PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP009 Halaman: 1/27 No. Semakan: 03 No. Isu: 02 GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI Tarikh: 18/08/2016 1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada Fakulti mengenai pengurusan latihan industri pelajar prasiswazah di Universiti Putra Malaysia yang merangkumi perancangan latihan industri, penempatan latihan industri, pemantauan latihan industri dan laporan keberkesanan latihan industri. 2.0 TANGGUNGJAWAB FAKULTI 2.1 Penubuhan Unit Latihan Industri (a) Unit Latihan Industri ataupun apa jua gelaran diwujudkan di setiap fakulti bagi mengurus dan menyelaras urusan berkaitan pengendalian Latihan Industri pelajar pra siswazah UPM. (b) Unit Latihan Industri diketuai oleh Ketua Unit Latihan Industri yang dipilih dalam kalangan staf akademik. (c) Ketua Unit Latihan Industri dilantik oleh Dekan. Tempoh pelantikan Ketua Unit Latihan Industri adalah selama tiga (3) tahun dan boleh diperbaharui. (d) Ketua Unit Latihan Industri dibantu oleh Penyelaras Latihan Industri (jika ada) yang dilantik oleh Ketua Jabatan atau pegawai yang diberi kuasa mengikut jabatan/program pengajian dan seorang staf bukan akademik. (e) Bilangan Penyelaras Latihan Industri adalah bergantung kepada jumlah jabatan atau program pengajian yang ditawarkan di fakulti masing- masing. 2.2 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Unit Latihan Industri Fakulti (a) Memastikan pelaksanaan latihan industri yang dijalankan mematuhi Prosedur Pengurusan dan Pelaksanaan Latihan Industri (UPM/PU/PS/P 017); (b) Memantau pelaksanaan latihan industri berjalan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan; (c) Menyediakan laporan pelaksanaan latihan industri; (d) Merancang penambahbaikan pelaksanaan latihan industri dari semasa ke semasa; (e) Membantu penyediaan belanjawan tahunan latihan industri; (f) Menyediakan dan mengemas kini senarai organisasi yang menawarkan penempatan latihan industri; (g) Mengadakan taklimat kepada pelajar sebelum latihan industri dijalankan;
27
Embed
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH PEJABAT …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20170220095356PU.PS.GP009_18.8.16.pdf · 2.2 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Unit Latihan Industri Fakulti (a) Memastikan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 1/27
No. Semakan: 03
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 18/08/2016
1.0 TUJUAN
Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada Fakulti mengenai pengurusan latihan industri pelajar prasiswazah di Universiti Putra Malaysia yang merangkumi perancangan latihan industri, penempatan latihan industri, pemantauan latihan industri dan laporan keberkesanan latihan industri.
2.0 TANGGUNGJAWAB FAKULTI
2.1 Penubuhan Unit Latihan Industri
(a) Unit Latihan Industri ataupun apa jua gelaran diwujudkan di setiap fakulti bagi mengurus dan menyelaras urusan berkaitan pengendalian Latihan Industri pelajar pra siswazah UPM.
(b) Unit Latihan Industri diketuai oleh Ketua Unit Latihan Industri yang dipilih dalam kalangan staf akademik.
(c) Ketua Unit Latihan Industri dilantik oleh Dekan. Tempoh pelantikan Ketua Unit Latihan Industri adalah selama tiga (3) tahun dan boleh diperbaharui.
(d) Ketua Unit Latihan Industri dibantu oleh Penyelaras Latihan Industri (jika ada) yang dilantik oleh Ketua Jabatan atau pegawai yang diberi kuasa mengikut jabatan/program pengajian dan seorang staf bukan akademik.
(e) Bilangan Penyelaras Latihan Industri adalah bergantung kepada jumlah jabatan atau program pengajian yang ditawarkan di fakulti masing-masing.
2.2 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Unit Latihan Industri Fakulti
(a) Memastikan pelaksanaan latihan industri yang dijalankan mematuhi Prosedur Pengurusan dan Pelaksanaan Latihan Industri (UPM/PU/PS/P 017);
(b) Memantau pelaksanaan latihan industri berjalan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan;
(c) Menyediakan laporan pelaksanaan latihan industri; (d) Merancang penambahbaikan pelaksanaan latihan industri dari semasa ke
semasa; (e) Membantu penyediaan belanjawan tahunan latihan industri; (f) Menyediakan dan mengemas kini senarai organisasi yang menawarkan
penempatan latihan industri; (g) Mengadakan taklimat kepada pelajar sebelum latihan industri dijalankan;
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 2/27
No. Semakan: 03
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 18/08/2016
(h) Mengenal pasti pensyarah yang akan membuat pemantauan latihan
industri;
(i) Menguruskan penyediaan dokumen dan surat berkaitan latihan industri;
(j) Lain-lain tugas berkaitan yang diperlukan oleh Dekan/Timbalan Dekan
Fakulti dari semasa ke semasa.
2.3 Tugas dan Tanggungjawab Penyelaras Latihan Industri
(a) Bertanggungjawab kepada Ketua Unit Latihan Industri; (b) Menjadi pegawai perantara antara fakulti dan pelajar dengan organisasi
berkaitan dalam urusan latihan industri; (c) Menyediakan jadual lawatan pensyarah pemantau; (d) Memantau penyediaan jadual pembentangan laporan pelajar (jika
berkenaan); (e) Membekalkan buku panduan dan buku log kepada pelajar sebelum
menjalani latihan industri (jika perlu); (f) Lain-lain tugas berkaitan yang diarahkan oleh Ketua Unit Latihan Industri
Fakulti dari semasa ke semasa.
3.0 PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI
3.1 Permohonan Penempatan
(a) Pelajar perlu memohon penempatan latihan industri menggunakan borang yang disediakan oleh fakulti. (Rujuk : Lampiran 1 untuk contoh Borang Permohonan Tempat Latihan Industri)
(b) Setiap pelajar perlu mencadangkan tempat latihan yang dikenal pasti (c) Pemilihan tempat latihan industri oleh pelajar perlu dirujuk kepada
Penyelaras Latihan Industri Jabatan/Program bagi memastikan tempat tersebut bersesuaian dengan bidang pengajian pelajar.
(d) Surat permohonan penempatan perlu disediakan oleh pihak Fakulti. (e) Surat permohonan penempatan latihan industri perlu disertakan curriculum
vitae dan garis panduan skop latihan (jika ada) bagi memastikan latihan yang dijalani oleh pelajar menepati objektif latihan.
(f) Industri yang telah dipilih untuk penempatan perlu menetapkan penyelia bagi memantau aktiviti harian pelajar.
(g) Pelajar bertanggungjawab menyediakan kemudahan sara hidup, penginapan dan pengangkutan sepanjang latihan. Pelajar boleh memohon bantuan kewangan yang disediakan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 3/27
No. Semakan: 03
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 18/08/2016
(h) Pelajar yang menjalani latihan industri di luar negara perlu mendapatkan kelulusan visa (Sila rujuk Bahagian Antarabangsa).
3.2 PENERIMAAN ATAU PENOLAKAN TAWARAN PENEMPATAN
3.2.1 Penerimaan atau Penolakan oleh Industri
(a) Penerimaan pelajar oleh industri mesti disahkan dengan surat penawaran atau penolakan dari pihak industri.
(b) Sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh fakulti, tindakan susulan dengan pihak industri akan dilakukan.
3.2.2 Penerimaan atau penolakan oleh Pelajar
(a) Pelajar tidak dibenarkan membuat penolakan penempatan selepas menerima surat tawaran penempatan latihan industri dari pihak industri tanpa kebenaran Ketua Unit Latihan Industri Fakulti.
(b) Pertukaran dan penolakan tempat latihan industri adalah tidak dibenarkan dalam tempoh dua (2) minggu sebelum latihan industri bermula.
3.2.3 Penerimaan atau Penolakan oleh Fakulti
(a) Sekiranya pelajar mendapat tawaran penempatan lebih dari satu (1) industri, keputusan penempatan dibuat atas budi bicara Ketua Unit Latihan Industri Fakulti.
(b) Fakulti berhak menolak penempatan yang dibuat pilihan pelajar atas sebab yang munasabah seperti keselamatan, ketidaksesuaian tempat latihan, kesukaran untuk membuat pemantauan dan rekod lampau industri yang tidak memuaskan.
(c) Ketua Unit Latihan Industri Fakulti bertanggungjawab memaklumkan kepada industri dan pelajar mengenai penerimaan atau penolakan penempatan.
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 4/27
No. Semakan: 03
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 18/08/2016
4.0 PERLAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI
4.1 Melapor Diri Menjalani Latihan Industri
(a) Pelajar perlu melapor diri pada tarikh dan tempat yang ditetapkan. (b) Pelajar perlu membawa borang pengesahan lapor diri, salinan surat
persetujuan penerimaan penempatan oleh industri dan dokumen lain seperti berikut (jika perlu) semasa melapor diri: (i) Surat Akuan Perlindungan Insurans (Yang Dikeluarkan Oleh BHEP) (ii) Surat Menanggung Rugi Dan Aku Janji
(Rujuk Lampiran 2: Letter of Indemnity and Undertaking) (iii) Borang Perjanjian Kerahsiaan
(Rujuk Lampiran 3: Non-Disclosure Agreement) (c) Penyelia industri perlu memberi taklimat kepada pelajar mengenai skop
kerja yang perlu dilakukan oleh pelajar, peraturan dan prosedur industri, peraturan keselamatan dan lain-lain perkara yang berkaitan.
(d) Pelajar dengan bantuan penyelia industri perlu merancang aktiviti sepanjang latihan industri mengikut skop latihan.
(e) Pelajar perlu mematuhi perancangan aktiviti industri sepanjang tempoh latihan.
4.2 Pelaksanaan/Implementasi Aktiviti Semasa Latihan Industri
(a) Bebanan kerja yang ditanggung oleh pelajar perlu setimpal dengan keperluan dan masa latihan.
(b) Skop kerja yang diberikan perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti.
(c) Pelajar perlu mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh industri.
(d) Pelajar perlu sentiasa menjaga nama baik Universiti dan mereka masih tertakluk kepada peraturan- peraturan Universiti di mana mereka boleh dihadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib jika melakukan kesalahan.
(e) Pihak fakulti perlu memastikan setiap pelajar yang menjalankan latihan industri perlu dilindungi insurans. Perolehan insurans boleh dilakukan melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Pelajar juga berhak untuk mendapatkan perlindungan insurans tambahan atas tanggungan sendiri.
(f) Sebarang permohonan cuti semasa latihan adalah bergantung kepada polisi industri dan perlu disahkan oleh penyelia industri dan ketua/ penyelaras unit latihan industri.
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 5/27
No. Semakan: 03
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 18/08/2016
4.3 Penyediaan Buku Log/Laporan Harian
(a) Pelajar perlu melengkapkan buku log mereka setiap hari/minggu/bulan. (b) Buku log perlu disemak dan ditandatangani oleh penyelia industri bagi
mengesahkan aktiviti dan kerja yang dilakukan oleh pelajar.
5.0 PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI
5.1 Pemantauan Oleh Fakulti
(a) Pegawai/pensyarah pemantau perlu berkomunikasi awal dengan penyelia industri.
(b) Fakulti perlu menentukan kekerapan pemantauan/lawatan ke agensi sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh latihan. Jadual lawatan (jika perlu) dimaklumkan kepada pihak pengurusan industri, penyelia industri dan pelajar.
5.2 Pemantauan Oleh Penyelia Industri
(a) Penyeliaan oleh industri perlu dilakukan oleh penyelia yang telah ditetapkan.
(b) Catatan penyeliaan boleh dilakukan pada buku log/laporan harian.
5.3 Penyerahan Laporan/Pembentangan
(a) Pelajar perlu menyerahkan laporan ke Unit Latihan Industri Fakulti dalam tempoh yang ditetapkan oleh fakulti.
(b) Laporan perlu dihantar dalam bentuk salinan keras (hardcopy) dan/atau salinan lembut (softcopy) mengikut keperluan fakulti.
(c) Sekiranya fakulti menetapkan pelajar untuk membuat pembentangan, ia perlu dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan oleh fakulti. Salinan pembentangan turut dihantar (jika perlu).
6.0 SISTEM PEMARKAHAN
(a) Kaedah pemarkahan adalah bergantung kepada ketetapan fakulti berdasarkan kepada perkara berikut: (i) penilaian oleh pegawai/pensyarah pemantau yang dilantik oleh fakulti
(Rujuk Lampiran 4 : Contoh Kriteria Penilaian Oleh Pensyarah Pemantau) (ii) penilaian oleh penyelia industri
(Rujuk Lampiran 5 : Contoh Kriteria Penilaian Oleh Penyelia Industri) (iii) penilaian ke atas laporan pelajar (laporan, buku log, pembentangan).
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 6/27
No. Semakan: 03
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 18/08/2016
(b) Peratusan agihan pembahagian markah ditetapkan oleh pihak fakulti (Rujuk Lampiran 6: Pembahagian Peratusan Markah Penilaian Mengikut Hasil Pembelajaran Kursus Latihan Industri Program Bacelor dan Diploma UPM)
(c) Markah Latihan Industri boleh diberikan gred abjad A-F atau gred Memuaskan (M)/ Tidak Memuaskan (TM) yang ditetapkan di dalam Jadual Kelima (Kaedah 59) Kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (Perkara Akademik Prasiswazah) 2014. Gred M/TM diberi markah berdasarkan julat skema pemarkahan yang ditetapkan. Contoh gred C, julat markah antara 50-54 peratus disetara dengan gred Memuaskan (M) dan markah 49 peratus atau kurang disetara dengan Tidak Memuaskan (TM).
7.0 KRITERIA PENILAIAN
(a) Pelajar perlu memenuhi semua kriteria pemarkahan. (b) Kriteria penilaian oleh penyelia industri dan pensyarah pemantau hendaklah
ditetapkan oleh fakulti masing-masing mengikut keperluan dan kesesuaian program.
(c) Kriteria penilaian perlu dimaklumkan kepada pelajar dan penyelia industri sebelum latihan dimulakan.
(d) Kehadiran pelajar hendaklah dijadikan salah satu kriteria penilaian. Kehadiran pelajar hendaklah direkodkan dan disahkan oleh penyelia industri. Rekod kehadiran bergantung kepada kaedah yang dipraktikkan oleh industri berkenaan atau rekod kehadiran pelajar dalam Borang PU/PS/BR13/AJR Kedatangan Guru Pelatih UPM/Latihan Industri.
(e) Ketidakhadiran pelajar perlu dibuktikan dengan dokumen sokongan (Contoh: sijil sakit). Semua dokumen sokongan tersebut perlu disertakan dalam laporan.
Tahun Pengajian/Semester: ………./……. No. Telefon Bimbit: ………………………………………………
Masa Latihan: …………………………………….. Tempoh Latihan: …………………………………………………
Pilihan 1 ………………………………………………….. ………………………………………………………..
………………………………………………….. ………………………………………………………..
………………………………………………….. ………………………………………………………..
Pilihan 2 ………………………………………………….. ………………………………………………………..
…………………………………………………. …………………………………………………………
…………………………………………………. …………………………………………………………
Pilihan 3 ………………………………………………… ………………………………………………………….
………………………………………………… ………………………………………………………….
………………………………………………… ………………………………………………………….
Dimohon oleh: Disokong oleh:
……………………….………….. ………………………………………………………. Tandatangan pelajar Penyelaras Latihan Industri
LAMPIRAN 2
SURAT MENANGGUNG RUGI DAN AKU JANJI
LETTER OF INDEMNITY & UNDERTAKING In consideration of ......................................................... (Company’s Name) accommodating Mr/Ms .............................................. (Student’s Name), ........................... (Student’s I/C No) of Faculty ................................................................, facilities for practical training, Universiti Putra Malaysia (UPM), hereby agrees that :
1. UPM acts as a facilitator for the said student’s practical training and is in no way an agent or principal to or an employer of the said student; and
2. UPM shall not hold ................................................... (Company’s Name) in any way liable
or any claim or take any proceedings against ...................................................... (Company’s Name) with respect of any personal injury to Mr/Ms .............................................................(Student’s Name) or loss or damage to his/her property which he/she may suffer in consequence of the facilities offered to him/her by ................................................................. (Company’s Name) or departments at which he/she will be receiving/her his training.
Date: ………………………….. ………………………………..……………..…
Mr. Wan Azman Wan Omar Registrar
Universiti Putra Malaysia
LAMPIRAN 3
BORANG PERJANJIAN KERAHSIAAN
NON-DISCLOSURE AGREEMENT
This agreement is by and between …………………….….. (Student’s Name) .……….……... (Student’s I/C
No) and having his/her address at …….………………………………………………..……….……… (please insert
address) (hereinafter referred to as "Student") and Universiti Putra Malaysia, a higher institute of
learning established in Malaysia and governed by the University and College University Act 1971
and having an address at 43400 Serdang, Selangor (hereinafter referred to as "UPM").
WHEREBY IT IS AGREED as follows:
Whereas:
a. The Student is desirous of entering into industrial training at
………………………..…………………. (insert Company’s Name);
b. UPM has no objection to the student undergoing the industrial training at
……………………….. (insert Company’s Name); and
The student hereby agrees that:
1. The Student shall hold Confidential Information in confidence and shall not disclose the
same to others, or use the same except for purposes of this Agreement, without the
written consent of UPM and the said company.
2. Confidential Information is any written or oral information which is proprietary to UPM and
or to the said company including know-how, technique, and specification of a characters
regarded by UPM or the said company as the case may be, as confidential but shall not
include any information that Student can show:
(a) was in the public domain prior its disclosure to, or thereafter comes into the
public domain without the fault or breach of any confidentiality obligation by the
Student; or
(b) was known by any third party prior to disclosure; or
(c) was disclosed to by a third party not in violation of any obligation of
confidentiality to the Student; or
(d) is independently developed by any third party; or
(e) the Student is required to disclose pursuant to the lawful order of a court or
governmental agency, provided that The Student shall notify UPM and the said
company of the order, and if requested, shall reasonably cooperate with UPM
and the said company in attempting to legally prevent the required disclosure.
Any combination of known information shall be within any of the foregoing
exclusions only if the combination as such is within such exclusion.
3. The Student agrees that all information, including drawings, designs, specifications,
formulations, flow sheets, sketches, descriptions, data, samples and other material pertaining to Confidential Information and obtained from or through UPM or the said company shall remain the property of UPM or the said company respectively. The Student agrees to return all Confidential Information and all copies thereof, at the request of UPM or the said company.
4. No right or license is granted hereby to The Student, expressly or by implication, with
respect to the Confidential Information or under any patent, patent application or other proprietary right of UPM or the said company, notwithstanding the expiration of the confidentiality obligations of this Agreement.
5. The Student further agrees that during the industrial training at the said company, the
student shall at all times observe his/her demeanors and shall not conduct himself/herself in any manner prejudicial to the interest, well-being good name of UPM or conduct himself/ herself against public order, safety or security, morality, decency or disciplines.
6. This Agreement shall be governed by and construed in accordance with the Malaysia Law.
IN WITNESS WHEREOF, each of the parties has caused the Agreement to be signed by its duly authorized representative.
If to UPM:- (office in charge of this NDA) Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang Selangor Darul Ehsan (Attn : person in charge) Tel: Fax: Email:
Witness by:
If to Student:- Name: IC No.: Address: Tel: Fax: Email:
LAMPIRAN 5 CONTOH PENILAIAN OLEH PENSYARAH PEMANTAU
Bil Kriteria berdasarkan Hasil
Pembelajaran
Pemberat Peratusan (Contoh
berdasarkan 6 PO minima + 1 PO tambahan
(PO7/PO8/PO9)
Catatan
1 2 3 4 5
1 Pengetahuan PO1 10
2 Kemahiran teknikal/praktikal/ psikomotor
PO21 15
3 Pendekatan kemahiran berfikir dan saintifik
PO3 10
4 Kemahiran berkomunikasi PO41 20
5 Kemahiran sosial dan bertanggungjawab
PO51 20
6 Profesionalisme, nilai, sikap dan etika
PO61 15
7 Pendidikan sepanjang
hayat dan pengurusan
informasi
PO7 10
8 Kemahiran pengurusan
dan keusahawanan PO8 10
9 Kemahiran
kepemimpinan PO9 10
Jumlah 100
Skala: 1=sangat lemah, 2=lemah, 3=memuaskan, 4=baik, 5=sangat baik
Kesesuaian tempat latihan: Amat baik Baik Sesuai Sederhana Tidak Sesuai Jika tempat latihan tidak sesuai, nyatakan sebab:
Masalah semasa latihan:
Ulasan dan cadangan:
Nota: Rujuk Lampiran 6 untuk pembahagian peratusan markah penilaian mengikut Hasil Pembelajaran Kursus Latihan Industri Program Bacelor dan Diploma UPM dan Lampiran 6a hingga 6c untuk Rubrik Penilaian mengikut Atribut dan Sub Atribut setiap PO berkaitan.
LAMPIRAN 6 Pembahagian Peratusan Markah Penilaian Mengikut Hasil Pembelajaran Kursus Latihan Industri Program Bacelor dan Diploma UPM