Perkembangan Politik Negeri Sabah Dari Tahun 1963 hingga Tahun
1990.
http://coretansejarah.blogspot.com/2009/11/perkembangan-politik-negeri-sabah-dari.html1.0
PENGENALAN Menurut pandangan penganalisis politik, cadangan
pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 di
Singapura (Sunday Mail 1961, Sunday Times 1961) merupakan satu
detik penting yang membawa kepada perkembangan parti politik di
Sabah.[1]Lanjutan daripada cadangan pembentukan Malaysia ini, wujud
kesedaran politik dan sekali gus menyebabkan munculnya parti-parti
politik di Sabah. (Whelan 1970; Ness 1965).Gagasan penubuhan
Malaysia ini telah di kemukakan oleh Tunku Abdul Rahman dalam
persidangan dengan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di
Hotel Adelphi, Singapura.Tunku Abdul Rahman menyatakan kemasukan
Borneo Utara, Sarawak, Singapura dan Brunei mampu memberi kesan
yang amat baik.Dengan cara ini, negeri-negeri tersebut mampu
mencapai kemerdekaan melalui pembentukan sebuah kesatuan politik
yang di namakan Malaysia.Tunku Abdul Rahman juga menyatakan betapa
pentingnya kesatuan politik ini dalam mewujudkan kerjasama yang
lebih erat dalam politik dan ekonomi memandangkan latar belakang
sejarah dan sosiobudaya yang tidak jauh berbeza.Di samping itu,
dengan pembentukan kesatuan ini di harapkan mampu menyekat
penularan pengaruh komunis di negeri-negeri yang di nyatakan ini.
Berdasarkan usul yang di kemukakan oleh Tunku Abdul Rahman ini, ia
telah membangkitkan kesedaran politik di kalangan pemimpin Sabah
dan ini telah memberi rangsangan kepada kelahiran parti-parti
politik di Sabah.Justeru itu,adalah boleh di katakan pengumuman
gagasan Malaysia ini telah menjadi landasan kepada perkembangan
politik di Sabah dan seterusnya memperjuangkan kemerdekaan sendiri
dan kemerdekaan kepada Sabah.[2]2.0 PERKEMBANGAN PARTI POLITIK DI
SABAH2.01 United National Kadazan Organization (UNKO) Parti United
Kadazan Organization (UNKO) atau Pertubuhan Kebangsaan Kadazan
Bersatu merupakan parti pertama di tubuhkan di Sabah.Parti ini di
anggotai oleh kaum Kadazan dan kumpulan Kristian lain seperti
Rungus dan Murut.Antara tokoh-tokoh penting UNKO, selain Donald
Stephens ialah seperti Peter Mojuntin, Herman Luping, Ganie Gilong
dan G.S Sundang. Rancangan untuk menubuhkan parti UNKO ini mula di
fikirkan pada 26 Mac 1961 (Kely Jitilon, 1984/85: 76).[3] UNKO di
tubuhkan berasaskan penyatuan pertubuhan-pertubuhan sosial dan
kebudayaan orang Kadazan di seluruh Sabah untuk membentuk satu
pertubuhan politik. Proses pembentukannya telah di pesatkan lagi
apabila pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mengumumkan di
Singapura cadangan gagasan Malaysia.Rentetan daripada pengumuman
gagasan Malaysia ini, Persatuan Sosiobudaya Kadazan telah
mengadakan satu Kongres Persatuan di rumah kediaman Donald
Stephens.Dalam kongrses tersebut satu resolusi telah di luluskan
bagi menubuhkan satu lembaga pusat untuk menyelaraskan semua
kerja-kerja Persatuan Kadazan di Sabah.Kongres telah mengambil
keputusan untuk menamakan Lembaga Pusat itu sebagai The United
National Kadazan Organization (UNKO). Pertubuhan ini merupakan
parti politik suku Kadazan yang berpusat di pantai barat Sabah yang
di tubuhkan pada bulan Ogos 1961 yang di pengerusikan oleh Donald
Stephen iaitu seorang ahli perniagaan peranakan Australia-Kadazan
dari Jesselton (Kota Kinabalu).Beliau adalah saudagar balak (timber
magnate) dan juga terkenal sebagai pengarang akhbar North Borneo
News and Sabah Times.(kemudiannya di kenali sebagai Sabah
Times).[4] Kekayaan hasil konsesi balak yang di perolehi daripada
penjajah British,telah membolehkan menampung perbelanjaan kegiatan
parti politik UNKO.Melalui pengelibatan beliau sebagai pengarang
akhbar North Borneo News and Sabah Times telah memudahkan penyampai
pandangan UNKO mengenai politik Sabah dan Malaysia secara lebih
berkesan. Pada awal penubuhan UNKO, ia mendapat sokongan terbesar
daripada kalangan orang-orang Kadazan/Dusun Pantai Barat,
terutamanya dari Penampang dan Papar.Kebanyakan ahli-ahli
jawatankuasa kerja adalah terdiri daripada mereka yang beragama
Kristian.Pada awal penubuhannya, UNKO hanya membuka keahliannya
kepada orang-orang Kadazan/Dusun termasuklah orang Dusun dan
Sino-Kadazan.Donald Stephens percaya dengan jumlah penduduk
Kadazan/Dusun seramai 167,367 (32 % dari jumlah penduduk Sabah)
pada tahun 1960 sudah cukup bagi UNKO untuk berdiri dengan teguh
sebagai sebuah parti politik dan boleh menjadi dominat partner
dalam sebarang penggabungan parti politik lain yang wujud di
Sabah.Namun apabila parti United Sabah Nation Organization (USNO)
wujud dengan dasarnya yang membuka keahlian kepada semua kaum
bumiputera di Sabah sama ada beragama Islam atau tidak telah
menyebabkan kedudukan parti UNKO tergugat.Dasar USNO yang membuka
keahliannya kepada semua kaum ini telah menarik ramai sokongan
orang-orang Dusun yang tidak setuju dengan penggunaan istilah
Kadazan ini yang di perjuangkan oleh UNKO untuk menyertai parti
USNO.Golongan Dusun ini khuatir dengan kedudukan mereka dalam UNKO
memandangkan mereka kurang maju dalam pelajaran dan ekonomi akan
mudah di dominasikan oleh orang-orang Kadazan Penampang yang sedia
lebih berpelajaran dan lebih berada berbanding orang-orang
Dusun.Ini terbukti apabila mereka menyaksikan keahlian parti
politik UNKO banyak di kuasai oleh orang Kadazan Penampang.[5]
Menurut Donald Stephens, matlamat utama penubuhan UNKO ialah untuk
menyatupadukan rakyat Kadazan/Dusun dan Murut supaya mereka pada
akhirnya berkerjasama dan bersatu dengan etnik-etnik yang lain
untuk memajukan serta membangunkan negeri Sabah.[6][7] Selain itu,
tujuan penubuhan UNKO juga adalah untuk memperkuatkan perhubungan
di antara orang-orang Kadazan/Dusun agar mereka dapat
memperjuangkan satu cita-cita dan satu matlamat dalam politik,
ekonomi, dan sosial, di samping menggesa kerajaan British supaya
tidak mengabaikan hak-hak bumiputera Sabah, terutamanya orang-orang
Kadazan/Dusun.Ia juga bertujuan untuk menggalakkan semangat
orang-orang Kadazan/Dusun supaya bersatu dan tidak mudah mengalah
kepada orang-orang lain, agar terus hidup dalam suasana
kegembiraan, keharmonian dan kesederhanaan (Kely Jitilon, 1984/85 :
82).
2.02 United Sabah National Organization (USNO) Kemunculan UNKO
telah menimbulkan rasa kebimbangan di kalangan penduduk bumiputera
Islam di Sabah.Oleh itu, bumiputera Islam telah menubuhkan parti
politik mereka sendiri,iaitu United Sabah National
Organization(USNO) yang mewakili cita-cita dan objektif komuniti
Melayu Muslim di Sabah.Ia di lancarkan di Kudat oleh Tun Datu
Mustapha pada 23 Disember 1961, empat bulan selepas penubuhan UNKO
(Abdullah Hussain 1976, 71).[8] Sebenarnya kewujudan parti USNO ini
adalah hasil daripada kesedaran orang-orang Melayu Islam
terutamanya Datu Mustapha Harun dan pemimpin-pemimpin Islam Sabah
yang bergiat dalam berbagai persatuan Islam.Kebanyakan pemimpin
persatuan Islam tersebut menjadi pemimpin dalam parti USNO. Di
antara mereka yang menjadi pengasasnya ialah Datuk Hj.Zakaria Gunn,
Datuk Ahmad Mahmud, Hj.Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji,
Datuk Hj. Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Datuk Othman Hj.Sidik
dan Datu K.M Edinin (Abdullah Hussain, 1976 : 69). Pemimpin utama
Persatuan Islam Putatan, Allahyarham Datuk Hj. Abu Bakar Titingan
adalah Timbalan Presiden USNO yang pertama.Pemimpin-pemimpin Islam
ini telah berjaya menggabungkan persatuan-persatuan sosial dan
Islam seluruh Sabah di bawah naungan satu parti politik.Sejak awal
penubuhan parti USNO ini, ia telah di pimpin oleh Datu Mustapha
Datu Harun yang merupakan seorang pemimpin bumiputera tempatan yang
sangat kuat pengaruhnya di kalangan orang Islam Sabah sejak awal
tahun 1950-an.Sebelum penerajui kepimpinan parti USNO, beliau
pernah memegang jawatan sebagai Ketua Anak Negeri Gred Satu yang
membawa gelaran Orang Kaya-kaya dan di lantik menjadi ahli Majlis
Perundangan Sabah pada tahun 1955.[9] Pada 24 Disember 1961, Datu
Mustapha menggariskan cogan kata Parti iaitu Bersatu, Bersedia,
Berkhidmat kearah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia.USNO sejak
awal lagi menyokong gagasan Malaysia kerana ia dapat menjamin
perkembangan ekonomi dan kestabilan politik Sabah.Malah pembentukan
ini mampu menyekat perkembangan komunis di Sabah.Datu Mustapha
adalah pemimpin pertama Sabah yang menyokong agama Islam di jadikan
agama rasmi Sabah dan begitu juga Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi.Dasar ini ketara bertentangan dengan dasar UNKO dan inilah
yang menyebabkan kontroversi antara dua parti ini.Namun kedua-dua
parti ini bersatu menjelang penubuhan Malaysia.[10]2.03 United
National Pasok-Momugun Organization (PASOK-MOMUGUN) PASOK-MOMUGUN
di anggotai oleh suku-suku bumiputera dari kawasan pedalaman
Sabah.O.K.K. Sedomon dan O.K.K. Sundang iaitu dua orang
adik-beradik telah memimpin parti ini sejak ia di tubuhkan.[11]
Orang Murut berasa bimbang bahawa kemungkinan mereka akan
ketinggalan dalam arus perubahan yang pesat di Sabah berbanding
dengan orang Kadazan dan Melayu Muslim.Oleh itu, G.S.Sundang keluar
dari UNKO dan menubuhkan United National Pasok Momugun Organization
(Pasok Momugun) pada 4 Januari 1962 bersama-sama dengan Orang
Kaya-Kaya Sedomon.Perkataan Pasok Momogun dalam bahasa Dusun
membawa maksud People Of the Country, tetapi ia di anggotai oleh
kebanyakan kaum Murut dan Dusun di Sabah.Pasok Momogun di tubuhkan
oleh golongan Bumiputera Sabah yang tidak setuju dengan USNO yang
menyokong gagasan Malaysia dan penggunaan Kadazan oleh UNKO.[12]
Tujuan parti ini di tubuhkan adalah untuk melindungi hak kaum
Bumiputera di kawasan pedalaman dan di sokong oleh segelintir orang
Cina yang bimbang tentang kedudukan ekonomi mereka apabila
menyertai Malaysia.Misalnya, Khoo Siak Chiew, seorang tauke Cina
dari Sandakan menyuarakan kebimbangan mengenai Sabah akan di jajah
oleh Tanah Melayu sekiranya Sabah tidak di beri hak berkerajaan
sendiri terlebih dahulu.Pada peringkat awalnya, orang Cina
menggunakan orang Murut sebagai alat untuk menentang penubuhan
Malaysia.Tauke-tauke Cina seperti Peter Chin dari Kota Kinabalu dan
Khoo Siak Chiew dari Sandakan memberi sokongan kewangan kepada
orang Murut untuk menubuhkan parti politik.Sebuah laporan di buat
bahawa pada tahun 1962, United Party telah menyumbang wang sebanyak
$250,000 kepada Pasok Momogun.[13]Pada dasarnya, Pasok Momogun juga
menentang penubuhan Malaysia kerana kebimbangan terhadap dominasi
Melayu Islam.Selain itu juga,parti ini mahukan Sabah mencapai
kemajuan dan kemerdekaan sendiri sebelum menyertai sebarang
persekutuan.Namun, walau bagaimanapun akhirnya Peter Chin dan Khoo
Siak Chiew menerima pembentukan gagasan Malaysia apabila mereka
sedar bahawa gagasan itu pasti akan menjadi kenyataan.Setelah itu,
bantuan kewangan kepada Posok-Momogun pun dihentikan dan
G.S.Sundang di tinggalkan dengan sikap anti Malaysianya.Selepas
itu, pengaruh Pasok-Momogun pun semakin merosot dengan beberapa
kehadiran parti Cina dan parti Cina tersebut telah mula bergerak
kearah berkerjasama dengan UNKO dan USNO.Setelah melihat
perkembangan itu, akhirnya G.S. Sundang akhirnya terpaksa akur lalu
mempertimbangkan semula gagasan Malaysia.Akhirnya, pada November
1962, Pasok Momogun menyertai Parti Perikatan Sabah sebagai salah
satu komponen parti yang menyokong Malaysia.Kemudian Pasok Momogun
telah bergabung dengan UNKO pada Jun 1964 membentuk United Pasok
Momogun Kadazan Organization (UPKO).Adalah dapat di lihat bahawa
penubuhan Pasok Momogun ini berkait rapat dengan gagasan Malaysia
dan akhirnya menjadi satu parti yang terdapat dalam Parti Perikatan
Sabah.[14]2.04 PARTI POLITIK CINA Orang cina juga telah mula
mencari idea terbaik untuk melindungi kepentingan komunitinya di
Sabah.Timbul kebimbangan di kalangan orang Cina bahawa pembentukan
gagasan Malaysia ini bukan sahaja menggugat peluang ekonomi mereka,
malah orang Cina juga beranggapan ia akan membawa dominasi politik
orang Melayu dan menjejaskan kedudukan bahasa Cina dan pendidikan
mereka di Sabah.[15] Muncul dua aliran reaksi orang Cina di Sabah
terhadap pembentukan gagasan Malaysia.Pertama, di satu pihak mereka
inginkan sebuah pertubuhan politik, manakala di satu pihak lagi
mereka inginkan sebuah badan bukan politik untuk memperjuangkan
kepentingan mereka di Sabah. Akhirnya, orang Cina yang inginkan
pertubuhan politik telah menubuhkan parti politik mereka pada tahun
1962.Pada awal tahun 1962, terdapat dua buah parti Cina iaitu North
Borneo Democratic Party (NBDP) yang di bentuk di Kota Kinabalu yang
di pimpin oleh Peter Chin dan United Party (UP) yang di bentuk di
Sandakan pada Febuari 1962 yang di pimpin oleh Khoo Siak
Chiew.[16]United Party ini di sertai oleh peniaga-peniaga kaya dari
golongan Hakka dan Teochew yang berpendidikan Inggeris serta
sebilangan kecil golongan profesional.NBDP pula mewakili peniaga
dan pedagang sederhana dari golongan Hokkien dan Hakka yang
kebanyakan daripada mereka berpendidikan Cina. Kedua-dua parti Cina
ini inginkan Sabah mencapai kerajaan sendiri terlebih dahulu
sebelum menyertai Malaysia.UP berpendapat bahawa penubuhan Malaysia
adalah perkembangan yang terlalu awal bagi Sabah.Sementara NBDP
menuntut taraf berkerajaan sendiri,tidak ada bahasa atau agama
rasmi,bahasa Inggeris terus di kekalkan,hubungan rapat dengan Tanah
Melayu dan Singapura mesti di jalankan secara beransur-ansur serta
hendaklah di tentukan taraf orang Cina kacukan Dusun (Sino-Dusun)
di Sabah. Jika dibandingkan parti ini dengan UNKO dan USNO parti
ini kecil yang memperjuangkan kepentingan dan masa depan
komunitinya di Sabah.Penubuhan dua buah parti ini semakin penting
memandangkan sejak tahun 1960, komuniti Cina telah menguasai 32
lesen kayu balak dan 90% ekonomi Sabah juga berada pada tangan
orang Cina.Maka kepentingan ekonomi mereka di Sabah perlu lah di
lindungi.[17] Menjelang pilihanraya tempatan pertama di Sabah, pada
Febuari 1962, wakil-wakil Malayan Chinese Association (MCA) dari
Tanah Melayu telah melawat Sabah dan berjaya memujuk kedua-dua buah
parti ini untuk membentuk gabungan bagi mewakili komuniti Cina
dalam pilihanraya yang akan di adakan di Sabah.Di bawah pimpinan
Dr.Lim Swee Aun, MCA berjaya menyatukan kedua-dua parti tersebut
untuk membentuk Borneo Utara National Party (BUNAP) pada 12 Oktober
1962.Pada masa yang sama juga, MCA berjaya mengurangkan kebimbangan
orang Cina tentang kedudukan ekonomi mereka apabila menyertai dan
ini sekali gus mempengaruhi mereka untuk berkerjasama dengan kaum
lain dalam proses Sabah menghadapi pilihanraya dan mencapai
kemerdekaan.Menjelang tahun 1962, parti ini mengumumkan penerimaan
gagasan Malaysia dan bersedia untuk berkerjasama dengan parti-parti
yang menyokong gagasan Malaysia dan ini sekali gus telah membawa
kepada penyertaan BUNAP dalam parti Perikatan Sabah.Apabila Sabah
menyertai Malaysia dan namanya ditukar daripada Borneo Utara kepada
Sabah,iaitu pada 16 Sept. 1963, nama BUNAP ditukar kepada Sabah
National Party (SANAP).2.05 PERIKATAN SABAH Parti perikatan Sabah
di anggotai oleh UNKO,USNO,SANAP dan PM.Penubuhan Perikatan ini
adalah atas intensif dan usaha pemimpin-pemimpin politik Sabah dan
Persekutuan Tanah Melayu bagu mewujudkan satu perpadun untuk
menyokong penubuhan gagasan Malaysia.Pada awal penubuhan perikatan
ini (1962-1967) masih wujud perbezaan pendapat dan asas antara
parti yang menganggotai perikatan ini.Persengketaan dan perbezaan
pendapat ini jelas kelihatan terutamanya antara parti UNKO dan
USNO.Namun disebabkan oleh beberapa perkara akibat ancaman Filipina
yang menuntut Sabah dan Konfrontasi Indonesia, persengketaan ini
terpaksa di lupakan demi kepentingan dan kemerdekaan Sabah.Pemimpin
seperti Datu Mustapha, Donald Stephens, G.S.Sundang dan Khoo Siak
Chiew telah bersama-sama menyatakan bahawa penduduk Sabah adalah
bersaudara dan mereka harus berkerjasama untuk mewujudkan sebuah
negeri yang makmur.Namun ia tidak dapat bertahan lama kerana
terpaksa tunduk kepada kehendak masing-masing yang sentiasa wujud
curiga mencurigai yang kurang percaya kepada parti-parti lain dalam
komponen.Walaupun berada dalam satu perikatan yang sama, namun
masih wujud unsur perkauman dalam menyokong calon parti.USNO
penyokongnya terdiri daripada Melayu-Muslim,UNKO disokong oleh
Kadazan/Dusun dan Sino-Kadazan ,SANAP disokong oleh Cina manakala
Pasok Momogun disokong oleh masyarakat Dusun dan Murut di
Pedalaman.2.06 KERAJAAN PERIKATAN 1962-1967 Pada awal penubuhannya,
asas penubuhan parti adalah tidak kukuh dan terburu-buru bagi
menyokong penubuhan gagasan Malaysia.Di sebabkan hal ini, setiap
parti yang ada dalam perikatan ini masih memperjuangkan hak kaum
masing-masing.Dalam tiap-tiap parti ini masih wujud perasaan
perkauman yang terlalu tebal yang lebih berpihak kepada kepentingan
kaum masing-masing. .[18] Perikatan telah membentuk kerajaan
selepas memenangi pilihanraya secara langsung menerusi Residency
Electoral Colleges(Roff,1967: hlm.86.) yang di adakan pada bulan
Mac 1963.Pilihanraya ini di adakan bertujuan untuk memilih calon
menduduki Majlis Dewan Undangan.Dalam pilihanraya tersebut, USNO
menang 8 kerusi,UNKO 5 kerusi, SANAP 4 kerusi dan PM 1
kerusi.[19]Dalam kerajaan baru ini British dan semua ahli perikatan
bersetuju untuk memilih Donald Stephens sebagai Ketua Menteri.Kalau
di lihat melalui pemilikan jumlah kerusi,Tun Mustapha lebih layak
menjadi Ketua Menteri tetapi Tun Mustapha mengalah dan memberi
peluang kepada Donald Stephens dan memegang jawatan sebagai Yang
Di-pertua Negeri dan nampak lebih adil untuk mengurangkan
ketegangan antara bumiputera Islam dan bukan Islam.Namun ada juga
mengatakan bahawa Tun salah tanggapan pada jawatan Yang
di-Pertua.Beliau beranggapan bahawa jawatan ini sama seperti
Gabenor pada zaman British.Tetapi sangkaan beliau ini adalah
sebaliknya.Kedudukan beliau sangat terkongkong dalam politik kerana
semua kuasa pentadbiran Sabah di pegang oleh Donald Stephens.Ini
menyebabkan beliau enggan berkerjasama dengan Donald Stephens lalu
melemahkan kedudukan perikatan.[20] Ketegangan yang berterusan
antara USNO dan UPKO ini telah memberi keuntungan kepada orang
Cina.Hal ini bertambah rumit apabila Kerajaan Pusat campur tangan
dan memaksa Donald Stephens meletak jawatan.Apabila Donald Stephens
meletak jawatan dan memegang Menteri Hal-Ehwal Sabah ,jawatan Ketua
Menteri telah di sandang oleh Peter Lo dar SCA.Parti UPKO berasa
kecewa dengan tindakan USNO/SCA dan Kerajaan Persekutuan kerana
mereka beranggapan bahawa perlantikan Peter Lo ini akan menjadi
laluan kepada Tun Mustapha untuk menjadi Ketua Menteri selepas
itu.Ini menyebabkan UPKO bertindak meminta supaya kemasukan Sabah
ke Malaysia di kaji semula namun di tolak oleh Tunku dan ini
menyebabkan Donald Stephens mahu berkerjasama dengan Singapura
untuk menubuhkan Persekutuan 3 S (Singapura,Sabah,Sarawak).Ini di
anggap ancaman kepada Tunku dan menyebabkan Tunku menekan perikatan
Sabah supaya menggugurkan jawatan pemimpin UPKO ini.Untuk
kepentingan penyokong UPKO,Donald Stephens dan Peter Mojuntin
meletak jawatan dan kedudukan UPKO dalam perikatan semakin
lemah[21] Pada bulan Disember 1967, UPKO di bubarkan kerana Donald
Stephens merasakan pengaruh beliau dan UPKO semakin lemah kerana
hampir semua rancangan beliau gagal.Ini di tambah lagi apabila
seorang demi seorang ADUN UPKO melompat parti kerana kedudukan
mereka lebih terjamin dan mendapat keistimewaan.Setelah UPKO di
bubarkan,USNO menguasai Sabah semula dan ia di sambut baik oleh
Tunku dan Tun Mustapha.Ekoran dari itu,Donald Stephens di lantik
sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia.[22] Dengan
pembubaran UPKO dan ketiadaan Donald Stephens dalam politik Sabah
telah meredahkan suasana ketegangan politik Sabah dan Sabah dapat
menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pembangunan negeri
Sabah.2.07 KERAJAAN PERIKATAN 1967-1976 Terdapat banyak kecacatan
dalam pentadbiran Kerajaan Perikatan tahun 1967-1976.Sungguh pun
begitu, pentabiran USNO masih membawa kebaikan kepada negeri dan
rakyat Sabah.Pada era pentadbiran ini,keadaan politik stabil dan
ini memudahkan lagi pembangunan Sabah untuk di jalankan.Banyak
Rancangan-rancangan pembangunan telah berjaya di laksanakan dengan
licin disebabkan adanya perpaduan rakyat.Kerajaan perikatan pada
tempoh ini sentiasa berusaha untuk menggalakkan perpaduan di
kalangan rakyat dan tanamkan semangat cintakan negara memandangkan
terdapat banyak kaum di Sabah yang masing-masing dengan agama dan
budaya tersendiri.Oleh itu,adalah menjadi tanggungjawab kerajaan
untuk menyatupadukan rakyat demi kepentingan pembangunan
Sabah.Antara langkah yang telah di laksanakan ialah meingiktiraf
agama Islam sebagai agama rasmi manakala Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi di Sabah yang bertujuan penyatuan rakyat. Walaupun
USNO bukan parti Islam tetapi parti ini banyak berusaha untuk
mengukuhkan dan meluaskan Islam di Sabah.Di bawah pentadbiran USNO,
agama Islam telah di jadikan agama rasmi negeri Sabah.Namun walau
Islam sebagai agama rasmi negeri,tetapi agama lain bebas di
amalkan.Bagi menjayakan rancangan ini, Ketua Menteri telah
menubuhkan United Sabah Islamic Association (USIA) pada bulan Ogos
1969 yang bertujuan untuk mentadbir Islam dan menyebarkan dakwah
Islam di Sabah.Selain USIA, Kerajaan USNO juga telah menubuhkan
Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada tahun 1971 bagi menguruskan
hal-ehwal Islam di Sabah.Namun, tindakan USNO ini tidak di senangi
oleh bumiputera bukan Islam kerana mereka merasakan bahawa dasar
ini tidak harus di laksanakan kerana Sabah terdiri daripada
pelbagai agama.Dasar-dasar yang di laksanakan oleh Tun Mustapha
tidak berapa di senangi oleh bumiputera bukan Islam.Akhirnya
perpaduan yang di kecapi telah goyah dan semangat perkauman dan
keagamaan semakin menenebal di hati bumiputera Kristian dan Kadazan
di Sabah. Namun,walau wujud banyak kontroversi, terdapat juga
pembangunan dari segi ekonomi dan pelajaran bumiputera Sabah.Pada
tahun 1969 Yayasan Sabah telah di tubuhkan yang banyak memberi
manfaat kepada bumiputera Sabah. Walaupun banyak kontroversi,namun
ia tidak lah sampai kepada tahap yang membimbangkan kerana
kedudukan USNO pada waktu itu telah kukuh dan sukar untuk di
tandingi.Walau pun ada cubaan-cubaan untuk menggugat kedudukan
USNO,namun dengan cepat-cepat ia di atasi oleh USNO.Contohnya,
Peter Mojuntin telah menubuhkan Union Of Sabah People (USAP) tetapi
ia gagal di daftarkan kerana penyokong-penyokongnya di ancam dan
pemimpinnya pula begitu mudah di sogok dengan wang. Penentangan ke
atas pimpinan USNO tidak berdiam begitu sahaja.Kemarahan dan
ketidakpuasan di kalangan rakyat semakin membara di atas
dasar-dasar USNO yang kurang di persetujui.Peluang yang di tunggu
telah tiba apabila BERJAYA di tubuhkan untuk mengembalikan semangat
politik rakyat Sabah.2.08 Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah
(BERJAYA) Pembentukan Parti Bersatu Rakyat Sabah (BERJAYA) dapat di
bincangkan berdasarkan hubungan antara Kerajaan Perikatan Sabah dan
Kerajaan Pusat Kuala Lumpur pada tahun-tahun akhir pemerintahan
Perikatan Sabah.Pada era awal pemerintahan Perikatan Sabah,
hubungan di antara Kerajaan Perikatan Sabah dan Kerajaan Pusat
Kuala Lumpur adalah sangat baik dan erat terutama sekali semasa
Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri.Namun, apabila Tun
Mustapha sudah menjadi semakin kuat dan terlalu berkuasa, hubungan
baik ini semakin renggang.Tindak-tanduk Tun Mustapha semakin sukar
untuk di kawal dan banyak bercanggah dengan dasar Kerajaan Pusat
pimpinan Tun Abdul Razak.Banyak berlaku pembaziran
wang,penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa yang telah menyebabkan
berlaku pertelagahan peribadi di antara kedua-dua tokoh Pusat dan
Negeri itu.Pertentangan yang berlaku ini telah menjadi faktor
penting yang membawa Kerajaan Pusat untuk menyokong penubuhan
BERJAYA (Yusoff Jalil, 1979; Jenar Lamdah, 1981, Bernard Sta Maria,
1978).Dengan sokongan yang di lakukan oleh Kerajaan Pusat Kuala
Lumpur ini, Tun Mustapha tidak dapat menyekat pertumbuhan parti
BERJAYA seperti yang pernah di lakukan oleh beliau sebelum ini ke
atas parti politik yang lain.Selain daripada sokongan daripada
Kerajaan Pusat Kuala Lumpur, penubuhan parti ini juga turut di
sokong oleh tokoh-tokoh seperti Abd.Ghafar Baba, Abd.Rahman Yaacub
dan Yang Dipertua Negeri Sabah sendiri iaitu Tun Fuad juga turut
menyokong penubuhan parti ini.[23] Pada awal tahun 1975, hubungan
antara Kerajaan USNO-SCA dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi
semakin tegang apabila Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, meminta
dan menyokong supaya di bentuk satu parti baru yang lebih berbentuk
multi-racial iaitu pelbagai corak bangsa di Sabah untuk menentang
Tun Mustapha dan USNO. Suatu keputusan telah di capai untuk
membentuk parti BERJAYA, suatu usul yang cepat dan sebuah parti
baru ini telah di bentuk pada 15 Julai 1975.Pemimpin yang menerajui
parti BERJAYA ini terdiri daripada bekas pemimpin dalam USNO yang
tidak puas hati dan tidak bersefahaman dengan kepimpinan Tun
Mustapha, seperti Datuk Harris Salleh dan Datuk Salleh Sulong,
bekas pemimpin parti UNKO seperti Tun Fuad Stephens dan Datuk Peter
Mojuntin, pemimpin Parti Cina seperti Yap Pak Leong,Chong Thain Vun
dan Lim Guan Sing serta ahli baru yang terdiri daripada sektor
persendirian dan bekerja seperti Datuk Yeh Pao Tzu,Datuk K.Y.Lee,
Wong Boon Ping, Nicholas Fung,Joseph Pairin Kitingan, Wong Yau
Ket,Darius Binion,Datuk Fred Sinidol dan James P.Ongkili.[24] Apa
yang unik mengenai parti BERJAYA ialah, parti ini merupakan parti
pertama yang betul-betul bersifat multiracial yang di tubuhkan di
Sabah sejak negeri mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun
1963.Ini dapat di lihat apabila parti ini di terajui oleh pemimpin
dari golongan bumiputera Muslim dan bukan Muslim iaitu terdiri
daripada bangsa
Kadazan/Dusun,Bajau,Suluk,Rungus,Murut,Bisaya,Brunei,Orang
Sungai,Kwijau,Tatana,Tidong dan Kimaragang.Persatuan-persatuan Cina
juga menyertai parti ini kerana keyakinan mereka kepada parti ini
dalam membangunkan semua bangsa di Sabah dalam melibatkan diri
dalam politik Sabah. Kemunculan Parti BERJAYA ini telah di sambut
baik oleh segenap masyarakat yang cintakan demokrasi.Hal ini
terbukti apabila Parti BERJAYA memenangi pilihanraya negeri dalam
bulan April, 1976.BERJAYA telah memperolehi 28 kerusi daripada 48
kerusi yang di pertandingkan.Manakala USNO hanya memperolehi 20
kerusi dan kebanyakan kerusi ini di perolehi daripada kawasan
bumiputera Islam.Parti BERJAYA hanya dapat menawan tiga buah
kawasan penduduk Islam iaitu Lahad Datu, Papar dan Kawang.Tetapi
memperolehi undi yang terbanyak daripada orang-orang Kadazan dan
Cina.[25]2.09 Parti Bersatu Sabah (PBS) Kemenangan Parti PBS dalam
pilihanraya pada tahun 1965 telah memeranjatkan semua pihak
terutamanya parti BERJAYA dan Kerajaan Persekutuan sendiri.Namun
bagi rakyat ia sememangnya telah di duga memandangkan keadaan
politik pada masa tersebut yang tidak menentu.Rakyat sememangnya
menunggu kemunculan parti baru yang lebih baik yang mampu
mempertimbangkan tentang keperluan dan hak mereka.[26]Keadaan
pergolakan politik pada masa tersebut telah di gunakan sebaik
mungkin oleh PBS untuk meraih sokongan daripada rakyat.Walaupun
wujud 40 hari sebelum pilihanraya berlangsung namun
pemimpin-pemimpin hebat seperti Joseph Pairin Kitingan,Joseph
Kurup,Benard Giluk Dompok serta pemimpin Kadazan yang lain yang
berpendidikan tinggi telah berusaha sekuat-kuatnya untuk
menumpaskan parti BERJAYA.Parti PBS turut mendapat sokongan kuat
daripada orang Kadazan/Dusun yang tidak puas hati dengan tindakan
Datuk Harris yang menarik taraf daerah Tambunan dan sikap tidak
adil Parti BERJAYA dalam mengagihkan kekayaan kepada penduduk yang
kurang berada di bandar dan luar bandar.[27]Sokongan padu daripada
rakyat ini dapat di lihat apabila PBS memenangi pilihanraya pada 10
April 1985.Daripada 48 kerusi yang di pertandingkan, PBS telah
memenangi 25 kerusi manakala USNO 16,PASOK 1 dan BERJAYA 6 kerusi
(Darman Shah, 1985/86:274).Kemenangan ini mengejutkan Kerajaan
Persekutuan dan presiden BERJAYA apabila Datuk Harris kalah di
tempat sendiri iaitu di Tenom kepada calon baru PBS yang tidak
terkenal iaitu Encik Kadoh Agundang.[28] Kemenangan PBS dalam
pilihanraya ini membolehkan PBS membentuk kerajaan baru di
Sabah.Datuk Jospeh Pairin Kitingan sebagai presiden parti telah di
lantik sebagai Ketua Menteri manakala Mark Koding telah di lantik
sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan
Perindustrian dan Luar Bandar. Selepas kejatuhan parti BERJAYA ini,
maka Sabah terdedah semula kepada politik yang bersifat
perkauman.Bumiputera Islam kebanyakannya menyokong perjuangan parti
USNO manakala bumiputera bukan Islam menyokong perjuangan
PBS.Namun, Datuk Joseph Pairin Kitingan menyatakan bahawa parti ini
untuk semua kaum tetapi di sebabkan ia dibentuk oleh pemimpin dari
orang Kadazan/Dusun dan penyokong ramai dari Kadazan/Dusun dan
Murut maka ia kelihatan seperti di kuasai oleh satu kaum
sahaja.Tatapi PBS juga berhasrat untuk menarik sokongan bumiputera
Islam dan orang-orang Cina.Pada permulaan,PBS kurang mendapat
sokongan daripada bumiputera Islam kerana kurang yakin dengan wakil
bumiputera Islam dalam PBS.Wakil tersebut adalah Encik Nahalan
Hj.Damsal dan Puan Ariah Tengku Ahmad.Wakil-wakil ini tidak di
yakini oleh bumiputera Islam kerana Encik Nahalan Hj.Damsal yang
merupakan pengikut ajaran Qadiani manakala Puan Ariah merupakan
saudara baru yang berketurunan Australia.Oleh itu,kesetiaan mereka
terhadap Islam masih di ragui.Tanpa wakil Islam yang berpengaruh
dalam PBS,sokongan Orang Melayu-Muslim tetap kurang.Tetapi sungguh
pun begitu,Datuk Pairin tetap berusaha untuk menjadikan PBS sebagai
parti yang berbilang kaum.[29] Setelah mengalahkan parti USNO dan
BERJAYA,PBS memenangi pilihanraya pada 5 dan 6 Mei 1986 sekali
lagi.Usaha USNO, Berjaya serta BN untuk menyekat pengaruh PBS tidak
berjaya.Dalam pilihanraya tersebut PBS memenangi 34 kerusi manakala
USNO dan Berjaya masing-masing 12 dan 1 kerusi.Dengan 6 wakil yang
di lantik oleh kerajaan selaras dalam peruntukan Perlembagaan
Negeri Sabah, PBS menguasai 40 daripada 54 kerusi Dewan Undangan
Negeri Sabah dan melayakkan PBS di terima sebagai ahli BN namun
kekecohan terus berlaku sehinggalah PBS keluar dari BN menjelang
pilihanraya tahun 1994 dan menyertai pakatan pembangkang di
Semenanjung.[30] Selepas pilihanraya pada tahun 1994, beberapa ahli
PBS melompat parti dengan menyertai BN dan atas usaha USNO,BN
berjaya menguasai Sabah semula.Kedudukan BN semakin kukuh apabila
PBS hanya menang 8 kerusi daripada 19 kerusi yang di pertandingkan
dalam pilihanraya parlimen pada tahun 1995.Setelah itu,UMNO terus
maju ke Sabah apabila ramai anggota parti USNO,Berjaya dan PBS
menyertai parti tersebut.Akhirnya PBS menyertai semula BN apabila
sekali lagi kalah dalam pilihanraya pada tahun 1999.[31]3.0
KESIMPULAN Dapat di simpulkan perkembangan politik Sabah berlaku
begitu rancak sekali selepas gagasan Malaysia di tubuhkan.Walaupun
sebelum gagasan Malaysia di umumkan tidak wujud parti politik yang
lebih radikal tetapi pengumuman gagasan Malaysia ini telah di
jadikan landasan oleh pemimpin dan rakyat Sabah untuk membuka mata
tentang pentingnya satu kesatuan politik yang dapat di jadikan
wadah untuk memperjuangkan hak rakyat dan memberi kemerdekaan
kepada Sabah.Bermula dengan penubuhan Parti UNKO hinggalah kepada
zaman PBS , kita dapat lihat bagaimana berlaku persaingan yang
sangat kuat dalam berpolitik di Sabah.Kontroversi-kontroversi yang
berlaku telah menjadi satu titik permulaan kepada rakyat Sabah
untuk membina matlamat dan cita-cita bagi kepentingan seluruh
peringkat sosial di negeri Sabah.
[1] Mohd Sarim Hj. Mustajab. 2003. Sabah Dalam Konteks Pembinaan
Nasion Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pembinaan Nation
Malaysia. PPIB, Universiti Malaysia Sabah. Hlm. 62[2] Ibid. hlm.
62-63.[3] Sabihah Osman. Sabah Perubahan dalam Pembangunan. Bangi
,Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sabah. 1986. hlm.
90[4] Ibid. hlm.90[5] Ibid. hlm.90-91[6] Ismail Yusoff. 2004.
Politik dan Agama Di Sabah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Hlm. 83.[7] Op.cit. Sabihah Osman. Hlm. 91.[8] Op.Cit. Ismail
Yusoff .hlm. 84.[9] Op.cit. Sabihah Osman. Hlm. 95.[10] Ibid. Hlm.
96-97.[11] Mazlan Abdullah. 1978. Sejarah Malaysia Timur. Siri
Buku-buku Sekolah Utusan. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors. Hlm. 134.[12] Op.Cit. Mohd Sarim Hj. Mustajab.hlm.
66.[13] Ibid.[14] Ibid.[15] Op.Cit. Mohd Sarim Hj. Mustajab.
Hlm.67.[16] Ibid.[17] Ibid. hlm. 68.[18] Op.cit. Sabihah Osman.
Hlm.106[19] Ibid.[20] Ibid. hlm. 107[21] Ibid. hlm. 111.[22] Ibid.
hlm. 113.[23] Ibid. Hlm. 119.[24] Datuk Dr. Herman J. Luping.
Political Development In Sabah, 1963-1988. Hlm. 72.[25] Op.cit.
Sabihah Osman. Hlm. 119.[26] Ibid. Hlm. 126.[27] Ibid. hlm.
127.[28] Ibid.[29] Ibid. Hlm. 128.[30] Abdul Rahman Hj.Ismail.
Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur :Dewan
Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 368.[31] Ibid.
BIBLIOGRAFIAbdul Rahman Hj.Ismail. Malaysia : Sejarah Kenegaraan
Dan Politik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005.Datuk
Dr.Herman J. Luping,Sabah Dilemma : The Political History Of Sabah
(1960-1994).Ismail Yusoff. 2004. Politik dan Agama di Sabah. Bangi,
Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia.Ismail Yusoff. 1997.
Politik dan Agama di Sabah. Bangi, Selangor : Universiti Kebangsaan
Malaysia. Mazlan Abdullah.1978. Sejarah Malaysia Timur. Siri
Buku-buku Sekolah Utusan. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors.Mohd Sarim Hj. Mustajab. 2003. Sabah Dalam Konteks
Pembinaan Nasion Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pembinaan
Nation Malaysia. PPIB, Universiti Malaysia Sabah. Sabihah Osman.
Sabah Perubahan dalam Pembangunan. Bangi,Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia Yayasan Sabah. 1986.