1.0) Pendahuluan Sebelum perang dunia kedua iaitu 1941, British
telah mengamalkan sistem ekonomi kapitalis semasa mentadbir Tanah
Melayu. Hal ini memberi kesan kepada perubahan sosio masyarakat di
Tanah Melayu. Di mana bermulanya kemasukan masyarakat imegran
daripada dua buah Negara iaitu China dan India sebagai pengerak
ekonomi Tanah Melayu ketika itu. Oleh sebab itu, wujudlah
masyarakat Tanah Melayu terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu
orang India, Cina dan Melyu. Tiga kaum utama ini tinggal di tempat
yang sama namun, mereka tidak pernah bergaul mahupun tiada sebarang
usaha British untuk menyatukan hubungan antara kaum ini. Hal ini
demikian kerana, masyarakat imegran menganggap diri mereka hanya
tinggal sementara di Tanah Melayu menyebabkan British dan orang
Melayu untuk tidak memandang berat dalam memerbaiki hubungan antara
kaum ini. Perkara ini bertambah berat apabila semakin ramai
masyarakat imegran dari India dan China datang bekerja di Tanah
Melayu sehingga jumlah populasi masyarakat melayu tidak tetap dan
pada tahun 1931 iaitu masyarakat imegran mencecah 49.0 manakala
masyarakat melayu hanya 49.2. Jumlah penduduk imegran yang ramai
menyebabkan proses asmilasi susah untuk berlaku kerana masyarakat
imegran ini sudah tentu akan hidup secara berkelompok dan meraka
akan susah untuk bergaul dengan masyarakat kaum yang lain.
Pencampuran dan pergaulan masyarakat antara pelbagai kaum semakin
terhad menyebabkan kaum lain tidak memahami budaya dan agama kaum
yg lain. Jelaslah bahawa proses penyatuan kaum sukar dan tidak
pernah untuk dilakukan ketika pentadbiran British. Dalam tugasan
ini saya akan menjelaskan masalah dan hubungan antara kaum bermula
dengan perang dunia kedua iaitu penjajahan Jepun sehingga peristiwa
berdarah iaitu 13 Mei 1969. Dalam membincangkan rentetan peritiwa
sehingga tercetusnya 13 Mei 1969, saya akan lebih menyentuh kepada
hubungan antara Melayu-Cina dan sedikit hubungan dengan orang India
kerana jumlah orang Cina lebih ramai dari orang India dan rusuhan
kaum yang berlaku pada 13 Mei banyak kaitannya antara orang Melayu
dan Cina. Serta saya akan menumpukan perhatian ke atas apa yang
yang berlaku di Semenanjung Malaysia dan tidak pula apa yang
berlaku di Singapura atau Sabah dan Sarawak.
2.0) Jepun mencetuskan api perkauman Pemerintahan Jepun di Tanah
Melayu adalah berbeza-beza mengikut kaum atas dasar kepentingan
kepada Jepun. Pada waktu yang sama, wujud tempat kekosogan dalam
hal ehwal pentadbiran kerana ketiadaan kerajaan Inggeris perkara
ini menyebabkan kaum Melayu diberi peluang untuk mengisi jawatan
kanan dalam perkhidmatan kerajaan[footnoteRef:1]. Mereka tidak
berpeluang untuk menjawat jawatan sebegini semasa pemerintahan
Inggeris. Oleh sebab itu, peluang ini telah memberi pengalaman
kepada orang-orang Melayu untuk mentadbir Negara. Secara tidak
lansung, gologan cerdik pandai orang-orangg Melayu mula bergiat
aktif dalam politik dan boleh menjadikan mereka sebagai pemimpin
dalam kegiatan-kegiatan politik Melayu selepas perang. [1: Leon
Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj.
Omardin Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm
50]
Manakala, bagi orang Cina pula penjajahan Jepun telah mebawa
impak dan kesan yang negatif kepada orang-orang Cina. Peristiwa
Perang Cina-Jepun membawa sifat dendam orang Cina dan orang Jepun.
Oleh sebab itu, berlakunya penyisihan dan penindasan yang hebat
berlaku ke atas orang-orang Cina. Penindasan yang berterusan dan
masalah kekurangan makanan dari pihak jepun terhadap orang-orang
Cina menyebakan ramai orang-orang Cina berlari ke dalam
hutan.Mereka mengambil langkah insentif dengan membuat petempatan
dan membuat makanan sendiri.[footnoteRef:2] Dalam sentimen anti
Jepun, Orang Cina telah memulakan langkah dengan menjalankan
pemuluanan terhadap Jepun. Namun, pemulaunan tersebut membawa
kepada pembunuhan seramai 70,000 orang Cina di Singapura kerana
pihak Jepun telah menganggap kesemua orang Cina berkenaan adalah
Komunis[footnoteRef:3]. Selain itu, PKM (Parti Komunis Melayu)
telah menyebarkan perasaan anti-Jepun dan membentuk satu pertubuhan
untuk menentang Jepun iaitu Malayan PeopleAnti-Jepun Army (MPAJA).
Penentagan Jepun ke atas MPAJA dan PKM secara tidak langsung telah
membawa kepada permasalahan kaum. Hal ini demikian kerana, Jepun
menggunakan anggota polis yang ramai terdiri daripada orang Melayu
dan India untuk menentang MPAJA yang kebanyakanya ialah orang Cina.
Perkara ini telah menyebabkan hubungan orang Melayu dan orang Cina
semakin tegang.[footnoteRef:4] Selepas penyerahan diri Jepun pada
bulan Ogos 1945 sehingga kedatagan semula kerajaan Inggeris pada
akhir bulan september 1945 berlakunya kekosogan pemerintah MPAJA
mengambil peluang itu untuk bermaharajalela dengan mengenetepikan
undang-undang dan mereka menggunakan undang-undang sendiri. Mereka
juga mengambil kesempatan untuk membalas dendam terhadap
orang-orang yang dipaksa untuk berkerjamsama dengan Jepun dan
kebanyakan orang-orang yang dipaksa untuk bekerjasama dengan pihak
Jepun ketika itu adalah orang Melayu dan sedikit orang India. Hal
ini, berlakunya pergeseran kaum Melayu dan kaum Cina yang serius.
Iaitu banyak berlakunya pertumpahan darah berlaku antara kaum Cina
dan kaum Melayu. Mereka telah menghukum penduduk kampung khususnya
orang Melayu. Sebagai contoh bentuk hukuman yang dasyat ialah
terdapat antara orang Melayu diikat kaki serta tangannya dan
dimasukkan ke dalam guni lalu dicampakkan ke dalam laut
hidup-hidup.[footnoteRef:5] Jelaslah bahawa penjajahan Jepun yang
mentadbir mengikut layanan yang berbeza terhadap setiap kaum
mengikut kepentingan pihak Jepun telah memberi implikasi yang besar
terhadap hubungan di antara orang Melayu orang Cina dan India yang
sememangnya rengang sebelum ini iaitu mereka sudah mula memusuhi
antara satu sama yang lain kerana dendam dan marah. [2: Ruslan
Zainuddin, Sejarah Malaysia ( Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd, edisi kedua 2004) hlm 532] [3: Mohamed Ali haniffa dan
Mohammad Redzuan Othman, Pergaduhan Kaum Di Tanah Melayu Selepas
Pendudukan Jepun Hingga Darurat Diistiharkan. Jurnal Jabatan
Sejarah Universiti Malaya Vol. 20 (2012): 97-123] [4: Ruslan
Zainuddin, Sejarah Malaysia ( Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd, edisi kedua 2004) hlm 534] [5: Mohamed Ali haniffa dan
Mohammad Redzuan Othman, Pergaduhan Kaum Di Tanah Melayu Selepas
Pendudukan Jepun Hingga Darurat Diistiharkan. Dlm Jurnal Jabatan
Sejarah Universiti Malaya Vol. 20 (2012), hlm 107]
3.0) Bantahan Malayan UnionPada 1 April 1946 Malayan Union telah
diperkenalkan oleh British selepas penjajahan Jepun telah
merumitkan lagi hubungan kaum. Malayan Union merupakan penyatuan
negeri berasaskan kepada bangsa Malayan di mana taraf
kewarganegaraan diberikan kepada kaum bukan Melayu iaitu kaum India
dan Cina berlandaskan konsep jus soli. Dalam hal ini, kaum bukan
Melayu layak untuk mendapat kerakyatan Malayan Union jika mereka
lahir di Tanah Melayu atau tinggal selama 10 dari 15 tahun sebelum
itu. Oleh sebab itu, melalui syarat-syarat ini adalah dianggarkan
83% daripada kaum Cina dan 75% daripada kaum India di Tanah Melayu
layak untuk mendapatkan kerakyatan.[footnoteRef:6] Malah,
perkhidmatan awam juga terbuka kepada orang bukan Melayu yang
sebelumnya tidak terbuka kepada mereka. Bagi masyarakat Melayu
mereka melihat Malayan Union akan menjejaskan kedudukan istimewa
orang Melyu dengan British memberi peluang kepada masyarakat bukan
Melayu dengan memberi tafar kewarganegaraan dan kedudukan
perkhidmatan awam yang dikhaskan kepada masyarakat Tempatan.
Perkara ini seperti menuang minyak ke arah api yg sedang membakar
kerana pada waktu itu, perasaaan perkauman mula membara disebabkan
semasa dan selepas penjajahan Jepun. Malayan Union membawa
penghinaan kepada kaum Melayu apabila cara yang digunakan oleh
British untuk mendapat persetujuan raja-raja Melayu dengan
menghantar wakil iaitu Sir Harold Mac Micheal untuk mendapat
tandatangan secara paksa dari setiap Raja. Tindakan paksa ini
terkandung dalam kuasa wakil tersebut yang boleh mencadangkan
seseorang Raja dilucutkan dari takhta sekiranya pentadbiran
kerajaannya tidak memuaskan dalam zaman pendudkan
Jepun.[footnoteRef:7] [6: Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah
Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor:
IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 56] [7: R.S. Milne dan Diane K. Mauzy,
Politik Dan Kerajaan Di Malaysi, pentj. Abdul Rauf Mohd. Napis dan
Ramlah Muhamad (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982),
hlm.36]
Bantahan orang Melayu terhadap syor mengenai kewarganegaraan dan
kedudukkan perkhidmatan kepada orang bukan Melayu serta cara
paksaan oleh British dalam mendapat persetujuan Malayan Union ini
telah menyatukan orang-orang Melayu untuk membuat bantahan yang
keras. Maka Kongres Melayu Se-Malaya telah diadakan pada bulan Mac
dan Mei 1946, dalam kongres tersebut mereka telah mengesyorkan
supaya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan.
Pertubuhan ini merupakan suara kaum Melayu dalam usaha membantah
Malayan Union di mana UMNO meminta supaya British dapat
mengembalikan kuasa dan kedudukan raja-raja Melayu dan menerima
prinsip bahawa Tanah Melayu adalah negeri Melayu. Berhubung dengan
hak sama rata dan kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu, UMNO
berpendapat sebarang kemudahan yang diberikan kepada masyarakat
bukan Melayu adalah berlandaskan budi bicara atau persetujuan
orang-orang Melayu yg mempunyai kuasa Politik. UMNO beranggapan,
sekiranya kuasa politik diberikan kepada orang bukan melayu, orang
Melayu akan dikuasai oleh mereka kerana orang Cina dan India telah
berkuasa dalam sektor ekonomi ketika itu. Malah orang-orang Melayu
bersifat syak wasangka dengan memberi taraf kewarganegaraan kepada
orang Cina kerana kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) yang
kebanyakan ahli-ahli nya adalah orang-orang Cina.[footnoteRef:8]
[8: Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina,
pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm
61-62]
Sementara itu, Masyarakat India dan China tidak memberi sebarang
reaksi malah mereka bersetuju dengan Malayan Union atas sebab
kewarganegaraan diberi kpd mereka. Atas bantahan yang kuat dibuat
oleh UMNO maka pada bulan julai 1946, Btitish bersetuju untk
membentuk sebuah jawatan kuasa kerja bagi merangka perlembagaan
lain sebagai ganti perlembagaan Malayan Union. Jawatankuasa ini
juga terdiri daripada 6 orang wakil kerajaan, 2 orang wakil UMNO
dan 4 orang wakil raja-raja Melayu serta jawatankuasa ini
dipengerusikan oleh Malcom Mac Donald. Dari masa ke semasa,
jawatankuasa ini telah bersetuju merangka perlembagaan yang baru.
Pada tahun 1948 Malayan Union digubal dan membentuk Persekutuan
Tanah Melayu. . Namun, Perseketuan Tanah Melayu juga telah
menimbulkan sikap perkauman iaitu masyarakat Cina dan India tidak
berpuas hati dengan syarat-syarat untuk menjadi warganegara Tanah
Melayu. Syarat-syarat kewarganegaraan yg telah ditetapkan oleh
Perseketuan Tanah Melayu iaitu mereka dilahirkan di Perseketuan dan
ibubapa mereka dilahirkan di Perseketuan serta telah tinggal
beberapa lama di Perseketuan atau mereka sendiri dilahirkan serta
telah tinggal beberapa lama di Perseketuan. Serta kewarganegaraan
bukanlah boleh diperolehi secara automatik tetapi secara memohon,
jika pemohon berkelakuan baik mengesahkan niatnya untuk menetap di
perseketuan dan mempunyai "pengetahuan yang cukup" tentang Bahasa
Melayu atau Inggeris Bagi masyarakat Cina dan India syarat-syarat
perseketuan Tanah Melayu amat sukar dipenuhi serta syarat-syarat
ini lebih ketat berbanding syarat kewarganegaraan Malayan Union.
Oleh sebab itu, pada tahun 1949 dianggarkan bahawa hanya kira-kira
500,000 penduduk Cina di Perseketuan jumlah ini kurang sedikit dari
satu perlima telah menjadi warganegaraan
perseketuan.[footnoteRef:9] [9: R.S. Milne dan Diane K. Mauzy,
Politik Dan Kerajaan Di Malaysi, pentj. Abdul Rauf Mohd. Napis dan
Ramlah Muhamad (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982),
hlm.40]
Pembubaran Malayan Union dan penubuhan Perseketuan Tanah Melayu
boleh dianggap sebagai kemenagan berpihak kepada orang-orang Melayu
dimana kedudukkan orang Melayu dikembalikan serta raja-raja Melayu
mempunyai kuasa sebenar dan bertanggunjawab kepada rakyat. Orang
Melayu juga berjaya membatalkan rancanganMalayan Unionoleh Kerajaan
British yang cuba menawarkan kewarganegaraan bukan Melayu dan
kesaksamaan taraf dengan Melayu. Dapatlah dilihat bahawa orang
Melayu Berjaya menjadikan Tanah Melayu sebagai hak milik orang
Melayu dan amatlah sukar bagi mereka untuk bersikap bertolak ansur
kepada orang bukan Melayu kerana Tanah Melayu untuk orang Melayu.
Hal ini,membawa kepada perasaan tidak puas hati daripada orang
bukan Melayu dan termasuklah pertubuhan politik seperti AMCJA,
PUTERA dan PKM kerana mereka menganggap Perseketuan Tanah Melayu
bersifat imperialis dan neokolonialis.
4.0) Hubungan Kaum semasa DaruratKeadaan Darurat di Tanah Melayu
diistiharkan pada bulan Jun 1948 keadaan darurat ini berfaktorkan
kebangkitan dan penentangan daipada PKM (Parti Komunis Malaya). PKM
bertindak membuat penentagan dengan membakar ladang-ladang getah
malah telah membunuh peladang-peladang getah dan
pelombong-pelombong Inggeris. Kebanyakkan ahli PKM adalah
orang-orang Cina. Manakala bagi pihak yang menetang PKM yang
merupakan pasukan keselamatan adalah berbangsa Inggeris dan pasukan
senjata Komenwel. Mereka ditugaskan untuk membantu Polis Tanah
Melayu yang hampir semuanya terdidri daripada orang-orang Melayu
dan orang-orang India. Secara amanya kita mengetahui bahawa
pertempuran ini merupakan satu pertumpuran bercorak perkuaman.
Semasa darurat, PKM bergantung kepada setingan-setingan Cina untuk
mendapatkan bahan makanan dan maklumat. Pihak British telah
menyekat usaha saluran makanan dan maklumat daripada
setinggan-setinggan Cina ini dengan mewujudkan Kampung-kampung Baru
agar kekuatan PKM dapat dilumpuhkan. Kampung-kampung Baru tersebut
merupakan khemah-khemah askar dengan mempunyai kedudukan pertahanan
di sekelilingnya, iaitu dilingkungi pula oleh dawai berduri dan
dikawal oleh polis. Sesiapa pun tidak keluar pada malam, dan
sekiranya perlu keluar pada waktu pagi, mereka perlu diperiksa
untuk memastikan mereka tidak membawa sebarang bekalan yang dapat
diberikan kepada pihak PKM.[footnoteRef:10] [10: Leon Comber,
Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin
Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 73]
Walaubagaimanapun, rancangan kampung-kampung baru ini membawa
kebaikan kepada keamanan Tanah Melayu ketika itu namun bagi pihak
setinggan-setinggan Cina yang ditempatka di kawasan itu melihat
rancagan ini membebankan mereka. Kehidupan mereka di
kampung-kampung baru ini seperti dalam khemah tahanan malah mereka
sebenarnya dipaksa untuk tinggal di situ. Mereka juga merasakan
bahawa hanya kaum mereka yang dilayan tidak sepatutnya dan
kehidupan meraka lebih susah dari kaum Melayu. Ini telah menibulkan
persaan dendam dan iri hati terhadap kaum Melayu kerana bagi mereka
pentadbiran Inggeris lebih memihak kepada mereka. Berbeza dengan
perspektif di kalagan orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu
melihat bahawa rancagan kampung-kampung baru ini memakan
perbelanjaan yang tinggi untuk membeli kemudahan yang jauh lebih
baik daripada kemudahan-kemudahan yang terdapat di kampung-kampung
Melayu. Mereka berasa bahawa kacau-bilau orang Cina sudah cukup dan
mengeluarkan belanja yang besar tidakperlu kerana mereka
menggangapkan orang-orang Cina ini adalah orang
asing.[footnoteRef:11] Keadaan kampong-kampung Melayu telah
digambarkan dalam Warta Negara, 22 November 1952, mendakwa bahawa
orang Melayu di kampong ditinggalkan dengan lampu using, perigi
dalam keadaan buruk dan jalan berlumpur[footnoteRef:12].
Pandagan-pandagan yang berbeza ini hanya menambahkan lagi perasaan
dendam dan benci antara orang Melayu dan orang Cina yang belum lagi
surut selepas kedatagan Jepun. Kampung-kampung baru yang
mengasingkan kaum Cina dengan kaum Melayu dan India telah
memburukan lagi hubungan kaum. Di mana, petempatan dan kehidupan
yang berangsingan tidak memberikan tiga kaum utama ini untuk
bergaul dan menimbulkan suatu pengasingan kaum yang ketara.
Persefahaman tidak akan berlaku disebabkan pergaulan yang terbatas
antara mereka. Dengan itu, hubungna antara kaum sudah pasti tidak
dapat diperbaiki. [11: Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah
Perhubungan Melayu-Cina, pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor:
IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm 73-74] [12: Ho Hui Ling, Darurat
1848-1960 keadaan sosial di Tanah Melayu (Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, 2004),hlm 133]
5.0) Usaha ke arah kemerdekaanPemberontakan Parti Komunis Malaya
pada tahun 1948 bukanlah dilihat sebagai penghalang untuk mencapai
kemerdekaan di Tanah Melayu. Namun pemberontakan PKM telah
mempercepatkan lagi usaha ke arah kemerdekaan. Hal ini demikian
kerana, British ingin menentang PKM kerana sebahagian daripada
perang dingin dalam menentang fahaman komunis, namun pemberontakan
komunis di Tanah Melayu berbentuk nasionalis iaitu pemberontakan
bersenjata bagi menentang kolonial. Oleh sebab itu, British
menerima dasar dekolinasasi dgn lebih pesat. Bagi penyerahan kuasa
kerajaan, British telah menetapkan untuk mengadakan Pilihan Raya
bagi memilih badan politik yg berhak diberi kuasa untuk memerintah
Tanah Melayu dan bukan kepada komunis. Malahan, British juga telah
menetapkan syarat kemerdekaan hanya dapat diberi dengan persetujuan
dan kerjasama antara kaum utama di Tanah Melayu. Dalam hal ini,
British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Perhubungan Kaum atau
Communities Laison Committee (CLC) bagi mencari penyelaesaian
pertikaian antara kaum di Tanah Melayu. Ahli-ahli CLC terdiri
daripada pemimpin-pemimpin daripada setiap kaum yang utama dan
pemimpin dari British. Antara perkara yang dicadangkan oleh CLC
iaitu kerakyatan Jus Soli sebagai dasar kerakyatan perseketuan dan
tempoh kerakyatan perlu dipendekkan. Serta syarat mengenai pandai
berbahasa Melayu perlu dimansuhkan.. Dasar sama rata antara semua
kaum adalah sama rata berlandaskan konsep demonkrasi dan hak asasi
manusia. Bagi sekolah kerajaan, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
dijadikan bahasa perantaraan.[footnoteRef:13].Namun cadangan CLC
ini tidak berjaya kerana adanya penentagan daripada pihak
anasir-anasir pelampau Melayu yang menyokong dasar Tanah Melayu
untuk orang Melayu. [13: Ramlah Adam, Gerakan Politik Melayu
1945-1957(Perlis: Universiti Malaysia Perlis, 2013) hlm 325]
Setelah berjaya menpertahankan status Quo politik dan
mengembalikan identiti bangsa Melayu dalam Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1948, Dato'Onn mempunyai pandagan yang baru dalam
menerajui konsep politik di Tanah Melayu iaitu UMNO sebagai parti
kebangsaan bagi persekutuan Tanah Melayu demi melahirkan satu
konsep Negara Bangsa Persekutuan Tanah Melayu yang baru selaras
dengan syarat yang ditetapkan oleh British bagi mencapai
kemerdekaan. Beliau mencadangkan untuk membuka keahlian kepada kaum
lain dalam menyertai UMNO. Serta beliau mencadangkan agar nama UMNO
itu patut diubah menjadi Pertubuhan Kebangsaan Tanah Melayu Bersatu
.Namun cadagan beliau telah ditentang hebat oleh ahli UMNO kerana
mereka melihat bahawa UMNO tidak dapat berkerjasama dengan kaum
lain dalam satu parti politik ketika itu perasaan perkauman dan
dendam orang Melayu kepada kaum lain amatlah menebal kerana
peristiwa sebelum ini. Kesan daripada penentagan ahli UMNO yang
masih berfikiran sempit ini, pada pertengahan tahun 1951 DatoOnn
Jaafar telah meletak jawatan dan digantikan dengan Tunku Abdul
Rahman sebagai Yang Dipertua.Selepas perletakan jawatan, DatoOnn
kemudiannya membentuk parti baharu yang bukan berbentuk perkauman
iaitu Independence Of Malaya Party (IMP). Parti ini di sokong oleh
Tan Cheng Lock, pemimpin MCA, K.L. Devaser dari MIC, E.E.C
Thuraisingham dari persatuan Ceylonese Malaya dan beberapa
persatuan kecil bagi menjalankan satu dasar progresif dengan
matlamatnya mempunyai kerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan
dalam masa 10 tahun. Perbentukan IMP selaras dengan syarat British
iaitu kerjasama dengan semua kaum politik untuk membentuk satu
kerajaan sendiri.[footnoteRef:14] Namun, usaha DatoOnn menampakan
kegagalan apabila IMP kalah dalam Pilihan Raya Bandaran Kuala
Lumpur yang diadakan pada Februari 1952. Pilihan raya Bandaran
Kuala Lumpur telah dimenagani oleh kerjasama antara UMNO-MCA dengan
memenangani 9 daripada 12 buah kerusi yang dipertandingkan dan
menyebabkan kekalahan yang teruk bagi IMP. Kegagalan IMP
membuktikan bahawa kerjasama antara kaum dalam satu parti politik
adalah sukar bagi penduduk Tanah Melayu. [14: Ramlah Adam, Gerakan
Politik Melayu 1945-1957(Perlis: Universiti Malaysia Perlis, 2013)
hlm 331]
Pembentukan kerjasama antara UMNO-MCA dalam Pilihan Raya
Bandaran merupakan titik tolak kepada konsep Malayan secara terbuka
oleh Tunku Abdul Rahman. Walaupun kerjasama itu tidak dibuat oleh
Tunku sendiri[footnoteRef:15] tetapi kemenagan kerjasama antara
UMNO-MCA telah memaksa Tunku berkerjasama dengan parti-parti bukan
Melayu.Manakala bagi MCA pula, Tang Cheng Lock menerima baik
pembentukan Perikatan kerana ia dapat mencapai kerjasama antara
komuniti Melayu dan komuniti Cina dalam usaha mendapatkan
kemerdekaan. Pendekatan kerjasama antara UMNO-MCA telah
dipersetujui oleh British dan secara tidak langsung membentuk satu
gabungan parti politik perkauman yang telah diadakan pada
pertengahan 1953 dan menjadi sempurna pada Oktober 1954 dengan
kemasukan MIC ke dalamnya, maka rasmilah Parti Perikatan sebagai
sebuah parti gabungan perkauman. [15: Kerjasama UMNO-MCA bukanlah
dilakukan denga satu perancagan yang jelas dari pucuk pimpinan
UMNO-MCA. Ia sebenarnya berlaku antara dua orang pemimpin kecil
UMNO-MCA Kuala Lumpur iaitu Dato Razak Yahya dengan H.S Lee yang
merupakan rakan kongsi dalam perusahaan bijih timah di Selangor.
]
Parti perikatan berkerjasama kerana setiap parti mempunyai
matlamat yang sama iaitu ingin memerdekakan Tanah Melayu dengan
persetujuan setiap kaum utama. Walaubagaimanapun parti perikatan
merupakan parti yang berteraskan kaum maka tidak hairanlah parti
perikatan ini lebih bersifat perkauman di mana UMNO, MCA dan MIC
lebih mementingkan kepentingan kaum mereka sendiri. Perkara ini
dapat dilihat apabila manifesto perikatan mengambil masa yang lama
untuk disipakan kerana masalah kerakyatan, bahasa kebangsaan,
kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam yang tidak dapat
dipersetujui sebulat suara oleh anggota Perikatan. Di mana, UMNO
menolak kerakyatan jus soli secara terbuka seperti dituntut oleh
MCA dan MIC. MCA pula tidak dapat menerima Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebagsaan tunggal. Ahli-ahli MCA yang berpendidikan Cina dan
persatuan-persatuan sekolah Cina juga menolak dasar itu. Dasar
pelindungan orang Melayu dipersoalan. Pertelingkahan ini cuba
diatasi dengan mengetepikan soal-soal sensitive ini dalam Manefesto
Perikatan 1955 hanya memuatkan dasar-dasar bekerja dan berusaha
membentuk sebuah kerajaan sendiri dan seterusny mencapai
kemerdekaan, menjalankan dasar demokrasi, menegakkan kedudukan Raja
Berlembagaan, mengamalkan kebebasan dan meningkatkan
kemudahan-kemudahan asas ekonomi dan kebajikan
penduduk.[footnoteRef:16] [16: Ramlah Adam, Gerakan Politik Melayu
1945-1957(Perlis: Universiti Malaysia Perlis, 2013) hlm 344]
Di samping itu, parti perikatan juga bertanding mengikut kawasan
masing-masing. Iaitu wakil UMNO akan bertanding di kawasan orang
Melayu, wakil MCA akan bertanding di kawasan orang Cina dan wakil
MIC akan bertanding di kawasan orang India. Setiap wakil
menyampaikan kempen berdasarkan kepentingan kaum sendiri. Seperti
semasa Tunku Abdul Rahman berkempen dalam kalagan orang Melayu.
Beliau sentiasa menekankan perasaan muhibah dan persaudaraan dalam
kalagan masyarakat tanah melayu serta orang Melayu perlu berkorban
untuk mendapat kemerdekaan. Perkataan Merdeka manjadikan orang
melayu tidak nampak akan masalah politik di depan mata mereka
kerana semangat dan cita-cita mereka untuk mencapai kemerdekaan.
Manakala, bagi mengambil hati orang Cina, MCA telah berjanji akan
menjalankan dasar pengampunan ke atas mereka yang dituduh terlibat
atau bersimpati dengan PKM. Maka pada pilihan raya tahun 1955,
parti perikatan telah menang dengan jayanya. Melalui kemenangan
itu, Perikatan memperoleh bilangan wakil besar dalam Majlis
Mesyuarat Perundangan Persekutuan dan sekali gus melayakkan mereka
menubuhkan kerajaan. Suruhanjaya Reid telah dibentuk oleh British
untuk membuat perlembagaan Tanah Melayu sebagai langkah besar untuk
mencapai kemerdekaan. Suruhanjaya Reid telah mengambil perhatian
utama dan menggunakan hampir keseluruhan cadangan Perikatan yang
merupakan parti yang menang dan dipersetujui oleh setiap kaum
utama. Perikatan telah mengeluarkan Testament Politik Perikatan
1956 atau boleh dikenali sebagai kontrak sosial yang bersetuju
dengan soal kerakyatan, bahasa kebangsaan dan agama rasm yang
selama ini menjadi masalah mereka. UMNO bersetuju melepaskan
kerakyatan jus soli terbuka dan sebaliknya MCA-MIC bersetuju dengan
kehendak UMNO untuk melindungi hak istimewa orang Melyu, Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama islam sebagai agama
rasmi Perseketuan.[footnoteRef:17] Suruhanjaya Reid menerima pakai
cadagan Perikatan sebagai asas kepada perlembagaan di samping
menambah beberapa perkara untuk menyesuaikan dengan keadaan
masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Setelah cadangan Suruhanjaya
Reid disebarkan kepada orang awam, ia telah disambut dengan
pelbagai reaksi orang ramai. Gologan yang menetang hebat peruntukan
ini ialah parti pembangkang terutama parti-parti Melayu seperti PAS
dan PN. Bantahan utama mereka ialah mengenai dasar kerakyatan Jus
Soli. Bantahan ini akhirnya mendorong mereka bergabung tenaga dalam
Kongres Melayu 1957 yang diadakan pada 4-7 Mei 1957 di Kelab Sultan
Suleiman, Kuala Lumpur. Kongres ini ditaja oleh bekas ahli-ahli
UMNO dan disokong oleh PAS, PN dan Parti Rakyat Malaya (PRM).
Kongres ini menyatakan terhadap kerakyatan Jus Soli yang lebih
ketat mengikut dasar 1948 dan 1951[footnoteRef:18]. Namun, parti
perikatan menolak dan tidak memperdulikan kongres itu [17: Ramlah
Adam, Gerakan Politik Melayu 1945-1957(Perlis: Universiti Malaysia
Perlis, 2013) hlm 354-355] [18: Ramlah Adam, Gerakan Politik Melayu
1945-1957(Perlis: Universiti Malaysia Perlis, 2013) hlm 357]
Pengisytiharaan kemerdekaan dibuat pada 31 Ogos 1957 di Stadium
Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman dengan disaksikan oleh Raja-raja
Melayu dan wakil kerajaan British. Dengan laugan perkataan Merdeka
sebanyak tujuh kali dan disambut dengan laungan yang sama dari
rakyat berbilang kaum di stadium itu, maka tamatlah penjajahan
British ke atas Tanah Melayu. Kemerdekaan merupakan perkara yang
ditunggu-tunggu oleh semua orang, sehingga Tunku Abdul Rahman telah
digelar sebagai Bapa Kemerdekaan walaupun orang Melayu telah hilang
tarafnya sebagai satu bangsa dan negaranya dikongsi sama oleh
rakyat baru. Ditambahkan lagi, usaha kearah kemerdekaan di mana
partiperikatan yang bersifat perkauam dan adanya gologan yang
membantah kontrak sosial telah memperlihatkan bahawa Tanah Melayu
merdeka dalam keadaan rakyatnya masih ada sifat perkauman yang
masih menebal di dalam diri mereka. 6.0) Singapura duri dalam
dagingPada tahun 1961, Tunku Abdul Rahman telah mempersetujui
percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu dengan
mewujudkan gagasan Malaysia. Tunku menerima Singapura atas Parti
Tindakan Rakyat (PAP) yang diancaman oleh anasir-anasir komunis dan
perkara ini akan memberi kesan kepada keselamatan Persekutuan Tanah
Melayu jika Singapura tidak dimasukkan ke dalam gagasan Malaysia.
Tunku sendiri telah berkata bahaw disebabkan oleh keselamatan
negara dan kepentingan ekonomi, kedua-dua buah negara itu perlu
berkerjasama. Pada 16 September 1963, Malaysia dibentuk dengan
percantuman Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.
Namun, percantuman Singapura telah membawa keburukan daripada
kebaikan. Di mana, masyarakat sigapura majoritinya adlah kaum Cina
telah membawa perasaan kurang selesa bagi kaum Melayu di
semananjung Malaysia. PAP parti yang memerintah Singapura adalah
sebuah parti Cina yang mempunyai pemimpin Cina, bukannya sebuah
parti yang tidak bercorak perkauman dan sikap dan cara PAP di
Singapura dan Perikatan di Malaysia adalah amat berbeza. Antara
tahun 1964 dan 1965, terdapat sekurang-kurangnya tiga kejadian yang
merosakkan hubungan Singapura-Malaysia. Pertama, berlakunya
rusushan-rusuhan kesan dari konflik-konflik bersifat perkauman di
antara PAP dan perlampau perkauman di kalangan orang-orang Melayu
di perseketuan. Hal ini menyumbang kepada hubungan yang tidak baik
di antara kerajaan Cina di singapura dan kerajaan pusat yang
diketuai oleh orang Melayu di Kuala Lumpur. Kedua, usaha oleh Lee
untuk mengambil bahagian kecil dalam Pilihan Raya Perseketuan pada
tahun 1964 telah dilihat oleh ahli politik Melayu sebagai satu
usaha oleh Lee Kuan Yew untuk merebut pucuk pimpinanan. Namun usaha
ini gagal kerana PAP telah gagal dalam pilihan raya tersebut.
Ketiga pada bulan Mei 1965 Lee telah menghimpun empat parti
pembangkang di Tanah Melayu dan Saeawak untuk menyertai PAP dalam
konvensyen perpaduan Malaysia atau Malaysian Solidarity Convention
(MSC) yang mendokong konsep Malaysian Malaysia. Sekali lagi,
perkara ini telah dianggap oleh Perikatan, khususnya UMNO sebagai
satu perbuatan yang menjelaskan cita-cita Lee untuk menjadi Perdana
Menteri pada kerika ini bukan sahaja menarik sokongan masyarakat
Cina tetapi kesemua golongan masyarakat.[footnoteRef:19] Hal ini
berbeza dengan pandagan Lee konvensyen ini merupakan satu usaha
awal untuk mewujudlan perpaduan kaum dengan menyebarkan hak-hak
asasi semua bangsa yang membentuk masyarakat berbilang kaum. Lee
juga menegaskan bahawa dengan mencontohi negara-negara yang juga
mempunyai masyarakat yang majmuk di mana negara tersebut boleh
bersatu jika satu kaum tidak bercita-cita untuk menjadi ketua kaum
lain tetapi beranggapan yang semua warganegara adalah sama tanpa
mengira kaum. Akan tetapi pendapat Lee Kuan Yew ini tidak sesuai
dilakukan di negara Malaysia kerana perkara ini ditentang oleh UMNO
yang selama ini mementingkan pemilikan Melayu terhadap negara
dengan pembaikan sosio ekonomi orang Melayu dan hak keistimewaan
untuk orang Melayu semuanya boleh dirangkumi di dalam konsep
ketuanan Melayu. Sekiranya semua kaum diberi hak yang sama rata
UMNO berpandagan bahawa kaum Melayu tidak mampu bersaing kerana
status ekonomi kaum Melayu lebih rendah daripada kaum Cina dan kaum
India. Oleh sebab itu kedudukan orang Melayu dalam lingkungan
politik perlu diperkukuhkan untuk menghadapi ketidakseimbangan
ekonomi dalam hubungan dengan masyarakat bukan Melayu, terutamanya
orang Cina yang pada umunya dianggap rakus dan tidak mengambil
perhatian terhadap budaya masyarakat Melayu. Malahan, orang Melayu
menolak konsep Malaysian Malaysia dan telah menimbulkan perasaan
marah kerana PAP yang dianggap cuba merampas penguasaan politik
Melayu dan hak istimewa orang Melayu dan perkara ini mendorong
kewujudan militant Melayu di Singapura yang dipengaruhi oleh
unsur-unsur yang dibawa oleh Syed Albar dan Syed Nasir di dalam
UMNO dengan mengadakan perhimpunan-perhimpuana demi menetang PAP.
Suasana perhimpunan ini telah menyebabkan kekacauan di Singapura
pada tahun 1964.[footnoteRef:20] [19: Mohd Rizal Mohd Yaakop, Isu
Pemisahan Singapura-Malaysia: Rasional Keselamatan Politik, dlm
JEBAT 36 (2009), hlm 81.] [20: Mohd Rizal Mohd Yaakop, Isu
Pemisahan Singapura-Malaysia: Rasional Keselamatan Politik, dlm
JEBAT 36 (2009), hlm 84-85.]
Jelaslah, permintaan dan cadangan Lee melalui slogan Malaysian
Malaysia yang mendesak kewujudan sebuah negara bukan untuk
kepentingan kaum tertentu sahaja telah dilihat seperti Lee tengah
bermain dengan perasaan perkauman untuk mencapai cita-cita
politiknya yang tinggi. Di mana slogan tersebut telah ditentang
oleh kaum Melayu serta parti Perikatan kerana mereka melihat slogan
ini sebagai suatu serangandan ketidakpuashatian terhadap ketuanan
Melayu. Malahan, perbuatan Lee menubuhkan MSC telah menduga
kesabaran Perikatan kepada had yang tertinggi. Bagi menyelesaikan
konflik-konflik politik yang bersifat perkauman ini yang
ditimbulkan oleh Lee Kuan Yew, Tunku Abdul Rahman telah membuat
penguguman di Dawan Rakyat bahawa Singapura terpaksa meninggalkan
Malaysia pada 9 Ogos 1965.Setelah pemisahan Singapura dengan
Malaysia, kerajaan pusat telah memutuskan bahawa cawangan PAP di
Malaysia mestilah dibubarkan memandangkan ia telah menjadi parti
luar negeri. Pada bullan Mac 1966, wakil tunggal PAP di Dewan
Rakyat telah mendaftarkan parti baru dan menamakannya Parti
Tindakan Demokratik (DAP) . Pari ini juga memperjuangkan konsep
Malaysian Malaysia sebagaimana yang dikemukakan oleh Lee Kuan Yew.
Kemunculan DAP dapat dilihat bahawa usaha dan dendam kaum bukan
Melayu terutamanya kaum cina terhadap kaum Melayu masih membara dan
semakin membara.7.0) Peristiwa 13 Mei 1969Menjelang pilihan raya
tahun 1969, pelbagai cara dan usaha oleh parti-parti yang
bertanding untuk menang dalam pilihan raya. Bagi parti perikatan
tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan kaum Melayu dan bukan
Melayu serta perasaan dendam dan prasangka telah yang timbul antara
mereka sejak beberapa tahun lagi. Anatara persoalan utama yang
terpendam adalah hak keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu
dan bumiputera sahaja bagi mengimbangkan kedudukan kaum bumiputera
dengan kaum Cina dan India. Dalam manifesto parti perikatan hanya
menumpukan penyata kerajaan iaitu kemajuan ekonomi, pertahanan dan
keselamatan negara. Namun, perasaan perkauman ini telah menjadi
modal bagi parti pembangkang untuk menumpaskan parti perikatan
tanpa menghiraukan perasaan kaum lain. Pari pembangkang terdiri
daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik
(DAP), Gerakan Rakyat (Gerakan) dan Parti Progresif Rakyat (PPP).
Parti pembangkang yang dianggap sebagai musuh kepada UMNO ialah
PAS. Parti ini menentang hebat orang-orang Cina. PAS membawa janji
sekiranya PAS menang, PAS akan meminda Perlembagaan agar lebih
berbentuk Melayu daripada berbentuk Malaysia. Pendirian PAS ini
adalah berdasarkan cogan kata bangsa, agama dan Tanah Melayu.
Perkara ini ditambah buruk lagi apabila PAS menuduh UMNO menyokong
dan menjual negara ini kepada orang-orang Cina. Malah, PAS juga
telah memfitnah ahli-ahli UMNO seperti Encik Khir Johari yang
merupakan menteri perdagagan dan perusahaan dengan menyebarkan
gambar-gambar Encik Khir dan isterinya yang memakai pakaian kaum
Cina dengan mengatakan mereka telah menjadi orang Cina bagi
membuang kepercayaan orang Melayu terhadap ahli-ahli UMNO. Tetapi
UMNO dapat mengatasi perkara ini dengan mengatakan bahawa PAS tidak
dapat berbuat apa-apa kemajuan ekonomi di negeri Kelantan
sungguhpun PAS telah menguasai Kerajaan Negeri semenjak 1959
lagi.[footnoteRef:21] Bagi parti pembangkang DAP yang merupakan
ancaman besar bagi MCA. Parti ini telah menuduh bahawa MCA dengan
menyatakan bahawa MCA telah menyerahkan hak orang-orang Cina kepada
UMNO dalam perikatan. Pejuangan DAP adalah menentang perbezaan kaum
dengan meneruskan perjuangan PAP iaitu Malaysian Malaysia. Dalam
Manifesto DAP ialah Menuju Arah Malaysia untuk rakyat Malaysia.
Perkara ini telah disokong oleh orang bukan Melayu atas perasaan
diskriminasi kaum bukan bumiputera dan kaum bumiputera. DAP serta
Gerakan dan PPP telah mengapikan persaan dan sentiment orang CIna
dengan mengatakan mereka akan merampas hak orang Melayu sebagaimana
yang tercatat dalam Perlembagaan dan menekankan bahawa mereka akan
mengamalkan dasar berbilang bahasa di Malaysia jika mereka menang
dalam pilihan raya itu[footnoteRef:22]. Jelaslah, bahawa semua
parti pembangkang telah menyentuh isu-isu sensitif dan menyakitkan
perasaan antara kaum dilakukan secara terang-terangan dan
besar-besaran ini telah meletakkan hubungan antara kaum Melayu dan
kaum bukan Melayu dalam keadaan seperti telur di hujung tanduk.
[21: Leon Comber, Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina,
pentj. Omardin Haji Ashaari ( Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011) hlm
126] [22: Tunku Abdul Rahman, 13 MEI Sebelum dan Selepas (Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2012) hlm
15]
Menurut Tunku Abdul Rahman, beliau berpandagan bahawa unsur
komunis telah menyerap masuk dalam parit-parti pembangkang, mereka
berazam untuk menjatuhkan parti Perikatan daripada terus memegang
kuasa dengan cara baik mahupun cara yang buruk. Pada pendapat
mereka pilihan raya merupakan peluang yang baik untuk melakukan
provokasi supaya timbul peristiwa dengan tujuan untuk memulaukan
pilihan raya. Semasa kempen pilihan raya dilakukan pihak-pihak
komunis telah melancarkan kempen menulis cat merah cogan-cogan kata
dan tanda-tanda di atas jalan raya dan tembok. Merah merupakan
warna bagi pertubuhan Komunis. Cogan-cogan kata ini menggesa setiap
orang untuk memulaukan pilihan raya dan mengandungi
perkataan-perkataan yang menyanjung tinggi sifat dan ajaran Mao Tze
Tung. Adalah amat sukar bagi pihak polis untuk menangkap orang yang
melakukan perkara ini kerana mereka lakukan perkara ini pada waktu
malam dan pada siang harinya iannya boleh dibaca dengan
jelas.[footnoteRef:23] Sebelum pilihan raya seorang pemuda cina
telah ditangkap dan mati kerana terlibat dengan gerakan menulis
sesuatu di jalan raya. Keluarga si mati meminta untuk melakukan
perarakan mayat anaknya dan ditetapkan pada 9 Mei. Namun, perarakan
mayat itu menjadi perarakan besar-besaran di mana kira-kira 10,000
orang teah mengambil bahagian. Mereka meneriakkan cogan kata Mao
Tse-tung dan menyayikan lagu komunis. Campur tangan komunis ini
telah meburukkan lagi keadaan dan ketegagan kaum. [23: Tunku Abdul
Rahman, 13 MEI Sebelum dan Selepas (Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd, 2012) hlm 37]
Keputusan Pilihan Raya telah diumumkan pada 11 Mei 1969, di mana
Perikatan telah menang 76 kerusi berbanding 37 yang dimenangi oleh
empat parti pembangkang yang lain. Walaupun, parti perikatan telah
menang tetapi parti-parti pembangkang yang telah berjaya
memperbaiki kedudukan mereka terutamanya DAP yang merupakan parti
baru dan dapat mengalahkan MCA. DAP dan Gerakan telah mengadakan
perarakan-perarakan kemenagan di Kuala Lumpur dan perakan tersebut
tidak mendapat permit daripada pihak polis. Dalam perarakan
beberapa orang telah pergie ke rumah Dato Harun Idris, Menteri
Besar Selangor dan pengerusi UMNO cawangan Selangor lalu menytakan
kepadanya supaya berhenti kerana beliau bulan lagi Menteri Besar.
Perarakan yang tidak terkawal itu, perlahan-perlahan telah memasuki
bandar raya dan melalui Kampung Baharu, sebuah perkampungan Melayu
yang terbesar di Kuala Lumpur. Sepanjang perarakan di Kampung Baru
penyokong DAP dan Gerakan telah mengeluarkan kata-kata seperti
Melayu sudah Jatuh, Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau
semua orang Melayu Pada 13 Mei, penyokong UMNO telah berkumpul di
luar rumah kediaman Menteri Besar Selangor dengan tujuan mengadakan
perarakan yang telah diadakan itu bagi pihak UMNO. Selepas sahaja
perarakan itu berjalan, huru-hara antara Melayu dan Cina telah
meletus. Perarakan yang dilangsungkan pada 12 dan 13 Mei menunjukan
tahap perkauman dan dendam antara kaum Melayu dan bukan Melayu yang
tersimpan sejak penjajahan Jepun lagi telah mencapai tahap yang
maksimum sehinggakan berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Di
mana rusuhan kaum ini mengorbankan seramai 180 orang terbunuh, 125
orang daripanya adalah kaum Cina, 37 orang Melayu dan 17 orang
India. Maka pada hari 13 Mei 1969 merupakan titik hitam bagi
sejarah Malaysia. Setelah itu, pentadbiran negara diletakkan di
bawah Majlis Gerkan Negara (MAGERAN) dan Tunku Abdul Rahman telah
meletak jawatan pada 22 September 1970.
8.0) KesimpulanRumusannya, perasaan dendam antara kaum dan sikap
perkauman merupakan perkara yang begitu sukar untuk dihikis dan
diselesaikan kepada masyrakat Tanah Melayu pada tahun 1940-an
sehingga 1970-an dan kemuncak bagi masalah ini telah terjadinya
peristiwa berdarah antara kaum Melayu dan kaum bukan Melayu yang
berlaku pada 13 Mei 1969. Adanya perbezaan yang begitu ketara
antara kaum-kaum ini dari segi fizikal, agama dan pendapat dari
situlah perbezaan talah menjadi sukar bagi mereka untuk menerima
dan memahami antara satu sama lain. Bermula dengan dasar ekonomi
kapitalis Brtitis telah menjadikan masyarakat hidup secara
berangsingan mengikut aktiviti ekonomi kaum. Kemudian, datangnya
Jepun untuk menjajah Tanah Melayu telah mencampurkan kaum-kaum ini
dengan meberi layanan yang berbeza dan secara tidak langsung muncul
perasaan marah dan dendam antara kaum-kaum ini dan perkara ini
dapat digambarkan bahawa Jepun telah menyalakan api perkauman. Api
perkauman dan dendam ini masih belum padam ketika British kembali
keTanah Melayu selepas perang dunia kedua di mana British telah
memperkenalkan Malayan Union. Malayan Union ini telah membawa
bantahan yang keras oleh kaum Melayu kerana bagi mereka, mereka
tidak mahu tinggal dan hidup bersama dengan musuh mereka. Atas
bantahan yang keras Malayan Union dibubarkan dan membentuk
Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan ini merupakan tanda bahawa
Tanah Melayu milik orang Melayu. Pada tahun 1948, Darurat telah
diistiharkan dan juga telah menambahkan lagi api perkauman di mana
peperangan sewaktu darurat dapat disamakan dengan perang antara
kaum Melayu dan kaum Cina, serta sewaktu darurat juga orang Melayu
melihat bahawa orang Cina adalah komunis. Darurat juga telah
berjaya mempercepatkan lagi kemerdekaan dan memaksa setiap kaum
untuk berkerjama untuk menamatkan darurat melalui kemerdekaan.
Walaupun adanya usaha menyatukan kaum ini namun mereka berkerjasama
untuk menjaga dan mempertahankan hak dan kepentingan kaum
masing-masing. Dalam usaha mencapai kemerdekaan kontrak sosial
telah wujud di mana ianya lebih menunjukan ketuanan Melayu. Api
perkauman ini masih belum padam walaupun selepas kemerdekaan di
mana Lee Kuan Yew telah membawa gagasan Malaysian Malaysia yang
dianggap sebagai penentagan ke atas ketuanan Melayu. Api perkauman
yang sentiasa membara ini telah membakarkan semangat persefaham dan
perpaduan antara kaum dan telah mengorbankan banyak nyawa serta
harta benda iaitu terjadinya peritiwa 13 Mei 1969. Lantaran itu,
peritiwa ini telah memberi kesedaran akan kepentingan sikap saling
hormat menghormati, persefahaman dan perpaduan di kalagan
masyarakat yang berbilang kaum ini. Oleh sebab itu, kerajaan telah
mengambil langkah dengan mencipta Rukun Negara sebagai ideologi
kebagsaan yang bertujuan untuk menyatukan kefahaman dan pendapat
setiap lapisan masyarakat. Serta Dasar Ekonomi Baru dibentuk yang
bermatlamat untuk menyusun semula masyarakat bagi mengurangkan dan
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Masyarakat
Malaysia sekarang perlu membuka fikiran mereka dan melihat serta
belajar akan peristiwa sejarah 13 Mei 1969 supaya menimbulkan
perasaan tentang pentingnya persefahaman dan perpaduan antara kaum
dalam membangunkan negara Malaysia. Janganlah kita menutup
pandangan kita tanpa belajar akan sejarah masa lampau dengan
menimbulkan sentiment-sentiment perkauman di media massa mahupun
pergaulan dalam kehidupan seharian.
9.0) RujukanHo Hui Ling. Darurat 1848-1960 keadaan sosial di
Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004Leon
Comber. Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, pentj.
Omardin Haji Ashaari. Selangor: IBS buku Sdn Bhd, 2011Mohamed Ali
haniffa dan Mohammad Redzuan Othman, Pergaduhan Kaum Di Tanah
Melayu Selepas Pendudukan Jepun Hingga Darurat Diistiharkan. Dlm
Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya Vol. 20 (2012): 97-122Mohd
Rizal Mohd Yaakop, Isu Pemisahan Singapura-Malaysia: Rasional
Keselamatan Politik, dlm JEBAT 36 (2009): 62-89Ramlah Adam. Gerakan
Politik Melayu 1945-1957. Perlis: Universiti Malaysia Perlis,
2013Ruslan Zainuddin. Sejarah Malaysia.2 ed. Selangor: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd, edisi kedua 2004) R.S. Milne dan Diane K.
Mauzy. Politik Dan Kerajaan Di Malaysi, pentj. Abdul Rauf Mohd.
Napis dan Ramlah Muhamad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1982
10.0) Lampiran
Rajah 1 1 Demonstrasi Kaum Melayu dalam menentang Malayan
Union
Rajah 1. 2 Kongres Melayu
Rajah 1.3 'Kampung-kampung Baru'
Rajah 1.4 Polis sedang soal siasat lelaki Cina samaada tali
barut komunis atau tidak
Rajah 1.5 Tunku Abdul Rahman sedang melaungakan 'Merdeka'
Rajah 1.6 Tunku Abdul Rahman sedang menandatagani Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu
Rajah 1.7 Keadaan Lee Kuan Yew setelah pengumuman pemisahan
Singapura dangan Malaysia
Rajah 1.8 Perarakan 'Kemenangan' oleh penyokong DAP dan
Gerakan
17