Top Banner
1 UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK: MENELUSURI KEGEMILANGAN PERDANA MENTERI, SATU NARATIF RETROSPEKTIF untuk UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) TARIKH PELAWAAN 17 OKTOBER 2017 (SELASA) TARIKH TUTUP SEBUT HARGA 23 OKTOBER 2017 (ISNIN) DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7/2017
19

PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

Mar 09, 2019

Download

Documents

buihanh
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

1

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

JABATAN PERDANA MENTERI

PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN

MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK: MENELUSURI

KEGEMILANGAN PERDANA MENTERI, SATU NARATIF

RETROSPEKTIF

untuk

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

TARIKH PELAWAAN

17 OKTOBER 2017 (SELASA)

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

23 OKTOBER 2017 (ISNIN)

DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL

NOMBOR SEBUT HARGA: 7/2017

Page 2: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

2

1. KENYATAAN TAWARAN

1.1 Sebutharga Perkhidmatan Merekabentuk, Mencetak Dan

Membekalkan Coffee Table Book: Menelusuri Kegemilangan

Perdana Menteri, Satu Naratif Retrospektif adalah dipelawa kepada

penyebutharga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod

bidang seperti berikut:

KOD BIDANG

221601 Mencetak Buku, Majalah dan Laporan Akhbar (perlu lesen

KDN); dan

221615 Rekabentuk Percetakan (printing design)

1.2 Penyebutharga hendaklah memastikan tempoh pendaftarannya dengan

Kementerian Kewangan Malaysia masih sah dalam tempoh pengiklanan;

1.3 Tawaran sebut harga akan dibuka pada 17 Oktober 2017 (SELASA) dan akan

ditutup pada 20 Oktober 2017 (JUMAAT) sebelum 12.00 tengahari. Tawaran

yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

2. FORMAT DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyebutharga boleh mendapatkan dokumen sebut harga berserta lampiran-

lampiran seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang

www.mampu.gov.my;

Page 3: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

3

2.2 Penyebutharga WAJIB menyerahkan kesemua dokumen mandatori seperti di

JADUAL 1:

2.3 Dokumen Tawaran Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan

secara serahan tangan atau emel ke alamat seperti berikut:

Alamat:

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

(MAMPU), Jabatan Perdana Menteri

Aras 5, Seksyen Kewangan, Blok B2

Kompleks Jabatan Perdana Menteri

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(u.p: Urus Setia Perolehan)

Emel:

[email protected];

[email protected]

JADUAL 1

Lampiran 1 Jadual Harga (WAJIB)

Lampiran 2 Jadual Pematuhan Spesifikasi (WAJIB)

Lampiran 3 Rekabentuk Pameran (WAJIB)

Lampiran 4 Surat Akuan Pembida (WAJIB)

Lampiran 5 Surat Perwakilan Kuasa (WAJIB)

Lampiran 6 Keterangan Penyebutharga (WAJIB)

Lampiran 7

Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan (WAJIB);

Sijil Akuan Bumiputera (JIKA ADA); dan

Sijil pendaftaran GST dengan JKDM (JIKA ADA)

Lampiran 8 Penyata Akaun Bank syarikat bagi satu (1) bulan terkini

(OGOS 2017) (WAJIB)

Page 4: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

4

2.4 Ketidakpatuhan kepada keperluan ini akan menyebabkan dokumen Tawaran

Sebut Harga TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN.

3. SYARAT-SYARAT AM

Penyebutharga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan apabila

menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma di bawah ini

akan menyebabkan tawaran penyebutharga tidak akan dipertimbangkan.

3.1 Pembiayaan

Penyebutharga akan membiayai segala kos yang terlibat dalam penyediaan dan

penghantaran Dokumen Sebut Harga. Pihak MAMPU tidak akan

bertanggungjawab di atas sebarang kos yang terlibat dalam proses penyediaan

Dokumen Sebut Harga;

3.2 Keperluan Penyertaan Sebut Harga

3.2.1 Penyebutharga diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur dari

segi komputer, keperluan komunikasi dan internet serta keupayaan

sumber manusia untuk menyertai sebut harga ini dari lokasi

penyebutharga sendiri; dan

3.2.2 Keputusan sebut harga yang dikeluarkan adalah muktamad dan

tertakluk kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan.

3.3 Tempoh Sahlaku Tawaran

3.3.1 Tempoh sahlaku tawaran sebut harga adalah 60 hari daripada tarikh

tutup sebut harga;

Page 5: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

5

3.3.2 Dalam keadaan berkecuali, sebelum tamat tempoh sahlaku tawaran

asal, MAMPU boleh meminta tempoh sahlaku tawaran dilanjutkan.

Permintaan dan jawapan akan dilakukan secara bertulis; dan

3.3.3 Penyebutharga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak diperlukan

atau diminta untuk mengubah tawaran asal, tetapi hanya diminta

untuk melanjutkan tempoh sahlaku sebutharga.

3.4 Harga Tawaran

3.4.1 Harga-harga yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan

hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun serta kos tambahan yang

berkaitan seperti kos bungkusan, pembungkusan, penghantaran dan lain-

lain kos yang bersangkutan dengan perkhidmatan yang ditawarkan.;

3.4.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan tidak

boleh dipinda selepas sebut harga ditutup dan akan berkuatkuasa selama

dalam tempoh sahlaku sebut harga. Harga yang ditawarkan oleh

penyebutharga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang masa

perkhidmatan berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan;

3.4.3 Penyebutharga dikenakan kadar fi perkhidmatan bagi perolehan secara

elektronik sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had

maksimum berjumlah RM 9,600.00 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta

atau lebih. Caj yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam

Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawah Sistem eP;

3.4.4 Penyebutharga dikehendaki mengemukakan tawaran harga tanpa

mengambil kira elemen cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi

menyertai sebutharga ini kerana pihak Kerajaan akan mengambil kira

elemen tersebut sebagai tambahan kepada harga yang ditawarkan

(sekiranya berkaitan) tertakluk pada pendaftaran syarikat dengan Jabatan

Kastam Diraja Malaysia; dan

Page 6: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

6

3.4.5 Penyebutharga perlu mengisytiharkan status pendaftaran GST dan

mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada pihak Kerajaan dan

kenaan GST akan ditambah ke atas harga tawaran dalam Surat Setuju

Terima (SST) ATAU Pesanan Tempatan sekiranya pembekal berdaftar

GST.

3.5 Publisiti

Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga boleh disiarkan di dalam

sebarang akhbar, majalah, media elektronik atau alat pengiklanan/media massa

kecuali telah mendapat kelulusan daripada MAMPU terlebih dahulu.

3.6 Tafsiran

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan

mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebutharga

bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja

dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul

mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

3.7 Hak Menerima Atau Menolak

3.7.1 MAMPU berhak menerima atau menolak mana-mana sebut harga dan

membatalkan proses tawaran dan menolak semua penyebutharga pada

bila-bila masa sebelum sebut harga diberikan tanpa melibatkan apa-apa

tanggungan kepada penyebutharga yang terlibat atau tanpa memerlukan

pihak MAMPU untuk memaklumkan sebab-sebab demikian kepada

penyebutharga yang terlibat;

Page 7: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

7

3.7.2 Pihak MAMPU adalah berhak mempersetujui tawaran penyebutharga

sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah

atau mengurangkan kuantiti barangan dalam spesifikasi; dan

3.7.3 Pihak MAMPU tidak terikat untuk menerima tawaran penyebutharga yang

terendah sekali atau mana-mana penyebutharga jua pun. Keputusan

MAMPU adalah muktamad dan MAMPU tidak diperlukan untuk memberi

sebab penolakan mana-mana penyebutharga.

3.8 Kaedah Perolehan

3.8.1 Pesanan Tempatan

MAMPU akan memberi notis bertulis dalam bentuk Pesanan Tempatan

kepada penyebutharga yang berjaya apabila sebut harga dipersetujui

dalam tempoh sahlaku sebut harga; dan

3.9 Penamatan Perkhidmatan

MAMPU mempunyai hak untuk menamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa

apabila penyebutharga yang berjaya gagal memenuhi obligasi sebut harga

mengikut perjanjian.

3.10 Pembetulan Kesalahan

3.10.1 Sebarang pindaan atau pembatalan dalam sebut harga oleh

penyebutharga selepas dokumen sebut harga dihantar adalah tidak

dibenarkan sama sekali;

3.10.2 Jika terdapat apa-apa perbezaaan dalam pengiraan di dalam sebut harga

ianya akan dibetulkan oleh MAMPU seperti berikut:

Page 8: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

8

(i) Jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk angka dan

perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambilkira;

(ii) Jika terdapat perbezaan di antara kadar unit dan jumlah yang

didapati daripada pendaraban kadar unit dan bilangan, kadar unit

yang dicatitkan akan diambilkira; dan

(iii) Jumlah yang dinyatakan di atas sebut harga akan diubah oleh

MAMPU mengikut prosedur di atas bagi pembetulan kesalahan dan

penyebutharga adalah terikat atas perubahan ini.

3.11 Hak Milik dan Deliverables

3.11.1 Semua laporan dan deliverables adalah hak milik MAMPU dan tidak boleh

ditiru dan disalin dalam apa-apa bentuk media untuk pihak lain tanpa

kebenaran MAMPU; dan

3.11.2 Penyebutharga yang berjaya hendaklah memastikan supaya semua kerja

disempurnakan pada tarikh atau dalam tempoh yang telah ditetapkan.

3.12 Rasuah

3.12.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,

meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan

daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu

kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia 2009 (Akta 694);

3.12.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa

suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang

ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera

ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis

Page 9: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

9

yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu

kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

(Akta 694);

3.12.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap

anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau

pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan

rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

(Akta 694); dan

3.12.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran

berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan

dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi

dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan

berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

3.13 Integrity Pact

Penyebutharga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah

menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau

memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan projek. Wakil syarikat yang

menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat

Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Surat Akuan Pembida

adalah seperti di LAMPIRAN 4 dan Surat Perwakilan Kuasa adalah seperti di

LAMPIRAN 5.

3.14 Pertanyaan

Penyebutharga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen

sebut harga boleh merujuk kepada:

i. Encik Azhar bin Abdul Aziz - No. Tel: 03-8892 3187

ii. Puan Constance Anak Gerunsin - No. Tel: 03-8872 5023

Page 10: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

10

LAMPIRAN 1

JADUAL HARGA

SPESIFIKASI KUANTITI

KADAR SEUNIT

(RM)

JUMLAH (RM)

Spesifikasi Coffee Table Book: Menelusuri Kegemilangan Perdana Menteri, Satu Naratif Retrospektif

Saiz : 10.7” (W) x 10.7” (H) (Close) Kertas (Cover): Hard cover Kertas (Text) : Matte Art Paper 128 gsm Muka Surat 200m/s Cetakan : 4 warna Jilid : Jahit + Gam Kemasan (Cover) : Matte lamination + Spot UV Termasuk: -Kos termasuk 1st & 2nd prototype set (2 sets each)

300

-Kos termasuk creative design & idea concept

NOTA:

i. Harga tawaran tidak termasuk

elemen GST 6%;

Jumlah harga tawaran (RM)

a. Harga Tawaran : Ringgit Malaysia …………………………………….............................

…….…………………………………………………………..................................................

b. Tempoh sah laku Sebut Harga : …………… hari

Dengan ini saya mengesahkan bahawa penerangan di atas adalah benar dan semua harga

yang ditawarkan adalah termasuk semua cukai/Fi Perkhidmatan, kos pembungkusan (meliputi

‘cutting cost’, ‘polybag’, ‘carton box’ dan ‘individual packaging cost’), kos pemunggahan dan

Page 11: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

11

kos penghantaran serta kos-kos lain yang berkaitan ke destinasi terakhir/pengguna yang telah

ditentukan termasuk kos penghantaran, servis dan cukai duti kastam.

………..…………………………………

(Tandatangan)

Nama : Cop syarikat :

Jawatan :

* Perolehan bekalan Kerajaan adalah diberi pelepasan daripada kenaan GST kecuali bagi

kereta import dan petroleum (RON 97). Pelepasan daripada kenaan GST bagi perolehan

bekalan, pihak MAMPU akan mengeluarkan Certificate of GST Relief (CoGSTR) kepada

penyebut harga yang Berjaya bagi perolehan ini.

Page 12: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

12

LAMPIRAN 2

JADUAL PEMATUHAN

Penyebutharga WAJIB untuk mematuhi semua keperluan yang telah dinyatakan dalam jadual ini.

Kegagalan untuk mematuhi mana-mana keperluan ini akan mengakibatkan Penyebutharga berkenaan

tidak dipertimbangkan.

SPESIFIKASI KUANTITI MANDATORI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUTHARGA

Spesifikasi Coffee Table Book: Menelusuri Kegemilangan Perdana Menteri, Satu Naratif Retrospektif

Saiz : 10.7” (W) x 10.7” (H) (Close) Kertas (Cover): Hard cover Kertas (Text) : Matte Art Paper 128 gsm Muka Surat 200m/s Cetakan : 4 warna Jilid : Jahit + Gam Kemasan (Cover) : Matte lamination + Spot UV

300 YA

Kos termasuk 1st & 2nd prototype set (2 sets each)

YA

Kos termasuk creative design & idea concept

YA

Disahkan oleh:

………..…………………………………

(Tandatangan)

Nama : Cop syarikat :

Jawatan :

Page 13: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

13

LAMPIRAN 3

REKA BENTUK COFFEE TABLE BOOK

Penyebut harga WAJIB mengemukakan cadangan rekabentuk Coffee Table Book.

(Muka depan sahaja dalam hardcopy dan softcopy)

Page 14: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

14

LAMPIRAN 4

SURAT AKUAN PEMBIDA

Kepala Surat

Saya,(Nama Wakil Syarikat) nombor K.P ……………..................... yang mewakili ….(Nama

Syarikat……nombor Pendaftaran (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)dengan ini

mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan

menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit Pemodenan Tadbiran

dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri atau mana-

mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas.

Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di

atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapat cuba

menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit Pemodenan Tadbiran

dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri atau mana-

mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas,

maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau

2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan

2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang

berkuat-kuasa.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-

mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam

tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan

perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau

balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……….................…

(Nama dan No. KP)

Cop Syarikat :

Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan.

ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

Page 15: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

15

LAMPIRAN 5

SURAT PERWAKILAN KUASA

Kepala Surat Syarikat

Ketua Pengarah

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan, Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Kompleks Jabatan Perdana Menteri

Aras 5, Blok B2, Kompleks B

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA Tarikh:

Tuan,

PERWAKILAN KUASA MENANDATANGANI BAGI PIHAK SYARIKAT

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa saya ………………………. no I/C:………………………………

selaku pemilik Syarikat……………………………akan menandatangani sendiri semua dokumen

berkaitan dengan urusan perolehan sebutharga Perkhidmatan Merekabentuk, Mencetak Dan

Membekalkan Coffee Table Book: Menelusuri Kegemilangan Perdana Menteri, Satu

Naratif Retrospektif untuk Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

(MAMPU) atau mewakilkan kuasa untuk menandatangani bagi pihak syarikat untuk urusan

perolehan tersebut iaitu:

Nama : …………………………………………

Alamat : …………………………………………

Jawatan : ………………………………………

No. I/C : …………………………………………

No Telefon : …………………………………………

Emel : …………………………………………

3. Sehubungan itu, dikemukakan untuk makluman/ rujukan pihak tuan selanjutnya. Pihak

kami akan memaklumkan kepada pihak tuan sekiranya terdapat perubahan penama bagi

perkara ini secara rasmi.

Sekian, terima kasih.

………(Tandatangan)…........

(NAMA PEMILIK SYARIKAT)

Jawatan:

Cop Syarikat:

* potong yang mana tidak berkenaan.

Page 16: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

16

LAMPIRAN 6

KETERANGAN MENGENAI SYARIKAT

1. Nama Syarikat : ………………………………………………………….

2. Alamat Syarikat : ………………………………………………………….

3. No.Telefon : ………………………………………………………….

4. Tarikh Syarikat Ditubuhkan : …………………………………………………………

5. Jenis Syarikat : ………………………………………………………….

6. Jenis Perniagaan : …………………………………………………………

7. Ahli Lembaga Pengarah : …………………………………………………………………..

Bil Nama No. K/P Warganegara

1.

2.

3.

8. Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham.

Bilangan Pemegang Saham Jumlah unit saham %

Bumiputera

Bukan Bumiputera

9. Nama Dan Alamat Bank : ……………………………………………………………..

10. Nombor Akaun Bank : ……………………………………………………………..

Page 17: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

17

11. Komposisi Kakitangan : …………………………………………………………

Jawatan Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah

Eksekutif

Teknikal

Perkeranian

Buruh/Kaki

tangan

Rendah

12. Lain-lain maklumat bagi menyokong cadangan ini:

Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.

Tandatangan Penyebutharga : ………………………………………………………….

Tarikh : ………………………………………………………….

Nama : ………………………………………………………….

Jawatan Rasmi : …………………………………………………………

No. Telefon (Pejabat) : …………………………………………………………

No. Telefon (Bimbit) : …………………………………………………………

Emel : …………………………………………………………

Cop Rasmi Syarikat :

Page 18: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

18

LAMPIRAN 7

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN

Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan (WAJIB);

Sijil Akuan Bumiputera (jika ada); dan

Sijil pendaftaran GST dengan JKDM (jika ada)

Page 19: PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN … · PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN ... Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga

19

LAMPIRAN 8

DOKUMEN KEWANGAN

Penyata Akaun Bank syarikat bagi satu (1) bulan terkini (OGOS 2017) (WAJIB)