-
Perpustakaan Pusat Bahasa Bertukar WajahNorehan Ahmad*
Abstrak: Di dalam makalah ini pengarangnya memberikan maklumat
mengenai penyerap-an Perpustakaan Pusat Bahasa ke dalam Sistem
Perpustakaan Universiti Malaya, pentad-birannya serta koleksi dan
perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna-pengguna.
Abstract: In this article the writer provides information on the
absorption of the Langu-age Centre Library into the University of
Malaya Library System, its administration,collections and services
which are available to users.
PendahuluanPada bulan Oktober 1986, pihak Pusat Bahasa
Univer-siti Malaya telah mengambil langkah yang sama se-perti
Fakulti Kejuruteraan supaya pentadbiran per-pustakaannya diambil
alih oleh pihak PerpustakaanUtama Universiti Malaya. Oengan
keputusan tersebut,Perpustakaan Pusat Bahasa diserapkan ke
dalamSistem Perpustakaan Utama, Universiti Malaya danpada awal
bulan November 1986, seorang pustakawandari Perpustakaan Utama
dihantar ke perpustakaanini. Beberapa perubahan telah dibuat untuk
memper-tingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang telah
di-sediakan.
TempatPerpustakaan Pusat Bahasa lama ditempatkan di BilikAmra,
Pusat Bahasa. Baru-baru ini perpustakaan ini.telah dipindahkan ke
tingkat bawah Bangunan PusatBahasa, di mana terletaknya bilik cetak
dan bilik isti-lah sebelum ini. Eksesais pemindahan ini telah
meng-ambil masa selama seminggu dengan bantuan daripadaPejabat
Harta Benda dan Syarikat Nagasteel Sdn.Bhd. Satu pelan perpustakaan
telah disediakan dan di-kemukakan pada mesyuarat Jawatankuasa
Perpusta-kaan Pusat Bahasa. Pelan ini telah dipersetujui
olehahli-ahli jawatankuasa dengan membuat sedikit per-ubahan. Bilik
bacaan dipenuhkan dengan rak-rakbuku dan majalah dan meja/kerusi
karel yang telah di-tempah khas. Bilik kerja pula menempatkan
pusta-kawan, jurutaip dan bahan-bahan perpustakaan pin-
*Pustakawan, Pusat Bahasa, Universiti Malaya.
6
jaman terhad. Oi perpustakaan Pusat Bahasa yanglama, dokumentor
tidak mempunyai bilik kerja danini telah menimbulkan kesulitan
dalam menjalankankerja-kerja teknikal seperti mengkatalog dan
meng-indeks, menggunakan telefon dan lain-lain.
Penyusunan semula perpustakaanKerja-kerja menyusun semula
bahan-bahan perpusta-kaan dan kad-kad katalog telah dijalankan oleh
pus-takawan dengan bantuan daripada jurutaip dan aten-dan.
Buku-buku dalam bahasa Inggeris telah disusunsemula di rak-rak
buku. Pelekat-pe!ekat baru untuknombor kelas di buku-buku telah
ditaip (di manasebelum ini telah dituliskan sahaja) dan dilekatkan
dibelakang buku-buku mengikut jarak yang sama. Ekse-sais
menggantikan poket-poket buku dan kad-kadbuku seperti di
Perpustakaan Utama sedang dijalan-kan.
Masa pembukaanPerkhidmatan perpustakaan sekarang terhad
meng-ikut waktu-waktu seperti berikut:-1. Hari Isnin-Khamis: 9.00
pagi-5.00 petang
(1.00 tengahari-2.00 petang)- tutup
2. Hari J umaat: 9.00 pagi-5.00 petang(12.15 tengahari-2.45
petang)
- tutup
9.00 pagi-12.30 tengahari3. Hari Sabtu:
Kekal Abadi 6(3) September 1987
-
Adalah rancangan masa hadapan untuk membukaperpustakaan pada
waktu makan tengahari dan me-nutup perpustakaan pada jam 6.00
petang sekiranyakakitangan perpustakaan mencukupi dan bekerjatetap.
Pada masa dahulu, perpustakaan ini dikendali-kan oleh seorang
dokumentor dan ini telah menim-bul kan kesul itan untuk bel iau
membuat kerja di luarperpustakaan. Seringkali beliau terpaksa
menutupperpustakaan untuk menjalankan tugas-tugas lain.
Pentadbiran perpustakaanSegala urusan pentadbiran Perpustakaan
Pusat Bahasadipindahkan kepada Perpustakaan Utama,
UniversitiMalaya. Satu Jawatankuasa Perpustakaan Pusat Baha-sa
telah ditubuhkan sejak dahulu lagi dan J awatan-kuasa ini
bertanggurrgjawab untuk memilih buku/majalah untuk Perpustakaan
Pusat Bahasa dan mem-beri pandangan dan kelulusan tentang segala
aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh perpustakaan.
Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri daripada TimbalanPengarah sebagai
Pengerusi, wakil-wakil dari Bahagian-Bahagian Bahasa Asia, Bahasa
Eropah, Bahasa Inggeris,Bahasa Malaysia, Bahagian Interpretasi dan
Penterje-mahan, dan pustakawan sebagai Setiausaha J
awatan-kuasa.
Laporan-Iaporan minit mesyuarat JawatankuasaPerpustakaan Pusat
Bahasa dihantar kepada KetuaPustakawan supaya beliau boleh
mengikuti kemajuanaktiviti-aktiviti di Perpustakaan Pusat Bahasa
darimasa ke semasa. Kadangkala Ketua Pustakawan di-jemput khas
untuk menghadiri mesyuarat [awatan-kuasa Perpustakaan Pusat
Bahasa.
KakitanganKerja-kerja di perpustakaan dikendalikan oleh 3
orangkakitangan yang terdiri daripada seorang pustakawan,(mempunyai
Ijazah Sarjana dalam Sains Perpustaka-an), seorang jurutaip
(bertugas pada sebelah pagi saha-ja selama ini) dan atendan
perpustakaan. Jurutaip danatendan perpustakaan adalah kakitangan
Pusat Bahasa.Pustakawan mengendal ikan tugas-tugas profesional
diperpustakaan seperti rnengkelas dan mengkatalogbuku dan memberi
perkhidmatan pembaca kepadapengguna-pengguna perpustakaan.
PerpustakaanUtama akan menghantar salah seorang penyemak
per-pustakaan dari Bahagian Sirkulasi, PerpustakaanUtama untuk
bertugas di perpustakaan ini tidak lamalagi.
Koleksi perpustakaanPerpustakaan Pusat Bahasa mengandungi
buku-bukuyang bertemakan pengajaran dan pembelajaran bahasadan
linguistik pada amnya. Perpustakaan ini mempu-nyai lebih kurang
9,000 naskhah buku, 38 tajuk rrtaja-
lah, lebih daripada 200 buah tesis dan latihan ilmiah,86 pita
kaset, 8 pita video, alat media pendidikan,potongan suratkhabar
tempatan, artikel-artikel dankertas kerja seminar.
1. Buku-buku, Buku-buku atau monograf dalambahasa Inggeris
berjumlah lebih banyak daripadabuku-buku dalam bahasa-bahasa lain.
Ini mem-bayangkan dasar Pusat Bahasa yang lebih menekan-kan kepada
pengajaran bahasa Inggeris daripadabahasa-bahasa lain kepada
penuntut-penuntut disemua faku Iti/jabatan atau institusi di
UniversitiMalaya. Terdapat buku-buku yang masih belurn di-katalog
dan buku-buku ini sedang dikatalogkan se-karang. Satu eksesais
perkiraan stok akan dibuatsemasa cuti panjang semester untuk
menentukanjumlah buku-buku yang telah hilang atau belum
di-pulangkan oleh ahli-ahli berdaftar. Buku-buku yangtidak selalu
dirujuk atau tidak berkaitan denganpengajaran bahasa atau
linguistik telah diketepikandan disimpan dalam bilik stor.
Perpustakaan rru akan mewujudkan koleksimengenai pengajaran dan
penyelidikan bahasa yanglebih berkesan danmenubuhkan koleksi
buku-bukubacaan teks asas untuk pengajaran dan
pembelajaranbahasa-bahasa di Pusat Bahasa. Pada masa
hadapanpemilihan buku-buku akan memberi tumpuan
kepadabidang-bidang/subjek-subjek yang tertentu sahajaseperti:-
(1) Pengajaran bahasa Inggerisa. Menulisb. Membacac. Mendengard.
Bercakap
(2) Terjemahan/I nterpretasi(3) Perkamusan.
2. Majalah-majalah, Majalah terkini disimpan di rakmajalah dan
keluaran kebelakangan diletakkan dirak-rak buku di belakang bilik
bacaan. Pusat Bahasamelanggan sebahagian daripada jumlah
tajuk-tajukmajalah dan sebahagian lagi adalah naskhah-naskhahhadiah
atau percuma daripada institusi-institusi lain.Majalah-majalah yang
dilanggani melalui PerpustakaanUtama disimpan di Perpustakaan
Majalah di Bangun-an Institut Pengajian Tinggi, Universiti
Malaya.Majalah-rnajalah di Perpustakaan Pusat Bahasa di-susun di
rak-rak rnengikut tajuk secara berabjad.
3. Tesisll.atthan i/mioh. Koleksi tesis dan latihanilmiah
disimpan di bilik kerja perpustakaan. Hanyasebahagian daripada
latihan ilmiah oleh penuntut-penuntut dalam kursus Diploma Bahasa
Inggeris Se-
7
-
bagai Bahasa Kedua, Diploma Interpretasi Persidang-an dan
Diploma Penterjemahan sahaja yang disimpan-kan di perpustakaan.
4. Koleksi pita kaset dan pita video. Perpustakaanmenyimpan
beberapa pita kaset dan pita video untukkegunaan ahli-ahli
perpustakaan. Rancangan masahadapan ialah untuk mengadakan sebuah
karel untukmendengar pita-pita kaset yang disimpan di perpusta-kaan
ini. Pada masa sekarang, seseorang boleh memin-jam pita kaset dan
mendengarnya di Unit Media,Pusat Bahasa dalam tempoh masa yang
terhad.
5. Potongan suratkhabar, arttkel-artiket dari majalah-majalah,
dan kertas kerja seminar. Potongan surat-khabar, artikel-artikel
dari majalah, kertas kerjaseminar disimpan di perpustakaan ini.
lndeks subjekuntuk makalah-makalah dari majalah-majalah, dankertas
kerja seminar sedang disediakan. Dengan ada-nya indeks tersebut,
bahan-bahan ini boleh disenarai-kan dengan lebih teratur lagi.
Bagi potongan suratkhabar pula Jawatankuasa Per-pustakaan Pusat
Bahasa telah membuat keputusansupaya pihak Perpustakaan Pusat
Bahasa akan meng-indeks dan memotong artikel-artikel khusus
mengenaipembelajaran dan pengajaran bahasa sahaja supayakoleksi ini
tidak menduplikat koleksi potongan surat-khabar di Bahagian Koleksi
Kebangsaan di Perpus-takaan Utama.
Sistem pengkelasan dan pengkataloganSistem yang digunakan
mengikut sistem seperti diPerpustakaan Utama iaitu 'Library of
Congress Classi-fication System' dan 'Anglo-American
CatalogingRules' ·2nd. ed. (AACR II).
Kad katalog yang disusun mengikut nama penga-rang, tajuk dan
subjek disediakan untuk koleksimonograf atau buku-buku. Beberapa
kad katalogakan disediakan (multiple access cards) untuk
me-mudahkan seseorang itu mencari bahan-bahan di per-pustakaan.
Kad-kad yang dahulunya tidak mengikutsistem yang tertentu telah
ditaip semula supaya satusistem katalog yang konsisten dan efisien
boleh di-patuhi.
PerkhidmatanPerpustakaan Pusat Bahasa memberi
perkhidmatanpinjaman dan rujukan kepada lebih kurang 120
orangkakitangan akademik dan lebih kurang 100 orangpenuntut Diploma
Bahasa Inggeris Sebagai BahasaKedua, Diploma Interpretasi
Persidangan, DiplomaPenterjemahan dan Sarjana Pengajian Bahasa
Moden.
8
1. Pinjaman buku-buku, Peraturan pinjaman dan per-aturan am di
perpustakaan ini berpandu kepada per-aturan yang digubal oleh
Perpustakaan Utama. Per-aturan am dan peraturan pinjaman
PerpustakaanPusat Bahasa akan dikemukakan kepada Jawatan-kuasa
Perpustakaan Pusat Bahasa. Setakat ini ke-mudahan pinjaman diberi
hanya kepada kakitanganakademik dan pelajar-pelajar dalam ku
rsus-ku rsus ter-tentu sahaja.
Kakitangan akademik dibenarkan meminjam se-puluh buah buku bagi
tempoh masa satu semester sa-haja. Selama ini, mereka dibenarkan
meminjam tanpasebarang had atas bilangan buku atau masa.
Pelajar-pelajar Diploma Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Ke-dua,
Diploma Interpretasi Persidangan, Diploma Pen-terjemahan dan
Sarjana Pengajian Bahasa Moden di-benarkan meminjam empat buah buku
untuk duaminggu sahaja.
2. Perkhidmatan rujukan dan maklumat. Perpustaka-an melayani
berbagai pertanyaan rujukan dan maklu-mat seperti
permintaan-permintaan untuk mendapat-kan buku-buku atau
artikel-artikel dari sumber-sumber tertentu. Perpustakaan in i
menyediakanbibliografi ringkas atas permintaan kakitangan akade-mik
atau penuntut-penuntut Sarjana Pengajian BahasaModen.
Salinan foto muka surat kandungan majalah-majalah terkin i
daripada Perpustakaan Utama danPerpustakaan Pusat Bahasa difailkan
untuk rujukan diperpustakaan sahaja.
3. Perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan.Buku-buku atau
salinan foto daripada PerpustakaanUtama dan pcrpustakaan luar
dipinjamkan atau di-perolehi untuk kakitangan akademik dan
penuntut-penuntut Sarjana Pengajian Bahasa Moden.
Filem-filem dan filem video dipinjamkan untukpensyarah-pensyarah
daripada perpustakaan-perpus-takaan seperti British Council dan
Lincoln ResourceCenter.
4. Perkhidmatan fotokopi. Perkhidmatan ini baru di-mulakan pada
bulan Ogos 1987 dan perkhidmatan inidisediakan oleh syarikat
swasta, Telex TradingCompany. Kadar bayaran yang d itetapkan
ialahpurata 3 sen untuk tiap-tiap satu lembaran.
5. Pameran. Salah satu daripada tugas pustakawan diPusat Bahasa
ialah untuk menganjurkan pameran-parneran mcngenai objektif Pusat
Bahasa dan hasil-hasil penerbitan oleh kakitangan akadernik
PusatBahasa. Buku-buku UMESPP (University Malaya
-
English for Special Purposes Project) dan UMSEP(University
Malaya Spoken English Project) selalu di-pamerkan bagi menggalakkan
pengedaran atau pen-jualan buku-buku tersebut untuk pengajaran
danpembelajaran bahasa Inggeris, pada amnya.
PenutupPerpustakaan Pusat Bahasa akan menyediakan be-berapa
kemudahan yang lebih bermanfaat kepada se-mua penggunanya, pada
masa hadapan. Pihak perpus-
takaan akan menambahkan koleksi buku-buku yangbersesuaian dengan
kursus-kursus yang diadakan diPusat Bahasa untuk rujukan kakitangan
akademik danpelajar-pelajar pada amnya.
Perpustakaan Pusat Bahasa juga akan bergiat untukmenggunakan
komputer dalam menjalankan proses-proses teknikal di perpustakaan
ini seperti pengkata-logan, pesanan buku-buku dan persediaan
senarai at aubibliografi khusus mengenai pengajaran dan
pem-belajaran bahasa, terutama bahasa Inggeris.
9