-
Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang
dijalankan. Pernyataan masalah merupakan isu/ masalah yang ingin
dikaji dalam penyelidikan. Selalunya pensyarah akan menyoal mengapa
hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik tentunya telah
bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji.
Justeru itu, penyelidik perlu boleh menerangkan secara mendalam
mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan. Pernyataan masalah
diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang
dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian
dokumen dan soal selidik. Bagaimana menyampaikan pernyataan masalah
dalam penulisan? Berikut diterangkan cara menyampaikan pernyataan
masalah untuk tajuk Pelaksanaan Inkuiri Penemuan dalam Pendidikan
Sains. Ia merupakan suatu penyelidikan berbentuk kajian tinjauan.
Pertama: Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan
dalam kontek penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum.
Kedua : Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian-kajian
lepas yang mendapati bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji
mempunyai kepentingan dan kelebihan kepada
pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi dan sebagainya.
Penyelidik perlu menyertakan sebanyak yang mampu kajian-kajian
dalam dan luar negara yang berkaitan. Ketiga : Penyelidik perlu
menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu/masalah yang
ingin dikaji. Nyatakan kelemahan/ masalah/ kekangan yang dihadapi
dan ia memerlukan penyelesaian melalui penyelidikan yang
dijalankan. Keempat : Penyelidik perlu menghubung kaitkan
kepentingan dan kelebihan dengan senario yang dibincangkan untuk
mengatasi isu/masalah yang dihadapi. Di sini lah kita perlu
menjawab soalan, so what???. Maksudnya apa yang diperoleh dari
penyelidikan yang dijalankan. Ia mestilah sesuatu yang boleh
menghasilkan kejayaan selepas kajian dilaksanakan. Kelima :
Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah-hujah yang
disampaikan. Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan
amat penting dijalankan dari perspektif penyelidik. a. Isu
keprihatinan/ Fokus Kajian
Kenal pasti dan nyatakan isu / masalah sebenar. Menghuraikan
isu/ masalah berkenaan. Rumuskan masalah yang telah di kenal pasti
senaraikan.
b. Tinjauan masalah Tujuannya ialah supaya masalah yang di kenal
pasti dapat dibuktikan melalui kaedah saintifik (penyelidikan alat
kajian- analisis).
-
Nyatakan alat-alat kajian yang digunakan untuk mengenal pasti
isu/ masalah.
Paparkan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan Terangkan
sebab menggunakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
Terangkan bagaimana menggunakan alat-alat kajian berkenaan
iaitu
terangkan cara pelaksanaannya sehingga mendapat data yang
diperlukan (langkah-langkah)
c. Analisis masalah
Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat-alat kajian
berkenaan ( i,ii, iii,iv)
Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh Buat
kesimpulan setiap satu hasil/dapatan kajian (Rujuk balik kepada
fokus
kajian/ isu keprihatinan). Pastikan dapatan/hasil menerangkan
isu/masalah yang dinyatakan. Buat refleksi ke atas kesimpulan yang
diperoleh (kesemua hasil)- Rumusan
penyelidik.
OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN
Tentukan objektif umum kajian ( seperti tujuan kajian) Tentukan
objektif khusus kajian (seperti objektif kajian) Kedua-dua merujuk
kepada masalah/ isu yang telah dikenal pasti dan telah
dibuktikan dengan kaedah saintifik/ alat kajian. Objektif
hendaklah berkaitan dengan tindakan/intervensi (strategi,
kaedah,
teknik, pendekatan,aktiviti, program) Objektif hendaklah boleh
diukur dengan menggunakan alat-alat kajian yang
dipilih (Lihat alat kajian yang digunakan). Gunakan perkataan
peningkatan, perkembangan, mengubah sikap pelajar,
menghasilkan penulisan..
KUMPULAN SASARAN Memerihalkan ciri-ciri responden secara
terperinci semua perkara berikut: bilangan, jantina, nama
kelas/jawatan, prestasi akademik, ciri-ciri unik yang lain.
PELAKSANAAN KAJIAN 1. Perancangan langkah-langkah tindakan 2.
Perancangan cara mengumpul data 3. Perancangan cara menganalisis
data Perancangan langkah-langkah tindakan
Menyatakan pendekatan/ program/ aktiviti/kaedah/ teknik yang
digunakan. Terangkan cara pelaksanaan setiap satu secara
terperinci.
-
Terangkan secara berperingkat-peringkat/ langkah-langkah /proses
menjalankan aktiviti/ kaedah/teknik berkenaan.
Nyatakan bahan/ alat/ BBB/BBM yang digunakan ketika melaksanakan
tindakan/ intervensi.
Perancangan cara mengumpul data
Menyatakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) yang digunakan.
Menerangkan setiap satu cara mengumpul data-data kajian berkenaan (
i,ii,
iii,iv). Lebih baik- alat kajian yang digunakan lebih daripada 1
supaya boleh
membuat triangulasi. Terangkan bagaimana setiap satu alat kajian
digunakan untuk mendapatkan
data. Jangan lupa rujuk semula objektif kajian dan masalah
kajian
Perancangan cara menganalisis data
Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian berkenaan
( i,ii, iii,iv).
(Terangkan bagaimana menganalisis dan menggunakan kaedah apa).
Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh
pemerhatian,
analisis dokumen, temu bual, soal selidik dll. Buat kesimpulan
setiap satu dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus
kajian/ isu keprihatinan). Buat refleksi ke atas kesimpulan yang
diperoleh (kesemua hasil) Rumusan
penyelidik.
*Tidak perlu ada dalam proposal penyelidikan. PERANCANGAN
PELAKSANAAN TINDAKAN a. JADUAL PELAKSANAAN KT Paparkan jadual
pelaksanaan menjalankan penyelidikan tindakan. i. Jadual (Bil,
aktiviti, tarikh) ii. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data
tinjauan awal 5 hari iii. Menentukan Objektif/ soalan kajian 1 hari
iv. Merancang tindakan 3 hari v. Melaksanakan tindakan 8 hari vi.
Menganalisis tindakan 2 hari vii. Membuat refleksi 1 hari viii.
Menulis laporan kajian 10 hari ix. Pembentangan dapatan kajian 2
hari b. KOS KAJIAN
-
Sediakan dalam bentuk jadual: Bil. ,Harga se unit, Bilangan
unit, Jumlah harga,Jumlah keseluruhan Pengangkutan (Jika perlu)
Senaraikan semua bahan yang di gunakan dalam kajian.
TINJAUAN LITERATUR
Menerangkan konsep yang digunakan, teori, model, program yang
berkaitan dengan soalan-soalan/ objektif kajian
Menghuraikan kajian lepas yang berkaitan dengan soalan/ objektif
kajian Nyatakan : nama penulis, tahun, tempat kajian, bentuk
kajian, sampel
kajian, alat kajian, kaedah analisis dan dapatan kajian
Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kajian lepas yang berkaitan dengan
kajian
yang dijalankan (tepat)
PENULISAN RUJUKAN Sila rujuk cara menulis mengikut sistem APA:
Jurnal Buku Buku dalam buku Topik dalam buku ERIC document Jurnal
online Online/ Web site/page Tesis Report Seminar/ prosiding
-
Pernyataan Masalah Penyelidikan
APA ITU MASALAH...??? Masalah merupakan isu-isu yang wujud dalam
literatur, teori atau amalan yang mewujudkan
keperluan pelaksanaan sesuatu penyelidikan. Menurut Uma
Sekaran(2000), masalah ialah
sebarang situasi di mana wujud jurang antara keadaan sebenar dan
keadaan ideal.
PENYELIDIKAN DAN MASALAH PENYELIDIKAN....??? Sesuatu masalah
penyelidikan dapat ditentukan dan dibentuk berdasarkan
peristiwa-peristiwa
yang berlaku dalam kehidupan seharian. Pelbagai persolan pasti
timbul apabila diminta
untuk menyatakan dan seterusnya menulis masalah penyelidikan.
Antara persoalan yang
mungkin timbul yang boleh dijadikan panduan oleh penyelidik baru
untuk menulis bahagian
'Masalah Penyelidikan' dalam cadangan penyelidikan mereka
adalah:
i. Adakah perkara yang dikenalpasti itu wajar dikaji?
ii. Bagaimanakah cara menulis masalah penyelidikan ini supaya
pembaca dapat diyakinkan
bahawa perkara itu penting untuk dikaji?
iii. Adakah perkara yang ingin dikaji itu menyumbang kepada
pengetahuan baru?
iv. Pernahkan perkara ini dikaji sebelum ini oleh penyelidik
lain? Jika ya, apakah aspek
lain berkaitan masalah yang dikenalpasti yang belum disentuh
atau diteliti?
v. Adakah perkara yang akan dikaji relevan kepada amalan dalam
dunia pendidikan?
MASALAH PENYELIDIKAN.....??? Sesuatu masalah penyelidikan adalah
suatu masalah yang ingin dikaji oleh seorang
penyelidik yang menuntut perbincangan, yang perlu diperbetulkan,
memerlukan penyelesaian
serta maklumat lanjut yang tepat.
SUMBER MASALAH PENYELIDIKAN......??? Terdpat 4 sumber utama yang
menyumbang kepada sesuatu masalah untuk dikaji:
a. Pengalaman penyelidik atau individu lain yang berkisar kepada
kehidupan harian seperti
pengalaman sebagai pendidik.
b. Literatur/penyelidikan lalu- sesuatu dapatan penyelidikan
yang mempunyai aspek atau
hal
tertentu yang masih belum disentuh atau ditangani dan
penyelidikan baru yang boleh
menjadi
perangsang atau pemangkin kepada satu atau lebih penyelidikan
lanjutan.
c. Teori - kekurangan dalam teori-teori yang diguna pakai turut
boleh dijadikan suatu
masalah penyelidikan dan juga memandu penyelidikan melalui
ramalan yang dibuat yang
membantu kepada pembinaan idea dan penyelidikan baru.
d. Isu-isu praktikal - isu-isu yang memerlukan penyelesaian
seperti pemilihan buku teks,
disiplin,
stress dan konsep kendiri guru.
MENGENAL PASTI MASALAH PENYELIDIKAN....??? Berikut adalah antara
perkara yang perlu dipertimbangkan oleh penyelidik dalam proses
mengenal pasti masalah penyelidikan:
i. Konteks bidang yang dikenal pasti sebagai masalah.
ii. Teori dan konsep utama serta idea terkini dalam bidang
berkenaan.
iii. Dasar kepada andaian-andaian dalam bidang berkaitan
-
iv. Punca isu-isu berkaitan diberi kepentingan
v. Aspek yang memerlukan penyelesaian
vi. Latar belakang, perbalahan dan persoalan yang masih belum
terjawab, serta isu-isu
signifikan yang perlu diterokai.
Penyelidik harus memberi kepentingan kepada perkara-perkara di
atas pada peringkat
pengenalpastian masalah supaya ia dapat memikirkan masalah yang
berkaitan secara
analitikal,
iaitu agar penyelidik turut dapat memikirkan penyeleaian yang
mungkin bagi masalah
tersebut.
PRINSIP-PRINSIP PEMILIHAN MASALAH PENYELIDIKAN Terdapat 2
prinsip yang perlu difikirkan oleh seseorang penyelidik apabila
ingin membentuk
masalah penyelidikannya:
1. Masalah yang dikaji itu ialah masalah yang jitu dan konkrit
serta memerlukan jalan
penyelesaian. Contohnya, seorang pengetua sekolah ingin
mengetahui sama ada sisitem
mentor membantu guru baru atau tidak.
2. Nilai sesuatu masalah samada berfaedah kepada diri atau
negara dan ia tidak boleh
dibuat secara tergesa-gesa. Elakkan memilih masalah berdasarkan
imaginasi tanpa
tinjauan karya lalu kerana ini akan menimbulkan kekaburan dalam
kalangan pembaca
tentang masalah yang diselidiki.
MENGENAL MASALAH Sejauh mana sesuatu penyelidikan yang
dicadangkan menepati keperluan
penyelidikan?Aspek-aspek berikut boleh membantu seseorang
penyelidik dalam menjawab
perssoalan ini:
a. Penyelidikan dalam bidang ini tidak banyak dijalankan.
b. Terdapat percanggahan dalam dapatan penyelidikan-penyelidikan
tertentu terdahulu.
c. Belum ada penyelidikan yang menggunakan sampel atau lokasi
yang telah dikenalpasti.
MENULIS PERNYATAAN MASALAH Berikut adalah garis panduan
berkaitan dengan penulisan pernyataan masalah:
1. Perlu dinyatakan dengan tepat dan jelas.
2. Harus menjelaskan apa yang hendak diselidik, cara menyelidik
masalah yang dikenal
pasti serta batasan seperti setakat mana penyelidikan perlu
dilakukan.
3. Menghadkan bidang penyelidikan dengan menjuruskan masalah
kepada bidang-bidang
yang lebih kecil.
4. Mengandungi penjelasan berkenaan pembolehubah atau
istilah.
5. Menilai andaian-andaian yang digunakan dengan memberi bukti
yang menyokong
andaian.
6. Dinyatakan dalam bentuk operasi.
Contoh: Kesan masa latihan menulis ke atas pencapaian pelajar
tingkatan 1 dalam
penulisan karangan.
7. Dinyatakan dalam bentuk hubungan antara dua pemboleh
ubah.
8. Dinyatakan dalam bentuk soalan.
Contoh: Adakah jumlah masa latuhan mengura memberi kesan ke atas
pencapaian
pelajar tingkatan 1 dalam ujian Matematik.
Maka, secara amnya, seuatu pernyataan masalah akan:
a. membincangkan isu-isu umum tentang masalah
-
b. menghuraikan masalah dan hubungan antara pemboleh ubah
c. menghuraikan beberapa penyelidikan lalu yang berkaitan dengan
masalah
d. membincangkan kekurangan dalam penyelidikan lalu
e. menutup dengan persoalan yang perlu dijawab.
Mengikut Creswell(2005), elemen-elemen yang seharusnya ada dalam
sesuatu penyataan
masalah ialah:
a. tajuk atau perkara yang dikaji
b. masalah yang dikaji
c. bukti bagi menjustifikasikan pemilihan pemasalahan
penyelidikan berkenaan, iaitu bukti
berdasarkan karya atau literatur atau bukti daripada
pengalaman-pengalaman praktikal
d. kekurangan dalam bukti berkaitan dengan perkara menjadi fokus
penyelidikan iaitu
bukti-bukti yang sedia ada, apa yang tertinggal atau apa yang
masih perludiketahui
dengan lebih lanjut
e. sasaran penyelidikan, iaitu bagaimana tindakan menangani apa
yang perlu diketahui
dapat membantu penyelidik, pendidik, perancang serta individu
atau kelompok lain
yang berkepentingan.
Sumber:
Penyelidikan Dalam Pendidikan
Noraini Idris 2010
-
CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
KEPERLUAN PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM DALAM MENANGANI
MASALAH KEMURUNGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN
ABDUL AZIZ SHAH,SHAH ALAM,SELANGOR DARUL EHSAN,MALAYSIA.
1.1 Pernyataan Masalah
Bertolak daripada masalah kemurungan yang melanda para pelajar
dewasa ini, maka
penyelidik merasakan wujudkan keperluan kaunseling Islam
menangani masalah pelajar yang
mengalami kemurungan. Dengan ini kajian yang akan dilakukan
penyelidik akan dapat
menjawab pelbagai persoalan berkaitan kaunseling Islam dan
masalah kemurungan pelajar.
Penyelidik juga berusaha meninjau sejauh mana kaunseling Islam
dapat dilaksanakan di
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam,
Selangor Darul
Ehsan,Malaysia (PSA) bagi membantu pelajar menangani masalah
kemurungan yang
dihadapi.
1.2 Persoalan Kajian
i. Bagaimanakah konsep kaunseling yang digunakan bagi menangani
masalah kemurungan
pelajar?
ii. Bagaimanakah latarbelakang pelajar yang mengalami
kemurunagan?
iii. Apakah faktor-faktor penyebab kemurungan pelajar?
iv. Apakah salah laku yang dilakukan pelajar kemurungan?
v. Apakah keperluan pendekatan kaunseling Islam dalam menangani
masalah kemurungan
pelajar?
1.3 Objektif Kajian
Berdasarkan temu bual penyelidik bersama kaunselor/Pegawai
Psikologi PSA mendapati
mereka lebih selesa menggunakan pendekatan Roger dan Rational,
Emotional, Behavior
Therapy (REBT). Namun demikian, menurutnya lagi, pendekatan ini
disesuaikan dengan
latar belakang klien dan masalah yang dihadapi. Adalah didapati
bahawa sekitar 40% kes
yang dikendalikan berkaitan masalah ponteng kelas, masalah
pembelajaran, pergaulan rakan
sebaya, dan masalah keluarga yang mengakibatkan pelajar tidak
ada motivasi untuk
meneruskan pembelajaran atau pengajian dan sebagainya. Bilangan
gender pelajar lelaki dan
-
perempuan tidak menunjukkan perbezaan yang nyata. Hanya 30%
pelajar dirujuk atas
kesalahan ponteng kuliah, merokok, tidak membuat tugasan dan
sebagainya. Walau
bagaimanapun bagi menghadapi pelajar yang sukar untuk
berkomunikasi, kaunselor akan
menggunakan terapi seni dan mengisi borang soal selidik agar
klien lebih bersedia untuk
berkongsi permasalahan yang sedang dihadapinya.
Penyelidik mendapati sepanjang temu bual tersebut, kaunselotr
atau pegawai
psikologi tidak menggunakan pendekatan kaunseling Islam semasa
sesi kaunseling
dijalankan. Oleh itu penyelidik bertanggungjawab untuk membantu
pelajar menangani
masalah dengan menggunakan pendekatan kaunseling Islam agar
masalah yang dihadapi
sebenarnya yang berpunca dari kosongan jiwa, atau dalam erti
kata penyakit kejiwaan hanya
boleh dirawat dengan pengisin rohani.
Objektif kajian ini ialah:
i. Menjelaskan konsep pendekatan kaunseling yang digunakan di
PSA.
ii. Mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami masalah
kemurungan.
iii. Menghuraikan faktor-faktor penyebab kemurungan.
iv. Menganalisis tingkah laku yang dilakukan pelajar
kemurungan.
v. Menganalisis keperluan pendekatan kaunseling Islam.
1.4 Metodologi Kajian
1.4.1 Reka Bentuk Kajian
Penyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan
kajian tinjauan.
1.4.2 Lokasi Kajian
Lokasi penyelidikan ialah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,Malaysia.
1.4.3 Sampel Kajian
Sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Ini
berdasarkan kepada pendapat Chua
Yan Piaw bahawa persampelan bertujuan (Purposive sampling)
merujuk kepada prosedur
persampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri
tertentu dipilih sebagai
responden kajian. Oleh yang demikin, penyelidikan ini
menggunakan persampelan bertujuan
-
yang mana hanya pelajar kemurungan yang dikenal pasti melalui
soal selidik inventori Beck
akan dipilih sebagai sampel kajian.
1.4.4 Pengumpulan Data
Patton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu
temu bual formal, temu bual
tidak formal dan temu bual terbuka. Merriem (1998) menyatakan
pula terdapat tiga jenis
temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa
berstruktur dan temu bual tidak
berstruktur.
Dalam penyelidikan ini, penyelidik akan menggunakan kaedah
kulitatif iaitu temu
bual dengan kaunselor dan sampel untuk mendapatkan data serta
maklumat. Temu bual
secara separa berstruktur dengan menggunakan protokol temu bual.
Soalan temu bual dibina
oleh penyelidik berdasarkan persoalan kajian seperti profil
pelajar kemurungan, faktor-faktor
penyebab kemurungan dan salah laku yang dilakukan pelajar yang
mengalami kemurungan.
Kajian kepustakaan juga digunakan bagi memperoleh kajian lepas
berkaitan
pendekatan kaunseling, pendekatan kaunseling Islam dan masalah
kemurungan meliputi
faktor penyebab kemurungan, salah laku yang dilakukan pelajar
mengalami kemungan.
Manakala kaedah kauntitaitf juga berbentuk soal selidik akan
digunakan bagi
mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami kemurungan,
menganalisis faktor-
faktor penyebab berlakunya kemurungan, salah laku yang dilakukan
pelajar yang mengalami
kemurungan. Soal selidik Inventori Beck yang diubahsuai .
1.3.5 Penganalisisan Data
Data yang diperolehi akan diproses dengan menggunakan program
Statistic Package for
Sosial Science (SPSS).
1.5 Limitasi Kajian
Kajian ini hanya akan melibatkan pelajar Islam Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz
Shah yang mengalami masalah kemurungan.
1.6 Tinjauan Literatur
1.6.1 Pendekatan Kaunseling
-
Kaunseling merupakan satu bentuk perkhidmatan perhubungan di
antara seorang klien
yangmempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor
terlatih untuk membantu klien
bagi mengatasi masalah yang dihadapinya. Justeru antara masalah
yang dihadapi ialah
penerokaan diri dan emosi, menilai persepsi, interaksi orang
lain, penentuan masa hadapan
sebagainya.
Menurut Suradi Salim (1996) kaunseling ialah satu perhubungan
yang dicirikan oleh
keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolehkan
pelajar memperolehi
kestailan intelek dan emosi yang dengannya dia boleh
menyelesaikan masalah atau
kemusykilan, membuat rancangan dan memperoleh
kepuasan kendiri yang lebih tinggi .
Kaunselor yang dianggap sebagai profesional ialah individu yang
mendapat
latihan dari segi teori dan praktik dalam bidang kaunseling.
Sifat-sifat atau ciri-ciri kaunselor
Islam dirujuk kepada sifat-sifat kenabian. Dengan sifat-sifat
kenabian sahajalah seseorang
kaunselor itu boleh memainkan peranannya dengan sempurna.
Kecekapan seorang kaunselor harus merujuk kepada Association For
Spititual ,
Ethical and Relidions Value in Counseling (1995). Antara lain
menjelaskan kaunselor yang
menggunakan dimensi agama dan sipiritual perlu mempunyai
beberapa kebolehan seperti:
i. Dapat memahami perbezaan dan persamaan di antara agama dan
spiritual.
ii. Berupaya untuk menghuraikan kepercayaan agama, spiritual dan
amalan dalam konteks
budaya.
iii. Mengambil bahagian dan mempraktikkan sesuatu kepercayaan
agama dan spiritual yang
dapat menpertingkatkan sensitiviti, kefahaman dan penerimaan
dalam sistem kepercayaan
tertentu.
iv. Memperlihatkan penerimaan dan sensitif kepada kepelbagaian
agama dan ekspresi spiritual
dalam komunikasi klien.
v. Menentukan had-had tertentu atau limitasi pemahaman pegangan
agama dan
ekspresi spiritual klien.
vi. Menilai kesesuaian agama dan tema spiritual dalam proses
kaunseling yang memberikan
kebaikan kepada klien dan pilihan yang dibuat oleh klien.
-
1.6.2 Pendekatan Kaunseling Islam
Kaunseling dalam Islam mempunyai pengertian dan kedudukan
tersendiri. Ini bersesuaian
dengan syariat Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan
al-Sunnah. Pelaksanaan
kaunseling menurut Islam mestilah berdasarkan syariat dan
bukannya sekadar proses
menolong dan membantu individu tersebut menyesuaikan diri dengan
pelbagai masalah yang
dihadapinya mengikut pendekatan Barat semata-
mata (Salasiah, Zainab , Adawiyah , Nadhirah, 2011) .
Bagi Dr. Hasan Langgulung(1997), kaunseling Islam ialah, satu
proses pengajaran
dan pembelajaran psiko-sosial yang berlaku dalam bentuk
bersemuka (face to face) anatara
kaunselor dan klien. Dalam proses ini diaplikasikan pelbagai
teknik dan kaedah yang
profesional yang bertujuan menolong klien menyelesaikan masalah,
mengenali diri,
memahami kebolehan-kebolehan kendiri, menggalakkan klien untuk
menerima qada dan
qadar Allah S.W.T serta membuat keputusan berpandukan syariah
Allah sehingga ia (klien)
sendiri menghendaki yang halal dan meninggalkan yang haram
bersama keredaan Allah
S.W.T
Kaunseling Islam bukan sahaja merupakan satu perkhidmatan
perhubungan diantara
seorang klien yang mempunyai masalah psikologi dengan seorang
kaunselor terlatih untuk
membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi tetapi
mencakupi hal-hal berkaitan
dengan keimanan seseorang seperti ketuhana, alam akhirat, dosa,
pahala , syurga, neraka, hari
kiamat, untung baik, untung jahat dan sebagainya
(Kamal,1995)
Kaunseling Islam boleh ditarifkan sebagai usaha membantu klien
menangani
permasalahan kehidupan termasuk kejiwaan dengan
menghubungkaitkan hubungan dengan
Allah S.W.T . Terapi solat, wirid , doa dapat membantu
memberikan ketenangan kepada
klien untuk menghadapai masalah semasa dan menyelesaikan sendiri
masalah di masa
hadapan.
Menurut Imam a-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin dalam Mardzelah
(2003), proses
kaunseling disebut sebagai Hisbat iaitu arahan mengerjakan
kebaikan dan menegah
kemungkaran bagi mencapai keredaan Allah S.W.T . Ini menjelaskan
bahawa pendekatan
Hisbat dalam Kaunseling Islam sebenarnya merangkumi matlamat
kaunseling yang
-
berteraskan kepada konsep tolong menolong ke arah kebaikan dan
menjauhi kemngkaran
atau dikenali sebagai al-amr bi al-maruf wa al-nahy an
al-munkar.
Definisi- definisi yang diutarakan di atas merangkumi aspek
perhubungan,
pendekatan psikologi, perubahan tingkah laku, serta
dimensi-dimensi lain yang menjadi
pengenalan asas kepada prinsip kaunseling. Sifat-sifat yang
wajib ada pada seseorang
kaunselor Islam ialah sidiq, amanah, tabligh dan fatanah .
Rasulullah S.A.W merupakan
seorang kaunselor contoh yang harus diteladani oleh semua
kaunselor (Mohamed Sharif,
1998). Berikut dibincangkan sifat-sifat dan konsep utama yang
harus menjadi landasan
kepada tugas-tugas seorang kaunselor Islam :
i. Beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T
ii. Jujur dan Ikhlas
iii. Benar (Sidiq)
iv. Berani
v. Adil
vi. Pemurah dan ramah-tamah
vii. Sabar dan tenang
viii. Adab dan akhlak
ix. Percakapan yang baik
x. Tidak munafik
xi. Menepati janji
Bagi Asmah Bee (2004) berpendapat, seorang kaunselor Islam perlu
melengkapkan
dirinya dengan pengetahuan asas berhubung dengan pengetahuan
Islam. Yang jelas ialah apa
yang paling asas adalah menyedari kekuatan manusia tidak boleh
menandingi kekuatan Allah
S.W.T. Proses kaunseling perlulah melalui beberapa prinsip yang
telah ditetapkan oleh Islam
iaitu sorang kaunselor harus sentiasa peka dengan Firman Allah
S.W.T yang bermaksud:
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu ketahui ,
kerana
sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semuanya
itu akan
dipertanggungjawabkan. Al-Isra: 36.
Antara matlamat kaunseling Islam , Imam al-Ghazali (Kamal Abdul
Manaf, 2000) :
-
i. Mengembangkan personaliti individu ke arah yang positif untk
menyelesaikan segala
kerumitan dengan berkesan dalam kehidupannya.
ii. Membantu individu menyesuaikan dirinya dengan masyarakat dan
menuruti masyarakat
melalui perkembangan konsep kendiri.
iii. Membekalkan pengalaman-pengamalan baru yang dapat
mewujudkan peluang-peluang
kepada klien supaya mereka memahami perbezaan diri mereka dengan
kehidupan.
iv. Membantu klien memahami diri sendiri dan menyesuaikan
dirinya dengan persekitaran serta
orang lain.
v. Dalam Islam, matlamat akhir seseorang insan adalah untuk
berjaya menjadi khalifah Allah
S.W.T di bumi ini dan beribadat kepada-Nya. Seseorang kaunselor
mesti memahami
matlamat khususnya yang terakhir ini.
Manakala Imam al-Ghazali berpandangan bahawa proses kaunseling
tidak
memerlukan seseorang kaunselor menyediakan sesuatu jawapan yang
khusus untuk sesuatu
permasalahan, atau untuk mengubah sesuatu tingkah laku yang
tertentu. Sebaliknya
kaunselor membantu klien berasa lebih terbuka terhadap pelbagai
pengalaman mereka dan
dapat menerima orang lain. Perubahan klien ini boleh dilihat
sebagai seorang yang lebih
sosial dan matang. Justeru Imam al-Ghazali menganjurkan supaya
kaunselor membantu klien
melalui beberapa kaedah:
i. Menjadikannya normal supaya mereka mengenali diri dan
persekitaran mereka.
ii. Membantu klien menemui cara-cara atau pendekatan yang lebih
baik
untuk mereka menyelesaikan kerumitan yang dihadapi.
Berdasarkan anjuran ini , maka kaunselor tidak perlu menyediakan
jawapan yang
khusus untuk sesuatu tingkah laku tertentu yang perlu dilakukan
klien
sebagai matlamat kaunseling.
Menurut Yatimah dan Mohd. Tajudin (2008), proses kaunseling
model al-Ghazali
merangkumi aspek-aspek musyararah ( menetapkan syarat),
muraqabah (audit atau
semakan), muaqabah ( dendaan), mujahadah (bersungguh-sungguh)
dan muatabah (celaan)
.
Langkah-langkah kaunselign model al-Ghazali bagi proses membantu
klien atau
orang bermasalah menurut al-Ghazali adalah seperti berikut:
i. Langkah 1: Pengenalan dan bina hubungan
-
ii. Langkah 2: Meneroka diri dan masalah
iii. Langkah 3: Mengenal pasti punca dan jenis masalah.
iv. Langkah 4: Memberi ubat yang sesuai dengan penyakit
v. Langkah 5: Penilaian
Manakala menurut Salaiah et.al (2011) kemahiran kaunseling yang
boleh
digunakan ialah :
i. Kemahiran menyoal
ii. Kemahiran membuat dorongan minimum
iii. Kemahiran membuat konfrantasi
iv. Kemahiran refleksi emosi
v. Kemahiran refleksi pengalaman
vi. kemahiran membuat prafrasa
vi. Kemahiran membuat rumusan besar
Berdasarkan kepada kedua-dua model di atas menunjukkan adanya
sedikit
perbezaan.Bagi al-Ghazali, ia lebih menumpukan kepada proses
membantu klien
menggunakan pendekatan Islam dan menumpukan kepada klien
beragama Islam. Ini kerana
menurut al-Ghazali, masalah yang dihadapi oleh manusia berpunca
daripada tidak memahami
tujuan sebenar kehidupan iaitu mengabdikan diri kepada
Allah.
Surah al-Anbiya ayat 7
Bermaksud: maka bertanyalah kamu kepada ahl al-Dhikr, jika kamu
tidak mengetahui.
Menurut al-imam Nawawi
Maksudnya: Digalakkan kepada sesiapa yang menghadapi masalah
berbincang
mengenainya dengan sesiapa yang ia percaya sama ada dari aspek
agamnaya,
pengalamannya, kecerdikannya, kebijaksanaannya, kewarakannya
serta ketelusannya
(empati).
Berdasarkan penelitian terhadap hadis-hadis kaunseling dapat
disimpulkan di sini
bahawa kaunseling Islam mengemukakan satu pendekatan yang
berorientasikan pembersihan
rohani sebagai suatu kaedah bagi menyelesaikan masalah
kecelaruan jiwa . Pendedahan
-
terhadap amalan-amalan tertentu sebagaimana dikemukakan oleh
Rasulllah S.A.W untuk
para sahabat yang menghadapi tekanan perasaan, menjelaskan
bahawa dalam konteks
kaunseling Islam penyelesaian masalah bukan sahaja bergantung
kepada tindakan klien
semata-mata tetapi juga berhubung rapat dengan dimensi ketuhanan
dan kerohanian.
Pendekatan kaunseling Islam dan juga amalan-amalan seperti
solat, doa, zikir
tersebut amat sesuai disarankan kepada klien dalam usaha
mengatasi setiap masalah atau
menangani masalah kemurungan dan menghindari klien daripada
terus
mengalami kesedihan.
Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Aku, nescaya akan
Kuperkenanakan
bagimu.sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari
menyembah Aku
(berdoa) alan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dan
dina.
Hadis yang menganjurkan setiap individu berdoa apabila
menghadapi masalah atau
apa jua konflik yang menimpa:
Maksudnya: tidak ditimpakan kebimbangan dan kesedihan seseorang
kamu, lalu ia
berkataWahai Tuhanku, aku hamba-Mu, anak- anak dari hamba-Mu,
anak daripada hamba
perempuan-Mu, ubun-ubunya dalam gengaman-Mu berlaku padaku
hukum-Mu, adil segala
ketentuan-Mu, aku bermohon pada-Mu dengan segala nama yang
engkau namakan dari
diriMu, yang engkau turunkan dalam kitab-Mu, yang telah engkau
ajarkannya kepada
seseorang dari makhluk-Mu, Engkau sendiri yang mengetahuinya
dalam ilmu ghaib-Mu,
agar Engkau jadikan al-Quran sebagai cahaya penerang dan
penyejuk hatiku, penghilang
dukalara, resah gelisah dan pengikis kebimbanganku.. (H.R.
Bukhari)
Menurut Mohamed Sharif (1998) doa adalah jalan yang disediakan
oleh Allah S.W.T
bagi umahnya meminta sesuatu daripada-Nya, tidak kira sama ada
yang berkaitan dengan
fizikal ataupun spiritual. Dengan menyebut nama Allah melalui
zikir dan meminta limpah
kurnia-Nya melalui doa adalah cara yang sebaik-baiknya bagi
seseorang individu mencari
ketenangan hidup.
-
Doa
Dalam surah Ghafir ayat 60 : Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah
kepada-Ku, nescaya
Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang
menyombongkan diri dari
menyembah-Ku (berdoa) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan
hina dina.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka
(jawablah),
bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang
yang berdoa apabila
ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala
perintah-Ku) dan
hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada
dalam kebenaran (Al-
Baqarah:186)
Menurut Zakiah Drajat (dalam M. Darojat , 2006) doa dapat
memberikan rasa
optimis, semangat hidup dan menghilangkan perasaan putusasa
ketika seseorang menghadapi
masalah. Doa mempunyai makna penyembuhan bagi stres dan gangguan
kejiwaan. Doa juga
mengundang manfaat untuk pencegahan terhadap terjadinya
kegoncangan jiwa dan gangguan
kejiwaan.
Zikir
Zikir (a-dhikr) mengingati Allah juga merupakan suatu bentuk
rawatan ronahi yang
amat berguna untun mengembalikan ketenagan dan ketenteraman
jiwa. Apabila dilaksanakan
secara berterusan (iltizam) dan dengan hati yang ikhlas, ia
mendatangkan kesan yang tidak
terhingga kepada peribadi dan tingkah laku manusia. Ia juga
sebagai perisai yang dapat
menghalang manusia daripada gangguan iblis dan syaitan .
(al-Quran :Ar- Rad: 28)
Istigafar:
Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan ke atas pelajar yang
menjalani proses
rawatan pendekatan kaunseling Islam iaitu wirid, doa dan
muhasabah diri mendapati rawatan
ini dapat mengembalikan keyakinan sampel penyelidikan yang
akhirnya dapat mengurangkan
masalah kemuruangan yang mana setanding dengan terapi Barat
(Iran Herman, Asmah Bee:
2003)
-
Penyelidik berkeyakinan bahawa rawatan melalui pendekatan Islam
seperti doa,
wirid dan solat dapat memberikan semangat baru yang lebih
positif dalam menghadapi
kehidupan dan cabaran masa hadapan.
1.6.3 Kemurungan
Olthman dan Emely (1998) mendefinisikan kemurungan sebagai
:Depression can
refer to either to a mood or clinical syndrome a combination of
emotional, cognitive and
behavioral syamptoms. Kemurungan bukan sahaja berlaku dalam
kalangan kanak-kanak,
malah ia boleh dialami dalam pelbagai peringkat usia dan gender.
Menurut Kauffman (2001)
kemurungan di kalangan kanak-kanak merupakan satu isu yang
kontroversial sejak beberapa
dekad yang lalu.
Kemurungan juga dianggap sebagai penyakit zaman ini. Ianya tidak
hanya berbahaya
secara kejiwaan tetapi boleh juga merosakkan aspek fizikal.
Gangguan kemurungan adalah
berberapa bentuk penyakit kejiwaan,kecanduan dadah, gangguan
tidur, gangguan pada kulit ,
perut dan tekanan darah dan akhirnya boleh bertindak agresif
seperti membunuh orang atau
membunuh diri.
Menurut Mohd. Sufian (2004), kemurungan adalah suatu masalah
yang tidak
seimbang emosi yang mana biasanya dialami manusia yang berdepan
dengan kekecewaan
atau tekanan dalam kehidupan harian mereka. Menurut kajian yang
dijalankan oleh
Turkington dan Kaplan (1997) dalam See Ching Mey, (2005)
mendapati bahawa apabila
seseoang yang mencapai umur 15 tahun satu daripada lima remaja
akan mengalami
kemurungan. Menurut Bachanas dan Kaslow (2001) kemurungan dalam
kalangan remaja
memerlukan perhatian dan intervensi yang baik.
Kemurungan merupakan satu sindrom klinikal yang menggabungkan
kombinasi
emosi, kognitif dan juga simptom-simptom tingkah laku (
Oltmanns&Emery, 1995) . Ia juga merupakan gangguan dan
kecelaruan perasaan dan
termasuk penyakit minda yang memberi kesan psikologi yang mana
penghidapnya akan
bertingkah laku suka menyalahkan diri sendiri , keliru dan
merasakan tiada peluang hidup.
Menurut Bachanas dan Kaslow (2001), kemurungan dalam kalangan
remaja
memerlukan perhatian dan intervensi yang baik. Menurut kajian
yang dijalankan oleh
Turkington & Kaplan (dalam See Ching Mey, 2005) mendapati
bahawa apabila
-
seseorang yang mencapai umur 15 tahun satu daripada lima orang
remaja akan mengalami
kemurungan.
Menurut Iran Heman (2003) kajian-kajian yang dilakukan terhadap
fenomena
kemurungan ini meliputi pelbagai tahap umur dari peringkat
kanak-kanak hinggalah ke
peringkat dewasa. Pada peringkat kanak-kanak kemurungan sebagai
suatu masalah klinik
kurang diberi perhatian.
Manakala Iran Herman (2005) kajian-kajian lepas yang dilakukan
terhadap
fenomena-fenomena kemurungan ini meliputi tahap umur dari
peringkat kanak-kanak
sehinggalah ke peringkat dewasa. Pada peringkat kanak-kanak
kemurungan sebagai suatu
masalah klinikal kurang diberikan perhatian. Mengikut kajian Lee
(1987) dalam Mohammad
Alfian ( 2006 ) mendapati 140 pelajar tahun empat universiti
menunjukkan pelajar
ini mengalami kemurungan yang disebabkan kesunyian emosi dan
kesunyian sosial.
Dalam bidang psikiatri pula masalah ini tidak mendapat perhatian
yang serius dari mana-
mana pihak sehingga lewat tahun 1970-an (Iran Herman, 2003).
Kesukaran mendefinisikan
secara operasional simptom kemurungan juga dan dalam menentukan
kemurungan pada
kanak-kanak dikatakan halangan yang besar kepada penyelidikan
dalam bidang ini.
Walau bagaimanapun, situasi ini telah berubah dengan cepat dan
ia telah menjadi satu
usaha dan bidang kajian yang besar apabila masalah kanak-kanak
mula diberikan perhatian
khusunya di Amerika Syarikat (Schulterbandt dan Raskin, 1977)
.
Menurut Jamaludin et al. (2010 ) terdapat beberapa simptom
kemurungan bagi
mengenal pasti sama ada seseorang itu mengalami sindrom
kemurungan atau
tidak. Simptom-simptom ini terbahagi kepada empat aspek utama
iaitu afektif, kognitif,
tingkah laku dan fisiologi. Setiap aspek ini berkait antara satu
sama lain. Menurut Mohd.
Farhan dan Uzair (2008) faktor utama yang menyebabkan kemurungan
pelajar adalah faktor
kepenatan diikuti oleh faktor motivasi akademik, kognitif dan
emosi.
Menurut Al-Kindi ( dalam Rizal:2009) kemurungan berpunca
daripada kegagalan
seseorang untuk mencapai sesuatu yang sangat dihajati dalam
hidupnya. Oleh yang demikian
boleh menyebabkan seseorang itu menghadapi kesediahan dan
kemurungan kerana kehendak
-
manusia itu tiada batasannya sedangkan ia tidak mampu untuk
mencapai atau memenuhi
semua kehendak tersebut.
Menurut Al-Kindi lagi, kemurungan juga boleh berlaku disebabkan
faktor kerosakan,
kebinasaan , kematian atau kehilangan sesuatu yang sangat
disayangi oleh seseorang.
Sementelahan pula semua faktor ini tidak boleh dipertahankan
buat selamanya seperti harta,
orang yang disayangi dan dikasihi, wang ringgit
dan sebagainya.
Kejadian masa lalu seperti kecewa akibat kematian insan yang
akrab dalam kehidupan
klien telah menyebabkannya menghadapi masalah pembelajaran.Di
samping itu faktor
persekitaran kejadian masa lalu seperti jenayah rogol membawa
kepada penyumbang
kemurungan. Kajian oleh Briere (dalam Shazli Ezzat :2006)
membuktikan kaitan rapat yang
wujud antara mangsa dengan kemurungan. Simptom kemurungan yang
dihadapi seperti
berasa sedih, berasa letih sepanjang masa, gagal untuk memberi
tumpuan dan lantaran tidur
yang berlebihan.
Beck (1976) telah menyenaraikan tiga faktor yang menyebabkan
individu mengalami
kemurungan. Faktor-faktornya ialah:
i. Penyalahan diri
ii. Kasihan diri
iii. Rasa kasihan kepada pihak lain.
Menurut Beck (1976) lagi penyalahan diri bermaksud
mempercepatkan
seseorang bersalah kerana kelakuan yang salah. Apabila perasaan
menyalahkan diri ini
wujud dalam diri sendiri, maka ia cenderung untuk terus
menkritik diri dan membenci diri
sendiri.
Sikap seperti ini menyakinkan mereka bahawa diri mereka yang
jahat dan tidak
berguna lagi. Sikap menyalahkan diri sekiranya berterusan akan
menyebabkan individu akan
berasa terganggu dan mungkin berasa ingin menangis, berdiam diri
atau bersedih secara tidak
langsung yang mana akan membawa kepada kemurungan.
-
Faktor-faktor kemurungan dalam kalangan pelajar akan dibahagikan
kepada tiga
faktor utama seperti:
i. Kepenatan disebabkan keletihan, kurang tumpuan terhadap
pembelajaran dan kesukaran menyiapkan tugasan.
ii. Kognitif dan emosi relajar yang tidak terlepas daripada
dibelenggu dengan kekusutan
pemikiran dan emosi dalam kehidupan mereka.
iii. Masalah berkaitan dengan motivasi akademik seperti faktor
berkaitan akademik, masalah
kelas dan masalah motivasi.
Kendatipun Ibu Sina berpendapat penyakit kemurungan yang tidak
ditangani dengan
baik akan meninggalkan kesan ke atas tuntutan biologi seseorang
dan
mendorong kepada perlakuan membunuh diri (Rizal, 2009)
1.6.4 Pandangan Barat tentang Kemurungan Dan Menangani Menurut
Keagamaan
Menurut E. Gilman Stephen , Kawachi Ichiro, M Fitzmaurice
Garrett, dan L
Buka Stephen (2002) sosioekonomi yang rendah semasa zaman
kanak-kanak mempunyai
kaitan berlakunya kemurungan semasa remaja kelak Hasil kajian
yang dijalankan oleh
Mohamed Alfian Haris (2006) mendapati masalah kebimbangan dan
punca utama
ketidakstabilan emosi pelajar disebabkan oleh pendapatan
keluarga .
Manakala menurut Paragament dan Park (1995) telah membuktikan
bahawa amalan
agama dapat mengawal tekanan yang dirasai. Agama dapat digunakan
dengan pelbagai cara
sama ada untuk individu menjadi asertif atau defensif, aktif
atau pasif. Agama berkait rapat
dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan. Menurutnya lagi , agama
memberikan panduan
amalan kehidupan dan tindakan individu pada setiap ketika sama
ada secara perseorangan
atau kolektif.
Menurut Dr. Randy Byrd (dalam Stephen:2009) melaporkan mengenai
eksperimen
yang menarik dalam The Medical Tribune berhubung dengan pesakit
hospital yang sama
-
usia dan keadaan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan
pertama dibacakan doa oleh
beberapa anggota kumpulan yang berdoa, sementara golongan kedua
tidak. Hasil kajian
menunjukkan kumpulan pertama kurang menderita sakit; hanya 3
daripada 16 orang
memerlukan antibiotik; 6 orang menderita pulmonari edema,
berbanding orang dengan 18
orang; dan tidak ada yang perlukan rawatan perubatan;berbanding
12 orang dalam kumpulan
kedua.
Seandainya lebih bersungguh-sungguh dan kerap berdoa dengan
penuh keyakinan
dapat dapat merubah manusia dan manusia boleh membuat perubahan
dalam dirinya. Herbert
Hoover, bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke-31 berkata:
Kuasa doa lebih kuat
daripada kombinasi yang dikawal oleh manusia; kerana doa ialah
terbaik manusia dapat
mengumpulkan sumber-sumber ketuhanan. (Septhen, 2009)
1.7 Kerangka Kerja Teoritikal
Keperluan Pendekatan Kaunseling Islam
-
1.8 Signifikan Kajian
Kajian ini penting untuk mendedahkan keperluan pendekatan
kaunseling Islam dalam
menangani masalah kemurungan pelajar. Pelaksanaan kaunseling
Islam diharapkan dapat
membantu pelajar mengatasi kemurungan tersebut.
Kajian ini juga penting untuk pelajar mengenal pasti emosi yang
boleh membawa
kepada kemurungan dan bertindak untuk mengatasinya agar mereka
meneruskan kehidupan
yang lebih selesa. Sebagai contoh apabila seorang pelajar
mengenal pasti kemurungan yang
sedang dihadapinya khsusnya
1.9 Definisi Operasional
kaunseling Islam
Ishammuddin Ismail (1996) mentakrifkan kaunseling Islam sebagai
suatu proses menolong
dan membantu dengan cara membentuk perhubungan secara bersemuka
antara kaunselor
dengan klien . Dengan kata lain, hubungan tersebut akan
melibatkan penerokaan potensi jati
diri klien bagi mengembangkan semula segala sumber dalaman klien
untuk menerima
kebenaran (al-Haq) serta bertanggungjawab pada diri sendiri
untuk mencari keredaan Allah
S.W.T
Muhd. Mansur Abdullah (1996) pula menyebut kaunseling Islam
ialah suatu proses
aktif yang terjadi antara kedua-dua belah pihak yang dicorakkan
melalui perhubungan yang
intim antara kaunselor dengan klien.Yang nyata ianya bertujuan
menolong menyelesaikan
masalah serta mengubah tingkah laku klien ke arah yang lebih
baik untuk mendapatkan
keredaan Allah S.W.T.
Kaunseling Islam ialah suatu proses pengajaran dan pembelajaran
untuk menolong
individu atau kumpulan individu yang menghadapi masalah
psikologi bagi membuat
keputusan dan membimbing kehidupannya bagi menghadapi
kebahagiaan dunia dan akhirat
berpandukan syariat Islam (Mohd. Sharief:1998)).Dalam kajian ini
penyelidik akan
-
menggunakan pendekatan kaunseling Islam berdasarkan Teori
Kaunseling Islam Al-
Ghazali.
Kemurungan
Kemurungan yang boleh dianggap sebagai suatu perasaan, suatu
sindrom atau suatu penyakit
klinikal (Dacey & Kenny, 1997) . Mana kala menurut Beck
(1976) dalam Iran Herman
(2003) telah menyenaraikan faktor penyalahan diri, kasihan diri
dan rasa kasihan kepada
pihak lain adalah faktor yang menyebabkan kemurungan. Oleh yang
demikian kemurungan
dapat dilihat sebagai suatu sindrom penyakit emosi yang akhirnya
menzahirkan tingkah laku
atau perlakuan seperti ponteng kelas, menyendiri, tidak dapat
menumpukan perhatian
sepenuhnya terhadap pembelajaran dan sebagainya.
Dalam kajian ini kemurungan dilihat
Kesan Kemurungan
Kesan kemurungan yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar
seperti ponteng kuliah, tidak
menumpukan perhatian terhadap pembelajaran, suka berkhayal,
sering datang lewat ke
kuliah, kerap bersendirian dan lain-lain.
Kemurungan seumapama ini boleh mengakibatkan pencapian akademik
terjejas dan ada juga
pelajar mengambil keputusan berhenti daripada meneruskan
pelajaran atau pengajiannya.
Faktor Penyebab Kemurungan
Antara penyebab kemurungan ialah dikeranakan masalah emosi,
masalah pembelajaran,faktor
persekiaran, latar belakang pelajar , masalah keluarga, ,
masalah malu, kebimbangan , tidak
berminat dengan kursus yang diikuti ,percintaan dan
sebagainya.
1.8 Rujukan
BIBLIOGRAFI
Asmah Bee, Mohd. Noor. 1979. Tingkah laku dan masalah seks di
kalangan kaum remaja. Widya,
23 Julai.
-
Asmah Bee, Mohd. Noor, 1979. Kemurungan : Satu pendekatan teori,
Majalah Psikologi, Bil. 10
hal. 87-103
Azalan Afandi. 1998. Peranan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling terhadap
pelajar yang berprestasi rendah ke arah peningkatan pencapaian
akademik. Latihan
Ilmiah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas). Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Azizah Lebai Nordin. 2002. Masalah Disiplin di Kalangan Remaja.
Tesis PhD. Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.
Beck , 1996. Depression Inventor II . Available at:
http://Marketplace psychorp.com/Psyco
psychorp.com/PsychoCprp.com/Cultures/en-US/dotcom
Beck, A.T, 1976. Depression :Cause and treatment. Philadelphia:
University of
Pennsylevinia Press
Corey, G & Corey M.S. 2002. Groups: Process and pratice.
Sixth Ed. Brooks Cole
Thomson Leraning. USA.
Corey, G. 2001. Theory and practice of counseling and
psychostherapy (6th
ed.) and
manual. Pascific Grove, C.A: Brooke / Cole.
Davis , S.F and Palladino, J.J ,1997. Pschology 2. Upper Saddle
River Ner Jersy:Prentice
Hall
Drojat Ariyanto, 2006, Psikoterpi dan doa, SUHUF,Vol.XVIII,No 01
Mei 2006
Erickson, M. T. (1992). Behavior Disorders of Children And
Adolescents: Assesement,
Etiology and Intervention. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall
Inc.
Gorenstein, C.G., Andrade, L., Zanoli, E. Dan Artes, R. 2005 .
Expressive Syamptoms In A
Nonclinical Brazilian Adolescent Sample. The Canadian Journal On
Adolescent I.
63-91
Hassan, Langgulung, 1995. Prof. Dr, Pendidikan Islam dan
Peralihan Paradigmam
Selangor, HIZBI.
Hassan, Langgulung.1997.Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala
Lumpur. D.B.P cet. Ke-2
Hassan, Langgulung ,1983. Teori-teori Kesihatan
Mental:Perbandingan Psikologi Moden
dan Pendekatan-pendekatan Pakar-Pakar Pendidikan Islam .
Selangor, Pustaka
Huda,
-
Ishammudin Ismail 1996. Persepsi Kaunseling Kontemporari. KL ,
Pusat Ilmu Jelatek,
1996.
Muhd. Mansor, Abdullah,1996. Kaunseling: Teori, Proses dan
Kaedah . Selangor, Fajar
Bakti , cet-2.
Jamaluddin Ramli, Azizi Yahya, Nordin Yahaya, Siti Zainab Md
Lazim, 2010 Kemurungan
Dalam Kalangan Penghuni Rumah Anak Yatim DI Daerah Kota Baharu,
Kelantan.
Jurnal
Kamal Abdul Manad (Al_Hakam), Kaunseling isla Perbandaingan
Antara Amalan dan Teori Kaunseling Barat. Utusan Publication dan
Distributor Sdn. Bhd.
M. Darojat Ariyanti , Psikoterapi dengan doa, Jurnal Fakultas
Agama Islam,Surakarta.
Mizan Adiliah. 1998. Kaunseling sekolah dan gejala sosial.
Jurnal PERKAMA 7.
Muhamed Sharif , 1998 Kaunseling Islam, Jurnal Pendidikan,
Universiti Teknologi
Malaysia. Jilid 4. Bil. 1 April 1998 hal 19-30
Muhamed Alfian Harris b. Omar, Muhamed Sharif Mustffa, 2006,
Tahap Kestabilan Emosi
Pelajar di Sebuah Kolej Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam
: Satu
Tinjaua, Jurnal Fakulti Pendidikan UTM , Skudai.
Mohd. Farhan Uzair bin Paisan, 2008 . Tinjauan Terhadap
Kemurungan Dalam Kalangan
Pelajar Di Universiti Tun Hussein Onn, Tesis Sarjana Universiti
Tun Hussein Onn.
Muhammad Alfian Hariss , Muhamed sharif Mustaffa ,2006. Tahap
kestabilan emosi
pelajar di sebuah kolej kediaman institusi pengajian tinggi
awam: satu tinjauan. In:
National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9
August 2006,
Kuala Lumpur, Malaysia
.
Oltmans , T.F., and Emery, R.E (1998), Abnormal Psychology upper
Saddle
River,NJ,:Prentic Hall. Cet. 2.
Rizal, Abu Bakar, Kaunseling Daripada Perspektif Islam Apa,
Mengapa dan Bagaimana.
2009. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur.
Schulterbandt.J.G & Raskin A. (1977) Depression In
Childhood:Diagnosis. Treatmen And
Conceptual Models. New York: Revan Press
-
Shazli Ezzat Ghazali, Pommusamy S, Normah Che Din dan Nik
Faridah Yousef Mohd
Khan,2006. Kesejahteraan Psikologi, kemurungan dan Sokongan
Sosial di
Kalangan Mangsa Rogol , Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 4 (1.)
2006:99-106,
Uuniversiti Kebangsaan Malaysia.
Salasiah Hanim Hamjah, Zainab Ismail, Asawiyah Ismail, Nadhirah
Muhammag Arib, 2011. Kaedah Penerapan Ibadah dalam Kaunseling: Satu
Tinjauan Awal. Jurnal,
Perkama International Convention.
Syed Hasan Ahmad, Asmah Bee,2003. Menangani Kemurungan Melalui
Kaunseling
Berperspektif Islam , Prosiding Seminar Kaunseling Berperspektif
Islam.
Wan Abd. Kader& Ismail Abdul Ghani, Dakwah dan Kaunseling
Islam, Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2006
Yatimah Sarmani & Mohd. Tajudin Haji Ninggal, 2003,
Kaunseling Islam Dalam Membina
Masyarakt Madani. Kertas Kerja dibentangkan di Konvensyen
PERKAMA kali ke
XI, Hotel Eden Garden , Johor Bahru (25-27 Jun 2003).
Yatimah Sarmani , 2005. Pendekatan Kaunseling Islam: Satu
Analisis Kualitatif Model
Kaunseling Berasaskan Sifat-Sifat Manusia Oleh Imam Ghazali.
Tesis Doktor
Falsafah tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai , Johor.
Zainab Ismail , 2001, Tesis PhD USM
Zuria Mahmud, Noriah Mohd. Ishak & Noriah Bachok. 2003.
Strategi kaunseling untuk
menangani tingkah laku bsermasalah di kalangan pelajar sekolah
menengah: Satu tinjaun
literatur. Konvensyen PERKAMA Kali Ke XI. Hotel Eden Garden,
Johor Bharu. 25-27Jun
-
1.1 Organisasi Bab Tesis
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
JADUAL TRANSLITERASI
SENARAI JUDUL
SENARAI ILUSTRASI
SENARAI SINGKATAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Objektif Kajian
1.6 Limitasi Kajian
1.7 Kerangaka Konseptual
1.8 Definisi Operasi Kajian
BAB II ASAS AMALAN DAN KAUNSELING ISALM DALAM MENANGANI
MASALAH KEMURUNGAN
2.1 Pengenalan
2.2 Faktor yang Mempengaruhi Kemurungan
2.2.1 Keluarga
2.2.2 Masalah pembelajaran
2.2.3 Masalah sosial
2.2.4 Masalah kewangan
2.3 Asas Amalan Kaunseling Islam
2.4 Proses Kaunseling Islam dalam Menangani Kemurungan
2.4.1 Definisi Kaunseling Islam
2.4.2 Proses kaunseling Islam Menagani Kemurunga
-
2.5 Nilai Dakwah/Rawatan Rohani dalam Proses Kaunseling
Islam
2.5.1 Definisi Dakwah
2.5.2 Nilai Dakwah dalam Proses Kaunseling Islam
2.6 Etika Kaunselor Muslim
2.7 Rumusan
BAB 3: ORGANISASI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ
SHAH DAN JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
3.1 Pengenalan
3.2 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
3.3 Jabatan Kejuruteraan Elektrik
3.4 Unit Bimbingan dan Kaunseling
3.5 Latar Belakang Kaunselor
3.6 Rumusan
BAB 4: LATAR BELAKANG SOSIO DEMOGRAFI DAN MASALAH KEMURUNGAN
PELAJAR
4.1 Pengenalan
4.2 Jumlah dan taburan responden
4.3 Latar belakang Responden
4.3.1 Umur dan Jantina
4.3.2 Latar belakang Pendidikan Keluarga
4.3.3 Pekerjaan Ibu Bapa
4.3.4 Pendapatan keluarga
4.4 Rumusan
BAB 5: PROSES KAUNSELING DALAM KALANGAN PELAJAR YANG
MENGALAMI KEMURUNGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Persediaan Untuk Sesi Kaunseling
-
5.3 Langkah Dalam Proses Kaunseling
5.3.1 Mengenal Pasti Identiti dan Menerima Responden
5.3.2 Mewujudkan Suasana Mesra
5.3.3 Mendengar dan Menentukan Masalah
5.3.4 Merumuskan Kesimpulan Sementera
5.3.5 Membantu Responden Memecahkan Masalah dan Membuat
Keputusan
5.3.6 Memberi penerangan Kepada Responden
5.4 Kekerapan Responden menyertai Sesi Kaunseling
5.5 Keputusan Responden Selepas Menyertai Sesi Kaunseling
5.5.1 Meneruskan pengajian
5.5.2 Berjanji Akan Berubah
5.5.3 Boleh Menerima Permasalah Keluarga
5.54 Lebih Termotivasi
5.6 Aplikasi Dakwah Islamiah/ Rawatan Rohani Dalam Proses
Kaunseling
5.6.1 Hak dan Tanggungjawab Pelajar
5.6.2 Hukum Hakam Bertingkah Laku negetif
5.6.3 Kelebihan Berzikir
5.6.4 kelebihan Doa
5.6.5 Kelebihan Berwirid
5.7 Rumusan
BAB 6: PENUTUP
6.1 Pengenalan
6.2 Ringkasan Hasil Kajian
6.2.1 Proses Kaunseling dan Perlaksanaannya
6.2.2 Aplikasi Dakwah Islamiah/ Rawatan Islam dalam
Kaunseling
6.2.3 Latar belakang Pegawai Psikologi
6.2.4 Latar Belakang Pelajar Yang Mengalami Kemurungan
6.2.5 Kemurungan
6.2.6 Faktor Kejayaan / Kegagalan Kaunseling
6.3 Implikasi Hasil Kajian
6.4 Cadangan
6.5 Cadangan Kajian Akan Datang
-
RUJUKAN
LAMPIRAN
1.9 Milestone
NO PERANCANGAN
1 Semester 1: September- November Kertas Cadangan Proposal
Disember : Pembentangan Kertas Cadangan Proposal
Semester 2: Januari : Mengumpulkan dan mengolah bahan
penyelidikan Februari: Temu bual dengan kaunselor untuk mendapatkan
maklumat pelajar yang mengalami kemurungan. Mac: Membuat soal
selidik April: Mengedarkan borang soal selidik April Ogos :
Mengadakan sesi kaunseling pendekatan Islam menurut teori
al-Ghazali
Semester 3: September : Mendapatkan hasil dapatan kaunseling
Islam yang dijalankan ke atas responden. Oktober- Disember :
Menganalisis dapatan kajian.
Semester 4: Pembentangan Hasil Kajian dan memperbaiki kajian
jika perlu Semester 5: Penyerahan tesis untuk kegunaan VIVA
Semester 6: VIVA
1.2 Jangkaan Penerbitan
Penerbitan dijangkakan pada akhir semester setelah menyelesaikan
penambahbaikan jika
berkaitan.
(sumber:Mahnessa A. Kadir: Contoh Sebuah Proposal)