PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 62 DEWAN MAJLIS Khamis, 28 Rabiulawal 1432 / 3 Mac 2011 YANG DI-PERTUA DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA HADIR: YANG DI-PERTUA, Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, DK., SPMB., DSNB., PHBS., PBLI., PJK., PKL., Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam. AHLI-AHLI RASMI KERANA JAWATAN (PERDANA MENTERI DAN MENTERI- MENTERI) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan, Negara Brunei Darussalam. Duli Yang Teramat Mulia, Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DKMB., DPKT., King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), The Order of the Renaissance (First Degree) (Jordan), Medal of Honour (Lao), DSO (Singapore), Order of Lakandula with the Rank of Grand Cross (Philippines), DSO (Military) (Singapore), PHBS., Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. Duli Yang Teramat Mulia, Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, DKMB., DK., PHBS., PBLI., PJK., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Negara Brunei Darussalam. Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, PSNB., DSLJ., SMB., PHBS., PIKB., PKL., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
37
Embed
PERSIDANGAN DEWAN MAJLIS - majlis-mesyuarat.gov.bn Images/reports/hansard_2011/3_mac_201…pagi hari khamis, 28 rabiulawal 1432 / 3 mac 2011 62 dewan majlis khamis, 28 rabiulawal 1432
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 62
DEWAN MAJLIS
Khamis, 28 Rabiulawal 1432 / 3 Mac 2011
YANG DI-PERTUA
DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT
NEGARA
HADIR:
YANG DI-PERTUA,
Yang Berhormat,
Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja
Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin
Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila
Utama Haji Awang Ibrahim, DK., SPMB.,
DSNB., PHBS., PBLI., PJK., PKL.,
Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara,
Negara Brunei Darussalam.
AHLI-AHLI RASMI KERANA JAWATAN
(PERDANA MENTERI DAN MENTERI-
MENTERI)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien
Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,
Perdana Menteri, Menteri Pertahanan
dan Menteri Kewangan, Negara Brunei
Darussalam.
Duli Yang Teramat Mulia,
Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota
Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah, DKMB., DPKT.,
King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi
Arabia), The Order of the Renaissance (First
Degree) (Jordan), Medal of Honour (Lao),
DSO (Singapore), Order of Lakandula with
the Rank of Grand Cross (Philippines), DSO
(Military) (Singapore), PHBS., Menteri Kanan
di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei
Darussalam.
Duli Yang Teramat Mulia,
Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir
Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran
Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum
Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul
Khairi Waddien, DKMB., DK., PHBS., PBLI.,
PJK., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan
Perdagangan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat,
Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri
Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji
Apong, PSNB., DSLJ., SMB., PHBS., PIKB.,
PKL., Menteri Pendidikan,
Negara Brunei Darussalam.
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 63
Yang Berhormat,
Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato
Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan
Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang
Haji Mohd. Yusof, PSNB., DPMB., PHBS.,
PJK., PIKB., PKL.,
Menteri Kesihatan,
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat,
Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato
Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman,
PSNB., DPMB., PJK., PIKB., PKL.,
Menteri Pembangunan,
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat,
Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato
Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan
Mudim Dato Paduka Haji Bakar, PSNB.,
DPMB., PKL.,
Menteri Perhubungan,
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat,
Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri
Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim
Dato Paduka Haji Bakar, PSNB., SPMB.,
PJK., PIKB., PKL.,
Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber
Utama,
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat,
Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri
Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji
Ibrahim, PSNB., DPMB., PHBS., PIKB.,
PKL.,
Menteri Kewangan II (Kedua),
Di Jabatan Perdana Menteri,
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat ,
Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri
Setia Awang Lim Jock Seng, PSNB., SPMB.,
PHBS., PJK., PKL.,
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan
Perdagangan II (Kedua),
Negara Brunei Darussalam.
(Tidak hadir sebelah pagi dan petang
kerana ada urusan tertentu)
Yang Berhormat,
Pehin Datu Singamanteri Kol. (B) Dato Seri
Paduka Awang Haji Mohd. Yasmin bin Haji
Umar, SPMB., PHBS.,
Menteri Tenaga (Minister of Energy),
Di Jabatan Perdana Menteri,
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat, Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, DSSUB., PIKB., PKL., Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat,
Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia
Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah
Dato Paduka Haji Othman, PSSUB., DPMB.,
PHBS., PBLI., PJK., PKL.,
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri,
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat,
Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja
Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji
Abdullah, DPMB., PSB., PJK., PIKB., PKL.,
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan,
Negara Brunei Darussalam.
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 64
AHLI-AHLI YANG DILANTIK ORANG
YANG BERGELAR:
Yang Amat Mulia,
Pengiran Setia Negara Pengiran (Dr.) Haji
Mohd. Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim,
DK., SPMB., DSNB., POAS., PHBS., PBLI.,
PJK., PKL.,
Negara Brunei Darussalam.
AHLI-AHLI YANG DILANTIK ORANG-
ORANG YANG TELAH MENCAPAI
KECEMERLANGAN:
Yang Berhormat,
Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka
Awang Goh King Chin,
DPMB., PHBS., PJK.,
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat,
Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji
Othman bin Uking,
SNB., SMB., PSB., PJK., PKL.,
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat,
Dato Paduka Awang Haji Idris bin Haji Abas,
DPMB., SNB., PJK.,
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat,
Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahai,
PSB.,
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat,
Dato Paduka Awang Haji Puasa bin Orang
Kaya Seri Pahlawan Tudin,
DPMB., SLJ., PJK. PKL.,
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat,
Dato Paduka Awang Haji Yunos bin
Mohd. Noh,
DPMB., PJK., PKL.,
Negara Brunei Darussalam.
AHLI-AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI
DAERAH-DAERAH:
Yang Berhormat,
Awang Haji Bakar bin Mansor,
SMB., PSB., PKL.,
Daerah Brunei dan Muara,
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat,
Awang Haji Mohd. Shafiee bin Ahmad,
SMB.,
Daerah Belait
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat,
Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka
Awang Haji Muhammad Taha bin Abd. Rauf,
DPMB., PSB., PJK., PIKB., PKL.,
Daerah Tutong,
Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat,
Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad,
SMB., PSB.,
Daerah Temburong,
Negara Brunei Darussalam.
HADIR BERSAMA:
Yang Dimuliakan,
Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato
Paduka Haji Judin Haji Asar, DPMB., SLJ.,
POAS., PHBS., PBLI., PJK., PKL.,
Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara,
Negara Brunei Darussalam.
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 65
Yang Mulia,
Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail,
Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara,
Negara Brunei Darussalam.
Mesyuarat mula bersidang pukul 9.00 pagi
Jurutulis: Bismillahir Rahmanir
Rahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh. Mesyuarat Pertama dari
Musim Permesyuaratan Ketujuh bagi
Majlis Mesyuarat Negara disambung semula
pada hari ini dengan mendahului bacaan
Doa Selamat.
BACAAN DOA SELAMAT
Doa Selamat dibacakan oleh Yang
Dimuliakan Pehin Khatib Awang Haji
Mustafa bin Haji Murad (Imam Jame’ ‘Asr
Hassanil Bolkiah).
Yang Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir
Rahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah
kerana dengan limpah kurnia, rahmat
dan keizinan-Nya jua pada pagi ini kita
dapat bersama-sama meneruskan
Persidangan Majlis Mesyuarat Pertama Dari
Musim Permesyuaratan Ketujuh Majlis
Mesyuarat Negara bagi hari yang ketiga.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, kelmarin sebelum
Majlis Mesyuarat Negara ditangguhkan,
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila
Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul
Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri Kewangan
II (kedua) di Jabatan Perdana Menteri telah
mengemukakan cadangan bagi bacaan kali
yang kedua akan Rang Undang-Undang
Yang Bergelar “Suatu Akta Untuk
Membekalkan Sejumlah Wang dari
Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi
Perkhidmatan Tahun Kewangan 2011/2012
Dan Bagi Memperuntukkan Wang Yang
Tersebut Itu Bagi Maksud-Maksud Yang
Tertentu’’.
Rang Undang-Undang Perbekalan
2011/2012 yang telah dibaca dengan
panjang lebar telah mendapat sokongan
daripada Yang Berhormat Menteri
Pendidikan. Sekarang saya bukakan majlis
ini untuk perbahasan. Terima Kasih.
Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman
bin Haji Ahai: Terima kasih Yang
Di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim.
Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah
kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia
Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim,
Menteri Kewangan II (Kedua) yang telah
menyampaikan Anggaran Hasil dan
Perbelanjaan Negara bagi Tahun Kewangan
2011/2012 dengan begitu cemerlang.
Tahniah Yang Berhormat.
Satu belanjawan yang berdasarkan kepada
usaha pengukuhan fiskal melalui amalan
berbelanja secara berhemah dan berjimat
cermat kata Yang Berhormat Menteri
Kewangan II (Kedua). Ia merupakan satu
belanjawan menyeluruh meliputi semua
aspek-aspek pembangunan negara dan
kesejahteraan rakyat dan penduduk negara.
Satu bajet yang pro-bisnes beberapa
mekanisme melalui potongan cukai sebagai
insentif diperkenalkan bagi menggalak
aktiviti-aktiviti pelaburan dan perdagangan
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 66
juga bagi perkembangan syarikat-syarikat
di sektor pembuatan termasuk eksport. Bajet
bagi tahun kewangan 2011/2012 termasuk
bagi peruntukan kumpulanwang kemajuan
sebanyak $5.8 bilion bertambah hanya $1.45
juta daripada bajet bagi tahun kewangan
2010/2011. Jika diambil kira inflasi kenaikan
sebanyak $154 juta ini amatlah rendah.
Mengikut BEDB, negara akan mencapai
pertumbuhan ekonomi pada kadar 1.5 %
bagi tahun ini. Ini tertakluk kepada hasil
minyak dan gas. Yang Berhormat Menteri
Kewangan II (Kedua) menekankan ekonomi
negara sangat bergantung kepada minyak
dan gas. Pendapatan kerajaan daripada
sektor minyak dan gas bagi tahun
kewangan 2011/2012 dianggarkan sebanyak
$5.173 juta. Jika ini tidak diambil kira,
negara kita akan mencapai defisit ataupun
kekurangan di antara $4.8 hingga $5.2 bilion
setahun.
Dalam meneliti cadangan Rang Undang-
Undang 2011, Perbekalan 2011/2012 yang
telah dibentangkan oleh Yang Berhormat
Menteri Kewangan II (Kedua) semalam
di dewan ini, timbul beberapa pertanyaan
dan soalan-soalan, di antaranya:-
1. Bagaimana dengan prestasi pelaburan
negara dan syarikat-syarikat kerajaan
ataupun dipanggilkan G.L.C. seperti
Semaun Holdings dan anak-anak
syarikatnya dan juga RBA dan yang
lain-lain lagi. Perkara ini tidak disentuh
oleh Yang Berhormat; dan
2. Mengenai dengan tunggakan yang terus
meningkat jumlahnya sehingga 31 Mac
2010 sebanyak $486.5 juta. Apakah
tindakan-tindakan yang konkrit diambil
bagi mendapatkan wang ini dan
mengelakkan supaya ianya tidak
berlaku lagi di masa-masa yang akan
datang.
Akhirnya, saya menyokong supaya Rang
Undang-Undang yang dibentangkan oleh
Yang Berhormat Menteri Kewangan II
(Kedua) untuk dijadikan Satu Undang-
Undang Perbekalan Negara yang
dikeluarkan dari Peruntukan Kumpulan
Wang Yang Disatukan Bagi Maksud-Maksud
Yang Tertentu sepanjang tahun 2011/2012.
Sekian, terima kasih. Wabillahit
Taufiq Walhidayah. Wassalamu’alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Yang Di-Pertua: Terima kasih Yang
Berhormat. Ada lagi Ahli-Ahli Yang
Berhormat yang lain.
Yang Berhormat Dato Paduka Awang
Haji Mohd. Yunos bin Mohd Noh:
Assalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, selamat sejahtera. Bismillahir
Rahmanir Rahim.
Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang
Berhormat. Saya ada dua soalan:-
1. Syukur alhamdulillah, mengikut
penerangan Yang Berhormat Menteri
Kewangan II (Kedua) pada petang
kelmarin bahawa jumlah perbelanjaan
yang akan diperuntukkan untuk
tahun 2011/2012 ialah $5,130,785.600
sedangkan hasil keseluruhan
pendapatan negara ialah
$5,898,600.000 yang mana dari jumlah
ini, hasil dari minyak dan gas berjumlah
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 67
$5.173.50 juta dan hasil dari bukan
minyak dan gas hanyalah sekadar
$725.1 juta.
Walau bagaimanapun, Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
telah memperuntukkan kementerian-
kementerian dan jabatan-jabatan
dengan peruntukan masing-masing.
Bagaimanakah pihak kementerian-
kementerian termasuk Kementerian
Kewangan dan jabatan-jabatan
memastikan bahawa perbelanjaan yang
dibuat adalah value for money,
bukannya dengan harga yang telah
diinflated seperti baru-baru ini satu kes
yang terjadi di negara jiran kita.
2. Tunggakan bayaran pada tahun 2008.
Jumlah tunggakan kepada kerajaan
ialah $475.8 juta dan pada tahun 2010
jumlah tunggakan ialah $486.5 juta iaitu
kenaikan sebanyak hampir $11 juta.
Apakah tindakan-tindakan yang konkrit
kementerian-kementerian dan jabatan-
jabatan untuk menangani masalah ini?
Terima kasih Yang Di-Pertua.
Yang Di-Pertua: Terima kasih Yang
Berhormat. Ada lagi. Silakan.
Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji
Idris bin Haji Abas: Bismillahir Rahmanir
Rahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Ahli-Ahli
Yang Berhormat. Sebagaimana juga rakan-
rakan saya tadi, saya ingin membawakan
satu aspek. Sebelum itu, saya ingin
menyentuh penerangan yang telah diberikan
oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan II
(Kedua) dalam membuat cadangan Rang
Undang-Undang semalam itu adalah begitu
jelas dan informatif, bahan-bahannya begitu
terang dan begitu terperinci, sangat-sangat
berguna dan menggambarkan banyak
membuat penyelidikan dan research,
reference dan sebagainya. Saya ucapkan
syabas dan tahniah di atas begitu job well
done.
Saya hanya ingin menyentuh mengenai
dengan isu tunggakan. Walaupun ini
sudah dibangkitkan oleh rakan saya tadi.
Sehingga 31 Mac 2010, jumlah tunggakan
orang ramai dan sektor swasta kepada
kerajaan ialah kira-kira $486.5 juta, ini
termasuk elektrik, air, house assessment,
telefon, kemajuan perumahan, tanah juga
badan kemajuan industri. Barangkali sudah
setahun berlalu, kini mungkin lebih tinggi
nilainya.
Walau bagaimanapun, saya penuh percaya
yang kementerian telah membuat beberapa
kajian dan juga penyelidikan untuk
menyelesaikan masalah-masalah ini di mana
peraturan-peraturan baru telah dibuat untuk
tahun 2011/2012 akan diperkirakan mengikut
kementerian dan jabatan-jabatan yang
membuat kutipan hasil berkenaan.
Di masa-masa yang lalu, saya juga
pernah mencadangkan mengenai dengan
penggunaan teknologi ICT dalam sistem
pembayaran iaitu melalui e-Payment
ataupun Payment Getway ataupun
pembayaran melalui bank secara online. Di
mana teknologi yang canggih ini bolehlah
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 68
memonitor atau mengingatkan atau reminder
kepada setiap pelanggan akan payment due
pada setiap bulan misalnya. Kalau sekiranya
tidak diendahkan, mungkin akan diteruskan
dengan diberi amaran. Secara ringkasnya,
kalau tidak dipatuhi, tindakan-tindakan
seterusnya akan dapat dibuat, misalnya
dengan memotong perkhidmatan hinggalah
boleh diteruskan dengan tindakan undang-
undang.
Sistem ini memerlukan kerjasama dengan
pihak-pihak yang tertentu seperti bank
ataupun institusi-institusi kewangan. Dengan
cara yang demikian, kita akan dapat
mengutip hasil secara bersistem. Kalaupun
tidak 100%, mungkin kalau dapat kita
berhasil mengutip 50% pun dapat
mengurangkan tunggakan dan ini boleh juga
dikira sebagai satu hasil pendapatan negara.
Dari itu, saya ucapkan usaha akan dapat
diteruskan untuk memperbaiki lagi keadaan
pada masa ini.
Usul Yang Berhormat Menteri Kewangan itu,
sukacita saya suka ingin menyokong dengan
sepenuhnya. Terima kasih.
Yang Di-Pertua: Terima kasih Yang
Berhormat. Ada lagi Ahli-Ahli Yang
Berhormat yang lain, ingin bercakap.
Yang Berhormat Awang Haji Mohd.
Shafiee bin Ahmad: Bismillahir Rahmanir
Rahim Assalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh. Yang Berhormat Yang
Di-Pertua Majlis dan Ahli-Ahli Yang
Berhormat yang saya hormati sekalian.
Semalam kita telah pun bersama-sama
mendengar pembentangan Belanjawan
Negara 2011/2012 yang telah disampaikan
selama lebih kurang 1 ½ jam oleh Yang
Berhormat Menteri Kewangan II (Kedua).
Alhamdulillah berkat kepimpinan bijaksana
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum
Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul
Khairi Waddien, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Kedudukan kewangan negara dalam
keadaan selesa, positif dan stabil. Di
samping itu, kita juga mendengar mata wang
dunia telah menampakkan, peningkatan
seperti IMF 4.8% Asia Bank 5.4% dan lain-
lain.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat
Menteri Kewangan II (Kedua) mengingatkan
kita bahawa keadaan kedudukan mata wang
dunia mungkin dijangka menurun
disebabkan beberapa faktor seperti berikut:-
1. Bebanan hutang awam di setengah-
setengah negara;
2. Cuaca yang tidak menentu, bekalan
makanan terjejas; dan
3. Peningkatan harga makanan dan lain-
lain.
Yang Berhormat Menteri Kewangan II
(Kedua) juga memaklumkan bahawa pada
hasil pendapatan negara masih bergantung
pada minyak dan gas dan metanol di
samping berusaha meningkatkan hasil
penanaman padi dan perusahaan-
perusahaan yang lain lagi.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis, di
kesempatan ini saya ingin memberi sedikit
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 69
pandangan sebagai sumbangan dan buah
fikiran dalam sama-sama meningkatkan
prestasi kewangan negara:-
1. Kita perlu terus berbelanja kerana itu
adalah tanggungjawab kita untuk
menjaga kesejahteraan rakyat dan
negara tetapi berbelanjalah dengan
berhemah dan penuh berdispilin
mengikut peraturan- peraturan yang ada
dan jangan hendaknya dilanggar
peraturan-peraturan yang sedia ada;
2. Cuba cari mekanisme yang lebih inovatif
dan berkesan dalam mengutip hutang-
hutang yang tertunggak dan jangan
dibiarkan ia berlarutan; dan
3. Kakitangan kerajaan yang diamanahkan
untuk menjalankan tugas-tugas
mengutip pembayaran kepada kerajaan
hendaklah taat, telus, amanah dan
hindarkanlah penyalagunaan kuasa dan
rasuah.
Kita semua hendaklah berkerja keras dan
terus meningkatkan usaha mempelbagaikan
penghasilan negara bukan sahaja untuk
tujuan mencapai tempat top ten sebagai
reformasi tetapi yang lebih penting untuk
kesejahteraan, kestabilan dan keselamatan
negara yang berpanjangan.
Dengan tertubuhnya “Authority Monetary
Brunei Darussalam”, saya percaya dan
berkeyakinan kedudukan kewangan negara
akan dapat ditadbir lebih teratur dan mantap
serta dapat memberi keyakinan kepada
pelabur-pelabur asing.
Peluang-peluang pekerjaan dan bisnes
hendaklah dibuka serta teruskan usaha ke
arah pembangunan negara bertenaga mahir
dan bukan sahaja di sektor swasta bahkan
juga sektor perkhidmatan awam. Oleh yang
demikian Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Majlis akhirnya saya menyokong akan
cadangan belanjawan sebanyak $5.8 billion
itu yang disampaikan oleh Yang Berhormat
Menteri Kewangan II (Kedua) semalam.
Sekian Wabillahit Taufiq Walhidayah
Wassalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh. Terima kasih.
Yang Di-Pertua: Terima kasih Yang
Berhormat. Ada lagi. Silakan Yang
Berhormat.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri
Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji
Awang Abu Bakar bin Haji Apong:
Assalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Di-Pertua
dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Bagi pihak rakan-rakan saya di sebelah sini
saya ingin mengucapkan terima kasih
di atas pandangan-pandangan yang telah
dikemukakan di majlis ini mengenai
dengan Rang Undang Perbekalan
2011/2012. Kami mengambil perhatian juga
terhadap beberapa perkara yang
dikemukakan sebentar tadi dan oleh kerana
ada perkara-perkara yang dikemukakan
tersebut adalah spesifik maka saya
memohon izin Yang Di-Pertua supaya
perkara-perkara spesifik itu akan
dibincangkan diberi jawapan semasa majlis
ini bersidang sebagai Jawatankuasa. Terima
kasih.
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 70
Yang Di-Pertua: Terima kasih. Saya tidak
ada halangan. Ahli-Ahli Yang Berhormat
saya telah pun memberi peluang pada ahli-
ahli yang belum memberikan ulasan, jika ada
lagi. Silakan.
Yang Di-Pertua: Ahli-Ahli Yang Berhormat
oleh kerana tidak ada lagi di antara Ahli-Ahli
Yang Berhormat yang ingin untuk memberi
ulasan, maka asas dan kelayakan Rang
Undang-Undang ini telah pun dihuraikan
dengan begitu panjang lebar, ada beberapa
orang ahli juga telah memberikan pandangan
atau ulasan. Maka saya ingin
mengemukakan soalan. Adakah Ahli-Ahli
Yang Berhormat bersetuju supaya Rang
Undang-Undang ini dibaca sekarang pada
kali keduanya?
Sila angkat tangan bagi Ahli-Ahli Yang
Berhormat yang bersetuju.
(Semua Ahli Yang Berhormat mengangkat
tangan).
Yang Di-Pertua: Terima kasih, Ahli-Ahli
Yang Berhormat nampaknya Majlis ini telah
pun bersetuju terhadap Rang Undang-
Undang yang dibahaskan itu. Oleh yang
demikian Rang Undang-Undang tersebut
diluluskan untuk dibaca bagi kali Kedua.
Jurutulis: ‘’Suatu Akta Untuk Membekalkan
Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang
Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun
Kewangan 2011/2012 Dan Bagi
Memperuntukkan Wang Tersebut Itu Bagi
Maksud-Maksud Tertentu’’.
Yang Di-Pertua: Ahli-Ahli Yang Berhormat
sekarang Persidangan Majlis Mesyuarat ini
dijadikan sebagai Persidangan
Jawatankuasa sepenuhnya.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Majlis bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi: Bab 2,
Pengeluaran dan Peruntukan. Adakah
di antara ahli-ahli yang ingin akan bercakap?
Silakan.
Yang demikian oleh kerana tidak ada yang
ingin bercakap ada baiknya perkara ini
diundi.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila angkat tangan.
(Semua ahli mengangkat tangan).
Nampaknya perkara ini telah dipersetujui.
Jurutulis: Bab 2, Ceraian I dan II dijadikan
sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Tajuk SA01A - Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Pengerusi: Jabatan
Perdana Menteri Tajuk SA01A.
Adakah Ahli-Ahli Yang Berhormat ingin
mengemukakan sebarang pertanyaan?
Silakan.
Yang Berhormat Dato Paduka Awang
Haji Yunos bin Mohd. Noh: Terima kasih
Yang Berhormat Pehin Pengerusi, Ahli-Ahli
Yang Berhormat, dengan bertambahnya
syarikat-syarikat dari luar negeri diberi
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 71
concession untuk cari gali minyak dan gas
di kawasan-kawasan daratan dan perairan
negara kita ini, kita berdoa dan berharap ini
akan menghasilkan tambahan hasil negara
dan seterusnya akan menjadikan Negara
Brunei Darussalam akan lebih makmur maju
insya-Allah.
Di samping kita menaruh harapan, kita juga
masih teringat apa yang terjadi di Teluk
Mexico pada bulan Mei 2010, iaitu insiden
letupan Deepwater Horizon rig yang mana
telah mengakibatkan environmental disaster
yang besar dan juga telah menjejaskan mata
pencarian sebahagian penduduk setempat
bagi masa yang agak lama. Kejadian ini
telah terjadi di tempat yang dalam, dalamnya
iaitu 1500 meter, serupa dengan Block CA1
dan CA2 di negara kita ini.
Saya ingin mengemukakan dua persoalan
mengenainya. Apakah kajian yang telah
dilaksanakan mengenai kemampuan
operator-operator bagi kedua blok ini
berkenaan dari segi kemampuan mereka
melaksanakan eksplorasi di kawasan-
kawasan berkenaan?
Apakah precautionary measure dan
persediaan kita untuk menangani musibah
seperti yang telah terjadi di Teluk Mexico.
Saya juga difahamkan bahawa ada agensi-
agensi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam dan
beberapa syarikat minyak dan gas ada
membuat persediaan terhad tetapi
persoalannya adakah kita mempunyai
sumber-sumber tenaga manusia dan akses
yang cepat kepada teknologi dan machinery
bagi menangani ketumpahan pada skala
yang besar ini?
Saya juga ingin mencadangkan supaya satu
kajian EIA yang compulsory dan
komprehensif dibuat bagi setiap kawasan
yang diterokai sama ada di daratan atau
di lautan negara ini. Terima Kasih Yang
Berhormat Pehin Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih,
silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri
Kol. (B) Dato Seri Paduka Awang
Haji Mohd. Yasmin bin Haji Umar: Terima
kasih soalan Yang Berhormat tadi,
sepertimana yang kita sedia maklum bahawa
insiden Macondo di Gulf of Mexico telah
menyebabkan 11 kehilangan jiwa serta
kemusnahan alam sekitar. Apa yang
difahami siasatan yang dibuat setakat ini
menunjukkan dua sebab utama iaitu isu
mengenai well casing design dan kegagalan
pemantauan operasi panggilan. Siasatan
menyeluruh telah dibuat oleh Kerajaan
Amerika Syarikat dan industri minyak yang
dianggotai oleh syarikat-syarikat minyak
dunia seperti SHELL dan TOTAL yang
dipanggil sebagai Global Industry Response
Group. Tiga elemen utama yang telah
dikenal pasti oleh mereka adalah keperluan
preventation, Intervention dan response.
Sepertimana yang kita maklum Kerajaan
Amerika Syarikat baru-baru ini telah menarik
balik larangan bagi penggalian di lautan
dalam yang mereka keluarkan setelah
kejadian insiden Gulf of Mexico.
Kita juga telah mengambil maklum bahawa
syarikat-syarikat minyak terutama sekali
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 72
TOTAL yang akan membuat penggalian
minyak lautan dalam di perairan
negara pada tahun ini telah dan akan
menyerapkan standard ke dalam operasi
mereka. Langkah-langkah setakat ini
kerajaan masih lagi dalam proses peringkat
awal untuk mengkaji keperluan undang-
undang menangani isu ini di masa depan. Ini
termasuk keperluan untuk mengadakan
proses pengauditan serta certification bagi
memastikan operasi dikendalikan dengan
selamat dari awal lagi semasa membuat reka
bentuk hingga ke produksinya. Pada ketika
ini kita banyak bergantung kepada industri
standard dan best practices kepunyaan
syarikat berkenaan untuk mengambil
langkah-langkah yang perlu. Kita percaya
syarikat yang berkenaan akan mengambil isu
ini dengan serius kerana ini akan melibatkan
reputasi mereka di arena antarabangsa.
Seperti yang kita maklum insiden Mexico
hampir memusnahkan kewujudan Syarikat
British Petroleum ( BP ).
Walau bagaimanapun, kerjasama dengan
Syarikat Petroleum Brunei akan membuat
perundingan dengan Syarikat TOTAL
sebelum mereka memulakan penggalian dan
jika diperlukan, kerajaan akan mengambil
konsultan untuk mengkaji secara
keseluruhan untuk memastikan bahawa
syarikat-syarikat telah membuat persiapan
yang cukup di dalam semua hal supaya
kejadian Mexico tidak akan berlaku di negara
ini. Di samping itu juga, kita mempunyai
jawatankuasa kebangsaan untuk menangani
tumpahan minyak (oil spill) yang diketuai
oleh Pengarah Jabatan Laut.
Walau bagaimanapun sebahagian dari
perancangan kontengensi tumpahan minyak
kita mempunyai arrangement dengan
syarikat Oil Spill Responsibility ELF yang
mempunyai keupayaan yang bertaraf
antarabangsa untuk menangani musibah
tumpahan minyak. Walau bagaimanapun
perancangan kontengensi ini mesti diuji
keberkesanannya dari masa ke semasa dan
kita berharap dengan perancangan yang
cukup, syarikat minyak antarabangsa seperti
TOTAL, kita tidak akan memerlukan
kontengensi ini. Bagi menjawab tentang
cadangan EIA (Environmental Impact
Assessment). EIA memang dibuat tiap-tiap
sebelum eksplorasi ataupun drilling minyak
memang diadakan di EIA. Atu saja Yang
Berhormat Pehin Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang
Haji Abdullah bin Begawan Mudim
Dato Paduka Haji Bakar: Terima Kasih
Yang Berhormat Pehin Pengerusi.
Sebenarnya kita ada apa yang dipanggil
OSPAR iaitu Oil Spill Preparation and
Response yang seperti dinyatakan oleh
Yang Berhormat Menteri Tenaga tadi dan
jawatankuasa ini sering mengadakan yang
dipanggil Audit dan Latihan yang berkala
untuk menangani oil spill bagi scale yang
ada pada masa ini. Tapi apabila operation ini
akan menjadi lebih besar di kawasan
penggalian yang lebih besar, respons dan
langkah-langkah yang selanjutnya akan
terpaksa dikaji semula. Terima Kasih.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima Kasih
Yang Berhormat. Sekiranya tidak ada lagi
Ahli-Ahli Yang Berhormat ingin bercakap,
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 73
maka perkara ini dibuka untuk diundi.
Silakan yang bersetuju.
Jurutulis: Tajuk SAO1A - Jabatan Perdana
Menteri dijadikan sebahagian daripada
Jadual.
Yang Berhormat Pengerusi: Tajuk SAO1A
- Jabatan Perdana Menteri dijadikan
sebahagian daripada Jadual.
Jurutulis: Tajuk SAO2A - Jabatan Adat
Istiadat.
Yang Berhormat Pengerusi: Maka saya
bukakan perkara ini jika ada Ahli-Ahli Yang
Berhormat ingin mengemukakan pertanyaan.
Nampaknya tidak ada Ahli-Ahli Yang
Berhormat mahu bertanya maka perkara ini
dibukakan untuk diundi. Sila angkat tangan
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju.
(Semua mengangkat tangan). Perkara ini
telah dipersetujui tanpa tentangan.
Jurutulis: Tajuk SAO2A - Jabatan Adat
Istiadat Negara dijadikan sebahagian
daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusi: Tajuk SAO2A
- Jabatan Adat Istiadat Negara dijadikan
sebahagian daripada Jadual.
Jurutulis: Tajuk SAO3A - Jabatan Audit.
Yang Berhormat Pengerusi: Tajuk SAO3A
- Jabatan Audit. Jika ada apa-apa
pertanyaan dari Ahli-Ahli Yang Berhormat
silakan. (Semua mengangkat tangan).
Nampaknya perkara ini diterima tanpa
tentangan.
Jurutulis: Tajuk SAO3A - Jabatan Audit
dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk
SAO4A - Biro Kawalan Narkotik.
Yang Berhormat Pengerusi: Ahli-Ahli Yang
Berhormat, Tajuk SAO4A Biro Kawalan
Narkotik. Ada apa-apa pertanyaan dari
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Silakan Yang
Berhormat.
Yang Berhormat Awang Haji Bakar bin
Mansor: Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Ta’ala
Wabarakatuh. Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi Majlis. Biro Kawalan
Narkotik di kesempatan ini saya
mengucapkan tahniah dan syabas kerana
jabatan ini telah pun banyak membuat
perubahan dan banyak kemajuan-kemajuan
yang telah dicapai. Jadi apa yang ingin saya
sentuh di majlis ini, Biro Kawalan Narkotik
dan juga jabatan-jabatan kerajaan yang
bersepadu pada baru-baru ini banyak
mengadakan rondaan-rondaan kepada
kompleks-kompleks membeli belah dan juga
tempat-tempat strategik seperti di tepi pantai.
Hasil daripada rondaan-rondaan tersebut,
nampaknya banyak penduduk dan rakyat di
negara ini khususnya belia-belia remaja
didapati melepak dan membuat perbuatan-
perbuatan yang kurang menyenangkan. Jadi
saya merasa bersyukur kerana perkara ini
telah pun ditangani oleh pihak Biro Kawalan
Narkotik.
Dalam perkara ini saya ingin mencadangkan
supaya ianya akan dapat diperluaskan dan
dapat dijalankan secara berterusan, kerana
apa yang telah didengar perkara ini
dijalankan secara berkala, kerana kalau
sekarang tidak diambil serius, ianya akan
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 74
menampakkan dan menambahkan
keburukan lagi kepada negara kitani
dan juga akan mendatangkan impak yang
tidak baik kepada belia-belia kitani di negara
ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima Kasih
Yang Berhormat. Ada lagi Ahli-Ahli yang lain,
silakan.
Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri
Kol. (B) Dato Seri Paduka Awang Haji
Mohd. Yasmin bin Haji Umar: Menjawab
soalan Yang Berhormat tadi, diambil maklum
soalan dan saranan beliau supaya
ditingkatkan lagi keberadaan rondaan oleh
Biro Kawalan Narkotik di tempat-tempat
strategik akan diadakan dengan lebih gigih
lagi di masa akan datang, diambil maklum
apa yang disarankan oleh Yang Berhormat
tadi. Terima kasih Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih
Yang Berhormat. Silakan.
Yang Berhormat Awang Haji Mohd.
Shafiee bin Ahmad: Terima kasih Yang
Berhormat Pengerusi. Saya ingin
menyuarakan tentang peluang-peluang
pekerjaan kepada residen rumah Al-Islah.
Kita difahamkan bahawa Biro Kawalan
Narkotik telah membuat satu pendekatan
baru dalam membantu residen-residen
rumah Al-Islah dengan mengatur program-
program kemahiran bukan saja di bidang
kerjaya bahkan juga kerohanian sebagai
persediaan sebelum mereka keluar dari
rumah tersebut untuk kembali ke pangkuan
keluarga dan masyarakat. BKN dalam
approachnya juga mendekati syarikat-
syarikat swasta di Negara Brunei
Darussalam meminta mereka supaya
bersedia membantu dalam program ini,
dengan memberi peluang-peluang pekerjaan
kepada residen-residen yang dibebaskan.
Alhamdulillah untuk makluman, ada
beberapa syarikat swasta tempatan telah
berani tampil ke hadapan menyahut seruan
tersebut dan kita berharap lebih ramai lagi
syarikat swasta di negara ini akan tampil
untuk membantu usaha sungguh murni ini.
Dalam hubungan ini, Yang Berhormat
Pengerusi, saya ingin menyuarakan
di dewan yang mulia ini mencadangkan
supaya satu ketetapan dapat dikeluarkan
kepada semua Jabatan Perkhidmatan Awam
juga sekiranya ini tidak menyalahi sebarang
peraturan untuk mempertimbangkan
peluang-peluang pekerjaan di sektor awam
kepada residen-residen rumah Al-Islah juga.
Dan saya melihat peruntukan BKN pada
tahun ini sebanyak $13 juta, diharap
peruntukan ini akan dapat menangani bukan
sahaja soal gaji dan yang lain-lain tetapi
perbelanjaan untuk menangani residen-
residen yang ada pada ketika ini. Sekian
terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih,
ada lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain?
Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri
Kol. (B) Dato Seri Paduka Awang Haji
Mohd. Yasmin bin Haji Umar: Menjawab
soalan Yang Berhormat tadi tentang
pemberian kerja, jabatan-jabatan kerajaan
atu karang biartah Yang Berhormat Menteri
Kewangan II (Kedua) menjawab. Saya ingin
saja menekankan di sini yang setiap bekas
penghuni selalunya memang berada di tahap
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 75
yang sangat vulnerable dan kitani bernasib
baik jua di Brunei ani banyak syarikat-
syarikat tempatan yang mahu tampil ke
depan memberi pekerjaan kepada mereka.
Di samping itu juga, sepanjang tempoh
24 bulan residen ini yang dikenali sebagai
“orang yang di bawah pengawasan” akan
berterusan menerima bantuan dari segi
kerohanian, motivasi, kaunseling, latihan
kemahiran dan lain-lain bantuan yang
difikirkan perlu atas Titah Perkenan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam. Setiap penghuni
Pusat Al-Islah yang telah dibebaskan akan
diberi sumbangan $200 sebagai wang saku.
Diambil maklum atas cadangan Yang
Berhormat tadi dan akan saya serahkan
kalau boleh rakan Yang Berhormat Menteri
Kewangan II (kedua) untuk menjawab yang
lainnya. Terima kasih Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila
Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul
Rahman bin Haji Ibrahim: Bismillahir
Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh, salam
sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat
Pengerusi dan terima kasih atas saranan
Yang Berhormat Awang Haji Shafiee tadi.
Sebenarnya perbincangan-perbincangan
sedang diadakan dalam kerajaan untuk
menangani perkara-perkara ini dan
mengenai dengan cadangan itu insya-Allah
akan diambil maklum. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih.
Oleh kerana tidak ada lagi di antara Ahli-Ahli
Yang Berhormat ingin bercakap maka
perkara ini diundi bagi Ahli-Ahli Berhormat
yang bersetuju silakan angkat tangan.
Perkara ini dipersetujui tanpa ada tentangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan)
Jurutulis: SA04A - Biro Kawalan Narkotik
dijadikan sebahagian daripada Jadual
SA05A - Biro Mencegah Rasuah.
Yang Berhormat Pengerusi: Maaf,
SA04A - Biro Kawalan Narkotik dijadikan
sebahagian dari jadual. Jadi sekarang kita
beralih kepada SA05A - Biro Mencegah
Rasuah. Saya silakan Ahli-Ahli Yang
Berhormat yang ingin bercakap.
Oleh kerana tidak ada di antara Ahli-Ahli
Yang Berhormat ingin bercakap maka
SA05A – Biro Mencegah Rasuah dijadikan
sebahagian dari Jadual.
Jurutulis: SA05A - Biro Mencegah Rasuah
dijadikan sebahagian daripada Jadual
SA06A - Jabatan Keselamatan Dalam
Negeri.
Yang Berhormat Pengerusi: Adakah Ahli-
Ahli Yang Berhormat ingin akan bercakap
mengenai dengan SA06A - Jabatan
Keselamatan Dalam Negeri? Maka perkara
ini iaitu SA06A - Jabatan Keselamatan
Dalam Negeri dijadikan sebahagian dari
Jadual.
Jurutulis: SA06A - Jabatan Keselamatan
Dalam Negeri dijadikan sebahagian daripada
Jadual SA07A - Jabatan Majlis-Majlis
Mesyuarat Negara.
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 76
Yang Berhormat Pengerusi: Adakah Ahli-
Ahli Yang Berhormat ingin akan bercakap
mengenai dengan perkara ini? Silakan.
Yang Berhormat Awang Haji Mohd.
Shafiee bin Ahmad: Terima kasih sekali
lagi Yang Berhormat Pengerusi Majlis. Kita
telah pun menghadiri Majlis Mesyuarat
Negara yang mulia ini selama enam kali
sudah dan banyak cadangan-cadangan dan
pandangan-pandangan telah dikemukakan
disumbangkan oleh Ahli-Ahli Yang
Dilantik sama-sama bermuzakarah ke arah
memajukan dan membangunkan negaraku
Brunei Darussalam. Sejauh ini kita jarang
mendengar atau menerima maklum balas di
atas cadangan-cadangan atau pandangan-
pandangan yang tidak terjawab sewaktu
perbincangan diadakan. Ianya berlalu begitu
saja dan mungkin terus dilupakan kalau tidak
dibangkitkan semula di sesi mesyuarat
berikutnya.
Bukan apa Yang Berhormat Pengerusi,
sekiranya ada maklum balas didengar atau
diterima dari pihak-pihak yang berkenaan
sekurang-kurangnya dapat juga disalurkan
kepada orang ramai sebagai makluman dan
pengetahuan mereka. Secara tidak langsung
ini dapat menunjukkan bahawa kita
mengamalkan governance dan pada masa
yang sama falsafah Melayu Islam Beraja
yang kita sama-sama sanjung tinggi akan
terus mantap dan kekal buat selama-
lamanya. Mohon maaf jika tidak menyalahi
sebarang peraturan dalam Majlis Mesyuarat
Negara yang mulia ini, mohon kalau dapat
diperjelaskan Yang Berhormat Pengerusi
Majlis. Terima kasih
Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih,
silakan
Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya
Awang Haji Othman bin Uking: Terima
kasih Yang Berhormat Pengerusi Majlis.
Saya ingin mengetengahkan satu perkara
selaras dengan perkembangan semasa yang
mana buat pertama kalinya Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam telah melantik
seorang Timbalan Menteri dari kaum hawa
(wanita). Dengan adanya seorang wanita
berada dalam jemaah menteri walaupun
sebagai Timbalan Menteri sekurang-
kurangnya sebagai langkah awal untuk
memenuhi aspirasi kaum wanita. Majlis telah
maklum bahawa penduduk negara ini
separuhnya daripadanya 50% adalah terdiri
kaum hawa dan tidak mustahil di tahun-
tahun akan datang bertambah bilangan
mereka dan mengatasi kaum adam.
Untuk itu sudah tiba masanya kaum hawa
akan dapat berganding bahu untuk sama-
sama memikul tanggungjawab terhadap
rakyat dan negara ini ke arah yang lebih
mantap dan berkesan. Seringkali kita
mendengar slogan “Pemuda Harapan
Bangsa Pemudi Tiang Negara”. Dengan
adanya slogan sedemikian menandakan
betapa pentingnya kaum hawa itu supaya
akan dapat diadakan atau duduk bersama
dalam Majlis Mesyuarat Negara sebagai ahli
mewakili kaum hawa sepenuhnya. Maka
dengan adanya wakil kaum hawa duduk
dalam majlis yang mulia ini sudah tentu kita
yakin suara-suara dan masalah-masalah
kaum hawa khasnya kaum ibu akan dapat di
ketengahkan kepada pihak kerajaan seperti
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 77
mana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darusssalam dalam sidang Mesyuarat
Negara kali pertama. Dalam hubungan ini
peranan kaum wanita (hawa) adalah amat
penting dan perlu demi kelangsungan
kehidupan berbangsa dan bernegara untuk
generasi yang akan datang supaya ianya
kelihatan selari dan selaras seperti kata para
biduan “Irama dan Lagu tidak dapat
dipisahkan, kalau dipisahkan sumbanglah
irama”. Sekian terima kasih. Yang
Berhormat Pehin Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih
Yang Berhormat mengenai dengan
cadangan Yang Berhormat supaya wakil-
wakil dari kaum hawa itu akan dapat
ditampilkan ke hadapan dan saya percaya
pihak-pihak yang berkenaan (kaum adam)
akan memikirkan dan mempertimbangkan
perkara ini. Mengenai dengan teguran Ahli
Yang Berhormat tadi terhadap soalan-soalan
yang telah dikemukakan dalam majlis ini
yang mana belum ada jawapan sama ada
katanya terlupa atau tidak, saya akan
serahkan dan menarik perhatian pihak-pihak
yang berkenaan mengenai dengan
pertanyaan-pertanyaan itu supaya dengan
seberapa boleh diberikan penjelasan dari
semasa ke semasa dengan seberapa segera
selepas ianya dikemukakan dalam majlis ini.
Insya-Allah.
Yang Berhormat Awang Haji Bakar bin
Mansor: Yang Berhormat Pengerusi Majlis.
Terima kasih. Pengerusi Majlis. Saya sedikit
saja, cuma menyokong apa yang telah
diutarakan oleh Ahli Yang Berhormat
sebentar tadi iaitu bagi menyokong supaya
diadakan dari perempuan dalam Majlis
Mesyuarat Negara. Kalau melihat di negara-
negara yang maju dan ke seluruh negara-
negara, apa yang kita ketahui ianya memang
ada wakil bagi pihak wanita. Jadi, oleh itu
saya menyokong penuh usul Yang
Berhormat tadi.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Pehin.
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato
Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang
Badaruddin bin Pengarah Dato paduka
Haji Awang Othman: Yang Berhormat
Pengerusi. Berhubung dengan soalan-soalan
yang dikemukakan dalam dewan ini yang
tidak dijawab dengan diambil maklum atau
noted dan akan difikirkan. Saya sukacita
merujuk kepada soalan Yang Berhormat
Pehin Goh King Chin pada tahun lepas.
Berhubung dengan stateless yang dikenakan
bayaran re-entry permit dan re-entry visa.
Perkara itu telah diambil perhatian oleh Yang
Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
pada tahun lepas dan sebagai lanjutan
daripada perkembangannya adalah seperti
berikut Yang Berhormat:-
“Perkara bayaran permit yang dikenakan
kepada stateless atau Penduduk Tetap
Negara ini yang tidak mempunyai taraf
kewarganegaraan bagi re-entry permit
sebanyak $10.00 dan re-entry visa sejumlah
$50.00 telah pun dipertimbangkan dan
diteliti oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri dari semenjak tahun lalu dan satu
sokongan telah dibuat yang mana akhirnya
telah disembahkan dan sukacita di dewan
majlis ini, saya mengambil kesempatan
memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 78
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam telah mengurniakan titah
perkenan untuk re-entry visa dan bayaran
re-entry permit yang dikenakan kepada
penduduk tetap negara ini yang
tidak mempunyai taraf kewarganegaraan
stateless ditiadakan”. Sekian Yang
Berhormat.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih.
Silakan.
Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja
Dato Paduka Awang Goh King Chin:
Terima kasih, saya wakil warga Tionghoa
mengucapkan terima kasih kepada Pehin
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk
mengubahkan re-entry Visa dan re-entry
permit. Terima kasih. Pehin.
Yang Berhormat Pengerusi: Oleh kerana
tidak ada lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat
akan bercakap. Tajuk SA07A – Jabatan
Majlis-Majlis Mesyuarat Negara. Adakah
dipersetujui?
(Semua Ahli mengangkat tangan)
Nampaknya Ahli-Ahli Yang Berhormat
mempersetujui. Maka tajuk ini dijadikan
sebahagian daripada Jadual. Terima kasih
Jurutulis : Tajuk SA07A - Jabatan Majlis-
Majlis Mesyuarat Negara dijadikan
sebahagian daripada Jadual. Tajuk SA08A -
Radio Televisyen Brunei.
Yang Berhormat Pengerusi: Silakan.
Yang Berhormat Awang Haji Mohd.
Shafiee bin Ahmad: Terima kasih, Yang
Berhormat Pengerusi Majlis. RTB baru-baru
ini telah mengadakan taklimat di daerah-
daerah mengenai dengan peralihan sistem
analog yang ada sekarang kepada
sistem digital mulai tahun 2015 hingga 2020
secara berperingkat-peringkat. Ini adalah
satu perkembangan yang menunjukkan
kemajuan yang patut kita banggakan. Saya
cuma ingin bertanya, apakah perancangan
jangka panjang dan pendek pihak RTB
dalam menyampaikan maklumat-maklumat
pada semua peringkat orang ramai,
termasuk si pembekal peralatan mahupun
pengguna supaya mereka tidak terpedaya di
masa peralihan sistem ini berjalan nanti dan
berapakah anggaran perbelanjaan yang
akan dibelanjakan dalam tempoh masa
peralihan sistem tersebut. Sekian terima
kasih.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih.
Silakan.
Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri
Kol. (B) Dato Seri Paduka Awang Haji
Mohd. Yasmin bin Haji Umar: Yang
Berhormat Pengerusi Majis minta tangguh
kan menjawab soalan ani dalam masa akan
datang. Minta tangguh dulu Yang Berhormat
Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih
Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Awang Haji Bakar bin
Mansor: Terima kasih Yang Berhormat
Pengerusi Majlis, saya ingin mengutarakan
iaitu dalam beberapa rancangan yang
dikeluarkan oleh Radio Televisyen Brunei.
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 79
Baik pun rancangan itu, rancangan yang
dianggap berjaya atau rancangan yang
dianggap baik, sememangnya ia adalah
diikuti dengan baik oleh penonton dan rakyat
di negara ini dan sebaliknya jika rancangan
itu kurang baik juga ianya dianggap oleh
pihak penonton baik. Begitu juga andaian
rancangan itu dianggap kurang memuaskan
atau tidak baik ianya juga dianggap oleh
pihak penonton baik kerana keseluruhan apa
yang telah dikeluarkan dipaparkan
dalam kaca TV itu adalah bagi pihak
penonton adalah ianya benar dan baik.
Terutama sekali bagi pihak belia-belia yang
belum lagi dapat membezakan yang buruk
dan yang baik. Jadi apa yang saya
maksudkan di sini supaya apa jua rancangan
yang dikeluarkan di Radio Televisyen Brunei
ini haruslah berhati-hati dan jangan kitani
terkeluar daripada landasan iaitu negara
kitani yang berpegang teguh dengan Melayu
Islam Beraja dan salah sebuah negara iaitu
Negara Zikir.
Alhamdulillah, apa yang kitani lihat sejauh
ani apa yang dipakai oleh juruhebah dan
sebagainya seperti pemberita di Radio
Televisyen Brunei mereka memakai pakaian
yang berunsur keugamaan. Tetapi
sebaliknya kadangkala ada di antara
persembahan-persembahan itu pakaian-
pakaian yang dipaparkan ianya kurang
sesuai ditonton oleh masyarakat. Jadinya
saya maksudkan supaya bagi pihak
rancangan-rancangan ini supaya akan
berhati-hati kerana ia akan menjadi ikutan
kepada pihak penonton di negara ini. Terima
kasih.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih
Yang Berhormat, saya percaya, perkara
yang disentuh oleh Yang Berhormat itu akan
diambil perhatian oleh pihak yang
berkenaan.
Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri
Kol. (B) Dato Seri Paduka Awang Haji
Mohd. Yasmin bin Haji Umar: Yang
Berhormat Pengerusi Majlis diambil maklum.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih.
Silakan.
Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya
Awang Haji Othman bin Uking: Yang
Berhormat Pengerusi Majlis saya mengambil
kesempatan ini ialah berhubung dengan
siaran radio yang dipancarkan dari Stesen
Tutong. Sering sekali rancangan tersebut
atau rancangan tergendala dan kurang
dapat diterima terutama sekali selalu rosak.
Jadi adalah diharapkan supaya keadaan
tersebut akan dapat diperbaiki dan maklumat
yang saya terima ialah tidak ada kakitangan
juruteknik di sana. Diharapkan supaya
stesen radio di Tutong itu dibekalkan tenaga
teknikal. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih.
Silakan.
Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri
Kol. (B) Dato Seri Paduka Awang Haji
Mohd. Yasmin bin Haji Umar: Terima kasih
Yang Berhormat Pengerusi Majlis, soalan
Yang Berhormat tadi perkara ini akan
ditentukan. Tentang masalah Juruteknik di
daerah masing-masing akan ditentukan pada
masa akan datang. Sememangnya sekarang
ini tiap-tiap daerah itu mempunyai
Jurutekniknya masing-masing dan pagi tadi
jawapan yang belum terjawab lagi kaola
PAGI HARI KHAMIS, 28 RABIULAWAL 1432 / 3 MAC 2011 80