TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAKOLEH:ISMA NABILAH MD SHAH
PERKEMBANGAN KANAK-KANAKSatu bidang kajian yang merangkumi semua aspek perubahan serta pertumbuhan yang bermula dari peringkat persenyawaan sehingga peringkat remaja.
Tiga teori perkembangan kanak-kanak:
Kematangan biologiArnold Gesell
KognitifJean Piaget
SosialRobert Havighurst
TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAKKEMATANGAN BIOLOGIPerkembangan fizikal sebagai perubahan fisiologi dan neurologi dalam diri seseorang dan tidak dipengaruhi oleh persekitaran.(Haliza,2009)
Fisiologi?Proses dan fungsi keseluruhan atau sebahagian daripada sesuatu organisma.
Neurologi?Kajian berkenaan dengan penyakit-penyakit sistem saraf.(Kamus Dewan)
ARNOLD GESELL
Perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan.
KEMATANGAN?Proses bentangan potensi yang diwarisi menurut atur cara semula jadi tertekat di dalam gugusan gennya.(Mohamad Daud)
Perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap serta urutan dan pola tertentu.
Beliau berpendapat kanak-kanak perlu diberi peluang berkembang dengan sendiri, tanpa paksaan hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut.
KOGNITIFBerfokus kepada cara kanak-kanak berfikir
Individu menyumbang secara aktif kepada perkembangan intelektual mereka.
JEAN PIAGET
Perkembangan kognitif terbahagi kepada 4 peringkat:
Sensorimotor (0-2 tahun)Pra operasi (2-7 tahun)Operasi konkrit (7-11 tahun)Operasi formal (11 ke atas)
Proses yang terlibat semasa perkembangan ini:
Skema Merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu.
Contoh:Gerakan memegang pegang benda yang tidak menyakitkan
Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindak balas dengan persekitarannya.
Asimilasi
Satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperoleh dengan skema yang telah sedia ada.
Membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperoleh.
Akomodasi
Suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
Berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran yang baru
Merupakan satu proses pembelajaran.
Keseimbangan
Merupakan satu keadaan dimana wujud keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
Keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.
SOSIALDipengaruhi oleh budaya masyarakat persekitaran kanak-kanak
ROBERT HAVIGHURST
Menerangkan tentang konsep tugas
Setiap perkembangan mempunyai tugasnya
Kegagalan dalam melaksanakan tugas akan menyebabkan masalah dalam tugasan yang berikutnya.
Beliau percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma, dan budaya masyarakat.Beliau membahagikan tugas perkembangan kepada 3 peringkat:
Peringkat bayi dan awal kanak-kanak( lahir-6 tahun)Peringkat pertengahan kanak-kanak(6-12 tahun)Peringkat awal remaja dan remaja(12-18 tahun)
Peringkat bayi dan awal kanak-kanak
Kebanyakan kanak-kanak mula berjalan di antara umur 9-15 bulan
berlari dan melompat
sistem penghadaman semakin baik, mula makan makanan pejal ketika umur 2 tahun
mula menyebut dan berkomunikasi dengan mengeluarkan suaramula diberi latihan untuk membuang air kecil dan air besar.
diajar mengawal tingkah laku sebagai seorang kanak-kanak perempuan atau kanak-kanak lelaki.
sudah bersedia untuk belajar dengan memberi fokus terhadap nombor atau huruf.
ketika berusia 6 tahun, sudah pandai untuk bertolak ansur dan bertimbang rasa dan dapat membezakan antara betul dan salah.
Peringkat pertengahan kanak-kanak
dapat kuasai kemahiran fizikal dalam permainan.
kanak-kanak harus diasuh dengan baik kerana pengaruh rakan sebaya
belajar bertolak ansur dengan rakan sebayasudah boleh menguasai kemahiran asas 3M
mula memahami dan belajar bentuk sikap yang mengakui hak,keupayaan, dan kelemahan setiap individu.
Peringkat awal remaja dan remaja
mengalami perubahan dari segi suara dan bentuk badan.
mereka perlu belajar untuk memahami cara bergaul dan bersosial.juga, belajar membentuk emosi daripada ibu bapa.mereka harus bersedia untuk memilih kerjaya yang sesuai.
mempelajari peranan dan tanggungjawab dalam kehidupan dewasa kelak.