Sejarah Seni Lukis di MalaysiaA4 (Kumpulan Bunga)Perkembangan
Seni Halus di MalaysiaPerkembangan seni halus di Malaysia berlaku
secara berperingkat-peringkat berkaitan dengan lukisan, catan,
cetakan dan arca. Melalui bidang seni halus ini, pelukis dapat
meluahkan rasa hati untuk disampaikan kepada audiens. Secara
umumnya, perkembangan ini dapat dibahagikan kepada dua zaman
iaitu:a. Zaman sebelum Perang Dunia Keduab. Zaman selepas Perang
Dunia Kedua
Tahun 1920anTerdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara
Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri
Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran
kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan
oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan
catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat
Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.
Genre Lukisan Pihak Inggeris memperkenalkan genre lukisan catan
landskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan
Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni
Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada
seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran
Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan
Konstruktivisme.Sumbangan golongan Cina Perkembangan seni Malaysia
dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti
Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa
tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu
jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus
Cina dan kaligrafi di China.Penghijrah awal dari ChinaPada mulanya
penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara
hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan. Hanya selepas mereka
bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat
beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka.
Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang
menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah
Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai
Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin.Pameran hasil karyaPada
awal tahun 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya.
Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian
Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui
Qo pada tahun 1926.
Yong Mun Seng
Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni
lukis Pulau Pinang. Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari
Singapura dan mendirikan studio seninya. Pelukis pertama yang
mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa yang telah
mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa
dan Lee Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke
luar negeri untuk mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai.
Ooi Hwa adalah pelukis cat air aliran Impressionist dengan
kesan-kesan cahaya yang kuat.SITC (Sultan Idris Training
College)SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun
1922. Mata pelajaran Pendidikan Seni diajar di samping
subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar
bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan
lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu.Sukatan
PelajaranSukatan Pelajaran yang digunakan adalah pelajaran
menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama.
Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan
rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke
dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada
tahun ke tiga. Buku teks yang digunakan ialah Kitab Rajah-rajah
Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.Tahun 1930anSalon Art
Studies SocietyPada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura
merupakan penuntut Sekolah Seni Halus Shanghai, Sekolah Seni
Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan Salon Art Studies
Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-pelukis
Cina.
Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksaan pameran
karya-karya pelukis asing, terutamanya karya pelukis-pelukis
HongKong dan Cina. Pelukis tempatan turut diberi peluang untuk
meluaskan pengalaman. Pameran tahunan mereka telah menjadi tradisi
berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan pada tahun-tahun
peperangan 1942 hingga 1945. Ramai ahlinya merupakan staf Akademi
Seni Halus Nanyang.
Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh
pengetuanya, Lim Hak Tai. Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan
berwawasan memperkembangkan kesenian dengan menubuhkan institusi
yang pertama dan paling lama di Singapura. Di antara
pelukis-pelukis terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong
Soo pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen Chong
Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura selepas Perang
Dunia ke Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di Shanghai,
kanton dan Amoy. Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis
aliran-aliran di Paris.
Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah
pengaruh Yong Mun Sen, dan menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau
Pinang. Di antara pengasas kelab ini termasuklah Lee Cheng Yong
sebagai Presiden, Yong Mun Seng sebagai Timbalan Presiden, Quan
Kuan Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi keat sebagai bendahari dan
Kuo Ju Ping, Tan Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee sebagai ahli
jawatan kuasa. Mereka telah mengadakan Pameran seni dan Fotografi
yang pertama. Kebanyakan karya yang dipamerkan adalah mengikut
aliran Realisme Barat dan Post Impressionism di samping beberapa
lukisan berus Cina tradisional. Pelukis-pelukis di seluruh Malaysia
dan Singapura telah diundang untuk menjayakan pameran ini.Kumpulan
Penang ImpressionistPada tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist
yang mengadakan pameran tahunan secara tetap, telah menjemput
ahli-ahli Kelab Seni Lukis Cina pulau Pinang. Jemputan ini amat
menggalakkan pelukis-pelukis tempatan memberi sumbangan yang
positif. Pameran ini merupakan pameran terakhir Penang
Impressionist sebelum dibubarkan sebelum bermulanya Perang dunia
Kedua. Kebanyakan ahlinya yang aktif telah pulang ke Eropah atau
pun telah dipindahkan.Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang
Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah mengadakan dua atau
tiga lagi pameran di bawah pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G. Lim
dan Lim Kean Siew, pengumpul karya seni) dan seterusnya dipimpin
oleh Ong Keng Seng. Ketika peperangan, aktiviti-aktiviti pertubuhan
terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu kerana kawalan
keselamatan yang dikenakan di kawasan desa dan pantai. Akhirnya,
pertubuhan ini dibubarkan sebelum kemaraan jepun pada tahun
1941.
Tahun 1940anPersatuan Seni SingapuraPada tahun 1949, persatuan
seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa ekspatriat seperti
Dr. Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library, Richard
Walker yang merupakan pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura,
Francis Thomas iaitu guru Sekolah St Andrews, Suri Mohgani iaitu
pelukis tempatan dan Liu Kang yang juga Presiden persatuan
tersebut. Walau pun Liu Kang bukan seorang guru seni beliau
disanjung tinggi sebagai pelukis yang cekap dan penglibatan
aktifnya dalam Persatuan Pelukis Cina dan Persatuan Seni
Singapura.
Persatuan Seni Singapura mengadakan pameran-pameran dan
aktiviti-aktiviti seni di dalam dan di luar negeri yang dibuka
kepada semua pelukis tanpa mengira bangsa dan darjat. Walker,
pelukis mahir aliran Impressionisme telah melatih beberapa pelukis
terkemuka seperti Lim Cheng Hoe. Lim diiktiraf sebagai pelukis cat
air yang terunggul di mana beliau juga memberi ilham serta menjadi
mentor kepada golongan pelukis generasi ini.Lee Man Fong
Lee Man Fong, pelukis penting dalam seni lukis Singapura
berhijrah ke Singapura dari Indonesia pada tahun 1967. Dilahirkan
di Kanton, China pada 1913, beliau berpindah ke Jakarta pada 1932
dan bekerja sebagai pelukis komersil. Pada tahun 1947, beliau
mendapat biasiswa kerajaan Belanda untuk menuntut kesenian di
negeri Belanda. Beliau seterusnya dilantik sebagai pelukis Istana
Presiden oleh Presiden Sukarno.
( antara lukisan yang dilukis oleh Lee Man Fong)
Konflik dalam Kelab Seni Lukis China Pulau PinangPada Disember,
1941 pendudukan jepun telah mengekang semua aktiviti kebudayaan.
Kempeitai iaitu polis tentera Jepun telah mengawasi
kumpulan-kumpulan kebudayaan China. Rekod-rekod dan bukti-bukti
fotografik lawatan Kelab Seni Lukis China Pulau Pinang telah
dibakar sebagai langkah berjaga-jaga. Kumpulan Pendidik Seni Pulau
PinangPada tahun 1945 keseniang di Pulau Pinang telah dihidupkan
semula dengan penubuhan Kumpulan Pendidik Seni Pulau Pinang di
bawah Jabatan Pendidik Seni, Pulau Pinang. Pada tahun 1948, Tay
hooi Keat menjadi warganegara Malaysia pertama yang pergi ke
Britain untuk mempelajari seni lukis di Camberwell School of
Art.
(Camberwell School of Art)
Selepas perang (Pusat Seni)Setelah perang tamat, pusat seni
telah beralih dari Paris ke New York. Para pelukis Amerika Syarikat
memulakan pergerakan seni seperti Action painting, Ekspressionisme
abstrak, Seni Pop, Seni Op, Performance Art, Minimalisme, Seni
Konseptual dan sebagainya. Pelukis-pelukis tempatan yang pergi ke
luar negeri turut terdedah kepada pelbagai pengaruh aliran
seni.
Selepas perang (Pulau Pinang)Selepas perang tamat, Pulau Pinang
menjadi pusat daya tarikan para pelukis. Frank Sullivan, penaung
seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau Pinang
pada tahun 1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur
. Hoession seterusnya menubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan
menjadi tokoh seni kebangsaan yang terkenal.
(Mohammad Hoessein Enas)
Tahun 1950anMajlis Pendidik Seni Pulau PinangPada tahun 1952,
Majlis Pendidik Seni Pulau Pinang telah ditubuhkan dan diterajui
oleh Tay Hooi Keat sebagai pengerusi. Di antara ahli-ahlinya adalah
Lee Joo For, Tan Tin Kok, Kim Tong Juan, Tan Lye Hoe dan Chee Wee
Sun. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri guru-guru sekolah aliran
Bahasa Inggeris. Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari
United Kingdom memperkenalkan konsep-konsep baru yang memeranjatkan
masyarakat seni lukis tempatan.
Pameran Pelukis KembaliPada tahun 1952 juga Cheong Soo Pieng,
Chen Chong Swee, Chen Wen His dan Liu Kang berkunjung ke Bali.
Sekembalinya dari Bali mereka mengelolakan pameran bertajuk tempat
Pelukis Kembali yang menyebabkan penciptaan susuk tubuh badan yang
dikaitkan dengan seniman Nanyang. Pameran ini telah mendorong ramai
pelukis tempatan seperti Khaw Sia membuat lawatan melukis ke
Bali.Majlis KesenianSeterusnya, pada tahun 1952 juga, Majlis
Kesenian ditubuhkan untuk memberi sokongan, menjaga dan menggiatkan
aktiviti-aktiviti dalam pelbagai bidang seni dengan bantuan
kerajaan.Persatuan Seni Pulau PinangPada tahun 1953, Persatuan Seni
Pulau Pinang ditubuhkan di bawah pimpinan Loh Cheng Chuan. Majlis
Kesenian Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun yang sama dengan souter
sebagai Presiden, Tay Hooi Keat sebagai setiausaha dan A Sabapathy
sebagai bendahari dan juruaudit. Kedua-dua pertubuhan ini telah
mengadakan pameran-pameran seni secara tetap untuk ahli-ahli
mereka. Mereka menganjurkan pameran solo untuk para pelukis
tempatan serta pelukis luar negara yang membuat lawatan.
Wednesday Art GroupWednesday Art Group telah ditubuhkan pada
tahun 1952 di Kuala Lumpur oleh Peter Harris. Pada awalnya terdapat
kekurangan kegiatan seni yang serius di Kuala Lumpur. Peter Harris
merupakan Penguasa Seni di Kementerian Pendidikan dan beliau adalah
lepasan sekolah seni di United Kingdom. Beliau memperkenalkan
estetik dan teknik seni lukis moden kepada guru-guru dan pelukis
muda tempatan yang berminat. Di antara pelukis-pelukis yang
mendapat tunjuk ajar dan galakan beliau ialah Patrick Ng, Cheong
Lai Tong, Zakariah Noor, Ismail Mustan, Dzulkifli Buyong, Ho Kai
Peng, Liu Siat Mooi, Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hoon, Jolly Koh
dan Syed Ahmad Jamal.
Syed Ahmad Jamal
Dzulkifli Buyong
Jolly Koh
Persatuan Seni SelangorPada tahun 1954, Persatuan Seni Selangor
telah diasaskan oleh ekspatriat dan ahli-ahli seperti Fung Yow
Chork, Zakariah Noor, Yong Peng Seng, Chong Hooi Fah, Syed Zainal
dan Chong Sing Kwai. Kumpulan ini bertemu seminggu sekali pada hari
Khamis di Sekolah Lelaki Methodist untuk membuat catan potret,
figuratif, lukisan dan lakaran.Angkatan Pelukis Se Malaysia
(APS)Angkatan Pelukis Semenanjung iaitu APS yang kemudiannya
dikenali sebagai Angkatan Pelukis Se Malaysia ditubuhkan di Kuala
Lumpur pada tahun 1956 oleh Mohd Hossein Enas. APS bertujuan untuk
mengumpul serta menyatupadukan pelukis-pelukis Melayu. Ahli-ahlinya
telah mencontohi penasihat mereka, Mohd Hoessein Enas yang terkenal
kerana potret realistik dalam cat minyak dan pastel. Antara yang
terkenal dalam persatuan ini ialah Idris Salam, Mohd Sallehuddin,
Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad Hassan, Yusof Abdullah dan
Zakariah Noor.Thursday Art GroupPada tahun 1957, Thursday Art Group
telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat yang sama dengan
Wednesday Art Group. Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff, Tay
hooi Keat, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William K.K.
Lau. Mereka memperkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan
kelas-kelas melukis, sesi perbincangan dan pameran.Perkembangan
Seni MalaysiaPada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai
setiausaha akhbar kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,
Perdana Menteri Malaya yang pertama. Ini membawa kesan yang
mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha
Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis
tempatan serta karya-karya mereka.
Balai Seni Lukis NegaraBalai Seni Lukis Negara di 109, Jalan
Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman
pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya
Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein
Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad
Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen. Selain Frank Sullivan yang
menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara yang telah
membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard,
Tan Sri Ghazali Shafie, Tan Sri Dato Azman Hashim, Tan Sri Kamarul
Ariffin, Tan Sri Zain Azraii, Professor Ungku Aziz, Puan P.G. Lim
dan ramai lagi. Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi
tetapnya secara beransur-ansur. Dua koleksi yang menarik ialah
gambar foto burung Dato Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil
kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2
juta ringgit.Chuah Thean TengPelukis Malaysia pertama yang
mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng
yang diadakan di London pada tahun 1959. dan dipersembahkan oleh
Majlis Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang dihasilkan
sejak beliau membuka Yahong Gallery pada tahun 1955 telah
meninggikan taraf batik daripada hasil pertukangan tangan kepada
bentuk seni halus. Kejaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada
seni antarabangsa. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain
seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan Toya turut menerima
pengiktirafan antarabangsa.