Merancang dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang Indoor and outdoor yang selamat dan berkualiti
Merancang dan mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang Indoor and outdoor yang selamat dan berkualiti
PENGENALAN
• Persekitaran ialah di mana kualiti fizikal dan
kualiti manuasia digabungkan untuk
mewujudkan atau menghasilkan satu ruang
pada kanak-kanak dan orang dewasa untuk
berkerjasama dan bermain bersama-sama.
• Persekitaran merangkumi aspek keadaan
fikizal, keadaan interpersonal dan aspek waktu.
• Persekitaran yang baik dapat menggalakkan
pembelajaran kanak-kanak.
• Persekitaran yang selesa, selamat, berwarna-warni dan
menarik dapat memberikan galakan dan stimulasi
kepada kanak-kanak.
• Persekitaran pembelajaran yang tenang, selamat dan
mencabar sangat mustahak dalam menimbulkan
motivasi instrinsik kepada kanak-kanak.
• Tadika atau taska yang baik sepatutnya mempunyai
kawasan yang menyediakan ruang yang berkualiti dan
selamat untuk kanak-kanak bergerak.
Ruang Persekitaran
Tadika
Ruang Dalam Bangunan
(Indoor)
Ruang Luar Bangunan
(Outdoor)
Ruang Dalaman
Bilik Darjah
Susun atur ruang dalam bilik darjah
• Kanak-kanak dapat merasakan mereka berupaya, dapat
membuat pilihan, mencetuskan idea serta pendapat
mereka dihormati.
• Belajar dan menggunakan kemahiran dalam konteks yang
bermakna.
• Mereka dapat menerokai pelbagai bahan dan sumber.
• Berupaya menyatakan keperluan dan meluahkan
perasaan mereka.
• Belajar menggunakan dan menghargai sumber2
maklumat manusia, bahan bercetak dan bahan visual.
• Berupaya mengeluarkan perasaan mereka secara kritis
dan kreatif.
Pembahagian ruang
• Ruang senyap-kering. Kegiatan yang dijalankan di ruang ini ialah
seperti kegiatan membaca, mendengar, bercerita dan menulis.
• Ruang aktif-kering. Kegiatan yang dijalankan di ruang ini ialah
aktiviti yang berkaitan dengan motor kasar.
• Ruang senyap-basah. Kegiatan yang dijalankan di ruang ini ialah
yang memerlukan air seperti aktiviti lukisan, permainan tanah liat dan
sebagainya.
• Ruang aktif-basah. Ruang ini digunakan untuk aktiviti permainan
pasir dan air.
• Ruang lukisan
Kerusi dan meja perlu disediakan di ruangan ini dan
dilengkapkan juga dengan singki atau paip air.
• Ruang untuk mendengar
Ruang ini perlu dilengkapkan dengan plag elektrik untuk
radio atau kaset, televisyen dan lain-lain.
• Ruang sains
ruang ini perlu berhampiran dengan tingkap untuk membolehkan
cahaya matahari masuk supaya benih-benih bunga dan sayur-
sayuran mendapat cahaya matahari. Di ruang ini juga perlu
diletakkan meja untuk meletakkan contoh-contoh tanaman atau
biji-biji benih yang dibawa oleh kanak-kanak.
• Ruang bacaan
ruang ini dilengkapkan dengan rak-rak terbuka. Tinggi
rak itu hendaklah kurang daripada ketinggian kanak-
kanak supaya mereka dapat bersosial atau berinteraksi
dan supaya guru dapat memerhati gerak-geri mereka.
Jenis sudut yang selalu terdapat di tadika
• Sudut keluarga.
peralatan permainan yang perlu disediakan di sudut ini ialah seperti peralatan dapur untuk mainan masak-masak, kerusi kanak-kanak, bekas-bekas makanan yang kosong, makanan yang diperbuat daripada plastik seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, anak-anak patung. Boleh juga dilengkapkan dengan cermin solek, pakaian termasuk pakaian yang melambangkan pekerjaan supaya kanak-kanak dapat menjalankan aktiviti main peranan.
• Sudut permainan blok.
sudut ini boleh dilengkapkan dengan blok-blok
yang pelbagai saiz. Blok-blok juga boleh ditulis
dengan huruf abjad dan berwarna-warni. Di
sudut ini juga boleh dilengkapkan dengan
patung-patung binatang atau orang.
• Sudut permainan puzzel dan manipulatif
sudut ini boleh dilengkapkan dengan picture puzzles, insert puzzles, lego dan alat permainan binaan lain yang mengembangkan motor halus kanak-kanak. Alat-alat ini boleh digunakan untuk menggenggam, menolak, menarik, mencangkuk, dan sebagainya.
• Sudut bahasa /bacaan
sudut ini disediakan dengan buku-buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak. Buku-bukunya terdiri daripada yang kulitnya keras atau lembut. Daripada buku-buku ini kanak-kanak boleh melakukan aktiviti. Selain itu bahan-bahan seperti komik, majalah, surat khabar, buku telefon, permainan huruf-huruf abjad, puisi, dan katalog juga boleh disediakan. Sudut ini juga biasanya dilengkapkan dengan bantal untuk kanak-kanak berehat sambil membaca. Sudut ini perlulah senyap dan selesa supaya kanak-kanak dapat menumpukan perhatian mereka.
• Sudut agama
sudut ini dilengkapkan dengan patung-patung yang dipakaikan dengan pakaian untuk beribadat seperti telekung bagi kanak-kanak perempuan dan pakaian Melayu bersongkok bagi kanak-kanak lelaki. Sudut ini juga perlu dilengkapkan dengan sejadah dan al-Quran. Selain itu sudut ini juga dihiasi dengan huruf hijaiah, gambar-gambar
sembahyang yang bersiri,
gambr kaabah dan
buku-buku cerita yang
berunsurkan agama.
• Sudut sains
sudut ini dilengkapkan dengan bahan yang dikeringkan seperti bunga-bunga kering dan daun-daun kering, biji-biji benih, jenis-jenis kekacang dan bahan-bahan yang masih segar. Model-model binatang, buah-buahan dan orang juga boleh disediakan di sudut ini. Sudut ini juga boleh dilengkapkan dengan akuarium supaya kanak-kanak boleh memelihara ikan.
• Sudut komputer
sudut ini dilengkapkan dengan peralatan
komputer yang antara pengisiannya
mengandungi permainan untuk kanak-kanak
dan rekod pribadi kanak-kanak untuk
memudahkan guru atau ibu bapa menyemak
perkembangan mereka.
Persekitaran Luar
• Sebuah tadika yang baik seharusnya
mempunyai kawasan yang menyediakan ruang
kepada kanak-kanak bergerak bebas. Sebagai
contoh, menyediakan kawasan luar yang
menarik ditanam dengan pokok-pokok bunga
kecil atau besar, mempunyai peralatan yang
tetap dan yang boleh diubah suai supaya dapat
mengembangkan fizikal kanak-kanak
• Ruang Luar adalah kawasan kanak-kanak boleh
terlibat dan melakukan aktiviti fizikal.
• Ia juga dapat dijadikan tempat rekreasi, pusat
pemerhatian dan penerokaan serta kawasan
menjalinkan hubungan sosial.
• kawasan luar ini juga perlu menyediakan
maklumat-maklumat baru yang boleh didapati
oleh kanak-kanak. Daripada bahan-bahan yang
terdapat di situ kanak-kanak boleh
meningkatkan daya imaginasi mereka selain
dapat membuat uji kaji.
• Aktiviti-aktiviti di kawasan luar ini juga boleh menjadikan
kanak-kanak aktif di samping dapat mempelajari
kawalan motor kasar. Kawasan luar ini juga perlu
disediakan dengan aktiviti permainan pasir, tanah liat
dan air. Kanak-kanak juga dapat mempelajari benda-
benda hidup dan dapat belajar kemahiran berkomunikasi
dengan orang lain.
• Ruang bermain di luar banggunan perlu dihiasi dengan
tumbuhan yang indah dan sesuai serta tidak berbahaya
kepada kanak-kanak.
• Menyediakan jejak atau lorong untuk kanak-kanak
berjalan dan meneroka menggunakan buaian dan
gelongsor serta ruang unutk kanak-kanak bersukan
serta riadah.
• Menyediakan persekitaran luar yang meransang
perkembangan motor halus dan motor kasar
kanak-kanak. Contohnya, menyediakan ruang
untuk kanak-kanak bertatih ,menolak atau
menarik permainan semasa bermain di luar.
• Secara ideal, kawasan permainan luar
bersebelahan dengan kawasan dalaman
disertakan dengan kemudahan keluar masuk ke
tandas.
• Ia juga perlu dipagar dengan selamat dan
mempunyai kawasan tertutup bagi melindungi
daripada panas dan hujan.
• Pelbagai jenis permukaan perlu ada seperti rumput,
lepaan konkrit dan kawasan bagi menggali pasir. Ini
dapat membantu kanak-kanak dalam pembelajaran
mereka.
• Selain dari pada sudut permainan, antara ruang luar
yang patut disediakan adalah:
Sudut air.
Sudut pasir.
Sudut kebun.
Stor.
• Sudut main pasir dan main air adalah dua ruang yang
amat digemari kerana kanak-kanak dapat meneroka dan
bermain air dan pasir apabila mereka bermain di luar.
• Susut ini bukan sekadar sebagai tempat mereka
bermain tetapi juga ruang di mana kanak-kanak
berinteraksi dengan rakan sebaya sewaktu mereka
menjalankan aktiviti.
Sudut Main Pasir
Alatan yang terdapat di ruang main pasir:
• Lubang pasir berpenutup.
• Penyodok.
• Pengayak.
• Truk.
• Lori.
• Dll.
Peraturan ketika bermain pasir:
• Bermain hanya di dalam sandpit.
• Tidak dibenarkan membaling pasir kepada rakan.
• Sandpit haruslah sentiasa ditutup jika tidak digunakan
bagi mengelakkan daripada najis haiwan.
• Selepas kanak-kanak bermain pasir, peralatan
hendaklah dicuci, dikeringkan dan di kembalikan ke
tempat.
Sudut Bermain Air
• Ruang bermain air harus lengkap dengan set permainan
air.
• Bekas main air perlu dibersihkan dan dikeringkan
selepas menggunakannya bagi mengelakkan bekas
berkarat dan pembiakan nyamuk.
• Sekeliling sudut bermain air atau kolam harus berpagar
bagi mengelakkan kemalangan atau kanak-kanak
bermain air tanpa pengawasan.
Sudut Berkebun
• Dalam ruang berkebun kanak-kanak dapat belajar:
Menggali, komposisi tanah dan perbezaan tekstur tanah.
Tanah kering dan lembab.
Serangga dan cacing yang tinggal di dalam tanah.
Serpihan unsur organik yang dileraikan bagi menghasilkan
tanah.
Lakaran pelan tadika