PerkembanganBayi Dalam Kandungan21 August 2013Royzaliyana0
CommentsBahagianya bila mengetahui di hamil, tidak kira lah bayi
sulung, kedua atau keberapa sahaja. Kita sebagai wanita akan terasa
bahagia dan lengkap manakala pihak suami pasti merasa gembira dan
teruja apabila mengetahui isteri yang dicintai hamil zuriatnya.
Namun tahukah anda perkembangan bayi dalam kandungan iniDi sini
ingin Yana kongsikanPerkembangan Bayi Dalam Kandungan sepanjang
kehamilan iaitu dari minggu pertama sehingg minggu ke 40. Mari kita
terokaiPerkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 18 hari selepas
proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel)
merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam
rahim.Bayi AndaLapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan
merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam
rahim.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 2Blastocyst
menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbagi kira-kira 2
kali sehari sehingga pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah
dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada
endometrium.Bayi AndaBlastosis mula mengelembung dan membahagi dua
kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi
beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada
endometrium.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 3Saiz embrio
terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin
mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih (sel) daripada organ
badan yang akan bergabung.Bayi AndaSelepas tiga minggu
persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula
membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan
bergabung.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 4Janin sudah
mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung
dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci
(6 mm = sebesar biji tembikai). Pada masa ini sudah kelihatan
pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti
jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang
membawa darah daripada jantung).Bayi AndaBentuk asas seorang
manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6 mm. Pada
minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang
fetus. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar
yang mengalirkan darah daripada jantung).Perkembangan Bayi Dalam
Kandungan :Minggu 5Embrio akan terus membesar. Terdapat 3 lapisan
iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan
yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin
tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit
serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada
lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu
jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Sistem
peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir
sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan
membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi
kencing.Bayi AndaWalaupun anggota tubuh badan embrio yang jelas
kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini dalam proses
perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi
akan bertukar menjadi jantung. Saiz embrio sudah mencecah 4
mm.Tubuh andaHaid anda tidak datang. Minggu ini merupakan minggu
paling sesuai untuk anda menjalani ujian air kencing yang boleh
menentukan sama ada anda hamil ataupun sebaliknya.Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan :Minggu 6Sekiranya pemeriksaan secara ultrasound
dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepala dan
badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.Bayi
AndaJantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir
minggu ini, saluran yang menghubungkan embrio dengan plasenta mula
membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga
terbentuk. Saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng dan
pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.Tubuh
andaJika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu akan
membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah
menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan
mengelupas.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 7Pembentukan
bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan
berada dalam cecair (air ketuban atau amnotic sac) yang akan
memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.Bayi
AndaFetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan
giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian
berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir
terbentuk sepenuhnya.Tubuh andaAnda mungkin berasa pening ataupun
pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda
berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini.
Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat
rehat secukupnya.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 8Seluruh
organ tubuh utama bayi telah terbentuk meskipun belum berkembang
sempurna. Mata dan telinga mulai terbentuk. Jantung berdetak kuat.
Dengan ultrasound kita dapat melihat jantung janin berdenyut.Bayi
AndaFetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan
giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian
berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir
terbentuk sepenuhnya.Tubuh andaAnda mungkin berasa pening ataupun
pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda
berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini.
Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat
rehat secukupnya.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 9Telinga
bagian luar mulai terbentuk, kaki dan tangan terus berkembang
berikut jari kaki dan tangan mulai tampak. Ia mulai bergerak
walaupun Anda tak merasakannya. Dengan Doppler, Anda bisa mendengar
detak jantungnya. Minggu ini, panjangnya sekitar 22-30 mm dan
beratnya sekitar 4 gram.Bayi AndaBentuk muka fetus mula berkembang,
malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki
dan tangannya. Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.Tubuh andaBerat
anda mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap
pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi
lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, beri
perhatian khusus kepada kebersihan gigi.Perkembangan Bayi Dalam
Kandungan :Minggu 10Semua organ penting yang telah terbentuk mulai
bekerjasama. Pertumbuhan otak meningkat dengan cepat, hampir
250.000 sel saraf baru diproduksi setiap menit. Ia mulai tampak
seperti manusia kecil dengan panjang 32-43 mm dan berat 7 gram.Bayi
AndaTelinga luaran fetus mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula
memanjang di mana ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat
tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Pada
tahap ini, saiz fetus ialah 4.5 sm dan beratnya pula 5 g.Tubuh
andaJumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini
akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim
anda kini sebesar buah oren. Perubahan fizikal memaksa anda memakai
pakaian yang lebih selesa sesuai dengan saiz baru anda.Perkembangan
Bayi Dalam Kandungan :Minggu 11Panjang tubuhnya mencapai sekitar
6,5 cm. Baik rambut, kuku jari tangan dan kakinya mulai tumbuh.
Sesekali di usia ini janin sudah menguap.Gerakan demi gerakan kaki
dan tangan, termasuk gerakan menggeliat, meluruskan tubuh dan
menundukkan kepala, sudah bisa dirasakan ibu. Bahkan, janin kini
sudah bisa mengubah posisinya dengan berputar, memanjang,
bergelung, atau malah jumpalitan yang kerap terasa menyakitkan
sekaligus memberi sensasi kebahagiaan tersendiriBayi AndaDi minggu
ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk. Jadi,
sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir pada penghujung
minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang
ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu. Berat fetus pada
minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya pula 5.5
sm.Tubuh andaSebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan
membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil
peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. Selain itu, jika
berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, segeralah
bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat
dileraikan.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 12Panjang
janin sekarang sekitar 6,5 cm dan bobotnya sekitar 18 gram. Kepala
bayi menjadi lebih bulat dan wajah telah terbentuk sepenuhnya.
Jari-jari tangan dan kaki terbentuk dan kuku mulai tumbuh. Bayi
mulai menggerak-gerakkan tungkai dan lengannya, tetapi ibu belum
dapat merasakan gerakan-gerakan ini.Bayi AndaJantung fetus berdegup
antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun
naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula
kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk.
Begitu juga dengan kukunya. Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya
dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.
Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam. Panjang fetus kini
ialah 6.5 sm manakala beratnya pula 20 gm.Tubuh andaBerat badan
anda akan bertambah kira-kira satu perempat daripada berat badan
normal di antara minggu ini hingga minggu 20. Ketika minggu ini
anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu
sebelumnya. Teliti gaya hidup dan pemakanan anda dan pastikan diet
anda mengandungi himpunan makanan yang baik dan seimbang untuk anda
dan kandungan.
Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 13Bayi AndaSaiz fetus
kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm. Tulangnya mula berkembang,
begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, fetus sentiasa
menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot
bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah
dia lahir nanti.Tubuh andaPerubahan saiz rahim yang kian membesar
akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda buncit.
Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna
bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada
payu dara anda mula jelas kelihatan.Perkembangan Bayi Dalam
Kandungan :Minggu 14Bayi AndaPada trimester kedua, organ-organ bayi
dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini
semakin menyerlah. Bayi anda juga berupaya untuk mengerak-gerakkan
kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening. Bayi anda
kini berukuran 9 sm dengan berat sebanyak 60 gm.Tubuh andaKuantiti
darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang
sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu
bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda
kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu
menjalankan tugas sebaiknya. Hasil daripada pertambahan kuantiti
darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding
sebelumnya. Dalam erti kata lain, inilah waktu yang paling sesuai
untuk anda dan keluarga pergi bercuti sebelum
melahirkan.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 15Bayi
AndaTulang rangka bayi anda sedang giat berkembang. Kini kakinya
lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin
menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin
jelas kelihatan. Bayi anda pada ketika ini sudah boleh mendengar.
Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain
daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. Bayi anda sekarang
sudah sepanjang 12 sm dan beratnya kira-kira 100 gm.Perkembangan
Bayi Dalam Kandungan :Minggu 16Bayi AndaBayi semakin kerap
bergerak. Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo
iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan
keseimbangan suhu badan. Jantina bayi anda juga sudah boleh
diketahui semasa ultrasound dilakukan. Bayi anda kini berukuran 16
sm panjang dengan beratnya 135 gm.Tubuh andaPada saat ini anda
sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga
semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama
bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah
terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di
bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin menyerlah.
Dan garis ini kembali pudar selepas anda melahirkan.
Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 17Dengan panjang 12 cm
dan berat 100 gram, bayi masih sangat kecil. Lapisan lemak cokelat
mulai berkembang, untuk menjada suhu tubuh bayi setelah lahir.
Tahukah Anda ? Saat dilahirkan, berat lemak mencapai tiga perempat
dari total berat badannya.Rambut, kening, bulu mata bayi mulai
tumbuh dan garis kulit pada ujung jari mulai terbentuk. Sidik jari
sudah mulai terbentukBayi AndaAnggota badan bayi dalam kandungan
anda kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula
dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Dan
kini, dia berukuran 18 sm dengan berat sekitar 185 gm.Tubuh
andaPinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang
tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran
sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi
juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah
yang biasa dialami wanita hamil. Jangan risau. Pergilah bertemu
doktor gigi untuk rawatan.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu
18Mulailah bersenandung kerana janin kini dapat mendengar pada
minggu ini. Ia juga akan terkejut bila mendengar suara keras. Mata
bayi pun berkembang. Ia akan mengetahui adanya cahaya jika Anda
menempelkan sesuatu yang menyala di perut. Panjangnya sudah 14 cm
dan beratnya 140 gram.Bayi sudah dapat melihat cahaya yang masuk
melalui dinding rahim ibu. Hormon Estrogen dan Progesteron semakin
meningkat.Bayi AndaKulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut
kerana mereka belum pun mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif
bergerak. Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada
luar. Oleh yang demikian, janganlah terperanjat jika tiba-tiba bayi
anda menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak anda duga.
Bayi anda kini berukuran kira-kira 21 sm dengan beratnya 235
gm.Tubuh andaKetika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan
anak. Dalam masa yang sama, ibu hamil juga mungkin mengalami
masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil,
membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu
peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga
semakin bertambah. Sepanjang trimester kedua ini, anda akan dapat
mengesan beberapa perubahan sampingan yang ketara pada tubuh selain
daripada pertambahan berat badan.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan
:Minggu 19Tubuh bayi diselimuti vernix caseosa, ianya seperti
lapisan lilin yang melindungi kulit dari luka. Otak bayi telah
mencapai jutaan saraf motorik, oleh itu ia mampu membuat gerakan
sadar seperti menghisap ibu jari. Beratnya 226 gram dengan panjang
hampir 16 cm.Bayi AndaSama seperti anda, janin dalam kandungan juga
semakin membesar. Ketika ini gigi susu mereka mulai terbentuk dalam
gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukan gigi kekal juga
muncul. Janin anda sudah menjangkau 23 sm dengan beratnya kira-kira
285 gm.Tubuh andaSaat ini berat badan anda semakin bertambah.
Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang
paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula
kelihatan pada muka anda. Jangan risau, semua itu akan kembali
seperti sedia kala setelah anda melahirkan.Perkembangan Bayi Dalam
Kandungan :Minggu 20Bayi masih berenang-renang dalam lautan air
ketuban. Ia tumbuh dengan pesat. Bayi akan membuat gerakan-gerakan
aktif yang dapat dirasai oleh ibu. Bayi akan menendang berpusing
dan sebagainya.Bayi AndaVernis merupakan sejenis bahan putih
berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada
cecair amniotik semasa berada dalam kandungan. Bayi anda kini
berukuran 25.5 sm dengan berat 340 gm.Tubuh AndaRahim semakin cepat
membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain.
Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak
kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi
rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati
bukan suatu yang asing.
Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 21Usus bayi telah
cukup berkembang sehingga ia sudah mampu menyerap atau menelan gula
dari cairan serta melalui sehingga ke sistem pencernaan menuju usus
besar. Gerakan bayi semakin pelan karena beratnya sudah 340 gram
dan panjangnya 20 cmBayi AndaBayi anda kini sangat aktif. Hampir
setiap saat anda akan dapat rasa pergerakannya. Jadi, tidak
hairanlah kalau setiap malam tidur anda diganggu. Jika hal ini
terjadi kepada anda, usap perlahan perut sambil berkata-kata kepada
anak. Dipercayai dengan cara iniakan dapat menenangkan bayi. Kini,
bayi sudah semakin besar dan beratnya kira-kira 390 gm dan
dianggarkan 28 sm panjang.Tubuh AndaPada masa ini anda berpeluang
untuk melihat perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi
dalam kandungan. Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas
kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang
semakin mengembang. Pada masa ini anda juga kelihatan lebih
bertenaga dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk membuat
persediaan menerima kehadiran cahaya mata.Perkembangan Bayi Dalam
Kandungan :Minggu 22Pembentukan bayi semakin sempurna. Wajahnya
semakin elok dan semakin mirip pada wajah yang bakal lahir
kelakBayi AndaBayi dalam kandungan anda terus membesar akibatnya
ruang untuk mereka bergerak semakin kurang. Bayi anda kini mungkin
berhubungan dengan anda melalui tendangan ataupun gerakan yang
dilakukannya. Sistem pernafasan mereka masih dalam proses pembinaan
dan paru-paru belum lagi berfungsi untuk menyalurkan oksigen ke
salur darah. Bayi anda kini berukuran 29 sm dengan berat kira-kira
410 gm.Tubuh andaTulang rusuk bahagian bawah anda mula rasa sakit
akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin membesar. Untuk
kurangkan rasa tidak selesa, cuba duduk setegak mana yang anda
mampu atau anda boleh mengangkat tangan dengan lurus melepasi
kepala. Selain itu, jika anda ada cara lain yang lebih
menyelesakan, amalkanlah kerana inilah waktu terbaik untuk anda
cuba apa sahaja cara asalkan kesakitan yang dialami tidak
berlarutan.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 23Walaupun
lemak semakin tumbuh di dalam tubuh bayi, kulitnya masih berkendut
sehingga tampak keriput. Ini karena produksi sel kulit lebih banyak
dibandingkan lemak. Ia menggerakkan otot jari-jari tangan dan kaki,
lengan dan kaki secara teratur. Beratnya hampir 450 gram.Tangan dan
kaki bayi telah terbentuk dengan sempurna, jari juga terbentuk
sempurna.Bayi AndaBayi anda kini sudah semakin sempurna
pembentukannya. Jika dia lelaki, skrotumnya sudah terbentuk
sempurna dan jika dia perempuan, dalam ovarinya kini sudah pun
terkandung beberapa juta telur. Jumlah telur ini akan berkurangan
ke sekitar dua juta ketika dilahirkan dan jumlahnya semakin
berkurangan apabila usia anak semakin meningkat. Bayi anda kini
berukuran kira-kira 31 sm dengan berat sebanyak 440 gm.Tubuh
andaAnda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan
rasa tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit
seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang
meregang. Rasa sakit ini akan hilang apabila anda
berehat.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 24Sekarang
panjang bayi sekitar 32 cm dan beratnya 500 gram. Ibu dapat
merasakan bagian-bagian tubuh bayi yang berbeza yang menyentuh
dinding perutnya. Otot rahim ibu meregang dan terkadang ibu
merasakan sakit di bagian perutnya.Bayi AndaBayi anda semakin lasak
bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya. Degupan
jantung bayi anda sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan
stetoskop biasa. Bayi anda juga sudah boleh mendengar kata-kata
anda dengan jelas. Kini berat bayi anda sudah menjangkau 500 gm
dengan panjangnya 33 sm.Tubuh andaTubuh anda kini mula menambah
beratnya sebanyak setengah kilo seminggu. Dalam masa yang sama,
kaki anda akan mula rasa tegang akibat berat badan yang bertambah
dengan banyak. Untuk mengelakkan rasa tidak selesa, pastikan kasut
yang sesuai.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 25Bayi mulai
sedu. Ini tandanya ia sedang latihan bernafas. Ia menghirup dan
mengeluarkan air ketuban. Jika air ketuban yang tertelan terlalu
banyak, ia akan tersedu.Tulang bayi semakin mengeras dan bayi
menjadi bayi yang semakin kuat. Saluran darah di paru-paru bayi
sudah semakin berkembang. Garis disekitar mulut bayi sudah mulai
membentuk dan fungsi menelan sudah semakin baik. Deria bau bayi
sudah semakin membaik kerana di minggu ini bagian hidung bayi
(nostrils) sudah mulai berfungsi. Berat bayi sudah mencapai 650-670
gram dengan tinggi badan 34-37 cmBayi AndaSel-sel otak pada bayi
terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang-temulang juga
semakin keras. Kini, bayi anda semakin aktif belajar bernafas,
menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di
sekitar mereka. Dan ketika ini jika bayi anda tertela2+221000000n
terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh sedu. Bayi dalam
kandungan anda sekarang berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600
gm.Tubuh andaAnda kini kelihatan lebih berseri-seri. Muka semakin
bercahaya. Semuanya kerana meningkatnya peredaran darah di bawah
kulit. Tekanan pada punci kencing juga adalah punca mengapa anda
sering ke tandas. Kekejangan, sakit belakang dan pedih ulu hati
semakin kerap berlaku.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu
26Bayi sudah boleh mengedipkan matanya selain itu retina matanya
telah mulai terbentuk. Keaktifan otaknya yang berkaitan dengan
pendengarannya dan pengelihatannya sudah berfungsi, ibu boleh mulai
mendengar lagu yang ringan atau mendendangkan bacaan suci al-quran
pada yang beragama Islam serta mencuba menyuluh cahaya tinggi
disekitar perut, kemungkinan ibu akan merasakan anggukan kepala si
kecil. Berat badan bayi sudah mencapai 750-780gram, sedangkan
tingginya 35-38 cm.Bayi AndaWalaupun bayi anda kelihatan kurus
kering, mereka sebenarnya sudah mula membentuk lemak-lemak di bawah
kulit. Lemak-lemak ini kemudiannya akan membantu mengekalkan suhu
badan sehinggalah selepas dilahirkan. Bayi anda kini sepanjang 35
sm dengan berat 700 gm.Tubuh andaDengan perut yang semakin
membesar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada
rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke
bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk
memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa
selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan
bantal.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 27Minggu pertama
trimester ketiga, paru-paru, hati dan sistem kekebalan tubuh masih
beransur matang. Namun jika ia dilahirkan, memiliki peluang 85%
untuk bertahan.Pancaintera perasa mulai terbentuk. Bayi juga sudah
pandai mengisap ibu jari dan menelan air ketuban yang
mengelilinginya. Berat umum bayi seusia si kecil 870-890 gram
dengan tinggi badan 36-38 cm.Bayi AndaBayi anda kini sudah boleh
membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi
bahagian abdomen anda. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap
dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman
tangan. Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang
800 gm.Tubuh andaAnda semakin hari semakin besar dan tentunya berat
semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan
beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara.
Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai sangat
penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan
membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur
darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin
membesar.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 28Minggu ini
beratnya 1100 gram dan panjangnya 25 cm. Otak bayi semakin
berkembang dan meluas. Lapisan lemak pun semakin berkembang dan
rambutnya terus tumbuh.Lemak dalam badan mulai bertambah. Walaupun
gerakan bayi sudah mulai terbatas karena beratnya yang semakin
bertambah, namun matanya sudah mulai berkedip bila melihat cahaya
melalui dinding perut ibunya. Kepalanya sudah mengarah ke bawah.
Paru-parunya belum sempurna, namun jika saat ini ia terlahir ke
dunia, si kecil kemungkinan besar dapat bertahan hidup.Bayi
AndaPada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada
bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan
sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150
degupan seminit. Berat badannya kini mencecah 900 gm.Tubuh andaPayu
dara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair
likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum
tersebut, cuba pakai pad pada coli bagi mengelakkan rasa melekit.
Pada usia kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua
untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati
anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.
Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 29Kelenjar adrenalin
bayi mulai menghasilkan hormon seperti androgen dan estrogen.
Hormon ini akan menyetimulasi hormon prolaktin di dalam tubuh ibu
sehingga membuat kolostrum (air susu yang pertama kali keluar saat
menyusui).Sensitifi dari bayi semakin jelas, bayi juga boleh
membezakan perubahan bunyi, cahaya, rasa dan bau. Selain itu otak
bayi juga dapata mengendalikan nafas dan mengatur suhu badan dari
bayi. Postur dari bayi sudah semakin sempurna sebagai seorang
manusia, berat badannya 1100-1200 gram, dengan tinggi badan 37-39
cm.Bayi AndaBayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang
dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu
mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya,
boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Berat bayi kini dalam 1
kg dan ukuran badan mencecah 38 sm.Tubuh andaAnda akan berasa
dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula
mengeras badan. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada
dengan duduk atau berbaring.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan
:Minggu 30Kepala bayi sekarang sudah seimbang dengan tubuhnya. Ibu
mungkin mengalami tekanan di bagian diafrakma dan perut. Sekarang
berat bayi sekitar 1700 gram dan panjangnya sekitar 40 cm.Bayi
AndaBayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut
keselesaan. Berat badannya kini boleh mencecah 1.1 kg dan
panjangnya lebih kurang 39 sm.Tubuh andaAnda akan cepat rasa letih
kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan
cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur
pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan :Minggu 31Plasenta masih memberikan nutrisi yang
diperlukan bayi. Aliran darah di plasenta memungkinkan bayi
menghasilkan air seni. Ia berkemih hampir sebanyak 500 ml sehari di
dalam air ketuban.Perkembangan bayi sudah mulai melambat pada fasa
ini, hanya berat badan bayilah yang akan bertambah. Selain itu
lapisan lemak akan semakin bertambah dibawah jaringan kulitnya.
Tulang pada tubuh bayi sudah mulai mengeras, berkembang dan mulai
memadat dengan zat-zat penting seperti kalsium, zat besi, fosfor.
Berkebalikan denganperkembangan tubuhnya, pada fasa ini
perkembangan otaknyalah yang berkembang dengan sangat pesat dengan
menghasilkan berjuta sel. Apabila diperdengarkan musik, bayi akan
bergerak. Berat badan bayi 1550-1560 gram dengan tinggi 41-43
cm.Bayi AndaFizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian
kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak
dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan
bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat.
Bayi juga mula berasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan
bertukar posisi kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau 1.4 kg
dan tingginya pula 40 sm.Tubuh andaSesak nafas atau
termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti
bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang
selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat
dan panas.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 32Jari tangan
dan kaki telah tumbuh sempurna, begitu pula dengan bulu mata, alis
dan rambut di kepala bayi yang semakin jelas. Lanugo yang menutupi
tubuh bayi mulai rontok tetapi sebagian masih ada di bahu dan
punggung saat dilahirkan. Dengan berat 1800 gram dan panjang 29 cm,
kemampuan untuk bertahan hidup di luar rahim sudah lebih baik
apabila di dilahirkan pada minggu ini.Kulit bayi semakin merah,
kelopak matanya juga telah terbuka dan system pendengaran telah
terbentuk dengan sempurna. Kuku dari jari mungil tangan dan kaki si
kecil sudah lengkap dan sempurna. Rambutnya pun semakin banyak dan
semakin panjang. Bayi juga akan mula bermimpi .Bayi AndaBayi
semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan
membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walau
bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan
serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Berat badannya kini 1.6
kg. Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.Tubuh andaJika anda
bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini
dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.
Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 33Bayi telah memiliki
bentuk wajah yang menyerupai ayah dan ibunya. Otak bayi semakin
pesat berkembang. Pada saat ini juga otak bayi sudah mulai
berhubung antara satu sama lain, bayi sudah menghisap ibu jarinya
serta pandai menelan. Walaupun tulang-tulang bayi sudah semakin
mengeras tetapi otot-otot bayi belum benar-benar bersatu. Bayi juga
sudah pandai menarik nafas dalam-dalam walaupun nafasnya masih di
dalam air. Apabila bayinya laki-laki maka testis bayi sudah mulai
turun dari perut menuju skrotum. Berat badan bayi 1800-1900 gram,
dengan tinggi badan sekitar 43-45 cm.Bayi AndaJari jemari mulai
terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru.
Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. Ukuran janin kini
berukuran 41.5 sm dengan berat 1.8 kg.Tubuh andaKenaikan berat
badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya
meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan
memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang
masalah.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 34Bayi berada di
pintu rahim. Bayi sudah dapat membuka dan menutup mata apabila
mengantuk dan tidur, bayi juga sudah mulai mengedipkan matanya.
Tubuh ibu sedang mengirimkan antibodi melalui darah ibu ke dalam
darah bayi yang berfungsi sebagai sistem kekebalan tubuhnya dan
proses ini akan tetap terus berlangsung bahkan lebih rancak pada
saat ibu mulai menyusui. Berat Badan bayi 2000-2010 gram, dengan
tinggi badan sekitar 45-46 cm.Bayi AndaBerat badannya semakin
bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu
mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai
berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula
membentuk dengan sempurna. Berat badannya kini menjangkau 2 kg,
Manakala, ukuran badannya kini mencecah 43 sm.Tubuh andaTekanan
darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit
perasan dan emosi anda pada peringkat ini.Perkembangan Bayi Dalam
Kandungan :Minggu 35Pendengaran bayi sudah berfungsi secara
sempurna. Lemak dari tubuh bayi sudah mulai memadat pada bagian
kaki dan tangannya, lapisan lemak ini berfungsi untuk memberikan
kehangatan pada tubuhnya. Bayi sudah semakin membesar dan sudah
mulai memenuhi rahim ibu. Apabila bayi laki-laki maka di bulan ini
testisnya telah sempurna. Berat badan bayi 2300-2350 gram, dengan
tinggi badan sekitar 45-47 cm.Bayi AndaBayi masih lagi membesar dan
memenuhi ruang dalam perut. Bayi tidak bergerak terlalu aktif
kerana ruang agak sempit. Berat badannya kini meningkat kepada 2.3
kg dan panjangnya 44.5 sm.Tubuh andaBanyakkan berbincang tentang
emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan
atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang.
Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah
kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia
dari sekarang.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 36Bayi
sudah hampir sepenuhnya berkembang. Sewaktu-waktu ia dapat turun ke
rongga pinggul ibu. Kulit bayi sudah halus sekarang dan tubuhnya
montok. Apabila ia bangun, matanya terbuka dan ia dapat membezakan
antara terang dan gelap. Sekarang panjang bayi sekitar 50 cm dan
bobotnya berkisar antara 2500 hingga 4500 gram.Bayi AndaKontraksi
awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu
kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda
yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini
mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar
menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.Tubuh andaBernafas
kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat
tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan
kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.
Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 37Bayi AndaBulu pada
badan bayi mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang
dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan.
Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.Tubuh andaBersedia,
mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan
sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua
soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang
berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di
gunakan ketika di bilik bersalin.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan
:Minggu 38Bayi AndaLemak mula terbina dalam badan bayi. Kulit bayi
kini sudah menjadi sedikit merah jambu. Rambut mulai memancang
sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada
usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan
panjangnya pula 48 sm.Tubuh andaSentiasa peka dengan perubahan
diri. Patikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda
cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat
kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga
untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat
digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan :Minggu 39Bayi AndaKini bayi matang sepenuhnya.
Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm.Tubuh andaMasa kini sudah tiba.
Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan
biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan
bersiap sedia untuk ke hospital.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan
:Minggu 40Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor
tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada secara semula
jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.
Bayi yang dinantikan kini lahirIbu tidak perlu risau jika
bayinya tidak lahir tepat pada waktu yang telah