NO. SEMAKAN : 00 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA : 03/01 /2011 1 drp. 15 PERKHIDMATAN UTAMA PENYELIDIKAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) Kod Dokumen: PU/PY/GP07/PRESTASI GARIS PANDUAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PENYELIDIKAN 1.0 TUJUAN Garis panduan ini menerangkan kaedah penilaian prestasi untuk pegawai-pegawai penyelidikan meliputi Felo Penyelidik, Felo Perunding, Pasca Doktoral dan Pembantu Penyelidik. 2.0 TERMINOLOGI DAN GLOSARI PTJ : Pusat Tanggungjawab - seluruh entiti penyelidikan dan pembangunan komersil iaitu Fakulti, Institut, Akademi dan Sekolah KP : Ketua Penyelidik/Ketua Projek RMC : Pusat Pengurusan Penyelidikan TPGP : Timbalan Pengarah (Geran Penyelidikan), RMC TNCPI : Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) FELO : Felo Penyelidik / Felo Perunding PD : Pasca Doktoral RA : Pembantu Penyelidik Pegawai penyelidikan : Meliputi Felo Penyelidik, Felo Perunding, Pegawai Pasca Doktoral dan Pembantu Penyelidik 3.0 TANGGUNGJAWAB 3.1 Ketua PTJ, PRMC, dan PICC adalah bertanggungjawab menentukan garis panduan ini dipatuhi. 3.2 Sesiapa yang terlibat dengan pengurusan penilaian prestasi pegawai penyelidikan perlu mematuhi garis panduan ini. 4.0 PANDUAN PENILAIAN 4.1 Penentuan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI) (i) Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) bagi pegawai penyelidikan diwujudkan untuk memantau pencapaian penyelidikan yang dijalankan. (ii) Penilaian prestasi pegawai penyelidikan perlu diadakan secara berasingan. Tempoh bagi lantikan jangka pendek ialah antara 1-2 tahun dan tempoh lantikan jangka panjang melebihi 3 tahun.
15
Embed
PERKHIDMATAN UTAMA PENYELIDIKAN PEJABAT … PANDUAN/GP07 P… · langsung (pementoran); Bilangan hasil penyelidikan/hak cipta yang berjaya dikomersilkan ... Laporan pemantauan dan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Kod Dokumen: PU/PY/GP07/PRESTASI
GARIS PANDUAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PENYELIDIKAN
1.0 TUJUAN
Garis panduan ini menerangkan kaedah penilaian prestasi untuk pegawai-pegawai penyelidikan meliputi Felo Penyelidik, Felo Perunding, Pasca Doktoral dan Pembantu Penyelidik.
2.0 TERMINOLOGI DAN GLOSARI
PTJ : Pusat Tanggungjawab - seluruh entiti penyelidikan dan pembangunan komersil iaitu Fakulti, Institut, Akademi dan Sekolah
KP : Ketua Penyelidik/Ketua Projek RMC : Pusat Pengurusan Penyelidikan TPGP : Timbalan Pengarah (Geran Penyelidikan), RMC TNCPI : Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) FELO : Felo Penyelidik / Felo Perunding PD : Pasca Doktoral RA : Pembantu Penyelidik Pegawai penyelidikan
: Meliputi Felo Penyelidik, Felo Perunding, Pegawai Pasca Doktoral dan Pembantu Penyelidik
3.0 TANGGUNGJAWAB
3.1 Ketua PTJ, PRMC, dan PICC adalah bertanggungjawab menentukan garis panduan ini dipatuhi.
3.2 Sesiapa yang terlibat dengan pengurusan penilaian prestasi pegawai
penyelidikan perlu mematuhi garis panduan ini.
4.0 PANDUAN PENILAIAN
4.1 Penentuan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI)
(i) Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) bagi pegawai penyelidikan diwujudkan
untuk memantau pencapaian penyelidikan yang dijalankan.
(ii) Penilaian prestasi pegawai penyelidikan perlu diadakan secara berasingan. Tempoh bagi lantikan jangka pendek ialah antara 1-2 tahun dan tempoh lantikan jangka panjang melebihi 3 tahun.
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Kod Dokumen: PU/PY/GP07/PRESTASI
GARIS PANDUAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PENYELIDIKAN
Bilangan cadangan penyelidikan yang disediakan atas bantuan pegawai pasca doktoral;
Bilangan pelajar pasca siswazah yang dapat dibantu atau diberikan bimbingan;
Bilangan projek-projek baru di PTJ yang dapat dijana bersama penyelia projek;
Jumlah peruntukan penyelidikan yang dapat ditambah atau diperoleh dalam tahun lantikan;
Bilangan seminar mengenai penyelidikan yang dilaksanakan;
Bilangan aktiviti promosi, pengkomersilan atau hebahan hasil penyelidikan yang dapat dilaksanakan.
Bilangan jaringan/ rangkaian penyelidikan dengan pihak luar yang dapat diwujudkan.
Bilangan penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi yang dapat dihasilkan bersama Penyelia projek penyelidikan.
(ii) KPI terperinci sila rujuk Lampiran C1 – C3.
4.5 KPI Pembantu Penyelidik
(i) Petunjuk prestasi bagi Pembantu Penyelidik hendaklah ditentukan sendiri oleh Ketua Projek dan disesuaikan dengan keperluan dan pencapaian milestone projek penyelidikan yang dilaksanakan.
4.6 Kaedah Penilaian Prestasi
(i) Borang Penilaian Prestasi Penyelidik (PU/PY/BR06/NILAIPRESTASI) hendaklah digunakan untuk membuat penilaian prestasi pegawai penyelidikan yang berkenaan.
(ii) Penilaian prestasi oleh Penyelia Projek boleh dilakukan mengikut keperluan jawatan pegawai penyelidikan dan tempoh lantikannya seperti berikut:
Felo Penyelidik, Felo Penyelidik Kanan dan Felo Penyelidik
Utama bagi lantikan jangka pendek (tahun pertama dan tahun kedua), manakala lantikan jangka panjang adalah untuk tempoh melebihi tiga tahun;
Felo Perunding, Felo Perunding Kanan dan Felo Perunding Utama bagi lantikan jangka pendek (tahun pertama dan tahun kedua), manakala lantikan jangka panjang untuk tempoh lantikan melebihi tiga tahun;
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Kod Dokumen: PU/PY/GP07/PRESTASI
GARIS PANDUAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PENYELIDIKAN
Pasca Doktoral Muda, Pasca Doktoral Kanan dan Pasca Doktoral Utama bagi lantikan jangka pendek (tempoh satu tahun dan boleh diperbaharui semula);
Pembantu Penyelidik sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh pelantikan atau minimum enam (6) bulan tempoh perkhidmatannya.
(iii) Penyelia Projek hendaklah membuat penilaian sebaik sahaja tamat
kontrak perkhidmatan pegawai penyelidikan yang berkenaan atau keperluan bagi memenuhi syarat untuk penyambungan semula perkhidmatan pengawai penyelidikan berkenaan.
4.7 Skala Penilaian Prestasi
(i) Penilaian prestasi penyelidik boleh dilakukan berdasarkan kepada
tiga aspek utama penilaian, iaitu aspek penghasilan kerja, aspek pengetahuan dan kemahiran, dan aspek kualiti peribadi/penyelidik cemerlang.
(ii) Setiap aspek penilaian diukur pada lima tahap iaitu (1) sangat rendah, (2) rendah, (3) sederhana, (4) tinggi dan (5) sangat tinggi.
(iii) Skor markah penilaian (100%) ialah seperti berikut:
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Kod Dokumen: PU/PY/GP07/PRESTASI
GARIS PANDUAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PENYELIDIKAN
Sederhana 3
6 Hasil kerja sentiasa melebihi tahap minimum yang telah ditentukan
5 Hasil kerja kadangkala melebihi tahap minimum yang telah ditentukan
Rendah 2
4 Hasil kerja kerap kali menemui tahap minimum yang telah ditentukan
3 Hasil kerja kadangkala menemui tahap minimum yang telah ditentukan
Sangat Rendah
1
2 Hasil kerja kerap kali di bawah tahap minimum yang telah ditentukan
1 Hasil kerja sentiasa di bawah tahap minimum yang telah ditentukan
*Hasil kerja merujuk kepada jumlah geran yang diperoleh, bilangan penerbitan, bilangan pasca siswazah di bawah penyeliaan dan lain-lain tugas utama yang dijalankan. Penyelia dikehendaki merujuk tahap KPI bagi Felo Penyelidik/Felo Perunding/Pasca Doktoral yang telah ditetapkan.
(B) Aspek Pengetahuan dan Kemahiran (30%)
Tahap Skala 5 Skala 10 Penjelasan
Sangat Tinggi
5
10 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran / kepakaran yang sangat luas dan mendalam dalam bidang penyelidikan yang dijalankan, diakui kemahiran/ kepakarannya serta sentiasa menjadi sumber rujukan rakan-rakan dalam kumpulannya /luar kumpulan penyelidikan
9
Tinggi 4
8 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran / kepakaran yang luas dalam bidang penyelidikan yang dijalankan serta kerap kali menjadi sumber rujukan rakan-rakan dalam kumpulannya / luar kumpulan penyelidikan
7
Sederhana 3 6 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran / kepakaran
yang mencukupi dalam bidang penyelidikan yang dijalankan 5
Rendah 2
4 Kurang mempunyai pengetahuan dan kemahiran / kepakaran yang asas mencukupi dalam bidang penyelidikan yang dijalankan dan perlu diberi bimbingan oleh pegawai pembimbing (mentor)
3
Sangat Rendah
1
2 Tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran / kepakaran yang asas mencukupi dalam bidang penyelidikan yang dijalankan dan memerlukan tunjuk ajar
Cemerlang 5 10 Sentiasa menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti
penyelidik dengan cemerlang 9
Baik 4 8 Menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti
penyelidik dengan baik 7
Sederhana 3 6 Menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti
penyelidik dengan memuaskan 5
Lemah 2 4 Kurang menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti
penyelidik 3
Sangat Lemah
1 2 Tidak menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti
penyelidik 1
4.8 Pemantauan berterusan
(i) Ketua PTJ hendaklah memantau penyelidikan yang dijalankan oleh
Felo Penyelidik, Felo Perunding, Pasca Doktoral dan Pembantu Penyelidik berdasarkan Petunjuk Prestasi (KPI) yang telah ditetapkan oleh pihak PTJ.
(ii) Laporan pemantauan dan pencapaian prestasi boleh digunakan untuk pertimbangan kelulusan permohonan melanjutkan tempoh perkhidmatan atau penyambungan semula kontrak perkhidmatan Felo Penyelidik, Felo Perunding, Pasca Doktoral dan Pembantu Penyelidik jika diperlukan.
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)
Kod Dokumen: PU/PY/GP07/PRESTASI
GARIS PANDUAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PENYELIDIKAN
LAMPIRAN B
Bil. Petunjuk Prestasi Tempoh Lantikan Felo Perunding (bidang
Sains/Kejuruteraan) Felo Perunding (bidang
Sains Sosial)
1 Melaksanakan kerja-
kerja perundingan
KPI Felo Perunding bagi lantikan jangka pendek adalah diterima pakai dari KPI Felo Perunding yang sedia ada kerana pelantikan Felo Perunding kebiasaaanya adalah tidak melebihi satu tahun.
Membuat laporan perundingan mengikut terma rujukan perlantikan
Membuat laporan perundingan mengikut terma rujukan perlantikan
2 Tertakluk kepada terma rujukan lantikan Felo Perunding yang khusus yang perlu disediakan oleh PTJ semasa