PERHUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP
PERANAN GURU KAUNSELING DENGAN
KESEDIAAN PELAJAR UNTUK BERJUMPA GURU KAUNSELING
LAI MEI YEE
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
DEDIKASI
Untuk
ayah yang disanjungi
Lai Yok Thoong
dan ibu yang tersayang
Tiau Foon Thye
Segala jasa dan pengorbanan ayah ibu
yang telah bersusah payah mendidikku dan memeliharaku
agar menjadi seorang manusia yang berguna
serta
adik beradik yang dikasihi
Mei Leng, Mei Yoon, Mei Ting dan Sze Ming
Segala dorongan dan sokongan yang telah kalian
berikan mengajarku erti ketabahan. Dengan ketabahan dan pengorbanan,
kejayaan ini dapat dicapai akhirnya.
Terima Kasih
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan jutaan penghormatan yang ikhlas kepada penyelia
Projek Sarjana Muda, Dr. Tan Soo Yin atas segala kesudian beliau memberi bimbingan,
tunjuk ajar, dorongan serta nasihat pakar tanpa berasa jemu sepanjang tempoh
penyediaan Projek Sarjana Muda ini.
Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan
Pendidikan Negeri, atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua Sekolah Menengah Teknik Tanjung
Puteri, Pengetua Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Pengetua Sekolah Menengah
Teknik Johor Bahru dan semua guru yang telah banyak memberikan kerjasama ketika
proses pengumpulan data dijalankan.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang disayangi atas
sokongan moral dan kewangan yang diberikan. Bantuan dan galakan keluarga sepanjang
proses menyiapkan projek ini juga akan diingati selama-lamanya.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam membantu penulis menyiapkan projek
penyelidikan ini.
ABSTRAK
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti perhubungan antara persepsi
pelajar Sekolah Menengah Teknik terhadap peranan guru kaunseling. Perbandingan
persepsi mereka dan kesediaan mereka juga dikaji berdasarkan faktor jantina dan aliran
jurusan. Sampel kajian melibatkan 217 orang pelajar Tingkatan Empat di tiga buah
Sekolah Menengah Teknik di daerah Johor Bahru. Soal selidik yang dibahagikan kepada
tiga bahagian iaitu buti-butir peribadi responden, persepsi pelajar terhadap peranan guru
kaunseling dan kesediaan pelajar berjumpa dengan guru kaunseling telah digunakan
dalam kajian ini. Kesemua data yang diperolehi diproses dengan menggunakan komputer
melalui program SPSS (Statistical Package For Social Sciences). Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif frekuensi, peratus, min dan sisihan
piawai untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dan
kesediaan berjumpa guru kaunseling. Manakala untuk analisis inferensi ujian kolerasi
Pearson ‘r’, ujian-t (dua hala) dan ANOVA (sehala) digunakan. Dapatan kajian yang
diperolehi menunjukkan persepsi terhadap peranan guru kaunseling adalah positif
manakala tahap kesediaan pelajar berjumpa dengan guru kaunseling adalah sederhana.
Dapatan juga menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara persepsi pelajar
terhadap peranan guru kaunseling dan kesediaan pelajar berjumpa dengan guru
kaunseling. Pada keseluruhannya, keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan
persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dan kesediaan pelajar berjumpa guru
kaunseling yang signifikan di kalangan pelajar Sekolah Menengah Teknik yang berlainan
jantina dan jurusan. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperolehi beberapa
implikasi dan cadangan telah dikemukakan.
ABSTRACT
The purpose of this study was to determine the relationship between Form Four
students’ perception of school counselors’ role and willingness to see school
counselors’. Besides that, students’ perception of school counselors’ role and their
willingness to see school counselors’ was also compared based on gender and course
attend. This study involved 217 From Four students from three Sekolah Menengah
Teknik in Johor. Questionnaire were chosen as an instrument in this research. This
questionnaire was divided into three parts namely the background of the respondents,
perception of students’ on the school counselors’ role and willingness to see school
counselors’. The data collected was analysed by using SPSS (Statistical Package For
Social Science). For the descriptive analysis, frequency, percentage, mean and
standard deviation were obtained. For inference analysis, Pearson ‘r’, t-test and
Oneway ANOVA were used. The result of the study showed that the perception of
students about the school counselors’ role was positive. However, the level of
willingness to see school counselors’ was moderate. The findings of the study also
showed that there was significant relationship between perception of students on the
school counselors’ role and their willingness to see school counselors’. As a whole,
the result of this study showed that there was no significant difference in the
perception students on the school counselors’ role and the level of willingness to see
school counselors’ among the students with respect to gender and course attend.
Pertaining to the research findings, several implications and recommendations were
discussed.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAHAGIAN SATU
BAB PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Kajian 2
1.2 Pernyataan Masalah 7
1.3 Objektif Kajian 9
1.4 Persoalan Kajian 9
1.5 Hipotesis Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Konsep dan Operasional Kajian 13
1.9 Kesimpulan 15
BAHAGIAN DUA
BAB TINJAUAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 16
2.1 Kajian Lepas Tempatan 17
2.1.1 Kajian Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap
Peranan Guru Kaunseling 17
2.1.2 Kajian Mengenai Kesediaan Pelajar Berjumpa
Dengan Guru Kaunseling 20
2.2 Kajian Lepas Luar Negeri 27
2.2.1 Kajian Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap
Peranan Guru Kaunseling 27
2.2.2 Kajian Mengenai Kesediaan Pelajar Berjumpa
Dengan Guru Kaunseling 29
2.3 Kesimpulan 33
BAHAGIAN TIGA
BAB METODOLOGI
3.0 Pengenalan 35
3.1 Reka Bentuk Kajian 36
3.2 Populasi dan Sampel Kajian 37
3.3 Instrumen Kajian 38
3.4 Kajian Rintis 41
3.5 Prosedur Mengumpul Data Kajian 42
3.6 Analisis Data 43
3.7 Kesimpulan 46
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 47
4.1 Bahagian A: Analisis Taburan Butir-butir Peribadi
Responden 49
4.2 Bahagian B: Analisis Deskriptif 50
4.2.1 Persoalan Kajian 1: Persepsi Pelajar
Terhadap Peranan Guru Kaunseling Secara
Keseluruhan 50
4.2.2 Persoalan Kajian 2: Tahap Kesediaan Pelajar
Berjumpa Dengan Guru Kaunseling Secara
Keseluruhan 51
4.3 Bahagian C: Analisis Inferensi 52
4.3.1 Hubungan Antara Persepsi Terhadap Peranan Guru Kaunseling Dan Kesediaan
Berjumpa Dengan Guru Kaunseling 53
4.3.2 Analisis ujian-t (dua hala) Bagi Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Guru
Kaunseling Berdasarkan Faktor Jantina 54
4.3.3 Analisis ANOVA (Sehala) Bagi Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Guru
Kaunseling Berdasarkan Faktor Jurusan 55
4.3.4 Analisis ujian-t (dua hala) Bagi Perbezaan Kesediaan Pelajar Berjumpa Dengan Guru
Kaunseling Berdasarkan Faktor Jantina 56
4.3.5 Analisis ANOVA (Sehala) Bagi Perbezaan
Kesediaan Pelajar Berjumpa Dengan Guru
Kaunseling Berdasarkan Faktor Jurusan 57
4.4 Kesimpulan 59
BAHAGIAN LIMA
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 60
5.1 Perbincangan Dapatan 60
5.1.1 Taburan Butir-butir Peribadi Responden 61
5.1.2 Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Guru
Kaunseling Secara Keseluruhan 61
5.1.3 Kesediaan Pelajar Berjumpa Dengan
Guru Kaunseling Secara Keseluruhan 63
5.1.4 Hubungan Antara Persepsi Pelajar Terhadap
Peranan Guru Kaunseling Dan Kesediaan
Pelajar Berjumpa Dengan Guru Kaunseling 63
5.1.5 Perbezaan Persepsi Pelajar Terhadap Peranan
Guru Kaunseling Berdasarkan Faktor Jantina64
5.1.6 Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Guru
Kaunseling Berdasarkan Faktor Jurusan 65
5.1.7 Perbezaan Kesediaan Pelajar Berjumpa
Guru Kaunseling Berdasarkan Faktor Jantina65
5.1.8 Kesediaan Pelajar Berjumpa Guru
Kaunseling Berdasarkan Faktor Jurusan 66
5.2 Rumusan Kajian 66
5.3 Implikasi Kajian 67
5.4 Cadangan Kajian 69
5.4.1 Cadangan Tindakan 69
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 71
5.5 Kesimpulan 71
BAHAGIAN ENAM
SENARAI RUJUKAN 72-78
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN 79-96
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
Frekuensi dan peratus sampel kajian
Skor bagi faktor demografi
Lima aras skala likert
Pengelasan skala likert
Pengkelasan persepsi pelajar terhadap peranan guru
kaunseling
Pengkelasan kesediaan pelajar berjumpa dengan guru
kaunseling
Klasifikasi kekuatan kolerasi
Taburan responden mengikut jantina
Taburan responden mengikut jurusan
Taburan responden mengikut umur
Taburan persepsi pelajar terhadap peranan guru
kaunseling
Taburan tahap kesediaan pelajar berjumpa guru
kaunseling
Ujian kolerasi Pearson ‘r’ antara persepsi pelajar
terhadap peranan guru kaunseling dan kesediaan
berjumpa dengan guru kaunseing
38
39
43
44
44
45
46
49
49
50
51
52
53
4.7
4.8
4.9
4.10
Analisis ujian-t (dua hala) bagi persepsi pelajar terhadap
peranan guru kaunseling berdasarkan faktor jantina
Analisis ANOVA (Sehala) bagi persepsi pelajar
terhadap peranan guru kaunseling berdasarkan faktor
jurusan
Analisis ujian-t (dua hala) bagi kesediaan pelajar
berjumpa dengan guru kaunseling berdasarkan faktor
jantina
Analisis ANOVA (Sehala) bagi kesediaan pelajar
berjumpa dengan guru kaunseling berdasarkan faktor
jurusan
54
55
57
58
SENARAI SINGKATAN
% Peratus
BPPDP Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
JPN Jabatan Pendidikan Negeri
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
SMT Sekolah Menengah Teknik
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS Statistical Packages for the Social Sciences
UTM Universiti Teknologi Malaysia
Hipo nol Hipotesis Nol
N Frekuensi
SD Sisihan Piawai
p Paras Signifikan
df darjah kebebasan
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Kajian 79-83
B Keputusan Kajian Rintis (Nilai Alpha) 84-89
C Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa
(GBKSM) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan
Siswazah / Siswazah (Senarai Tugas) 90-91
D Carta Aliran Bimbingan / Kaunseling 92
E Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi
Krejcie & Morgan (1970) 93
F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
BPPDP 94-95
G Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
JPN, Johor Darul Ta’zim 96
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Aminah (1994) menyatakan bahawa merujuk kepada majalah yang bertajuk
Panduan Kerjaya di Tanah Melayu bagi Ibu Bapa, Guru-guru dan Murid-murid,
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk pelajar sekolah mula beroperasi di
Malaysia pada tahun 1939. Pada tahun 1960, Kementerian Pendidikan mengeluarkan
surat pekeliling tentang perlaksanaan perkhidmatan ini. Berkat usaha En. Russel M.
Mackencie perkhidmatan ini berkembang dengan laju sejak 1963 (Aminah, 1994).
Pada tahun 1963, beberapa surat pekeliling dimaktubkan oleh Kementerian
Pendidikan supaya setiap sekolah diwajibkan melantik guru kaunseling. Merujuk
kepada surat pekeliling KP(PP)0050/117 Jld2(1)1982, beban mengajar guru panduan
adalah dua belas waktu seminggu. Kemudian diperbaharukan dengan surat pekeliling
KP (BS-HEP) 8543/60/(91) supaya setiap sekolah menengah melantik guru kaunseling
yang sepenuh masa. Surat pekeliling Iktisas Bil. 1/1979 menyenaraikan tugas guru
2
kaunseling dan diperbaharukan dengan Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah (1993).
Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan bermatlamat untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bertujuan untuk membantu pelajar
memahami dan menyakinkan dirinya supaya dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran dan memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pihak
Kementerian Pendidikan menyedari hakikat ini terus menyokong penubuhan bimbingan
dan Kaunseling di setiap sekolah menengah di seluruh negara dan berusaha
mempertingkatkan tahap perkhidmatan mereka.
Menurut Noriah (1998), Maktab Perguruan Ilmu Khas menawarkan Sijil
Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling selama setahun dengan kursus pada tahun
1980. Pada masa yang sama Universiti Kebangsaan Malaysia memperkenalkan kursus
Diploma Kaunseling selama dua semester berbanding dengan Universiti Pertanian
Malaysia memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda mulai 1982. Apa yang mendukacitakan
ialah kaunselor di Malaysia hanya berpeluang memohon lesen di bawah Akta Kaunselor
pada tahun 1998 berbanding dengan pendaftaran sebagai seorang kaunselor di Amerika
Syarikat pada pertengahan tahun 1970 an (Azlizamani, 2002).
1.1 Latar Belakang Kajian
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sangat penting dalam dunia
pendidikan. Matlamat utamanya adalah memberi bantuan kepada pelajar-pelajar yang
menghadapi pelbagai masalah dalam aspek kerjaya, pelajaran, sosial dan peribadi. Dari
aspek kerjaya dan pelajaran, guru kaunseling akan mengendalikan perkhidmatan ini
3
untuk mengembangkan bakat dan kebolehan diri pelajar dengan menyediakan peluang,
kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi yang sedia
ada pelajar. Ini membawa implikasi perkhidmatan ini dapat memenuhi keperluan
akademik secara meluas di sekolah.
Dari aspek sosial dan peribadi, Amla (1996) menyatakan bahawa Bimbingan
dan Kaunseling merupakan satu perkhidmatan penting untuk merangsang pelajar
berkembang ke arah kesejahteraan diri. Dalam hal ini, guru kaunseling juga memainkan
peranan yang penting dalam usaha mengurangkan konflik dan perubahan tingkah laku
yang dihadapi oleh pelajar. Lantaran daripada pelajar mengalami pelbagai perubahan
dari segi fizikal, mental, sosial dan emosi pada peringkat meninggalkan zaman kanak-
kanak dalam kesediaan untuk memasuki ke zaman dewasa. Perubahan yang berlaku
akan menimbulkan pelbagai masalah pada pelajar, diharapkan perkhidmatan ini dapat
menjauhkan pelajar dapat terlibat dengan perbuatan salah laku, contohnya ponteng
sekolah, mencuri, merokok, merosakan harta benda sekolah, melawan guru dan
penyalahgunaan dadah. Guru kaunseling akan memberi perhatian dan sokongan kepada
pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin.
Alimuddin (1988) berpendapat pelajar pada peringkat remaja memerlukan
perkhidmatan ini untuk membentuk nilai-nilai diri, pemahaman diri sendiri dan
kemahiran berinteraksi dengan orang lain. Mereka cuba memahami diri dari segi
kebolehan dan keupayaannya untuk menghadapi cabaran perubahan teknologi yang
cepat dan pesat. Tambahan pula, kebanyakan ibu bapa tiada masa untuk membimbing
anak mereka kerana desakan kehidupan yang semakin berubah. Maka, beban ini
ditambahkan pada guru kaunseling untuk membantu pelajar kerana kebanyakan masa
pelajar berada di sekolah.
Secara keseluruhannya, keperluan pelajar berjumpa guru kaunseling
dibahagikan kepada tiga bidang utama, iaitu bidang perkembangan pelajaran dan
vokasional, perkembangan kemahiran belajar dan perkembangan kerjaya (Huzili, 1999).
Akan tetapi, tiga bidang ini adalah tidak dapat merangsang pelajar menuju ke arah
4
kesejahteraan diri. Ini kerana pelajar pada masa kini menghadapi berbagai-bagai
cabaran dari segi akademik, kerjaya, personal dan hubungan pergaulan mereka (Ahmad,
2001). Guru kaunseling haruslah membuat perancangan dan pentafsiran yang berkesan
bagi membantu pelajar menghadapi pelbagai masalah yang berlainan. Menurut Mohd
Shuaib (1993), masalah utama pelajar-pelajar sekolah menengah termasuk masalah rupa
paras dan kesihatan, hubungan dalam keluarga, hubungan sosial, hubungan dengan
jantina yang berbeza, masalah akademik, masalah peribadi, masalah kerjaya masa
hadapan dan masalah seks. Maka, bidang perkembangan emosi dan perkembangan
sosial penting untuk dijalankan serentak dalam pembentukan akhlak yang mulia di
kalangan pelajar. Ringkasnya dapat disimpulkan bahawa peranan guru kaunseling
termasuk perkembangan pelajaran dan vokasional, perkembangan kemahiran belajar,
perkembangan kerjaya, perkembangan emosi dan perkembangan sosial.
Apa yang dapat dipamerkan ialah guru kaunseling dijadikan sebagai wakil
pengetua, petugas urusan ketertiban dan disiplin sekolah, memeriksa kehadiran pelajar-
pelajar dan tugas lain yang bersifat pengawasan terhadap para pelajar (Abas Yusuf,
1991). Ini juga mengelirukan persepsi pelajar terhadap peranan sebenar guru
kaunseling. Tidak hairanlah terdapat persoalan yang timbul pada pelajar ialah sama ada
guru kaunseling hanya dianggap sebagai pembantu atau guru tambahan yang hanya
menjalankan aktiviti-aktiviti yang kurang penting sahaja di sekolah (Noriah, 1998).
Bahkan ada yang menganggap guru kaunseling sebagai guru yang tidak mempunyai
tugas tertentu (Noriah, 1998). Pelajar tidak bersedia berjumpa guru kaunseling kerana
pada pendapat mereka guru kaunseling kekurangan masa untuk membantu mereka.
Tambahan pula keselesaan pelajar berjumpa dengan guru kaunseling menurun kerana
guru kuanseling memainkan ‘dual role’ sebagai kaunselor dan guru (Lai, 1996).
Pelajar-pelajar sekolah menengah teknik berada dalam lingkungan umur 16
hingga 18 tahun iaitu di peringkat remaja. Para remaja semula jadi bersikap pemalu,
pendiam dan tidak berbincang masalah yang dihadapi berbanding dengan remaja-
remaja yang berasal dari negara-negara Barat yang bersikap terbuka dan berani. Mereka
akan menyimpan masalah peribadi tanpa menyelesaikannya dengan berjumpa dengan
5
guru kaunseling (Usha, 2000). Menurut Sharifah Alwiah (1986) terdapat segelintir
pelajar tidak menyedari bahawa mereka mempunyai masalah. Masalah yang disimpani
lama kelamaan akan menimbulkan ketegangan dan gangguan emosi kepada pelajar.
Pada anggapan mereka bahawa orang dewasa tidak memahami masalah remaja. Ahmad
(2001) menyatakan bahawa kesediaan untuk pendedahan kendiri jarang berlaku di
kalangan pelajar untuk bersedia berjumpa dengan guru kaunseling berbanding dengan
keluarga dan rakan-rakan mereka. Ini sama dengan penemuan Alimuddin (1988) iaitu
apabila mengatasi masalah pilihan yang terakhir pelajar adalah berjumpa dengan guru
kaunseling.
Lai (1996) mendapati bahawa ramai guru kaunseling dikenali sebagai pemberi
nasihat. Ini kerana guru kaunseling memainkan peranan penting melatih pelajar
mengenal pasti proses mengenal masalah dan seterusnya berusaha untuk mencari
penyelesaian masalah mereka masing-masing. Akan tetapi, pelajar beranggap bahawa
guru kaunseling ingin memaksa mereka mengikut arahan yang sudah ditetapkan. Pada
hal ini, guru kaunseling hanya membimbing pelajar menuju ke tujuan yang bersesuaian
dengan potensi dan kebolehan yang sedia ada pada mereka supaya pelajar akan
menimbangkan pilihan-pilihan yang ada dan mengambil keputusan-keputusan yang
sewajarnya. Tambahan pula, guru-guru berpandangan negatif terhadap perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling bahawa ia tidak berkesan dan hanya sebagai pemberi
khidmat nasihat (Suradi Salim, 1994). Ini kerana pelajar-pelajar sentiasa dalam kontek
dengan guru-guru, guru akan lebih memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh
mereka. Jadi, segala persepsi guru mengenai peranan guru kaunseling serta
perkhidmatannya turut mempengaruhi tahap kesediaan pelajar berjumpa dengan guru
kaunseling.
Pelajar beranggapan bahawa seseorang yang berjumpa dengan guru kaunseling
untuk mendapat perkhidmatan adalah bermasalah teruk atau terdapat sesuatu yang tidak
betul pada klien (Downing dan Harrison, 1992). Pengaruh guru amat besar dalam
kehidupan pelajar, maka guru haruslah bekerjasama dalam memperbaiki persepsi dan
penerimaan perkhidmatan ini di kalangan pelajar. Di samping itu, pelajar dapat
6
memperbetulkan persepsi yang salah bahawa guru kaunseling adalah bersedia
membantu klien dan bukannya kepada pesakit. Ini akan meningkatkan keselesaan
pelajar untuk berjumpa dengan guru kaunseling.
Menurut Usha (2000) pelajar sekolah menengah masih tidak faham peranan
sebenar guru kaunseling. Beliau berpendapat sekiranya pelajar menyedari kepentingan
perkhidmatan ini mereka memberi sambutan yang baik terhadap perkhidmatan ini.
Dengan kata lain, pemahaman tentang peranan guru kaunseling penting untuk
menaikkan kesediaan pelajar menerima guru kaunseling itu. Contohnya pelajar telah
mengetahui peranan guru kaunseling akan berjumpa dengan guru kaunseling apabila
menghadapi peralihan peringkat pendidikan, terutamanya pada masa membuat
keputusan untuk memilih jurusan bagi pelajar dalam tingkatan empat. Pelajar-pelajar
tingkatan lima lebih rela berjumpa guru kaunseling dalam membuat perancangan
melanjutkan pelajaran atau ingin mula bekerja.
Memandangkan negara kita mempunyai pelbagai budaya, pelajar yang bersedia
untuk berjumpa dengan guru kaunseling ini juga mempertimbangkan guru kaunseling
dari pelbagai ciri-ciri budaya yang terdapat padanya. Azlizamani (2002) melaporkan
pelajar lebih selesa berjumpa dengan guru kaunseling yang bangsa, jantina, umur dan
agama yang sama dengan mereka. Menurut beliau lagi, status yang berpunca daripada
faktor sama umur dan bangsa, berumur lebih tua daripada pelajar, daripada jantina yang
berbeza daripada pelajar, memiliki ijazah sarjana muda, dan telah bercerai sangat
mempengaruhi kepercayaan dan keyakinan pelajar. Dari segi status pendidikan pula,
seseorang guru kaunseling yang mempunyai ijazah profesional dapat meningkatkan
kredibiliti guru kaunseling di kalangan pelajar. Dari segi kecekapan, apabila pelajar
mempunyai persepsi bahawa guru kaunseling adalah pakar yang dipercayai dan sumber
bantuan yang diharapkan, pelajar akan bersedia jumpa dengan guru kaunseling. Dari
segi emosi pula, pelajar akan mudah percaya dan bekerjasama dengan guru kaunseling
yang tahu mengambil hati mereka.
7
1.2 Pernyataan Masalah
Menurut Rogers (1961) cara seseorang individu berperilaku atau bertindak dan
cara-cara orang itu menyesuaikan diri dalam situasi-situasi selalunya selari dengan
persepsi mereka terhadap diri dan situasi mereka. Kehidupan asas manusia adalah
subjektif dan persepsi individu kepada sesuatu turut dipengaruhi oleh subjektif tersebut.
Pelajar mempunyai banyak faktor subjektif yang boleh mempengaruhi persepsinya
terhadap peranan guru kaunseling di sekolah dan seterusnya kesediaan mereka
berjumpa dengan guru kaunseling.
Menurut Anderson dan Reiter (1994) seorang guru kaunseling yang ideal
haruslah memiliki ciri-ciri keinsanan, profesionalisme dalam mereka bentuk program
sekolah, berperanan dalam kumpulan, berfungsi sebagai fasilitator, pakar perhubungan
awam dan sentiasa berpandangan jauh ke masa akan datang. Persoalan yang timbul
ialah adakah guru kaunseling benar-benar dilengkapkan dalam bidang bimbingan dan
kaunseling selepas mempunyai lulusan institusi pengajian tinggi? Kesediaan pelajar
berjumpa dengan guru kaunseling juga bergantung kepada guru kaunseling yang telah
dilantik. Ini disebabkan masih terdapat guru-guru mata pelajaran yang dilantik oleh
pengetua sekolah menjadi sebagai guru kaunseling itu berkeupaya memberi pertolongan
kepada semua pelajar. Guru matapelajaran tidak menjalankan latihan khusus dan dilatih
kemahiran yang sewajarnya. Atau ia sebenarnya tugas sampingan yang diberi oleh
pengetua sekolah. Menurut Abdul Latiff (1994) seorang guru kaunseling sekolah yang
berkemahiran adalah orang yang berpengalaman dalam bidang pengetahuan gelagak
pemuda-pemudi. Setiap guru kaunseling perlu memiliki kemahiran dari segi
profesional, peribadi, sosial atau agama. Menurut Alimuddin (1988) pelajar
mempunyai pandangan negatif dari segi kebolehan guru kaunseling mampu
menyelesaikan masalah akademik dan peribadi yang dihadapi.
Terdapat segelintir pelajar yang masih tidak mengetahui peranan guru
kaunseling di sekolah (Usha, 2000). Kesedaran mengenai perkhidmatan ini dapat
8
dipertingkatkan dengan menyebarkan maklumat serta pemahaman yang betul kepada
para pelajar supaya mereka akan mempergunakan perkhidmatan ini. Arapan (1988)
bertambah, guru kaunseling menyebarkan maklumat melalui pelbagai cara termasuk
poster, gambar, risalah pengumuman, ceramah dan guru lain menerapkan maklumat
semasa dalam pengajaran di bilik darjah.
Salah satu ciri yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Malaysia ialah untuk
melahirkan generasi atau masyarakat yang mengamalkan budaya penyayang (Lee,
2002). Ini menunjukkan kerajaan ingin mewujudkan budaya penyayang pada
masyarakat akan datang. Guru kaunseling memainkan peranan sebagai golongan
tunggak untuk melahirkan insan yang berguna, berpengaruh dan mempunyai
keperibadian yang mulia dan sempurna. Ekoran daripada itu, Utusan Melayu juga
dalam bahagian lidah pengarang pada Julai 26, 2000, telah menyarankan kepentingan
penambahan bilangan guru kaunseling. Kementerian Pendidikan diminta menambah
bilangan guru kaunseling terlatih dalam usaha menangani masalah disiplin dan para
pelajar dapat menyuarakan masalah mereka (Utusan Malaysia, 26 Julai 2000). Ini
menunjukkan perkhidmatan ini semakin dititikberatkan oleh kerajaan, lebih banyak
kajian diperlukan untuk mendalam pelaksanaan perkhidmatan ini. Kajian ini merupakan
satu cabaran untuk mengkaji persepsi pelajar hasil daripada penilaian mereka sendiri
terhadap guru kaunseling.
Daripada dapatan kajian persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling di
sekolah dapat dikenalpasti. Seterusnya apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling di sekolah? Dan apakah pula faktor
yang mempengaruhi kesediaan mereka berjumpa dengan guru kaunseling. Jawapan
terhadap pertanyaan-pertanyaan ini adalah penting bagi membolehkan penyelidik
membuat kesimpulan-kesimpulan penting yang mempunyai nilai-nilai jangkaan atau
inferansi yang lebih jauh ke depan. Penyelidik turut membuat perbandingan antara
persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling dan tahap kesediaan mereka
berjumpa dengan guru kaunseling mengikut jantina dan jurusan.
9
1.3 Objektif Kajian
Berdasarkan perbincangan di atas, lima objektif telah dikenalpasti seperti yang
berikut:
1. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling di Sekolah
Menengah Teknik.
2. Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar untuk berjumpa guru kaunseling.
3. Mengenalpasti perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru
kaunseling dan kesediaan berjumpa dengan guru kaunseling.
4. Mengenalpasti perbezaan persepsi terhadap peranan guru kaunseling
berdasarkan faktor jantina dan jurusan.
5. Mengenal pasti perbezaan kesediaan pelajar berjumpa dengan guru
kaunseling berdasarkan faktor jantina dan jurusan.
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan pernyataan masalah dan objektif kajian di atas, maka terdapat
beberapa persoalan kajian yang timbul iaitu:
1. Apakah persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling?
2. Apakah tahap kesediaan pelajar untuk berjumpa dengan guru kaunseling?
3. Apakah perhubungan antara persepsi pelajar terhadap peranan guru
kaunseling dan kesediaan berjumpa dengan guru kaunseling?
4. Apakah perbezaan persepsi pelajar terhadap peranan guru kaunseling
berdasarkan faktor jantina dan jurusan?
5. Apakah perbezaan kesediaan pelajar berjumpa dengan guru kaunseling
berdasarkan faktor jantina dan jurusan?