus untuk semua pengamal hasil dari perbincangan di kalangan
tokoh-tokoh yang berpengalaman dalam bidang perawatan Islam. Usaha
tersebut diharap dapat memberi panduan untuk mengelak mana-mana
amalan yang diragui dan bertentangan dengan Islam dan masyarakat
akan terhindar dari amalan yang boleh membawa kesyirikan kepada
Allah SWT.
-
BEBERAPA HADITH SAHIH BERHUBUNG PENGGUNAAN TANGKAL DAN AZIMAT
DAN BOMOH DALAM PENGUBATAN
1. Barangsiapa yang menggantung tangkal maka dia telahmelakukan
syirik.
2. Barangsiapa yang menyimpulkan simpulan lalu ditiup padanya
maka dia telah melakukan sihir.
3. Sesiapa yang mendatangi sahir (tukang sihir) atau kahin
(bomoh/penilik) atau arraf (peramal) lalu membenarkan apa yang
dikatakannya maka dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan
kepada Nabi Muhammad saw.
4. Sesiapa yang mendatangi arraf (tukang ramal) lalu bertanya
tentang sesuatu maka tidak diterima baginya solat selama 40
malam/hari.
5. Sesungguhnya jampi serapah, tama’im (tangkal) dan tiwalah
(azimat) adalah syirik.
(Hadis-hadis di atas adalah terjemahan dan teks asal tidak
dimasukkan atas sebab-sebab tertentu)
-
CONTOH TAMIMAH, TIWALAH DAN WAFAK
• Foto-foto berikut adalah dirakam dari objek-objek sebenar yang
pernah digunakan dalam amalan sihir, sebagai penangkal, azimat,
wafak, pendinding dan sebagainya. Saya tidak bertanggungjawab
sekiranya terdapat kesan-kesan buruk akibat menyimpan foto-foto
tersebut oleh para peserta. Mohonlah perlindungan kepada Allah
S.W.T.
-
CINCIN DAN BEBERAPA BIJI BATU YANG DIGUNAKAN OLEH BOMOH DALAM
RAWATAN.
-
EKOR PARI INI PERNAH DIGUNAKAN OLEH SEORANG PESAKIT SEHINGGA
LIBASANNYA BOLEH MEMBAWA MAUT
-
BEBERAPA TANGKAL DAN AZIMAT YANG DIBERIKAN OLEH BOMOH KEPADA
SEORANG PESAKIT
-
CINCIN DAN GELANG JADE UNTUK MURAH REZEKI DAN KEKAYAAN KEPADA
PEMAKAINYA, SEORANG ISTERI VIP
-
EMPAT BATANG PAKU DIGUNAKAN UNTUK MEMAGAR 4 PENJURI RUMAH
-
BEBERAPA BARANG SEPERTI MINYAK, TANGKAL, SERBUK DAN AZIMAT
DIBERIKAN OLEH BOMOH
-
BEBERAPA BOTOL MINYAK DIPERCAYAI MINYAK DAGU ATAU MINYAK
CENUAI
-
BARANG KEMAS YANG TELAH DIJAMPI MENTERA DAN SERAPAH UNTUK
PENGASIH DAN PENUNDUK
-
BATU PERMATA YANG DIGUNAKAN UNTUK PENDINDING DARI GANGGUAN
MAKHLUK HALUS DAN SIHIR
-
MINYAK DAN TASBIH UNTUK MENENTANG SIHIR
-
DAUN MENGKUANG DAN JARING UNTUK MEMAGAR RUMAH
-
BEG WANITA DIMASUKKAN / DISELIT AZIMAT DAN BARANG SIHIR
PENUNDUK
-
CONTOH TANGKAL UNTUK PENDINDING BAYI
-
CINCIN DAN NOT SERINGGIT UNTUK PENDINDING
-
TANGKAL BERPAKU UNTUK PAGAR RUMAH
-
AZIMAT BERBUNGKUS KAIN KUNING UNTUK SIHIR
-
MINYAK BULUH PERINDU DAN MINYAK PENUNDUK
-
MINYAK UNTUK PENDINDING SIHIR DAN SANTAU
-
BATU METEOR UNTUK MENYEMBUHKAN PELBAGAI PENYAKIT
-
TANGKAL DAN SEJENIS SERBUK (DIPERCAYAI ABU MAYAT)
-
SEJENIS BARANG SIHIR
-
SEJENIS BARANG SIHIR BERBALUT KAIN HITAM MENGANDUNGI MINYAK,
TALI DAN DIPERCAYAI JANIN BAYI
-
SEJENIS WAFAK
-
SEJENIS TANGKAL
-
TANGKAL DAN AZIMAT
-
BEBERAPA BARANG UNTUK PENDINDING DAN PENUNDUK
-
DUA BILAH PARANG YANG DIJAMPI MENTERA UNTUK KEKEBALAN
-
PEDANG BERUSIA LEBIH 100 TAHUN YANG DIISI PENDAMPING ATAU
KHADAM
-
ANTARA BARANG SIHIR
-
PAKU BERBALUT KAIN KUNING YANG DITANAM SEKITAR RUMAH
-
ANTARA BARANG SIHIR KERANA DENGKI
-
SEPASANG TANGKAL YANG DIPAKAIKAN KEPADA PENGANTIN LELAKI DAN
PEREMPUAN OLEH BOMOH SIAM
-
SEJENIS BATU UNTUK PENDINDING DAN PENGUBATAN
-
BEBERAPA BATU PERMATA UNTUK PEMANIS
-
ALAT KELAMIN BUAYA UNTUK KEKUATAN LELAKI
-
BATU CINCIN UNTUK PENUNDUK WANG
-
KUKU HELANG UNTUK PENANGKAL
-
BARANGAN SIHIR INI DIBUAT SEKITAR TAHUN 1961
-
SEJENIS TANGKAL YANG AMAT KUAT
-
BARANG PERBOMOHAN / PERDUKUNAN
-
SEJENIS MINYAK DAN CECAIR UNTUK TUJUAN SIHIR
-
ANTARA BARANGAN DISEDIAKAN OLEH BOMOH
-
BARANGAN SIHIR UNTUK MEMBALAS DENDAM
-
KERIS BUGIS BERUSIA BERATUS TAHUN MENYEBABKAN PENJAGANYA SERING
SAKIT
-
KERIS INI SERING MEMBUAT BISING WAKTU MALAM DAN BOLEH BERGERAK
SENDIRI
-
KERIS WARISAN KELUARGA
-
KERIS PERBOMOHAN
-
KERIS PUSAKA
-
KERIS YANG MENIMBULKAN MASALAH KEPADA PENYIMPANNYA
-
ANTARA KERIS YANG BERMASALAH
-
SATU LAGI KERIS BERMASALAH
-
SEKIAN
TERIMA KASIH
…jumpa lagi. [email protected] (013-6720840)
mailto:[email protected]