Top Banner
25

PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

Jun 30, 2018

Download

Documents

trinhngoc
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi
Page 2: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi
Page 3: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA (SPA/E/J/H) TERHADAP

PROGRAM SOKONGAN PEMBELAJARAN

(PENASIHAT AKADEMIK) DI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), SKUDAI, JOHOR.

WAN RAFEAH BINTI WAN ADNAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRlL 2008

Page 4: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

ii

Page 5: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

iii

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya

kajian ini dapat disiapkan . Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W.

yang membawa rahmat ke seluruh alam .

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima

kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penyelia PSM iaitu En. Rosni

Zamuddin Shah Bin Sidek yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan

dalam menyiapkan kajian ini .

Buat suami tercinta, ibu bapa dan keluarga yang dikasihi...terima kasih diatas

dorongan dan semangat yang diberikan untuk saya terus belajar, cekal dan tidak

mudah putus asa sehingga tamat pengajian di UTM dengan jayanya.

Terima kasih juga ditujukan kepada responden tahun 3 SPA/E/J/H sesi

2007/2008 yang memberikan kerjasama yang baik kepada saya .

Akhir sekali ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan projek ini . Wassalam .

Page 6: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

iv

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap program penasihat

akademik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor sepanjang pengajian

mereka di universiti . Antara aspek yang dikaji ialah peranan penasihat akademik,

personaliti yang ada pada seorang penasihat akademik serta masalah yang dihadapi

oleh para pelajar dalam mendapatkan khidmat penasihatan . Seramai 127 responden

mahasiswa dan mahasiswi terdiri dari pelajar tahun tiga yang sedang mengikuti

kursus SPA/E/J/H di Fakulti Pendidikan . Ia telah dipilih secara rawak mudah untuk

dijadikan sebagai responden kajian . Satu set soal selidik yang mengandungi 27 item

telah dikemukakan kepada responden . Maklumat kajian ini telah dikumpulkan

dengan menggunakan instrumen kajian iaitu soal selidik . Kajian rintis menunjukkan

kebolehpercayaan soal selidik pada nilai Alpha Cronbach 0.927 . Dapatan kajian

dianalisis dengan menggunakan ‘Statistical Package For The Sosial Science (SPSS) .

Penganalisian dibuat secara kaedah deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratus,

dan min . Daripada kajian yang dilakukan, secara umumnya didapati program

penasihatan adalah penting dalam usaha membantu para pelajar sepanjang pengajian

mereka di universiti .

Page 7: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

v

ABSTRACT

The research was carried out to investigate student’s perception towards an program

in Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor during their study in university . The

research construct were been studied are the role of academic advisor, the personality

of academic advisor and also the problems that existed in order to get counselling

service . There were 127 respondents from third year students which were from the

course SPA/E/J/H, in Faculty of Education . The surveys were selected by the

researcher . A set of questionnaire which include 27 items were use as the main

instrument for this research . The findings from the preliminary survey showed that

the Alpha Cronbach value for this instrument was at 0.927 . The result was analyzed

using Statistical Package For the Social Science (SPSS) . After that the analysis was

done by descriptive method in frequency, percentage and mean . With this research,

it is shown that generally the counselling program is important in order to assist

students during their studies in university .

Page 8: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN

JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vi– ix

SENARAI LAMPIRAN x

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 6

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Rasional Kajian 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Operasional 10

1.8.1 Program 10

1.8.2 Persepsi 10

Page 9: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

vii

1.8.3 Pelajar – Pelajar Pendidikan Tahun Tiga

10

1.8.4 Penasihat Akademik 11

1.9 Penutup 11

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 12

2.1 Penubuhan Penasihat Akademik di

Universiti

13

2.1.1 Konsep Penasihat Akademik 14

2.1.2 Maksud Penasihat Akademik 14

2.2 Peranan Penasihat Akademik 15

2.2.1 Peranan Pelajar 15

2.2.2 Perkhidmatan Penasihat Akademik

di Universiti

15

2.2.3 Program Penasihat Akademik di

Universiti

16

2.2.4 Komponen Bimbingan 17

2.2.5 Ciri Remaja 17

2.2.6 Pencapaian Akademik Pelajar 18

2.2.7 Tugas dan Tanggungjawab

Penasihat Akademik

19

2.3 Kajian–Kajian Lepas Tentang Penasihat

Akademik

20

2.4 Kesimpulan 22

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 23

3.1 Rekabentuk Kajian 23

3.2 Tempat Kajian 24

3.3 Populasi dan Sampel 24

3.4 Instrumen Kajian 25

Page 10: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

viii

3.4.1 Pembinaan Soal Selidik 26

3.5 Kajian Rintis 28

3.6 Prosedur Kajian 29

3.7 Kaedah Analisis Data 30

3.8 Jangka Masa Kajian 31

3.9 Kesimpulan 32

BAB IV ANALISA DATA

4.0 Pengenalan 33

4.2 Analisis Data Bahagian A 34

4.3 Analisis Data Bahagian B 37

4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 37

4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 41

4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 44

4.4 Analisa Keseluruhan 47

4.5 Kesimpulan 48

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 49

5.1 Rumusan 50

5.2 Perbincangan 51

5.2.1 Persepsi Pelajar terhadap Peranan

Penasihat Akademik

52

5.2.2 Persepsi Pelajar Terhadap

Personaliti Penasihat Akademik

53

5.2.3 Masalah Yang Dihadapi Untuk

Mendapatkan Khidmat

Penasihatan

54

5.3 Kesimpulan 55

5.4 Cadangan Tindakan 56

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 57

Page 11: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

ix

5.6 Penutup 57

RUJUKAN 59

LAMPIRAN

A Borang Soal Selidik 62

B Surat Pengesahan Soal Selidik 66

C Surat Mohon Kesahan Isi Kandungan

Instrumen Kajian

68

D Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan

Populasi Krejcie dan Morgan (1970)

69

Page 12: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

x

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 62 - 65

B Surat Pengesahan Soal Selidik 66

C Surat Mohon Kesahan Isi Kandungan

Instrumen Kajian 68

D Jadual Penentuan Saiz Sampel 69

Berdasarkan Populasi Krejcie dan

Morgan (1970)

Page 13: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

xi

SENARAI JADUAL

NO. JUDUL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Item–Item Soal Selidik 27

3.2 Skala Likert 28

3.3 Skala Pengukuran Nilai Min 31

3.4 Skala Pengukuran Nilai Peratus 31

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 34

4.2 Taburan Responden Mengikut Keturunan 34

4.3 Taburan Reponden Mengikut Kursus 35

4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 35

4.5 Taburan Responden Mengikut CGPA 36

4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus dan

Min Menerangkan Dapatan Bagi Persoalan

Kajian 1 37

4.7 Taburan Responden Mengikut Peratus dan

Min Menerangkan Dapatan Bagi Persoalan

Kajian 2 41

4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus dan

Min Menerangkan Dapatan Bagi Persoalan

Kajian 3 44

4.9 Analisis Keseluruhan Mengikut Persoalan Kajian 47

Page 14: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

xii

SENARAI SINGKATAN

CGPA - Cumulative Grade Point Average

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PSM - Projek Sarjana Muda

RM8 - Rancangan Malaysia Ke-8

SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPM - Sijil Pengajian Malaysia

SPSS - Statistical Package For The Sosial Science

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

% - Peratus

Page 15: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan adalah elemen terpenting pembangunan negara . Sejak mencapai

kemerdekaan hingga sekarang kerajaan telah memberi tumpuan yang utama dan

peruntukan yang besar untuk pembangunan pendidikan . Ini adalah kerana pendidikan

telah memberi sumbangan yang sangat bernilai kepada pembangunan sosial, ekonomi dan

politik negara . Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Malaysia, sama ada dari

pembangunan insaniah atau kemajuan dalam era teknologi, mencapai tahap yang

membanggakan ini adalah dari dasar dan polisi pendidikan yang pragmatik, bagi mencapai

matlamat dan wawasan negara .

Pembangunan pembelajaran seseorang individu terutamanya pelajar tidak boleh

dibangunkan secara menyeluruh menggunakan program pembangunan formal semata-

mata. Pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar didedahkan kepada suasana sebenar

dimana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari akan dapat diaplikasikan secara

praktikal (Rogayah Abd Rahman, 2002) .

Menurut Semudram (1989), pendidikan menjadi nadi atau keutamaan dan bahan

utama untuk perkembangan dalam teknologi. Sistem pendidikan yang baik bukan sahaja

Page 16: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

2

memberi peluang untuk mengejar negara maju malah ia juga menyediakan satu

persekitaran ‘to transplant and adapt’ . Menurut beliau lagi, pelaburan dalam pendidikan

akan memberi faedah kepada peningkatan kualiti buruh, mobiliti buruh, keupayaan

keusahawanan dan kadar penyertaan buruh yang tinggi .

Menurut Mehmet (1987) pula, pendidikan khususnya pengajian tinggi, sudah lama

dihargai oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia sebagai cara terbaik untuk mencapai

mobiliti ke atas diri dari segi ekonomi dan sosial . Rakyat mengharapkan pelajaran sebagai

jalan keluar dari belenggu kemiskinan dan kemunduran .

Sehingga 2007, Malaysia kini memiliki 14 buah Institut Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) dan lebih 601 buah Institut Pengajian Tinggj Swasta (IPTS) bagi menampung

keperluan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran

Malaysia (STPM) untuk melanjutkan pelajaran mereka . Institusi pengajian tinggi

mengambil kemasukan pelajar ke universiti tempatan mahupun swasta dan para pelajar

berpusu-pusu untuk mendapatkan tempat di universiti terutamanya di universiti awam

kerana kos lebih murah dan pelbagai kursus ditawarkan . Laporan statistik menunjukkan

jumlah siswazah daripada universiti dan institusi pengajian tinggi meningkat setiap tahun.

Statistik Rancangan Malaysia Kelapan (RM8) untuk tempoh 2001-2005 menunjukkan

siswazah daripada bidang-bidang sastera, sains dan teknikal akan meningkat daripada

136,003 orang (antara tahun 1996-2000) kepada 292, 378 orang dalam tempoh 2001

hingga 2005 . Bidang sastera yang terdiri daripada sastera, kemanusiaan, ekonomi,

perniagaan dan undang-undang meningkat daripada 78, 433 orang (1996-2000) kepada

134,764 orang dalam tempoh 2001-2005 . Bidang sains yang meliputi perubatan, pergigian

pertanian, sains tulen dan berkaitan meningkat daripada 34, 805 siswazah (1996-2000)

kepada 91,607 siswazah pada tahun 2001-2005 . Sementara bidang teknikal yang

merangkumi kejuruteraan, senibina, perancangan bandar dan ukur serta lain-lain bidang

berkaitan, siswazahnya bertambah daripada 22,765 orang untuk tempoh 1996-2000 kepada

66,007 orang untuk tempoh 2001-2005 . (Mohamad Yahya, 2000)

Secara rasional, setiap pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza-beza dalam

pelbagai aspek, contohnya tempat tinggal, keluarga dan kedudukan ekonomi . Ada pelajar

yang tinggal di bandar dan ada yang tinggal di kampung . Perbezaan juga wujud dari segi

Page 17: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

3

adat kebiasaan mereka, dialog bahasa yang digunakan dan pelbagai lagi . Mereka ini

adalah orang yang berada di universiti untuk menimba ilmu pengetahuan . Universiti

sebenarnya merupakan institusi pelengkap kepada pendidikan yang berlaku di rumah dan

di sekolah . Pendidikan anak-anak bermula di rumah dimana guru pertama mereka adalah

ibu dan ayah kepada anak-anak tersebut . Daripada ibu bapalah anak-anak mempelajari

bahasa dan nilai-nilai dalam kehidupan. Ibu bapalah juga yang melatih dan mendidik anak-

anak supaya dapat menerima nilai-nilai masyarakat sekelilingnya .

Di zaman persekolahan guru kelas yang akan memantau pekembangan diri pelajar-

pelajarnya dari segi pelajaran . Guru kelas akan melihat peningkatan atau penurunan

markah ujian . Bagi pelajar yang bermasalah dalam pelajaran, guru kelas akan membantu

supaya pelajar tersebut tidak terkandas . Kerjasama antara guru sekolah dan ibu bapa

memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah diri dari sudut kecemerlangan

kurikulum mahupun ko-kurikulum di sekolah .

Setelah melangkahkan kaki ke institusi pengajian tinggi, perubahan yang drastik

berlaku dimana sebahagian besar mereka tidak lagi dipantau oleh ibubapa ataupun guru .

Para pensyarah di universiti pula tidak boleh disamakan dengan guru pada zaman

persekolahan dahulu . Bilangan pelajar yang ramai di universiti dan mustahil untuk

pensyarah melihat keadaan para pelajar . Maka, dengan itu sistem penasihat akademik

memainkan peranan yang amat besar dengan harapan dapat meninjau keadaan para pelajar.

Sistem pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di universiti amat berbeza

dengan sistem pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah . Di sekolah,

guru berfungsi sebagai pengajar dan pembimbing yang memberi segala maklumat dan

nota-nota yang berkaitan dengan sesuatu pengajaran yang dilakukan . Menurut Norlaili

Sapan (2002), pelajar selalu bersifat sebagai pendengar dan menyalin nota-nota yang

diberikan oleh guru . Di sekolah juga, pengajarannya adalah berorientasikan peperiksaan di

mana pelajar belajar untuk menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR),

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mahupun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) .

Berlainan pula dengan sistem pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di

universiti yang menuntut pelajar untuk mencari maklumat mengenai sesuatu pengajaran

Page 18: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

4

yang diajar oleh seseorang pensyarah . Menurut Norlaili Sapan (2002), sekiranya pelajar

rajin mencari maklumat sama ada melalui buku-buku yang telah dicadangkan atau internet,

maka banyaklah input yang akan diperolehi dan memantapkan lagi pengetahuan pelajar

mengenai subjek tersebut . Ini adalah kerana pensyarah tidak akan memberi segala

maklumat kerana pembelajaran di universiti mengalakkan pelajar mencari maklumat

sendiri bukannya ‘disuap’ dengan nota-nota yang diberikan oleh pengajar .

Konsep pembelajaran adalah aktiviti yang membawa kepada perubahan seperti

yang dibawa oleh proses kematangan . Proses biologi yang bersifat semulajadi sudah

mempelajari bermakna bahawa pelajar telah sampai ke tingkat tertentu iaitu pelajar telah

mengetahui atau menguasai, menyedari, memahami dan dapat menerangkan sesuatu yang

sebelumnya tidak diketahui olehnya . Apa yang mungkin dicapai dan dikuasai oleh

seseorang melalui pembelajaran yang luas sangat banyak seperti menguasai maklumat,

fakta, prinsip, konsep, kepercayaan, kebiasaan, sikap dan kemahiran . Menurut Norlaili

Sapan (2002), banyak jenis aktiviti dalam pembelajaran boleh dijalankan termasuklah

menghafal, membaca, menulis, melihat, mendengar, melukis, berbincang dan berfikir .

Pembelajaran tidak boleh dianggap sebagai satu aktiviti sahaja tetapi konsep pembelajaran

seperti itu perlu digunakan dan diperlukan oleh pelajar-pelajar universiti .

Menurut Abu Zahari Abu Bakar (1992) yang dipetik daripada Ma Chau Wai

(2001), pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan

kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran

berlaku sepanjang hayat bermula sebaik sahaja dilahirkan . Pembelajaran bukan setakat

merangkumi nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman tetapi juga dipengaruhi oleh

pembelajaran . Pembelajaran boleh membawa perubahan pada diri seseorang sama ada

perubahan ke arah kebaikan atau pun keburukan .

Sistem pembelajaran di universiti jauh berbeza dengan sistem persekolahan .

Mungkin ada dikalangan para pelajar yang menghadapi konflik semasa berada di kampus.

Oleh itu, pihak universiti telah meletakkan beberapa orang pelajar di bawah seorang

penasihat akademik bagi membantu para pelajar berkaitan hal akademik mahupun peribadi.

Page 19: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

5

Sistem penasihat akademik merupakan satu sistem yang meletakkan seseorang

pelajar di institusi pengajian tinggi dibawah bimbingan seorang pegawai akademik

sepanjang tempoh pengajiannya . Pegawai ini digelar penasihat akademik dan ianya

merupakan penasihat merangkap sahabat kepada pelajar . Sistem penasihat akademik juga

adalah satu susunan hubungan mentor-mentee (pengajar-pelajar) bagi tujuan menimbulkan

rasa tenteram dikalangan pelajar, yakin diri dan bermotivasi untuk belajar sehingga

akhirnya pelajar mencapai kejayaan di dalam program pengajiannya (Norlaili Sapan,

2002).

Mentor atau pembimbing itu haruslah mempunyai sifat positif seperti mesra,

menolong, berfikiran terbuka serta bersungguh-sungguh membimbing dan berupaya

menjadi penggerak kepada pelajar-pelajar dan sifat ini dapat membantu pelajar dalam

menangani masalah (Zuraidah Abdul Rahman,1997) . Pembimbing harus peka kepada

perasaan pelajar dibawah penasihatannya dan memahami keperluan mereka di dalam

tempoh penasihatan .

Sistem penasihat akademik di universiti seharusnya digunakan oleh mereka

dimana pelajar digalakkan untuk menggunakan sistem penasihat akademik ini dengan

sepenuhnya . Mereka hendaklah berusaha untuk mendapatkan nasihat, pandangan atau

buah fikiran penasihat akademik jika mempunyai masalah sama ada akademik atau

peribadi serta selalu berbincang tentang perkembangan pelajaran mereka . Pertemuan boleh

diatur pada bila-bila masa yang sesuai sepanjang pengajian pelajar . Perbincangan sesama

pelajar secara kumpulan dengan penasihat akademik juga digalakkan .

Oleh itu, program penasihat akademik dilihat amat perlu diberikan kepada para

pelajar sejak dari tahun satu lagi supaya dapat membantu mereka menyesuaikan diri dalam

keadaan sebenar di universiti serta dapat membimbing mereka dalam menentukan hala tuju

mereka di universiti .

Page 20: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

6

1.1 Latar Belakang Masalah

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa menyediakan pelbagai

program dan rancangan bagi meningkatkan sahsiah pelajar . Selain motivasi daripada

ibubapa dan rakan sebaya, salah satu program yang dijalankan di institusi pengajian tinggi

khususnya di UTM ialah program penasihat akademik . Program penasihat akademik ini

adalah sistem dimana pensyarah-pensyarah bertindak sebagai penasihat akademik . Mereka

berperanan sebagai pusat rujukan oleh para pelajar di bawah jagaannya bagi membimbing

pelajar supaya mengetahui dengan lebih jelas jika terdapat sebarang kemusykilan berkaitan

mata pelajaran yang diambil .

Program ini dilaksanakan sebagai satu kaedah alternatif kepada pelajar dalam

menangani sebarang masalah dalam pembelajaran . Disamping itu juga, pelajar boleh

berkongsi sebarang masalah dalam kehidupan agar dapat mengurangkan tekanan akibat

sesuatu konflik diri, rakan sebaya, pensyarah dan keluarga. Ia juga dapat memupuk

semangat kekeluargaan yang lebih rapat .

Dalam situasi ini, penasihat akademik bertindak sebagai penjaga kepada pelajar

dibawah penasihatannya dimana penasihat akademik bertanggungjawab untuk

mengenalpasti masalah dan membantu dari segi akademik, sosial, emosi, peribadi dan

pembangunan insan atau akhlak mulia . Secara tidak langsung kemajuan akademik pelajar

sentiasa dipantau dan disiplin pelajar dapat dikawal oleh mereka . Disamping itu, ia akan

dapat membina dan menanam sikap positif dalam diri pelajar seperti kuat berusaha, rajin,

sentiasa menghargai masa, mengambil berat tentang pelajaran dan menghargai

pengorbanan kedua ibubapa .

Page 21: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

7

1.2 Pernyataan Masalah

Rentetan daripada latar belakang masalah tersebut penyelidik akan meninjau

persepsi pelajar terhadap program penasihat akademik oleh pihak Universiti Teknologi

Malaysia . Persepsi yang ingin dikaji adalah melibatkan peranan dan personaliti penasihat

akademik serta masalah yang dihadapi pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat

akademik . Sistem penasihat akademik merupakan satu program dimana seorang pelajar

universiti akan diletakkan di bawah bimbingan seorang pegawai akademik yang dikenali

sebagai penasihat bagi para pelajar . Pelajar - pelajar yang memasuki pengajian tinggi ini

kebiasaannya akan menghadapi pelbagai masalah . Namun, dengan adanya penasihat

akademik diharapkan ianya dapat membantu pelajar mengurangkan masalah yang dihadapi

samaada berkaitan akademik mahupun masalah peribadi . Namun begitu terdapat para

pelajar yang tidak mengetahui fungsi dan peranan penasihat akademik tersebut . Malah ada

yang menganggap bahawa penasihat akademik hanya berperanan sebagai penandatangan

untuk mengesahkan borang pendaftaran matapelajaran bagi setiap semester .

1.3 Rasional Kajian

Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi sedikit maklumat penting

dalam menilai kejayaan terhadap program yang dianjurkan pihak universiti . Disamping itu

hasil kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan kayu pengukur didalam merancang dan

melaksanakan program-program yang akan datang . Sebagaimana yang telah dinyatakan,

sesuatu program yang dianjurkan adalah bertujuan untuk meningkatkan potensi pelajar

didalam pembelajaran . Oleh itu segala penyusunan program-program yang diadakan perlu

menjurus ke arah itu . Kajian ini diharap dapat mencari penyelesaian dalam melahirkan

pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam mewujudkan

masyarakat Malaysia yang cemerlang .

Page 22: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

8

1.4 Objektif Kajian

Objektif yang ingin dikaji dalam kajian ini adalah untuk :

1.4.1 Mengenalpasti persepsi pelajar tahun tiga (SPA/E/J/H) terhadap peranan

penasihat akademik mereka .

1.4.2 Mengenalpasti persepsi pelajar tahun tiga (SPA/E/J/H) terhadap personaliti

penasihat akademik di Universiti Teknologi Malaysia .

1.4.3 Mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar tahun tiga (SPA/E/J/H) ketika

mendapatkan perkhidmatan penasihat akademik di Universiti Teknologi

Malaysia .

1.5 Persoalan Kajian

Berikut adalah persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini :

1.5.1 Apakah persepsi pelajar tahun tiga terhadap peranan penasihat akademik di

Universiti Teknologi Malaysia?

1.5.2 Apakah persepsi pelajar tahun tiga terhadap personaliti penasihat

akademik di Universiti Teknologi Malaysia?

1.5.3 Apakah masalah yang dihadapi pelajar ketika mendapatkan perkhidmatan

penasihat akademik ini di Universiti Teknologi Malaysia?

Page 23: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

9

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil dari kajian ini pengkaji berharap dapat:

1.6.1 Mewujudkan kerjasama diantara penasihat akademik UTM dan pelajar

tahun tiga UTM .

1.6.3 Membantu mengenalpasti peranan penasihat akademik dari sudut

pandangan pelajar tahun tiga UTM .

1.6.4 Membantu pihak Jabatan Fakulti Pendidikan UTM untuk memantapkan lagi

konsep penasihat akademik terhadap para pelajarnya .

1.7 Skop Dan Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini tertumpu kepada pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan

Teknika (JPTK) tahun tiga dari kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik),

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) dan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia . Kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi pelajar terhadap peranan,

personaliti penasihat akademik dan masalah yang dihadapi untuk mendapatkan

perkhidmatan penasihat akademik di Universiti Teknologi Malaysia .

Maklumat yang diperolehi adalah terbatas kepada maklum balas yang bertulis

dalam soal selidik oleh pelajar . Segala dapatan adalah bergantung kepada maklumat yang

diberi melalui soal selidik bertulis dan segala keputusan, dapatan hasil daripada kajian

yang dijalankan mungkin tidak dapat memberi generalisasi bagi tempat-tempat lain kerana

maklumat ini hanya terbatas kepada responden-responden yang terdiri daripada pelajar

tahun tiga kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (SPA, SPE, SPJ dan SPH) di

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia sahaja . Skop bagi kajian ini adalah

mengkaji persepsi pelajar - pelajar terhadap program penasihat akademik untuk pelajar

pendidikan tahun tiga .

Page 24: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

10

1.8 Definisi operasional

Terdapat beberapa istilah yang perlu diperjelas bagi menerangkan dengan

lebih tepat terhadap perkara-perkara yang akan dibuat oleh pengkaji .

1.8.1 Program

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), program ialah rancangan yang

menentukan dasar-dasar yang akan dijalankan . Dalam konteks kajian ini, program ialah

suatu pelaksanaan yang dijalankan untuk mencapai sesuatu matlamat .

1.8.2 Persepsi

Ia merupakan proses minda yang membolehkan seseorang itu membaca, mentafsir

dan memahami alam . Persepsi adalah tahap pertama proses berfikir dan diikuti dengan

logik . Dalam konteks ini, ia membawa kepada kesedaran pelajar-pelajar melalui

interpretasi pengalaman dan logik bagi mentafsirkan sesutu perkhidmatan yang berhubung

secara langsung dengan kebajikan mereka . Melalui pengalaman ini, pelajar-pelajar dapat

menentukan penerimaan atau penolakan sesuatu perkara . Persepsi juga membawa erti

gambaran seseorang mengenai sesuatu perkara terhadap kebolehfahaman, pendapat dan

sikap menurut fikiran mengenai isu yang dikemukakan .

1.8.3 Pelajar-pelajar pendidikan tahun tiga

Mengikut kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), pelajar

dimaksudkan orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut maktab dan sebagainya)

untuk itu, pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah pelajar tahun tiga

(SPA/E/J/H) Fakulti Pendidikan yang sedang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai Johor .

1.8.4 Penasihat akademik

Penasihat akademik adalah satu susunan hubungan mentor mentee (pengajar-

pelajar) bagi tujuan menimbulkan rasa tenteram dikalangan pelajar, yakin diri dan

Page 25: PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA … · persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h) terhadap program sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di universiti teknologi

11

bermotivasi untuk belajar sehingga akhirnya pelajar mencapai kejayaan di dalam program

pengajiannya .

Menurut Tuan Baharom Mahmood (2007) dalam makalah penasihat akademik (satu

pandangan peribadi) menyatakan penasihat akademik bermaksud satu saluran perhubungan

yang bersistematik bagi pelajar mendapatkan bimbingan dan nasihat yang berkaitan

dengan hal ehwal akademik dan yang berkaitan dalam usaha untuk melahirkan golongan

pelajar yang cemerlang dan bertanggungjawab .

1.9 Penutup

Dalam bab ini pengkaji telah membahagikan penulisan kepada 8 tangga kecil iaitu

pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian,

kepentingan kajian, skop kajian, dan definisi operasi . Di bawah tajuk pengenalan, pengkaji

meceritakan tentang situasi dan latar belakang para pelajar yang memasuki alam pengajian

tinggi di universiti . Dalam tajuk latarbelakang masalah pula, pengkaji memaparkan

peranan penasihat akademik dalam membantu pelajar dalam pelajaran . Kemudian, di

bawah tajuk pernyataan masalah pengkaji cuba menerangkan kesemua masalah tersebut

kepada satu persoalan iaitu persepsi pelajar pendidikan tahun tiga terhadap program

sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di Universiti Teknologi Malaysia .

Responden untuk kajian ini terdiri daripada pelajar tahun tiga Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Baharu .