Top Banner

of 30

perpaduan

Jul 15, 2015

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Kepelbagaian etnik sama ada secara langsung atau tidak, memainkan peranan penting dalam hubungan etnik di Malaysia. Berdasarkan kepelbagaian inilah, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dan program bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Antara lanhkah penting yang diambil ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara selepas peristiwa 13 mei 1969. Kerajaan juga telah bertindak secara aktif dengan menubuhkan majlis Penasihat Perpaduan Negara pada peringkat pusat dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri pada peringkat negeri. Penubuhan majlis ini bertujuan mmbincangkan isu-isu perpaduan kaum di Malaysia secara harmoni dan tidak menggugat kestabilan politik yang sedia wujud. Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai dasar termasuk Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk memupuk perpaduan nasional. Kharmonian hubungan etnik di Malaysia terlihat dalam setiap lapisan masayrakat melalui rumah terbuka, penerimaan budaya antara etnik dan perkongsian kuasa politik. Sebagai contoh, hubungan etnik yang harmonis di Melaka dibuktikan lagi dengan jelas hingga kini melalui seni bina Masjid dan rumah ibadat lain. Masjid Kapitan Kling dan Masjid Tengkera misalnya, mempunyai gabungan seni bina cina, melayu, arab dan india. Masjid-masjid yang dibina pada zaman kesultanan melayu melaka adalah unik iaitu mempunyai menara berunsurkan pagoda dan ukiran campuran bermotif tempatan, arab dan india seta cina. Pada masa ini pula, Kementerian Kesenian, kKebudayaan dan Warisan telah memperkukuh lagi warisan kesenian rakyat Malaysia seperti tarian, muzik, pemakaian pakaian tradisional dan makanan dalam kalangan masyarakat majmuk malaysia. Misalnya, makanan etnik melayu seperti nasi lemak menjadi kegemaran rakyat Malaysia; begitu juga dengan masakan etnik cina seperti nasi goreng cina, mi hailam dan masakan india seperti kari. Manakala dari segi pakaian, para pelajar bukan melayu tidak berasa janggal memakai baju kurung dan baju melayu, khususnya pada hari Jumaat. Semasa sambutan tahunan Hari Kemerdekaan, kesenian rakyat Malaysia seperti pakaian dan alat muzik telah dipaparkan. Begitu juga perbarisan kontinjen pasukan Malaysia dalam mana-mana acara sukan tlah memaparkan kesenian rakyat Malaysia. Sebagai ahli masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, kita harus mengelakkan sikap prejudis, stereotaip, rasisme dan diskriminasi bagi memupuk keharmonian dan perpaduan nasional. Sebaliknya, konsep seperti akomodasi wajar dijadikan panduan dalam menjalinkan hub

Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik (Ahmad Haji Kambar, 1987). Unsur integrasi yang terdiri daripada 1. Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. 2. Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik 3. Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk suatu kebudayaan kebangsaan 4. Integrasi sosial merangkumi usaha-usahameyatupadukan rakyat melalui progam sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan 5. Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani 6. Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah suatu yang mudah. Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang sangat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedkatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik. Masyarakat menurut definisi kamus dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulankumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong royong, bersamasama merayakan sesuatu perayaan melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kendui majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh. Setiap masyarakat pula mempunyai budayanya yang tersendiri yang terbentuk daripada hubungan rapat sesama anggotanya semenjak masyarakat itu wujud. Sebagai contoh, masyarakat melayu kampung di kawasan luar bandar Malaysia telah wujud berpuluh abad lamanya, semenjak sbelum kedatangan kebudayaan asing (sama ada dari negara China, India, Tanah Arab atau Eropah). Masyarakat melayu luar bandar yang paling baru dibentuk pada tahun 1956 ialah perkampungan FELDA (Federal Land Development Authority atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan). Perkampungan FELDA adalah untuk mereka yang berpendapatan rendah. Para sarjana sains sosial dan kajian kemanusiaan telah menegaskan bahawa kebudayaan tidak wujud jika tidak ada masyarakat. Pendapat ini berasaskan fakta sejagat bahawa manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya, dan telah menurunkannya daripada generasi kepada generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia. Proses mewariskan budaya melibatkan interaksi dua generasi; pertama, generasi yang menurunkan budaya; dan kedua, generasi yang menerima budaya. Generasi yang menurunkannya ketika menerima budaya tersebut telah pun mengubahsuaikannya secocok dengan keadaan persekitaran sosial dan fizikal semasa mereka. Begitu jugalah yang dilakukan oleh generasi yang menerima, iaitu anak-anak mereka pun turut mengubah suai budaya yang mereka terima berasaskan situasi sosial dan fizikal semasa. Dengan cara inilah, sesuatu budaya terus menerus diperturun, diubah suai dan dilestarikan sepanjang zaman, yang selanjutnya menjadi asas pembinaan sesebuah tamadun besar seperti di Mesir, negara China, India atau di wilayah yang lain. Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya: budaya material seperti Tembok Besar China dan Piramid di Mesir; dan budaya bukan material sepeti sistem kepercayaan dan agama, falsafah dan kesusasteraan, dan pemikiran sains serta kemampuan mencipta teknologi. Paduan kedua-dua komponen budaya inilah yang menjadi

pemacu kepada perkembangan dan kemajuan sesebuah masyarakat. Penglibatan setiap anggota masyarakat diperlukan bukan setakat untuk mengatur kehidupan berlandaskan undang-undang, sistem politik, ekonomi dan pentadbiran tetapi juga dari segi nilai, norma, emosi dan semangat mencintai masyarakat atau sesebuah negara, yang seterusnya pula mengandungi pelbagai rupa bentuk masyarakat. Kita semua perlu memahami secara jelas konsep-konsep masyarakat itu sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat 2. manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat 3. Memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain; dan 4. Terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Sehubungan dengan itu, sifat dan ciri-ciri masyarakat juga perlu diketahui dan difahami kerana masyarakat itu adalah sesuatu yang dinamik.

Ciri-ciri utama masyarakat adalah seperti berikut 1. 2. 3. 4. 5. 6. Berkelompok Berbudaya mengalami perubahan Berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar) mempunyai kepimpinan dan mempunyai aturan sosialnya

Berdasarkan pemahaman mengenai masyarakat yang dihuraikan tadi ternyata bahawa Malaysia ialah sebuah masyarakat yang mengandungi pelbagai kumpulan etnik dan budaya. Dari segi sejarahnya, masayrakat Malaysia juga telah terbukti mempunyai asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat berilmu, bermoral dan mendukung cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Hal ini telah dimanifestasikan oleh pemimpin dan rakyat melaui pemikiran, nilai sosiobudaya, perlambangan dan jiwa kemanusiaan serta kerohanian tinggi yang mereka amalkan sehingga hubungan etnik yang harmonis terus bertahan dengan baik. Namun begitu, konsep masyarakat Malaysia tidak boleh disamakan dengan konsep bangsa Malaysia kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza, walaupun merujuk kepada sebuah entiti politik yang sama, iaitu Malaysia. Masyarakat Malaysia adalah sebuah konsep yang lebih luas skopnya, atau boleh dianggap sebagai sebuah konsep payung, yang merangkumi konsep bangsa malaysia yang merujuk pula kepada satu cita-cita politik, seperti yang diungkapkan dalam Wawasan 2020. Melalui Wawasan 2020, para pemimpin Malaysiabersama-sama masyarakatanya telah menggariskan cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 yang berasaskan satu bangsa bersepadu yang dikenali sebagai bangsa Malaysia. Dari satu segi, bangsa Malaysia merupakan satu bangsa idaman yang kita kehendaki. Tentunya bangsa malaysia yang kita idamkan itu berteraskan hubungan etnik yang harmonis.

Pembentukan bangsa malaysia boleh diukur berpandukan tiga perspektif utama : kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat ini boleh ditanam melalui simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera malaysia, lagu kebangsaan dan rukun negara. Daripada aspek kewarganegaraan, bangsa melayu, cina, india dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama, iaitu warganegara malaysia. Aspek kebangsaan pula dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang merupakan penggerak dalam menguatkan semangat kebangsaan dan menjadi batu asas kepada pembentukan bangsa malaysia. Pada hakikatnya, hubungan antara kebudayaan kebangsaan dengan semangat kebangsaan adalah bertimbal balik kerana masing-masing saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain.Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun. Kini, Malaysia bergerak menuju kearah status negara maju, seperti yang dicita-citakan dan dinyatakan dalam Wawasan 2020. Pergerakan daripada negara mundur kepada negara sedang membangun berlaku dalam tempoh 50 tahun (1957-2007). Ia merupakan suatu jangka waktu yang cukup singkat menurut ukuran sejarah dunia. Pencetusan kepada proses transformasi sosioekonomi yang luar biasa ini ialah peristiwa rusuhan etnik 13 mei 1969 yang telah membuat kesemua rakyat Malaysia tersentak lalu membuka mata bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat kita, khususnya dari segi hubungan etnik, walaupun kita sudah merdeka dan perlahan-lahan sudah mula menikmati keselesaan ekonomi.

Daripada pengalaman pahit tersebut Malaysia sedar bahawa kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. Pada masa yang sama, kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan simbang agar tidak wujud kepincangan sehingga mnimbulkan konflik. Keseimbangan tersebut melibatkan agihan kekayaan ekonomi secara saksama dan perkongsian kuasa yang matang. Oleh yang demikian, apakah faktor yang boleh membawa keseimbangan itu? Atau, apakah perkara yang perlu dipertahan serta dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara berterusan?

USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN NASIONALKerajaan Malaysia telah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara ( kini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional-JPNIN) pada tahun 1969 untuk memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum. JPNIN kini juga dipertanggungjawab memantapkan integrasi nasional, iaitu merapatkan masyarakat daripada semua negeri di Malaysia, khususnya antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Usaha-usaha lain yang diambil oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan nasional dan hubungan etnik yang harmonis ialah pengenalan Rukun Negara (Ideologi Kebangsaan), Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan; pergabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional; dan integrasi antara wilayah (antara kawasan bandar dengan luar bandar serta antara semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak). Namun, untuk menjamin dan memelihara hubungan etnik yang harmonis, sumbangan yang besifat top-down sahaja tidak mencukupi. Usaha ini mesti digenapkan oleh suatu usaha berbentuk bottom-up. Justeru, kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta (pimpinan korporat serta pelabur asing), sektor komuniti (pihak badan bukan kerajaan atau NGO) dan

semua parti politik adalah sangat kritikal untuk melengkapkan usaha kerajaan yang bersifat top-down. Oleh yang demikian, keharmonian hubungan etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata pada keadaan berbaik-baik antara kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yang berbeza (antara para pekerja, anggota kelas menengah dan mereka yang kaya daripada pelbagai kumpulan). Berdasarkan pengalaman 13 mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Peristiwa tersebut telah mendedehakan kepada kita semua bahawa survival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata-mata terletak pada pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mapan. Apa yang lebih pnting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis. Sekiranya tidak dilakukan, dalam sekelip mata, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik yang kita nikmati akan tergugat sekiranya berlaku lagi konflik etnik secara terbuka seperti peristiwa 13 mei 1969. Pengajaran daripada Peristiwa 13 mei 1969 Peristiwa 13 mei 1969 telah memberi beberapa pengajaran penting kepada ahli-ahli politik dan setiap rakyat Malaysia, bak kate pepatah "yang baik buat tauladan, yang buruk dijadikan sempadan." Pertama, rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa. Malahan, rusuhan kaum merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakkan harta benda. Kedua, langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum. Ketiga, perpaduan nasional tidak akan dicapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin. Keempat dan akhir sekali, peristiwa 13 mei telah memberi pengajaran bahawa setiap rakyat harus menghormati satu sama lain. Kita harus bersikap toleran dan menghormati adat resam kumpulan-kumpulan etnik lain. (Ranjit Singh Malhi, 2005)

Peristiwa Kampung MedanPeristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang berlaku di Kampung Medan dari 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selama 5 hari. Peristiwa ini berlaku di beberapa kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan , Kampung Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan. Pergaduhan turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Kelana Jaya, Sungai Way, Bandar Sunway dan Puchong. Punca. Pergaduhan antara dua kumpulan bermula di Kampung Lindungan ekoran persediaan majlis perkahwinan dan majlis pengkebumian. Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah rumah orang Melayu. Sementara jiran Indianya mengadakan majlis pengkebumian. Kemudian 200 orang turut sama dalam pergaduhan itu. Mereka dipercayai orang luar yang datang atau dibawa dari luar Kampung Medan. Peristiwa ini mendapat liputan CNN pada sebelah malamnya. Rentetan Peristiwa.

Penduduk berada dalam keadaan ketakutan terutama pada waktu malam. Masyarakat India berwaspada dan bersiap-sedia sekiranya samseng Melayu datang menyerang mereka. Sebaliknya masyarakat Melayu di Kampung Medan sentiasa berkawal kalau-kalau samseng India dibawa masuk untuk menyerang mereka. Mereka tidak takut akan jiran-jiran mereka kerana mereka telah saling kenal-mengenali hampir 3 dekad. Samseng-samseng ini dikatakan datang dari luar. Menteri Besar Selangor ketika itu bertindak berkawal di kuil Hindu di Kampung Medan agar orangorang Melayu tidak bertindak. Malahan beliau sendiri menasihati penduduk Melayu yang marah agar mereka mematuhi undang-undang negara. Beberapa orang yang luka telah dihantar ke Unit Kecemasan di Hospital Universiti di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Polis dan FRU telah bertugas dan berkawal di beberapa kampung dan taman sekitar Jalan Klang Lama. Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu ialah Datuk Mohamad Jamil Johari. 153 orang telah ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan di tempat kejadian. 95 orang lelaki Melayu, 56 orang India dan 2 warga Indonesia. 37 orang telah dilaporkan cedera termasuk 34 India dan 3 Melayu. 98 senjata pelbagai jenis dan saiz terutama parang dan besi telah ditemui dan dirampas oleh polis yang membuat sekatan dan serbuan. Lain-lain senjata ialah boang buatan sendiri, pisau, pedang samurai, rantai besi, paip besi, kapal dan kayu. Datuk Mohamed Jamil Johari turut menyatakan sebuah lori dan 2 buah motosikal telah dibakar. Beberapa buah bas dan van telah dirosakkan. Datuk Seri S. Samy Vellu selaku pesiden MIC telah melawat mayat K. Muneiretham di Hospital Universiti. V. Segar, 34 dan A. Ganeson, 28 turut terbunuh. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia turut bertugas di Kampung Medan. Mereka bertugas memberi bantuan kecemasan dan bekalan makanan serta khemah. Rela dan St Johns Ambulance turut memberi perkhidmatan kecemasan dan kawalan keselamatan. Masyarakat Malaysia terkejut dengan peristiwa ini dan tidak menyangka ia akan berlaku dan merebak terlalu pantas. MIC dan UMNO mengatur semula kompromi agar ia tidak berulang. Hindraf melalui DAP mempersoalkan di Parlimen Malaysia, kenapa polis tidak menyiarkan hasil laporan 6 orang yang terbunuh dan mengapa samseng-samseng tidak didakwa di mahkamah.

Konflik antara kaum : Latest : Dasar Basmi Kemiskinan Tak Mengira Kaum Konflik kaum Melayu-India membimbangkan[/b] 07-02-2007 Oleh SA DAH ELIAS [b]PUTRAJAYA: Konflik antara kaum di kalangan anggota masyarakat Melayu dan India menunjukkan trend tidak sihat dengan kadar kes yang direkodkan meningkat 41% antara 2005 dan 2006, kata Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan.[/b] Keadaan ini membimbangkan jabatan berkenaan kerana kadar peningkatan konflik antara kumpulan kaum Melayu-Cina atau Cina-India bagi tempoh yang sama hanya berada di tahap 5% atau lebih rendah.

[b]Azman Amin berkata, daripada 20 awasan panas yang dikenal pasti di seluruh negara, sebahagian besarnya terletak di Lembah Kelang dan kerap membabit dua kaum ini.[/b] ita bimbang kerana di kebanyakan kawasan ini, termasuk Kampung Medan di Petaling Jaya, Desa Tun Razak di Cheras dan Hulu Pudu, Kuala Lumpur, tahap perpaduan dan kesefahaman antara kedua-dua kaum ini sangat rapuh. ergeseran, malah pergaduhan, boleh tercetus daripada hal yang kadangkala sangat remeh seperti perlanggaran motosikal antara mereka dan usik-mengusik di kalangan anak-anak muda dan gadis yang berlainan bangsa. isalnya kes pergaduhan antara Melayu dan India terbaru di Cheras, berpunca daripada tindakan seorang pemuda Melayu mengusik seorang gadis India. "Kejadian yang remeh itu boleh menjadi isu besar sehingga berakhir dengan pergaduhan antara sekumpulan masyarakat Melayu dan India di kawasan itu, katanya kepada mStar Online hari ini. Azman Amin berkata beberapa kajian telah dijalankan oleh pelbagai pihak, termasuk oleh ahli-ahli akademik dari universiti tempatan bagi mengenal pasti punca keadaan ini berlaku, lebih-lebih lagi berikutan ketegangan kaum di Kampung Medan, Petaling Jaya pada 2001. Daripada kajian-kajian itu, katanya, beberapa faktor penyebab masalah ini yang dikenal pasyi termasuk kemiskinan, tahap pendidikan yang rendah, perebutan sumber, ketiadaan kemudahan asas menyebabkan penduduk hidup dalam keadaan tidak selesa dan cepat marah, dan juga masalah sosial seperti penagihan dadah, alkoholisme, lumba haram dan kegiatan jenayah seperti gangsterisme. da juga pihak yang mengatakan bahawa keadaan yang menjadi semakin buruk sejak 2005 itu juga mempunyai kaitan dengan pendedahan keterlaluan kaum India kepada drama dan filem Tamil yang banyak mengetengahkan unsur keganasan. erkara ini juga akan kita ambil kira dalam kajian mendalam yang akan kita jalankan tidak lama lagi bagi mengenal pasti punca-punca sebenar masalah ini dengan kerjasama ahli-ahli akademik dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Melayu dan India. ajian kali ini tidak akan bersifat akademik, tetapi lebih mendalam dan menyeluruh bagi membolehkan kita mencari penyelesaian proaktif yang kekal bagi mengekang masalah ini, katanya sambil menambah program yang dilaksanakan sebelum ini, walaupun memberikan kesan positif, lebih bersifat reaktif. Hasil kajian tahap kedua ini, katanya, akan digunakan sebagai garis panduan bagi pembangunan penempatan baru dan kawasan penempatan sementara pada masa akan datang. Menurutnya, garis panduan itu penting kerana banyak kawasan penempatan baru atau kawasan penempatan sementara di Lembah Kelang termasuk dalam senarai awasan panas kerana beberapa faktor gagal diambil kira oleh pihak tertentu sebelum kawasan itu dibuka dan penduduk dari pelbagai kaum dan pelbagai kawasan dipaksa tinggal bersama.

Kajian mendalam, katanya, juga penting bagi mencari jalan memastikan semua kaum utama di negara ini tidak terasa terpinggir dalam arus pembangunan perdana negara, seterusnya membangkitkan rasa tidak puas hati dan mengeruhkan hubungan kaum di negara ini. Mengenai perkembangan di Kampung Medan, Azman Amin berkata, walaupun keadaan semakin baik setelah banyak program diperkenalkan dan tindakan diambil bagi memperbaiki keadaan sekeliling, ia kekal dalam senarai kawasan panas kerana pergaduhan kecil terus berlaku dari semasa ke semasa. ita percaya keadaan ini masih wujud kerana sedikit rasa dendam, terutama di kalangan golongan muda antara kedua-dua kaum itu. Bagaimanapun, kes-kes baru ini tidak dirancang, tetapi mudah merebak apabila orang luar campur tangan, katanya.Kepentingan Perpaduan Kita percaya rakyat negara ini sudah faham dan terima kepentingan perpaduan kaum untuk keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kemajuan negara. Namun begitu, kadangkala kita menganggap perpaduan kaum merupakan suatu keadaan yang wujud dengan sendiri tanpa usaha hingga lupa adanya ancaman terhadapnya. Sebab itu kita perlu mengambil perhatian terhadap isu-isu yang boleh membangkitkan sentimen perkauman dan seterusnya mampu menjadi ancaman kepada semangat muhibah serta keharmonian di negara ini. Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh mengutarakan isu-isu penting yang memerlukan pembetulan dan langkah-langkah bagi mengatasinya. Tetapi apa yang penting adalah cara dan sikap dalam menangani sesuatu isu supaya ia tidak berbau perkauman. Dalam hal ini, kerjasama semua pihak dari pelbagai kaum perlu menjurus kepada memelihara perpaduan dan mengelak diri daripada memburukkan lagi hubungan antara kaum. Umpamanya dalam isu pengasingan pelajar mengikut kaum baru-baru ini. Sememangnya kita kesal sekiranya perkara ini benar-benar berlaku. Tetapi kita lebih kesal jika pendekatan yang dibuat dalam menangani masalah ini adalah cara mengeksploit sentimen perkauman. Ia harus dilihat dari sudut pendidikan dan bukannya perkauman. Elemen kebetulan juga harus diambil kira. Tetapi di atas segalanya ialah sikap jujur kita dalam memelihara perpaduan kaum. Janganlah hendaknya kita mempunyai sikap buruk sangka yang begitu menebal hingga apa yang kebetulan dilihat pula sebagai tindakan perkauman. Begitu juga dengan isu pengubahan nama jalan di Ipoh tidak lama dahulu. Jika perkara itu tidak ditangani dengan jujur, ia boleh menjadi satu lagi sentuhan emosi perkauman. Apa yang kebetulan juga menjadi isu perkauman.

Justeru, kita dapat lihat bahawa perpaduan kaum tidak boleh dipandang sebagai keadaan semula jadi. Kita, seluruh rakyat Malaysia harus bersama memelihara dan memupuk perpaduan kaum. Maka dalam hal ini, acara seperti Rumah Terbuka Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri merupakan peristiwa positif yang dapat turut memupuk perpaduan kaum. Melihat 100,000 orang pengunjung membanjiri Rumah Terbuka Malaysia, kita merasa optimis bahawa masa depan perpaduan kaum di negara ini adalah cerah dan memberangsangkan. Maka adalah wajar bagi kerajaan untuk meneruskan tradisi rumah terbuka kebangsaan ini bukan saja untuk Hari Raya tetapi juga untuk lima perayaan utama lain iaitu Krismas, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Keamatan dan Hari Gawai. Tradisi ini akan membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia hidup dalam penuh muhibah dan harmoni dengan semangat toleran dan saling hormatmenghormati di antara kaum-kaum yang berbeza. Namun begitu, acara ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk memelihara dan memupuk perpaduan kaum secara menyeluruh. Di peringkat masyarakat, ia harus diperluaskan melalui acara-acara peringkat setempat supaya perpaduan kaum benar-benar wujud dan bukan semata-mata dalam acara-acara formal saja. Tetapi di atas segalanya ialah kesedaran dan sikap setiap individu warganegara Malaysia yang insaf bahawa kemakmuran negara amat bergantung kepada keutuhan hubungan antara kaum. Dalam tindakan seharian, semangat perpaduan ini hendaklah diambil kira kerana ia menentukan survival negara.Utusan Malaysia, 21 Januari 20

PENDAHULUAN Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun. Kejayaannya bukan sekadar

menangani isu-isu tempatan, bahkan ia turut terlibat dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat

antarabangsa. Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang unik. Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti terbesar

warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia adalah tanah asal tempat tumpah darah mereka. Dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1966, namanya ditukar kepada Malaysia. Beberapa jenis flora dan fauna di bumi subur beriklim tropika ini sukar ditemui di tempat lain. Hasil komoditinya menjadi idaman banyak pihak. Malaysia terkenal sebagai negara pengeluar bahan-bahan mentah yang bernilai tinggi. Kedudukannya juga sangat strategik dalam lingkaran laluan dagangan antarabangsa. Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai, tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama. Kehidupan rakyat negara ini pernah diuji. Keharmonian hidup mereka tidak bertahan lama kerana dicemburui banyak pihak. Beberapa kawasannya telah diserang dan dijajah oleh pelbagai kuasa seperti Portugis, Belanda, Siam, Jepun, dan Inggeris. Segala bentuk, rupa dan rasa keperitan dan kesukaran telah dilalui oleh ramai pemastautin tempatan apabila mereka cuba menentang penjajahan asing demi

memelihara tanah air tercinta. Begitu juga semasa mereka berada di bawah cengkaman kuasa asing. Banyak usaha dilakukan untuk mengembalikan semula kehidupan tanpa tekanan pihak luar yang rakus kuasa dan benda lantaran tamak haloba untuk mengaut kekayaan dan mengikis hasil negara. Beberapa kemudahan disediakan oleh kuasa asing yang kononnya untuk membangunkan negara agar boleh dinikmati oleh anak-anak pribumi, tetapi sebenarnya hanyalah helah penjajah. Penjajah sanggup

membawa biji-biji benih pokok getah untuk ditanam di sini kerana buminya subur dan sesuai. Pelbagai alat dan kelengkapan canggih ketika itu dibawa masuk untuk memudahkan kerja-kerja mencari dan menggali khazanah galian seperti bijih timah, besi, arang batu, emas dan sebagainya. Mereka meredah segala ceruk negara untuk mencari dan mengaut kekayaan yang sangat tinggi nilainya. Mereka membina lingkaran pengangkutan darat, laut dan udara untuk memindah dan memunggah kekayaan perut negara ini ke tempat mereka. Kilang-kilang dibina untuk mengumpul, memproses, memilih dan membawa keluar hasil komoditi terbaik, sementara yang tinggal hanyalah sisa-sisanya sahaja. Mereka membawa masuk buruh-buruh asing dari pelbagai negara terutama dari China dan India untuk mendapatkan hasil dengan lebih cepat tanpa mementingkan bermacam masalah yang akan

memberi kesan kepada kehidupan, perpaduan dan keharmonian penduduk tempatan. Semangat untuk mendapatkan kemerdekaan tidak luntur dalam jiwa bangsa Melayu walaupun terpaksa menghadapi rintangan pihak penjajah dan orang tempatan sendiri. Orang-orang Melayu yang dipimpin oleh Yang Mulia Tunku Abd. Rahman Putra Al Haj tidak jemujemu mencari jalan terbaik dan rela bekerjasama dengan kaum-kaum lain untuk mencapai kemerdekaan. Hasilnya pada tanggal 31 Ogos 1957, Bapa

Kemerdekaan kita telah melaungkan kalimah keramat MERDEKA dan diulang suara oleh rakyat dari pelbagai bangsa dan keturunan dengan penuh kesyukuran. Bendera Union Jack diturunkan dan berkibar megah Jalur Gemilang kemegahan rakyat jelata. Tanah Melayu mula diiktiraf sebagai sebuah negara yang merdeka dan mempunyai sistem pemerintahan dan perlembagaannya yang tersendiri. Banyak perkara telah difikir dan pelbagai usaha dilaksanakan untuk mengisi kemerdekaan dan memajukan bumi tercinta setelah sekian lama ditadbir oleh penjajah. Bermacam-macam rintangan dan gerakan untuk menggugat keharmonian, keamanan dan perpaduan antara kaum dapat ditangani oleh barisan pimpinan negara. Namun begitu terjadi beberapa peristiwa yang tidak diingini kerana masih ada niat dan usaha jahat pihak

tertentu yang enggan memberi kerjasama untuk membendungnya. Jesteru, maka perpaduan kaum dan integrasi nasional adalah isu dan agenda utama pemimpin dan seluruh warga negara Malaysia. persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tetrtentu semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni bersatu padu dan berintegrasi. Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuanpersatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak,

sketsa, pentomen, kibaran Jalur Gemilang, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara. Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah- rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak- kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan. Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah

Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai. PENUTUP: Kejelekitan perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara berbilang kaum sukar dicapai tanpa pendedahan awal yang berstrategik, keintiman,

persefahaman semua pihak, kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama, di samping menghayati dengan penuh keinsafan intipati dan kandungan tersurat dan yang tersirat dalam kesemua prinsip rukun negara. Penghayatan Rukun Negara untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang padu lagi jitu dilaksanakan di negara ini melalui proses pendidikan dan pembelajaran berdasarkan kurikulum Kebangsaan, pembabitan dalam

kokurikulum yang teratur dan terancang, penghayatan keagamaan dalam kehidupan seharian, penyertaan semua warga organisasi dalaman sekolah dan di luar sekolah mahupun seluruh anggota masyarakat yang juga warga negara Malaysia dalam pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembentukan kehidupan rakyat yang bersatu padu secara kolektif serta jalinan perhubungan yang baik

dan mesra yang diamalkan secara ikhlas dan penuh keinsafan oleh semua pihak berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara Malaysia. Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi

menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih

dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan

bersifat pro aktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa.Tuesday, March 02, 2010

nasional

1Malaysia ke arah memupuk perpaduan (4)Di sebalik salah faham yang wujud, kestabilan politik yang dicapai hasil perluasan amalan perkongsian kuasa politik di antara parti-parti politik berteraskan etnik dan agama, telah berjaya menarik pelaburan asing yang telah membuka peluang perkerjaan hingga di akhir perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, negara telah mencatat kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi, kemiskinan dikurangkan dan masyarakat kelas menengah dalam kalangan masyarakat Cina dan Melayu dikembangkan, negara didapati makmur dan harmoni. Pembangunan yang telah berjaya membasmi kemiskinan dan membina kelas menengah yang besar telah melahirkan budaya hidup komersial dalam kalangan rakyat pelbagai budaya, di mana aspirasi dan pandangan hidup mereka dikongsi bersama dan ini telah membina hubungan saling pergantungan di antara satu sama lain; wujud hubungan silang budaya yang melintas batas etnik. Kajian telah menunjukkan di dalam dekad 1990-an batas etnik dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya ini adalah nipis dan hubungan mereka walaupun terdiri dari dua individu dari kumpulan etnik yang berlainan adalah berbentuk perhubungan sosial, perkiraan sosial lebih diutamakan dan bukannya etnik dalam tindakan mereka (Mansor Mohd Noor, 1997a; Savaranamuttu, 1992). Malahan dasar-dasar kerajan yang digubal selepas 13 Mei 1969, yang condong ke arah nasionalisme Melayu, didapati tidak menjadi amalan dalam pemerintahan negara dengan jelas. Ada di antara

dasar-dasar ini yang diubah seperti Akta Koordinasi Industri dan kedudukan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dan ada pula yang masih dipegang sebagai dasar tetapi telah menunjukkan kematangan dengan menerima budaya dan amalan agama kumpulan etnik-etnik lain juga sebagai sebahagian daripada landskap masyarakat ini. Kepelbagaian dan ketidakseragaman hidup dari segi budaya, bahasa dan agama dalam kalangan rakyat di Malaysia sudah boleh diterima, diperakui dan diraikan. Malahan sudah wujud ruang sosial yang luas di mana perkongsian pendapat awam sudah lebih terbina dalam kalangan rakyat pelbagai budaya jika dibandingkan dengan perbezaan di antara mereka. Jika ada perbezaan pendapat pun, ianya sudah boleh diterima dan disepakati untuk berbeza tanpa mempengaruhi perhubungan sosial yang sudah terbina harmoni di antara mereka. Struktur perhubungan etnik di Malaysia di tahap ini lebih dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan etnik yang batas mereka nipis dan perhubungan di antara mereka berdasarkan kepada perkiraan non-etnik. Hubungan etnik di tahap ini lebih bersifat utilitarian dan mengikat mereka dalam jalinan silang budaya, merentas batas etnik dan agama masing-masing. Namun demikian, terdapat ethnic groupies yang memanipulasi etnik demi mempertahankan kepentingan material dan kedudukan mereka seperti yang sering dilakukan semasa pilihan raya dan kemasukan ke institusi pengajian awam. Kumpulan-kumpulan etnik ini juga didapati masih tercari-cari akan identiti bangsa dan negara yang diinginkan hingga tugas pembentukan negara dan negara bangsa, yang sudah diletakkan batu asasnya oleh perjuangan kemerdekaan, menjadi kabur dan tidak terbina secara konsensus di antara rakyat terutamanya isu kontrak sosial dan kedudukan bahasa Melayu. Dari satu segi, perbahasan tentang isu-isu ini adalah perkara biasa kerana struktur umur dan pendidikan rakyat berubah. Namun yang paling membimbangkan ialah masih ada dalam kalangan etnik Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban-Bidayuh dan lain-lain etnik yang bermain dengan sentimen etnisiti dan agama. Kelompok etnik serpihan ini perlu dikenal pasti jika tindakan ekstremisme dan kecenderungan ke arah militansi dan keganasan pergerakan sosial ini mahu ditangani. Contohnya ialah isu penggunaan kalimah Allah yang dibawa ke mahkamah telah mengundang pembakaran dan pengeboman beberapa buah gereja di Semenanjung Malaysia. Punca kepada terbentuknya kelompok-kelompok perhubungan etnik seperti manipulasi etnik, perbahasan tentang identiti diri serta negara dan amalan bermain dengan sentimen etnisiti serta agama di atas perlu dikaji kerana tidak mustahil teras masalahnya bukan terletak pada dimensi perbezaan etnik, budaya, bahasa dan agama di antara mereka tetapi lebih disebabkan oleh perasaan berisiko etnik oleh kerana kemunduran, pengangguran, kemiskinan, kepinggiran dan ketidaksamarataan dalam kehidupan serta masyarakat mereka. Oleh sebab itu, pintu masuk kepada konflik etnik di Malaysia pada tahap ini bukan lagi ala 13 Mei 1969, di mana jurang ekonomi yang memisah etnik Melayu dan Cina menjadi puncanya tetapi di kalangan masyarakat miskin dan pinggir terutama di bandar. Kejadian seperti di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1997 dan Kampung Medan, Selangor pada tahun 2002 di antara Melayu dan India menunjukkan pengurusan kumpulan miskin dan pinggir di bandar perlu diberi perhatian utama jika keharmonian etnik yang dikecapi sekarang ini mahu dikekal dan ditingkatkan. Jika ini intipati masalah etnik di Malaysia, maka penyelesaiannya terletak bukan kepada asimilasi etnik tetapi pada good and just governance dalam pemerintahan negara ini. Acuan ekonomi negara yang menekankan pertumbuhan ekonomi negara bersama pengagihan sumber material masyarakat di antara etnik, agama, wilayah, bandar dan desa adalah asas kepada kejayaan negara ini memakmur dan mensejahterakan masyarakat pelbagai budayanya. Namun formula ini perlu penyuburan yang berterusan dalam tadbir urus pihak kerajaan dan swasta yang baik dan adil dalam pengurusan masyarakat pelbagai budaya ini jika insiden Kampung Rawa dan Kampung Medan mahu dijadikan fakta sejarah; making ethnic conflict history (Mansor Mohd Noor, 1999b). 'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita

teguh,

bercerai

kita

roboh'.

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini. Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain. Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

Perpaduan RakyatPerpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa. Usaha ini perlu dilakukan untuk memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang maksud frasa perpaduan rakyat? Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, `perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan? Langkah yang paling afdal ialah rakyat Malaysia haruslah mempunyai sikap toleransi dalam diri. Hal ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan atau perselisihan faham yang mampu memecahbelahkan rakyat Malaysia. Menurut kata Tun Dr. Mohathir Mohamad, mantan perdana Menteri Malaysia, kita haruslah mengetepikan emosi yang boleh menyebabkan perpecahan. Rakyat Malaysia haruslah mempunyai nilai hidup bersama secara aman, saling membantu dan bekerjasama ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing serta mengikis sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing untuk memastikan perpaduan rakyat berkekalan.

Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang penting dengan mengadakan pelbagai kempen dan ceramah yang berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan perpaduan. Aktiviti sebegini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Hal ini amat penting kerana melalui aktiviti tersebut, rakyat Malaysia akan terdedah dengan kepentingan perpaduan. Melalui aktiviti seperti ini, mereka akan berusaha untuk memupuk semangat perpaduan bagi melahirkan masyarakat yang aman dan harmoni selaras dengan nilai hidup bersama secara aman. Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula perlulah kerap mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut, rakyat pelbagai kaum akan dapat saling memahami budaya kaum yang lain. Sebagai contohnya, aktiviti hari keluarga dalam kalangan penduduk yang pelbagai kaum hendaklah diadakan di kawasan tempat tinggal sekurangkurangnya tiga bulan sekali. Apabila mereka sering bersama dalam sesuatu aktiviti, mereka akan dapat berinteraksi dan berkenal mesra antara satu sama lain kerana tak kenal maka tak cinta. Lama-kelamaan bibit-bibit perpaduan akan mula tersemai dan terpahat dalam sanubari. Kesannya ialah mereka akan menjalinkan usaha untuk bersatu padu kerana mereka sedar bahawa bersatu teguh bercerai roboh. Pernahkah terlintas dalam fikiran kita bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya bagi memastikan perpaduan terus subur? Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anakanak mereka dengan nilai-nilai yang murni seperti nilai kerjasama dan nilai saling membantu. Usaha ini perlu dilakukan sejak anak-anak berusia muda kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak supaya berkawan dengan anakanak daripada kaum yang lain. Oleh sebab itu, ibu bapa mestilah menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan menunjukkan contoh, iaitu mereka juga perlu bergaul dengan kawankawan daripada pelbagai kaum supaya tidak dianggap bagai ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul. Melalui cara ini, anak-anak akan mengikut jejak langkah ibu bapanya untuk menjalinkan persahabatan dengan kaum lain kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Janganlah meranapkan impian Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 yang sering diuar-uarkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bersama-samalah kita memanifestasikan iltizam Malaysia untuk menjadi negara yang berjaya di persada antarabangsa. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang melalui perpaduan yang kita bina. Tanpa perpaduan, negara kita tidak akan maju atau berjaya untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara yang telah maju.Definisi Perpaduan Satupr oses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapatmembentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaanbersama di kalangan mereka. Perpaduanmasyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita. Punca masalah perpaduan Sistem pendidikan yang berbeza

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu,pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris.Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pelajaran Cina telah membarai kesedaran kebangsaaan pemuda pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China. Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Walau bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau Inggeris. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat.Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernacular yang tidak mempunyai pandangan dunia (worldview) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Bagaimana pendidikan boleh membentuk perpaduan Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satucara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari : Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah suatu usaha yang disedari dan bersungguhsungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan kaedahkaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini. Posted by Gege Place at 7:30 PM

Walaupun sudah 50 tahun Malaysia merdeka, tetapi perpaduan atau integrasi kaum masih berada ditahap yang menggusarkan. Ianya mempunyai banyak punca. Selain daripada latarbelakang sejarah, budaya, bahasa, agama yang berbeza antara kaum-kaum ini, ada lagi sebab-sebab lain yang menyumbang kearah kelesuan integrasi kaum di Malaysia selama ini. Bahagian ini akan membincangkan sebab musabab tersebut dalam tempoh 50 tahun kebelakangan ini. Ketidakstabilan Sosio-Ekonomi Antara Kaum Ini adalah antara punca awal yang membawa kepada kegagalan integrasi kaum di Malaysia. Dari aspek sosial, kesan daripada konstruksi penjajah dahulu, kaum-kaum di Malaysia dipisahkan mengikut kawasan petempatan. Orang Melayu di kampung-kampung, orang Cina di pekan dan bandar-bandar, orang India pula berada di estet-estet. Keadaan ini memang

meyukarkan interaksi antara kaum ini berlaku lantas turut menyukarkan proses integrasi antara kaum-kaum terbabit. Ekoran daripada pengkelasan kaum mengikut kawasan petempatan ini, ianya membawa kepada suatu lagi konflik lain iaitu perbezaan pendapatan masyarakat. Masyarakat Melayu yang tinggal di kampung-kampung menjadi kaum yang paling susah dan miskin walaupun mereka adalah bumiputera, manakala kaum Cina yang menetap di bandar muncul sebagai kaum yang terkaya. Hal ini telah menimbulkan rasa cemburu dan tidak puas hati dalam kalangan golongan yang miskin memandangkan mereka adalah peribumi di Malaysia. Akibatnya, kaum-kaum ini mula menyimpan semangat permusuhan dan salah faham antara satu dengan yang lain yang akhirnya membawa kepada pergaduhan kaum secara terbuka seperti apa yang berlaku didalam peristiwa 13 Mei 1969. Politik Perkauman Politik perkauman ialah kepercayaan positif terhadap organisasi politik dan sosial mengikut garis perkauman ataupun etnik. Antara medium utama yang menggerakkan fahaman ini ialah parti-parti politik, persatuan-persatuan, NGO dan sebagainya. Di Malaysia, terdapat banyak organisasi yang ditubuhkan berdasarkan faktor perkauman ini. Misalnya UMNO, Dewan Perniagaan Cina, Persatuan Peniaga India, GPMS dan lain-lain organisasi. Pertubuhanpertubuhan yang berteraskan kaum ini pastilah menarik keahlian bagi satu-satu kaum sahaja. Adalah mustahil seorang Melayu akan menjadi ahli didalam sebuah pertubuhan perniagaan Cina. Pengasingan kaum mengikut organisasi ini ternyata menyukarkan integrasi kaum untuk berlaku. Kaum-kaum di Malaysia akan berada didalam pelbagai organisasi yang berbeza kerana keadaan semasa telah mendorong kearah itu. Lebih malang lagi, kebanyakan organisasi ini beria-ia menerapkan faham perkauman melampau dalam kalangan ahli mereka bagi mengukuhkan sokongan ahli. Situasi sebegini nyata tidak menyumbang kearah pengintegrasian kaum, bahkan semakin memecahbelahkan kaum-kaum di Malaysia. Perasaan perkauman yang berlebihan telah menyebabkan prejudis antara kaum semakin subur, hasilnya, muncul suatu civil society yang sudah dewasa, tetapi masih tiada integrasi seperti apa yang ada di Malaysia pada hari ini walaupun sudah ratusan tahun hidup bersama. Apa yang menggusarkan, agenda organisasi-organisasi berlandaskan kaum ini adakalanya telah diletakkan ditempat yang lebih tinggi berbanding dengan agenda perpaduan kaum. Mereka lebih rela tidak bersatu ataupun bermusuhan, asalkan organisasi perkauman mereka berada didalam keadaan yang paling baik. Hal ini telah menimbulkan semangat perkauman yang sangat tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum ini. Pendidikan Berorientasikan Kaum Pengasingan institusi pendidikan berteraskan kaum di Malaysia juga merupakan suatu masalah besar yang dihadapi masyarakatnya. Tidak perlu dinafikan, pendidikan adalah wahana penting untuk mengintegrasikan kaum. Namun, adalah malang, di Malaysia, sistem pendidikannya terutama disekolah rendah adalah berteraskan satu-satu kaum sahaja. Orang Melayu kebanyakannya bersekolah disekolah kebangsaan, orang Cina pula disekolah-sekolah

Cina, begitu juga dengan kaum India. Perpaduan yang seharusnya diajarkan kepada masyarakat semenjak mereka kecil telah menemui kegagalan didalam konteks ini kerana mereka diasingkan mengikut aliran persekolahan rendah yang berbeza. Dalam kes ini, kaum Cina dan India tidak mahu sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda mereka dihapuskan. Justeru mereka tetap berkeras untuk mengekalkan sekolahsekolah aliran Cina dan Tamil di Malaysia. Akibat itu, kebanyakan anak-anak orang Cina akan bersekolah rendah di sekolah rendah aliran Cina dan anak-anak orang India akan bersekolah rendah disekolah aliran Tamil. Anak-anak kecil yang tidak diintegrasikan semenjak kecil ini akan sukar untuk bermasyarakat dengan kaum-kaum lain ketika dewasa kelak. Hasilnya, perpaduan kaum yang longgar akan berlaku. Pendidikan yang seharusnya menjadi platfom terawal kearah penerapan nilai perpaduan didalam jiwa rakyat Malaysia yang pelbagai kaum telah secara tidak langsung, memecahbelahkan kaum-kaum ini semenjak kecil lagi. Bahkan, tidak keterlaluan jika dikatakan, kerana wujudnya sistem pendidikan berteraskan kaum ini, faham perkauman telah diterapkan didalam minda masyarakat pelajar semenjak mereka berada dibangku sekolah rendah lagi. Justeru, apabila mereka ini berada disekolah menengah dan institut pengajian tinggi, tidak hairan jika mereka saling bergaduh antara satu kaum dengan kaum yang lain. Media Massa Media massa juga merupakan antara penyumbang kearah kegagalan integrasi kaum di Malaysia walaupun sudah mencapai 50 tahun usia kemerdekaannya. Media massa yang memang begitu rapat dengan rakyat turut berperanan menyumbang kearah kegagalan integrasi kaum di Malaysia. Akhbar misalnya, setiap kaum mempunyai akhbar didalam bahasa ibunda masing-masing. Orang Melayu lazimnya membaca akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Melayu dan Berita Harian, orang Cina pasti lebih cenderung untuk membaca Nanyang Siang Pau berbanding dengan akhbar Kosmo, begitu juga dengan kaum India yang pasti lebih memilih akhbar Makkal Ossai berbanding dengan akhbar Sinar. Begitu juga akhbar-akhbar di Sabah dan Sarawak yang dibuat khusus untuk bacaan khalayak tertentu. Hal ini memanglah kelihatan kecil, bahkan mungkin ada yang mengatakan jika kita jadikan masalah bahasa ini sebagai punca pepecahan kaum, itu sudah melanggar hak menggunakan bahasa ibunda oleh kaum-kaum di Malaysia. Namun, harus diingat bahawa penggunaan akhbar-akhbar ini bukan sekadar menggunakan bahasa ibunda, bahkan turut meniupkan semangat perkauman kepada pembaca akhbar mereka. Apa yang menguntungkan, bahasa pengantar akhbar itu tidak difahami oleh semua orang kerana ia menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing. Inilah masalahnya yang boleh kita kaitkan dengan media massa. Media massa sedikit sebanyak telah menyumbang kearah segregasi kaum di Malaysia. Kerana wujudnya situasi sebegini, perbezaan kaum akan lebih terserlah. Identiti kaum akan lebih kuat dan diutamakan. Identiti nasional dan kebangsaan tidak dipedulikan. Masalah perpaduan dan integrasi kaum akan terus wujud jika kita masih bertegas untuk membezabezakan kaum yang ada didalam Malaysia. Salah Faham Terhadap Dasar Kerajaan

Perkara ini juga merupakan antara punca utama masalah integrasi kaum di Malaysia masih belum menemui jalan keluarnya. Semuanya berkaitan dengan persepsi negatif dan prejudis kaum-kaum bukan bumiputera terhadap dasar-dasar utama kerajaan, khususnya dasar sosial yang dianggap sebagai berat sebelah dan hanya untuk menguntungkan orang Melayu sahaja. Dasar-dasar utama kerajaan ini yang matlamat akhirnya ialah untuk mewujudkan perpaduan negara yang lebih baik telah menerima sambutan dingin daripada kaum-kaum bukan bumiputera ini. Dasar Pendidikan Kebangsaan misalnya dianggap oleh kaum bukan bumiputera sebagai suatu dasar untuk menghapuskan sistem pendidikan kaum mereka dan untuk mengurangkan penggunaan bahasa ibunda mereka. Walhal, dasar ini bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dengan kewujudan suatu sistem, bahasa pengantar dan silibus pelajaran yang sama bagi semua aliran sekolah di Malaysia. Kerajaan tidak berhasrat untuk menghapuskan sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil melalui dasar ini. Begitu juga halnya dengan dasar-dasar kerajaan yang lain seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Rasa prejudis yang tidak berasas ini telah membuatkan kaum-kaum bukan Melayu berada didalam keadaan tertekan sekaligus berasa cemburu dengan orang Melayu yang dianggap menggubal dasar dan undang-undang untuk kepentingan orang Melayu sendiri. Salah faham dan stereotaip ini juga didorong oleh kurangnya penelitian mereka terhadap sejarah kenegaraan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Ringkasnya, sebab-sebab berlakunya perpecahan kaum yang menggagalkan integrasi kaum di Malaysia ini adalah kerana didorong oleh rasa tidak puas hati dan prejudis dalam kalangan kaum-kaum di Malaysia. Ianya juga dapatlah kita katakan berpunca daripada sikap sesetengah kaum itu sendiri yang terlalu mahu menonjolkan kebudayaan masing-masing dengan mengetepikan kebudayaan kebangsaan seperti yang termaktub didalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Obsesi untuk berada didalam kelompok kaum sendiri dari segala segi juga adalah salah satu punca utama yang telah menggagalkan integrasi kaum di Malaysia.

Langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumahMalaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, iaitu Melayu, Cina dan India. Rentatan itu, semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah amat mustahak. Walau bagaimanpun, kita mendapati semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat semakin merosot dari semasa ke semasa. Apakah langkah yang efektif perlu kita lakukan untuk menanam semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak? Langkah yang berkesan untuk menyemai semangat perpaduan dalam jitu anak-anak ialah mulakannya dari rumah. Dari segi ini, ibu bapa memainkan karakter yang sangat penting. Ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak melalui hubungan dengan jiran tetangga sejak kecil-kecil lagi, kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlu bertegur sapa dengan jiran tetangga pada pertemuan setiap kali. Sehubungan itu, sekiranya jiran kita mengalami apa-apa masalah, sebagai seorang role model, ibu bapa harus menghulurkan tangan kepada jiran tetangga dengan hati yang ikhlas.

Di samping itu, ibu bapa perlu megajak anak-anak berkunjung ke rumah jiran tetangga untuk bersama-sama menyambut perayaan kaum dan agama. Janganlah ibu bapa meninggalkan anak-anak di rumah, hal ini akan menyebabkan anak-anak terlalu bergantung kepada rumah. Sekiranya anak-anak berkunjung ke rumah jiran tetangga dan meraikan perayaan bersama-sama dengan jiran, hubungan silaturahim akan menjadi erat dan juga dapat memulihkan semangat perpaduan yang semakin merosot. Sejajar dengan itu, ibu bapa perlu memberi dorongan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum. Contoh aktiviti ialah program PLKN dan RIMUP yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Dalam proses programprogram ini, anak-anak dapat berinteraksi dengan pelajar-pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum. Anak-anak juga dapat berkenal dengan kawan baharu dalam programprogram tersebut. Demi menyemai semangat perpaduan dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak-anak tentang scenario masyarakat majmuk di Malaysia dan juga bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anak-anak. Ibu bapa harus bercerita tentang bagaimana tokoh-tokoh Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dapat memperjuangkan kemerdekaan bersama-sama dan juga semua warganegara bercita-cita mencapai Wawasan 2020. Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak menonton filem dan drama yang bertema perpaduan antara kaum. Selain itu, ibu bapa juga perlu menemani anak-anak menonton filem tersebut kerana ibu bapa dapat menerangkan kepentingan perpaduan kepada anak-anak. Selain daripada filem, ibu bapa juga harus menggalakkan anak-anak mendengar lagu-lagu yang berkaitan dengan perpaduan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu menjelaskan makna yang didapati dalam lagu tersebut supaya anak-anak dapat mengetahui kepentingan perpaduan. Usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak yang bermula dari rumah, ibu bapa perlu memikul tanggungjawab ini. Sekiranya anak-anak dapat menggembleng tenaga dengan ibu bapa, semangat perpaduan dalam diri anak-anak mesti dapat dipupukkan. Boleh ibu bapa lakukan? Tepuk dada Tanya selera.Saya ditanya apakah makna negara Malaysia berbilang kaum bagi saya. Pengertian masyarakat majmuk berbeza bagi setiap negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum misalnya Singapura yang mendakwa ianya negara berbilang kaum tetapi secara dasarnya adalah sebuah Negeri yang dikuasai oleh penduduk berketurunan Cina yang besar. Kerana keengganan keturunan kaum pendatang dari China dan India untuk di serap ke dalam masayarakat pribumi, kita terpaksa terima pengekalan identiti rakyat Malaysia daripada keturunan Cina dan India. Orang keturunan Indonesia memilih untuk diserap sebagai kaum pribumi oleh itu mereka tidak terbahagi kepada kaum-kaum yang berlainan. Negara berbilang kaum pada kebiasaannya tidak stabil. Ketegangan kaum kerap berlaku. Jika Malaysia hendak mengelakkan konflik antara kaum ianya mesti cuba kurangkan perbezaan diantara kaum-kaum tersebut. Kita tidak boleh menukar etnik. Jadi kita perlu menerima perbezaan etnik yang terdapat. Perbezaan agama juga tidak boleh ditukar.

Bagaimanapun, beberapa aspek perbezaan kebudayaan boleh di jadikan sesatu yang boleh diterimapakai oleh semua kaum. Makanan Cina di Malaysia melihatkan pengaruh cita rasa Melayu dan India. Kita juga boleh meraikan perayaan kaum-kaum lain dan sebagainya. Perbezaan tahap pencapaian ekonomi merupakan satu masalah besar. Tetapi ianya juga merupakan satu bidang di mana pembetulan dapat dibuat dan ketegangan kaum dapat dikurangkan. Jika kita mahu melihat, kita akan dapati bahawa walau di dalam negara yang mempunyai satu etnik sahaja pun perbezaan di dalam agihan kekayaan akan membawa kepada konflik. Sebab utama ideologi Sosialis dan Komunis diperkenalkan dan diterima pakai kelas pekerja adalah kerana jurang kekayaan yang terlalu besar di antara pekerja dan majikan. Tetapi Sosialis dan Komunis kerap membantutkan pertumbuhan ekonomi sehingga bukan sahaja yang kaya merasai kesan buruknya, tetapi juga yang miskin. Kesatuan Sekerja juga boleh membantutkan pertumbuhan ekonomi kerana ianya sering disalahguna oleh pihak tertentu dengan, mengadakan mogok kerana sebab-sebab politik. Konfrantasi di antara pekerja dan majikan, yang pada dasarnya adalah antara yang kaya dan yang miskin kerap berlaku termasuk di negara-negara bukan berbilang kaumpun. Jika pekerja dan yang miskin sebahagian besarnya terdiri daripada satu kaum di dalam sebuah negara berbilang kaum manakala yang menjadi majikan yang kaya pula adalah daripada kaum yang lain, permusuhan antara kelas akan menjadi lebih buruk kerana perbezaan kaum. Itulah yang terjadi di Malaysia sebelum 1969, dan kita tahu hasilnya Kepimpinan Melayu, Cina dan India ketika itu bersetuju bahawa perbezaan kekayaan diantara kaum mesti dikurangkan. Oleh sebab itu kita telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan menghapuskan identiti kaum dengan fungsi ekonomi. Malangnya tindakan yang diambil tidak dapat tidak melibatkan diskriminasi terhadap kaum Cina dan India untuk memberi keutamaan kepada kaum Bumiputera. Ini menyebabkan ketidak puasan hati kerana di dalam kaum yang termaju dan mewah sekalipun terdapat sebilangan yang miskin. Mereka ini akan lebih merasai diskriminasi. Satu lagi aspek DEB ialah untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum. Daripada kajian yang dijalankan amat jelas bahawa terdapat lebih banyak kemiskinan di kalangan pribumi berbanding kaum Cina. Kemungkinan kemiskinan dapat di hapuskan di kalangan kaum Cina adalah lebih besar berbanding Melayu dan penduduk pribumi di sabah dan Sarawak. Malangnya pemimpin kaum India tidak membangkitkan masalah kemiskinan di kalangan mereka. Jika kita hendak memperbetulkan ketidakseimbangan ini, adalah perlu untuk kita cuba mengurangkan kemiskinan di kalangan pribumi berbanding di kalangan kaum Cina. Tetapi jika terdapat di kalangan orang Cina yang miskin yang menunjukkan kebolehan luar biasa, umpamanya mendapat keputusan pepriksaan yang cemerlang, mereka tidak harus diketepikan daripada mendapat bantuan hanya kerana mereka adalah daripada kaum yang lebih kaya. Secara prinsipnya DEB amat baik, tetapi di dalam pelaksanaannya terdapat beberapa kegagalan dan kelemahan. Bagaimanapun, sejak dari 1969 kita tidak melihat berlakunya konflik perkauman yang besar di Malaysia. Dan walaupun terdapat kelemahan pada DEB, Malaysia jauh lebih stabil daripada kebanyakan negara-negara berbilang kaum yang lain, begitu juga negara yang mempunyai satu kaum sahaja. Dan perkembangan ekonomi di Malaysia juga menidakkan apa-apa jangkaan negatif hasil daripada DEB. Saya yakin jika kita boleh mengurangkan jurang ekonomi diantara rakyat Malaysia mereka tidak akan begitu hiraukan atau begitu tekankan akan perlunya mereka di identifikasikan menurut ketrurunan kaum mereka. Mereka akan tetap jadi Melayu, Cina, India, Murut, Bajau, Dayak dan sebagainya tetapi mereka akan kurangkan bersengketa tehadap satu sama lain. Ras-ras di Malaysia saling berpaut antara satu sama lain dan mereka saling bergantung sesama

mereka. Walaupun masyarakat berbilang kaum Malaysia akan terus berasingan daripada segi etnik kaum, namun Malaysia akan terus aman, berkeupayaan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan memperlihatkan keharmonian perhubungan antara kaum jika pimpinan negara ini memahami masalah yang terdapat dan mempunyai kemampuan mengurus. Sebanyak itulah yang boleh kita harapkan kerana kita tidak bersetuju untuk bertuturkata di dalam satu bahasa dan mengamalkan satu budaya serta melepaskan identifikasi dengan negara-negara dari mana nenek moyang kita berasal. Posted by Dr. Mahathir Mohamad at 10:48 PM

Isu Perpaduan Kaum Di MalaysiaDr Rahmat Ghazali Usaha kerajaan untuk mewujudkan sistem amaran konflik perkauman sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman. Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai kontrak sosial antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia. Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi pecah dan perintah. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang they mix but do not combine atau dalam bahasa ibunda, mereka bercampur tetapi tidak bersatu. Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan fungsional daripada hubungan empatetik. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadansempadan persekitaran tersebut. Sebaliknya kita juga sedar bahawa perpaduan kaum adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan empatetik sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan

nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita. Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik telah banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita perakui. Tanpa niat mencabar Perlembagaan, melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan falsafah yang didokong oleh Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi). Saya juga terlihat Artikel 152 telah menyuburkan kewujudan sekolah-sekolah monoetnik, dan media massa monoetnik yang memberikan tumpuan kepada etnik-etnik yang diperwakilkan melalui bahasa ibunda masing-masing. Malah kita lihat papan tanda iklan kedai-kedai di mana-mana bandar di Malaysia lebih mengutamakan bahasa ibunda masing-masing daripada mengangkat falsafah Artikel 153. Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju perpaduan kaum tidak menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik, dan begitu juga media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik kita juga di lihat tertegak atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival. Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, pernah mencatatkan bahawa daripada tahun 1945 hingga 1969 sejumlah dua puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku, dengan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai insiden yang paling dahsyat. Saya gusar dan sangsi jika statistik sedemikian menurun kerana kadangkala diri kita sendiri seringkali menutup sebelah mata untuk mendedahkan secara serius isu-isu sedemikian. Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan Operasi Lalang, yang menurut beberapa pemerhati politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, dan isu mahasiswa UM (malah di semua universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk hubungan silang-etnik, mungkin mengundang kita untuk sama-sama memikirkan tentang kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum negara. Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar keskes terpinggir yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah perbalahan dua pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan sekadar dalam persepsi silang-etnik. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di Malaysia yang bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai komponen sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita.

Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan pada perkembangan hubungan ethnik kontemporari sebagaimana terpancar daripada usaha kerajaan untuk menubuhkan sistem amaran konflik perkauman yang akan berpusat di Putrajaya. Nampaknya dengan tertubuhnya sistem sedemikian, kerajaan telah mencari pendekatan adhoc iaitu mencegah perbalahan etnik daripada mencambahkan dan menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Mungkin persepsi saya salah, kerana sebenarnya kerajaan mengutamakan kedua-duanya sekali. Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemen-elemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza dengan pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana. Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep melting pot atau acuan pelebur dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun di Malaysia kita lihat konsep acuan pelebur itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah konsep salad bowl atau mangkuk sayurmayur yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran ynag sama. Dalam konteks yang sama di Britain, sama ada mereka bersetuju atau tidak, juga telah berlaku proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu. Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk penjajahan dalaman kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas nama perpaduan kaum. Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Berbeda dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik. Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana kepercayaan dan perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Asimilasi

dalam konteks budaya juga tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang lain. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada 2500 S.M. lebih agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada kira-kira lima ratus tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong kelangsungan budaya mereka masing-masing. Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba salah dalam hal menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa Budaya Melayu harus menjadi ciri-ciri utama budaya nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya nasional (dipetik daripada Munro-Kua 1996). Walau bagaimanapun pada tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masingmasing seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini condong kepada konsep pluralisme Furnival. Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas platform yang berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020, kerana ia diangkat sebagai suatu Bangsa Malaysia tanpa melihat perbedaan warna kulit dan amalan budaya. Secara idealnya tidak akan wujud lagi Melayu, Cina atau India jika Wawasan 2020 direalisasikan. Konsep ini condong pula kepada konsep asimilasi. Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula kerana saya kira pendekatan inilah dilihat sebagai yang terbaik untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. Pendekatan sedemikian telah lama dibuktikan terbaik bagi Malaysia, misalnya dalam konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga di Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang, dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya tercipta bahasa kreol mereka yang tersendiri yang pastinya terbina daripada improvisasi bahasa ibunda golongan majoriti Melayu yang lebih dominan. Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halusnya terdapat perbezaan di sanasini. Namun, jika budaya nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya etnik peribumi Melayu sebagai asasnya, maka saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini telah menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen.

Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia amat mesra dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di Malaysia, meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran. Dengan ekstrim pendekatan pluralisme atau konsep mangkuk sayur-mayur seperti di Malaysia kita lihat bahawa dalam situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah dicampuradukkan pula dengan bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok komunikasi antarabangsa. Bahasa Melayu lisan telor Cina dan telor India menjadi tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan ini berkomunikasi sesama mereka, malah disokong dan disuburkan oleh golongan Melayu sendiri ketika berkomunikasi dengan kaum India dan Cina. Saya percaya bahawa untuk menjaga martabat bahasa rasmi, penggunaannya mesti juga terlaksana dalam situasi yang tidak formal, bukan sekadar dalam kandang situasi yang rasmi dan formal sahaja. Hanya golongan yang amat sensitif dan insaf sahaja yang beria-ia berjuang untuk mempertahankan gaya dan hukum-hukum tatabahasa bahasa rasmi negara, tetapi malangnya golongan ini seperti Tan Sri Profesor Ameritus Dr Awang Had Salleh, Tan Sri Profesor Dr Ismail Hussien, Profesor Dr Nik Safiah Karim, Dr Awang Sariyan, Dr Chandra Muzaffar, YB Dr Rais Yatim, dan SN A Samad Said, (sekadar menyebut beberapa nama) sudah seperti kehilangan golongan pelapis. Adakah ini suatu kepincangan dalam proses perpaduan kaum yang dicita-citakan Malaysia atau ia suatu kelebihan dan kekuatan pendekatan mangkuk sayur-mayur Malaysia? Akhir-akhir ini pula, kita lihat DBP mahu dinobatkan secara legitimasinya sebagai polis bahasa. Saya tidak tahu bagaimana polis ini akan melaksanakan tanggungjawabnya apabila melihat di kebanyakan bandar di Malaysia, papan-papan iklan seringkali mengabaikan penggunaan dan pengutamaan bahasa Melayu. Malah bahasa rojak yang haru-biru dan celaru sudah menjadi identiti yang tegar di papan-papan tanda kedai. Namun pada sudut yang amat jauh dalam hati kecil ini, saya optimistik bahawa DBP akan berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang yang penuh onak dan duri, dan sekali gus menyuburkan perpaduan kaum. Saya juga yakin bahawa kejayaan tersebut haruslah dimulakan dengan semangat kecintaan yang tinggi setiap rakyat terhadap negara ini.

Share this:y y y y StumbleUpon Digg Reddit