PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Perancangan Pelancongan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia MEI, 2008
141
Embed
persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN
JOHOR BAHRU)
NOOR AZRINA BT ITHNIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Perancangan
Pelancongan
Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2008
DEDIKASI
Subhanallah Alhamdulillah La Ilaha Illallah Allahuakbar, Ku panjatkan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah atas segala nikmat dan rahmat-Mu pada kami
Sesungguhnya segala ujian yang kau berikan pada kami, itu, merupakan tanda kasih sayang-Mu pada kami,
Kaul berilah kekuatan kepada kami untuk meneruskan perjuangan ini.
Buat ayah, Pengorbananmu mendidik dan membesarkan hanya dapatku balas dengan menjadi anak yang solehah, amin
Iringan doa yang berterusan, Kesabaran yang tidak ternilai Kuhargai segala pengorbananmu yang tak terhingga
Insya Allah aku akan menyambung perjuangan yang belum selesai Segala pesananmu akan aku ingat dan merealisasikan,
Insya Allah...
Buat ibuku, Jutaan terima kasih kerana telah membesarkan, memberi sokongan dan tunjuk ajar dalam apa
jua perkara Jasamu hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya
Semoga kita akan lebih tabah menghadapi hari-hari yang mendatang
Buat kakak,,abang ipar dan adik-adik InsyaAllah aku tidak akan melupakan kalian semua,
Kalian semua adalah pendorong semangatku, Semoga kita sama akan mendapat berkat daripadaNya.
Buat pensyarah
Segala tunjuk ajar dan didikan yang diberikan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya, Kau umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain,
Semoga kalian dirahmati Allah Jutaan terima kasih di atas ilu yang diberikan dan semoga mendapat keberkatan.
Buaat sahabat-sahabat
Hanya ucapan terima kasih yang dapat ku berikan di atas segala pengertian, pertolongan dan sokongan yang diberikan,
Ribuan kemaafan dipohon di atas segala kesilapan dan kesusahan dariku, Semoga ikatan ukhuwah tidak akan putus setakat ini sahaja
Segala memori akan kukuh di ingatan...
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah SWT, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Segala puji
bagi allah SWT dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, di
atas kebesaran Allah SWT, dengan izinnya dapatlah saya menyelesaikan tesis
ini dengan sebaik mungkin mengikut kemampuan. Sesungguhnya saya tidak
akan dapat menyelesaikan kajian ini tanpa kerjasama dan tunjuk ajar daripada
yang lain.
Di kesempatan ini, saya ingin merakakan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada penyelia tesis iaitu Pn Norhazliza Abd. Halim di atas bimbingan
yang berpanjangan. Beliau telah banyak berkongsi idea, cadangan dan nasihat
serta komen-komen yang membina sepanjang kajian ini dijalankan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan
kepada pensyarah, Prof. Madya Dr. Zainab Khalifah, Dr. Hairul Nizam Ismail dan
En. Ahmad Tajudin Hj Kecik serta semua pensyarah-pensyarah Fakulti Alam
Bina Universiti Teknologi Malaysia atas segala tunjuk ajar, nasihat dan bantuan
yang diberikan sepanjang tempoh pengajian.
Sekalung penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang terlibat iaitu
responden yang banyak memberi komitmen. Jutaan terima kasih untuk yang
amat teristimewa iaitu kedua ibu bapa saya Ithnin b. Yunus dan Siti Mariam bt.
Samad yang tidak pernah kenal jemu meniupkan semangat, nasihat, motivasi
dan diiringi doa serta sokongan moral sehingga saya dapat menyelesaikan
kajian ini. Semoga Allah memberkati mereka. Dan tidak dilupakan kepada kakak
dan suami serta adik-adik tersayang.
Kalungan terima kasih ini didedikasikan untuk sahabat-sahabat akrab iaitu Zatul
Iffah, Nurul Azhani, Aiza Norshahua, Ahmad Nazrin, K.C.Goh, Jamaliah dan
rakan-rakan serta semua staff TPRG di atas dorongan berharga mereka dalam
menyelesaikan kajian ini.
ABSTRAK
Istilah pelancongan kesejahteraan (wellness tourism) merupakan satu lagi
produk pelancongan yang telah diterima pakai dalam industri yang menjadi
penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi negara iaitu sektor pelancongan.
Pada masa ini, pelancongan kesihatan di Malaysia, bukan hanya melibatkan
kepada rawatan penyembuhan dan pencegahan penyakit, malah turut meliputi
aspek kesejahteraan (wellness) dan kesegaran (fitness). Pelancongan
kesejahteraan dikatakan berada dalam kedudukan yang baik sebagai
penyumbang kepada industri pelancongan yang semakin popular dan
mempunyai pasaran global. Sungguhpun industri ini memberi pulangan yang
banyak kepada ekonomi negara, hakikatnya masih ramai pengusaha spa yang
masih tidak tahu dan jelas dengan pengertian sebenar spa sehinggakan
menyebabkan pengguna tidak mendapat manfaat daripada perkhidmatan
tersebut Menyedari keperluan ini, kajian ini akan memfokuskan ke atas aktiviti
pelancongan yang melibatkan kepada lawatan penjagaan kesihatan, spa
kesejahteraan. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang dijalankan
terhadap pelancong serta pengusaha-pengusaha spa dan presiden persatuan
spa. Kajian ini akan mengarah kepada pelancongan kesejahteraan (wellness
tourism) di mana pengkaji akan melihat persepsi pelancong terhadap
pelancongan kesejahteraan yang ditawarkan di kawasan kajian. Dengan
berfokuskan kepada kawasan kajian terpilih yang masyhur dengan memiliki
banyak produk pelancongan, kajian ini akan mengupas dan memberi gambaran
tentang fenomena pelancongan kesejahteraan yang bakal direalisasikan dalam
kawasan kajian. Seterusnya, kajian ini akan disusuli dengan beberapa cadangan
dalam membantu industri ini mengatur strategi serta menjenamakan produk
pelancongan kesejahteraan ini diperingkat yang lebih tinggi lagi.
ABSTRACT
The term of Wellness Tourism is one of the tourism product, which overwhelmed
in the industry since it become the second biggest contributor for national
economic under tourism sector. Nowadays, Wellness Tourism in Malaysia not
only includes the healing service and disease prevention, but also included the
wellness and fitness aspects. Wellness Tourism seems belongs on good position
as contributor for tourism industry since it become more popular and create
global markets. Even this industry give a huge contribution to national economic,
the truth is, there were still a lot of spa owners that may not really understand the
spa definition until the customer didn’t acquire the benefit from the spa services.
Realizing these needs, this study will focused on the tourism research on the
healthcare and Spa Wellness. This research done based on field observation
and questionnaire circulation that have been distributed to the tourists, which
might use the spa service, spa owners as well as the spa association. This
research will concentrate on Wellness Tourism, where the researcher will
analyze the tourists’ perception on Wellness Tourism that offered in the research
area. This study aim to explore and to give feedback on Wellness Tourism and
which going to be realized in the study area. On top of that, this report will also
highlighting some recommendations on healthcare, spa and wellness
improvement, rebranding the Malaysia spa image as well as positioning the
Wellness Tourism products as part of Malaysia tourism icon.
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
I
PENGENALAN 1.1 Pengenalan
1.2 Pernyataan Masalah
1.3 Persoalan Kajian
1.4 Objektif Kajian
1.5 Skop Kajian
1.6 Rangka Kerja Penyelidikan
1.6.1 Peringkat 1- Penyediaan dan Pemahaman Awal
1.6.2 Peringkat 2- Kajian Literatur
1.6.3 Peringkat 3- Pengumpulan maklumat dan kajian
lapangan
1.6.4 Peringkat 4- Analisis dan sintesis
1.6.5 Peringkat 5- Rumusan dan Cadangan
1.7 Metodologi Kajian
1.7.1 Kaedah Kajian
1.7.2 Instrumen Kajian
1.7.3 Pembentukan Borang Soal Selidik
1.7.4 Pemilihan Sampel
1.8 Batasan Kajian
1.9 Justifikasi Pemilihan Lokasi Kajian Soal Selidik
1.10 Kepentingan Kajian
1.11 Rumusan
1
3
4
5
5
6
7
7
7
8
8
10
10
13
13
14
15
16
19
19
II
KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan
2.2 Pelancangan Kesejahteraan
2.2.1 Trend
2.2.2 Sejarah Evolusi Spa
2.2.3 Konsep Pelancongan Kesejateraan
2.2.4 Jenis-jenis Pelancongan Kesejahteraan
2.3 Pelancongan Kesejahteraan Di Malaysia
2.3.1 Jenis-jenis Pelancongan Kesejahteraan di Malaysia.
2.4 Persepsi Pelancong Terhadap Pelancongan Kesejahteraan
2.4.1 Proses Pemilihan Destinasi Pelancongan
Kesejahteraan
2.5 Kesimpulan
20
21
22
24
26
30
33
37
43
44
47
III
KAWASAN KAJIAN 3.1 Pengenalan
3.2 Profil Fizikal Kawasan Kajian
3.2.1 Latar belakang Kawasan Kajian 1 (Kuala Lumpur)
3.2.2 Latar belakang Kawasan Kajian 2 (Johor)
3.3 Senario Pelancongan Kesejahteraan Di Johor dan Kuala
Lumpur
3.3.1 Pelancongan Kesejahteraan di Kuala Lumpur
3.3.2 Pelancongan Kesejahteraan di Johor
3.3.3 Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM)
3.4 Justifikasi Pemilihan Lokasi Kajian Soal Selidik
3.4.1 Pusat Kecantikan dan Andaman Sal (Spa Harian)
3.4.2 Spa Village, Kuala Lumpur (Spa Resort)
3.4.3 The Pulai Spa (Spa Destinasi)
3.4.4 Ayurvedium Medispa (Spa Perubatan)
3.5 Kesimpulan
48
48
48
50
52
53
55
57
58
59
61
64
67
69
IV
ANALISIS DAN PENILAIAN KAJIAN 4.1 Pengenalan
4.2 Kaedah Survey
4.2.1 Borang Soal Selidik
4.2.2 Temuramah
4.3 Justifikasi Penentuan Sampel
4.4 Analisis Deskriptif Pelancong
4.4.1 Profil Responden
4.4.2 Tempat Asal Responden
4.4.3 Pekerjaan dan Tahap Pendidikan Responden
4.4.4 Pendapatan Bulanan Pelancong Domestik dan
Antarabangsa
4.4.5 Kesedaran Terhadap Pelancongan Kesejahteraan
4.4.6 Kekerapan Kunjungan
4.4.7 Faktor Mempengaruhi Kunjungan
4.4.8 Persepsi Pelancong Terhadap Produk Spa
4.4.9 Persepsi Pelancong Terhadap Faktor Mempengaruhi
Pengalaman Spa
4.4.10 Persepsi Terhadap Faktor Kedatangan Pelancong
4.4.11 Persepsi Terhadap Perkhidmatan
4.4.12 Ramalan Industri Spa Akan Datang
4.5 Analisis Deskriptif Pelaku Pelancongan
4.5.1 Huraian Fenomena Pelancongan Kesejahteraan
4.6 Kesimpulan
71
72
72
73
73
75
75
76
77
78
79
80
82
83
85
89
89
90
91
95
97
V
RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan Kajian
5.2.1 Profil Pelancong
5.2.2 Corak Perjalanan
98
99
99
100
5.2.3 Faktor Dan Persepsi Dalam Pemilihan Produk Pelancongan Kesejahteraan 5.2.4 Pembangunan Sumber Manusia 5.3 Cadangan
5.3.1 Pemasaran dan Promosi
5.3.2 Pembangunan Produk
5.3.3 Profesionalisme dan Kecemerlangan
5.3.4 Penanda aras
5.3.5 Integrasi Antara Pihak Hospital dengan Pelaksana
Pelancongan
5.4 Rumusan
100
101
102
102
104
106
107
108
110
RUJUKAN LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK MUKA SURAT
2.1 Jenis-jenis spa 30
2.2 Jenis dan Sub Kategori Spa 33
2.3 Senarai Spa dalam Pelancongan Kesejahteraan Malaysia
41
3.1 Jumlah Kedatangan Pelancong Ke Malaysia 53
3.2 Kedatangan Pelancong Ke Johor dan Bandaraya Johor Bahru 2004-2007
55
3.3 Kedatangan Pelancong Ke Johor dan Bandaraya Johor
Bahru Mengikut Negara 2007
58
4.1 Sampel Kajian 73
4.2 Pengiraan Saiz Sampel 74
4.3 Pekerjaan dan Tahap Pendidikan 78
4.4 Kekerapan Kunjungan Mengikut Jenis Spa 80
4.5 Kunjungan Spa Yang Sama 82
4.6 Pemilihan Produk yang Ditawarkan 84
4.7 Persepsi Terhadap Faktor Pengalaman Spa 85
4.8 Kepentingan Dalam Mempengaruhi Pengalaman Rawatan Spa
86
4.9 Persepsi Pelancong Terhadap Faktor Kedatangan Pelancong
89
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
TAJUK MUKA SURAT
1.1 Carta Alir Kajian 9
1.2 Potensi gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif 11
1.3 Peta Kawasan Kajian (Kuala Lumpur) 18
1.4 Peta Kawasan Kajian (Johor) 18
2.1 Ciri-ciri segmen pelancongan kesihatan dan spa 28
2.2 Konsep Pelancongan Kesihatan di Malaysia 34
2.3 Pelancongan Kesejahteraan di Malaysia 39
2.4 Model Kesedaran dan Pemilihan Destinasi 46
3.1 Peta Kawasan Kajian (Kuala Lumpur) 49
3.2 Peta Kawasan Kajian (Shah Alam) 49
3.3 Peta Kawasan Kajian (Johor) 49
3.4 Wilayah Pembangunan Iskandar 57
4.1 Peratusan Responden Mengikut Umur dan Jantina 76
4.2 Peratusan Responden Mengikut Jantina 76
4.3 Tempat Tinggal Responden 76
4.4 Tahap Pendidikan 77
4.5 Pendapatan Bulanan 79
4.6 Kesedaran Terhadap Pelancongan Kesejahteraan 79
4.7 Kekerapan Mengunjungi Spa 80
4.8 Penggunaan Spa Yang Sama 81
4.9 Faktor Mempengaruhi Kunjungan Ke Spa 83
4.10 Persepsi Terhadap Perkhidmatan 90
4.11 Ramalan Industri Spa Pada Masa Hadapan 90
BAB 1: PENDAHULUAN
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN Dewasa ini, industri pelancongan menjadi semakin penting iaitu merupakan
pemangkin dalam pembangunan ekonomi Malaysia serta banyak menyumbang
kepada pendapatan dan pertumbuhan negara. Ia mencakupi aktiviti-aktiviti
ekonomi seperti perusahaan perhotelan, penginapan, pengangkutan,
perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur. Industri ini dilihat sebagai
penyumbang kepada penjanaan perolehan tukaran asing, guna tenaga dan
pendapatan. Industri pelancongan Malaysia mempunyai potensi untuk
meningkatkan mutu, tarikan dan keunggulan produk dan perkhidmatan
pelancongannya setanding dengan destinasi pelancongan yang lain di kawasan
Asia Tenggara. Malaysia sedang giat dalam mempelbagaikan lagi jenis produk
pelancongan yang berkualiti bagi merangsang permintaan pelancongan di
peringkat antarabangsa dan domestik. Di samping itu, strategi promosi yang
lebih berkesan akan dijalankan secara berterusan di pasaran sedia ada dan
pasaran yang baru muncul bagi mendapat tempat dalam pasaran pelancongan.
Sehubungan dengan ini, berbagai-bagai produk pelancongan telah ditawarkan
bagi memenuhi pelbagai minat dan permintaan pelancong. Antara produk
pelancongan tersebut termasuklah mempromosikan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan kesejahteraan (wellness tourism).
Dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMk9) oleh Perdana
Menteri Malaysia iaitu Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat,
sektor pelancongan turut dibincangkan. Bagi membangunkan sektor
pelancongan, Malaysia sedang giat berusaha dalam menjadikan negara ini
sebagai pusat pelancongan kesihatan serantau bagi rawatan perubatan
tradisional dan moden dengan mewujudkan jenama perkhidmatan Malaysia
sebagai ‘Health Malaysia’. Bagi menempatkan Malaysia sebagai pusat
pelancongan kesihatan yang baru di dunia, usaha mempromosi pelancongan
kesihatan dengan lebih giat lagi adalah perlu. Hakikatnya, pelancongan
kesihatan ini sudah lama wujud dan banyak negara seperti Australia, Singapura,
Amerika Syarikat, India telah dikenali kerana mempunyai kemudahan dan
perkhidmatan bertaraf dunia yang memberi penekanan dari aspek kesihatan,
kecergasan, pemulihan dan penyembuhan. Malaysia juga dilihat mempunyai
potensi untuk menjadi destinasi pelancongan kesihatan yang kompetitif. Hal ini
dapat dilihat daripada peningkatan kemasukan pelancong khususnya dari
Indonesia, Brunei dan Singapura untuk mendapatkan rawatan di Malaysia.
Menjelang 2010, pelancongan kesihatan dijangkakan menghasilkan pendapatan
berjumlah RM2.0 billion. Pelancongan kesihatan bukan sahaja terhad kepada
rawatan penyembuhan, bahkan ia juga meliputi aspek kesejahteraan (wellness)
dan kesegaran (fitness).
Sememangnya pelancongan berupaya menjadi penyumbang utama kepada
ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan serta turut memperluaskan
jaringan perniagaan. Spa merupakan sebahagian komponen dalam industri
pelancongan yang memberi peluang pekerjaan dan secara tidak langsung turut
menyumbang kepada pendapatan negara melalui nilai tukaran wang asing.
Pada penutup tirai tahun 2007, Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah dalam
menganjurkan Festival Spa dan Kesejahteraan Asia, 2007. Hal ini bertujuan bagi
menggalakkan lagi peningkatan industri spa serta melonjakkan kedudukan
negara sebagai destinasi pelancongan kesihatan. Datuk Khamsiyah Yeop iaitu
Timbalan Menteri pembangunan Usahawan dan Koperasi berpendapat bahawa
industri spa berpotensi untuk menjana pendapatan negara menerusi kerjasama
dengan industri pelancongan.
Strategi yang kemas dan bersepadu amat perlu untuk mempertingkatkan lagi
tahap profesionalisma, jenis dan kualiti perkhidmatan pelancongan yang
disediakan oleh para pengusaha pelancongan tempatan. Sehubungan dengan
itu, kajian ini akan membincangkan tentang trend perkembangan spa, peluang,
dan jurang perbezaan pengetahuan dalam bidang pelancongan dan
kesejahteraan (wellness). Kajian akan melihat kepada bagaimana persepsi
pelanggan berkelakuan terhadap pelancongan spa.
1.2 PENYATAAN MASALAH Kajian terhadap tahap pelancongan spa di Malaysia adalah perlu bagi
meletakkan Malaysia sebagai pusat pelancongan kesihatan yang terkemuka
supaya mendapat kepercayaan dan keyakinan pelancong. Hal ini memainkan
peranan penting dalam aktiviti pemasaran agar dapat memastikan pelancongan
kesihatan setaraf dengan spa-spa lain di luar negara yang sudah terkenal.
Dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke-9, negara mensasarkan untuk
menggiatkan lagi usaha dalam mempromosikan pelancongan kesihatan bagi
menempatkan Malaysia sebagai pusat pelancongan kesihatan baru di dunia.
Malaysia juga bercadang untuk turut serta dalam memainkan peranan sebagai
pelengkap kepada industri pelancongan kesihatan dengan menawarkan rawatan
perubatan tradisional dan spa. Ini disebabkan oleh kesedaran masyarakat di
negara membangun memberi penekanan terhadap kepentingan penjagaan
kesihatan yang semakin meningkat. Ini dikukuhkan lagi dengan melihat kepada
pasaran global untuk rawatan tradisional pada lima tahun kebelakangan ini
mencatatkan 80% daripada penduduk Asia Tenggara telah dikenal pasti
menggunakan rawatan tradisional secara aktif.
Pada masa ini persepsi tentang spa tiada keseragaman. Banyak spa yang
memperkenalkan mereka menyediakan perusahaan spa, namun begitu secara
praktiknya ia tidak memenuhi kriteria /elemen-elemen yang sepatutnya ada pada
sesebuah spa. Sesetengah rawatan spa yang ditawarkan tidak lain daripada
perkhidmatan yang disediakan oleh salun biasa. Pada hakikatnya, konsep spa
sebenarnya menawarkan perkhidmatan yang unik dan eksklusif. Bahkan
terdapat persepsi negatif terhadap industri spa kerana tindakan segelintir
pengusaha spa memanipulasi dan menyalahgunakan premis untuk tujuan yang
tidak bermoral dan mengakibatkan ramai dikalangan masyarakat memandang
serong terhadap industri ini. Industri spa juga berdepan dengan hambatan
budaya dan kemasyhuran teknik spa dari luar negara seperti urutan ala Bali,
Ayurvedik, urutan Thai, Japanese Shiatsu, European facials dan banyak lagi.
Sedangkan, negara kita mempunyai khazanah sumber alam yang tiada ternilai
seperti herba, rempah ratus, disamping mempunyai rawatan tradisional yang
masih kurang dieksploitasi lagi.
1.3 PERSOALAN KAJIAN Beberapa persoalan kajian dikenal pasti dalam kajian ini, seperti:-
1. Bagaimana fenomena trend pasaran pelancongan kesejahteraan secara
umum?
2. Apakah yang dikatakan sebagai konsep pelancongan spa serta ciri-ciri
khusus pelancongan kesejahteraan?
3. Apakah persepsi pelancong terhadap pelancongan kesejahteraan?
4. Bagaimana untuk meningkatkan pelancongan kesejahteraan di Malaysia?
1.4 OBJEKTIF KAJIAN Berikut adalah antara objektif-objektif yang telah digariskan, iaitu:
1. Memahami serta mengupas fenomena pasaran pelancongan
kesejahteraan secara umum dan di Malaysia khususnya.
2. Mengenal pasti/memahami dan menilai konsep pelancongan
kesejahteraan serta ciri-ciri khusus pelancongan kesejahteraan.
4. Dapat memberi cadangan tindakan kepada pengusaha spa untuk
mengendalikan dengan jayanya dalam trend spa hari ini.
1.5 SKOP KAJIAN Berdasarkan objektif tersebut, skop kajian ditumpukan kepada:
i. Mengkaji ciri-ciri pelancongan kesejahteraan di Malaysia.
• Ciri-ciri • Konsep • Imej
ii. Mengkaji dan menilai profil pelancong dan trend perkembangan pelancongan spa bagi pelancong yang berkunjung ke kawasan kajian untuk tujuan ‘wellness tourism’ (pelancongan spa).
Profil pelancong akan dikaji dan dinilai untuk mengenal pasti bentuk tipologi
dan kelakuan pelancong, iaitu
• Umur • Jantina • Tempat tinggal • Tahap pendidikan • Pekerjaan • Pendapatan • Tujuan dan sebab • Kekerapan kunjungan yang dibuat
iii. Penilaian terhadap faktor-faktor yang menarik kedatangan pelancong spa ke kawasan kajian sebagai destinasi pelancongan kesejahteraan. Penilaian terhadap padangan, persepsi pelancong terhadap faktor-faktor
yang boleh menarik pelancong untuk memilih kawasan kajian sebagai
destinasi pelancongan kesejahteraan serta mengaitkan persepsi ini dengan
profil pelancong berdasarkan konsep teoritikal.
iv. Mengemukakan cadangan yang boleh diguna pakai dalam menonjolkan kawasan kajian sebagai destinasi pelancongan kesejahteraan. Cadangan ini akan mengenal pasti peluang-peluang yang dapat diterokai
dalam membangunkan dan mengukuhkan industri pelancongan spa sebagai
produk utama.
1.6 RANGKA KERJA PENYELIDIKAN Dalam menghasilkan kajian ini, rangka kerja penyelidikan yang juga merupakan
rumusan terhadap langkah kajian akan dijalankan secara berperingkat-peringkat
dan bersistematik. Terdapat lima peringkat utama yang dikenal pasti, iaitu
Peringkat 1 – Penyediaan Dan Pemahaman Awal
Peringkat 2 - Kajian Literatur
Peringkat 3 – Pengumpulan Maklumat Dan Kajian Lapangan
Peringkat 4 – Analisis Dan Sintesis
Peringkat 5 – Rumusan dan Cadangan
1.6.1 Peringkat 1 – Penyediaan dan Pemahaman Awal Dalam peringkat ini, kajian dimulakan dengan mengenal pasti isu dan masalah
sebelum menetapkan matlamat dan objektif. Seterusnya, penyediaan dan
pemahaman awal ini merangkumi pembentukan objektif, skop, pendekatan
kajian. Bagi mencapai objektif kajian, skop kajian dirangka agar penyelidikan
dapat dijalankan mengikut sepertimana yang telah dirancang.
1.6.2 Peringkat 2 – Kajian Literatur Kajian literatur ini merupakan bahagian yang meghuraikan topik yang akan dikaji
secara teoritikal dan terperinci. Ia melibatkan ulasan-ulasan buku, jurnal, keratan
akhbar serta kajian-kajian lepas yang berkaitan. Antara kandungan yang akan
diperincikan dalam bahagian ini merangkumi penyelidikan berkaitan dengan
definisi health & wellness tourism, sejarah spa, konsep pelancongan kesihatan
dan spa secara umum, proses pemilihan destinasi pelancongan kesejahteraan
dan persepsi pelancong terhadap sesebuah destinasi pelancongan.
Secara ringkasnya, dalam bahagian ini pengkaji perlu memahami bidang kajian
dengan lebih mendalam. Hal ini kerana, untuk memberi pemahaman,
pendedahan dan gambaran yang jelas terhadap kajian yang bakal dijalankan
agar dapat disesuaikan semasa kajian dilakukan.
1.6.3 Peringkat 3 – Pengumpulan Maklumat dan Kajian Lapangan Seterusnya, peringkat ini melibatkan dua komponen iaitu data primer dan data
sekunder. Bagi data primer antara instrumen yang akan digunakan ialah kajian
tapak yang dijalankan dengan menggunakan kaedah borang soal selidik dan
temu bual. Kajian akan menyentuh dan menerangkan berkaitan kajian kes iaitu
latar belakang kawasan kajian, kedudukan lokasi, pembangunan produk
pelancongan kesejahteraan. Kajian lapangan dan pengumpulan maklumat
merupakan antara bahagian terpenting dalam sesebuah kajian. Ia bertujuan
untuk melihat senario semasa kawasan kajian. Dalam peringkat ini, hasil
daripada pengumpulan data ini akan digunakan dalam peringkat seterusnya iaitu
peringkat analisis dan sintesis.
1.6.4 Peringkat 4 - Analisis dan Sintesis Segala data dan maklumat yang diperolehi akan dikumpul dan dianalisis bagi
mendapatkan penemuan kajian. Data dianalisis dengan menggunakan teknik
dan kaedah yang bersesuaian bagi mendapat jawapan kepada hasil kajian.
Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan sistem perisian SPSS
(Statistical Package For The Social Sciences). Hasil penemuan kajian akan
dirumuskan dalam peringkat seterusnya bagi menentukan situasi serta bentuk
tindakan dan cadangan yang akan dirancang.
1.6.5 Peringkat 5 – Rumusan dan Cadangan Peringkat ini meliputi rumusan daripada penemuan-penemuan kajian dari
perspektif teori dan juga amalan. Rumusan kajian akan mengupas tentang profil
pelancong, trend perkembangan dan persepsi pelancong. Cadangan atau hasil
akhir akan dikemukakan berdasarkan kepada rumusan dan penemuan kajian.
Pembentukan cadangan adalah hasil daripada penemuan kajian yang telah
dikenal pasti. Peringkat ini juga turut menjawab persoalan kajian yang dibentuk
dan seterusnya mencapai matlamat kajian yang telah dibentuk.
FASA 1: KAJIAN AWAL
FASA 2: KAJIAN LITERATUR
FASA 3: PENGUMPULAN DATA
FASA 4: ANALISIS
FASA 5: RUMUSAN DAN KAJIAN
Rajah 1.1 : Carta Alir Kajian
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
RUMUSAN DAN CADANGAN
PENEMUAN KAJIAN
ANALISIS PENILAIAN
KAJIAN LITERATUR
SKOP KAJIAN
PERSOALAN KAJIAN
KAEDAH KUANTITATIF • BORANG SOAL SELIDIK
PELANCONG
PENGUMPULAN DATA
KAEDAH KUALITATIF • TEMURAMAH PUSAT SPA • TEMURAMAH PRESIDEN
PERSATUAN SPA (SWIAM)
TREND DAN CIRI-CIRI PELANCONGAN KESEJAHTERAAN
• PERSEPSI PELANCONG • PROFIL PELANCONG
SPSS
1.7 METODOLOGI KAJIAN 1.7.1 Kaedah Kajian Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah hubungkait. Ia merupakan
gabungan antara kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam proses mengumpul data.
Merujuk kepada Berg (2004),
‘kajian kuantitatif merujuk untuk kiraan dan ukuran tentang sesuatu. Berbeza dengan, penyelidikan kualitatif merujuk untuk makna-makna, konsep-konsep, takrif-takrif, ciri-ciri, metafora, simbol-simbol, dan huraian-huraian tentang sesuatu’.
Berg (2004), mengemukakan alasan bahawa pengkaji mungkin boleh
memperlihatkan keberhasilan dan seringkali dapat mendalami dengan baik
pemahaman daripada prosedur kualitatif. Di samping itu, kajian kes adalah satu
daripada strategi kajian kualitatif yang mana bersesuaian untuk penyelidikan
persepsi ini. Fraenkel dan Wallen (1993) menyatakan bahawa kajian kes itu
memberi peluang kepada pengkaji untuk mempelajari lebih tentang kajiannya
secara mendalam.
Pengkaji mengendalikan sesi temuramah untuk memperoleh data yang lebih
terperinci dalam menjawab keseluruhan persoalan kajian. Tuckman (1999)
menyatakan bahawa pendekatan ini membenarkan penyelidik untuk menemukan
apa yang dialami dalam kehidupan seseorang dan apa yang berlaku pada masa
sekarang. Bagaimanapun, ia agak rumit untuk menganalisis data yang
diperolehi.
Bagi menjawab persoalan kajian yang timbul serta mengukur keberkesanan
sesuatu penemuan, kajian ini akan menggunakan kaedah yang berbeza ke atas
data yang dikumpul. Kaedah yang sesuai digunakan dalam kajian ini adalah
pendekatan kualitatif dan kuantitatif.
Rajah 1.2 : Potensi gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif
Sumber: Casebeer dan Verboef, 1997 (Dipetik dari : Mielniczak, A. and Sinuga, S. 2005)
Pendekatan kualitatif berupaya untuk memahami seseorang dan kehidupan
mereka dengan bertanya kepada mereka untuk memahami karekter pengusaha
spa dan sesiapa yang berkaitan dengan perniagaan tersebut, terlibat dalam
perbualan temu ramah, mendengar serta memerhati pendapat, pandangan,
harapan dan idea yang disampaikan oleh mereka. Kaedah kualitatif ini tidak
melibatkan bilangan sampel yang ramai iaitu dalam kajian ini hanya melibatkan
presiden persatuan spa (SWIAM) dan juga pengurus/pengusaha empat jenis spa
terpilih.
Untuk kajian kualitatif, melibatkan kajian yang terperinci dalam usaha untuk
mendapatkan informasi yang meluas bagi mencapai maksud idea dan isu yang
berkaitan dalam penyediaan untuk program yang akan datang.
Seterusnya, menerusi kaedah kualitatif tersebut dapat menyokong lagi dapatan
kajian melalui pengagihan borang soal selidik (questionnaire designing) iaitu
merupakan kaedah kuantitatif. Pendekatan kuantitatif merupakan kajian yang
dapat menghasilkan dapatan kajian yang ‘valid’ dan ‘reliable’. Hal ini kerana,
penggunaan kaedah kuantitatif ini dapat membuktikan kesahihan yang kukuh
dengan menggunakan angka iaitu hasil daripada analisis.
POTENSI MENGGABUNGKAN KAEDAH KUANTITATIF DAN KUALITATIF Alasan menggunakan data kuantitatif dan kualitatif
Untuk membuat ukuran Untuk mengenal pasti fenomena yang relevan Untuk menghuraikan data kuantitatif Untuk menghuraikan data kulitatif Untuk mendapatkan persamaan nilai daripada kedua jenis data
Kaedah kuantitatif bertujuan untuk mengumpulkan maklumat daripada
responden dalam kuantiti yang besar bagi mendapatkan kesimpulan bagi satu
kumpulan yang besar. Dengan menggunakan kedua-dua pendekatan tersebut, ia
dapat menyokong antara satu sama lain dalam membantu kajian yang dijalankan
serta dapat memahami dan menganalisis situasi dan konsep spa daripada
kedua-dua pihak terlibat iaitu pengusaha dan pelancong spa.
Dalam kajian ini, pengkaji cenderung untuk mengkaji tentang persepsi pelancong
terhadap pelancongan kesejahteraan yang diperkenalkan di Malaysia. Dengan
mengedarkan borang soal selidik, pengkaji mengukur punca yang menyumbang
kepada persepsi pelancong. Pengukuran ‘5 skala likert’ dan membandingkan
kumpulan manusia mengenai bagaimana mereka memilih instrumen-instrumen
ini boleh memberi hasil statistik melalui satu prosedur objektif. Soal selidik
membenarkan pengkaji untuk mendapat lebih informasi tentang sesuatu dalam
masa yang singkat.
Merujuk pada huraian di atas dan kesesuaian dalam menjalankan kajian, maka
kajian ini akan mengunakan kombinasi kaedah pendekatan kualitatif dan
kuantitatif dengan tujuan menghasilkan kajian yang lebih mendalam dan
terperinci. Selain itu, hasil penyelidikan juga akan dapat diguna semula atau
diulangi di kawasan-kawasan lain yang mempunyai ciri-ciri persekitaran yang
sama dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan atau untuk mencadangkan
sesuatu perubahan pada sesebuah kawasan pelancongan.
1.7.2 Instrumen Kajian Kajian berhubung ‘Persepsi Pelancong Terhadap Pelancongan Kesejahteraan:
Kajian Kes di Kuala Lumpur dan Johor’ dijalankan dengan menggunakan teknik
‘pertemuan bersemuka’. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri
daripada soal selidik yang direka bentuk untuk menepati tujuan kajian dan
menjawab persoalan kajian. Kaedah ini merupakan teknik yang sesuai dan tepat
dalam mengkaji persepsi pelancong dalam penilaian, penyediaan serta
keberkesanan pelancongan kesejahteraan. Bersesuaian dengan kajian ini iaitu
dengan menggunakan kaedah kajian kes, beberapa sesi temuramah dijalankan
untuk mengumpulkan data ‘open-ended’ dan data yang menyeluruh
(comprehensive). Setelah itu, pengkaji telah menyenaraikan beberapa
responden yang difikirkan bersesuaian dan tepat. Temubual dijalankan ke atas
empat buah spa dan juga presiden persatuan spa (SWIAM). Terdapat banyak
penulis telah mengklasifikasikan kaedah pengumpulan data kepada tiga jenis
iaitu ‘structured interview’, ‘unstructured interview’ dan ‘semi-structured
interview’. Dalam kajian ini, dua kombinasi kaedah digunakan iaitu
i. ‘structured interview’ – dijalankan terhadap pelancong spa
dan juga pelancong yang berpotensi berkunjung ke spa.
ii. ‘semi-structured interview’ – dijalankan dengan
menemuramah beberapa responden yang terpilih seperti
pengusaha spa, Presiden Persatuan Spa (SWIAM).
1.7.3 Pembentukan Borang Soal Selidik Dalam pembentukan borang soal selidik, teknik ‘open ended’, ‘close-ended’ dan
‘cotigency question’ akan digunakan.
Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama
bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan profil responden. Manakala
bahagian kedua, mengandungi soalan berskala likert bertujuan untuk
mengetahui tahap kepentingan dan persepsi setiap elemen yang ada.
Borang soal selidik akan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
i. Bahagian A – Profil Pelancong
ii. Bahagian B – Persepsi Pelancong
Dalam kajian ini, soalan temuramah diadaptasi daripada kajian lepas antaranya
Mielniczak, A. and Sinuga, S. (2005) dan Jing, I. N. S. (2002). Ia turut
dibincangkan dan diperbetulkan beberapa kali bersama panduan penyelia
pengkaji dalam mendapatkan pemahaman dan bersesuaian kepada kajian ini.
1.7.4 Pemilihan Sampel Sampel kajian ini adalah terdiri daripada pelancong yang terlibat dalam aktiviti
spa kesejahteraan. Hanya pelancong yang mengunjungi spa sahaja yang dipilih
dalam kajian ini. Populasi kajian terdiri daripada golongan pengunjung spa di
negeri Johor dan Kuala Lumpur. Daripada populasi tersebut 99 orang telah
dipilih secara rawak sebagai sampel kajian.
Formula yang digunakan untuk menentukan saiz sampel adalah seperti berikut:
Penentuan Saiz Sampel
n = N/ [1+ N (e²) ]
Di mana n = saiz sampel yang diperlukan
N = jumlah keseluruhan (sample frame)
e = paras keyakinan (error limit)
Sumber: Yamanae, T. (1973) Statistic: An Introductory Analysis
Oleh itu, dengan mengambil kira paras keyakinan pada tahap keyakinan 90%
dan margin error 10%, maka saiz sampel ialah:
n = 9000
1 + (9000x0.10²)
= 9000
1+ 90.0
= 99 sampel
Berdasarkan kepada rumus penentuan sampel tersebut, setelah mengambil kira
data pengunjung spa daripada 4 spa yang terpilih, n=9000 merupakan jumlah
pengunjung setahun di keempat-empat spa tersebut. Maka, jumlah responden
yang perlu untuk menjalankan kajian soal selidik ini adalah seramai 99 orang.
1.8 BATASAN KAJIAN Di dalam menghasilkan penyelidikan ini, terdapat beberapa batasan yang
terpaksa dihadapi oleh penyelidik. Antaranya merupakan kekangan masa. Ini
berikutan masa bagi penyelidikan ini adalah selama empat bulan. Maka dengan
itu penyelidik haruslah membahagi masa secara efisyen agar dapat menyiapkan
kajian ini pada masa yang telah di tetapkan mengikut perancangan masa yang
telah di tetapkan. Kekangan yang kedua adalah hasil kajian. Ini berikutan kajian
hanya dijalankan di Johor dan Kuala Lumpur, maka dengan itu kita tidak boleh
membuat andaian bahawa itu dapat mengambarkan keseluruhan bagi impak di
Malaysia secara umumnya.
Semasa kajian ini dijalankan, pengkaji turut menghadapi masalah dalam
memperolehi beberapa data berkaitan dengan pelancongan kesihatan,
memandangkan pelancongan kesejahteraan ini masih lagi berada ditahap
permulaan dan baru. Antara kekangan yang dihadapi adalah untuk mendapatkan
senarai spa yang terlibat dengan pelancongan di Malaysia. Tiada senarai spa
yang diperolehi dari MTPN dan Tourism Malaysia. Selain itu, untuk mendapatkan
keseluruhan senarai spa di Malaysia, pengkaji perlu mendapatkannya di setiap
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh itu, pengkaji telah mengambil inisiatif
dengan hanya mengambil senarai spa yang dipromosikan dalam laman web
Tourism Malaysia, yang hanya menyenaraikan beberapa buah spa di Malaysia.
Kempat-empat spa terpilih sebagai kawasan kajian adalah mewakili empat jenis
spa di Malaysia merujuk kepada yang telah diklasifikasikan oleh Persatuan Spa
Malaysia (AMSPA) iaitu spa harian, spa hotel/resort/pelayaran, spa destinasi dan
spa perubatan. Pemilihan spa hanya dilakukan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru
adalah atas pertimbangan yang dibuat terhadap kos, jarak dan masa.
1.9 JUSTIFIKASI PEMILIHAN LOKASI KAJIAN SOAL SELIDIK Empat lokasi telah dipilih sebagai kawasan untuk menjalankan kajian soal selidik
terhadap pelancong iaitu
i. Rawatan Kecantikan dan Andaman Sal, Shah Alam (spa harian)
ii. Spa Village Kuala Lumpur (spa resort)
iii. Ayuvedium Medispa, Kuala Lumpur (spa perubatan)
iv. The Pulai Spa, Johor (spa destinasi)
Dalam menjalankan penyelidikan ini, kajian melibatkan dua buah negeri iaitu
Kuala Lumpur dan Johor. Setelah membuat penelitian, tiga buah spa yang
terletak di Kuala Lumpur telah dipilih bagi mewakili tiga jenis spa iaitu
Ayurvedium Medispa (spa perubatan), Spa Village Kuala Lumpur (spa resort)
dan Rawatan Kecantikan dan Andaman Sal (spa harian). Pemilihan Kuala
Lumpur dan tiga kawasan kajian secara khususnya adalah berdasarkan kepada
dua kriteria utama iaitu kemudahsampaian untuk mendapatkan data dan juga
Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia yang dilihat menghimpunkan
serta menjadi tumpuan pelancong yang datang dari serata dunia. Kuala Lumpur
mempunyai banyak kelebihan untuk ditawarkan sebagai destinasi pelancongan
kerana mempunyai infrastruktur dan sektor perkhidmatan yang baik disamping
kemudahan membeli belah, hiburan, hotel dan persidangan. Sumber-sumber
pelancongan di Kuala Lumpur secara umumnya adalah tarikan warisan dan
budaya, syurga membeli belah, makanan dan hiburan, tarikan rekreasi serta
kesihatan dan pendidikan. Kuala Lumpur mempunyai potensi menjadi destinasi
pelancongan kesejahteraan yang kompetitif kerana taraf kemudahan yang tinggi
dan juga mempunyai pelbagai jenis pakej rawatan dari Asia hasil kepakaran
masyarakat tempatan ditawarkan. Kuala Lumpur menjangkakan purata
peningkatan pelancongan sebanyak lebih kurang 3% untuk dua puluh tahun
yang akan datang.
Kawasan kajian kedua dipilih adalah negeri Johor. Kawasan kajian ini dipilih
adalah berdasarkan faktor kemudahsampaian untuk mendapatkan data. The
Pulai Spa yang terletak di Kota Tinggi melibatkan jarak lebih kurang 40 km dari
bandaraya Johor Bahru iaitu kedudukan Johor Bahru sebagai pintu masuk di
bahagian selatan Semenanjung Malaysia mampu untuk menarik pengujung dari
luar negara terutamanya negara jiran seperti Singapura. Bagi negara Singapura,
faktor jarak yang berdekatan menyumbang kepada keputusan pemilihan
percutian dibuat. Bagi pengunjung Singapura, terdapat pilihan untuk
menggunakan pengangkutan feri di Changi point, Singapura yang akan
mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Feri ini mampu menempatkan kira-
kira 400 penumpang dan 70 buah kereta.
Rajah 1.3: Peta Kawasan Kajian Kuala Lumpur
Rajah 1.4: Peta Kawasan Kajian Johor
1.10 KEPENTINGAN KAJIAN
1. Membantu serta mendidik pengunjung/pelancong dalam memberi
pendedahan kepada mengamalkan gaya hidup yang sihat.
2. Membantu negara/destinasi dalam mempelbagaikan produk atau
sumberjaya yang berorientasikan wellness tourism
3. Menggalakkan pembangunan pelancongan dengan menggunakan
sumber kekayaan dan keunikannya (wellness tourism) dengan lebih
efektif pada masa akan datang.
4. Hasil daripada kajian ini boleh juga digunakan sebagai panduan kepada
pemaju spa untuk menjadikannya sebagai tarikan wellness tourism pada
masa akan datang
1.11 RUMUSAN Secara keseluruhannya, bab ini merupakan rangka dalam kajian penyelidikan ini.
Bahagian ini menggambarkan idea keseluruhan secara umum. Bab ini juga
menghuraikan latar belakang pemilihan topik, pembentukan maklumat, objektif
kajian, isu dan masalah sebagai persediaan dalam memahami kajian terhadap
produk pelancongan kesihatan yang dilihat berpotensi dalam menarik
kedatangan pelancong yang ramai dan dapat menjana perolehan pendapatan
negera.
Penyediaan cadangan penyelidikan ini perlu diberi perhatian sewajarnya kerana
ia dapat menyumbang pengetahuan baru dari segi pembangunan industri
pelancongan kesejahteraan yang terdapat di Malaysia dan khususnya di Johor
dan Kuala Lumpur. Penyelidikan ini juga adalah perlu sebagai panduan dan
pengetahuan kepada pihak perancangan pelancongan yang semakin pesat
dengan lebih baik dan terancang.
BAB II: KAJIAN LITERATUR
BAB II
KAJIAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN Bab ini akan mengemukakan teori-teori dan menyorot kembali kajian lepas yang
berkaitan dengan aspek kajian. Kajian literatur ini merupakan bahagian yang
menghuraikan topik yang akan dikaji secara teoritikal dan terperinci. Ia
melibatkan ulasan-ulasan buku, jurnal, keratan akhbar serta kajian-kajian lepas
yang berkaitan. Antara kandungan yang akan diperincikan dalam bahagian ini
merangkumi penyelidikan berkaitan dengan definisi health & wellness tourism,
trend perkembangan pelancongan spa kesejahteraan (wellness tourism), dan
konsep pembangunan pelancongan semasa spa.
Secara ringkasnya, dalam bahagian ini pengkaji perlu memahami bidang kajian
dengan lebih mendalam. Hal ini kerana, untuk memberi pemahaman,
pendedahan dan gambaran yang jelas terhadap kajian yang bakal dijalankan
agar dapat disesuaikan semasa kajian dilakukan.
2.2 PELANCONGAN KESEJAHTERAAN Teras Healthism adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Healthism
ialah konsep yang menerangkan penekanan dan penumpuan kepada keeping
healthy, semakin maju dan mewah anggota sesebuah masyarakat, maka
semakin banyak penekanan diberikan kepada usaha untuk terus sihat.
Sumber: IUOTO, 1973. Daripada hasil semakan literatur Goeldner (1989) mendapati bahawa
pelancongan kesihatan sebagai tinggal berjauhan dari rumah, kesihatan sebagai
motif yang paling utama dan dilaksanakan dalam suasana yang santai.
Seterusnya, Goodrich and Goodrich (1987) dan Goodrich (1994), mendefinisikan
pelancongan kesihatan kepada skop konsep yang lebih kecil lagi sebagai
kecenderungan penyediaan kemudahan pelancongan (hotel) atau destinasi
untuk menarik pelancong dengan mempromosikan perkhidmatan dan
kemudahan penjagaan kesihatan di samping itu untuk kemudahan pelancong
yang biasa datang.
Secara lebih terperinci, Wellness tourism adalah sebahagian daripada
pelancongan kesihatan. Merujuk kepada Kaspar (1996) pelancongan kesihatan
adalah kesimpulan kepada perhubungan dan hasil fenomena daripada
perubahan lokasi dan tempat tinggal oleh seseorang dalam memajukan,
menyeimbangkan mental dan kesihatan yang sesuai menggunakan
perkhidmatan kesihatan dan kepada sesiapa, tempat di mana mereka menginap,
sementara atau juga tempat kekal daripada tempat tinggal atau kerja.
Pelancongan kesihatan adalah peruntukan kemudahan kesihatan yang
menggunakan sumberjaya semulajadi negara, khususnya air galian dan cuaca.
Sememangnya pelancongan berupaya menjadi penyumbang utama kepada
ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan serta turut memperluaskan
jaringan perniagaan. Spa adalah antara komponen dalam industri pelancongan
yang memberi peluang pekerjaan dan secara tidak langsung turut menyumbang
kepada pendapatan negara melalui nilai tukaran wang asing.
2.2.1 Trend Industri pelancongan mengakui pelancongan kesejahteraan sebagai salah satu
produk pelancongan yang semakin meningkat. Lantaran itu, merujuk kepada
Jabatan Penyelidikan Pelancongan Queensland, 2002 (dipetik darpada
Mielniczak, A. and Sinuga, S. 2005), menyatakan trend spa adalah seperti
berikut:-
i. Trend pelanggan: Ramai yang tidak lagi melihat spa sebagai tempat
‘memanjakan’ diri, tetapi sebagai satu cara untuk kekal sihat dan kelihatan
baik. Kebanyakan pelanggan inginkan kesederhanaan dalam
merasai/pengalaman spa mereka dan menginginkan spa yang bercorak lebih
tradisional. Masa yang diperuntukan pelanggan untuk ke spa adalah terhad
disebabkan oleh kekangan masa yang dihadapi. dan industri ini direka untuk
mereka yang berada di sekeliling/sekitarnya.
ii. Trend teknologi: industri ini menggunakan teknologi yang semakin
berkembang maju ini sekitar dua tahun lepas. Spa berkembang dengan
adanya internert sebagai satu tempat pencarian mudah, emel dan kini
merupakan pelaburan laporan utama dalam pengurusan pengkalan data,
menjadi saluran perhubungan pelanggan sistem dan pemasaran produk-
produk perkhidmatan dalam talian.
iii. Trend produk: pengaruh orang Timur dan Asia berterusan untuk menjadi
industri yang lebih kuat turut mempengaruhi produk-produk, perkhidmatan
serta rekaan spa. Satu trend yang kuat kearah produk dan perkhidmatan
‘jenis perubatan’. Makanan dan rawatan-rawatan sebegini mendapat
populariti yang meluas.
iv. Establishment spa: spa harian terus mendominasi industri dari segi bilangan
pengukuhan, tetapi resort peranginan spa meningkat. Spa resort/hotel
merupakan sektor yang semakin meningkat dengan pantas, dengan
pengukuhannya sebagai segmen yang ke dua terbesar.
Permintaan pelanggan mendorong kepada peningkatan, di mana seseorang itu
mengelakkan diri daripada tekanan kerja serta mereka yang menyedari faedah
jangka masa panjang dalam penjagaan kesihatan mereka (Mielniczak, A. and
Sinuga, S. 2005). Manakala, Hall (2003) menyifatkan bahawa ia adalah hasrat
untuk cara hidup yang sihat, yang mana kepentingan pada asasnya untuk pergi
melancong, namun begitu sejak kebelakangan ini mereka pergi melancong
semata-mata untuk mendapatkan cara hidup yang sihat.
Secara global, spa dan industri kesejahteraan mengalami pertumbuhan pesat,
dengan pembangunan spa peranginan baru dan pembaharuan dan dinaik taraf
kemudahan-kemudahan spa perhotelan wujud. Sebagai contoh, beberapa spa
dibandar-bandar telah dipertingkatkan kemudahan dan perkhidmatannya akibat
permintaan yang semakin meningkat dalam industri spa dan pengalaman
kesejahteraan.
Data ke atas pasaran pelancong spa antarabangsa adalah sukar didapati, tetapi
maklumat penting tentang trend pelancongan kesejahteraan dan spa dikenal
pasti oleh syarikat pemasaran dan perjalanan spa, didapati bahawa:-
• Peningkatan penekanan terhadap kemewahan- ramalan akhir terhadap
pasaran mewah menjadi lebih eksklusif, privasi, pengalaman-pengalaman
yang bermakna, baik dan pengalaman yang lebih menakjubkan dan
memanjakan diri.
• Spa dan keadaan pengunduran kesihatan akan membantu pengguna untuk mencapai matlamat kesihatan mereka dengan menggunakan
resort spa dan kesejahteraan untuk mencapai matlamat seperti berhenti
merokok, mengubati kesedihan, mendapat perhatian, kesedaran rohaniah
dan penyahtoksidan
• Spa sebagai pusat pendidikan - spa akan meningkatkan kualiti dan
jumlah program pendidikan spa dan bengkel serta penggunaan pakar
untuk memimpin di mana ia tertumpu kepada seminar.
• Lebih banyak tempahan melalui talian- portal pengembara akan
membolehkan pengembara-pengembara untuk menempah percutian spa
dan rawatan menggunakan talian dan sebagai sebahagian pakej
perjalanan. Tempahan spa melalui talian akan terus berkembang.
• Spa akan mempelbagaikan lebih banyak produk- banyak
menggunakan pengalaman asli dan produk contohnya urutan Thai,
Ayueveda, akupuntur, dan urutan batu panas
• Sambutan terhadap spa cuisine- merupakan permintaan yang baru
untuk kelas memasak spa dan chef spa. Lebih permintaan untuk
pelanggan dan kepelbagaian masakan spa
2.2.2 Sejarah Evolusi Spa Fenomena penggunaan spa ini telah lama wujud dan dipercayai telah
diperkenalkan sejak 400 SM di Rom iaitu merupakan zaman Hipokrates. Pada
awal kewujudannya, pancutan air panas semulajadi telah digunakan oleh tentera
untuk berehat dan merawat badan daripada keletihan dan luka selepas
berperang.
Namun begitu, ada juga yang mempercayai bahawa asal kewujudan nama bagi
spa ini datangnya dari Belgian yang merupakan bandar spa, juga telah diketahui
sejak zaman Roman untuk tujuan mandi (www.spas.about.com).
Secara umumnya, spa membawa maksud penyembuhan dengan air. Spa
merupakan akronim bagi perkataan yang berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Sanus
Per Aquam’, ‘Solus Per Aqua’, Salut Per Aqua’. (www.spas.about.com)
“Sanus Per Aquam” (SPA)- ‘sihat dengan @ melalui air’. “Solus Per Aqua” (SPA)- ‘sihat melalui air’. “Salut Per Aqua” (SPA)- ‘kerehatan yang diperolehi melaluii air’.
Kebiasaan mandi di mata air panas dan mata air galian sekurang-kurangnya
telah ada pada zaman Babylinians dan Greek dan mungkin juga lebih awal dari
itu.
Merujuk kepada seorang ahli sejarah spa iaitu Prof. Jonathan Paul de Vielvine,
kegiatan mandi merupakan kebiasaan proses budaya yang penting bagi
Mesopotamians, Egyptians, Minoans, Greek dan Roman apabila mereka
mencari kesihatan dan sokongan daripada kesakitan atau penyakit.
Penggunaan air dari spa galian dan mata air panas telah popular sejak zaman
Roman lagi dan ‘pengambilan air’ oleh golongan atasan pada abad ke 17 di
Eropah telah menyediakan asas kenikmatan atau kepuasan bagi yang memilih
konsep resort moden (Hall, 2003).
Pada abad ke 19, spa di Eropah merupakan salah satu destinasi yang dikelilingi
oleh pemandangan indah seperti gunung dan tasik untuk golongan kaya dan
bangsawan yang datang untuk ‘mengambil air’. Namun begitu, selari dengan
peredaran masa, spa mengalami proses asimilasi sedikit demi sedikit. Konsep
spa diubah suai dan telah dikomersialkan iaitu dengan adanya beberapa
kemudahan seperti penginapan dan perkhidmatan yang lain.
Di Eropah, mineral spring menjadi fokus utama bagi pelancongan kesihatan,
walaupun pada masa kini resort di pesisir pantai dan pergunungan turut
dibangunkan untuk mendapatkan perhatian pasaran kesihatan terutamanya
untuk ahli-ahli perniagaan dan rakan niaga mereka (Hall, 2003).
Spa di Asia pula dikatakan masih berada di tahap pengenalan dan masih baru
serta pembangunan prasarananya yang tidak begitu ketara. Namun begitu, telah
menjadi amalan bagi masyarakat di Asia mengunjungi kawasan kawah atau
mata air panas untuk mandi dan berendam kerana dipercayai sumber air panas
mempunyai kelebihan menyembuhkan penyakit (http://damaispa.com/spa.html).
Pada abad ke 21 ini, trend spa yang semakin popular mendorong banyak pihak
seperti ahli perniagaan kecil mahupun hotel dan resort berlumba-lumba untuk
menyediakan perkhidmatan tersebut. Spa hari ini, berperanan sebagai pusat
untuk penyembuhan dan menyihatkan minda, badan dan kerohanian. Generasi
pada abad ini, pergi ke spa untuk tujuan kesegaran(fitness), pengendalian
tekanan, ketenteraman minda, memanjakan diri, sihat dan kesejahteraan.
Menurut Lowenthal, 1962; Hembry, 1990; Mackaman, 1993; Towner, 1996;
Chambers, 1999 (yang dipetik oleh Hall, 2003) dalam Spa and Health Tourism
spa hari ini sangat menarik kerana ia menggabungkan di antara cara-cara
tradisional dengan alat-alat moden. Walau bagaimanapun, kaedah utama dalam
spa moden tidak lari dari spa tradisional yang menggunakan air dan kaedah
rawatan mengikut pendekatan agama yang berkembang disekitarnya.
2.2.3 Konsep Pelancongan Kesejahteraan
Dunn H.L., (1959) telah memperkenalkan konsep wellness selari dengan
falsafah wellness apabila pertama kali menulis tentang perkataan wellness iaitu
merangkumi keseluruhan yang melihat manusia sebagai terdiri daripada badan,
roh dan akal serta hidup bergantung kepada persekitarannya. Wellness menurut
Ardells (1986) dapat dilihat sebagai keharmonian sifat kesihatan badan, akal dan
roh, serta tanggungjawab diri, kekuatan fizikal/penjagaan kecantikan,
pemakanan yang sihat, aktiviti mental, pendidikan dan sensitiviti/keperihatinan
terhadap persekitaran. Seterusnya, Lutz Hertel (1992) merumuskan wellness
sebagai kunci utama kepada cara hidup, tanggungjawab diri sendiri terhadap
kesihatan dan eksploitasi terhadap kualiti yang ada pada diri sendiri untuk
mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik.
Definisi bagi pelancongan pelancongan kesejahteraan (wellness tourism) telah di
sesuaikan oleh Mueller. H dan Kaufmann Lanz (2001) berdasarkan kepada
definisi pelancongan kesihatan oleh Kaspar (1996) kedalam skop yang lebih
kecil. Wellness tourism adalah kesimpulan kepada semua perhubungan dan
fenomena hasil seseorang yang pergi berjalan dan tinggal dikediaman di situ
untuk memelihara atau meningkatkan tahap kesihatan diri. Mereka tinggal di
hotel tertentu yang lengkap menyediakan kepakaran proffesional dan penjagaan
diri. Mereka memerlukan pakej perkhidmatan yang menyeluruh terdiri daripada
kekuatan fizikal, pemakanan yang sihat, rehat dan aktiviti.
John Cohnell (2006) mengatakan bahawa pelancongan kesihatan adalah
mereka yang melawat spa kesihatan dengan tujuan utamanya untuk
mendapatkan hasil kesihatan yang bermanfaat. Adalah perlu untuk mengenal
pasti kepentingan produk kesihatan spa yang dimainkan dalam daya tarikan
pemasaran dan promosi atau sebagai komponen peningkatan strategi
pelancongan. Oleh itu, Hall (2003) telah mendefinisikan pelancongan kesihatan
sebagai
‘fenomena komersial dalam masyarakat perindustrian di mana ia termasuk seseorang yang dalam perjalanan dan bermalam, jauh dari suasana rumah yang biasa, untuk mendapatkan faedah dalam menjaga atau meningkatkan kualiti kesihatan serta menyediakan dan mempromosikan kemudahan dan destinasi yang boleh dicari untuk menyediakan faedah-faedah ini.’
Hall (2003) seterusnya pula menyifatkan pelancongan spa adalah sebahagian
daripada pelancongan kesihatan yang mana ia berkaitan dengan peruntukan
yang khusus kepada kemudahan dan destinasi kesihatan yang secara tradisinya
termasuk kepada peruntukan kepada air galian (mineral water) juga turut dirujuk
kepada resort pelancongan yang menggabungkan kemudahan kelengkapan
kesihatan.
Permintaan terhadap pelancongan kesejahteraan dan spa dilihat menjadi asas
pelancongan utama pada masa kini. Dalam bahagian permintaan Mueller dan
Kaufman (2001) telah mengandaikan bahawa wellness ini adalah sesuatu yang
dicari oleh mereka yang sihat, di mana tujuan utamanya ialah ‘pencegahan’.
Manakala pelancong-pelancong yang mencari ‘perubatan biasa/normal’ adalah
bertujuan untuk mengubati penyakit mereka.
Rajah 2.1 : Ciri-ciri bagi segmen pelancongan kesihatan dan spa berkaitan dengan motivasi dan saiz pasaran. Aktiviti berjemur Terlibat dalam aktiviti kesihatan, tetapi kesihatan bukan motif utama.
Subsidiari untuk lain-lain kepentingan
Tujuan utama perjalanan untuk kesihatan Cth: pergi ke pantai untuk membuktikan kepada kepercayaan ia menyihatkan Perjalanan untuk sauna,urutan dan Sekunder aktiviti kesihatan lain Cth: aktiviti pelancongan sukan dan Rawatan pengembaraan seperti mendaki, berbasikal dan golf Utama perubatan cth: pelayaran cth: spa resort cth: hospital atau kemudahan perubatan khusus Sumber: Spa and Health Tourism (Hall, 2003) Berdasarkan rajah 2.1 di atas, Hall (2003), jelas menunjukkan elemen-elemen
yang menarik dan memotivasikan pelancong untuk memilih destinasi
pelancongan mereka. Dapat dilihat di sini bahawa ciri-ciri yang berkaitan dengan
pelancongan kesihatan menjadi keutamaan dalam motivasi pelancong untuk
melancong dan memilih destinasi yang disukai dan sesuai dengan kehendak
mereka.
Dalam sesetengah keadaan produk-produk wellness adalah tidak jelas. Tanpa
sistem pemantauan yang teliti maka ia tidak dapat menjamin kualiti produk yang
meyakinkan. Goodrich (1993), cadangan konsep pelancongan kesihatan
sekurang-kurang mempunyai dua kemungkinan pendapat dalam segmentasi
pasaran pengguna iaitu kesihatan dan pendapatan. Kesihatan merujuk kepada
pertimbangan kepada mereka yang ingin mengekalkan penampilan yang sihat
dan pendapatan pula adalah pendekatan kepada destinasi/hotel dan resort untuk
menjual kepada pelancong yang berpendapatan tinggi yang berkemampuan
untuk mendapatkan khidmat kesihatan dengan harga yang tinggi. Hall (2003)
pasaran pelancongan kesihatan ialah dibangunkan atas dua segmen berbeza
iaitu
(1) resort yang memfokuskan kepada meningkatkan keseluruhan
kesihatan dan kekuatan serta menggalakkan kesejahteraan.
(2) resort yang khusus menjurus kepada menyediakan khidmat kesihatan
bagi pelanggan yang menderita atau sakit.
Merujuk kepada Niv (1989), Israel telah dianugerahkan dengan empat kriteria
asas yang boleh digunakan dan menjadikannya pusat pelancongan kesihatan
antarabangsa iaitu (i) sumber asli yang baik, (ii) iklim yang selesa dan stabil
setiap tahun, (iii) salah sebuah negara yang mempunyai sistem perubatan yang
progresif dan (iv) lokasi pemandangan yang menarik yang memberikan
ketenangan kepada pesakit. Hall (2003), peruntukkan kepada resort spa dan
kesihatan sebahagiannya adalah berkaitan dengan adanya sumber asli yang
sesuai termasuk mineral spring atau kemudahan lanskap yang menarik. Walau
bagaimanapun, sumber ini harus dipertingkatkan dan dipromosikan terlebih
dahulu sebelum ia sesuai untuk digunakan di pasaran pelancongan.
Konsep spa telah berkembang dengan meluas, bukan hanya berasaskan hot
spring sahaja tetapi juga boleh merupakan sumberjaya semulajadi seperti iklim.
Seperti di New Zealand, mineral spring telah diperkenalkan oleh kerajaan
sebagai pelancongan antarabangsa dan peningkatan kesihatan bagi domestik
(Hall, 2003).
2.2.4 Jenis-jenis Pelancongan Kesejahteraan Terdapat pelbagai pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan spa. Spa boleh
dikunjungi mengikut keselesaan pengunjung yang mena ia fleksibel terhadap
masa, situasi dan tempat. Kemudahan spa secara umumnya dapat
diklasifikasikan seperti berikut. Rujuk jadual 2.1 Jadual 2.1: Jenis-jenis spa
JENIS
HURAIAN
Spa harian (day spa)
Ia menawarkan rawatan asas kegunaan harian. Kebanyakannya juga turut menawarkan perkhidmatan salun.
Spa destinasi (destination spa)
Spa yang bertujuan membawa kepada cara hidup yang sihat melalui rawatan spa, senaman, dan program pendidikan. Menawarkan penginapan sekurang-kurangnya 2 malam. Sesetengahnya tempoh minimum tinggal adalah 3 atau 7 malam. Turut menyediakan secara eksklusif spa cuisine.
Spa resort/hotel (Resort/hotel spa)
Terletak di resort atau hotel. Menawarkan perkhidmatan spa, kelas kesegaran dan spa cuisine dengan penyediaan makanan seperti stik dan burger. Ia juga pilihan yang baik apabila seseorang menginginkan spa dan golf. Turut sesuai untuk pengembara dan keluarga.
Spa perubatan (medical spa)
Menawarkan rawatan yang menghendaki pengawasan doktor seperti laser resurfacing dan suntikan botox. Ia juga turut menawarkan rawatan spa.
Spa mata air galian (mineral spring spa)
Spa yang menawarkan rawatan hidroterapi yang menggunakan sumber semulajadi disesebuah kawasan seperti mineral, termal atau air laut.
Spa kelab (club spa)
Spa harian yang terletak di kelab kesihatan atau fitness facility.
Spa pelayaran (cruise ship spa)
Cth: bilik rawatan yang terdapat
di Silversea Mandara Spa
Perkhidmatan spa dalam kapal pelayaran yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan spa, kesegaran (fitness), wellness yang professional disertai dengan pilihan menu spa.
Spa lapangan terbang (airport spa)
Terletak di lapangan terbang dan khusus untuk rawatan yang tidak memakan masa yang lama dan sasarannya adalah pengembara. Antara rawatannya ialah kerusi urut selama 15 minit dan terapi oksigen. Sesetengahnya turut menawarkan rawatan yang lama.
Sumber : (http://spasabout.com/travel/spas/library/weekly/aa052699.htm:AboutSPAS)
Pelbagai pihak mempunyai kriteria-kriteria tersendiri dalam mengkategorikan
jenis-jenis spa mengikut kesesuaian tempat sendiri. Dalam soal mendefinisikan
pengalaman-pengalaman spa yang berbeza, takrif-takrif kategori berikut telah
dibangunkan oleh Persatuan Spa Australia iaitu:-
i. Spa Harian (Day spa)
ii. Spa Destinasi (Destination spa)
iii. Spa Semulajadi (Natural bathing spa)
iv. Spa-spa yang berkaitan
Spa harian: perusahaan yang menyediakan secara profesional mentadbirkan
khidmat spa yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan berasaskan spa
harian dengan kemudahan bersesuaian waktu harian.
Spa Destinasi: spa yang menyediakan reka bentuk rawatan-rawatan spa
dengan penginapan atau spa di dalam persekitaran penginapan
Spa semulajadi: perusahaan spa dijalankan di dalam lokasi yang tenang,
menawarkan penggunaan meluas satu tempat mandian dalam air atau kolam-
kolam lumpur/selut dengan dilengkapi perkhidmatan spa. Turut menyediakan
penginapan atau sebaliknya.
Spa berkaitan: perusahaan yang menggabungkan prinsip-prinsip spa ke dalam
falsafah dan amalan-amalan, dengan kemudahan terapi air yang minimum serta
kemudahan pengunjung yang minimum.
Intelligent spa adalah 100% syarikat penyelidikan bebas mengkhusus industri
spa. Telah diasaskan di Singapura pada 2001, ia telah mempelopori kajian
industri spa dalam rantau Asia Pasifik. Penerbitan Intelligent Spa direka dan
ditulis untuk menyediakan panduan untuk kemudahan spa dan perusahaan yang
berkaitan dengan spa. Intelligent Spa merupakan satu organisasi yang telah
menjalankan kajian terhadap spa di kebanyakan negara. Definisi berikut adalah
definisi yang diguna pakai oleh Intelligent Spa (www.IntelligentSpas.com) dalam
mengklasifikasikan jenis-jenis spa. Tiga jenis spa berikut merupakan jenis-jenis
utama, dan setiap jenis mempunyai sub-kategori tersendiri.
Spa harian – Perusahaan spa yang berdiri sendiri Spa destinasi - Sebuah perusahaan spa yang diintegerasikan di dalam satu hartanah penginapan Lain-lain spa – Perusahaan spa yang tidak mempunyai kaitan dengan spa harian. Jadual 2.2: Jenis dan Sub Kategori Spa
tahun 1997 dan dilihat telah menjadi sesuatu yang penting dan memberi
sumbangan yang besar dan signifikan kepada ekonomi negara.
Perdana Menteri Malaysia dalam ulasannya menyatakan bahawa kerajaan juga
akan membangunkan pakej perkhidmatan kesihatan yang komprehensif untuk
menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan kesihatan serantau bagi
rawatan tradisional dan moden.
Di Malaysia, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Chong Wei Yee, Boey Tuck
Sai & Nancy Vathsala, 2005 (dipetik dari Nur Hasimah, 2005), pelancongan
kesihatan juga semakin mendapat perhatian. Pada awal pengenalan
pelancongan kesihatan, ia dilihat lebih menjurus kepada kepada rawatan
perubatan. Namun begitu, kini pelancongan kesihatan tidak lagi hanya dilihat
sebagai rawatan perubatan, tetapi ia juga diperluaskan meliputi aspek
penjagaan(wellness) dan kesegaran (fitness).
Rajah 2.2 : Konsep Pelancongan Kesihatan di Malaysia.
Sumber: Chong Wei Yee, Boey Tuck Sai & Nancy Vathsala (2005) Merujuk kepada rajah 2.2 tersebut, konsep pelancongan kesihatan di Malaysia
sebagai merangkumi kedua-dua program iaitu rawatan penyembuhan dan
pencegahan penyakit. Program rawatan penyembuhan menggabungkan rawatan
PELANCONGAN KESIHATAN
Program Kesegaran (Fitness Programme)
Program Penjagaan (Wellness Programme)
Rawatan Perubatan (Medical Treatment)
Cth: Health
screening & spa
Rawatan Berpenyakit Cth: kanser
Pembedahan Cth:
pembedahan ‘bypass’
Rawatan Kecemasan
Cth: kemalangan,
serangan jantung.
Aktiviti Fizikal Cth: Yoga & golf
perubatan dan ilmu perubatan alternatif bagi menyembuhkan penyakit. Program
pencegahan penyakit pula menawarkan health screaning, ubat pencegahan,
ketenangan, program penjagaan dan program kesegaran.
Dalam pembentangan Rancangan Malaysia keSembilan (RMk9), negara
mensasarkan untuk menggiatkan lagi usaha dalam mempromosikan
pelancongan kesihatan yang baru didunia. Malaysia juga bercadang untuk turut
serta dalam memainkan peranan sebagai pelengkap kepada industri
pelancongan kesihatan dengan menawarkan rawatan perubatan tradisional dan
spa iaitu kini diperkenalkan sebagai pelancongan kesejahteraan.
Sebagai bidang yang masih boleh dianggap baru muncul untuk negara
mengusahakannya, terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan dalam
mengambil kesempatan daripada sektor ini. Industri pelancongan mengakui
pelancongan kesejahteraan ini sebagai salah satu industri yang luas dan
semakin meningkat dengan rancaknya. Negara-negara asia seperti Singapura,
Indonesia, Thai telah mendapat reputasi kerana mempunyai kemudahan dan
perkhidmatan yang bertaraf dunia yang memberi penekanan kepada aspek
kecergasan, kesihatan, pencegahan dan penyembuhan. Malaysia juga
berpotensi menjadi destinasi pelancongan kesejahteraan yang kompetitif.
Potensi industri pelancongan negara akan terus dipacu sepanjang tempoh
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMk9) dengan tumpuan utama diberikan
terhadap usaha mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan
pelancong global selain mempromosi pelancongan domestik.
Dengan pertumbuhan spa yang semakin meningkat, tertubuhnya persatuan spa
dilihat sebagai sesuatu langkah yang tepat pada waktunya. Di Malaysia terdapat
dua buah persatuan spa iaitu Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) yang
dipengerusikan oleh Datin Ramona Suleiman, manakala Nurhashimah Mohd
Ishak pula merupakan presiden bagi Persatuan Industri Spa dan Kesihatan
Malaysia (SWIAM). Kedua-dua persatuan ini mempunyai misi yang sama iaitu
ingin meningkatkan lagi industri spa tempatan setanding pengusaha luar negara
serta berazam menjadikan industri spa pemangkin ekonomi negara.
Seperti di kebanyakan negara yang menjadi destinasi pelancongan, Malaysia
juga tidak ketinggalan dalam mengalami perkembangan pesat mempromosikan
industri spa. Di sana sini spa muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Sungguhpun, industri spa di negara ini masih baru, namun begitu ia dilihat turut
memberi sumbangan yang signifikan khususnya kepada sektor pelancongan
negara. Industri spa kini boleh dikatakan sebagai antara tunjang sektor
pelancongan negara apabila banyak spa diwujudkan sama ada dikendalikan oleh
hotel, resort, pusat beli-belah dan juga di destinasi-destinasi pelancongan.
Permintaan terhadap perkhidmatan spa semakin menggalakkan di serata
pelosok dunia contohnya dari kalangan pelancong barat dan Asia Barat. Sebagai
langkah menggalakkan pelancongan domestik, usaha perlu ditumpukan
terhadap memupuk budaya merancang percutian di kalangan masyarakat
Malaysia dan menggalakkan rakyat tempatan menjelajah ke pelbagai destinasi
pelancongan yang menarik dalam negara. Sepanjang tempoh Rancangan
Malaysia Kelapan (RMk8), pelancongan domestik merupakan komponen penting
dengan bilangan perjalanan domestik meningkat 30.1 peratus daripada 12.3 juta
pada 2000 kepada 16 juta pada 2005.
Melihat kepada fenomena permintaan terhadap spa sebelum ini tidak begitu
ketara namun begitu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, spa menjadi antara
perkhidmatan dalam sektor pelancongan yang mendapat sambutan begitu hebat
di kalangan penlancong domestik dan antarabangsa.
Menurut presiden SWIAM iaitu Nurhashimah (2008), bertempat di Tanjong Jara
Resort pada 3 Ogos, 2007 telah mempertemukan antara jabatan-jabatan
kerajaan seperti Kementerian Pelancongan, Jabatan Imigresen, Jabatan Polis
dan diraja Malaysia, RELA, MITI, persatuan-persatuan spa dan mereka yang
terlibat dalam industri pelancongan telah membincangkan serta merangka
beberapa garis panduan untuk mereka yang terlibat dalam mengusahakan
industri spa. Berikut adalah empat Kriteria yang diselaraskan untuk semua yang
menjalankan perusahaan spa, iaitu:
i. Rawatan berasaskan air (hidroterapi)
ii. Rawatan urutan dan terapi
iii. Rawatan badan seperti bengkung
iv. Rawatan kecantikan ( manicure, pedicure dll)
Selain itu, spa-spa ini juga boleh memasukkan aktiviti perkhidmatan sampingan
seperti ayurvedik, reiki, yoga dan banyak lagi dalam pakej-pakej yang
ditawarkan.
2.3.1 Jenis-jenis Pelancongan Kesejahteraan di Malaysia.
Terdapat pelbagai telahan serta tafsiran dalam menentukan jenis-jenis spa.
Berlainan penulis dan pengkaji, maka berlainan juga pendapatnya. Namun
begitu, tiada yang salah dan tiada yang betul dalam penentuan jenis-jenis spa.
Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) telah membahagikan spa kepada empat jenis
iaitu:
i. Spa Harian (Day Spa)
ii. Spa Hotel/ Resort/ Pelayaran (Hotel/ Resort/ Cruise Ship Spa)
iii. Spa Destinasi (Destination Spa)
iv. Spa Perubatan (Medi Spa)
i. Spa Harian (bukan hotel/resort) Perniagaan spa yang sah mengikut Kriteria Akreditasi yang digariskan dalam
Artikel 8.2 (AMSPA,2006) dan menyediakan pengurusan pentadbiran rawatan
dan perkhidmatan spa secara professional. Pengunjung yang datang adalah atas
keperluan harian dengan memperuntukan harinya dengan kemudahan yang di
sediakan.
ii. Spa Hotel/ Resort/ Pelayaran Perniagaan spa yang sah mengikut Kriteria Akreditasi yang digariskan dalam
Artikel 8.2 (AMSPA,2006), terletak dalam kemudahan Spa Hotel/ Resort/
Pelayaran yang menyediakan rawatan dan perkhidmatan spa secara
professional. Menawarkan kemudahan dan penginapan untuk bermalam.
Pengunjung mungkin datang sehari atau bermalam.
iii. Spa Destinasi Perniagaan spa yang sah mengikut Kriteria Akreditasi seperti yang digariskan
dalam Artikel 8.2 (AMSPA,2006), menawarkan program spa yang menyeluruh
dengan menyediakan rawatan dan perkhidmatan spa secara professional.
Menawarkan kemudahan penginapan untuk bermalam. Pengunjung juga
ditawarkan pelbagai hari untuk pengalaman menyeluruh dengan memberikan
100% untuk program spa/kesejahteraan termasuk kesegaran (fitness), diet dan
kesejahteraan (well-being) di bawah bimbingan staf yang berkelayakan dan
bukan menggilirkan kemudahan atau pilihan (berkaitan non-wellness) yang ada
kepada mereka.
iV. Spa Perubatan Perniagaan spa yang sah mengikut Kriteria Akreditasi seperti yang digariskan
dalam Artikel 8.2 (AMSPA,2006), menawarkan program spa yang menyeluruh
merangkumi rawatan dan perkhidmatan spa yang professional dengan
mengintegrasikan rawatan, di mana ia dilakukan oleh pegawai perubatan yang
terlatih dan professional seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Berkemungkinan untuk menawarkan penginapan untuk bermalam.
Berdasarkan jenis-jenis spa yang telah dihuraikan merujuk kepada Persatuan
Spa Malaysia (AMSPA), di sini boleh disimpulkan bahawa pelancongan
kesejahteraan di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada 4 jenis pelancongan
kesejahteraan iaitu Pelancongan Spa Harian, Spa Hotel/ Resort/ Pelayaran, Spa
Destinasi dan Spa Perubatan.
Rajah 2.3: Pelancongan Kesejahteraan di Malaysia
Sumber : Persatuan Spa Malaysia (AMSPA)
PELANCONGAN KESEJAHTERAAN
Spa Perubatan Cth: Ayurvedium
Medispa
Spa Destinasi Cth: Spa Village,
Pangkor Laut
Spa Hotel/ Resort/ Pelayaran
Cth: Spa Village, KL
Spa Harian Cth: Energy Spa
Menurut Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) kriteria-kriteria Akreditasi
kemudahan yang perlu ada dalam sesebuah operasi spa ialah
i. Mengamalkan operasi yang mempunyai reputasi yang baik secara
beretika. Sekiranya terdapat bukti berlakunya amalan yang tidak
beretika, maka ia tidak akan diterima oleh persatuan.
ii. Berkelayakan, sekurang-kurangnya dalam satu kategori
perniagaan spa.
iii. Menjadi syarikat yang benar-benar berdaftar, syarikat tempatan
atau syarikat asing.
iv. Mempunyai lesen spa yang sah
v. Sekiranya dijalankan oleh pengusaha spa dari luar, perlu
mempamerkan bukti yang mengatakan pengusaha telah berdaftar
di Malaysia.
vi. Waktu operasi- perlu ditutup tidak boleh melebih dari tengah
malam.
vii. Mengambil hanya pekerja yang berkelayakan, staf yang terlatih dan
mengikut kriteria berikut
a. Ahli-ahli terapi mestilah berkelayakan dalam bidang spa
b. Ahli-ahli terapi perlu mempunyai paling minimum 600 latihan/
waktu kerja bagi setiap terapi sebagai terapi spa dalam tempoh
pengukuhan reputasi baik atau menunjukkan pengalaman
bekerja yang setara.
c. Penyeliaan dan staf pengurusan bertugas yang layak
sepenuhnya dalam waktu beroperasi.
d. Semua kakitangan harus menunjukkan tingkah laku yang
professional, bersesuaian dan beretika terhadap pelanggan
sepanjang masa.
e. Semua kakitangan perlu menjaga keselamatan tempat dan
kesejahteraan pelanggan melebihi segala yang lain.
viii. Semua kakitangan perlu beruniform lengkap
ix. Semua pengunjung/pelanggan perlu mendaftarkan diri dan
direkodkan ke dalam fail
x. Mendokumenkan Standard Operating Procedures (SOPs) dan
panduan latihan di dalam kawasan dan sewaktu digunakan.
xi. Mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan
xii. Mematuhi syarat-syarat keselamatan dan kebakaran yang telah
ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sepanjang masa.
xiii. Menggunakan hanya produk rawatan yang dibenarkan dan
disahkan oleh Kerajaan Malaysia.
xiv. Mengasingkan kawasan persalinan dan mandian antara lelaki dan
wanita (kecuali bilik rawatan mewah)
xv. Mesti menggabungkan rawatan air dan/atau terapi air ke dalam
menu rawatan harian seperti yang didefinisikan di atas dan
mempamerkan bukti kemudahan rawatan air.
Jadual di bawah menunjukkan 44 spa yang terdapat dalam laman web yang
dipromosikan oleh Tourism Malaysia. Kandungan laman web ini digunakan
dalam mengenal pasti perkhidmatan spa yang ditawarkan dalam hubungannya
kepada aktiviti pelancongan dalam usaha mempromosikan pelancongan
kesejahteraan di Malaysia.
Jadual 2.3 : Senarai Spa dalam Pelancongan Kesejahteraan Malaysia
BIL. NAMA SPA NEGERI JENIS SPA 1 Indrani Spa Kuala Lumpur Day Spa 2 Spa Village, Kuala Lumpur Kuala Lumpur Resort Spa 3 Ozmosis Health & Day Spa Kuala Lumpur Day Spa 4 The Spa At The Datai Langkawi, Kedah Hotel spa 5 Mandara Spa Kuala Lumpur Spa Hotel 6 Spa Village, Pangkor Laut Perak Destination Spa 7 Spa Village Tanjong Jara Terengganu Resort Spa 8 Sembunyi Spa Kuala Lumpur Resort Spa 9 Casa Del Mar Langkawi, Kedah Resort Spa 10 RimBa Spa Kuala Lumpur Hotel Spa
11 JoJoBa Spa Selangor Resort Spa 12 Royale Spa Selangor Hotel Spa 13 Serenity Spa Selangor Spa Harian 14 Gamelan Spa Kuala Lumpur Day Spa 15 Jari-Jari Spa Sabah Day spa 16 The Asia Spa Kuala Lumpur Day Spa 17 Senjakala (urban spa for men) Kuala Lumpur Day Spa 18 Dewi Sri Spa Kuala Lumpur Day Spa 19 Spa at Four Season Resort Langkawi, Kedah Resort Spa 20 JivaRhu Spa Langkawi, Kedah Resort Spa 21 CHI The Spa Pulau Pinang Resort Spa 22 Samadhi Spa at Japamala Pulau Tioman Resort Spa 23 Kenko Reflexology & Fish Spa Kuala Lumpur Day Spa 24 Aroma Garden Kuala Lumpur Day Spa 25 Vila Manja Kuala Lumpur Day Spa 26 Angsana Spa Kuala Lumpur Resort Spa 27 Energy Day Spa Kuala Lumpur Day Spa 28 Mandrayu Spa Pahang Resort Spa 29 Putrajaya Shangri-La Putrajaya, Kuala
Lumpur Hotel Spa
30 The Spa at Mandarin Oriental Kuala Lumpur Hotel Spa 31 Berjaya Redang Spa Resort Terengganu Resort Spa 32 Berjaya Langkawi Beach & Spa
Resort Langkawi, Kedah Resort Spa
33 Berjaya Tioman Beach, Golg & Spa Resort
Johor, Pahang Resort Spa
34 Colmar Tropicale, A French-themed Resort
Pahang Resort Spa
35 Meritus Pelangi Beach Resort & Spa
Langkawi, Kedah Resort Spa
36 Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa
Sabah Resort Spa
37 Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut
Perak Resort Spa
38 The Andaman Langkawi Resort Spa 39 Yoga Zone Kuala Lumpur 40 The Sampuoton Fish Spa Selangor Day Spa 41 Golden Sense Spa & Massage Sarawak Day Spa 42 Thienjing Reflexology Sarawak Day Spa 43 Tribal Remedy Sdn. Bhd. Sarawak Day Spa 44 The Westin Langkawi Resort &
Spa Langkawi, Kedah Resort Spa
45 Andana Spa Selangor Spa Harian Sumber: Tourism Malaysia (2008).
2.4 PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN
Persepsi memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah
destinasi pelancongan. Menurut Wilkie yang dipetik oleh Decrop (2006) ‘persepsi membantu kita untuk mengetahui persekitaran melalui penterjemahan ransangan dari luar, dunia luar kepada dalaman, dan dunia pemikiran yang dialami oleh setiap orang’.
Dengan kata lain persepsi melibatkan proses penerimaan, pemilihan,
penyusunan serta penterjemahan maklumat berdasarkan pengalaman yang
dilalui pelancong terhadap sesebuah destinasi.
Persepsi merupakan tanggapan seseorang individu sama ada bersifat positif
ataupun negatif bergantung kepada faktor-faktor yang mempengaruhinya
terhadap sesuatu perkara (Nurul Iswani, 2006). Persepsi yang positif mungkin
merupakan produk atau destinasi yang menarik dan menonjolkan kelainan
berbanding dengan destinasi saingannya. Kajian terhadap persepsi pelancong
amat penting kerana ia dapat membantu dalam meningkatkan kualiti di sesebuah
destinasi. Zeithmal, et al. (1996) percaya bahawa kualiti perkhidmatan berkait
rapat dengan ramalan kelakuan/gelagat pada masa akan datang. Keperluan
hanya dinilai dengan mengukur persepsi pengguna terhadap persembahan
perkhidmatan yang diberikan. Seterusnya, menurut Ferguson, et al. (1999)
berdasarkan kepada persepsi terhadap perkhidmatan utama, pelanggan
mencapai kepuasan yang tinggi, keseluruhan pertimbangan tentang kualiti
perkhidmatan yang tinggi, kesediaan untuk kembali ke pusat thalassotherapy
dan akan mencadangkan kepada rakan kerja dan rakan-rakan lain.
Persepsi didefinisikan oleh Morrison (2002), sebagai pelanggan menggunakan
lima deria rasa mereka iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, sentuh dan bau
untuk menilai hospitaliti dan perkhidmatan perjalanan serta mesej industri
promosi. Menurutnya lagi, frasa ‘persepsi lebih daripada realiti’ menggambarkan
kebanyakan konsep pelakuan/gelagat pelancong. Keputusan yang dibuat lebih
daripada bagaimana pelancong melihat kenyataan ke atas kenyataan kepada
mereka sendiri.
Pelanggan atau pengguna tidak hanya mempunyai motivasi untuk membeli
tetapi seharusnya melihat kepada perkhidmatan yang akan memenuhi keinginan
dan kehendak mereka. Penyelidikan terhadap persepsi dan sikap boleh
membantu perancang. Sekiranya berbeza profil kumpulan dalam lingkungan
komuniti yang tertentu adalah diketahui, strategi pembangunan boleh menjadi
pilihan yang meminimumkan sebarang potensi kesan negatif dan
memaksimumkan keseluruhan populasi sokongan seperti alternatif, namun
begitu terdapat sesetengah kumpulan yang tidak bersetuju dengan strategi ini
(Perez dan Nadal, 2005).
Oleh itu, persepsi merupakan proses yang mana menjadi pilihan individu,
organisasi dan menghuraikan maklumat untuk mencipta gambaran yang
bermakna. Pemahaman terhadap persepsi dapat membantu dalam kajian ini
iaitu dapat memahami dan menganalisa fenomena pelancongan spa seterusnya
memperbaiki mutu pelancongan spa pada masa akan datang. Kajian mengenai
persepsi pelancong berkaitan dengan industri spa yang ditawarkan dan terdapat
di Malaysia adalah amat penting. Hal ini kerana, ia dapat membantu pihak
pengusaha dalam merancang untuk meningkatkan lagi kualiti sesebuah
perkhidmatan dan penawaran.
2.4.1 Proses Pemilihan Destinasi
Pemilihan destinasi dilihat sebagai sesuatu proses yang penting. Adalah perlu
untuk kita mengetahui dan memahami terlebih dahulu bagaimana pelancong
mengambil keputusan untuk memilih sesebuah destinasi pelancongan. Sebelum
keputusan diambil, seseorang itu perlu mempertimbangkan kriteria-kriteria dalam
membuat pilihan ke sesebuah destinasi.
Kemasyhuran industri spa di Bali dan Thailand bukan lagi sesuatu yang asing. Ia
telah membuktikan bahawa perkhidmatan spa boleh dijadikan sebagai satu
tarikan kepada pelancong untuk berkunjung ke sesebuah negara. Melihat
kepada kemasyhuran spa di Bali dan Thailand membuatkan ramai yang
berpendapat kunjungan ke sana tidak lengkap sekiranya tidak merasai dan
menikmati keunikan spa di sana. Malaysia juga mampu dan mempunyai potensi
untuk menjadi destinasi pelancongan yang kompetitif. Kekayaan khazanah
sumber alam semulajadi serta keunikan rawatan tradisi masyarakat Malaysia,
tidak mustahil bagi Malaysia untuk menguasai kemahiran dan tarikan
pelancongan dalam bidang spa.
Apabila membincangkan berkenaan pelancongan, Woodside dan Lysonski
(1989) telah mengemukakan satu model iaitu dalam memilih destinasi
pelancongan mereka telah menggariskan beberapa aspek yang perlu diberi
perhatian (Rajah 2.4). Kesedaran destinasi yang mengandungi empat set
proses, yang mana proses pemilihan destinasi mengikut model ini didorong oleh
dua pemboleh ubah utama iaitu pemboleh ubah pemasaran dan pemboleh ubah
pengembara itu sendiri (terutamanya daripada pengalaman lepas).
Pemboleh ubah pemasaran menjadi pendorong kepada pelancong untuk
membuat pilihan ke atas sesebuah destinasi antaranya ialah pengiklanan,
saluran pengedaran, tawaran harga dan reka bentuk produk yang ditawarkan.
Sementara itu, pemboleh ubah pengembara pula terdiri daripada gaya hidup,
sistem nilai dan budaya, kitaran hayat, pendapatan, umur dan juga pengalaman
lepas destinasi yang dipilih. Selain kedua-dua pemboleh ubah yang tersebut,
pemilihan sesebuah destinasi juga didorong oleh hubungan yang kuat antara
kesedaran wujudnya destinasi itu dengan pemilihan sesebuah destinasi. Antara
lain, ia juga turut didorong oleh pemboleh ubah yang dinyatakan sebagai
pemboleh ubah situasi.
Rajah 2.4 : Model Kesedaran dan Pemilihan Destinasi oleh Woodside dan Lysonski, (1989). 2 1 4 5 6 7
8 9 Sumber: Vacation Decision Making (Decrop. A., 2006) Menurut model ini, proses pemilihan destinasi yang dibahagikan kepada empat
langkah utama bermula dengan kesedaran destinasi. Pelancong terlebih dahulu
menyedari kewujudan destinasi itu dan faktor ini telah didorong oleh dua aspek
seperti yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu pemboleh ubah pemasaran dan
pemboleh ubah pengembara. Langkah kedua melibatkan keutamaan destinasi
pengembara di mana pelancong akan menyenaraikan destinasi yang menjadi
Kesedaran Destinasi
Set
pertimbangan
Set kaku
Set tidak diperoleh
Set tidak sesuai
Pemboleh ubah Pemasaran
1. Pengiklanan 2. Saluran agihan 3. Harga 4. Reka bentuk produk
Pemboleh ubah Pengembara
1. Gaya hidup,
sistem nilai 2. Kitar hayat,
pendapatan, umur 3. Pengalaman
destinasi yang lepas
Keutamaan Destinasi Pengembara
Tujuan Lawatan
Perhubungan berkesan
Pemboleh ubah Situasi
Pemilihan
3
pilihannya dan seterusnya membuat penilaian ke atas destinasi tersebut. Ia juga
berdasarkan dua aspek yang telah dinyatakan di atas.
Seterusnya, proses pemilihan destinasi ini akan melihat kepada tujuan lawatan
dibuat. Lantaran itu, wujudnya keinginan untuk mengunjungi destinasi berkenaan
setelah mengambil kira semua aspek yang terlibat. Peringkat terakhir, barulah
pelancong melalui langkah keempat iaitu pemilihan di mana mereka membuat
pilihan destinasi yang sesuai dikunjungi.
2.5 KESIMPULAN Pelancongan spa merupakan satu bidang yang sangat kompleks. Industri spa
mempunyai kelainan dan keunikannya yang berbeza-beza diantara satu-satu
kawasan iaitu dari segi perkhidmatan, penekanan dan juga cara. Walau
bagaimanapun, ia mempunyai satu tujuan yang sama iaitu penjagaan kesihatan.
Berdasarkan kepada kajian literatur ini, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan
kajian yang dijalankan adalah melibatkan spa harian, spa hotel dan spa
destinasi. Perspektif kajian mereka adalah tentang sejarah, motivasi dan faktor-
faktor yang mendorong penglibatan pelancong untuk mengalami pelancongan
kesejahteraan. Banyak faktor yang menunjukkan apakah sebenarnya
membuatkan kebanyakan manusia mengambil bahagian dalam sesetengah
aktiviti iaitu sebagai contoh spa. Peningkatan terhadap fenomena kebendaan
(materialism) menjadi penyumbang kepada pemilihan percutian dan perjalanan
seseorang. Selain itu, kebanyakan individu berminat kepada sesuatu yang
memberi kesan ke dalam gaya hidup mereka. Menyedari potensi pelancongan
kesejahteraan sebagai satu segmen pasaran baru, pengkaji akan menjadikan
pemahaman yang diperolehi daripada kajian teoritikal ini sebagai panduan dalam
menjalankan kajian.
BAB III: KAWASAN KAJIAN
BAB III
KAWASAN KAJIAN
3.1 PENGENALAN Kawasan kajian meliputi dua buah negeri yang melibatkan empat spa terpilih.
Keempat-empat spa dipilih berdasarkan jenis-jenis spa seperti yang telah
diklasifikasikan oleh Persatuan Spa Malaysia (AMSPA). Bab ini akan
menerangkan secara terperinci berhubung dengan kawasan pelancongan
kesejahteraan dalam usaha memahami latar belakang kawasan kajian. Oleh
yang demikian, bahagian ini akan turut menghuraikan secara terperinci profil
fizikal pembangunan pelancongan yang meliputi beberapa elemen dan produk
pelancongan di samping melihat senario pembangunan pelancongan
kesejahteraan di Malaysia.
3.2 PROFIL FIZIKAL KAWASAN KAJIAN 3.2.1 Latar belakang kawasan kajian I (Kuala Lumpur)
Bukit Bintang merupakan sebuah kawasan di mana terletaknya pusat aktiviti
manusia seperti gedung beli-belah dan hiburan yang masyhur serta menjadi
salah sebuah kawasan tumpuan pelancong di Kuala Lumpur, termasuk kawasan
Sumber: Pihak Berkuasa Tempatan Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA),2007.
Berdasarkan rajah 3.4 menunjukkan bahawa terdapat 5 kluster dalam Iskandar
Malaysia yang tidak sepenuhnya lagi dibangunkan. Pelancongan juga turut
tersenarai dalam 5 kluster tersebut. Penambahbaikkan dan pembangunan
kluster tersebut merupakan objektif utama dalam polisi dan strategi
pembangunan Iskandar Malaysia. Selain 5 kluster yang telah sedia ada,
Iskandar Malaysia kini juga turut akan melaksanakan pembangunan kluster baru
iaitu perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan kewangan
dan industri kreatif. Dengan perancangan pembangunan wilayah Iskandar
Malaysia ini, memperlihatkan kesungguhan dan betapa seriusnya kerajaan
dalam memajukan industri pelancongan dan kesihatan.
3.3.3 Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM)
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM), Kementerian
Kesihatan Malaysia menyedari bahawa pelancongan kesihatan memberi
pulangan besar kepada ekonomi negara. T&CM berpotensi menawarkan
perkhidmatan yang setanding, kos yang lebih murah serta infrastruktur
pengangkutan yang lebih baik. Pada masa ini, T&CM telah memperkenalkan tiga
buah hospital integrasi yang turut terlibat dalam pelancongan kesihatan iaitu
i. Hospital Kepala Batas
ii. Hospital Putrajaya
iii. Hospital Sultan Ismail
Antara objektif pelancongan Kesihatan yang digariskan oleh Bahagian Perubatan
Tradisional dan Komplementari (T&CM) ialah
a) Membangunkan T&CM sebagai produk pelancongan berdaya saing
b) Mendedahkan pengusaha/pengamal dengan modaliti T&CM yang boleh
dimajukan
c) Mendedahkan pengusaha/pengamal dengan insentif yang disediakan
kerajaan
d) Meningkatkan kefahaman anggota KKM dengan modaliti-modaliti T&CM.
3.4 JUSTIFIKASI PEMILIHAN LOKASI KAJI SOAL SELIDIK Empat spa telah dipilih untuk pengkaji menjalankan kajian soal selidik terhadap
pengusaha spa serta pelancong mengikut jenis-jenis spa seperti yang ditakrifkan
oleh Persatuan Spa Malaysia (AMSPA). Antaranya,
v. Pusat Kecantikan dan Andaman Sal (Spa harian)
vi. Spa Village Kuala Lumpur (Spa Resort)
vii. Ayuvedium Medispa, Kuala Lumpur (Spa Perubatan)
viii. The Pulai Spa, Johor (Spa Destinasi)
Lokasi pertama, kedua dan ketiga telah dipilih memandangkan ianya terletak di
Kuala Lumpur dan mudah untuk diakses. Di samping itu, ketiga-tiga lokasi spa
tersebut terletak di jalan utama. Spa perubatan di Malaysia masih lagi
berkurangan dan kebanyakan spa perubatan ini masih belum diketahui umum
dengan jelas kelainan konsep spa perubatan berbanding spa-spa lain.
Ayurvedium Medispa mewakili jenis spa perubatan yang terletak di Starhill
Gallery.
Namun begitu, pemilihan The Pulai Spa sebagai kawasan kajian dibuat
memandangkan tidak terdapatnya jenis ‘spa destinasi’ di Kuala Lumpur dan
kawasan yang terdekat dengan pengkaji. Merujuk kepada laman web
MalaysiaSpaOnline ‘spa destinasi’ boleh didapati di Spa Village, Pangkor Laut.
The Pulai Spa dipilih bagi mewakili jenis spa destinasi yang mana terdapat pakej
spa di sini yang menawarkan rawatan spa bersama penginapan.
3.4.1 Pusat Kecantikan dan Andaman Sal (Spa Harian)
Pusat Kecantikan dan Andaman Sal Bagi spa yang memulakan operasinya pada tahun 2004 ini, menawarkan rawatan berasaskan rawatan tradisional. Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini terdiri daripada pelabagai lapisan peringkat umur, tahap sosial. Secara umumnya, rawatan spa ini mampu untuk dinikmati dan dicuba oleh sesiapa saja iaitu bukan hanya untuk golongan berada dan berpendapatan tinggi sahaja. Spa ini menggunakan produk yang berasaskan ’Sendayu Tinggi’. Spa ini mempunyai 3 orang terapi yang mendapat latihan secara professional iaitu dalam bidang spa ini.
Pusat Kecantikan dan Andaman Sal merupakan
sebuah tempat yang dapat membantu memberikan
ketenangan untuk lelaki dan wanita bagi mereka
yang ingin meningkatkan kesegaran badan, minda
dan jiwa. Dekorasi spa yang sederhana ini, di mana
dapat memberikan ketenteraman dan ketenangan
dan dapat memanjakan diri.
Pusat Kecantikan dan Andaman Sal telah dibuka secara rasminya pada tahun
2004 dan terletak di bangunan PKNS Shah Alam yang merupakan lokasi yang
strategik dan mudah untuk ditemui. Spa ini juga mempunyai terapi-terapi yang
berkelayakan dan memenuhi syarat yang ditetapkan.
Antara pekej yang ditawarkan oleh spa ini adalah seperti urutan aroma, skrub
bunga, lulur serta semua pakej pengurangan tekanan yang di minta untuk
menyegar dan menguatkan badan, minda dan semangat, Berikut adalah antara
pakej spa yang popular ditawarkan.
MENU PAKEJ
• Steam and One Hour Body Massage • Aromatherapy Steam Bath • Therapeutic Body Wrap • Scrub, Steam, Massage and Harmonizing Facial • Manicure, Pedicure • Milk Bath • Sauna
3.4.2 Spa Village, Kuala Lumpur (Spa Resort)
Spa Village Kuala Lumpur yang berkeluasan
seluas 12,000 kaki persegi merupakan
sebuah kawasan penjanaan semula dan
cantik di tengah-tengah kesibukan bandaraya
Kuala Lumpur. Di sini jugalah tempat
pertemuan antara Timur dan Barat, baru dan
lama, menghimpun serta menawarkan
keunikan penyembuhan pelbagai budaya.
Keunikan pengunduran diri ini menawarkan campuran kebanyakan terapi yang
terbaik dan diintegrasikan dengan amalan penyembuhan dari serata kawasan di
dunia. Bayaran kepada kepelbagaian budaya dan kekayaan khazanah warisan
penyembuhan, menurut gaya terkini yang diadun bersama amalan lama dan
moden, menggunakan ramuan asli tempatan untuk memberikan kerehatan yang
membahagiakan dan pemulihan.
Selari dengan arus perkembangan teknologi, masyarakat kini tidak lari daripada
tuntutan pekerjaan, tekanan dan persaingan yang hebat. Lantaran itu, Spa
SPA VILLAGE, KUALA LUMPUR Spa Village merupakan anak syarikat dibawah YTL group, merupakan salah satu cawangan daripada enam Spa Village. Selain Kuala Lumpur, Spa Village juga boleh di dapati di Cameron Highland, Tanjong Jara, Tembok Bali, Pangkor. Spa Village Kuala Lumpur memulakan operasinya pada tiga tahun lalu iaitu 2005. Spa ini mempunyai seramai 15 orang terapi, di mana 2 orang daripadanya adalah lelaki dan selebihnya adalah perempuan. Keunikan yang ditonjolkan oleh kumpulan Spa Village ini ialah menggunakan bahan dan kaedah rawatan yang terdapat di Malaysia antaranya menggunakan 3 asas utama minyak Relax(Melayu), Uplift(Cina) dan Purify(India).
Village dapat memberikan keunikan suasana yang terasing dari persekitaran
kota untuk mendapatkan kerehatan, ketenangan dan meningkatkan kembali
keyakinan dan semangat.
Spa Village Kuala Lumpur juga turut memberi penghormatan dengan
menonjolkan kekayaan kepelbagaian budaya dan warisan penyembuhan rantau
Nusantara Malaysia, kepulauan melingkungi tanah besar dari Myanmar kepada
Semenanjung Malaysia dan pulau-pulau Indonesia dan Filipina.
PAKEJ SPA BERPASANGAN (COUPLE SPA)
Trade Winds Rawatan Tradisil Diraja Melayu (Traditional Royal Malay Treatment) Rawatan Nusantara (Tradisi Asia Tenggara) Nusantara Treatment (Traditional Southeast Asia) Rawatan Peranakan Cina (Chinese Peranakan Treatment)
PAKEJ PERSEORANGAN (SINGLE SPA)
Trade Winds (East Meets West) • Terra Timur Body Scrub (Gentlemen) or Papaya Gentle Body Scrub (Ladies) * • Swedish Massage • European Facial Rawatan Cina Peranakan (Chinese Peranakan Treatment) • Milk Nectar Meditation • Pearl And Rice Facial • Egg Undulation Face Treatment • Mulberry Leaf Eye Clarity Treatment • Moxa Navel Activation * • Rattan Tapping Qi-Gong and Tui-na An-mo (Massage) • Saffron Tea Terapi Gadapura (Lelaki) (Gandaputra Therapy -Gentlemen) • Rejuvenation Hair Treatment
Terra Timur Body Masque • Steam Therapy * • Luxurious Bath • Gandapura Body Massage Terapi Rose (Perempuan) (Rose Therapy -Ladies) • Rose Hair Wrap • Rose Petals Body Masque • Steam Therapy • Rose Milk Bath Hang Tuah (Lelaki) (Hang Tuah -Gentlemen) • Urutan Pasak Bumi (Gentlemen's Traditional Warrior Massage) • Lulur Julang Perkasa (Body Scrub) • Siram Julang Seri (Royal Herbal Bath) • Lumur Lumur Sakti (Herbal Oil Application) • Ukup Wira Jati (Rejuvenating Body Steaming) • Santapan Pati Berahi (Herbal Tonic Drink) Tun Teja (Perempuan) (Tun Teja -Ladies) • Urutan Kebayan (Ladies Traditional Princess Massage) • Lulur Cendana Cangi (Body Scrub) • Siram Panca Cahaya (Royal Herbal Bath) • Alin-Alin Puteri (Herbal Oil Application) • Wap Cindai Berahi (Scented Body Steaming) * • Santapan Junjung Puteri (Scented Roots Drink)
PAKEJ ALA CARTE
Sensory Exploration Nail Care
Hair Care Skin Care
Massage Therapy Add On -Steam Bath, Rest and Relax -Aroma Bath
3.4.3 The Pulai Spa (Destinasi Spa)
Pulai Spa merupakan tempat yang sesuai bagi mereka yang ingin merehatkan
diri, mencari ketenangan serta terhindar daripada kesibukan kota dengan konsep
yang kontemporari. Ia menggabungkan dan mengharmonikan antara dekorasi
moden Bali, dilengkapi oleh rimbunan lanskap tropika dan kolam koi. Di sini,
pengunjung dapat menenangkan fikiran dan jiwa serta alami pengalaman yang
menyegarkan. Pengunjung akan diberi keistimewaan untuk memilih sepenuhnya
The Pulai Spa, Desaru. Telah dibuka pada empat tahun lepas iaitu 2004, di miliki oleh bekas Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Dato’ Chua Jui Meng. Namun begitu, kini ia telah diambil alih oleh Bina Resort. Spa ini mempunyai 3 buah bilik kelamin (couple room). The Pulai Spa adalah berada di bawah kelolaan bahagian Pusat Sukan (Sport Centre) hotel. Dengan dilengkapi kemudahan sukan dan rekreasi seperti studio aerobik, billiard room, bilik sukan/permainan (games room), gymnasium, Jakuzi. Pelbagai kemudahan serta aktiviti yang disediakan kepada pengunjung.
rawatan spa yang menenangkan termasuk urutan, rawatan muka dan skrub
badan.
‘The Pulai Spa’ dilengkapi dengan bilik rawatan yang selesa bagi mereka yang
datang secara berpasangan atau bersendirian. Dengan berlatarbelakangkan spa
tropika dengan pengaruh dekorasi Asia. The Pulai Spa menawarkan menu
rawatan yang menggabungkan antara yang terbaik dari Timur dan Barat, dengan
menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi, urutan asli secara
professional serta minyak daripada tumbuhan yang didatangkan khas dari
Australia.
Antara yang menjadi tarikan sejak sekian lama dan menjadi satu kemestian
dalam menu spa adalah urutan Bali, urutan Aromaterapi dan refleksologi. Asas
kekayaan minyak Sweet Almond mengandungi 100% minyak asli Australia
diberikan kepada pengunjung spa dengan pelbagai gabungan bertujuan untuk
memberikan kesan terhadap fizikal dan mental. Regangan, tapak tangan dan
teknik titik tekanan urutan membantu dalam melonggarkan otot–otot yang
bersimpul dan bantuan untuk memperbaiki pengaliran darah.
Pengunjung juga mempunyai banyak pilihan aktiviti kesihatan (healthcare) dan
kesegaran (fitness) untuk dilakukan yang telah disediakan seperti berikut: ISNIN SELASA RABU
Water Babes (Renang- corrections strokes) Splashing Good Time! (Aerobik Air) Hit & Giggles (Perlawanan Tenis) 5-a-Side (Futsal) Watch It! (Filem pilihan)
Power Walk (Jogging) The Dual (Table Tennis Competition) Water Games (Bola tampar air) Night Safari (A walk on the course) Watch It! (Filem pilihan)
Perfect Your Swing (Klinik Golf) Mini Explorace (Treasure Hunt) Splashing Good Time! (Aerobik Air) Water Games (Bola tampar air) Watch It! (Filem pilihan)
KHAMIS JUMAAT The Mind Game (Pertandingan Chess & Karom) How Good Are Your Hands? (Kraftangan) Water Babes (Renang- corrections strokes) 5-a-Side (Futsal) Hit The Target (Pertandingan Dart)
Water Babes (Renang- corrections strokes) Golf Clinic (Driving Range) Keep on Rolling! (8 Ball Pairs Competition) Splashing Good Time! (Aerobik Air) Watch It! (Filem pilihan)
SABTU AHAD Power Walk (Jogging) Shake It Up! (Sessi Aerobik) Be a Pro (Table Tennis Coaching Tips) Water Games (Bola tampar air) Night Safari (A walk on the course)
Water Babes (Renang- corrections strokes) Splashing Good Time! (Aerobik Air) Watch It! (Filem pilihan) The Dual (Table Tennis Competition) The Mind Game (Pertandingan Chess & Karom) Watch It! (Filem pilihan)
3.4.4 Ayurvedium Medispa (Spa Perubatan) Ayurveda adalah sistem penyembuhan turun
temurun dari India secara meluasnya membawa
mesej ‘Wisdom of Life’. Ayurveda menjadi sistem
perubatan yang berkembang daripada ujian
falsafah India, yang menjelaskan bagaimana
untuk hidup dalam keadaan harmoni melibatkan
dalaman diri seseorang dengan dunia di
sekeliling.
Ayurveda yang diamalkan dalam Ayurvedium Medispa-premium Malaysia spa
perubatan, menentukan ketulenan rawatan Kerala Ayurvedic yang menekankan
ke atas penyelengaraan kesihatan yang positif dan mencegah penyakit. Doktor
Ayurvedic (Vaidya) akan membantu dengan menganalisa pesakit secara
perundingan dan perbincangan dengan terperinci.
Hal ini bergantung kepada penilaian Prakriti
(keadaan bawaan sejak lahir) yang mana
membantu untuk membaca dan memahami
ketidakseimbangan dosha, dan berdasarkan
AYURVEDIUM MEDISPA Ayurvedium Medispa telah beroperasi secara rasminya pada November, 2006. Spa ini menawarkan rawatan yang berasaskan ‘herbal medical’. Rawatan serta kemudahan(facilities) Ayurveda ini didatangkan khas dari India. Doktor K.P. Harilal merupakan doktor yang berkelulusan dalam bidang perubatan dari India bertanggungjawab dalam menjalankan spa perubatan ini. Seramai 5 orang terapi mempunyai kelayakan dalam bidang ini adalah dari India. Ayurvedium Medispa ini akan meluaskan lagi perusahaan ini dengan membuka cawangan terbarunya di The Gardens, Mid Valley City. Boleh dikatakan pengunjung yang datang adalah 70% daripadanya pelancong antarabangsa dan 30% domestik. Kebanyakan mereka adalah ’repeat customer’.Bagi, pelancong antarabangsa kebanyakannya datang dari Jepun, Australia, Norway dan juga mereka dari Timur Tengah.
perkara tersebut, pelanggan pesakit tersebut akan
diberi cadangan dan nasihat untuk memperbaiki
gaya hidup mereka. Diagnosis denyutan nadi
dilakukan untuk menentukan dominan dosha yang
mana menjelaskan aliran tenaga yang sukar
difahami.
3.5 KESIMPULAN
Pembangunan pesat sektor kesihatan yang menyediakan penjagaan berkualiti
dan mampu diperoleh, telah mewujudkan persekitaran kondusif bagi
menggalakkan pelancongan kesejahteraan.
Pelancongan kesejahteraan akan terus dipromosikan dengan penglibatan yang
lebih meluas daripada sektor kesihatan swasta. Sehubungan itu, pakej
perkhidmatan yang komprehensif di mana Malaysia mempunyai kelebihan
bersaing akan dibangun. Usaha juga akan diambil untuk membangunkan lagi
perkhidmatan penjagaan kesihatan di destinasi pelancongan popular disamping
mempromosikan tarikan lain.
Pembangunan berterusan dalam sektor kesihatan, khususnya penjagaan
kesihatan tertiari di hospital sektor swasta, akan memberikan persekitaran yang
selesa dalam menggalakkan pelancongan kesihatan. Dalam hubungan ini,
penggunaan rangkaian telekesihatan juga akan menyokong mengoptimumkan
penggunaan pelbagai kategori tenaga manusia pakar dalam sektor kesihatan.
Jawatankuasa Pelancongan Kesihatan Kebangsaan seharusnya memberi
penekanan kepada tenaga manusia dan infrastruktur kesihatan yang akan
disediakan untuk menggalakkan lagi pelancongan kesihatan.
Kehadiran kepelbagaian sistem perubatan di Malaysia, seharusnya dilihat
sebagai perkembangan yang sihat kerana setiap sistem perubatan itu
mempunyai matlamat yang serupa iaitu ingin membebaskan seseorang daripada
cengkaman penyakit dan memberikan kesejahteraan dan kesihatan kepada
anggota masyarakat. Kewujudan pelbagai sistem perubatan dalan sesebuah
masyarakat ini memberi peluang memilih sesuatu yang bersesuaian dengan
mereka dari segi masa, perbelanjaan dan pandangan dunia (world-view).
Setiap sistem perubatan di Malaysia mempunyai keistimewaannya yang
tersendiri, sebagai contoh perubatan Melayu kaya dengan ubatan akar kayunya,
perubatan Cina terkenal dengan akupuntur, India dengan Ayurveda serta
khazanah-khazanah daripada kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Setiap
satunya mempunyai kepakarannya tersendiri. Terpulang kepada setiap jenis
sistem perubatan ini untuk menonjolkan dan memperkenalkan perkhidmatan dan
keistimewaannya. Pengguna perlu diberikan pendidikan dan memaklumkan
tentang perubatan dan kesihatan secukupnya bagi membolehkan mereka
membuat pilihan yang terbaik.
Pembangunan produk pelancongan di kawasan kajian dilakukan oleh
pengusaha-pengusaha spa itu sendiri mengikut citarasa dan kesesuaian
berdasarkan jenis spa yang ditawarkan. Dari kajian lapangan yang yang
dilakukan pengkaji, didapati bahawa adanya perbezaan antara fasiliti
kemudahan pada setiap spa. Baik ianya dilihat dari konsep reka bentuk,
senibina, produk rawatan yang ditawarkan dan sebagainya.
Setiap jenis spa mempunyai cara dan kaedah tersendiri dalam pelaksanaan
pembangunan yang mereka lakukan di mana pada akhirnya akan mempengaruhi
hasil pembangunan itu sendiri. Secara prinsipnya, jika pelaksanaan dan
pembangunan yang dilakukan oleh agensi-agensi yang berbeza tentunya juga
akan menghasilkan sesuatu yang berbeza. Hal ini dapat dilihat pada fasiliti yang
ada disetiap spa, dimana adanya perbezaan konsep pembangunan, reka bentuk
dan lain-lain.
Pada bab seterusnya akan dilakukan analisis dan penilaian terhadap kawasan
kajian, di mana kriteria penilaian yang dipilih telahpun disesuaikan dengan teori-
teori dan pinsip-prinsip pembangunan yang sebenarnya.
BAB 1V: ANALISIS DAN PENILAIAN KAJIAN
BAB IV
ANALISIS DAN PENILAIAN KAJIAN 4.1 PENGENALAN Bab ini akan menyentuh analisis penemuan kajian hasil daripada kajian
lapangan yang telah dijalankan di empat buah spa terpilih mengikut jenis-jenis
spa di Malaysia iaitu Spa Harian, Spa Hotel/Resort/Pelayaran, Spa Destinasi dan
Spa Perubatan. Antara perkara-perkara yang akan dihuraikan serta dianalisis
melibatkan elemen pelancongan antaranya profil pelancong kesejahteraan,
persepsi terhadap program pelancongan kesejahteraan yang diperkenalkan di
Malaysia serta faktor-faktor yang menarik yang menjadikan Kuala Lumpur dan
Johor Bahru sebagai destinasi pelancongan.
Analisis yang dijalankan dalam bab ini, akan dibahagi kedua bahagian iaitu
bahagia yang
i. Menghuraikan kaedah dan justifikasi penentuan sampel soal
selidik yang digunakan
ii. Pengkaji akan memberi penekanan terhadap tipologi dan
persepsi pelancong dalam menggambarkan senario semasa
pelancongan kesejahteraan.
Dalam hasil analisis, penekanan terhadap dapatan daripada hasil jawapan dan
tindak balas responden terhadap persoalan yang dikemukakan dalam borang
soal selidik serta pandangan key informants presiden persatuan spa dan
pengusaha/pengurus spa. Ini bersesuaian dengan objektif kajian yang meliputi
pendapat terhadap aspek:
i. Menilai persepsi pelancong mengenai pelancongan kesejahteraan
ii. Mengenal pasti dan menilai konsep pelancongan kesejahteraan
serta ciri-ciri khusus pelancongan kesejahteraan.
Secara keseluruhannya, data-data yang telah dikumpul akan diguna pakai
sepanjang proses penganalisisan data ini berlangsung. Oleh itu, bab ini
merupakan antara bab yang terpenting untuk menghasilkan penemuan kajian
sekaligus dapat mencapai tujuan dan objektif kajian secara menyeluruh.
4.2 KAEDAH SURVEY
Kajian ini merupakan kajian lapangan yang bertujuan untuk melihat aktiviti
pelancongan kesejahteraan di kalangan pelancong domestik dan antarabangsa.
Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tinjauan seperti borang soal selidik
dan temuramah. Kaedah borang soal selidik ini mempunyai darjah kepercayaan
yang tinggi, kos yang murah dan jangka masa yang singkat.
4.2.1 Borang soal selidik Dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu merujuk kepada kiraan dan
ukuran tentang sesuatu, persoalan kajian dapat dijawab dengan mengukur
keberkesanan sesuatu penemuan. Pemilihan sampel soal selidik pengunjung
menggunakan teknik persampelan secara rawak iaitu setiap pengunjung spa
berpotensi untuk menjadi responden. Berdasarkan kaedah temuramah, kita
dapat memperolehi maklumat berkaitan latar belakang, ciri-ciri spa yang boleh
ditawarkan untuk pelancongan serta maklumat-maklumat lain yang diperlukan.
4.2.2 Temuramah Kaedah kualitatif melibatkan kajian yang terperinci dalam usaha untuk
mendapatkan informasi yang meluas bagi mencapai maksud idea dan isu yang
berkaitan dalam penyediaan untuk program yang akan datang.
4.3 JUSTIFIKASI PENENTUAN SAMPEL
Kajian yang telah dijalankan melibat penyertaan seramai 99 orang responden
yang merupakan pengunjung spa-spa di empat buah spa yang terlibat sebagai
kawasan kajian. Populasi kajian terdiri daripada pelancong domestik dan
antarabangsa yang terlibat dengan mengunjungi spa di empat buah spa iaitu
Ayurvedium Medispa, Spa Village Kuala Lumpur, Pusat Kecantikan dan
Andaman Sal serta The Pulai Spa. Daripada populasi tersebut 99 orang seperti
yang telah dinyatakan diatas telah dipilih secara rawak (cluster sampling-
‘convenient sampling’) sebagai sampel kajian. Pembahagian responden bagi
jenis spa dipilih berdasarkan jumlah kedatangan pelancong tahunan. Kaedah
pengiraan adalah dengan mencari peratusan bagi empat jenis spa terpilih,
seperti dalam jadual
Jadual 4.1: Sampel Kajian
Jenis Peratusan (%) Jumlah
Spa Harian 26.3 26
Spa Hotel/
Resort/Pelayaran
33.4 33
Spa Destinasi 26.3 26
Spa Perubatan 14.1 15
Jumlah Keseluruhan 100 99
Pengiraan saiz sampel dibuat dengan merujuk kepada Yamane, T (1973) adalah
dengan mengambil kira tahap keyakinan 90% dengan margin error 10%, maka
saiz sampel adalah:
n = 9000
1 + (9000 x 0.10²)
= 99 sampel Jadual 4.2 : Pengiraan saiz sampel
Size sample (n) for precion (e) of
Populasi (N) +1% +2% +3% +4% +5% +10%
9,000 - 1,957 989 584 383 99
10,000 5,000 2,000 1,000 588 385 99
Sumber: Yamane, T (1973), Statistic And Introduction Analysis.
Secara umumnya, jumlah 99 saiz sampel ini dipilih daripada 9000 sample frame
dengan margin error sebanyak 10%.
Kaedah temuramah digunakan sebagai panduan untuk memastikan pengkaji
akan dapat meliputi segala isu dan persoalan yang timbul. Bagi penentuan
sampel temuramah, pengkaji akan menemuramah pegusaha/pengurus disetiap
spa. Selain itu, juga pengkaji turut mengadakan sesi dialog bersama presiden
Industri Spa dan Kesejahteraan Malaysia (SWIAM).
Penggunaan gabungan kedua-dua kaedah kualitatif dan kuantitaif diguna pakai
bagi mengukuhkan lagi dapatan yang ingin diperolehi. Penyelidik telah
menggunakan program SPSS (Statistical Package of Social Sciences) untuk
mencari kekerapan, peratusan serta menguji perhubungan.
4.4 ANALISIS DESKRIPTIF PELANCONG Bahagian ini akan membentangkan segala dapatan yang diperolehi berdasarkan
analisis yang telah dijalankan ke atas 99 soal selidik yang telah dikembalikan
kepada pengkaji. Penganalisisan data telah dijalankan dengan menggunakan
perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 10.0. Data-data
yang diperolehi akan dianalisis melalui kaedah analisis Deskriptif. Analisis akan
dibuat dengan membentangkan dapatan dalam bentuk peratusan, carta bar,
carta pai dan jadual.
4.4.1 Profil Responden
Daripada jumlah keseluruhan responden yang terlibat iaitu seramai 99 orang,
38% terdiri daripada responden lelaki, manakala, perempuan pula mencatatkan
sebanyak 62%. Mereka yang terlibat ini adalah daripada pelbagai peringkat umur
antaranya sebanyak 31% responden wanita adalah berumur antara 20-29 tahun,
19% mereka yang berusia 30-39 tahun dan bagi peringkat umur antara 40-49
mencatatkan sebanyak 11%. Manakala, bagi responden lelaki pula menunjukkan
sebanyak 14% bagi mereka yang berusia antara 40-49 tahun, diikuti dengan
11% berumur sekitar 30-39 tahun. Seterusnya, 9% adalah mereka yang berada
dalam lingkungan usia 50-59, manakala 3% melibatkan umur sekitar 20-29 dan
terdapat juga 1% merupakan responden lelaki yang mewakili usia kurang
daripada 20 tahun.
<20 20-29 30-39 40-49 50-59
0
10
20
30
40
UMUR (THN)
JANTINA
UMUR RESPONDEN MENGIKUT JANTINA
Lelaki Perempuan
Peratusan Responden Mengikut Jantina (%)
38%
62%
Lelaki Perempuan
Rajah 4.1: Peratusan responden yang mengunjungi Rajah 4.2: Peratusan responden mengikut Jantina spa megikut kumpulan umur dan jantina
Sumber : Kajian Lapangan (2008) Sumber : Kajian Lapangan (2008)
4.4.2 Tempat Asal Responden
Berdasarkan rajah 4.3, peratusan menunjukkan sebanyak 47% daripada jumlah
keseluruhan responden adalah pelancong antarabangsa. Manakala, 53% pula
adalah pelancong domestik. Pelancong domestik adalah kebanyakannya dari
Kuala Lumpur, Johor Bahru, Selangor, Kelantan, Terengganu, Melaka, Kedah,
Penang. Manakala, pelancong antarabangsa pula dari Jakarta, Jepun, Rusia,
Singapura, Sri Lanka, Canada, Australia, UK, Dubai, New Zealand, France, India
dan London.
Rajah 4.3 : Tempat asal responden
53%
47%
Domestik Antarabangsa
Sumber : Kajian Lapangan (2008)
4.4.3 Pekerjaan dan Tahap Pendidikan Responden Dengan merujuk kepada carta di bawah, dapat dilihat bahawa pelancong yang
terlibat dalam aktiviti pelancongan kesejahteraan ini terdiri daripada mereka yang
berpendidikan tinggi, diikuti dengan mereka yang mendapat pendidikan
menengah dan seterusnya, sekolah rendah, pendidikan tidak formal serta lain-
lain. Responden yang mempunyai tahap pendidikan tinggi telah mencatatkan
peratusan tertinggi pergi ke spa. Ianya diikuti dengan 10% adalah lain-lain, 9%
sekolah menengah, 7% sekolah rendah dan 2% adalah sekolah rendah.
Rajah 4.4 : Tahap Pendidikan Responden
Tahap Pendidikan Responden
72%
9%
7%2%
10%
Pendidikan tinggiPekolah menengahSekolah rendahTidak formalLain-lain
Sumber : Kajian Lapangan (2008)
Berdasarkan kepada 99 responden yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan
bahawa peratusan majoriti responden adalah Usahawan (Businessman) iaitu
sebanyak 26.3%. Manakala, 20.2% atau 20 orang pelancong yang ditemui
adalah mereka yang bekerja dalam bidang professional/ teknikal. Seterusnya,
kakitangan kerajaan pula mencatatkan sebanyak 17.2% dan diikuti dengan
pengurus/pentadbir (15.2%), pelajar (11.1%), jurujual/kerani (4.0%), surirumah
(3.0%), pesara (2.0%) dan lain-lain seperti yang dinyatakan dalam jadual 4.3.
Jadual 4.3: Pekerjaan dan Tahap Pendidikan
Sumber : Kajian Lapangan (2008)
4.4.4 Pendapatan Bulanan Pelancong Domestik dan Antarabangsa (USD/RM)
Rajah 4.5, menunjukkan peratusan majoriti responden mempunyai pendapatan
bulanan sebanyak USD/RM3,000-4,999 bagi kedua-dua domestik (28.7%) dan
antarabangsa (27.7%). Manakala, bagi pelancong antarabangsa, responden
mempunyai pendapatan bulanan antara lebih daripada USD7,000 mempunyai
peratusan yang sama dengan peratusan antara USD3,000-4,999. Diikuti pula
dengan 17% USD5,000-6,999, 10.6% (USD1000-2,999), 10.6% bagi kategori
lain-lain dan sebanyak 6.38% berpendapatan dibawah USD999.
Bagi pelancong domestik pula, pendapatan bulanan kedua tertinggi adalah
antara RM1,000-2,999. Seterusnya, sebanyak 15.4% adalah mereka yang
mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000-6,999, diikuti oleh lain-lain
sebanyak 13.3% dan 11.5% (lebih RM7,000) serta 5.5% adalah mereka yang
mempunyai pendapatan dibawah RM999. Secara keseluruhannya, dapat dilihat
di sini bahawa mereka yang berkunjung ke spa adalah mereka yang
berpendapatan tinggi, juga merupakan mereka yang terdiri daripada kumpulan
professional dan usahawan serta mempunyai kuasa beli yang besar.
Pekerjaan danTahap Pendidikan Pekerjaan Pendidikan
Peratus Pendapatan Bulanan Pelancong Tempatan Dan Antarabangsa (USD/RM)
Temapatan(%)Antarabangsa(%)
KESEDARAN TERHADAP PELANCONGAN KESIHATAN
54%
46%
Yes No
Rajah 4.5:Peratusan Pendapatan Bulanan Pelancong Domestik dan Antarabangsa Sumber: Kajian Lapangan (2008) 4.4.5 Kesedaran Terhadap Pelancongan Kesejahteraan
Berdasarkan rajah 4.6, didapati bahawa kesedaran responden terhadap
pelancongan spa adalah baik. Daripada sejumlah responden yang menjawab
borang soal selidik ini, sebanyak 54% daripadanya mengetahui tentang
pelancongan kesejahteraan. Manakala, sebanyak 46% pula menyatakan tidak
mengetahui mengenai pelancongan kesejahteraan. Walau bagaimanapun,
mereka juga adalah merupakan pengunjung spa.
Rajah 4.6: Kesedaran Terhadap Pelancongan Kesejahteraan
Sumber: Kajian Lapangan (2008)
4.4.6 Kekerapan Kunjungan
Berdasarkan Rajah 4.7, boleh dirumuskan bahawa sejumlah besar pelancong
datang untuk mendapatkan rawatan di spa adalah dengan kekerapan sebanyak
sebulan sekali (62%). Manakala, 16% adalah mereka yang pergi ke spa setahun
sekali dan disertai dengan kekerapan kunjungan spa bagi pilihan lain-lain
sebanyak 13% atau seramai 13 orang. Terdapat juga responden berkunjung
dengan kekerapan seminggu sekali mencatatkan peratusan sebanyak 9%. Rajah 4.7: Kekerapan Mengunjungi Spa
KEKERAPAN MENGUNJUNGI SPA
Seminggu sekali9%
Sebulan sekali62%
Setahun sekali16%
Lain-lain13%
Seminggu sekali Sebulan sekali Setahun sekali Lain-lain
Sumber : Kajian Lapangan (2008) Jadual 4.4: Kekerapan Kunjungan Mengikut Jenis Spa
Tourism Malaysia : Activities : Spa http://travel.tourism.gov.my/consumer/activities/default.asp?PageNo=2&activity_id=2 Spa Evolution, A Brief History of Spas spas.about.com/cs/spahistory/a/spahistory.htm What is AMSPA www.amspa.org.my/factsheet.pdf Victoria's Spa and Wellness Tourism Action Plan: Executive summary tourism.vic.gov.au/spaandwellness/executive-summary
Iskandar Development Region http://www.irda.com.my/content.aspx?mid=3&title=Iskandar%20Malaysia Tourism Malaysia’s Official Site http://www.tourism.gov.my/
PART B: Tourist Perception 8. Do you know about Wellness
Tourism? Yes No 9. Have you ever visited any Day Spa/Destination/Resort/Hotel/ Medical/Mineral Spring/Club/Cruise ship and Airport Spa? Yes No If Yes, i. Where is the Health Spa/ Spa Resort located(you may have more than one answer) Malaysia Thailand Indonesia Singapore Others (please specify)……………… ………………………………………………… ii. How frequent do you get the health spa service/ treatment? Once a week Once a month Once a year Others, (please specify) ……………
10. Is it the same Spa? Yes No 11. Main source of information you get (you may have more than one answer) Friends/relatives visited Malaysia Travel agents Travel guide books Business Travel magazine Internet News paper Friends/relatives living in
Malaysia Airlines Tourism Malaysia collaterals Others (please specify) ……………………………………
12. How do you rate the Health Spa Service/treatment in this hotel? Good Average Poor 13. How would you rate the price of the Day Spa/ Destination/ Resort/
Hotel/ Medical/Mineral Spring/ Club/Cruise ship and Airport Spa?
Very expensive Reasonable Cheap 14. What the factors that encourage you to take up the Day Spa/
Destination/Resort/Hotel/ Medical/Mineral spring/ Club/ Cruise ship and Airport Spa?
……………………………… 15. How likely are you to buy each of the following products? Please tick (/) your answers. 1 Would not purchase 2 Not likely 3 Somewhat likely 4 Likely 5 Very likely Blitz water jet 1 2 3 4 5
Sauna 1 2 3 4 5
Jacuzzi 1 2 3 4 5
Steam bath 1 2 3 4 5
Mineral bath 1 2 3 4 5
Bath with cool/hot water
1 2 3 4 5
Quick water jet for massaging
1 2 3 4 5
Balneotherapy 1 2 3 4 5
Massage 1 2 3 4 5
Yoga aerobic 1 2 3 4 5
Gym 1 2 3 4 5
Diet program 1 2 3 4 5
Thalassotherapy 1 2 3 4 5
Facial treatment 1 2 3 4 5
Herbal wrap 1 2 3 4 5
16. How important are the following factors in influencing you to experience the spa treatment? Please tick (/) the appropriate answers. 1 Unimportant 2 Of little importance 3 Moderately Important 4 Important 5 Very important Costs/price 1 2 3 4 5
Quality 1 2 3 4 5
Post-graduate Student Department of Urban and Regional Planning Faculty of Built Environment University Technology of Malaysia 81000 Skudai.
SURVEY ON TOURIST PERCEPTION ON WELLNESS TOURISM (SPA)
Design 1 2 3 4 5
Spa advertising 1 2 3 4 5
Favorite/popular treatment
1 2 3 4 5
Modern facilities 1 2 3 4 5
Traditional treatment
1 2 3 4 5
Word of mouth method (i.e friends recommending
1 2 3 4 5
Spa image & its values
1 2 3 4 5
Uniqueness 0 1 2 3 4
Authenticity 0 1 2 3 4
17. How important are the following physical attributes making you choose to experience the spa treatment? 1 Unimportant 2 Of little importance 3 Moderately Important 4 Important 5 Very important Location in or near tourist attraction
1 2 3 4 5
Accommodation (Hotel/transportation)
1 2 3 4 5
Eating or restaurant facilities
1 2 3 4 5
Store with a modern appearance
1 2 3 4 5
Store with a traditional appearance
1 2 3 4 5
Unique/artistic store appearance
1 2 3 4 5
Price of whole spa package (accommodation, treatment and meal)
1 2 3 4 5
Atmosphere of the store
1 2 3 4 5
Service provided by spa destination
1 2 3 4 5
Safety place 1 2 3 4 5
18. Do you usually book a whole package (accommodation, spa treatment and meal) or just a spa treatment?(in other case, if you want to book a spa)
Whole package Spa treatment & accommodation Only spa treatment 19. What makes the spa experience bad? Unskilled therapist Poor Spa ambiance Too expensive 20. What kind of Spa that you ever had before?(you may have more than one answer) Day Spa Destination Spa Resort/Hotel Spa Medical Spa Mineral Spring Spa Club Spa Cruise ship Spa Airport Spa i. Frequency of visit 1 never 2 seldom 3 Occasionally 4 Often 5 Always Day Spa 1 2 3 4 5
Destination Spa 1 2 3 4 5
Resort/Hotel Spa 1 2 3 4 5
Medical Spa 1 2 3 4 5
Mineral Spring Spa 1 2 3 4 5
Club Spa 1 2 3 4 5
Cruise ship Spa 1 2 3 4 5
21. How would you predict the spa market in the future
1 2 3 4 5 Very Bad
Bad Somewhat Good Idea
Very Good
22. What is your suggestion to improve the quality of spa tourism in Malaysia? ..................................................................................................................................
23. Do you have any comment about spa in Malaysia? ..................................................................................................................................
THANK YOU FOR YOUR COOPERATION
• Ahad, 04 Mei 2008 [27 Rabiulakhir 1429]
Ramai keliru istilah spa
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
RASMI: Cha (dua dari kanan) bersama penceramah yang terbabit dalam Iswec yang akan berlangsung
di ibu kota, Julai depan.
Salah faham jadi punca masyarakat pandang serong terhadap perkhidmatan
ditawarkan
BEBERAPA tahun kebelakangan ini mengunjungi spa bukanlah sesuatu yang asing.
Bagi yang berkemampuan ia sudah pun dipadatkan dalam jadual harian, tidak kira
sebagai aktiviti memenuhi masa lapang atau sekadar merehatkan diri pada waktu
terluang selepas penat berkerja.
Kini ia bukan lagi milik wanita, sebaliknya ada pengusaha spa yang menyediakan
khidmat untuk lelaki dengan alasan, lelaki juga perlu tampil serapi wanita. Keadaan
berkenaan menyebabkan spa tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Di mana-mana saja
ada spa, sama ada memenuhi aspirasi spa sebenar atau sebaliknya, tidak ada yang
tahu.
Di sebalik nama berkenaan, ada juga pusat rawatan yang mengambil kesempatan
menyediakan perkhidmatan ‘lain’ tetapi berselindung sebalik pusat spa, menjadikan ada
pihak yang memandang industri berkenaan, kotor dan tidak keterlaluan dikatakan tidak
bermaruah.
Perunding spa, Andrew Jacka, berkata sungguhpun spa membawa pulangan berbilion
ringgit kepada ekonomi negara, hakikatnya masih ramai pengusaha spa yang tidak
mengetahui makna sebenar spa hingga menyebabkan kadangkala pengguna tidak
mendapat manfaat daripada perkhidmatan spa.
Katanya, sekiranya dibandingkan dengan Thailand dan Indonesia, ia jauh lebih baik dan
membangun, hingga negara berkenaan boleh terkenal dengan identiti spa mereka
tersendiri. Malaysia mungkin punyai identiti spa tersendiri, tetapi ia kurang di
komersialkan menjadikan tidak
ramai yang tahu mengenainya.
“Mengusahakan spa bukan
sekadar menyediakan teknik
urutan dan disudahi dengan air
mandian, ia lebih daripada itu.
Hari ini saya melihat banyak
yang mencemarkan nama spa
dengan menyediakan produk
BERPOTENSI: Perniagaan Spa boleh mencapai pulangan berbilion ringgit tetapi masih ada salah
sangka mengenai industri berkenaan.
rawatan spa, atau pun salon rambut yang menyatakan menyediakan rawatan spa untuk
rambut, sedangkan spa dan salon adalah dua jenis rawatan yang berbeza. Ada spa
hotel dan ada spa harian yang punyai fungsi dan sasaran berbeza,” katanya ketika
ditemui baru-baru ini.
Beliau terbabit dalam bidang hospitaliti sejak 1977 dan mula serius dalam sektor spa
pada 1995 lalu. Perunding Horwath Spa di Bangkok, Thailand itu baru-baru ini
menerima anugerah Asia’s Leading Spa Consultancy 2007’ oleh World Travel Awards,
satu anugerah berprestij.
Jacka antara penceramah yang terbabit dalam Pameran dan Persidangan Spa dan
Kesihatan Antarabangsa (Iswec KL), yang akan berlangsung 15 hingga 17 Julai depan
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Antara penceramah lain terbabit dalam
persidangan berkenaan ialah Jacquelina Le Sueur, Vanessa Gay, Carina Chatlani dan
pengerusi penganjur, Donald Cha.
Beliau berkata, pengusaha spa juga perlu tahu di mana sebenarnya operasi mereka
supaya kerja pengembangan operasi dapat berjalan dengan lancar.
Seorang pengusaha Thailand yang membuka spa di ibu kota, yang hanya ingin dikenali
sebagai Wong mengakui menerima sambutan kurang menggalakkan kerana spa masih
dianggap kotor sedangkan beliau menawarkan spa khusus untuk keluarga.
“Di Thailand ia tidak menimbulkan banyak masalah, tetapi di sini masih ada yang salah
anggap terhadap perniagaan ini. Sementara itu di kalangan rakan menyatakan sukar
mendapatkan terapi tempatan,” katanya.
Ada juga kalangan yang hadir pada persidangan berkenaan menyatakan, sukar
menentukan spa mana yang bagus dan begitulah sebaliknya, melainkan mendapat
maklumat menerusi media. Berdasarkan pengalamannya, ada spa yang diklasifikasikan
sebagai terbaik, tetapi rawatan diberikan tidak seperti dijangkakan.
“Saya hanya diberikan rawatan urut dan kemudian mandi herba. Urutan yang dikenakan
pula memenuhi kehendak saya. Apakah makna spa sebenarnya sedangkan ia
mengenakan khidmat ratusan ringgit,” katanya.
Memenuhi matlamat memberikan penerangan dan berbincang mengenai masalah spa
menjadi pemangkin kepada penganjuran Iswec.
Cha berkata, pengusaha spa perlu menghadiri persidangan berkenaan kerana ia bakal
menyingkap bagaimana menghasilkan spa yang membawa pulangan bilion ringgit
daripada penceramah berkaliber.
Cha bergelumang selama 15 tahun mengedar produk kosmetik di Malaysia
bagaimanapun sejak lima tahun kebelakangan ini memberi fokus dalam produk spa.
Spa pertama beliau di Hotel Marriott Putrajaya; Eastin Hotel Petaling Jaya dan Palm
Spa di Palm Garden Hotel, IOI Resort Putrajaya.
Katanya rantau Asia khususnya menghadapi satu kesedaran yang sangat tinggi
terhadap faedah dalam pemupukan satu pendekatan profesional untuk industri berbilion
ringgit yang akan menerajui pertumbuhan dalam sektor pelancongan kesihatan, sektor
hospitaliti dan industri sokongan lain.
“Selaras dengan tema tahun ini iaitu Persidangan Hijau, Iswec akan menyediakan
platform yang ideal untuk ahli profesional sedunia, pencetus aliran dan pihak
penguatkuasa untuk bertemu dan bertukar idea mengenai isu semasa serta
mendefinisikan semula anjakan paradigma baru dan pertumbuhan pesat industri spa
dan kesihatan merentasi Asia Pasifik.
“Antara topik dibincangkan termasuklah mendefinisikan fungsi seorang pengurus spa
dan juruterapi spa selain memupuk pertumbuhan perniagaan. Pada masa sama acara
berkenaan turut memberi peluang kepada pengusaha mengetengahkan produk
menerusi pameran diadakan nanti,” katanya.
Jelasnya, pelabur korporat, pembuat keputusan, pemilik salon dan individu terbabit
dalam dunia spa perlu mengetahui rahsia serta panduan daripada penceramah yang
mempunyai puluhan tahun dalam bidang berkenaan.
Maklumat lanjut mengenai Iswec boleh menghubungi talian 03-8023 0820.
Disember 29, 2007 -Sabtu
PESTA SPA DIBUKA DI KUALA LUMPUR - JUMLAH SPA DI MALAYSIA DIJANGKA BERGANDA DUA MENJELANG TAHUN 2010
Friday 30/11/2007
Kuala Lumpur, 30 Nov – Pesta Spa Dan Kesejahteraan Asia 2007, Acara Spa Terbesar Di Asia Dibuka Hari Di Pusat Pameran Mid Valley Sehingga Hari Ahad. Pesta anjuran AIC Exhibitions Sdn Bhd dan Persatuan Hotel Malaysia ini merangkumi pameran spa, persidangan serantau dan Anugerah Spa dan Kesihatan Malaysia 2007. Pameran bertaraf antarabangsa ini disertai oleh lebih
dari 60 syarikat tempatan dan antarabangsa dan mempamerkan barangan serta perkhidmatan spa, kecantikan dan kesihatan. Persidangan serantau pula memperlihatkan 200 peserta yang terdiri dari pengusaha-pengusaha spa dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, India, China, Jepun dan Australia. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Khamsiyah Yeop ketika melancarkan Pesta Spa berkata, “Spa bukan merupakan fenomena yang baru di Malaysia. Kita memiliki tradisi dan warisan ratusan tahun di dalam bidang urut tradisional, mandi bunga dan sebagainya. Cuma, tradisi ini tidak dipromosikan seperti di negara jiran, Indonesia dan Thailand”. Beliau turut menyeru agar lebih ramai usahawan menceburi bidang ini dan menjadikan Malaysia destinasi spa serantau. Pengerusi Pesta Spa, William Ng pula berharap kerajaan dapat menubuhkan satu agensi pusat untuk memantau dan mempromosikan
Majlis Pelancaran Pesta Spa Dan
Kesejahteraan Asia 2007 oleh YAB Dato' Khamsiah Yeop
spa dan urut tradisional. Kata beliau, “Buat masa ini, penguasaha spa menghadapi banyak tentangan dari segi birokrasi, termasuk permohonan lesen, pekerja spa tempatan dan asing, promosi dan sebagainya. Kita berharap kerajaan, terutamanya pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat lebih memahami konsep dan peranan spa, dan tidak menggolongkan semua spa sebagai tempat menjalankan maksiat.” William menambah, “Spa bukan sahaja merupakan halatuju masa depan, malah merupakan komponen penting di dalam industri pelancongan, di samping mampu menjana pertukaran wang asing untuk negara dan menawarkan ribuan pekerjaan kepada rakyat.” Pameran dibuka dari 10 pagi hingga 6 petang setiap hari sehingga Ahad ini. Masuk adalah percuma. Untuk keterangan lanjut layari www.asiaspafestival.com.