Top Banner
19

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

Apr 05, 2019

Download

Documents

dangcong
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus
Page 2: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

i

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM MELAKSANAKAN

TEKNIK MENGESAN KERANGKA ALTERNATIF

GUNASUNDARY A/P SINNASAMY

Tesis ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

Fakulti Pendididkan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2006

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

ii

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

iii

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

iv

DEDIKASI

Istimewa buat

Ibuku yang disayangi

yang sentiasa mendoakan kejayaanku

Bapaku yang disanjungi

yang sentiasa tidak jemu memberi semangat baru

Dengan berkat restu kedua-dua orang tuaku

Dengan erti sebenar sebuah pengorbanan

yang tidak terhingga nilainya

Kini aku menjadi insan yang berjaya

dan berguna

Suamiku yang tercinta

Sokongan, dorongan dan

keperihatinanmu,

tidak terkata

kejayaanku adalah kejayaanmu jua

tidak akan ku lupakanmu sehingga hujung nyawa

Rakan-rakan seperjuanganku

yang dikasihi

Aina Fariza binti Md. Zin

yang menjadi penyumbang utama hasil penulisanku

Aina kau erti sebenar kawan baik ku

Shalom a/l Nagaratnam dan Lee Hong Huat

tunjuk ajar dan pertolonganmu

Akan sentiasa ku hargai selama-lamanya

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

v

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu ingin saya berterima kasih dan bersyukur terhadap tuhan yang

telah melimpahkan kurnia dan rahmatnya bagi memudahkan segala proses yang terlibat

dalam kajian ini.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khasnya kepada pensyarah

pembimbing saya, Profesor Madya Dr. Abu Hassan bin Kassim yang saya hormati dan

kagumi, yang telah banyak memberi motivasi serta telah berusaha bersungguh-sungguh

memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak ternilai pada diri saya dalam menyiapkan

kajian yang lengkap dan sempurna ini.

Seterusnya rakaman setinggi-tinggi terima kasih kepada Kementerian Pelajaran

Malaysia, pengetua-pengetua dan guru-guru yang terlibat di atas kerjasama yang

diberikan dalam menjayakan kajian ini.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan dan semua yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung sepanjang kajian ini dijalankan.

Semoga tuhan memberkati hasil usaha kita.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap

teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus kajian adalah beberapa teknik

mengesan kerangka alternatif pelajar iaitu melibatkan aspek pemetaan konsep, ramalan-

pemerhatian-penjelasan, melukis dan penghasilan soalan. Seramai 120 orang pelajar dari

dua buah sekolah menengah dalam daerah Kulai, Johor dipilih secara rawak kelompok,

telah dilibatkan dalam kajian. Satu set soal selidik yang terbahagi pada dua digunakan

sebagai instrumen kajian. Bahagian A (maklumat latar belakang responden) dan

Bahagian B mengandungi 30 item berkaitan persepsi pelajar terhadap guru kimia dalam

melaksanakan teknik mengesan kerangka alternatif. Data-data yang diperolehi dianalisis

secara manual dengan mengira kekerapan dan peratusan. Tahap pelaksanaan guru kimia

terhadap teknik mengesan kerangka alternatif ditentukan berasaskan nilai mod. Hasil

kajian menunjukkan tahap pelaksanaan guru terhadap teknik mengesan kerangka

alternatif adalah lemah. Dapatan kajian juga menunjukkan guru gagal menguji

pengetahuan sedia ada pelajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Beberapa

implikasi dapatan kajian dibincangkan, batas kajian serta cadangan untuk kajian lanjutan

dikemukakan.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

vii

ABSTRACT

The purpose of this research was to investigate the level of implementation of

several techniques to detect students ‘alternative framework’ by chemistry teachers. The

research focused on appropriate techniques that can be implant to detect students

‘alternative framework’ such as concept mapping, prediction-observation-explanation,

drawing and questions production. 120 students, randomly selected from 2 secondary

schools in the district of Kulai, were involved in this research. One set of questionnaire

consists of two parts which is used as a research instrument. Part A (respondents

personal details) and Part B contains 30 items students perception towards chemistry

teachers in implement several techniques to detect students ‘alternative framework’, was

gave to respondents. The data was analysis manually by calculating the frequency and

percentage. The level of implementation of several techniques to detect students

‘alternative framework’ are determined based on mod. The results showed that the

teachers were failed in appraised students ‘alternative framework’ Teachers gave less

concentration in student former knowledge before stat the lesson. Some implications of

the findings are suggested, limitations are cited and some suggestion for further research

were put forward.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

viii

KANDUNGAN

muka surat

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang masalah 3

1.3 Pernyataan masalah 5

1.4 Objektif kajian 7

1.5 Rasional dan kepentingan kajian 7

1.6 Skop kajian 8

1.7 Batasan kajian 9

1.8 Definisi istilah 9

1.8.1 Konsep 10

1.8.2 Kerangka alternatif 10

1.8.3 Kimia 11

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

ix

BAB II SOROTAN PENULISAN muka surat

2.1 Pengenalan 12

2.2 Faktor yang menyebabkan pemahamn konsep tidak selari 12

2.2.1 Bahasa harian dan pengalaman harian 13

2.2.2 Strategi pengajaran yang tidak berkesan 13

2.3 Kerangka alternatif 15

2.4 Kajian berkaitan dengan masalah kerangka alternatif pelajar 16

2.5 Teknik mengenal pasti kerangka alternatif pelajar 17

2.5.1 Kaedah pemetaan konsep 18

2.5.2 Kaedah ramalan, pemerhatian dan penerangan (POE) 19

2.5.3 Kaedah melukis 20

2.5.4 Kaedah penghasilan soalan 21

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 22

3.2 Rekabentuk kajian 22

3.3 Populasi dan sampel kajian 23

3.4 Instrumen kajian 23

3.5 Prosedur kajian 24

3.6 Kajian rintis 25

3.7 Analisis data 26

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

x

BAB IV ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN HASIL muka surat

4.1 Pendahuluan 28

4.2 Analisis data 28

4.2.1 Latar belakang responden 29

4.2.2 Persepsi pelajar terhadap guru kimia dalam melaksankan 29

teknik mengesan kerangka alernatif

4.2.2.1 Menguji pengetahuan sedia ada 31

4.2.2.2 Teknik pemetaan konsep 32

4.2.2.3 Teknik ramalan-pemerhatian dan penjelasan (POE) 33

4.2.2.4 Teknik melukis 34

4.2.2.5 Teknik penghasilan soalan 35

4.3 Perbincangan hasil 36

4.3.1 Latar belakang responden 36

4.3.2 Maklum balas terhadap teknik mengesan kerangka alternatif 37

4.3.3 Teknik mengesan pengetahuan sedia ada 37

4.3.3.1 Teknik pemetaan konsep 38

4.3.3.2 Teknik ramalan-pemerhatian dan penjelasan (POE) 39

4.3.3.3 Teknik melukis 40

4.3.3.4 Teknik penghasilan soalan 41

4.4 Ringkasan perbincangan 41

BAB V RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN

5.1 Pendahuluan 42

5.2 Rumusan 42

5.3 Implikasi kajian 43

5.4 Cadangan kajian lanjutan 43

Rujukan 45

Lampiran A 47

Lampiran B 52

Lampiran C 53

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

xi

SENARAI JADUAL

muka surat

1.1 Lukisan pelajar mengenai zarah-zarah air dalam 6

keadaan cecair dan gas

3.1 Taburan soalan soal selidik berdasarkan jenis-jenis 24

kaedah mengesan kerangka alternatif pelajar

3.2 Penilaian rujukan kriteria gred 27

4.1 Maklumat latar belakang responden 29

4.2 Taburan kekerapan (dan peratusan) responden terhadap tahap 31

pelaksanaan aspek berkaitan menguji pengetahuan sedia ada pelajar

4.3 Taburan kekerapan (dan peratusan) responden terhadap tahap 32

pelaksanaan aspek berkaitan teknik pemetaan konsep

4.4 Taburan kekerapan (dan peratusan) responden terhadap tahap 33

pelaksanaan aspek berkaitan ramalan-pemerhatian dan penjelasan (POE)

4.5 Taburan kekerapan (dan peratusan) responden terhadap tahap 34

pelaksanaan aspek berkaitan melukis

4.6 Taburan kekerapan (dan peratusan) responden terhadap tahap 35

pelaksanaan aspek berkaitan penghasilan soalan

4.7 Mod skor (peratusan) bagi setiap aspek kajian 36

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kurikulum kimia yang baru mencadangkan beberapa pendekatan pengajaran

yang dapat membantu pemahaman pelajar, selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Sains Negara. Proses terkini bertujuan bagi

menyahut cabaran perkembangan sains dan teknologi. Pendekatan yang terlibat adalah

proses pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran, secara bersepadu dengan

mengambil kira serta memanfaatkan kecerdasan pelajar yang pelbagai (Abu Hassan,

1998).

Cadangan yang dikemukakan bagi aktiviti pembelajaran mengutamakan

pembelajaran yang mampu mendorong pelajar berfikir dan perkembangan minda.

Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui pendekatan seperti inkuiri, sains teknologi

dan masyarakat, pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan

pembelajaran bermakna (Abu Hassan, 1998).

Pendekatan konstruktivisme menekankan pembelajaran bermakna terhasil jika

pelajar terlibat secara aktif untuk mengadaptasikan konsep yang sedia wujud dalam

minda bagi menghadapi suatu situasi yang baru. Proses ini menyebabkan pelajar akan

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

2

menstruktur balik konsep asal yang dipegang, sama ada dengan cara mengubahsuai atau

membuang konsep (asal) tersebut. Kemungkinan persepsi seseorang pelajar mengenai

sesuatu konsep adalah selaras (sama). Pengetahuan yang diperolehi seseorang pelajar

tentang fenomena alam melalui pengalaman harian dikenali sebagai kerangka alternatif

(Abu Hassan, 1998). Kerangka alternatif yang diperolehi oleh pelajar tentang alam

semulajadi berdasarkan pengalaman sendiri, di mana mungkin tidak selaras dengan idea

sains adalah sangat kukuh dalam minda pelajar (Poh, 1997). Fahaman kebanyakan

pelajar mengenai sesuatu konsep kimia hanyalah di peringkat luaran sahaja, tidak

melibatkan pengertian yang sebenar. Pelajar mungkin berkebolehan menggunakan istilah

yang abstrak (misalnya, mol dan atom) dengan mudah, tetapi malangnya fahaman

sebenar mengenai istilah tersebut sangat kabur atau tidak jelas (Abu Hassan, 1998).

Ramai di kalangan pelajar boleh menggunakan istilah-istilah tenaga, haba,

dibebaskan, tindak balas, eksotermik dengan baik sama ada secara lisan atau tulisan,

tetapi kemungkinan mereka tidak memahami maksud setiap perkataan secara

konsepsual. Pernyataan seperti, “Apabila tenaga haba dibebaskan, tindak balas tersebut

dikenali sebagai tindak balas “eksotermik” adalah sukar difahami secara konsepsual oleh

ramai pelajar. Bermakna, pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar adalah secara

hafalan, bukannya pemahaman konsep sebenar. Justeru, guru perlu sensitif terhadap

masalah kerangka alternatif pelajar. Kerangka alternatif boleh diperbaiki kea rah konsep

kimia (sains) yang formal dengan strategi dan teknik yang betul. Sebenarnya apa yang

berlaku adalah bukannya salah konsep tetapi pelajar mempunyai idea yang berlainan

atau bercanggah daripada apa yang difahami oleh ahli sains (Abu Hassan, 1998).

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

3

1.2 Latar belakang masalah

Pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik digunakan oleh guru dalam

proses pengajaran supaya suatu hasil pembelajaran yang bermakna diperolehi. Namun

segala usaha-usaha yang disalurkan didapati tidak mencukupi dalam mempengaruhi

aktiviti mental seseorang pelajar dalam memahami konsep kimia yang sebenar. Masih

terdapat golongan pelajar yang kental dengan kerangka alternatif yang dimiliki (Abu

Hassan, 1998). Tugas untuk mengubahkan konsep awal yang dipegang oleh seseorang

adalah sangat sukar dan hanya dapat dilakukan oleh guru yang berpengetahuan dan

berpengalaman dalam mengenal pasti kewujudan kerangka alternatif pelajar.

Sebelum memulakan sesuatu pengajaran, apakah persediaan guru dalam menguji

pengetahuan sedia ada pelajar?, Apakah teknik-teknik yang digunakan? Melalui menguji

pengetahuan sedia ada pelajar, sebarang bentuk kerangka alternatif yang bercanggah

mahupun tidak bercanggah dapat dikenal pasti (Abu Hassan, 1998). Jika terdapat

sebarang percanggahan konsep di kalangan pelajar sewaktu meguji pengetahuan sedia

ada, guru perlu mengambil tindakan segera untuk mengubahsuaikan fahaman tersebut ke

arah kerangka kimia (sains).

Sebelum mengambil sebarang tindakan, guru harus guru harus mengetahui

dahulu apakah sebenarnya dalam minda pelajar mengenai sesuatu konsep.

Bagaimanakah cara memperkenalkan konsep baru dan mempastikan konsep lama tidak

dilupai? Masalah ini bukan sahaja bergantung kepada pelajar tetapi guru juga

memainkan peranan penting bagi memperkenalkan konsep baru agar ia mudah difahami.

Guru perlu melibatkan pelajar dengan aktiviti yang dirancangkan secara aktif supaya

pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Guru selalu menghadapi masalah berkaitan dengan pelajar yang tidak memahami

atau kurang jelas tentang sesuatu konsep kimia yang diajar. Masalah ini sekiranya tidak

diatasi dengan segera akan menyebabkan pelajar kurang meminati subjek kimia.

Akibatnya, mereka akan gagal memperolehi pencapaian yang baik dalam peperiksaan

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

4

kerana mereka cenderung belajar secara hafalan (Abu Hassan, 1998). Sehubungan ini,

guru perlu memilih isi pelajaran yang sesuai, memahami operasi mental pelajar dan

perlu menyedari bagaimanakah pengetahuan terdahulu yang sedia wujud dalam minda

pelajar dapat membantu proses pembelajaran.

Sesuatu konsep yang salah itu terbentuk melalui pengalaman dan penggunaan

harian. Walaupun pelajar telah diajar teori dan konsep yang betul, namun kerangka

alternatif pelajar sukar diubah oleh guru kimia. Kerangka alternatif mungkin terbentuk

dan kekal dalam minda pelajar akibat daripada bahasa harian yang kurang tepat

digunakan bagi menerangkan konsep sebenar sains (Solomon, 1983) Guru perlu

mengesan pengetahuan sedia ada pelajar sebelum melaksanakan teknik-teknik yang

sesuai bagi mengatasi masalah kerangka alternatif jika wujud (Abu Hassan, 1998). Guru

boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran selepas mengenal pasti

kerangka alternatif pelajar . Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru

bagi mengenal pasti kewujudan kerangka alternatif pelajar, antaranya:

i) Pemetaan konsep,

ii) Ramalan, pemerhatian dan penjelasan,

iii) Temubual mengenai contoh dan kejadian,

iv) Temubual mengenai konsep,

v) Melukis,

vi) Perkaitan perkataan dan

vii) Penghasilan soalan

(Abu Hassan, 2000)

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

5

1.3 Pernyataan masalah

Sejauh manakah perlaksanaan Kurikulum Kimia KBSM yang disemak semula

memberi kesan terhadap proses pembelajaran pelajar?. Meskipun guru kimia begitu

prihatin terhadap pemahaman ‘idea asas’ kimia, banyak hasil kajian menunjukkan

konsep asas yang dimiliki pelajar adalah terlalu ‘kabur dan samar’ dan mereka tidak

cekap menguasai beberapa kemahiran asas yang diperlukan (Abu Hassan, 2003). Pelajar

menghadapi kesukaran untuk menggunakan idea asas yang dipelajari di bilik darjah

dalam kehidupan seharian.

Hasil tinjauan yang telah dilakukan oleh bahagian kurikulum, Jabatan Pelajaran

Negeri Johor Darul Takzim pada tahun 2000 yang lalu mendapati guru-guru kimia perlu

memikirkan apa yang menyebabkan begitu ramai di kalangan pelajar lemah dalam

memahami konsep kimia yang dipelajari. Kelemahan memahami konsep kimia

menyebabkan sebahagian pelajar gagal dalam mata pelajaran kimia. Justeru, guru kimia

harus mula bertindak dengan menggunakan teknik-teknik tertentu yang membataskan

pembelajaran yang berkesan.

Hasil kajian ke atas pelajar sekolah menengah di negeri Johor Darul Takzim oleh

Zainudin (1999) mendapati kebanyakkan pelajar menggunakan idea alternatif untuk

menjawab soalan-soalan berkenaan dengan konsep teori kinetik jirim sebagiamana yang

ditunjukkan dalam Jadual 1.1.

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

6

Jadual 1.1: Bilangan (peratus) pelajar yang melukis mengenai zarah-zarah dalam keadaan cecair dan gas

Tingkatan Idea

Tingkatan 4 n = 50

Tingkatan 5 n = 50

Lukisan menggunakan idea sains 15 (30) 14 (28) Lukisan menggunakan idea makro 2 (4) 3 (6) Lukisan menggunakan idea alternatif

saiz zarah bertambah bilangan zarah bertambah

bilangan zarah berkurang

zarah tertumpu di bahagian

atas kedudukan zarah seperti

kismis dalam kek

25 (50)

4 (8)

2 (4)

38 (76)

3 (6)

38 (76)

37 (74)

3 (6)

3 (6)

33 (66)

2 (4)

3 (66)

Dapatan kajian jelas menunjukkan ramai di kalangan pelajar menggunakan idea-

idea alternatif bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan. Antara idea alternatif yang

diberikan ialah:

a) Saiz zarah bertambah besar kerana zarah air akan mengembang apabila

dikenakan tenaga haba ke atasnya.

b) Bilangan zarah bertambah dengan banyaknya kerana apabila suhu

meningkat zarah air mengembang dan akhirnya terpecah.

c) Zarah tertumpu di bahagian tertentu bekas kerana apabila jirim berubah

bentuk dari fasa cecair ke fasa gas, zarah-zarahnya menjadi kurang

tumpat dan berkumpul di bahagian atas bekas.

d) Zarah seperti kismis dalam kek.

Satu kajian harus dijalankan ke atas corak pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan oleh guru kimia. Kajian ini perlu bagi mengetahui sejauh mana guru

memahami aktiviti mental pelajar terhadap konsep awal yang di bawa ke dalam bilik

darjah. Sehubungan ini, guru harus menilai pengetahuan sedia ada sebelum

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU KIMIA DALAM … · Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan guru kimia terhadap teknik-teknik mengesan kerangka alternatif pelajar. Fokus

7

melaksanakan kaedah mengesan kerangka alternatif yang sesuai. Kajian ini perlu kerana

mengikut teori konstruktivisme, pembelajaran bermakna hanya akan berlaku jika pelajar

mempunyai pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang berkaitan dengan apa yang

hendak dipelajari. Pengunaan kaedah-kaedah tertentu dapat mengubah idea sedia ada

pelajar yang bercanggah dengan idea saintifik. Hanya guru kimia sahaja dapat membetul

dan membantu pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep sainsyang sebenar

1.4 Objektif kajian

Secara umum, kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap

guru kimia dalam melaksanakan teknik mengesan kerangka alternatif pelajar semasa

proses pengajaran dan pembelajaran kimia di dalam bilik darjah.

Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti semasa proses

pengajaran dan pembelajaran guru:

i) Menguji pengetahuan sedia ada pelajar sebelum memulakan pengajaran

ii) Melaksanakan teknik pemetaan konsep

iii) Melaksanakan teknik ramalan, pemerhatian dan penjelasan (POE)

iv) Melaksanakan teknik melukis

v) Melaksanakan teknik penghasilan soalan