PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN BULI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULAI BESAR SITI ZAHIRAH BINTI HALIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR MENGENAI
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN BULI
DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULAI BESAR
SITI ZAHIRAH BINTI HALIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS υ JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2001/2002 Saya SITI ZAHIRAH BINTI HALIM
PERSEPSI PELAJAR MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI PERLAKUAN BULI DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN KULAI BESAR
2007/2008
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(HURUF BESAR)
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
ENCIK MOHAMAD ABDILLAH BIN ROYO
Nama Penyelia
NO 40, KAMPUNG SUNGAI GELUGUR, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.
Tarikh: 28 APRIL 2008 Tarikh: 28 APRIL 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).”
Tandatangan :…………………………................
Nama Penyelia : ENCIK MOHAMAD ABDILLAH BIN ROYO
Tarikh : 28 APRIL 2008
PERSEPSI PELAJAR MENGENAI
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLAKUAN BULI
DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULAI BESAR
SITI ZAHIRAH BINTI HALIM
TESIS INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT
PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN ELEKTRIK)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2008
ii
“Saya akui karya yang bertajuk “Persepsi Pelajar Mengenai Faktor-Faktor yang
Mempengaruhi Perlakuan Buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar”
adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :…………………………................
Nama Penulis : SITI ZAHIRAH BINTI HALIM
Tarikh : 28 APRIL 2008
iii
Dipanjatkan kesyukuran buatNya yang mengizinkan segala sesuatu.....
Untuk ayah dan ibu tercinta,
En. Halim Bakar & Pn. Maliah Omar
Doa, dorongan dan pengorbanan
mengiringi kehidupan dan kejayaanku
Terima Kasih ayah dan ibu.
Untuk Adik-adik yang disayangi,
Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua.
Untuk sahabat handai yang sentiasa disisi,
Terima kasih atas segala pertolongan, nasihat dan dorongan
serta perkongsian suka dan duka bersama.
iv
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah diatas segala rahmat dan limpah kurniaNya tesis ini
dapat disiapkan mengikut jadual yang telah dirancang.
Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia
projek sarjana muda, Encik Mohamad Abdillah bin Royo diatas bimbingan dan
dorongan yang diberikan sepanjang tempoh saya menyiapkan kajian ini. Terima
kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas
segala jasa baik yang telah diberikan.
Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada pihak Sekolah Menengah
Kebangsaan Kulai Besar kerana telah memberikan kerjasama untuk saya
menjalankan kajian ini.
Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada individu yang terlibat sama
ada secara langsung atai tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Semoga Allah
S.W.T membalas segala bantuan yang telah dihulurkan.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelajar mengenai faktor-faktor
yang mempengaruhi perlakuan buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.
Faktor yang dikaji adalah dari aspek diri pelajar, keluarga, persekitaran, persekolahan
dan rakan sebaya. Seramai 132 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kulai Besar dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan set borang soal selidik (α = 0.806) yang terbahagi
kepada dua bahagian. Data dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical
Package For Social Sciences (SPSS) versi 12.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan,
peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor diri pelajar,
keluarga, persekitaran dan persekolahan berada pada tahap sederhana dalam
mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar. Walaubagaimanapun, faktor rakan
sebaya berada pada tahap tinggi dalam mempengaruhi perlakuan buli di kalangan
pelajar. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan dalam usaha mengatasi
masalah perlakuan buli di kalangan pelajar.
vi
ABSTRACT
This survey research was conducted to identify student’s perception about
factors which influence the bully problem at Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai
Besar. The factors study are from the aspect of student’s self, family, environment,
school and peer. 132 form four students at Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai
Besar have been chosen randomly as the sample of this study. The investigation had
been carried out using questionnaire (α = 0.806) which was divided into two parts.
Data was analyzed using computer software Statistical Package for Social Science
(SPSS) version 12.0 to get the value of frequency, percentage and mean. Research
finding showed that student’s self, family, environment and school factor were in
middle level which influences the bully problem among students. However, peer
factor was in high level which influences the bully problem among students.
Therefore, a few recommendations were proposed in effort to curb the bully problem
among students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
TAJUK KAJIAN i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN
xvi
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
viii
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Skop dan Batasan Kajian 12
1.8 Terminalogi
1.8.1 Persepsi
1.8.2 Pelajar
1.8.3 Faktor
1.8.4 Mempengaruhi
1.8.5 Perlakuan Buli
12
12
13
13
13
14
1.9 Penutup
14
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 15
2.2 Faktor Diri Pelajar 18
2.3 Faktor Keluarga 22
2.4 Faktor Persekitaran
2.4.1 Media Massa
26
27
2.5 Faktor Persekolahan
2.5.1 Sikap guru
2.5.2 Peraturan sekolah
28
30
32
2.6 Faktor Rakan Sebaya 33
2.7 Penutup
35
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 36
3.2 Reka Bentuk Kajian 37
3.3 Tempat Kajian 38
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 38
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Bahagian A: Maklumat pelajar
39
40
ix
3.5.2 Bahagian B: Persoalan Kajian 40
3.6 Kajian Rintis
3.6.1 Keesahan Item Soal Selidik
3.6.2 Kebolehpercayaan Item Soal Selidik
42
43
44
3.7 Analisis Data 44
3.8 Prosedur Kajian 45
3.9 Penutup
47
BAB IV
ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 48
4.2 Analisis Data Bahagian A
4.2.1 Jantina
4.2.2 Kaum
49
49
49
4.3 Analisis Data Bahagian B
4.3.1 Persoalan kajian 1: Apakah faktor diri
pelajar mempengaruhi perlakuan buli di
kalangan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Kulai Besar?
4.3.2 Persoalan kajian 2: Apakah faktor
keluarga mempengaruhi perlakuan buli di
kalangan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Kulai Besar?
4.3.3 Persoalan kajian 3: Apakah faktor
persekitaran mempengaruhi perlakuan buli
di kalangan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Kulai Besar?
4.3.4 Persoalan kajian 4: Apakah faktor
persekolahan mempengaruhi perlakuan
buli di kalangan pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
50
51
53
56
58
x
4.3.5 Persoalan kajian 5: Apakah faktor rakan
sebaya mempengaruhi perlakuan buli di
kalangan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Kulai Besar?
60
4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 63
4.5 Penutup
65
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
5.1 Pendahuluan 66
5.2 Rumusan
5.2.1 Rumusan maklumat diri responden
5.2.2 Rumusan berdasarkan item yang
dikemukakan
66
67
67
5.3 Perbincangan
5.3.1 Apakah faktor diri pelajar mempengaruhi
perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
5.3.2 Apakah faktor keluarga mempengaruhi
perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
5.3.3 Apakah faktor persekitaran mempengaruhi
perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
5.3.4 Apakah faktor persekolahan
mempengaruhi perlakuan buli di kalangan
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Kulai Besar?
69
69
71
73
75
xi
5.3.5 Apakah faktor rakan sebaya
mempengaruhi perlakuan buli di kalangan
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Kulai Besar?
77
5.4 Cadangan 79
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 81
5.6 Kesimpulan
82
BIBLIOGRAFI 83
LAMPIRAN 92
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
3.1 Pembahagian Item mengikut persoalan kajian. 41
3.2 Skala Likert 42
3.3 Skala Min 45
4.1 Taburan responden mengikut jantina 49
4.2 Taburan responden mengikut kaum 50
4.3 Analisis faktor diri pelajar terhadap perlakuan
buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Kulai Besar
51
4.4 Analisis faktor keluarga terhadap perlakuan buli
di kalangan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Kulai Besar
53
4.5 Analisis faktor persekitaran terhadap perlakuan
buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Kulai Besar
56
4.6 Analisis faktor persekolahan terhadap perlakuan
buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Kulai Besar
58
4.7 Analisis faktor rakan sebaya terhadap perlakuan
buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Kulai Besar
60
xiii
4.8 Analisis dapatan kajian berdasarkan persoalan
kajian.
63
xiv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta Aliran Prosedur Kajian 46
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
PMR Penilaian Menengah Rendah
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 92
B Jadual Krejcie, R. V dan Morgan D. W. Yang
menunjukkan kadar menentukan jumlah
sampel daripada populasi.
96
C Surat pengesahan Soal Selidik 98
D Surat Kebenaran Menjalani Projek Sarjana
Muda
100
E Surat Kebenaran dari Jabatan Pelajaran Johor 101
F Surat Kebenaran dari Kementerian Pelajaran
Malaysia
102
xvi
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pelajar merupakan harapan bangsa dan negara kerana mereka bakal
memimpin negara pada masa depan. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah berusaha
memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada golongan ini bagi memastikan
mereka mendapat ilmu yang berguna dan mempunyai sahsiah yang tinggi.
Sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Falsafah Pendidikan Negara,
pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2005).
Sekolah merupakan sebuah institusi yang paling penting dalam memastikan
matlamat negara dapat dicapai dengan melahirkan insan yang berkualiti dalam setiap
segi. Pelajar bukan sahaja dibekalkan dengan ilmu pengatahuan yang berguna, malah
2
mereka juga turut diterapkan dengan nilai-nilai murni bagi memastikan mereka
menjadi masyarakat yang sentiasa mengamalkan budaya Malaysia serta dapat
memberikan sumbangan kepada negara.
Tugas mendidik anak bangsa bukanlah satu tugas yang mudah. Guru
memainkan peranan yang sangat penting bagi membentuk pelajar yang baik dari segi
mental, emosi dan rohani. Tugas guru semakin mencabar kerana mereka terpaksa
mendidik pelajar yang terdiri daripada pelbagai jenis latar belakang. Oleh itu, wujud
pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh guru selain menjalankan tugas-tugas
yang telah ditetapkan.
Dalam senario pendidikan sekarang, terdapat pelbagai masalah disiplin
pelajar yang masih tidak dapat dikawal. Antara yang dimaksudkan adalah seperti
masalah tingkah laku antisosial yang membawa kepada kejadian keganasan di
kawasan sekolah (Fortin, 2003). Antara banyak masalah, masalah buli merupakan
masalah yang dianggap serius walaupun ia hanya berlaku di kawasan sekolah.
Buli pada asasnya adalah penyalahgunaan kuasa. Ia adalah operasi
psikologikal atau fizikal yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah oleh
individu atau kumpulan yang lebih berkuasa (Rigby, 1996). Menurut Tattum (1988)
pula perlakuan buli adalah kehendak atau keinginan untuk mencederakan mangsa
tersebut dalam situasi yang tertekan atau stress. Ianya diarahkan kepada individu
yang tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya di dalam situasi sebenar
(Roland, 1993).
Perlakuan buli ini terjadi kerana ia didorong oleh beberapa faktor. Olweus
(1978), menyatakan faktor keluarga adalah yang paling signifikan berbanding faktor
yang lain. Antara faktor lain yang menyebabkan terjadinya perlakuan buli ini adalah
faktor diri pelajar, persekolahan, rakan sebaya dan persekitaran.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Misi Nasional yang dikemukakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK-9) bukan sahaja berpaksikan usaha merealisasikan Wawasan 2020 yang
tinggal hanya 12 tahun lagi, tetapi juga bertujuan untuk membina tamadun negara
yang dihuni oleh masyarakat berkeperibadian mulia di sebuah negara kelas pertama
menjelang tahun tersebut. RMK-9 mengakui bahawa modal insan berkualiti
merupakan objek paling penting untuk mencapai Misi Nasional ini. Pendidikan,
latihan dan pembelajaran sepanjang hayat akan menjadi kunci kejayaan sepanjang
proses tersebut. Kemahiran, pengetahuan dan keupayaan jika diadun bersama nilai
progresif, sikap positif serta adat tata susila masyarakat Timur, sudah pasti bangsa
Malaysia yang cintakan negara serta menghormati Perlembagaan dan Rukun Negara
akan dapat memastikan negara terus bersaing dalam dunia tanpa sempadan.
Sekolah dilihat mampu untuk membentuk, melentur serta membina modal
insan berjiwa Malaysia yang bersedia mengharungi cabaran masa depan bangsa dan
tanah air. Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara,
pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2005).
Sekolah yang berkesan dan efektif adalah sekolah yang berupaya untuk
mengekalkan persekitaran yang selamat dan teratur untuk persekitaran pembelajaran
(Murphy et al., 1985). Beliau merujuk kepada keupayaan sekolah untuk
menyediakan suasana di mana pelajar, guru dan kakitangan sekolah adalah bebas
daripada ancaman bahaya yang boleh memudaratkan mereka serta harta benda
mereka di sekolah.
4
Perlakuan jenayah yang semakin meningkat di kalangan remaja, khususnya
pelajar sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak
yang bersekolah tetapi turut memberikan impak terhadap kredibiliti sekolah sebagai
agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam pembentukan moral dan
tingkah laku generasi muda (Azizi et al., 2005).
Walaubagaimanapun, beberapa kejadian yang melibatkan disiplin pelajar
menjadi isu yang sangat penting dan sering dibincangkan oleh pelbagai pihak. Kes
buli yang terjadi beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan betapa seriusnya
masalah disiplin di negara kita. Kes buli semakin menjadi-jadi di sekolah sehingga
dilaporkan bahawa terdapat 35 orang pelajar telah meninggal dunia dalam kejadian
buli yang berlaku sehingga Julai 2005 (Berita Harian, 31 Julai 2005).
Pada 28 mac 2005, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian
seorang pelajar tingkatan empat akibat mengalami pendarahan dalaman selepas
cedera parah dipukul dan dipijak oleh pelajar senior di Dom Osman, Asrama Putera
Sekolah Menengah Agama Dato Kelana Petra Maamor (SMADKPM), (Berita
Mingguan, 14 Julai 2005). Berikutan kes tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi
Seremban, Datuk Azhar Maah, telah menjatuhkan hukuman penjara tanpa tempoh ke
atas lapan pelajar tingkatan lima SMADKPM pada 6 Ogos 2004.
Seterusnya diikuti pula dengan kes seorang pelajar tingkatan empat Sekolah
Menengah Kebangsaan pekan (SMKP) di Kuantan cedera dibelasah tujuh pelajar lain
dalam pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada sebatang rokok (Berita
Mingguan, 14 Julai 2005).
Pada 8 Ogos 2005, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah
di Bandar Bukit Besi, Dungun, Terengganu, Mohd Rizuan Mohd Hashim, 15 dibuli
oleh lima pelajar setingkatannya hingga cedera di beberapa bahagian badan (Berita
Harian, 23 Ogas 2005).
5
Berita Harian, 23 Ogos 2005 juga melaporkan seorang pelajar tingkatan
empat Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan, Perak telah dibelasah oleh 10 pelajar
senior asrama sekolah tersebut menyebabkan mangsa yang berusia 16 tahun, patah
tangan kanan serta lebam di bahagian badan dan muka.
Lazimnya, perlakuan buli ini hanya akan disedari sekiranya mangsa
mengalami kecederaan ataupun kematian. Lazimnya, guru kurang menyedari
perlakuan buli berbanding dengan pelajar. Mereka juga percaya perlakuan buli ini
adalah dalam bentuk memukul, menyepak dan juga mencemuh (Ziegler dan
Rosenstein-Manner, 1991). Terdapat juga perlakuan buli yang tidak mengakibatkan
kecederaan fizikal tetapi memberi kesan kepada emosi mangsa. Perlakuan ini bukan
sahaja mendatangkan ketidak selesaan kepada mangsa malah boleh mengakibatkan
kecacatan fizikal serta trauma yang teruk.
Tindakan membuli mungkin dilakukan oleh individu atau kumpulan. Ia
secara umumnya termasuklah mencederakan orang lain, tolak-menolak, mengejek,
penyisihan, pemulauan, peras ugut, gangguan telefon, mengambil barang orang lain,
bergaduh, bertumbuk, mempersendakan orang lain dengan nama yang tidak elok atau
disukainya, mencela atau mencaci, merosakkan harta benda orang lain dan
mengancam (Tattum dan Lane, 1988).
Perlakuan buli ini terjadi tanpa mengira jantina samada lelaki mahupun
perempuan. Pelajar lelaki dilihat seakan-akan merasai kesan langsung untuk
mengalami tingkah laku buli secara fizikal manakala pelajar perempuan lebih
cenderung menggunakan tingkah laku buli secara verbal atau tingkah laku buli secara
tidak langsung seperti penyisihan sosial (Whitney dan Smith, 1993).
Besag (1989) menyatakan bahawa pelajar yang terlibat dalam perlakuan buli
semasa zaman sekolah adalah berpotensi untuk terlibat dalam kegiatan jenayah
apabila ia dewasa kelak. Oleh itu, masalah ini perlu diberi perhatian kerana jika ia
6
semakin parah, generasi kita pada masa depan akan mengalami masalah sosial yang
serius.
Perlakuan buli di kalangan pelajar ini terjadi adalah disebabkan oleh beberapa
faktor. Antara faktor yang menyumbang kepada perlakuan buli adalah wujudnya
perasaan tidak selesa di dalam diri pelajar itu sendiri. Menurut Zulkifli Ismail (2004),
para pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah sebenarnya mengalami
masalah emosi yang berlainan seperti tekanan jiwa atau stress. Tekanan jiwa ini
wujud mungkin bermula dari dalam diri individu itu atau ia mungkin dicetuskan oleh
faktor-faktor luaran. Lazimnya, pelajar yang tidak dapat mengawal tekanan dan tidak
sabar akan mengatasi masalah mereka dengan melakukan sesuatu yang drastik
dengan harapan masalah mereka dapat diselesaikan atau dilupakan dengan segera.
Antara tindakan drastik yang sering dilakukan pelajar adalah merokok, menonton
televisyen berlebihan, mengusik kawan dan sebagainya.
Kajian-kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa remaja bermasalah
kebanyakannya adalah berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah (Dishion
et.al, 1991). Fakta ini juga disokong dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh
Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993) mendapati bahawa
punca salah laku di kalangan pelajar adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor
keluarga merupakan penyumbang tertinggi dalam peningkatan tingkah laku anti
sosial. Kajian yang telah dijalankan pada tahun 1993, menunjukkan bahawa 81.03
peratus pelajar melakukan kesalahan kerana faktor kekeluargaan, 4.10 peratus
disebabkan oleh rakan sebaya dan 1.24 peratus disebabkan oleh faktor persekolahan
(Dewan Masyarakat, April, 1995).
Faktor persekolahan juga turut mendorong kepada masalah ini. Kajian yang
telah dijalankan oleh Charach, Pepler, dan Ziegler (1995) mendapati bahawa guru
jarang atau tidak pernah membincangkan tentang permasalahan perlakuan buli
kepada pelajar mereka di dalam bilik darjah. Kajian mereka juga mendapati bahawa
kakitangan sekolah mungkin melihat permasalahan perlakuan buli ini sebagai cerita
7
atau perkhabaran yang tidak memudaratkan dan ianya tidak perlu diberi perhatian
melainkan gangguan verbal dan psikologikal tersebut melampaui batas sehingga
membawa kepada ancaman fizikal atau pergaduhan.
Disamping itu, persekitaran pelajar juga dapat mempengaruhi pelajar
melakukan kesalahan disiplin termasuklah perlakuan buli. Persekitaran merupakan
satu aspek yang luas dan banyak mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar.
Persekitaran meliputi penglibatan pelajar dalam kerja atau aktiviti sekolah, sokongan
dari ibu bapa, peranan masyarakat, media massa, rakan sebaya, budaya dan
sebagainya (Fortin, 2003).
Pengaruh rakan sebaya begitu kuat dalam pembentukan budaya remaja. Masa
yang lebih panjang bersama dengan rakan-rakan, samada di sekolah atau di luar
sekolah, mempangaruhi kognitif, afektif dan tingkah laku remaja yang akhirnya
membentuk norma yang tersendiri (Noraini Ahmad, 2000). Senario di mana ibu bapa
semakin sibuk mencari rezeki dan kurang memberi perhatian kepada anak-anak
menyebabkan golongan remaja ini sentiasa mencari rakan untuk berkongsi
kesedihan dan kegembiraan.
Masalah sosial dan jenayah juga semakin meningkat dan membimbangkan
kerana sekolah yang merupakan institusi sosial semakin renggang hubungannya
dengan masyarakat setempat (Abd Rahim, 2000). Menurut beliau juga, dalam banyak
hal, masyarakat setempat tidak diajak bekerjasama dengan pihak sekolah bagi
membanteras sebarang bentuk gejala sosial dan jenayah yang berlaku samada di
dalam sekolah mahupun di luar sekolah.
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di kalangan
pelajar sekolah. Antara faktor tersebut adalah faktor diri pelajar, faktor keluarga,
faktor persekitaran, faktor persekolahan dan faktor rakan sebaya.
8
Faktor diri pelajar merujuk kepada sikap, perasaan serta emosi yang
mendorong pelajar melakukan perbuatan membuli. Ia juga merujuk kepada aspek
motivasi dalaman seseorang pelajar. Faktor keluarga pula merujuk kepada aspek
hubungan kekeluargaan antara pelajar dan ibu bapa, konflik dalam rumah tangga dan
gaya keibubapaan.
Faktor persekitaran merujuk kepada pengaruh media massa, sikap masyarakat
setempat serta budaya masyarakat yang mendorong pelajar melakukan perbuatan
membuli. Peraturan sekolah dan sikap guru adalah antara aspek yang dilihat di dalam
faktor persekolahan. Akhir sekali, kajian ini ingin melihat apakah rakan sebaya turut
mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Rentetan daripada latar belakang masalah tersebut, penyelidik ingin mengkaji
faktor yang mempengaruhi perlakuan buli dari sudut persepsi pelajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kulai Besar. Faktor yang akan di kaji adalah faktor diri
pelajar, faktor keluarga, faktor persekitaran, faktor persekolahan dan faktor rakan
sebaya.
9
1.4 Objektif kajian
Antara Objektif kajian ini adalah untuk :
1. Mengenalpasti sama ada faktor diri pelajar mempengaruhi perlakuan buli di
kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.
2. Mengenalpasti sama ada faktor keluarga mempengaruhi perlakuan buli di
kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.
3. Mengenalpasti sama ada faktor persekitaran mempengaruhi perlakuan buli di
kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.
4. Mengenalpasti sama ada faktor persekolahan mempengaruhi perlakuan buli
di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.
5. Mengenalpasti sama ada faktor rakan sebaya mempengaruhi perlakuan buli di
kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.
1.5 Persoalan Kajian
1. Apakah faktor diri pelajar mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
2. Apakah faktor keluarga mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
10
3. Apakah faktor persekitaran mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
4. Apakah faktor persekolahan mempengaruhi perlakuan buli di kalangan
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
5. Apakah faktor rakan sebaya mempengaruhi perlakuan buli di kalangan
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelajar mengenai faktor-faktor
yang mempengaruhi perlakuan buli di kalangan pelajar. Penyelidik menjalankan
kajian ini kerana menyedari bahawa terdapat banyak pihak yang perlu
bertanggungjawab dalam memastikan disiplin pelajar terkawal seterusnya berusaha
membanteras kejadian buli yang berlaku di sekolah pada hari ini.
Antara pihak yang dimaksudkan di sini adalah:
1. Pihak Sekolah
Kajian ini dapat dijadikan input yang berguna kepada pihak sekolah bagi
merangka kempen serta program interversi dan melaksanakannya di sekolah
untuk menangani masalah perlakuan buli ini. Ia juga dapat memberikan
pendedahan kepada pihak sekolah mengenai faktor-faktor perlakuan buli di
kalangan pelajar. Langkah pencegahan yang baik juga dapat di wujudkan
setelah faktor-faktor perlakuan buli ini dikenal pasti. Seterusnya pihak
sekolah perlu sentiasa memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah berjalan dengan lancar dan lebih berkesan.
11
2. Ibu bapa
Kajian ini boleh dijadikan rujukan dan panduan oleh ibu bapa bagi mengatasi
masalah buli di kalangan pelajar. Selain itu, kajian ini juga membantu ibu
bapa memahami tingkah laku anak-anak. Ia penting kerana ibu bapa perlu
sentiasa memastikan anak-anak mereka belajar dalam keadaan selamat dan
tidak terlibat dengan perlakuan buli. Ibu bapa turut bertanggungjawab
menyediakan persekitaran rumah yang selesa dan menjaga hubungan
kekeluargaan yang baik supaya anak-anak dapat merasakan kasih sayang dari
setiap ahli keluarga.
3. Pihak Guru
Guru merupakan pihak yang paling dekat dengan pelajar ketika mereka di
sekolah. Tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu malah mereka juga
bertanggungjawab membentuk sahsiah pelajar. Kajian ini membolehkan guru
mengenalpasti dan memahami perlakuan pelajar serta memberi perhatian
terhadap pelajar-pelajar yang berpotensi terlibat dalam perlakuan buli ini.
Guru juga boleh membantu dalam menangani perlakuan buli ini dengan
pelbagai cara yang boleh diterima oleh pelajar.
4. Para Pelajar
Kajian ini juga penting kepada pelajar kerana melalui kajian ini, pelajar dapat
mengetahui maksud perlakuan buli yang sebenarnya serta dapat memberikan
kesedaran kepada mereka mengenai tingkah laku yang tidak patut mereka
lakukan. Melalui kajian ini juga, pelajar dapat membantu rakan mereka yang
terlibat dengan perlakuan buli.
5. Penyelidik
Bagi pihak penyelidik pula, kajian ini penting bagi membantu penyelidik
mengenalpasti serta memahami faktor-faktor yang mendorong kepada
perlakuan buli di kalangan pelajar. Kajian ini juga berguna kepada penyelidik
kerana ia dapat dijadikan panduan untuk penyelidik menjadi guru yang
berkesan dalam melahirkan para pelajar cemerlang dari segi akademik dan
mempunyai sahsiah yang tinggi.
12
1.7 Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini hanya menfokuskan kepada persepsi pelajar mengenai faktor-
faktor yang mempengaruhi perlakuan buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai
Besar. Oleh itu ia masih tidak dapat mencari penyelesaian terhadap masalah
perlakuan buli ini.
Selain itu, responden adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat
di Sekolah Menengah Kebagsaan Kulai Besar. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak
dapat mewakili keseluruhan pelajar sekolah menengah di negara ini.
1.8 Terminologi
1.8.1 Persepsi
Persepsi merujuk kepada gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran. Ia
juga membawa maksud pandangan atau tanggapan (Kamus Dewan, 2002). Dalam
kajian ini, persepsi merujuk kepada pandangan pelajar mengenai faktor-faktor yang
mendorong kepada perlakuan buli.
13
1.8.2 Pelajar
Pelajar bermaksud orang yang belajar atau orang yang mengaji (Kamus
Dewan, 2002). Dalam kajian ini, pelajar yang dimaksudkan adalah pelajar-pelajar
tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar, Johor.
1.8.3 Faktor
Menurut Kamus Dewan (2000), faktor merupakan unsur atau punca yang
menyumbang kepada sesuatu. Faktor juga merujuk kepada perkara yang
mengakibatkan sesuatu yang lain (Kamus Dwi Bahasa, 2001). Kamus Melayu Global
(1997) pula mendefinisikan faktor sebagai punca keadaan yang dapat menpengaruhi
dan mengubah sesuatu yang lain. Di dalam kajian ini, faktor merujuk kepada unsur
yang mempengaruhi pelajar untuk melakukan kesalahan buli.
1.8.4 Mempengaruhi
Menurut Kamus Dewan (2003), mempengaruhi adalah menguasai,
berpengaruh keatas serta menggunakan pengaruh kepada sesuatu. Mempengaruhi
juga boleh didefinisikan sebagai menghasut, mempergunakan pengaruh yang ada
untuk kepentingan diri sendiri (Kamus Dwi Bahasa, 2001). Di dalam kajian ini,
perkataan mempengaruhi merujuk kepada unsur-unsur yang menyumbang kepada
perlakuan buli.
14
1.8.5 Perlakuan Buli
Kamus Dewan (2002) mendefinisikan perlakuan buli sebagai satu perbuatan
mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan
suasana yang baru. Ia juga merujuk kepada sesuatu perbuatan mempermainkan
orang, biasanya orang yang lemah dengan tujuan untuk menggertak atau menakutkan
orang berkenaan.
Tindakan membuli secara umumnya termasuklah mencederakan orang lain,
tolak-menolak, mengejek, penyisihan, pemulauan, peras ugut, mengambil barang
orang lain, bergaduh, bertumbuk, mempersendakan orang lain dengan nama yang
tidak elok atau disukainya, mencela atau mencaci, merosakkan harta benda orang
lain dan mengancam (Tattum dan Lane, 1988). Dalam kajian ini, perlakuan buli
merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh pelajar samada mencederakan atau
mempersendakan orang lain dan mempermainkan orang yang lebih lemah.
1.9 Penutup
Sememangnya masalah perlakuan buli ini semakin serius dan perlu ditangani
dengan segera. Sebelum mencari penyelesaiannya, faktor-faktor yang mempengaruhi
perlakuan buli perlu dikenal pasti agar pihak yang bertanggungjawab dapat mencari
jalan penyelesaian yang sepatutnya. Kajian ini dapat membantu mengenal pasti
faktor-faktor perlakuan buli seterusnya dapat mengelakkan masyarakat menuding jari
kepada pihak-pihak tertentu apabila masalah perlakuan buli ini timbul.