1
Bincangkan Perkembangan Bandar Baru Dalam Membantu Proses
Pembangunan Wilayah Di Malaysia1.0 PengenalanMenurut Frederick J.
Osborn (dalam Goloni, 1976;25) , definisi Bandar baru dikaitkan
dengan istilah Bandar Taman iaitu sebuah Bandar yang direka atau
dirancang untuk memenuhi keselesaan kehidupan penduduk mengikut
saiz yang ditetapkan, mempunyai kawasan industri, dikelilingi
kawasan desa yang kebanyakannya dipunyai oleh orang awam. Secara
ringkasnya, pewujudan Bandar baru adalah untuk menyelerakkan
pembangunan ke kawasan mundur dan supaya pembangunan tidak hanya
tertumpu kepada satu kawasan sahaja. Bandar baru merupakan suatu
kawasan yang dibangunkan dengan mempunyai segala kemudahan seperti
tempat tinggal, tempat bekerja, kawasan beriadah, pusat
membeli-belah dan sebagainya. Dengan adanya segala kemudahan ini,
penduduk tidak perlu keluar ke tempat lain untuk menikmati
kemudahan-kemudahan tersebut. Oleh itu, segala kemudahan disediakan
untuk menampung permintaan penduduk dan supaya penduduk lebih
selesa untuk tinggal di bandar baru.Terdapat juga bandar-bandar
baru yang muncul dengan sendirinya tanpa dibantu oleh bandar sedia
ada. Bandar baru seperti ini sering wujud di luar bandar dan
mempunyai hasil ekonominya sendiri untuk berkembang. Sumber yang
dimilikinya ini akan dapat menarik minat orang luar untuk
berkunjung atau menetap di bandar baru seperti ini. Perancangan
Bandar-bandar baru hendaklah mengambil kira keperluan penduduk
setempat. Dalam ertikata yang lain, perancangan kemudahan dan
infrastruktur perlulah menepati kehendak-kehendak penduduk yang
bakal mendiami kawasan bandar tersebut. Bandar baru itu perlulah
bersifat self contained' supaya ia dapat bergerak dengan sendiri
tanpa di bantu oleh bandar sedia ada dari segi ekonomi atau
sebaliknya. Dengan ini penduduk bandar baru tersebut tidak perlu
keluar ke bandar sedia ada untuk mendapatkan keperluan harian
mereka kerana segala keperluan dan perkhidmatan boleh didapati di
bandar baru tersebut. Dengan ini juga penduduk dapat menjimatkan
masa dan wang untuk ke bandar utama.
2.0 Ciri-Ciri Bandar BaruTerdapat beberapa ciri-ciri yang
ditekankan dalam perancangan pembangunan Bandar Baru iaitu Cukup
diri dan perseimbangan.
2.1.Cukup DiriPembentukan Sebuah Bandar baru harus berupaya
menampung keperluan penghuni Bandar itu. Saranan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Reith yang menggubal Akta Bandar Baru 1946 supaya
Bandar-bandar baru perlu dirancang dan dilaksanakan sebagai Cukup
Diri dan sebagai satu komuniti yang seimbang. (Albert,1976). Cukup
diri ini berhubung rapat dengan tiga faktor asas iaitu:i.
Kepelbagaian dalam aktiviti ekonomi Bandar, ini mengelakan daripada
Bandar ini mempunyai ciri ekonomi yang homogenis. Ia juga
mempercepatkan lagi pertumbuhan Bandar ini dengan luar. Ciri ini
dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi Bandar ini dengan
peningkatan tarikan penduduk dari luar.ii. Penyediaan peluang
pekerjaan yang seimbang dengan keperluan pekerjaan penduduk dalam
lingkungan umur bekerjaiii. Aktiviti dalam Bandar ini perlu
diseimbangkan dengan tahap keperluan semasa, supaya perjalanan
keluar masuk dapat diminimakan.2.2. PerseimbanganPerseimbangan
dalam Bandar baru bermaksud jumlah pekerjaan dalam Bandar baru dan
jumlah peluang-peluang pekerjaan yang disediakan perlu seimbang.
Ini bagi mengurangkan kadar keluar masuk penghuni Bandar-bandar ini
untuk mencari pekerjaan. Pengalaman pembangunan Bandar baru di
Britain dilihat dalam pengubalan menjadikan ciri perseimbangan
sebagai salah satu dasar dalam perancangan pembangunan bandaar baru
dimana aspek yang ditekankan ialah kawalan terhadap kepadatan
penduduk dengan kemudahan asas dan peluang-peluang pekerjaan. Ciri
ini tidak hanya menekankan kepada aspek keseimbangan aktiviti
industry dan kediaman sahaja, sebaliknya sebagai sebuah komuniti
yang majmuk dari segi nisbah antara kaum juga ditekankan. Di
Malaysia khususnya sebuah Negara yang mempunyai penduduk makmuk
perlumenimbangkan ciri ini dalam pembangunan Bandar baru.
3.0. Jenis- Jenis Bandar BaruBandar- Bandar baru yang dirancang
pada hari ini adalah agak berbeza dengan Bandar baru pertama yang
dibangunkan melalui idea Ebenezer Howard di British. Bandar-bandar
ini mempunyai ciri-ciri reka bentuk dan elemen-elemen Bandar yang
berbeza. Berdasarkan ciri-ciri ini, seperti fungsi ekonomi dan
lokasi Bandar, Bandar-bandar ini boleh dikelaskan kepada empat
jenis iaitu Bandar baru dalam Bandar raya, Bandar baru pingir
Bandar, Bandar baru luar Bandar dan Bandar baru berasaskan fungsi
khas (Dani Salleh, 2008)3.1 Bandar baru dalam Bandar RayaDi
Malaysia, Bandar-bandar seperti Bandar baru Tun Abdul Razak adalah
contoh Bandar jenis ini. Ia dibangunkan dalam sempadan Bandaraya
Kuala Lumpur. Bandar ini dibangunkan dalam tapak penduduk yang
sedia ada. Disamping membangunkan kawasan-kawasan kediaman dan
tapak-tapak industry, tumpuan pembangunan bagi banndar-bandar ini
adalah membangunkan pusat-pusat Bandar dengan tujuan menyediakan
kemudahan membeli belah, perkidmatan dan kemudahan
awam.bandar-bandar ini juga dirancang sebagai pusat yang cukup diri
atau sebagai pusat perkidmatan tempatan. Dari segi perspektif
ekonomi dan sosial pula,strategi-strategi penyelerakan
fungsi-fungsi seperti ini akan menjamin kesampaiaan yang lebih
baikuntuk penghuni-penghuni dalam mendapatkan perkidmatan tersebut
di samping mengurangkan kos dan masa perjalanan.3.2. Bandar Baru
Pinggir Bandar (Satelite Towns)Kedudukan Bandar-bandar ini adalah
dalam lingkungan 10-20 batu dari Bandar-bandar metropolitan. Ia
dibina sebagai langkah untuk mengagihkan kesesakan industri dan
penduduka yang pesat di Bandar metropolitan. Komponen Bandar
seperti tapak kilang dan kawasan perindustrian diadakan dikawasan
ini.kebanyakan Bandar-bandar ini dirancang sebagai komuniti yang
cukup diri dan tidak bergantung kepada asas ekonomi dari Bandar
lain (Sulong Muhamad,1985). Di Malaysia selaras dengan DEB,
matllamat pembangunan Bandar ini adalah untuk menempatkan penduduk
dari pelbagai kumpulan sosioekonomi dan etnik supaya menjadi satu
komuniti yang seimbang. Contoh Bandar baru jenis ini ialah Bandar
baru Bangi, Shah Alam dan Subang Jaya yang dibina sekitar Bandaraya
Kuala Lumpur.
3.3 Bandar Baru Luar BandarKebanyakan Bandar baru jenis ini
dibangunkan dikawasan luar Bandar sebagai satu strategi untuk
memerbandarkan kawasan-kawasan yang mudur diluar Bandar.
Pembangunanya adalah berasaskan kepada sumber asli seperti
pertanian dan perhutanan. Dalam konteks pembangunan wilayah di
Malaysia, Bandar-bandar jenis ini telah banyak dibangunkan di
kawasan pembangunan wilayah seperti Jengka Tiga Segi, Pahang
Tenggara, dan Johor Tenggara. Ciri- ciri Bandar ini adalah
dirancang dengan mengekalkan ciri-ciri asal keadaan dimana bakal
penghuni Bandar berada sebelum ia dating kebandar ini. Ini
menunjukan Bandar-bandar ini masih mengekalkan ciri-ciri kedesaan
dengan mempunyai tahap kepadatan yang rendah. Susun atur
Bandar-bandar ini dirancang khusus bagi menggalakan wujudnya
interaksi sosial antara penghuni-penghuni di suatu kawasan
perumahan. Kebanyakan rumah yang dibina di Bandar-bandar ini
berbentuk rumah sebuah dan reka bentuk yang sama dengan rumah-rumah
tradisional di kampung. Dari segi penghuninya kebanyakan adalah
terdiri daripada mereka yang bekerja di sektor asas seperti
pertanian, perhutanan atau perlombongan. Ini banyak bergantung
kepada kegiatan ekonomi asas Bandar itu dibangunkan.
3.4 Bandar Baru Berasaskan Fungsi KhasBandar baru seperti ini
adalah dibina dengan tujuan untuk memenuhi satu-satu objektif utama
sahaja, seperti perlombongan, pelajaran pelabuhan, perindustrian,
pelancongan dan sebagainya.ciri-ciri Bandar ini tidak banyak beza
dengan Bandar diatas. Perbezaanya hanya berkisar dari segi asas
ekonomi. Bandar-bandar ini dibangunkan. Contoh Bandar baru Kerteh
di Terengganu merupakan berasaskan sumber petroleum. Ciri-ciri
Bandar ini agak sama dengan Bandar baru yang dibina di pinggir
Bandar dan Bandar baru dalam Bandar.
4.0. Perkembangan Bandar Baru Di Malaysia. 4.1Bandar Baru
Nilai4.1.1Perkembangan Bandar Baru NilaiSejarah bandaraya nilai
bermula sebagai pusat perkhidmatan untuk ladang-ladang yang
dibangunkan pada zaman British. Bandar Nilai bermula dengan
menyediakan barangan harian yang diperlukan. Kini Bandar nilai
telah banyak mengalami perubahannya namun fungsi asalnya masih
tidak banyak berubah dimana kesampaian yang baik melangsungkan
kelestarian Bandar itu walaupun dengan adanya sebuah Bandar baru.
Pada pertengahan 1990- an apabila ekonomi Malaysia dirangsang kuat
oleh globalisasi, perancangan Bandar di Malaysia mengambil langkah
membentuk satu rangkaian Bandar-bandar baru yang secara khusus
mengambil peluang dari kuasa baru ini.Nilai adalah kawasan
perbandaran baru yang berasaskan berasaskan kepada limpahan yang
dijangka dari pembangunan industri logistik bersandarkan lapangan
terbang baru KLIA. Ia juga bertujuan mengambil peluang dari
industri pendidikan yang baru digerakkan secara besar-besaran pada
akhir 1990-an. Nilai juga dijadikan pusat petempatan besar ala
Subang Jaya, Bandar yang berkembang pesat akibat pembangunan
lapangan terbang. Bandar nilai baru dibentuk pada waktu kegawatan
ekonomi amat nyata dan perasaan optimis terhadap pembangunan
ekonomi amat nyata diserata tempat. Ia dirancang berdasarkaan
beberapa faktor, antaranya kewujudan lapangan terbang KLIA yang
akan memerlukan perkidmatan langsung dan tidak langsung. Kedua
disebabkan kewujudan Putrajaya dan Cyberjaya yang dijangka akan
membentuk suatu hub konurbasi yang memerlukan sebuah Bandar
perantara yang menjalin kaitan antara pasaran luar yang mewakili
KLIA dan keperluan Nasional mewakili Putrajaya. Nilai dilihat
sebagai komponen lokal perhubungan itu, yang ditambah pula dengan
elemen pusat pendidikan yang bertujuan mengerakan ekonomi setempat.
Ini ditambah pula dengan aktiviti- aktiviti asas ekonomi lain dalam
bentuk pelbagai industri yang juga menjana pekerjaan untuk penduduk
setempat. Melihat keadaan ini Bandar Baru Nilai diangap sebagai
komponen utama dalam metropolitan baru yang diwujudkan(Abdul Samad
Hadi,2006)4.1.2Fungsi Bandar Baru Nilai Bandar Baru Nilai yang
dibina adalah untuk mengurangkan kesesakan penduduk di
Bandar-bandar besar dan mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi
dengan mengagihkannya di kawasan-kawasan pingir. Di malaysia
strategi ini telah digunakan sebagai salah satu strategi utama
dalam pembangunan wilayah.Salah satu objektif dasar pengagihan
penduduk ialah untuk mengurangkan kesesakan penduduk di
bandar-bandar besar dengan mengimbangi kadar pertumbuhan dimana
kawasan wilayah dan bandar baru secara terancang boleh melaksanakan
objektif ini. Bandar baru Nilai merupakan bandar yang telah
melaksanakan objektif ini dengan kewujudan banyak pusat petempatan.
Selain itu, bandar baru ini juga memainkan peranan mengurangkan
kesesakan pembangunan akibat pengelompokan aktiviti ekonommi di
bandar besar dengan mengagihkan dan menyelerakan aktiviti- aktiviti
inni kewilayah-wilayah sekitar bandar utama Kuala Lumpur. bandar
baru ini juga bertindak sebagai Counter Magnet untuk menarik
pergerakan penduduk dari bandaraya Kuala Lumpur ke kawasan
ini.Selain itu, Pengagihan dan pertumbuhan ekonomi secara adil dan
saksama adalah salah satu tujuan utama pembangunan ekonomi sesebuah
negara bagi mencapai tujuan ini, strategi pengagihan pembangunnan
secara reruang adalah penting dalam konteks pembangunan wilayah,
masalah ketidakseimbangan boleh diatasi dengan membangunkan lebih
banyak pusat-pusat pertumbuhan baru. Pembangunan bandar baru tidak
dibangunkan semata-mata untuk memenuhi satu fungsi
sahaja,sebaliknya bandar- bandar ini dibangunkan bagi melaksanakan
beberapa fungsi diatas. Sehubungan dengan itu, peranan yang
dimainkan oleh bandar baru berupaya merangsang pembangunan
kawasan-kawasan dalam wilayah di negara ini. Pendekatan ini melalui
perancangan ekonomi bersepadu dengan keupayaan sektor ekonomi
setempat berupaya mencapai matlamat pembangunan.
4.2Bandar Baru kulim4.2.1Perkembangan Bandar Baru KulimKulim
merupakan sebuah bandar yang besar di negeri Kedah. Ia terletak di
kawasan tenggara negeri Kedah, berdekatan dengan sempadan negeri
Pulau Pinang, yang terletak di bahagian barat. Kulim asalnya
merupakan kawasan penempatan yang kecil pada era 1950-an. Kini ia
merupakan tempat yang maju dengan kawasan-kawasan industri yang
terletak di sekitar Bandar Kulim.Bandar Baru Kulim merupakan Bandar
yang berkembang akibat daripada aktiviti perindustrian. Ramai ahli
ekonomi menganggap perindustrian sebagai suatu pemangkin untuk
menggerakkan pembangunan ekonomi secara keseluruhan. Projek-projek
pembangunan ini yang biasanya bercorak intensif modal menjadi
pendorong kepada pembangunan sesuatu kawasan. Kawasan sekitar
sesebuah projek perindustrian akan mendapat faedah melalui proses
yang dikenali sebagai 'kesan limpahan'. Kesan yang terhasil
daripada aktiviti perindustrian di kawasan Kulim terdapatnya
perubahan sosio-budaya, ekonomi dan ekologi terhadap kawasan
persekitaran. Perubahan dari segi sosio-budaya dapat di lihat
kerana semakin ramai penduduk luar datang bekerja di Kulim. Selain
itu, perindustrian di Kulim juga telah bertanggungjawab
mempercepatkan lagi proses pemodenan dan pembandaran yang
menyebabkan kemunculan bandar-bandar baru. Ini kerana, kawasan
perindustrian telah menyebabkan kesesakan dari aspek petempatan di
Bandar Kulim.Antara kawasan perindustrian yang utama di kawasan
kulim ialah taman perindustrian kulim (Kulim Hi-Tech Park) iaitu
Taman Teknologi Tinggi Yang Pertama di Malaysia. Kawasan ini
berfungsi sebagai pusat untuk mempromosikan aktiviti perindustrian
berteknologi tinggi yang menghasilkan produk-produk era angkasa,
pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan sebuah Bandar baru
yang mempunyai segala kemudahan seperti pusat komersial, pusat
rawatan kesihatan institusi pengajian dan kemudahan rekreasi dan
riadah.
4.2.2Fungsi Bandar Baru KulimBandar Baru Kulim yang dibina
bertujuan menampung jumlah penduduk yang pesat di bandaraya utama
Pulau Pinang. Salah satu objektif dasar pengagihan penduduk ialah
untuk mengurangkan kesesakan penduduk di bandar-bandar besar dengan
mengimbangi kadar pertumbuhan dimana kawasan wilayah dan bandar
baru secara terancang boleh melaksanakan objektif ini. Bandar baru
Kulim merupakan bandar yang telah melaksanakan objektif ini dengan
kewujudan banyak pusat petempatan. Selain itu, bandar baru ini juga
memainkan peranan mengurangkan kesesakan pembangunan akibat
pengelompokan aktiviti ekonommi di bandar besar dengan mengagihkan
dan menyelerakan aktiviti- aktiviti ini kawasan baru. Bandar baru
ini juga bertindak sebagai Counter Magnet untuk menarik pergerakan
penduduk dari bandaraya Pulau Pinang ke kawasan ini.Selain itu,
Bandar Baru Kulim juga berperanan Sebagai Alat Dalam Perancangan
Nasioal dan Dasar Pembandaran Negara. Pengagihan dan pertumbuhan
ekonomi secara adil dan saksama adalah salah satu tujuan utama
pembangunan ekonomi sesebuah negara bagi mencapai tujuan ini,
strategi pengagihan pembangunnan secara reruang adalah penting
dalam konteks pembangunan wilayah, masalah ketidakseimbangan boleh
diatasi dengan membangunkan lebih banyak pusat-pusat pertumbuhan
baru. Strategi inni dalam pembangunan wilayah telah dijalankan oleh
DARA,KEJORA, dan KETENGAH. Setrusnya Bandar baru Kulim juga
diwujudkan untuk tujuan Perindustrian dimana banyak Kawasan
perindustrian yang di bina terutamanya taman perindustrian kulim
(Kulim Hi-Tech Park) iaitu Taman Teknologi Tinggi Yang Pertama di
Malaysia. Melalui pembinaan taman ini ianya telah mewujudkan banyak
peluang pekerjaan dan memajukan sektor perkidmatan di kawasan
tersebut. Sektor pembuatan menjadi satu pemacu pertumbuhan kukuh
bagi Koridor Utara. Sektor ini merupakan penyumbang kedua terbesar
KDNK Koridor Utara dengan sumbangan sebanyak 34% kepada KDNK
wilayah pada tahun 2000 - setanding dengan gambaran keseluruhan
Malaysia di mana sektor ini menyumbangkan 35% kepada KDNK
nasional.
4.3Bandar Baru Bangi4.3.1Perkembangan Bandar Baru BangiBandar
Baru Bangi berasal daripada sebuah ladang kelapa sawit (West
Country Estate) yang berkeluasan 5,118 ekar dan mula dibangunkan
pada tahun 1974 setelah proses pengambilan tanah dibuat oleh
Kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 1972-1978. Proses
pengambilannya dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula
dengan seksyen 1 yang melibatkan pembinaan rumah kos rendah,
sederhana dan tinggi yang berjumlah 200 unit. Kerja-kerja
membangunkan kawasan ini berakhir pada 2007, dengan pembinaan
11,040 unit kediaman, 308 unit kedai, 43 unit kilang dan sebuah
kompleks pejabat.Perancangan bandar satelit ini yang juga merupakan
bandar kedua terbesar selepas Shah Alam, adalah berdasarkan
perancangan bersepadu yang dijangka mampu meneruskan pembangunan
yang bukan sahaja dapat menampung kediaman 60,000 orang penduduk,
tetapi juga menyediakan aktiviti komersil, perindustrian,
perniagaan, institusi latihan, rekreasi dan pendidikan. Ini adalah
sesuai dengan saranan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada masa
itu, untuk mengubah perspektif masyarakat, dan ekonomi Malaysia
daripada Pertanian kepada Industri. Dengan itu, Ladang-ladang
kelapa sawit dalam daerah Hulu Langat ini dipilih sebagai kawasan
penempatan baru. Berkonsepkan Bandar Taman, kawasan lapang seluas
82 ekar dilengkapi dengan sistem dua lengkongan jalan besar dan
lorong-lorong jalan kaki dan berbasikal yang menyambungkan
aktiviti-aktiviti di antara satu sektor dengan yang lain. Bandar
Baru Bangi telah dibahagikan kepada 16 Seksyen.Sebagai sebuah
bandar terancang yang dibina pada tahun 1970-an, bandar ini
dilengkapi dengan zon perumahan, zon perniagaan, zon rekreasi dan
zon perindustrian. Zon perindustrian ini dinamakan Kawasan
Perindustrian Bandar Baru Bangi. Banyak kilang didirikan di sini
kerana premium tanah yang rendah dan dilengkapi dengan
infrastruktur yang canggih. Antara kilang yang ada di sini ialah
Sony, Hitach,Upha, Sapura, Datapos dan sebagainya. Bandar Baru
Bangi menjadi pusat petempatan kerana terdapat pelbagai jenis
ekonomi seperti perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan.
4.3.2Fungsi Bandar Baru BangiSebagai sebuah bandar satelit,
kerajaan telah merancang kawasan ini sebagai kawasan yang berfungsi
sebagai pusat pendidikan. Sebagai contohnya, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) telah dibina di kawasan ini iaitu di Bandar Baru
Bangi. Selain UKM, banyak pusat latihan turut dibina iaitu
Malaysian France Institute, German Malaysian Institute, Institut
Kemahiran Mara, NIOSH, ILKAP dan sebagainya. Beberapa buah sekolah
menengah juga terdapat di kawasan ini seperti SMK Jalan Tiga, SMK
Jalan Empat dan SMK Bandar Baru Bangi dan lain-lain. Pembinaan
pusat pendidikan ini turut meningkatkan migrasi luar ke Bandar Baru
Bangi.Bandar Baru Bangi telah menjadi pusat pentadbiran daerah bagi
semua kawasan kampung dan bandar-bandar kecil di Mukim Kajang. Hal
ini dapat dilihat dengan wujudnya Majlis Daerah Hulu Langat yang
ditempatkan di Seksyen 16. Majlis Daerah Hulu Langat menjalankan
fungsi mengutip cukai tanah dan hal-hal lain yang bersangkutan
dengan pentadbiran di sekitar kawasan Hulu Langat. Antara kawasan
yang ditadbir melalui Majlis Daerah ini termasuklah kawasan Bangi
Lama, Semenyih, Beranang, Bukit Mahkota dan sebagainya. Di sini
juga terletaknya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) iaitu
di Seksyen 8. Perbadanan ini menguruskan hal-hal yang berkaitan
dengan pentadbiran perumahan, perparitan, susun atur bandar dan
sebagainya bagi seluruh Daerah Hulu Langat.Satu lagi fungsi kawasan
petempatan di Bandar Baru bangi adalah sebagai kawasan
perindustrian. Hal ini terbukti dengan wujudnya Zon Kawasan
Perindustrian yang terletak di Seksyen 16. Antara syarikat yang
mendirikan kilang di kawasan perindustrian ini ialah Sony, Hitachi,
Upha, Sapura, Onkyo, Denso dan sebagainya. Satu lagi kawasan
perindustrian yang baru dimajukan ialah Kawasan Perindustrian
Selaman. Pembinaan kawasan industri ini telah menarik penduduk dari
kawasan lain untuk berhijrah ke Bandar Baru Bangi dan meningkatkan
jumlah penduduk di kawasan ini. Akibatnya saiz kawasan petempatan
di kawasan ini semakin berkembang.
4.4 Bandar Jengka, Pahang4.4.1Perkembangan Bandar
JengkaPembangunan Bandar baru akibat daripada pembangunan wilayah
yang berlaku di kawasan pantai timur ialah Bandar Jengka, Pahang
Darul Makmur. Kebanyakan bandar baru jenis bandar baru luar bandar
dibangunkan di kawasan luar bandar sebagai satu strategi untuk
memperbandarkan kawasan-kawasan yang mundur di luar bandar.
Pembangunannya adalah berasaskan kepada sumber asli seperti
pertanian dan perhutanan. Bandar Jengka merupakan Bandar baru luar
bandar yang telah dibangunkan oleh kerajaan. Ciri- ciri bandar ini
dirancang dengan mengekalkan ciri-ciri asal keadaan di mana
penghuni bandar berada sebelum ia datang ke bandar baru ini. Ini
menunujukkan bandar ini masih mengekalkan ciri-ciri kedesaan atau
kekampungan. Bandar Jengka ini merupakan sebuah bandar baru di
negeri Pahang. Dikenali sebagai Segi Tiga Jengka atau FELDA Jengka.
Bandar Jengka juga dikenali sebagai Bandar Tun Razak. Bandar ini
terletak 55 kilometer dari Bandar Maran dan 127 kilometer dari
Bandar Kuantan. Keseluruhan bandar ini merupakan kawasan operasi
Majlis Daerah Maran. Bandar Jengka terdapat yang ditandai dengan
nombor 1 hingga 25 berdasarkan pembukaan kawasan yang baru. Setiap
kawasan penempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600 buah
keluarga di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga
disebut sebagai peneroka felda manakala isterinya dipanggil
Penerokawati dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh
pihak pengurusan Felda. Bandar Jengka Segi Tiga, menurut Howard
(1985), ialah perancangan yang menyelerak secara seimbang, dalam
mana menggalakkan migrasi industri yang terancang dan penduduk ke
bandar-bandar yang bersaiz seimbang dengan kemudahan asas,
peluang-peluang pekerjaan dan kemudahan riadah.
4.4.2Fungsi Bandar JengkaMenurut Golany (1978), bandar baru
dapat menolong pembangunan Negara dalam pelbagai cara. Proses
pembandaran yang pesat berlaku pada Bandar Jengka membantu proses
pembangunan wilayah di Malaysia.dahulunya, Bandar Jengka ialah
kampung kecil yang telah diterokai secara besar-besar akibat
pembukaan tanah yang dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh sebab itu,
pembukaan kawasan ini telah menarik minat migrasi penduduk dari
pelbagai tempat dan negeri untuk mendiami kampung baru ini. Bandar
Jengka merupakan tanah pamah yang luas dan ini memudahkan
penerokaan tanah. Bandar Jengka menjadi bandar pertanian iaitu
pengeluaran kelapa sawit dan getah. Fungsi utama Jengka ialah
penanaman kelapa sawit dan getah untuk menjanakan pendapatan Negara
Malaysia. Pembinaan kilang yang banyak untuk memproseskan getah dan
kelapa sawit. Selain itu, perkembangan bandar Jengka yang cepat ini
telah memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Ini
sekali gus dapat mengurangkan kadar pengganguran dan kemiskinan di
bandar Jengka ini. Sebagai contoh, pekerjaan yang ditawarkan ialah
pengait kelapa sawit, pemandu lori, pekerja kilang dan sebagainya.
Pembangunan ekonomi yang ketara mempercepatkan proses pembandaran
sehingga membantu proses pembangunan wilayah Jengka menjadi lebih
maju. Disamping itu, Bandar Jengka juga mempunyai pusat pendidikan
iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka di Pahang.
Pembukaan IPTA ini telah membantu proses pembangunan wilayah
Jengka. Kehadiran pelajar dari pelbagai negeri memberi penumpuan
kepada pembangunan Jengka itu sendiri kerana pihak kerajaan telah
menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk Felda seperti
kemudahan kesihatan, premis perniagaan, perpustakaan dan sebagainya
telah memudahkan segala urusan kehidupan masyarakat luar bandar
ini.Pembinaan jalan raya telah menggantikan jalan merah atau denai
mempermudahkan pergerakan penduduk dari satu tempat ke tempat lain.
Pembinaan lebuh raya menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur
dengan Pantai Barat telah mempercepatkan kadar pegerakan penduduk.
Ini memudahkan penduduk berhubungan dengan penduduk luar yang lebih
maju. Hal ini sekali gus, telah meningkatkan mobiliti penduduk dan
darjah ketersampaian lebih tinggi. Perkembangan ini juga telah
membantu pembangunan wilayah di Jengka. 4.5 Bandar Kerteh,
Terengganu4.5.1 Perkembangan Bandar KertehKerteh diklasifikasikan
sebagai bandar baru berasaskan fungsi khas. Bandar baru jenis ini
dibina dengan tujuan untuk memenuhi objektif utama sahaja seperti
perlombongan, pelabuhan, perindustrian dan sebagainya. Ciri-ciri
bandar ini tidak banyak berbeza dengan bandar lain. Perbezaannya
hanya berkisar dari segi ekonomi bandar ini. Bandar Kerteh
merupakan bandar baru yang berasaskan petroleum. Ciri-ciri bandar
ini agak sama dengan bandar baru yang dipinggir bandar dan bandar
baru dalam bandar raya. Kerteh, Kemaman terdapat beberapa kampung
yang didiami oleh kaum melayu. Merupakan kampung nelayan yang
dihuni oleh penduduk yang yang bekerja sebagai nelayan. Kerteh
membangun hasil daripada hasil penemuan petroleum yang terdapat di
dasar Laut China Selatan yang menghadap ke pantai Kerteh. Kerteh
menjadi salah satu kawasan tumpuan penting di daerah Kemaman kerana
kepadatan penduduk dan juga kemudahan yang lengkap. Kerteh juga
sering dipanggil sebagai City of Light di kalangan pelancong kerana
limpahan cahaya dari kawasan Perindustrian Petroleum Petronas yang
menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam.4.5.2 Fungsi Bandar
KertehPelbagai bentuk pembangunan telah dibangunkan di Kerteh.
Antaranya, ialah Bandar Seri Kerteh, Lapangan Terbang Kerteh,
Kawasan perindustrian Petronas, Pelabuhan Kerteh, Loji Penapis
Minyak Terengganu, Rantau Petronas, Sekolah Rantau Petronas, Rantau
Mall Kerteh, Stadium, dan sebagainya. Terdapat banyak pembangunan
muncul di Kerteh seiring dengan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai
Timur (ECER) di seluruh negeri Pantai Timur.Bandar Kerteh juga
adalah bandar baru hasil pembangunan wilayah Koridor
Kemaman-Dungun, Terengganu. Kerteh menjadi tumpuan peluang
pekerjaan kerana pembukaan pelantar-pelantar minyak di laut dan
darat. Ini menggalakkan migrasi penduduk dari seluruh Malaysia dan
juga luar Negara. Sektor perlombongan petroleum dan gas asli yang
pesat telah menggalakkan pertumbuhan penduduk sehingga telah
mewujudkan Kerteh sebagai bandar baru. Kemajuan yang pesat ini
membantu proses pembangunan wilayah di sekitar Kerteh termasuklah
bandar Paka juga yang turut tempiasnya. Sumber alam yang kaya iaitu
petroleum dan gas asli telah menjadikan Kerteh sebagai bandar
perlombongan dan perindustrian yang maju. Perlombongan ini yang
telah mewujudkan Kerteh sebagai bandar baru di Malaysia kerana pada
zaman dahulunya hanyalah sebuah kampung nelayan. Kerana faktor
penemuan petroleum dan gas asli, dasar kerajaan telah memajukan
bandar ini sehingga menjadi bandar baru. Dasar kerajaan dan
PETRONAS yang banyak membantu proses pembangunan wilayah di Kerteh
ini. Selain itu, Kerteh juga telah menjadi maju dengan pelbagai
kemudahan asas dan infrastruktur dibina. Pelbagai kemudahan
infrastruktur dibina telah memenuhi kehendak penduduk di Kerteh
sehingga meningkatkan status kehidupan penduduk disana. Ini telah
membantu proses pembangunan wilayah di bandar Kerteh. 4.6Bandar
Bintulu, Sarawak4.6.1 Perkembangan BintuluBahagian Bintulu
merupakan bahagian ketiga terbesar di Sarawak menghadap Laut China
Selatan. Bintulu pada asalnya, hanya sebuah Kampung nelayan yang
dikenali dengan hasil lautnya seperti udang, cencaluk, dan belacan.
Bintulu kini muncul sebagai bandar baru dan kini telah menjadi
Bandaraya Bintulu. Bandaraya Bintulu telah membangun dengan pesat
kerana penemuan gas asli di perairan pantainya. Bintulu mempinyai
keluasan 7,220.4 km persegi. Sebuah loji pemprosesan gas asli iaitu
Malaysia LNG Sdn Bhd telah dibina di Bintulu. Malaysia telah
menjadi pengeksport gas asli terbesar dunia dan MLNG turut memiliki
loji bagi penukaran gas asli kepada produk minyak sintetik terbesar
di dunia yang dikenali sebagai Shell Middle Distillate Synthesis
(SMDS). Ia menggalakkan kepada pembangunan lain-lain sektor yang
diperlukan. Pelabuhan Bintulu di Bandar Tanjung Kidurong turut
dibina dan berkembang maju. Dahulunya, hanyalah sebuah hutan rimba.
Pelabuhan ini bersebelahan dengan loji MLNG. Lembaga Pelabuhan
Bintulu ditubuhkan pada tahun 1981 bagi melicinkan pembinaan
pelabuhan serta tanggungjawab dalam pengendalian dan penjagaan
pelabuhan. Semua kontrak pembinaan utama telah disiapkan mengikut
jadual dengan memakan kos berjumlah RM600 juta.Terdapat juga kilang
Asean Bintulu Fertilizer yang membekalkan baja urea dan lain-lain
kepada petani di Malaysia dan juga Negara ASEAN. Penemuan simpanan
gas asli di pesisiran pantai Bintulu pada tahun 1969, kajian telah
dibuat pada tahun 1975 mendapati Tanjung Kidurong adalah tempat
yang sesuai bagi pelabuhan laut yang pertama di Sarawak. Menyedari
potensi perindustrian dan perlombongan di Bintulu, Lembaga Kemajuan
Bintulu (BDA) ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada tahun 1978 untuk
menjalankan pembangunan infrastruktur, juga sebagai penyelaras dan
penggalak pelaburan kawasan perindustrian. Bermula tahun 1979,
Bintulu telah mengalami pembangunan industry yang luar biasa.
Terkini, Bintulu telah menjadi pusat pertumbuhan industri di
Sarawak dan telah mencapai status sebagai Bandar Raya Bintulu.
Bintulu kini dalam perancangan untuk dijadikan sebagai Bandaraya
Metropolitan terbesar , teratur, terancang, dan selesa oleh BDA.
Bintulu telah menjadi bandaraya ketiga selepas Bandaraya Kuching
dan Bandaraya Miri. Kini denga pelaksanaan Koridor Tenaga Yang
Telah Diperbaharui Sarawak (SCORE), ia dilihat mempercepatkan lagi
transformasi bandar Bintulu menjadi sebuah bandaraya. Perkembangan
bandar Bintulu ini telah membantu dalam proses pembangunan wilayah
amnya di Malaysia kerana telah meningkatkan pendapatan Negara.
4.6.2Fungsi Bandar BintuluDi bawah kawasan Koridor Tenaga Boleh
Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang akan menarik minat pelaburan
berbilion ringgit dan pastinya, pelabuhan Bintulu akan memperolehi
manfaat. Pelabuhan Bintulu dikawal selia oleh Lembaga Pelabuhan
Bintulu termasuklah untuk industri petroleum dan gas asli di
samping menguruskan pelbagai kargo seperti kontena, kargo am, pukal
dan lain-lain lagi. Sebagai pelabuhan bertaraf dunia, khususnya
dirantau BIMP-EAGA, pelabuhan Bintulu sentiasa mempertingkatkan
kualiti serta kemudahan sedia ada. Pelabuhan ini ialah pelabuhan
serbaguna paling moden dan cekap di rantau Asia Tenggara.Di Bintulu
juga, terdapat pusat pendidikan iaitu Kampus Universiti Putra
Malaysia cawangan Bintulu. Ini merupakan destinasi pendidikan
tinggi di Negara ini kerana ia merupakan kampus tertua di Negeri
Sarawak. Kampus ini berasaskan matlamat ketiga pelan Strategi UPM
2001-2010 iaitu meningkatkan keupayaan UPM sebagai pusat pengajian
dan perkhidmatan pertanian serta boisumber terkemuka di peringkat
antarabangsa. Selain itu, SMK Bintulu merupakan sekolah tertua dan
terbesar dan dapat menampung pelajar dari tingkatan 1 sehinggan
tingkatan 6. Ia merupakan salah sebuah sekolah yang menunjukkan
prestasi yang terbaik di Sarawak dalam peperiksaan umum.Bandaraya
Bintulu juga mempunyai kemudahan sukan dan rekreasi. Bintulu
mempunyai lebih daripada 40 gelanggang badminton, tenis, skuash,
sepak takraw, bola sepak, bola tampar dan hoki. Selain itu, Bintulu
juga mempunyai 3 buah kolam renang awam termasuklah kolam renang
BDA berdekatan Dewan Suarah, sebuah stadium tertutup dan stadium
terbuka yang terletak di Jalan Tanjung Kidurong.Padang golf 18
lubang di Bintulu bukan sahaja sebuah padang golf yang mencabar
tetapi mempunyai pemandangan yang menarik di sini. Padang Golf ini
dikendalikan oleh Kelab Golf Bintulu yang mempunyai bangunan
sendiri sebagai pusat operasi.Bintulu juga terkenal dengan
pelancongannya. Pelancong akan singgah di Bintulu dahulu sebelum
berkunjung ke Taman Negara Niah atau Taman Negara Similajau. Selain
itu, mempunyai Tugu Dewan Undangan Negeri, City Point Mall, Pasar
Utama Bintulu, Taman Tumbina, dan sebagainya. Ini menarik pelancong
asing dan dalam negeri untuk berkunjung ke BIntulu.Perkembangan
Bandar Bintulu sehingga menjadi Bandaraya Bintulu adalah akibat
penemuan sumber alam gas asli telah mennyebabkan Bintulu menjadi
begitu maju. Perkembangan ini telah membantu proses pembangunan
wilayah di Malaysia terutama dalam SCORE. Dimana, Bintulu terlibat
dalam SCORE dan sekali gus mempercepatkan perkembangan bandar.5.0
Implikasi Perkembangan Bandar Baru Dalam Membantu Proses
PembangunanWilayah5.1 Meningkatkan KDNK dan Pendapatan
NegaraPerkembangan bandar baru yang sangat pesat dipengaruhi oleh
sektor ekonomi di setiap bandar baru di Malaysia. Struktur ekonomi
yang pesat terutama di Bandar Jengka, Bandar Kerteh dan Bandaraya
Bintulu telah membantu meningkatkan pendapatan Negara dan
menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Penemuan
petroleum di luar pantai Terengganu dan Sarawak telah memberi
peluang kepada untuk struktur ekonomi diubah semula. Perubahan
ekonomi yang berlaku di bandar ini telah memberi impak terhadap
sosioekonomi penduduk yang menyumbang kepada proses pembangunan
yang giat sehinggakan mewujudkan bandar baru. Sebagai contoh, KDNK
Terengganu mangalami peningkatan KDNK dari RM 2.1 billion pada
tahun 1980 kepada hamper RM 14.3 bilion pada tahun 2000 adalah
suatu pencapaian yang baik akibat daripada perlombongan petroleum
dan gas asli di Kerteh. Hal ini juga telah meningkatkan pendapatan
Negara. Selain itu, Bintulu juga merupakan mengeksport gas asli
terbesar Asia Tenggara sekali gus menarik perhatian pelaburan asing
dan dapat meningkatkan kadar pendapatan Negara. Bandar Jengka pula
mengeluar antara kawasan pengeluar terbesar hasil kelapa sawit dan
getah. Malaysia merupakan pengeksport terbesar dunia kelapa sawit
dan ini meningkatkan pendapatan Negara. Kesannya, peningkatan
pendapatan ini dapat membantu proses pembangunan wilayah. 5.2
Infrastruktur Dan Kemudahan Sosial MajuPelbagai kemudahan telah
dibangunkan di Kerteh. Antaranya, ialah Bandar Seri Kerteh,
Lapangan Terbang Kerteh, Kawasan perindustrian Petronas, Pelabuhan
Kerteh, Loji Penapis Minyak Terengganu, Rantau Petronas, Sekolah
Rantau Petronas, Rantau Mall Kerteh, Stadium, dan sebagainya. Pihak
kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk Felda
Jengka seperti kemudahan kesihatan, premis perniagaan,
perpustakaan, klinik 1 Malaysia dan sebagainya telah memudahkan
segala urusan kehidupan masyarakat luar bandar ini.Pembinaan jalan
raya telah menggantikan jalan merah atau denai mempermudahkan
pergerakan penduduk dari satu tempat ke tempat lain. Lapangan
terbang Bintulu banyak mengendalikan penerbangan para kakitangan
yang terlibat dalam industri petroleum dan gas asli. Kemudahan
kewangan seperti bank, perumahan, hiburan dan sebagainya dapat
diperolehi di setiap bandar kerana ini merupakan usaha kerajaan
dalam membangunkan wilayah dan bandar tersebut. Kemudahan yang
disediakan oleh pihak kerajaan telah akibat perkembangan bandar
baru telah membantu proses pembangunan wilayah di Malaysia.5.3
Mengurangkan Jurang Pembangunan Antara WilayahDalam sistem
bersepadu, pusat-pusat bandar saling bertindak dan bergantung
fungsi sebagai fungsi antara satu sama lain dalam keadaan
masing-masing mendapat faedah pusat yang lain. Menurut Venables
(2005) ,Globalisasi ekonomi telah menggalakkan pembangunan menumpu
di pusat pertumbuhan utama. Ini menyebabkan meningkatnya jurang
pembangunan wilayah dan kelas sosial. Bagi megurangkan jurang
pembangunan antara wilayah, pelbagai usaha dilakukan termasuklah
menggalakkan pelaburan di kawasan yang kurang maju. Pembukaan
kawasan Bandar jengka dan Bandar Kerteh yang mempunyai sumber asli
sendiri telah menggunakan pendekatan pusat pertumbuhan. Konsep
koridor pembangunan adalah satu pendekatan untuk memajukan sebuah
wilayah yang berbentuk jaluran. Semenanjung Barat Malaysia ialah
bandar Nilai, Bandar Bangi dan Kulim lebih cepat maju disebabkan
sektor perkhidmatan dan perniagaan. Hal ini kerana, Semenanjung
Barat Malaysia lebih maju berbanding Pantai timur, Sabah dan
Sarawak. Justeru, penemuan sumber asli seperti petroleum, gas asli,
kelapa sawit dan getah dapat mennyeimbangi pembangunan wilayah di
Malaysia. 5.4 Pelbagai Sektor Ekonomi Yang WujudPerkembangan bandar
baru akibat daripada pembangunan wilayah telah menghasilkan
pelbagai sektor ekonomi. Sebagai contoh, bandar Jengka mempunyai
sektor pertanian, perniagaan, sektor perkilangan, dan sebagainya.
Pelbagai sektor ini telah mweujudkan sektor hiliran sebagai contoh
kilang kasut, minyak masak, marjerin, kilang sabun dan sebagainya
hasil daripada pengeluaran kelapa sawit dan getah. Pengeluaran
kilang kimia pula hasil daripada perlombongan petroleum dan gas
asli. Manakala, berbeza pula dengan bandar Bangi dan Nilai yang
lebih memfokuskan kepada sektor perkhidmatan dan perniagaan
seperti, firma peguaman, spa, salun, klinik, dan sebagainya yang
lebih memberi keuntungan kepada penduduk di sekitarnya. Bandar
Kulim pula merupakan terkenal dengan sektor perindustrian terutama
pengeluaran automobil utama di Malaysia. Bandar Kulim merupakan
bandar kedua tertinggi KDNK selepas Pulau Pinang dalam wilayah
utara. Kewujudan pelbagai sektor ini telah menyebabkan bandar
menjadi maju dan membantu proses pembangunan wilayah di sesuatu
tempat itu.5.5 Keseimbangan Pembangunan NegaraSecara umumnya,
pembangunan wilayah adalah menyelesaikan masalah ketidakseimbangan
pembangunan Negara antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pembangunan Negara tidak
seimbang antara Negeri Pantai Barat dan Negeri Pantai Timur. Faktor
ketidakseimbangan ini adalah disebabkan oleh penjajah yang telah
mengeksploitasikan sumber alam Negara ketika itu. Selain itu,
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum juga dimana kaum Melayu
miskin berbanding kaum Cina dan India. Selepas kemerdekaan,
kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru(DEB) bagi menyusun
semula masyarakat dan mengimbangi semula pembangunan Negara dengan
pembukaan tanah baru. Penerokaan tanah secara besar-besaran
terutama kawasan Felda telah mengimbangi pembangunan Negara
terutama di kawasan pedalaman dan ekonomi kaum melayu. Kini, bandar
baru Jengka mempunyai pelbagai kemudahan dan peluang pekerjaan
untuk masyarakat setempat. Justeru itu, perkembangan bandar baru
adalah untun mengatasi masalah ketidakseimbangan pembangunan
melalui pembangunan wilayah yang telah dilaksanakan oleh
Kerajaan.
6.0 KesimpulanProses pembangunan wilayah di Malaysia semakin
maju dan cepat akibat daripada perkembangan bandar baru yang pesat
terutama dari sudut ekonomi. Pembangunan Bandar-bandar baru dalam
kawasan pembangunan wilayah merupakan salah satu alternatif kepada
pendekatan pembangunan bamdar dan wilayah. Konsep pembangunan
wilayah adalah berasaskan kepada konsep pemusatan yang mana
Bandar-bandar baru dibangunkan di tengah-tengah tapak sesuatu
kawasan tadahan yang terdiri daripada beberapa projek oleh pihak
kerajaan. Segala kemudahan infrastrutur Bandar dan kemudahan sosial
disediakan di pusat Bandar. Keberkesanan dan kejayaan pendekatan
Bandar baru dalam pembangunan Negara bergantung kepada sejauh
manakah perancangannya. Bandar baru sangat maju terutama dalam segi
sektor ekonomi.Bandar baru Bangi, Kulim, Nilai, Jengka, Bintulu,
dan Kerteh telah membuktikan bahawa sesbuah tempat itu dapat
mencapai kemajuan jika mempunyai perancangan yang baik terutama
dari pihk kerajaan. Perkembangan setiap Bandar ini telah membantu
proses pembangunan wilayah di Malaysia. Secara keseluruhannya,
pendekatan pembangunan Bandar baru yang dilaksanakan di wilayah ini
telah menunjukkan bahawa Bandar baru boleh memainkan peranannya
dalam pembangunan wilayah seperti meningkatkan pembangunan dan
pertumbuhan ekonomi di kawasan mundur, membandarkan
penduduk-penduduk di kawasan desa atau pendalaman wilayah ini.
Kesimpulannya, perkembangan Bandar baru telah membantu proses
pembangunan wilayah di Malaysia terutama dari segi sosial, dan
ekonomi. Pembangunan wilayah ini menyebabkan berlaku pertumbuhan
penduduk yang cepat. Dengan pesatnya Bandar baru menyebabkan
keseimbangan pembangunan Negara di semua negeri di Malaysia
terutama kawasan pedalaman untuk menjadi kawasan maju. Dengan ini,
harapan Malaysia menjadi status Negara maju dan pendapatan tinggi
menjelang tahun 2020 dan mencapai Wawasan 2020 akan tercapai.
7.0 RujukanAbdul Samad Hadi, Abdul Hadi Harman Shah, Ahmad Fariz
Mohamed dan Shaharudin Idrus (2006). Mencari kelesterian bandar
kecil. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Dani Salleh
(2008). Urbanisasi perancangan dan kawalan. Kedah: Universiti Utara
Malaysia.Ghani Salleh (2000). Urbanisation and regional development
in Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors
Sdn. Bhd.Hasnah Ali (1991). Ekonomi wilayah : teori dan amalan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Ngah dan Rahmat
Azam Mustafa (1991). Pengenalan perancangan pembangunan wilayah.
Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia.Katiman Rostam,
Asmah Ahmad, Sulong Mohamad, Mohd Fuad Mat Ali Dan Mohd Azlan
Abdullah (2006). Transformasi desa-bandar : koridor Kemaman-
Dungun, Terengganu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.Lim Heng Kow (1979). The evolution of the urban system in
Malaya. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.Rosli Buyung
(1985). Dasar, halacara, dan strategi bagi pembangunan
bandar-bandar baru. Kuala Lumpur: JPBD.