PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO 2.1 PARAS SISTEM KOMPUTER MIKRO 2.1.1 Mencari kerosakan PC (Troubleshoot) Komputer terdedah kepada berbagai-bagai rupa bentuk musuh seperti virus, perisian yang kurang mantap, perkakasan yang pembinaannya tidak sempurna dan pengguna yang kurang mahir. Untuk mencari kerosakan secara sistematik, dua carta direka bagi memudahkan tugas. Cara-cara mencari kerosakan yang ditunjukkan hanya sebagai panduan sahaja Carta 1- Semasa mula Startup Carta 1 memaparkan komputer baru dihidupkan sehingga ke skrin CMOS. Sekiranya diperingkat ini komputer meragam, tindakan-tindakan dibuat mengikut langkah-Iangkah yang tertentu seperti yang dicadangkan. Biasanya ini berlaku pada komputer baru yang belum diuji keseluruhannya. Carta 2 -Semasa mula paparan Windows dan dalam Windows Carta 2 meliputi bahagian selepas skrin CMOS. Seperti juga di Carta 1, tindakan dibuat mengikut kesesuaian. Kerosakan biasanya berlaku pada komputer yang sudah sekian lama beroperasi dan meragam setelah bermacam-macam perubahan dilakukan ke atasnya. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO
2.1 PARAS SISTEM KOMPUTER MIKRO
2.1.1 Mencari kerosakan PC (Troubleshoot)
Komputer terdedah kepada berbagai-bagai rupa bentuk musuh seperti virus, perisian yang
kurang mantap, perkakasan yang pembinaannya tidak sempurna dan pengguna yang kurang
mahir. Untuk mencari kerosakan secara sistematik, dua carta direka bagi memudahkan tugas.
Cara-cara mencari kerosakan yang ditunjukkan hanya sebagai panduan sahaja
Carta 1- Semasa mula Startup
Carta 1 memaparkan komputer baru dihidupkan sehingga ke skrin CMOS.
Sekiranya diperingkat ini komputer meragam, tindakan-tindakan dibuat mengikut langkah-
Iangkah yang tertentu seperti yang dicadangkan. Biasanya ini berlaku pada komputer baru
yang belum diuji keseluruhannya.
Carta 2 -Semasa mula paparan Windows dan dalam Windows
Carta 2 meliputi bahagian selepas skrin CMOS. Seperti juga di Carta 1, tindakan dibuat
mengikut kesesuaian. Kerosakan biasanya berlaku pada komputer yang sudah sekian lama
beroperasi dan meragam setelah bermacam-macam perubahan dilakukan ke atasnya.
1
Carta mencari kerosakan 1(semasa startup)
2
Monitor Gelap Bunyi beep berulang
Periksa RAM, kad VGA, kabel-kabel
antara monitor dan
Periksa suis bekalan elektrik, suis komputer dan suis monitor Paparan mula
BIOS
OK
a) Periksa plag bekalan elektrik, fius dan
semua kabel antara monitor ke komputer
serta monitor ke
b) Periksa butang cerah/gelap monitor (Uji sebelum ke c )
c) Periksa kad VGA dan RAM (longgar atau
senget)
a) Buka perkakasan cakera keras, pemacu cakera liut dan pemacu CD-ROM. Uji papan induk, RAM dan kad VGA sahaja (Uji sebelum ke b )
b) Tukar RAM, kad VGA dan monitor (Uji satu persatu) (Uji sebelum ke c )
c) Akhir sekali tukar dan uji prosesor atau papan induk
CARTA 2
Tidak
Tidak
Tidak
Ya
Ya
Ya
Carta mencari kerosakan 2(Dalam Windows)
3
Ya
Paparan BIOS OK
Kesan cakera keras dengan CMOS setup (tekan kekunci Del semasa memulakan
komputer)
Tidak boleh Boot atau ralat tiada partition/Sistem
Mesej ralat tiada cakera keras?
Semasa operasi timbul Skrin Biru Maut Blue screen of Death
Buat partition dan format. Pasang sistem operasi
a) Mungkin ada 2 *.DLL yang sama, tukar nama fail *.dll lama dan simpan
b) Buang program yang terakhir yang disyaki
Windows Startup berhenti separuh jalan
a) Konflik driver perisian atau perkakasan. Buang driver atau
upgrade driver.
b) Keluarkan perkakasan (seperti kad bunyi) yang disyaki
c) Pasang semula Win95/98/Me sekiranya gagal
Pergi ke Safe Mode (Tekan F8 semasa
memulakan komputer)
a) Buang perisian yang mengganggu
b) Pasang semula Windows sekiranya Safe Mode gagal
YaTidak
Tidak
YaTidak
Ya
Tidak
2.2 KOMPONEN ELEKTRONIK DANELEKTROMEKANIKAL KOMPUTER MIKRO
2.2.1 Papan Pemprosesan Utama (Motherboard)
Papan Pemproses Utama juga dikenali Papan Induk merupakan perkakasan yang paling
penting dalam sesebuah komputer. Papan ini mengandungi mikropemproses pusat (CPU)
yang menentukan kapasiti ingatan yang boleh disimpan, jenis-jenis perisian yang boleh
digunakan dan kelajuan pemprosesan. Pemilihan papan induk bergantung kepada tugasan
yang hendak dibuat dan kemampuan upgrade. Di atas papan induk akan diletakkan pelbagai
perkakasan seperti CPU, RAM, kad-kad tambahan dan sebagainya.
(Dual Inline Memory Module), kad PCMCIA , CompactFlash dan pelbagai lagi.
Kelajuan capaian iaitu sepantas mana suatu cip boleh mencapai data atau maklumat
sesaat. Masa capaian bagi cip ingatan yang normal biasanya dalam nanopersaat (40ns,
50ns, 60ns, 70ns dan 80ns) dan serendah 8ns bagi cip yang mahal dan mempunyai
kelajuan yang tinggi.
11
Kapasiti ingatan atau berapa banyak bilangan bit data yang boleh disimpan dalam satu-
satu cip ingatan; contohnya DIMM mempunyai kapasiti ingatan 32MB~1024MB.
2.4.1 Saiz Ingatan
Saiz ingatan bagi satu komputer disebut secara ringkas dalam unit Kilobyte (210 byte = 1024 bait), Megabyte (220 byte = 1,048,576 bait) dan Gigabyte (230 byte = 1,073,741,824 bait). Penjelasan seterusnya berkaitan saiz ingatan boleh dirujuk kepada Jadual 2.4.1 berikut.
BIT
Dalam sistem perduaan ‘0’ dan ‘1’ dan dipanggil “bit” iaitu hurf ringkas bagi “Binary Digit”
Unit data yang paling kecil dapat difahami oleh komputer
BAIT (BYTE)
Lapan bit akan menjadi satu bait (byte) atau satu aksara (huruf, nombor atau tanda bacaan)
Satu aksara seperti huruf (A, B, C), nombor (1,2,3) atau tanda (?, /, #)
KILOBAIT (KILOBYTE/KB)
1 kilobait bersamaan 1024 bait
Saiz sebesar ½ mukasurat
MEGABAIT (MEGABYTE/MB)
1 Megabait bersamaan 1,048,576 bait
Saiz sebesar 500 muka surat
GIGABAIT (GIGABYTE/GB)
1 Gigabait bersamaan 1,073,741,824 bait
Saiz sebesar 2 set ensaiklopedia
TERRABAIT (TERRABYTE/TB)
1 Terrabait bersamaan 1,009,511,627,776 bait
Saiz sebesar 2,000 set ensiklopedia
Jadual 2.4.1: Saiz-saiz ingatan
2.4.2 Modul Ingatan
Secara amnya, terdapat dua jenis modul ingatan yang sering digunakan iaitu modul SIMM
(Single Inline Memory Module) dan modul DIMM (Dual Inline Memory Module). SIMM
sering digunakan bagi jenis EDO (Extended Data Output) manakala DIMM pula digunakan
bagi RAM jenis SDRAM dan yang lebih moden.
12
Rajah 2.4.2(a): Kedudukan slot pengembangan RAM (SIMM & DIMM) pada papan induk
SIMM menawarkan laluan 32 bit data dan digunakan secara berkembar jika laluan data yang
lebih besar digunakan. Memandangkan papan induk biasanya hanya mempunyai dua bank
yang membawa jumlah soket SIMM sebanyak empat, maka kemungkinan untuk menambah
RAM adalah terhad.
Bank 1 Bank 2 Jumlah RAM
16 MB + 16 MB - 32 MB
16 MB + 16 MB 32 MB + 32 MB 96 MB
32 MB + 32 MB 32 MB + 32 MB 128 MB
Jadual 2.4.2(b): Konfigurasi modul ingatan dengan dua bank serta 4 soket SIMM