7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 1/19 PERNIAGAAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (EPPD2033) Tugasan/ Projek Berkumpulan: Perlaksanaan Sistem Agihan Zakat dan Statistik Agihan bagi Pusat Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Disediakan Oleh: NORHAZALILA BINTI OSMAN (GA01616) SITI KHADIJAH BINTI KAMARUDDIN (GA01664) SITI NUR FARHANA BUX BT SHEIKH RAZALI BUX (GA01653) Disediakan Untuk: PROF.MADYA DR.MOHD HIZAM HANAFIAH
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Zakat merupakan tunggak ekonomi umat islam. Zakat menjadi salah satu rukun Islam yang
wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam yang berkemampuan. Penulisan atau kajian ini berharap dapat memberikan pemahaman dan penjelasan kepada masyarakat Islam tentang
peruntukan agihan zakat. Disamping itu, secara tidak langsung, penulisan ini juga dapat
memberikan keyakinan kepada pembayar zakat untuk terus membayar zakat kepada institusi
formal dan dalam pada masa yang sama dapat melonjakkan hasil kutipan zakat setiap tahun.
Selain itu, penulisan ini juga menerangkan serba sedikit mengenai isu-isu yang timbul
dalam pengagihan zakat khususya yang dilaksanakan oleh pihak baitumal daripada Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pelbagai perubahan dan perkembangan
yang telah berlaku dalam aktiviti agihan zakat dibuktikan daripada pertumbuhan jumlah agihan
dan aset yang dimiliki oleh badan bertanggungjawab. Pengenalan terhadap pelbagai bentuk dan
skim-skim agihan zakat kepada masyarakat diharap dapat meningkatkan keyakinan pembayar
untuk terus menunaikan kewajipan berzakat.
Justeru itu, kajian ini akan membincangkan berkenaan dengan bagaimana pengagihan
zakat dan data statistik terhadap agihan zakat yang telah dilaksanakan oleh Majlis Agamas
Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tahun 2010-2013. MAIWP sebagai sebuah badan
yang bertanggungjawab menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam hal
ehwal agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan telah bertindak secara proaktif dalam
memartabatkan pengurusan hal ehwal Islam dan meningkatkan sosio-ekonomi umat Islam.
Kutipan zakat di Wilayah Persekutuan terus meningkat pada tahun 2013. Ini membuktikan
kepercayaan para pembayar zakat terhadap kemampuan MAIWP untuk memanfaatkan dana
zakat secara optimum kepada golongan asnaf. MAIWP sentiasa berusaha meneroka ruang-
ruang untuk menambahbaik program-program agihan selari dengan peredaran masa. Selain
daripada mengagihkan kepada golongan-golongan yang diperlukan, penulisan ini juga akan
menerangkan bagaimana zakat diagihkan melalui aktiviti atau program yang dilaksanakan oleh
Pusat Zakat atau Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Tumpuan bukan
hanya diberikan kepada output program sebaliknya MAIWP melihat dengan lebih dalam
kepada outcome program bagi menilai keberkesanan program yang dijalankan.
Sesebuah masyarakat terdiri daripada golongan berada dan golongan yang tidak berada.
Untuk mendapatkan keadilan sosial, Allah s.w.t memerintahkan supaya mengeluarkan zakatdikalangan golongan berada dan dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik atau
dikenali sebagai miskin dan fakir. Dalam era pembangunan yang pesat, keseimbangan
kebendaan dan kerohanian perlu diberikan perhatian sewajarnya. Antar aspeknya dalan
melaksanakan pembangunan ialah kemiskinan dan agihan pendapatan yang adil di kalangan
masyarakat. Kemiskinan merupakan masalah utama dalam pembangunan Negara kita mahupun
Negara luar. Sehubungan itu, pelbagai dasar dan strategi telah dilaksanakan dalam usaha
membasmi kemiskinan.
Sistem yang dikenali sebagai zakat menyediakan saluran agihan yang efektif untuk
membantu golongan yang kurang bernasib baik. Secara tidak langsung zakat merupakan
alternative atau pendekatan yang berkesan dalam mengatasi masalah kemiskinan khususnya yang
tinggal di wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Zakat menjadi instrumen penting dana umat
islam. Dalam persoalan ini, Allah SWT berfirman:
Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah
kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi
mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa
yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala
warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan
segala yang kamu kerjakan. (Mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakana, maka
membunuh mereka, jika kamu orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu).
(Surah A-li Imran3:180)
Bagi meningkatkan keberkesanan agihan zakat, Institusi Zakat perlulah berusaha didalam
menungkatkan kesedaran masyarakat untuk membayar zakat secara terus kepada institusi formal.
Ini sekaligus, dapat membantu Institusi Zakat di dalam mengagihkan zakat kepada golongan
asnaf yang berhak. Selain itu, institusi zakat juga perlu mendapatkan maklumat yang tepat
mengenai golongan asnaf bagi mengelakkan masalah keciciran. Sekiranya masalah-masalah ini
dapat diatasi dengan baik, ekonomi golongan fakir dan miskin khususnya di Wilayah
5.0 STRUKTUR ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
MAIWP merupakan satu agensi yang berkait rapat dengan Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI). MAIWP merupakan badan penggubal dasar dan JAWI pula bertindaksebagai urus setia atau pelaksana sebahagian dasar yang telah diputuskan oleh MAIWP.
Sebahagian besar strategi MAIWP yang berkaitan dengan pendidikan, pengurusan tempat
beribadah, perkhidmatan dan kebajikan agama, kegiatan dakwah, undang-undang pentadbiran
agama Islam adalah dilaksanakan oleh JAWI melalui bahagian-bahagian yang diwujudkan.
Wilayah Persekutuan Malaysia terdiri daripada Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Badan yang bertanggungjawab memungut dan mengagihkan zakat di Wilayah Persekutuan ialah
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang ditubuhkan melalui seksyen 4(1)
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 Akta 505 yang menyebut
bahawa:
“Maka hendaklah ada suatu badan yang dikenali sebagai Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara-perkara yang
berhubungan dengan agama Islam”.
Amalan pengurusan PPZ-MAIWP adalah berbentuk korporat yang diuruskan oleh Hartasuci Sdn
Bhd iaitu anak syarikat milik penuh MAIWP. Hartasuci Sdn Bhd diletakkan di bawah Yayasan
Taqwa Berhad yang dikawal MAIWP. Mulai 1 Januari 2006 Hartasuci Sdn Bhd diletakkan terus
di bawah MAIWP. PPZ-MAIWP yang berteraskan kepada memungut zakat harta di tiga wilayah
utama iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Antara fungsi
MAIWP adalah pengurusan kutipan agihan zakat, melaksanakan kegiatan pembangunan harta-
harta MAIWP, serta melaksanakan program pembangunan modal insan.Pengagihan zakat atau
program-program agihan kepada lapan asnaf yang layak menerima zakat pula adalah di bawah
Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. PPZ-MAIWP menjadi contoh
organisasi kutipan zakat di Malaysia kerana julung kali mula beroperasi menggunakan teknologi
komputer 16 tahun lalu. Kecekapan dan keberkesanannya meningkatkan kutipan zakat dari tahun
ke tahun serta bentuk pemasaran yang agresif meningkatkan kesedaran masyarakat Islam untuk
berzakat. Baitulmal berjaya menjalankan pelbagai bentuk program dan mendirikan beberapa
pusat sosial, kebajikan dan pendidikan khususnya masyarakat bandar hasil dari kutipan zakat
“Sesungguhnya zakat -zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin,
pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak,orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam
perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Bijaksana” Surah At-Taubah: Ayat 60
Bagi menentukan asnaf yang layak menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, Bahagian
Baitulmal telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa
Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.
1. FAKIR
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari
sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan
keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang
hidup sederhana dan orang-orang tanggungan. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi
hanya mampu RM3 sahaja.
2. MISKIN
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian
keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga
menampung orang-orang tanggungannya.
3. AMIL
Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi
bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan
dan sebagainya.
4. MUALLAF
Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk
Jadual 3: Statistik Agihan Zakat Golongan Asnaf 2010-2013
Belanja Agihan Secara Tidak Langsung merupakan belanja mengurus bagi menampung kos
pengurusan MAIWP seperti bayaran gaji kakitangan, belanja aktiviti-aktiviti agihan,
penyelenggaraan, penyewaan bangunan atau premis dan utiliti. Termasuk belanja pembinaan
atau penyediaan prasarana yang memberi faedah besar kepada ummah untuk jangka masa yang
panjang. Antara perbelanjaannya adalah menaiktaraf Institut Kemahiran Baitulmal, Darul
Hidayah dan projek pembinaan Darul Hidayah, pembinaan Sekolah Menengah Agama MAIWP,
menaiktaraf Tadika-tadika Islam dan pembinaan Masjid Alam Shah yang baharu. Perbelanjaan
ini juga melibatkan pembelian harta atau aset untuk tujuan pengurusan zakat dan kepentingan
umat Islam di Wilayah Persekutuan.
Bahagian Baitulmal MAIWP telah mewujudkan lebih 28 jenis skim bantuan yang telah
memberi manfaat lebih 85,957 orang pada tahun 2010-2014 (Laporan Tahunan MAIWP).Bantuan ini disalurkan kepada pemohon-pemohon melalui kaunter Bahagian Baitulmal.
Terdapat dua syarat iaitu syarat umum dan khusus. Syarat khusus adalah bergantung kepada
bantuan yang dipohon dan berbeza-beza mengikut skim bantuan. Antara syarat umum yang
Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) dan PPZ. Termasuk, MAIWP juga
mewakilkan pengagihan zakat kepada pihak ketiga iaitu pembayar yang terdiri daripada syarikat
korporat, individu dan institusi pengajian tinggi melalui prinsip wakalah dalam usaha
meningkatkan liputan pengagihan di luar dan dalam Wilayah Persekutuan.
“ Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang orang muallaf yang dijinakkan
hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang
berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang
keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu