Bagaimana Masalah 13 Mei 1969 Boleh Membentuk Perpaduan Negara
Malaysia Yang Lebih Baik
PERISTIWA 13 MEI 1969Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik
hitam dalam lipatan sejarah negara. Pertelingkahan kaum yang
berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan
kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya
Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum
di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu sensitif
telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan,
kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan
Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal
memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala
Parti Gerakan Dan DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi
telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa
Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orang Melayu dan
akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan
terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan
penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa
tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan
kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan negara
kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya Masalah 13 Mei ini
merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam
masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini
telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang
cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa. 1.1 Faktor
Yang Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969 1.1.1 Dasar Pecah Dan
Perintah British
Pada Zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan
kelompok-kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan
untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan
kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi
semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka
telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi setiap kaum
seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina
digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal
di estet-estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya
interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan
pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka
antara satu kaum dengan kaum yang lain. Prasangka yang wujud inilah
yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.
1.1.2 Sistem Pendidikan Yang Berasingan
Sebelum Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu
asas atau sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah empat
aliran pendidikan yang berlaianan iaitu Aliran Inggeris, Melayu,
Cina dan India. Bagi kaum India mereka telah menguna pakai silibus
yang diambil dari negara india untuk diajar kepada anak-anak
mereka. Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu. Ini telah
menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman kerana
Negara China contohnya mengamalkan fahaman komunisme dan silibus
yang diambil dari Negara China mempunyai unsur-unsur komunisme
tetapi lain pula dengan kaum lain yang berteraskan fahaman yang
lain. Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang seragam
telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa
ibunda masing-masing sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya
pelbagai masalah yang telah menggugat perpaduan kaum. Ini telah
memberikan satu imapak buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di
Malaysia.
1.1.3 Perbezaan Agama Dan Kebudayaan Perbezaan budaya dan agama
merupakan salah satu lagi punca berlakunya masalah perpaduan kaum
di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan besarnya beragama Islam, kaum
Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala
kaum India beragama Hindu. Disamping itu terdapat ramai juga yang
beragama Kristian. Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang
berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di
Malaysia. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama
yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan
penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil
terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan
secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain.
Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969
berlaku.
1.1.4 Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan
Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada petani yang
tinggal di kampung manakala masyarakat cina telah mewarisi
pekerjaan turun temurun keluarga mereka iaitu beniaga dan
kebanyakannya tinggal di bandar dan Masyarakat India pula bekerja
sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di estet-estet. Kegiatan
ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang
berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini telah
menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonimi secara
tidak sihat dan pada kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei
1969.
1.1.5 Persatuan-persatuan Etnik
Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai
kaum telah melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial dan
ekonomi yang berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah
memeperkuatkan lagi rasa syak wasangka di antara satu sama lain
kerana persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan
kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum
yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman seringkali
mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum
hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu
kaum dengan kaum yang lain.
1.1.6 Pendudukan Jepun
Salah satu punca permusuhana orang Melayu dengan Orang Cina
ialah akibat Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ini kerana Jepun
memberi layanan yang lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding
orang Cina kerana Jepun masih lagi dipengaruhi sentimen peperangan
dengan negara China pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20.
Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam hal yang
melibatkan kaum Melayu dan Cina. Jepun juga telah melantik orang
Melayu sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak
diberi peluang untuk menjawat sebarang jawatan. Ketika itu
kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian People Anti
Japanese Army). Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan tentera
Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri daripada orang Melayu dan
ini telah menimbulkan persengketaan antara orang Melayu dengan
Orang Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969.
1.1.7 Membangkitkan Soal Sensitif Pada Pilihanraya Umum
1969.
Semasa kempen pilihanraya tahun 1969 parti-parti politik yang
bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan
istimewa orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing
undi daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa
tidak puas hati antara kaum dan akhirnya setelah memenangi kerusi
yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga parti
Perikatan, parti DAP dan Gerakan telah berarak untuk menghina orang
melayu. Tambah memburukkan lagi keadaan ialah orang Melayu melalui
UMNO telah mengadakan perhimpunan balas untuk menangkis penghinaan
parti DAP dan Gerakan. Keadaan menjadi tidak terkawal dan akhirnya
meletuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.
1.2 Gambaran Detik-Detik 13 Mei 1969 Secara Ringkas Peristiwa 13
Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak
masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan
kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat
dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam
sejarah negara Malaysia. Isu perkauman dalam pilihan raya
1969Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta
ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah
membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
(Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah
memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan
faedah dalam pilihanraya.Pada pilihanraya umum 1969Parti Perikatan
yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi
majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan
persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu
kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya
dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada
tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Gerakan Rakyat
Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti
Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat
manakala PAS menang 12 kerusi.Pihak pembangkang yang memperoleh
pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan
mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak
bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir
pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah
mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina
berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga
mendorong kepada kejadian tersebut.[1]. Pihak pembangkang yang
sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan
Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan
kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan
melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2]
Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan
sebagi simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur,
sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal
Perikatan the coalition's logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei
1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada
13 May di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor,
Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan
kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei
1969.
Pembangkang meraikan kemenanganPeristiwa ini berlaku berikutan
pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.Dr. Tan Chee
Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu,
Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan
kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di
Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di
sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan
Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru,
diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa
terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya
rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun
Idris.Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat
penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka
menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat
yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan
menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat
Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang
mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di
tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut
berlaku.Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua
diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan
kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan
menghina Melayu.Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku
Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya
melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan
Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar SelangorUMNO telah mengadakan perarakan balas
pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.
Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya
kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.Orang
Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda
Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku
Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan.
Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang
dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun
Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan]Ketika berkumpul,
cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan
meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan
orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri
Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita
mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan
menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan
nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang
terkeluar itu ke dalam perutnya.4.00 petang dua penunggang
motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung.
Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh.
Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap
telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di
sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini
lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang
di hujung seperti dalam filem lama Cina.Cerita-cerita seperti ini
yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan
lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar
terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan
keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur.
Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga
keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.Pasukan FRU di
keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil
alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban,
Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang
Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin
meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer
dikatakan berbangsa Cina.Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan
Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka
terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa
das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
Askar MelayuAkhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan
dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar
Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar.
Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa
askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan
mengambil harta benda di sana. Malah ada askar melayu yang menembak
ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah
membaling botol ke arah askar melayu tersebut. Ada yang berkata
askar tersebut berpakaian preman.Ramai orang Cina dibunuh dan
dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang
berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman
televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda
Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh.
Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan
mengenai rakaman ini. Panggung OdeonPemuda-pemuda Cina telah
bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin
pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung.
Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca
tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina
tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan
menyembelih penonton yang ada. Hampir semua penonton di dalam
panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini
termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal,
Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang
cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai
mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung
Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan
mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta
berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina
yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang
Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa,
askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar
negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah
berkurung.Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur
yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan
berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara
Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan
Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las
Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi. Akibat daripada tindakan
sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan
kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.Abdul Rafai
Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala
Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang
tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut
melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas
jalan.Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik
hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan
Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan
disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.Ada 4 kiyai di
sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat,
iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang
memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar
Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika
itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang
yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang
Cina.Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan
Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang
pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi
apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit
kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan
mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka
akan memberi senjata api kepada orang cina.Ada yang menyifatkan
pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun
dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku
Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti
Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama
dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa
itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang
harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri
seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu
perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan
berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan
thai.PersepsiKalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif
terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan
taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan.
Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku
kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang
Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis
berpaksikan negara komunis China.Pada tahun 2007, satu buku May 13:
Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis
oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli
parlimen Kua Kia Soong telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan
dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London,
buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya
disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang
diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state
capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan
Tunku Abdul Rahman. Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi
sasaran rusuhan.Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39
hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah
menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada
Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000 orang
hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. Statistik tidak rasmi jumlah
kematian: Melayu : 86 orang Cina : 342 orang Lain-lain : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata
orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori
membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers
waktu itu.Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 MeiKetika
itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star
meraikan kemenangan beliau di sana.6.45 petang Encik Mansor selaku
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan
kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00
malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain
mahjung dan ada khabar menyatakan Tunku sedang menikmati hidangan
arak. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut. Pada malam
peristiwa itu di televisyen, Tunku berkata "Marilah kita tentukan
sekarang bahawa sama ada kita hidup atau mati". MageranNegara
diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan
ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah
secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang
tentera. Dalam pada itu, Mageran telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman
telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau
telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak.
Berikutan itu, Parlimen juga digantung.Sesetangah orang melayu
mempersalahkan Tunku Abdul Rahman kerana gagal membendung ancaman
rusuhan perkauman tersebut. Di antara tokoh yang lantang menghentam
Tunku ialah Tun Dr Mahathir menerusi buku "Dilema Melayu" ("Malay
Dilemma"). Buku tersebut pernah diharamkan oleh Tunku.Sepanjang
tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk
mencari punca dan penyelesaian agar trajedi tersebut tidak
berulang. Diantara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun
Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat pada perlembagaan negara.
Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk
menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan
membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang
bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti
yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP.2.0 Usaha
Membentuk Perpaduan Kaum Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan
satu perlkara yang amat penting untuk membentuk satu negara yang
utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah berusaha membentuk
perpaduan kaum di negara Malaysia agar Malaysia mampu maju seiring
dengan negara lain di dunia. Perpaduan boleh diertikan sebagai satu
proses yang menyatupadukan seluruh masyaralat dan negara supaya
setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair. Perpaduan
boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu : 1)Integrasi Satu
merupakan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan
kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan
lokasi dalam sesuatu unit politik.
2)Asimilasi Asimilasi merupakan satu proses bagaimana
kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan
campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.
Namun dalam jika diteliti kedua-dua aspek di atas kerajaan lebih
banyak mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses
integrasi kerana melalui proses integrasi setiap etnik akan dapat
berkongsi satu identiti nasional dan apabila ini berlaku maka
secara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Namun begitu apa
yang ingin difokuskan di sini ialah usaha kerajaan membentuk
perpaduan selepas peristiwa 13 Mei 1969. 2.1 Usaha Segera Untuk
Membentuk Perpaduan Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
2.1.1Mengisytiharkan Darurat Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku
keadaan amat tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku
akibat suasana tegang. Untuk meredakan ketegangan keadaan ini
kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh
negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk
menenangkan keadaan yang tidak terkawal. Kedua ialah untuk memberi
masa kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir secara
rasional tindakan mereka. Ketiga untuk cuba menghentikan kekacauan
yang berlaku dalam masa yang singkat. 2.1.2 Membentuk Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN ) Setelah mengisytiharkan darurat di
seluruh negara pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis
Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana
Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut
menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik,
pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan
tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T
Sambatan, Dato Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali
Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail
dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa. Fungsi utama MAGERAN ini
ialah: 1. Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara. 2.
Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna. 3. Mengembalikan
suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia.
Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah
digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada
MAGERAN. Fungsi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23
Februari 1971. 2.1.3 Menubuhkan Majlis Perundingan Negara Majlis
perundingan Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari 1970 untuk
membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Majlis Perundingan
Negara telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis
ini terdiri daripada wakil-wakil: a) Menteri-menteri yang
menganggotai MAGERAN. b) Kerajaan-kerajaan Negeri. c) Parti-parti
Politik. d) Sabah dan Sarawak. e) Kumpulan-kumpulan Agama. f)
Badan-badan Profesional. g) Perkhidmatan Awam. h) Kesatuan Sekerja
Dan Persatuan Majikan. i) Wartawan. j) Persatuan Guru-guru. k)
Kumpulan Minoriti. Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini ialah
untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum. Ia
juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai
perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi
kaum di Malaysia. 2.1.4 Memperkenalkan Rukun Negara. Menyedari
masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala
yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk
memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang
kaum di Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional
dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa
mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara
yang dibentk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk membentuk
corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telahpun
wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia. Antaranya
ialah: 1) Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakat. 2) Memelihara cara hidup demokratik. 3) Mencipta suatu
masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama. 4) Menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak. 5) Membina sebuah
masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi. Konsep
rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu: 1.
Kepercayaan Kepada Tuhan. 2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara.. 3.
Kedaulatan Undang-undang 4. Keluhuran Perlembagaan. 5. Kesopanan
Dan Kesusilaan 2.1.5 Pembentukan Majlis Muhibah Majlis Muhibah ini
telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN. Majlis ini telah
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia diadakan di
setiap peringkat iaitu peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan.
Ini bertujuan untuk memastikan matlamat penubuhan majlis ini
berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia. Majlis ini
berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah di kalangan
pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan
dan keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah
musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969. 2.1.6 Penyusunan Semula
Politik (Barisan Nasional) Apabila berlakunya masalah 13 Mei,
kebanyakan parti-parti politik mula menyedari peri pentingnya
bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum.
Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk
mengatasi maslah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia
dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti
Islam Se-Malaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan
Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik. Tujuan
pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan perpecahan
politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971. Rombakan
politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup
memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami
kepentingan perpaduan kaum. 3.0 Dasar-Dasar Kerajaan Untuk
Membentuk Perpaduan Yang Lebih Baik Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan impak negatif terhadap
perpaduan rakyat Malaysia. Kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Dato
Hussein menyedari akan hal ini kerana jika ia tidak dibendung atau
disekat ia akan mencetuskan satu situasi yang tidak diingini sekali
lagi. Justeru pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi maslah
ini melalui dasar-dasar yang dibentuk untuk membina perpaduan di
kalangan masyarakat berbilang bangsa. 3.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai
matlamat serampang dua mata iaitu:
3.1.1 Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum Melalui dasar ini
kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan
kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana
ketidakseimbangan kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan
mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas hati
anatara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru
ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti
pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah.
Antara program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah
seperti berikut:
a) Penyediaan infrastruktur parit dan taliair termasuk pemberian
subsidi dan kredit bagi membolehkan pesawah melaksanakan penanaman
padi dua kali setahun. b) Menyediakan skim penanaman semula yang
menggalakkan penggunaan benih kacukan berhasil tinggi, termasuk
pemberian kredit dan subsidi sara hidup serta bantuan untuk
pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yang ditujukan kepada pekebun
kecil. c) Menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi
kepada nelayan untuk membantu mereka memberi kelengkapan menangkap
ikan yang perlu dan lebih berguna. d) Memlaksanakan rancangan
pembukaan tanah baru yang membolehkan penghuni desa menyertai
kegiatan pertanian moden, misalnya skim anjuran Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan
Tanah Negara (FELCRA). e) Melaksanakan penyediaan kemudahan sosial
seperti klinik, hospital, sekolah bekalan air dan elektrik, rumah
kos rendah dan peluang pekerjaan sebagai peniaga kecil bagi
kumpulan berpendapatan rendah.
3.1.2 Penyusunan Semula Masyarakat Dalam Dasar Ekonomi Baru
(DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula
masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan
perolehan dan pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini kerajaan
menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan
dan perniagaaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30
peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun 1990. Selaras dengan
usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah-langkah
berikut untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB: i)
Meningkatkan pendapatan da taraf hidup golongan kurang berupaya.
ii) Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu
iii) Menyusun semula pemilikan ekuiti. iv) Melatih dan membentuk
para usahawan dan pedagang baru di kalangan masyarakat bumiputera.
v) Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di
dalam dan luar negeri khas untuk pelajar Bumiputera. vi)
Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan
teknikal dalam sektor awam dan swasta. Untuk memastikan DEB akan
berjaya mencapai matlamatnya kerajaan turut menggembleng tenaga
jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan instrumen DEB.
Antara perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan
meningkatkan taraf ekonomi kaum Bumiputera ialah: 1. Permodalan
Nasional Berhad (PNB). 2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS). 3.
Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). 4. Bank
Negara. 5. Bank Pembangunan Malaysia Berhad. 6. Skim Amnah Saham
Bumiputera. 7. Majlis Amanah Rakyat (MARA). 8. Pusat Daya
Pengeluaran Negara (PDPN). 3.1.2 Pencapaian DEB Setelah Tahun 1990.
Setelah tahun 1990 tahun yang dijangkakan untuk mencapai matlamat
DEB tiba, DEB masih lagi belum berjaya mencapai matlamat sepenuhnya
seperti pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam
aktiviti ekonomi. Namun begitu banyak juga kejayaan yang telah
dicapai seperti purata pendapatn isi rumah yang bertambah,
pengurangan kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan dan pengenalan
kaum berdasarkan aktiviti ekonomi telah berkurangan. 3.2 Dasar
Pendidikan Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil
daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak
1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia telah dimaktubkan dalam
Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini bertujuan untuk
membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan
keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan
kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Antara
langkah yang telah diambil ialah: 1. Bahasa Inggeris diwajibkan di
semua sekolah rendah. 2. Bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di
semua sekolah menengah. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan di semua sekolah diperkenalkan secara
berperingkat-peringkat. Bahasa Melayu mula diperkenalkan di sekolah
rendah pad athaun 1970 tetapi mulai tahun 1983 semua kursus tahun
pertama di peringkat universiti diajar dalam Bahasa Melayu.
Objektif utama sistem pelajaran kebangsaan ialah untuk memenuhi
keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial,
ekonomi dan politiknya. Antara matlamat lain dasar ini ialah: i)
Untuk menghasilkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan
terlatih. ii) Menggalakkan perkembangan ekonomi, umpamanya
menyediakan tenaga kerja khasnya dalam bidang sains dan teknologi.
iii) Menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan politik
negara. iv) Membentuk satu masyarakat majmuk yang bersatu padu dan
saling memahami antara satu sama lain. v) Mengurangkan pembaziran
tenaga kerja akibat terlalu ramai murid yang keciciran dari alam
persekolahan pada usia yang muda hingga mengurangkan potensi kerja
negara. vi) Mendemonstrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu
dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian
khas kepada kumpulan yag kurang bernasib baik dan kawasan luar
bandar. Antara strategi yang telah dilaksanakan pula ialah: a)
Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. b)
Mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama di semua sekolah. c)
Memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982
berdasarkan kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira serta
memperkenalkan. Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988.
d) Mempertingkatkan pendidikan rohani, disiplin dan keagamaan. e)
Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin dan
perpaduan. f) Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional dan
mempelbagaikan kemudahan pelajaran. Langkah-langkah di atas amat
penting untuk memupuk perpaduan terutamanya langkah yang menjadikan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. Ini akan
memberikan kefahaman dan rasa saling memahami sambil dapat
menghindarkan rasa curiga antara satu sama lain kerana mereka dapat
berinteraksi dengan menggunakan satu bahasa tunggal iaitu Bahasa
Melayu. Melalui aktiviti ko-kurikulum pula akan dapat melahirkan
insan generasi yang dapat menghargai perpaduan dan bermoral tinggi
agar tidak berlaku lagi ulangan kepada peristiwa 13 Mei 1969. Ia
juga boleh dihayati menerusi falsafah pendidikan negara yang telah
ditetapkan seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.
Jika diteliti falsafah pendidikan negara di atas nyata bahawa
dasar pendidikan negara adalah satu dasar yang diwujudkan untuk
menyemai rasa cinta kepada negara yang secara simboliknya menuntut
usaha ke arah mempereratkan perpaduan antara satu sama lain agar
kisah 13 Mei 1969 tidak akan berulang. 3.3 Dasar Kebudayaan
Kebangsaan Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa,
kaum dan agama Malaysia tidak lari daripada aspek kepelbagaian
budaya anatara satu sama lain. Melalui dasar ini unsur-unsur
kebudayaan dapat dignakan untuk membentuk warganegara yang lebih
baik dan membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian
Malaysia. Dasar Kebudayyan Kebangsaan telah dirangka berteraskan
tiga prinsip utama yang telah ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan
Kebangsaan 1971 iaitu: I) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah
berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini; II) Unsur-unsur
kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur
Kebudayaan Kebangsaan. III) Islam menjadi unsur penting dalam
pembentukan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Dasar ini juga
penting kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai
kebudayaan yang berbeza kerana ia dapat saling memberi kefahaman
tentang budaya masing-masing agar perasaan prasangka anatara satu
sama lain dapat dihindari. Antara lain dasar ini juga menolak
unsur-unsur barat yang tidak sesuai daripada meresap masuk dan
mempengaruhi kebudayaan rakyat Malaysia. Matlamat Dasar Kebudayaan
Kebangsaan ialah: i) Membantu mencapai perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia. ii) Memupuk dan menjamin keutuhan identiti kebangsaan.
iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan mutu kehidupan manusia dan
menanam sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan kebendaan
di Malaysia. 3.3.1 Pelaksananan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dalam
membentuk apa jua dasar perkara yang paling penting ialah soal
pelaksanaan keran jika ia hanya sempurna di atas kertas tetapi
tidak dapat diterjemahkan ke dunia nyata maka tiada gunanya ia
dibentuk. Begitu jua dalam soal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang
telah dilaksanakan seperti di bawah agar matlamatnya tercapai: 1.
Memperbanyakkan dan mengembangkan pertunjukan kebudayaan di
peringkat negeri dan nasional. 2. Memberi latihan dan menyokong
pergerakan-pergerakan kebudayaan. 3. Meningkatkan taraf dan mutu
berbagai-bagai bidang seni di negara kita. 4. Memupuk kesedaran
kebangsaan. 5. Memenuhi keperluan sosiobudaya negara. 3.4 Dasar
Pembangunan Nasional (DPB) Dasar Pembangunan Nasional (DPB)
diumumkan oleh Datuk Seri Doktor Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991
di parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) dan ia terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
(RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000. Melalui dasar ini ia masih
lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan bermatlamatkan untuk mencapai
pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu
dan adil . Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan
kaum. DPN merangkumi beberapa aspek penting seperti berikut: a)
Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan
ekonomi dan pengagihan yang saksama. b) Memastikan pembangunan yang
seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya
saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan. c)
Mengurang dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan
ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk
menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang
diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat
Malaysia. d) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan
mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan
ekonomi di kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan luar bandar
dan bandar. e) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di
mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di
samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif
serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara. f) Memajukan
pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang
berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran
perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui
satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan
semula masyarakat. g) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu
teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang
memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam
teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya
sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi
perindustrian yang moden. h) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai
pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan
kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang
bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara
berterusan. Melalui DPN terdapat empat perkara yang telah
digariskan kepada pendekatan strategi ekonomi DEB iaitu: a)
Mengalih tumpuan membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin
di samping mengurangkan kemiskinan relatif. b) Menumpukan perhatian
kepada pembangunan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian
Bumiputera. c) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk
melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat d)
Memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk
sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbhan ekonomi
dan pengagihan yang saksama. DPN merupakan kesinambungan usaha yang
telah dilaksanakan menerusi DEB dan bertujuan untuk membina sebuah
negara Malaysia yang lebih makmur dan sentosa. Masalah 13 Mei 1969
jika dilihat dari satu aspek sememangnya banyak memberikan kesan
negatif terhadap negara kita tetapi jika dilihat pula dari satu
sudut yang lain ia sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita
semua rakyat Malaysia. Melalui peristiwa berdarah itulah kita kini
dapat hidup dan membentk sebuah negara Malaysia yang aman damai,
harmoni hinggakan menjadi sebutan dunia kerana sebuah negara yang
rakyatnya berbilang kaum dapat hidup bersama dalam keadaan dan
suasana yang aman damai. Jika dilihat faktor berlakunya peristiwa
13 Mei 1969 kebanyakan disebabkan oleh peranan penjajah yang telah
membentuk satu masyarakat yang mempunyai kelas dan tahap tertentu
demi untuk memelihara kepentingan mereka di Tanah Melayu. Justeru
setelah berlaku peristiwa 13 Mei kerajaan telah mengambil langkah
untuk membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan
tindakan segera yang telah diambil untuk memastikan bahawa
kemakmuran negara akan terus terpelihara dan terjamin. Peristiwa 13
Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita
kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku amak semua pihak
mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih
jitu seperti yang dapat kita saksikan kini. Apa yag perlu dilakukan
kini oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional
tanpa mengira apa pun fahaman politik dan salig membantu antara
satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang
dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan
yang sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya. Selepas 13
Mei 1969 juga jelas menampakkan satu peningkatan yang amat
membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan kaum
dan ia adalah hasl daripada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh
kerajaan melalui dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB),
Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar
Pembangunan Nasional serta wawasan Rujukan Ramlah Adam, 'Biografi
Politik Tunku Abdul Rahman Putra'. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.
Tunku Abdul Rahman Putra, '13 Mei - Sebelum dan Selepas'. [1] Leon
Comber, "13 May 1969, A Survey of Sino-Malay Relations",Heinemann
Asia Ltd., Kuala Lumpur, 1981, Kamarudin, Raja Petra (June 13,
2005). "Silver lining in a dark cloud: May 13 was not all bad
news". Malaysia Today.