-
PERENGGAN PENDAHULUAN 1. Pendahuluan yang baik mestilah
tepat,jelas, dan menarik
2. Pendahuluan mestilah berupa pernyataan umum dan tidak
spesifik
3. Pendahuluan mestilah dikaitkan dengan kehendak soalan
4. Pendahuluan boleh dibina dalam 10 jenis
-
Jenis-Jenis Pendahuluan:
PDefinisiPendapatGambaranPersoalanPeribahasaSejarahFakta/
DataTajuk BeritaPuisiGabungan
-
Pendahuluan Definisi Perenggan pendahuluan ini dimulakan dengan
memberi tafsiran, makna, atau definisi tentang tajuk karangan yang
ditulis. Definisi dikaitkan maknanya berdasarkan kamus atau
pemahaman pelajar sendiri tentang sesuatu tajuk.
Contoh 1 Tajuk: Berjimat cermatSkop/Kehendak Soalan: Langkah
untuk menggalakkan masyarakat berjimat cermat
-
Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara
berhemat atau penggunaan sesuatu dengan tidak boros. Menurut Kamus
Dewan Edisi ke-4, berjimat cermat bermaksud berhati-hati
terutamanya dalam penggunaan wang. Masyarakat hari ini dituntut
supaya mengamalkan langkah berjimat cermat. Hal ini demikian kerana
dengan berjimat cermat dapat mengelakkan meningkatnya kadar
inflasi, yakni satu keadaan dimana apabila permintaan terhadap
sesuatu barangan atau perkhidmatan melebihi penawaran barangan
dalam pasaran. Oleh itu, langkah-langkah berjimat cermat harus
diambil oleh masyarakat untuk mengelak berlakunya kenaikan harga
barang dan inflasi.
-
Obesiti atau kegemukan ditakrifkan sebagai kadar berat badan
seseorang yang berlebihan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, obesiti
bermaksud kegemukan yang disebabkanterdapatnya lemak secara
berlebihan dalam badanseseorang. Ramai rakyat Malaysia mendapat
gejala obesititerutamanya golongan kanak-kanak dan orang dewasa.
Amalan pemakanan yang tidak sihat memang menjadi sebab berlakunya
gejala obesiti. Walau bagaimanapun, terdapat juga faktor lain yang
boleh menimbulkan masalah ini. Contoh 2
Tajuk: Gejala obesiti atau kegemukanSkop/Kehendak Soalan: Amalan
pemakanan yang tidak sihat dikatakan menjadi punca berlakunya
gejala obesiti
-
Pendahuluan Gambaran / Suasana
Pendahuluan karangan jenis ini dimulakan dengan mengisahkan satu
keadaan atau suasana.Gambaran atau suasana ini berdasarkan perkara
yang pernah dilihat oleh pelajar atau mungkin melalui pengalaman
pelajar sendiri. Contoh 1:
Tajuk: Semangat PatriotikSkop/Kehendak Soalan: Tindakan yang
perlu dilakukan untuk memperkukuh patriotisme dalam kalangan
rakyat
-
Hari kemerdekaan negara disambut pada setiap tahun. Pada tahun
2007, negara kita telah menyambut hari kemerdekaan yang ke-50.
Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan yang ke-50, masih ramai
warganegara yang tidak memahami erti kemerdekaan, dan masih ramai
warganegara yang tidak memiliki semangat patriotik. Peristiwa
membakar bendera jalur gemilang, mengadakan perhimpunan haram, dan
memburuk-burukkan nama negara di luar negara adalah contoh bahawa
rakyat negara ini masih tidak memiliki semangat patriotik dalam
jiwa masing-masing. Kesedaran dan penghayatan seseorang terhadap
semangat patriotik dapat dibuktikan melalui tindakan tertentu.
-
Di sekitar zaman 60-an sehingga akhir zaman 70-an dahulu,
kanak-kanak bermain wau di tepi sawah atau di tepi pantai adalah
perkara yang lumrah. Apabila tamatnya musim menuai, kanak-kanak
atau orang dewasa mengambil kesempatan untuk membuat dan bermain
wau. Demikian jugalah dengan permainan tradisional yang lain
seperti permainan gasing, batu seremban, polis santri, wayang
kulit, dan sebagainya adalah permainan yang sangat popular pada
waktu itu. Namun begitu, pada masa ini kegiatan seni budaya
tradisional semakin terpinggir. Masyarakat pada hari ini ada yang
tidak mengenal seni persembahan tradisional, seni rupa tradisional,
permainan tradisional, dan sebagainya. Banyak faktor yang boleh
dikaitkan dengan keadaan ini. Contoh 2:
Tajuk: Kegiatan seni budaya tradisionalSkop/Kehendak Soalan:
Faktor-faktor yang menyebabkan kegiatanSeni budaya tradisional
tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini
-
Pendahuluan Persoalan
Pendahuluan jenis persoalan meminta pelajar bertanya iaitu
mengapa, kenapa, bagaimana, apakah, dan siapakah. Pelajar
dikehendaki membina banyak ayat tanya dan persoalan yang
dilontarkan itu mestilah relevan dengan tajuk dan kehendak soalan.
Contoh 1:Tajuk: Kempen Cintai SungaiSkop/Kehendak Soalan:
Kepentingan kempen dan peranan masyarakatdalam menjaga kebersihan
sungai
-
Kempen Cintailah Sungai telah dilancarkan untuk menyedarkan
masyarakat tentang kepentingan sungai dan kesedaran untuk menjaga
kebersihan sungai. Apakah yang dimaksudkan dengan kebersihan
sungai? Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga
kebersihan sungai? Mengapakah kerajaan melancarkan kempen Cintailah
Sungai? Bagaimanakah sambutan masyarakat terhadap kempen ini?
Mungkin ada antara kita yang menganggap bahawa kempen ini tidak
perlu kerana sungai tidak mempunyai fungsi kepada masyarakat.
Persoalannya, apakah yang akan terjadi sekiranya semua sungai di
negara ini tercemar? Oleh itu, marilah kita membincangkan
kepentingan kempen ini dan peranan kita untuk menjayakannya.
-
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memasukkan Komponen
Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi
pelajar tingkatan satu hingga pelajar tingkatan lima. Apakah tujuan
sebenar dasar Kementerian Pelajaran ini? Adakah langkah ini memberi
kesan positif kepada pelajar-pelajar terutamanya apabila dikaitkan
dengan dasar kerajaan sekarang yang menekankan aspek untuk
melahirkan modal insan berkualiti dan disegani? Secara umumnya
bolehlah dikatakan langkah Kementerian Pelajaran memperkenalkan
Komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
memberi kesan positif kepada pelajar. Contoh 2
Tajuk: Komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaranBahasa
MelayuSkop/Kehendak Soalan: Kesan positif kepada pelajar
-
Pendahuluan Peribahasa
Pendahuluan jenis ini menghendaki pelajar memasukkan unsur
peribahasa, pepatah, atau cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk
yang dibincangkan. Pelajar boleh memasukkan lebih daripada satu
peribahasa, pepatah, atau cogan kata tetapi mestilah relevan atau
berkaitan dengan tajuk karangan.
Contoh 1
Tajuk: Berjimat cermatSkop/Kehendak Soalan: Langkah untuk
memupuk budaya berjimat cermat
-
Orang Melayu diakui kaya dengan peribahasa yang mencakupi
pelbagai aspek kehidupan. Contoh peribahasa yang menggambarkan
amalan berjimat cermat adalah seperti bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian, Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit,
dan Sehari selembar benang lama-lama jadi kain. Cogan kata yang
lazim kita lihat dan dengar seperti Berjimat cermat Amalan Hidup,
Berjimat cermat membawa berkat, dan banyak lagi adalah ungkapan
yang membawa maksud kita sebagai pengguna dikehendaki berjimat
cermat dalam kehidupan seharian. Banyak langkah yang boleh kita
ambil untuk memupuk budaya berjimat cermat.
-
Contoh 2 Semangat patriotik penting dalam diri setiap
warganegara Malaysia. Di atas robohan kota Melaka kita dirikan jiwa
merdeka, Malaysiaku Gagah Gemilang, Malaysia namamu gah seantero
dunia adalah ungkapan yang membawa semangat patriotik kepada
seluruh warganegara. Kita sebagai warganegara yang berdaulat dan
merdeka perlu mempertahankan kemerdekaan negara ini dan perlu
memainkan peranan dalam usaha memperkukuh patriotisme. Tajuk:
Semangat PatriotikSkop/Kehendak Soalan: Tindakan yang perlu
dilakukan untuk Memperkukuh patriotisme
-
Pendahuluan Fakta
Pelajar dikehendaki memasukkan fakta atau data yang bersesuaian
dengan tajuk. Fakta yang diberi hendaklah relevan dan menyakinkan.
Fakta ini hendaklah ditunjukkan angka atau peratus, tahun, dan
sumber rujukan. Contoh 1
Tajuk: Penagihan dadahSkop/Kehendak Soalan: Langkah untuk
membendung kegiatanpengambilan dadah
-
Kira-kira dua peratus daripada jumlah penduduk di Pulau Pinang
ialah penagih dadah dan lima orang penagih baru dikenal pasti pada
setiap hari di negeri tersebut. Mengikut perangkaan daripada Ketua
Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) Kementerian Dalam Negeri,
Datuk Mohd. Bakri bin Omar, pada tahun 1998, seramai 3,553 orang
penduduk di Pulau Pinang dikenal pasti sebagai penagih. Oleh itu,
langkah-langkah yang drastik perlu dijalankan untuk membendung
kegiatan pengambilan dadah. Kita mahu negara ini bebas daripada
dadah.
-
Mengejutkan dan mengerikan. Banyak orang tergamam ekoran berita
penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dibunuh secara
kejam dan tubuh kecilnya dilipat-lipat untuk dimuatkan dalam sebuah
beg pakaian yang ditinggalkan di sebuah premis perniagaan di
Petaling Jaya, Selangor. Banyak lagi kisah sebelum itu yang
menceritakan kezaliman terhadap mangsa sehingga menimbulkan trauma
kepada keluarga mangsa dan masyarakat di negara ini. Statistik yang
dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa
sepanjang tahun 2005, 1887 kes rogol dilaporkan. Kes itu terus
meningkat kepada 2435 pada tahun 2006. Timbalan Menteri Keselamatan
Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow mendedahkan bahawa sepanjang lima
bulan iaitu dari Januari hingga Mei 2007, sejumlah 1191 kes rogol
dilaporkan oleh PDRM. Trend peningkatan ini amat membimbangkan
kerana kezaliman yang dilakukan oleh penjenayah semakin melampaui
batas kemanusiaan. Oleh hal yang demikian, usaha untuk mencegah
jenayah ini perlu diambil. Contoh 2
Tajuk: Jenayah SeksualSkop/Kehendak Soalan: Usaha mencegah
jenayah seksual
-
Diabetis atau lebih dikenali sebagai kencing manis merupakan
penyakit yang sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia. Berdasarkan
perangkaan yang dikeluarkan oleh Institut Diabetis Antarabangsa
beberapa tahun lalu, jumlah pesakit diabetis bakal meningkat kepada
1.3 juta orang menjelang tahun 2010. Pada tahun 2007, hampir 1.2
juta rakyat Malaysia menghidap diabetis, dan bilangan pesakit yang
dimasukkan ke hospital akibat komplikasi diabetis meningkat dengan
ketara, iaitu daripada 21,872 orang pada tahun 1995 kepada 41,375
orang pada tahun 2005. Banyak punca yang menyebabkan berlakunya
penyakit diabetis.Contoh 3
Tajuk: DiabetisSkop/Kehendak Soalan: Punca penyakit diabetis
-
Pendahuluan Tajuk Berita Perenggan pendahuluan jenis ini
dimuatkan dengan beberapa tajuk berita yang berkaitan dengan tajuk
karangan yang dipilih dan kemudian diberi sedikit ulasan.
Tajuk: Pendatang tanpa izinSkop/Kehendak Soalan: Langkah-langkah
untuk mengurangkanbilangan pendatang tanpa izin
-
Contoh:
Tekong Laut Guna Peralatan Canggih Kawalan Perairan Dipertingkat
Operasi Nyah I dan II Berterusan di Seluruh Negara Pendatang Tukar
Identiti untuk Masuk Semula
Tajuk berita tentang pendatang asing di atas dipetik daripada
akhbar tempatan di negara ini. Kemasukan pendatang asing ke negara
ini semakin bertambah, dan berita terkini terdapat seramai 30,000
orang pendatang dari Indonesia sedang berada di Tanjung Pinang dan
sedang menunggu peluang untuk memasuki negara ini melalui perairan
Johor. Pada hari ini dianggarkan 1.2 juta pendatang asing berada di
negara ini. Kehadiran pendatang tanpa izin ini membawa banyak
masalah kepada negara. Oleh yang demikian, langkah-langkah untuk
mengurangkan bilangan pendatang tanpa izin perlu diambil.
-
Pendahuluan Gabungan
Pelajar dikehendaki menggabungkan dua atau lebih jenis-jenis
pendahuluan. Pelajar boleh memulakan mana-mana jenis perenggan dan
diikuti dengan jenis pendahuluan yang lain.
Contoh 1:
Tajuk: SukanSkop/Kehendak Soalan: Langkah-Langkah untuk
MeningkatkanMutu Sukan Negara
-
Sukan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti kecergasan yang dapat
mengisi masa lapang dan menjaga kesihatan. Mengikut Kamus Dewan
Edisi ke-4, sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan
atau kemahiran dan kegiatan untuk menyihatkan badan. Mantan Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pernah berkata
dengan bersukan kita dapat menjaga kesihatan dan dengan bersukan
juga kita dapat menaikkan nama negara. Kejayaan Malaysia
menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998 telah mengharumkan nama
negara, demikian juga dengan penganjuran sukan bertaraf dunia
seperti formula One, Le-Tour de langkawi, dan Grand Prix Motosikal.
Memandangkan sukan memberi banyak kebaikan, langkah-langkah untuk
meningkatkan mutu sukan negara perlu diambil oleh pelbagai
pihak.
-
Obesiti bolehlah ditakrifkan sebagai kadar berat badan seseorang
yang berlebihan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, obesiti bermaksud
kegemukan yang disebabkan oleh lemah yang berlebihan dalam badan
seseorang. Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia, di
Malaysia dianggarkan seramai 2 juta penduduk mengalam masalah
obesiti dan separuh daripada jumlah itu adalah kanak-kanak. Mengapa
ramai rakyat Malaysia mengalami masalah ini? Dikatakan sebab
berlakunya masalah ini ialah amalan pemakanan yang tidak sihat.
Walau bagaimanapun terdapat juga sebab lain yang boleh menimbulkan
masalah ini. Contoh 2: Tajuk: ObesitiSkop/Kehendak Soalan: Amalan
pemakanan yang tidak sihatmenjadi punca gejala obesiti