5
6.0 PERJALANAN AKTIVITI DAN LAPORAN DARI ZON-ZON GOTONG
ROYONG.Gotong royong Perdana ini telah diadakan pada 17 hb Mei
2014, iaitu hari Sabtu di sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Taman
Daya 3. (Sila rujuk pelan Zon gotong-royong pada Lampiran A).
Gotong Royong ini melibatkan semua warga semua Sekolah Kebangsaan
Taman Daya 3 termasuk kakitangan sokongan dan kehadiran ibu bapa
murid. (Sila rujuk senarai kehadiran guru dan ibu bapa pada
Lampiran B dan C). Gotong Royong ini juga turut dipantau oleh En
Supiandi Bin Yusof iaitu Timbalan PPD Daerah Pasir Gudang (Sila
rujuk Lampiran D). Keseluruhannya, kehadiran semua pihak yang
terlibat dalam aktiviti tersebut amatlah menggalakkan sebagaimana
butiran berikut:a. Kehadiran guru Sekolah Kebangsaan Taman Daya
3
BilPerkaraBilangan Peratus Kehadiran
1Hadir
5886
2Tidak Hadir
Dengan kenyataan914
Jumlah guru
67100
b. Kehadiran Kakitangan sokongan Sekolah Kebangsaan Taman Daya
3
BilPerkaraBilangan Peratus Kehadiran
1Hadir
6100
2Tidak Hadir
Dengan kenyataan00
Jumlah Kakitangan sokongan
6100
c. Kehadiran murid Tahap Dua Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3
BilPerkaraBilangan Peratus Kehadiran
1Hadir
54695
2Tidak Hadir
Dengan kenyataan305
Jumlah murid
Tahap Dua
576100
d. Kehadiran ibubapa muridBilPerkaraBilangan
1Jumlah ibu bapa yang hadir
30
Pendaftaran ibubapa bermula seawal 7.30 pagi di Dewan Kreatif di
bawah AJK Pendaftaran yang juga terdiri daripada ahli Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SK Taman Daya 3. Murid pula dikumpulkan di Dataran
Gemilang dan majlis rasmi dimulakan dengan perhimpunan di bawah
kendalian Unit Beruniform Pengakap.Bacaan doa sebelum perhimpunan
dan gotong royong dimulakan..
Ucapan ringkas Gotong Royong oleh Puan Faridah Bt Attan, GPK
HEMSelesai dengan nyanyian tiga buah lagu (Negaraku, Lagu Bangsa
Johor dan lagu sekolah) dan ikrar, perhimpunan diteruskan dengan
ucapan ringkas oleh Puan Faridah Bt Attan, GPK HEM dan kemudiannya
senamrobik guru, murid dan ibu bapa.
Senamrobik kendalian guru Tunas Budaya dan Muzik
Kebudayaan..
Setelah penerangan ringkas berkenaan zon-zon gotong royong dan
pembahagian murid dan ibu bapa mengikut zon tersebut, gotong royong
pun dimulakan. Unit Beruniform Pengakap bertanggungjawab terhadap
zon A, Unit Beruniform BSMM pula membersihkan Zon B, Zon C dibawah
tanggungjawab Puteri Islam manakala Zon D dipertanggungjawabkan
kepada Unit Beruniform TKRS. Manakala, Unit Beruniform Pandu Puteri
Tunas pula dipecahkan lagi kepada keempat-empat zon berkenaan.
Unit-Unit Beruniform dan zon gotong royong masing-masing..
Murid-murid, guru-guru dan ibu bapa bersama-sama melakukan
aktiviti membersih dan mengemas kelas di zon masing-masing. Mereka
menyapu kelas, mengelap tingkap, membuang sampah dan sebagainya di
kelas yang ditugaskan oleh ketua zon.
Kelihatan murid dan ibu bapa menyapu lantai dan mengelap tingkap
bilik seni..
Bilik Kemahiran Hidup turut dikemas dan disapu lantainya...
Mengelap tingkap sehingga bersih dan seorang ibu turut tidak
ketinggalan..Dalam pada itu, murid juga sibuk menolong ibubapa
mereka dan guru membaiki kerusi dan meja rosak. Mereka membawa
perabot yang rosak dari kelas-kelas ke stor pelupusan dan ada yang
dibaiki.
Menolong ayahnya membaiki kerusi kayu yang rosak...
Guru dan ibubapa murid di bahagian pembaikpulih perabot
rosak..Longkang dan parit dibersihkan oleh murid bersama guru.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..kerjasama antara
murid..Selain kawasan bangunan sekolah yang dibersihkan iatu setiap
kelas dan bilik-bilik khas, kawasan belakang dan depan sekolah juga
turut dibersihkan. Sampah yang terdapat di lereng tempat menunggu
bas sekolah dipungut..
Kawasan parking kereta A dan B dibersihkan dan sampah
dipungut...
Kawasan persekitaran yang dibersihkan yang lain termasuk
mengutip sampah di kawasan padang sekolah, gelanggang bersimen,
Dataran Gemilang dan Dewan Kreatif.
Kerjasama yang terjalin antara murid..semasa membersihkan Dewan
Gemilang..
Kerjasama sebegini juga terjalin antara guru, murid dan ibu bapa
di samping mengeratkan hubungan sekolah dan masyarakat. Ini
terbukti apabila salah seorang daripada ibubapa murid Tahun 6
Amanah, iaitu En Mohd Jafri ( bapa kepada Shahrul Hafifi) yang sudi
menawarkan khidmat membersihkan langsir Dewan Gemilang di Kedai
Dobi.
Kakitangan pejabat dan pentadbiran juga bersemangat dalam
aktiviti gotong royong ini..
Sekitar jam 10.45 pagi, kerja-kerja pembersihan dan gotong
royong pun selesai. Murid kemudiannya dikumpulkan semula untuk
kehadiran diambil. Manakala ibubapa dijemput menjamu selera.
Selasai mengambil kehadiran, murid diarahkan mengambil minuman di
kantin sekolah.
Kehadiran diambil sambil berehat setelah selesai gotong
royong..
Aktiviti pada hari tersebut tamat sekitar jam 11.30 dengan
ibubapa dan murid bersurai. Perjalanan aktiviti berjalan dengan
lancar dan selamat tanpa sebarang perkara yang tidak diingini
berlaku. 6