PERGERAKAN JISIM
PERGERAKAN JISIM
Konsep pergerakan jisim
• Pergerakan jisim merujuk kepada pergerakanbahan atau regolit yang telah terluluhawa dariatas ke bawah cerun akibat tarikan gravitibumi secara besar-besaran.
JENIS PERGERAKAN JISIM
• ALIRAN CEPAT
• ALIRAN PERLAHAN
ALIRAN PERLAHAN
• Konsep aliran cepat
• Aliran cepat dalam pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, batuan dan lumpur dari atas ke bawah secara cepat atau tiba-tiba cerun akibat tarikan graviti bumi.
Proses aliran cepat
• Gelungsoran / tanah runtuh
• Aliran tanih atau lumpur
Gelungsoran / tanah runtuh
• berlaku di kawasan cerun yang sangat curamseperti di kawasan tebing tinggi.
• pergerakan tanih atau batuan berlaku dengancepat atau tiba-tiba.
• terdapat berberapa jenis gelonsoran sepertigelonsoran tanah dan gelongsoran batuan.
• Sering kali membentuk kun talus di kaki cerun.
Tanah Runtuh
Aliran tanih atau lumpur
• merujuk kepada pergerakan tanih atau lumpuryang yang sangat lembap secara tiba-tibadaripada atas cerun.
• tanah yang bercampur air hujan bergerakmenuruni cerun dalam bentuk aliran lumpur.
• aliran lumpur atau tanih biasanya berlaku dikawasan yang sering menerima hujan yang lebat seperti di kawasan tropika lembap
Aliran lumpur
ALIRAN PERLAHAN
• Konsep aliran perlahan
• Aliran perlahan dalam pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, dan batuan dari atas cerun ke bawah cerun secara perlahan akibat tarikan graviti bumi.
PROSES ALIRAN PERLAHAN
• Kesotan
• Gelangsar
Kesotan
• Regolit seperti batuan dan tanah di cerun terlebihdahulu terluluhawa menyebabkan regolit tersebutlonggar dan peroi.
• Batuan atau tanah ini kemudiaannya bergerak secaraamat perlahan menuruni cerun yang landai ( 10º hingga 20º ) akibat tarikan graviti bumi.
• Batuan atau tanah akan membentuk kun talus di kaki cerun.
• Pergerakannya tidak dapat dikesan melalui mata kasarsebalik dapat dilihat melalui bukti-bukti seperti batangpokok yang bengkok, tiang elektrik, pagar dan tembokyang condong.
Kesotan tanah
Gelangsar
• merupakan pergerakan tanih dan batu tongkol.
• berlaku di kawasan beriklim sejuk akibat proses pencairan salji.
• Salji bertindak sebagai bahan pelincir bagi memudahkan pergerakan lempung ( tanah yang lembap ) di atasnya.
• Pergerakan lempung yang dikenali sebagai gelangsar ini dari pelbagai arah tanpa mengikut lurah tertentu.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERGERAKAN JISIM
• Faktor semula jadi• Hujan yang lebat dan pencairan salji• Kegiatan luluhawa• Letusan gunung berapi dan gempa bumi• Faktor aktiviti manusia• Penebangan / kegiatan pembalakan di cerun• Pertanian• Perlombongan kuari• Pembinaan• Penternakan• Pembinaan jalan raya / lebuh raya
Hujan yang lebat dan pencairan salji
• Hujan tahunan yang lebat ( melebihi 2000 mm ), terutama di kawasan tropika lembap menggalakkan berlakunya pergerakan jisim.
• air hujan yang menyerap ke dalam tanah akan menjadi agen pelincir dan pemberat.
• air dalam tanah memudahkan pergerakan tanah kerana fungsinya sebagai pelincir manakala tanah yang basah menjadi lebih berat dan mudah bergerak bebanding tanah yang kering.
• hujan apabila bercampur dengan tanah akan menghasilkan aliran lumpur.
• di kawasan sederhana dunia, apabila salji mencair tanah di bahagian atas akan bergerak ke bawah cerun dalam bentuk gelangsar kerana tanah tersebut menjadi licin.
Kegiatan luluhawa
• Di kawasan tropika lembap luluhawa dalamanberlaku dengan giat dan jauh ke dalam bumi ( melebihi 30 meter ).
• Luluhawa dalaman terutama di cerun akanmenghasilkan lapisan regolit yang tebal danlonggar.
• Regolit tebal dan longgar ini mudah untukbergerak akibat tarikan graviti.
Letusan gunung berapi dan gempabumi
• berupaya untuk membentuk gegaran yang kuat ke atas cerun
• gegaran ini menjadikan tanah di kawasancerun longgar ,tidak stabil dan seterusnyamudah untuk runtuh.
Penebangan / kegiatan pembalakan di cerun
• akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun.
• ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah di cerun tidak stabil dan mudah runtuh.
Pertanian
• pertanian tanpa teres akan mengurangkankestabilan cerun.
• pertanian melibatkan aktiviti penebangan tumbuhan asal sesuatu kawasan.
• ketiadaan tumbuhan mengurangkan cengkaman akar yang memegang dan mencengkam tanah di cerun.
• aktiviti pembajakan menjadikan struktur tanah menjadi longgar dan mudah untuk runtuh.
Perlombongan kuari
• melibatkan penggunaan bahan letupan dan kerja-kerja pengorekan tanah.
• struktur tanah kawasan cerun menjadilonggar.
• gegaran akibat penggunaan bahan letupanmenyebabkan tanah di cerun mudah runtuh.
Pembinaan
• Aktiviti pembinaan seperti pembinaan jalan raya, bangunan dicerun akan menyebabkan hutan asal kawasan tersebut ditebang.
• Penebangan hutan akan mendedahkan permukaan bumi kepadaaktiviti luluhahawa yang menyebabkan tanah di kawasan tersebutmenjadi peroi, longgar dan tidak stabil.
• Tanah yang peroi, longgar dan tidak stabil mudah untuk jatuhsekiranya berlaku gegaran, hujan dan sebaginya.
• Pembinaan bangunan-bangunan di cerun seperti pembinaan hotel, rumah kediaman dan sebagainya akan melibatkan kerja-kerjapenggorekan, pengemburan tanah dan penebangan tumbuhan asaldi kawasan tersebut. Permukaan bumi yang terdedah dan tanahyang longgar akan mempercepatkan pergerakan jisim.
Penternakan
• berlakunya ragutan berlebihan di kawasan cerun.
• mendedahkan permukaan cerun kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan danluluhawa.
• rumput memegang dan mencengkam tanah melalui peranan akarnya.
• ketiadaan rumput struktur tanah di cerun menjadi longgar.
Pembinaan jalan raya / lebuh raya
• melibatkan kerja-kerja pemotongan cerun ataususuh bukit menyebabkan kecerunan cerunbertambah.
• Cerun yang curam tidak stabil dan mudah runtuh.
• Turut melibatkan penebangan tumbuhan asal kawasan tersebut menyebabkan permukaan bumi terdedah kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa.
• Akar tumbuhan berperanan memegang dan mencengkam tanah daripada runtuh.
KESAN PERGERAKAN JISIM
• Kehilangan nyawa / kematian
• Kemusnahan harta benda – rumah kediaman
• Kesan psikologi- penduduk dalam keadaanketakutan / fobia.
• Kesan kepada aktiviti ekonomi – kemusnahankawasan pertanian, perniagaan, industri dansebagainya.
• Kesan kepada infrastruktur- kemusnahan jalan raya, bekalan air, elektrik.
KAEDAH MENGATASI GERAKAN JISIM DI CERUN
• Langkah perundangan• Kuatkuasakan undang-undang dan peraturan seperti Akta
Pemeliharaan Tanah dan Akta Parit dan Bangunan.• Langkah bukan perundangan• Menanam tumbuhan tutup bumi• Peneresan• Pembinaan tembok• Penyimenan permukaan• Sistem Perparitan• Lapisan Plastik• Pendidikan• Kempen
• Menanam tumbuhan tutup bumi
• tumbuhan seperti rumput dan tumbuhan jenis kekacang
• akar tumbuhan tersebut memegang dan mencengkam tanah di cerun sekaligus mengurangkan pergerakan jisim.
• Peneresan
• Cerun yang diusahakan pertanian danpembinaan mestilah diteres.
• Peneresan akan menstabilkan cerun.
• Cerun yang stabil tidak mudah runtuhsekiranya berlaku gegaran.
• Pembinaan tembok
• dibina di kawasan kaki cerun bertujuanmenahan pergerakan tanah. tembok tersebutdaripada bahan yang kukuh seperti simenyang telah dikonkrit
• Penyimenan permukaan• keseluruhan permukaan cerun disimen.• Pada permukaan dibuat lubang-lubang bagi
mengawal aliran air dalam tanah.• Permukaan cerun yang disimen lebih stabil
kerana sifat simen yang kukuh dapat menahancerun tersebut daripada runtuh.
• Penyimenan permukaan cerun juga dapatmengurangkan susupan air ke dalam tanah yang bertindak sebagai pelincir dan pemberat
• Sistem Perparitan
• sering digunakan di kawasan lebuh raya
• dibina disetiap teres di lereng bukit yang curam mengikut garis konturnya
• dapat mengatasi masalah air bertakung danmenyusup dalam tanah dan melonggar danmemberat tanah
• Lapisan Plastik
• lapisan plastic di gunakan pada cerun yang curam biasanya bagi mengelakkan air hujanmenyusup dan memasuki dalam tanah.
• kaedah ini biasa dapat dilihat di beberapatempat di sepanjang lebuh raya
• Pendidikan
• pendidikan formal di sekolah seperti pendidikan Alam Sekitar, Geografi, dan Pendidikan Moral.
• Pendidikan tidak formal seperti melalui lawatan, ceramah dan sebagainya
• Kempen
• kempen yang dijalankan oleh pihak-pihaktertentu sama ada melalui media massa, maklumat melalui risalah dan sebagainya.
• menyedarkan orang ramai tentangkepentingan pengurusan kawasancerun dengan berkesan