PERSEPSI PELAJAR KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) TERHADAP PEMBELAJARAN NAHU DALAM BAHASA ARAB TINGGI (BAT) MOHD AMINUR RASHID BIN HAMZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR KELAS ALIRAN AGAMA (KAA)
TERHADAP PEMBELAJARAN NAHU
DALAM BAHASA ARAB TINGGI (BAT)
MOHD AMINUR RASHID BIN HAMZAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PERSEPSI PELAJAR KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) TERHADAP
PEMBELAJARAN NAHU DALAM BAHASA ARAB TINGGI (BAT)
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya: MOHD AMINUR RASHID BIN HAMZAH
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
__________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
1286, JALAN SENAI UTAMA 1/1,
TAMAN SENAI UTAMA,
81400 SENAI,
JOHOR DARUL TAKZIM.
DR. TAMAR JAYA BIN NIZAR
(Nama Penyelia)
Tarikh: 20 APRIL 2010 Tarikh: 20 APRIL 2010
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.
Tandatangan : .........................................................
Nama Penyelia: DR. TAMAR JAYA BIN NIZAR
Tarikh : 20 APRIL 2010
PERSEPSI PELAJAR KELAS ALIRAN AGAMA (KAA)
TERHADAP PEMBELAJARAN NAHU
DALAM BAHASA ARAB TINGGI (BAT)
MOHD AMINUR RASHID BIN HAMZAH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ...........................................................................
Nama Penulis : MOHD AMINUR RASHID BIN HAMZAH
Tarikh : 20 APRIL 2010
iii
DEDIKASI
Tuhanku
Setinggi-Tinggi Kesyukuran Ku Panjatkan PadaMu
Ku Syukuri Atas Setiap AnugerahMu Yang Tidak Ternilai
Hanya KepadaMu Aku Berserah Dan Memohon Pertolongan
Abah dan Emak tersayang
Hamzah Hassan & Aminah Arifin
Terima kasih Atas Segala Pengorbanan
Redhakan Kehidupanku Di Dunia Dan Akhirat
Adik-adikku
Mohd Saiful Akmal dan Nuraqilah
Teruskan Usaha Menuju Kejayaan Yang Gemilang
Semoga Kalian Menjadi Anak-Anak Yang Soleh Dan Solehah
Para Pensyarah
Fakulti Pendidikan
Fakulti Tamadun Islam
Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan
Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan
Sahabat Seperjuangan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Terima kasih Di atas Segala-galanya
Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan
Rasulullah SAW. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan
hingga ke noktah terakhir.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia
projek yang dihormati, Dr. Tamar Jaya Bin Nizar di atas segala nasihat, dorongan,
bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan laporan PSM ini.
Terima kasih atas segala pengalaman yang amat berharga ini. Tidak dilupakan juga
kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan (FP) dan Fakulti Tamadun Islam (FTI)
atas segala bantuan dan kerjasama baik yang telah diberikan.
Khas buat pengetua-pengetua, para guru dan responden di tiga buah sekolah
yang terlibat, ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas segala bantuan
dan kerjasama baik yang telah diberikan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan khas buat teman-teman seperjuangan
teristimewa SPI atas segala semangat, sokongan dan pengertian kalian sebagai sahabat.
Ukhwah ini biarlah kekal hingga ke akhir hayat. Buat keluarga tercinta, terima kasih atas
segala jasa, pengorbanan serta doa yang telah diberikan. Hanya Allah sahaja yang dapat
membalas segalanya.
Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung, terima kasih diucapkan. Semoga segala kerjasama dan usaha yang
diberikan, diberkati Allah S.W.T. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada
semua pembaca.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pembelajaran
nahu dalam Bahasa Arab Tinggi (BAT). Seramai 90 orang pelajar Kelas Aliran Agama
(KAA) daripada tiga buah sekolah di negeri Johor telah dipilih secara rawak sebagai
sampel. Aspek persepsi yang dikaji adalah berkaitan pembelajaran nahu, pentingnya
menguasai matapelajaran nahu dan faktor-faktor yang dapat membantu penguasaan
pelajar terhadap matapelajaran nahu dalam BAT. Kajian ini merupakan kajian deskriptif
yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Satu set soal selidik yang
mengandungi 40 soalan diedarkan kepada responden. Data yang diperoleh dianalisis
menggunakan Statistical Package For Social Science Windows (SPSS) versi 14.0 bagi
mendapatkan kekerapan, min dan peratusan. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah
α=0.953. Hasil daripada kajian mendapati persepsi pelajar terhadap pembelajaran nahu
dalam BAT adalah positif (min 3.97). Begitu juga dengan persepsi pelajar terhadap
pentingnya menguasai matapelajaran nahu dalam BAT adalah positif (min 4.24).
Seterusnya, persepsi pelajar terhadap faktor-faktor yang dapat membantu penguasaan
pelajar terhadap matapelajaran nahu dalam BAT juga positif (min 3.98). Namun
demikian, masa pembelajaran nahu di dalam kelas dan kuantiti buku-buku rujukan nahu
BAT di perpustakaan sekolah yang kurang mencukupi menjadi faktor utama pelajar
tidak dapat menguasai nahu dalam BAT dengan cemerlang. Beberapa cadangan telah
dikemukakan di akhir laporan kajian ini.
vi
ABSTRACT
This study is to identify student perceptions of learning grammar in the High
Arabic Language (BAT). 90 Islamic Stream Class (KAA) students from three schools in
Johor were randomly selected as samples. The aspects of perceptions investigated were
the learning of grammar, the importance of master grammatical subjects and factors that
can help student’s mastery of grammatical subjects in BAT. This study is a descriptive
study using questionnaires as the main instrument. A set of questionnaire containing 40
questions distributed to respondents. The data obtained are analyzed using Statistical
Package for Social Science Windows (SPSS) version 14.0 for frequency, percentage, and
mean. Instrument reliability values are α=0.953. Results from the study found that
students perceptions of learning grammar in BAT was positive (mean 3.97). Similarly,
the perception of the students towards importance of master grammatical subjects in
BAT was positive (mean 4.24). Next, the perception of students towards factors that can
help student’s mastery of grammatical subjects in BAT was also positive (mean 3.98).
However, time for learning grammar in the class and quantity of grammar in BAT
reference books in school library are less adequate to be key factors students can not
master the grammar in the BAT excellently. Several suggestions were given at the end
of this study report.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Definisi/Istilah 10
1.8.1 Persepsi 10
1.8.2 Pelajar 11
1.8.3 Kelas Aliran Agama (KAA) 11
1.8.4 Pembelajaran 12
1.8.5 Nahu 12
1.9 Penutup 13
BAB II SOROTAN KAJIAN 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kaedah Pengajaran Bahasa Arab 15
2.3 Sejarah Kelahiran dan Perkembangan Ilmu Nahu 17
2.4 Kepentingan Ilmu Nahu dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran 18
2.5 Keistimewaan Nahu Bahasa Arab 19
2.6 Kaedah Pembelajaran Nahu Bahasa Arab 21
2.7 Faktor-Faktor Yang Dapat Membantu Penguasaan
Pelajar Terhadap Matapelajaran Nahu 23
2.7.1 Minat dan Keinginan Yang Tinggi 23
2.7.2 Penguasaan Perbendaharaan Kata dalam
Bahasa Arab 23
2.7.3 Kaedah Pengajaran Guru 24
2.7.4 Masa Pembelajaran yang Mencukupi 25
2.7.5 Buku Teks dan Rujukan Nahu Bahasa Arab 25
2.7.6 Kemampuan Ingatan atau Hafazan
yang Tinggi 26
2.7.7 Suasana Sekolah dan Kelas 27
ix
2.8 Kajian Lepas 27
2.9 Penutup 29
BAB III METODOLOGI KAJIAN 30
3.1 Pengenalan 30
3.2 Reka Bentuk Kajian 30
3.3 Tempat Kajian 31
3.4 Populasi Kajian 32
3.5 Sampel Kajian 32
3.6 Instrumen Kajian 33
3.7 Kajian Rintis 35
3.8 Prosedur Kajian 36
3.9 Analisis Data 36
3.10 Penutup 37
BAB IV ANALISIS DATA 38
4.1 Pengenalan 38
4.2 Latar Belakang Responden 38
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 39
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bilangan
Adik Beradik yang Belajar di
Kelas Aliran Agama (KAA) 40
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur
Pelajar Mula Belajar Nahu Bahasa Arab 40
x
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Jumlah
Masa Yang Diperuntukkan Untuk
Mengulang Kaji Mata Pelajaran Nahu dalam
Bahasa Arab Tinggi (BAT) dalam Seminggu 41
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Keputusan
Bahasa Arab Komunikasi (BAK) dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 42
4.3 Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Nahu
dalam Bahasa Arab Tinggi (BAT) 42
4.3.1 Analisis Data Mengenai Persepsi Pelajar
Terhadap Pembelajaran NahuDalam
Bahasa Arab Tinggi (BAT) 43
4.3.2 Analisis Data Mengenai Persepsi Pelajar
Terhadap Pentingnya Menguasai
Matapelajaran Nahu Dalam
Bahasa Arab Tinggi (BAT) 52
4.3.3 Analisis Data Mengenai Faktor-Faktor
Yang Dapat Membantu Penguasaan Pelajar
Terhadap Matapelajaran Nahu Dalam
Bahasa Arab Tinggi (BAT) 58
4.4 Analisis Keseluruhan 66
4.5 Penutup 71
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 72
5.1 Pengenalan 72
5.2 Perbincangan 72
5.2.1 Perbincangan Bahagian A:
Analisis Latar Belakang Responden 73
xi
5.2.2 Perbincangan Bahagian B 74
5.2.2.1 Persepsi Pelajar Terhadap
Pembelajaran Nahu Dalam BAT 74
5.2.2.2 Persepsi Pelajar Terhadap
Pentingnya Menguasai Matapelajaran
Nahu Dalam BAT 75
5.2.2.3 Faktor-Faktor Yang Dapat Membantu
Penguasaan Pelajar Terhadap
Matapelajaran Nahu Dalam BAT 76
5.3 Rumusan 78
5.4 Cadangan Tindakan 79
5.4.1 Pelajar 79
5.4.2 Guru 80
5.4.3 Pihak Sekolah 81
5.4.4 Bahagian Pendidikan Islam (BPI), KPM 81
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 81
5.6 Penutup 82
BIBLIOGRAFI 83
LAMPIRAN 88
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Agihan soalan mengikut klasifikasi
persoalan kajian bagi pelajar 34
3.2 Klasifikasi skala pemeringkatan skala likert
kepada dua tahap persepsi 37
4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut
sekolah 39
4.2 Kekerapan dan peratusan responden mengikut
bilangan adik beradik yang belajar di KAA 40
4.3 Kekerapan dan peratusan responden mengikut
umur pelajar mula belajar nahu Bahasa Arab 40
4.4 Kekerapan dan peratusan responden mengikut
jumlah masa yang diperuntukkan untuk
mengulang kaji mata pelajaran nahu dalam
BAT dalam seminggu 41
4.5 Kekerapan dan peratusan responden mengikut
keputusan Bahasa Arab Komunikasi (BAK)
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 42
4.6 Taburan item 43
4.7 Taburan skor bagi item 1 43
4.8 Taburan skor bagi item 2 44
4.9 Taburan skor bagi item 3 44
4.10 Taburan skor bagi item 4 45
xiii
4.11 Taburan skor bagi item 5 45
4.12 Taburan skor bagi item 6 46
4.13 Taburan skor bagi item 7 46
4.14 Taburan skor bagi item 8 47
4.15 Taburan skor bagi item 9 48
4.16 Taburan skor bagi item 10 48
4.17 Taburan skor bagi item 11 49
4.18 Taburan skor bagi item 12 49
4.19 Taburan skor bagi item 13 50
4.20 Taburan skor bagi item 14 50
4.21 Taburan skor bagi item 15 51
4.22 Taburan skor bagi item 16 52
4.23 Taburan skor bagi item 17 52
4.24 Taburan skor bagi item 18 53
4.25 Taburan skor bagi item 19 53
4.26 Taburan skor bagi item 20 54
4.27 Taburan skor bagi item 21 54
4.28 Taburan skor bagi item 22 55
4.29 Taburan skor bagi item 23 56
4.30 Taburan skor bagi item 24 56
4.31 Taburan skor bagi item 25 57
4.32 Taburan skor bagi item 26 57
4.33 Taburan skor bagi item 27 58
4.34 Taburan skor bagi item 28 59
4.35 Taburan skor bagi item 29 59
4.36 Taburan skor bagi item 30 60
4.37 Taburan skor bagi item 31 60
4.38 Taburan skor bagi item 32 61
4.39 Taburan skor bagi item 33 61
4.40 Taburan skor bagi item 34 62
xiv
4.41 Taburan skor bagi item 35 63
4.42 Taburan skor bagi item 36 63
4.43 Taburan skor bagi item 37 64
4.44 Taburan skor bagi item 38 64
4.45 Taburan skor bagi item 39 65
4.46 Taburan skor bagi item 40 65
4.47 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi
persepsi pelajar terhadap pembelajaran nahu
dalam BAT 66
4.48 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi
persepsi pelajar terhadap pentingnya menguasai
matapelajaran nahu dalam BAT 68
4.49 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi
faktor-faktor yang dapat membantu penguasaan
pelajar terhadap matapelajaran nahu dalam BAT 69
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN NAMA PENUH
BAK Bahasa Arab Komunikasi
BAT Bahasa Arab Tinggi
BPI Bahagian Pendidikan Islam
EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
JPN Jabatan Pelajaran Negeri
KAA Kelas Aliran Agama
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
PMR Penilaian Menengah Rendah
PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah
SBP Sekolah Berasrama Penuh
SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS Statistical Package For Social Science
UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
UM Universiti Malaya
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set soal selidik 89
B Jadual Krejcie & Morgan 95
C Surat Kebenaran daripada UTM 96
D Surat Kebenaran daripada EPRD 97
E Surat Kebenaran daripada JPN 98
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bahasa ialah alat komunikasi antara manusia. Bahasa juga menggambarkan
pemikiran seseorang manusia serta perasaannya. Melalui penggunaan bahasa, akan
terjalin perhubungan antara individu dengan individu, dan juga hubungannya dengan
masyarakat. Bahasa Arab khususnya ialah satu bahasa yang sangat istimewa kerana ia
merupakan bahasa al-Quran dan hadis baginda Rasulullah S.A.W. Bahasa ini telah
mendapat mendapat jaminan daripada Allah S.W.T bahawa ia akan terus kekal selari
dengan kelangsungan al-Quran sehingga ke akhir zaman (Ahmad Kilani, 2001).
Sebagaimana firman Allah S.W.T:
Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan
Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”
(Surah al-Hijr, 15: 9)
Menurut Abdur Razak Naufal (1987), al-Quran merupakan mukjizat yang kekal
abadi. Al-Quran yang terdapat sekarang adalah al-Quran yang digunakan atau dibaca
oleh nenek moyang kita dahulu, dan al-Quran ini jugalah yang akan dibaca oleh anak
2
cucu kita. Al-Quran tidak akan menjadi cerita bohong dan medan keraguan bagi suatu
generasi dan masa. Kaum Muslimin menaruh perhatian pada pelbagai segi keunggulan
al-Quran, termasuk dari segi balaghah atau kefasihannya. Al-Quran diturunkan dalam
bahasa Arab kerana bangsa Arab waktu itu terkenal sebagai ahli berbicara, ahli menulis
dan mengarang dengan menggunakan gaya bahasa yang bercorak sastera.
Namun demikian, bahasa Arab juga penting kepada bangsa bukan Arab iaitu
sebagai satu saluran penting untuk mereka memahami ajaran Islam yang sebenar. Imam
Shafii R.A. pernah menegaskan bahawa mempelajari bahasa Arab adalah wajib
sekiranya dengan mempelajarinya memungkinkan ia memahami ajaran agamanya.
Bahasa Arab ini terus berkembang dengan pesatnya hingga ke hari ini. Bahasa
ini pada mulanya dituturi oleh segolongan manusia yang menetap di Semenanjung
Tanah Arab sahaja, iaitu di Sham, Iraq dan Palestin. Semenjak akhir zaman jahiliyyah
lagi bahasa Arab telah berkembang dan meningkat maju. Dialeknya telah meluas
mengikut pertuturan dan penggunaan beberapa golongan yang mendiami beberapa
kawasan dan pelosok dunia Arab ketika itu dan seterusnya timbul pula dialek sastera
yang tinggi mutunya. Dari dialek inilah para penyair Arab menghasilkan syair mereka.
Golongan pemidato yang terkenal juga menggunakannya untuk kesenian bahasa mereka.
Selepas kedatangan Islam, bahasa Arab berkembang dengan lebih aktif sebagai
bahasa kepada agama Islam. Ia merupakan bahasa untuk memahami Islam dan
menunaikan ibadah. Kemudian berkembang di pusat pengajian ilmu Islam seperti
pondok dan madrasah. Dalam arus perkembangan kehidupan moden hari ini, bahasa
Arab berkembang sebagai bahasa komunikasi. Ia turut diperkenalkan di sekolah-sekolah
rendah, menengah dan juga di peringkat universiti sebagai bahasa pilihan. Begitu juga
terdapat jabatan khusus yang menawarkan program bahasa Arab (Rosni, 2009)
3
Sememangnya bahasa Arab ini pada umumnya dianggap sebagai bahasa yang
amat sukar untuk mempelajarinya, kerana terdapat banyak liku-liku kaedah yang susah
difahami. Nahu atau tatabahasa Arab ini memang berbelit-belit dan tidak boleh
disamakan dengan bahasa lain seperti Perancis, Jerman dan Greek yang juga sukar
dipelajari. Namun demikian, menurut pendapat umum menyatakan bahawa bahasa Arab
adalah lebih sukar daripada bahasa-bahasa itu. Oleh itu, sesiapa yang ingin mengetahui
dan mendalami sesuatu bahasa itu haruslah mengharungi pelbagai masalah dengan hati
yang cekal dan tabah. Di samping itu, para cerdik pandai bahasa itu sendiri hendaklah
berusaha mewujudkan cara-cara pembelajarannya yang lebih mudah dari masa ke
semasa.
Dr. Muhammad Ali Al-Khulli (1983) telah menyatakan dalam Ahmad Kilani
(2001) bahawa terdapat berbagai-bagai kaedah dalam mengajar bahasa Arab. Kaedah ini
sering dijadikan sebagai medan perdebatan yang berterusan tanpa penghujungnya.
Setiap pakar yang menggunakan kaedah tertentu berbangga dengan kaedah yang mereka
gunakan dan mengetepikan kaedah yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat empat
kaedah terpenting dalam pengajaran bahasa Arab. Kaedah-kaedah tersebut adalah:
1) Kaedah nahu dan terjemah (al-Qawa’id).
2) Kaedah langsung (al-Mubasharah).
3) Kaedah dengar dan tutur (al-Sam’iyyah al-Shafawiyyah).
4) Kaedah elektik (al-Intiqa’iyyah).
Nahu adalah salah satu kaedah atau bidang khusus dalam pembelajaran bahasa
Arab. Ia adalah salah satu cabang ilmu yang memberikan tumpuan terhadap aspek
kedudukan baris akhir kalimah dan juga kedudukannya sama ada dikategorikan sebagai
kalimah i’rab atau binaa’. Bidang ini berusaha untuk menentukan bacaan dan penulisan
menepati kehendak-kehendak nahu secara tepat dan betul (Ahmad Kilani, 2001).
Penyelidik berminat untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap pembelajaran nahu dalam
4
Bahasa Arab Tinggi (BAT) ini berdasarkan kepada betapa pentingnya menguasai
matapelajaran nahu tersebut.
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkembangan pengajaran bahasa Arab mengorak langkah lagi dengan perhatian
yang diberikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ini jelas dapat
dilihat dalam penubuhan dan perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA) yang bermula pada tahun 1977. Sekolah-sekolah ini memberi ruang kepada
pengajaran bahasa Arab dengan lebih menarik. Sukatan pembelajarannya digubal dan
disusun semula mengikut keperluan semasa (Rosni, 2009).
Kurikulum bahasa Arab bagi sekolah-sekolah tersebut mula digubal secara
rasminya mulai 1 Januari tahun 1977 dengan pengambilan 11 buah sekolah menengah
agama negeri dan rakyat sebagai percubaan. Bahasa Arab di sekolah-sekolah tersebut
lebih menjurus kepada kemahiran berbahasa atau kemahiran berkomunikasi. Walaupun
hanya satu subjek bahasa Arab yang ditawarkan tetapi ia merangkumi beberapa
komponen kemahiran bahasa di samping ilmu tatabahasa seperti nahu, saraf dan
balaghah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).
Apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan,
kurikulum bahasa Arab juga turut digubal semula. Sukatan pelajaran ini dilaksanakan di
semua SMKA, Kelas Aliran Agama (KAA) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mulai
tahun 1991. Kemudian sukatan bahasa Arab digubal kepada dua sukatan. Pertama, BAT
yang digunakan oleh semua sekolah SMKA. Kedua, Bahasa Arab Komunikasi (BAK)
yang digunakan di sekolah KAA dan SBP. Pada tahun 2000, sekali lagi sukatan
pelajaran bahasa Arab digubal bagi memenuhi tuntutan semasa.
5
Nahu adalah satu elemen dalam ilmu bahasa Arab. Menurut Roslinda (2007),
bidang ini akan mendedahkan pelajar kepada penyusunan struktur bahasa Arab sehingga
menjadi satu susunan kata yang tepat. Pembelajaran nahu bahasa Arab ini mempunyai
hubungan yang sangat rapat dengan pembelajaran bahasa Arab secara keseluruhan.
Kemampuan sesorang menggunakan bahasa Arab sama ada dalam bentuk komunikasi
lisan atau tulisan itu dinilai berdasarkan kepada sejauh mana ia menguasai ilmu nahu itu
sendiri. Kegagagalan untuk menguasai nahu itu dengan baik akan memberi kesan yang
amat mendalam terhadap penguasaan bahasa Arab secara keseluruhannya.
Selain itu, pembelajaran nahu dalam mana-mana bahasa di dunia merupakan
mukadimah yang sangat penting untuk membetulkan penggunaan bahasa. Sebagai
contoh, kesalahan dari aspek i’rab bahasa Arab akan membawa kesan perubahan dari
segi makna perkataan yang digunakan. Penggunaan bahasa Arab yang tidak dapat
membezakan baris di hadapan untuk fa’il dan baris di atas untuk maf’ul sudah tentu akan
membawa kesalahan dari segi memahami perkataan-perkataan yang digunakan sama ada
melalui tulisan atau lisan (Ahmad Kilani, 2001).
Sememangnya bahasa Arab ini pada umumnya dianggap sebagai bahasa yang
amat sukar untuk mempelajarinya, kerana terdapat banyak liku-liku kaedah yang susah
difahami. Nahu atau tatabahasa Arab ini memang berbelit-belit tidak boleh disamakan
dengan bahasa lain seperti Perancis, Jerman dan Greek yang juga sukar dipelajari tetapi
mengikut pendapat umum, bahasa Arab adalah lebih sukar daripada bahasa-bahasa itu.
Kebanyakan orang menolak untuk mempelajari ilmu nahu bahasa Arab ini.
Mereka menganggap bahawa nahu adalah suatu ilmu yang sukar untuk dipelajari dan
difahami. Hal ini telah memberikan kesan yang mendalam kepada para pelajar, yang
mana ia menyebabkan mereka kurang berminat dan tiada dorongan untuk mempelajari
ilmu nahu bahasa Arab tersebut. Selain itu, ciri-ciri semula jadi pembelajaran nahu yang
terlalu terikat dengan perbincangan kaedah mengenai kedudukan kalimah dan jumlah
kalimah dalam sesuatu ayat juga menimbulkan rasa bosan di kalangan pelajar. Teori-
6
teori dan contoh-contoh yang terdapat dalam buku nahu bahasa Arab juga terlalu asing
daripada kehidupan sebenar para pelajar (Ahmad Kilani, 2001). Inilah antara beberapa
masalah dalam pengajaran dan pembelajaran nahu Bahasa Arab yang dihadapi oleh
pelajar.
Selain itu, pelajar kurang memahami dan menguasai nahu adalah disebabkan
masalah rujukan buku-buku dalam bidang tersebut. Buku-buku dalam bidang nahu
bahasa Arab adalah terlalu sedikit dan sukar didapati di kedai-kedai buku tempatan.
Kebanyakan buku yang didedahkan kepada pelajar ialah buku yang diimport dari luar
negara yang isi kandungannya agak asing daripada kehidupan masyarakat Islam di
Malaysia. Terdapat juga buku yang agak lama yang mana isi kandungannya sudah tidak
relevan dengan perkembangan masyarakat Malaysia yang agak pesat. Terdapat juga
sekolah yang menggunakan buku Kitab al-Alfiyyah, yang mana kaedah dalamnya
mahukan pelajar baru menghafal teks dalam kitab tersebut tanpa memahami teksnya.
Cara ini kurang berkesan dan akan mendedahkan pelajar kepada situasi jemu untuk
mengikuti pembelajaran nahu bahasa Arab (Ahmad Kilani, 2001).
1.3 Pernyataan Masalah
Para pelajar KAA beberapa sekolah di negeri Johor yang mengambil mata
pelajaran BAT telah menunjukkan keputusan yang cemerlang bagi mata pelajaran itu
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berdasarkan kepada analisis
peperiksaan yang diambil daripada salah sebuah sekolah kajian, ia menunjukkan bahawa
peratus kelulusan untuk subjek BAT dalam peperiksaan SPM tahun 2008 adalah tinggi,
iaitu mencapai 100% (SMK Tunku Abdul Rahman Putra, 2009).
7
Banyak pihak akan beranggapan bahawa para pelajar KAA ini dapat menguasai
matapelajaran nahu dengan baik apabila melihat keputusan BAT mereka dalam
peperiksaan SPM. Namun demikian, perkara yang sebaliknya telah berlaku. Hasil
temubual penyelidik dengan salah seorang guru matapelajaran BAT di sekolah kajian
tersebut mendapati bahawa matapelajaran nahu ini bukanlah sesuatu yang sukar untuk
dipelajari. Walau bagaimanapun, para pelajar sukar untuk memahaminya dan
mempelajarinya hanya sekadar sebagai syarat untuk menduduki peperiksaan
(Thuwaibah, 2009).
Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan, penyelidik merasakan bahawa
pemilihan tajuk ini adalah sangat penting pada masa ini. Ini kerana penyelidik mendapati
kelemahan pelajar dalam nahu bahasa Arab amat ketara terutamanya di kalangan pelajar
KAA. Oleh itu, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan bagi mengetahui sejauh
mana persepsi pelajar terhadap pembelajaran nahu dalam BAT ini. Faktor-faktor
kelemahannya juga akan dapat dikenal pasti dan cadangan-cadangan untuk memperbaiki
kelemahan ini akan dapat dikaji. Harapan penyelidik agar penguasaan pelajar terhadap
pembelajaran nahu dalam BAT ini dapat dipertingkatkan pada masa akan datang.
1.4 Objektif Kajian
Penyelidik telah menetapkan beberapa objektif kajian sebagai garis panduan agar
kajian yang dijalankan menepati tajuk yang telah ditentukan. Objektif kajian ini
dijalankan adalah untuk:
i. Mengetahui persepsi pelajar KAA 3 buah sekolah di negeri Johor
terhadap pembelajaran nahu dalam BAT.
8
ii. Mengetahui persepsi pelajar KAA 3 buah sekolah di negeri Johor
terhadap pentingnya menguasai matapelajaran nahu dalam BAT.
iii. Mengenal pasti persepsi pelajar KAA 3 buah sekolah di negeri Johor
terhadap faktor-faktor yang dapat membantu penguasaan pelajar terhadap
matapelajaran nahu dalam BAT.
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini, secara khususnya persoalan yang ingin diselidiki ialah:
i Apakah persepsi pelajar KAA 3 buah sekolah di negeri Johor terhadap
pembelajaran nahu dalam BAT ?
ii Apakah persepsi pelajar KAA 3 buah sekolah di negeri Johor terhadap
pentingnya menguasai matapelajaran nahu dalam BAT ?
iii Apakah faktor-faktor yang dapat membantu penguasaan pelajar KAA 3
buah sekolah di negeri Johor terhadap matapelajaran nahu dalam BAT ?