Peredaran darah
Peredaran Darah Manusiaadalah jenis sistem darah tertutup, iaitu
darah hanya mengalir dalam saluran darah dan tidak memasuki tisu
tubuh.juga dikenal sebagai sistem peredaran ganda dua kerana darah
beredar melalui dua bahagian atau sistem yang berasingan dan hanya
bertemu di jantung.Fungsi Peredaran DarahMenyampaikan zat-zat
makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan.Mengeluarkan
karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel.
Sistem Peredaran PulmonariSistem peredaran pulmonori melibatkan
peredaran darah terdeoksigen dari ventrikel jantung ke
peparu.Arteri pulmonari berbeza daripada semua arteri yang lain
kerana arteri pulmonari mangangkut darah terdeoksigen.Di peparu,
pertukaran gas berlaku. Darah terdeoksigen dalam arteri pulmonari
menerima oksigen lalu menjadi darah beroksigen yang kemudian
diangkut dari peparu ke atrium kiri jantung melalui vena
pulmonari.Peredaran Pulmonari
Sistem Peredaran SistemikDarah beroksigen dari peparu yang
memasuki atrium kiri jantung dipam ke dalam ventrikel kiridan
seterusnya dipam keluar dari jantung melalui aorta.Darah yang dipam
keluar dari jantung berada dalam tekanan tinggi.Aorta bercabang
untuk membentuk arteri yang membawa darah beroksigen ke semua tisu
badan.Pertukaran gas dan nutrien berlaku di sel badan sesuatu
organ.Darah yang diangkut keluar dari organ melalui vena adalah
darah terdeoksigen.Darah dari vena di semua tisu badan akan
disalurkan ke dalam vena kava dan dialirkanke dalam atrium kanan
jantung.
Peredaran Sistemik
Perbezaan antara Peredaran Pulmonari dan Peredaran
SistemikPeredaran Pulmonari Peredaran Sistemik
Membolehkan darah terdeoksigen menjadi darahberoksigen.
Fungsi UtamaMembolehkan darah beroksigen dibawa darijantung ke
semua tisu badan.
Ventrikel kananArteri pulmonariPeparuVena pulmonariAtrium
kiri
Pengaliran DarahAtrium kiriVentrikel kiriAortaTisu badanVena
kavaAtrium kanan
Paru paru merupakan satu-satunya organ yang terlibat dalam
peredaran pulmonari.Penglibatan bahagian badanMelibatkan semua
bahagian badan kecuali paru-paru.Pengaliran Darah dalam Jantung
Pengaliran Darah dalam Jantung.Jantung bertindak sebagai satu
pam yang mengepam darah ke seluruh badan.Darah terdeoksigen
daripada seluruh bahagian tubuh, kecuali peparu akan mamasuki
atrium kanan melalui vena kava.Semasa darah mengalir masuk dari
autrikel kanan ke dalam ventrikel kanan, injap trikuspid akan
membuka disebabkan oleh tekanan darah.Injap trikuspid menghalang
darah daripada mengalir balik ke atrium kanan apabila atrium ini
mengendur.
Ventrikel kanan yang dipenuhi darah kemudiannya akan mengecut
dan darah menolak ceper injap trikuspid ke atas menyebabkan injap
tertutup.Darah kemudian memasuki peparu melalui arteri
pulmonari.Injap sabit pada pangkal arteri pulmonari akan menghalang
darah daripada mengalir semula ke dalam ventrikel kanan apabila
ventrikel tersebut mengendur.Arteri pulmonari bercabang dua untuk
mengalirkan darah ke peparu kiri dan peparu kanan.Setelah darah
menerima oksigen di peparu, darah itu akan diedarkan kembali ke
jantung melalui vena pulmonari ke atrium kiri jantung.Mekanisme
yang sama berlaku di sebelah kiri jantung. Pengecutan atrium kiri
akan memaksa darah masuk ke dalam ventrikel kiri.Injap bikuspid
pula berfungsi untuk menghalang darah daripada mengalir kembali ke
dalam atrium kiri.Bahagian JantungAtrium KananMembawa darah
terdeoksigenVentrikel KananAtrium KiriMembawa darah
beroksigenVentrikel Kiri Tekanan Darah
Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah
pada pembuluh arteri darah ketika darah dipam oleh jantung ke
seluruh anggota tubuh badan manusia.Ujian tekanan darah dibuat
dengan mengambil dua ukuran dengan bacaan bagi tekanan darah normal
adalah 120/80 mmHg.
Tekanan darah boleh diukur dengan menggunakan
SPHYGNOMANOMETER.
Masa paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa
berehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Tekanan sistolik Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas
pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan
sistolik.
Tekanan DiastolikNombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa
jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan
diastolik.
Tekanan darah individu yang sihat adalah sekitar 100-118 mmHg
untuk sistolik dan 60-78 mmHg untuk diastolik.Sistolik merujuk pada
kerja dan diastolik merujuk pada rehat.Tekanan sistolik meningkat
ketika latihan manakala tekanan diastolik kekal tidak berubah.
Faktor-faktor Perubahan tekanan darah1.Kadar denyutan
jantungSemakin tinggi kadar denyutan jantung, semakin tinggi
tekanan darah.2.Isipadu darah di dalam badan.Semakin besar isipadu
darah di dalam badan, semakin kerap darahkembali ke jantung, maka
tekanan darah akan turut meningkat.3.Kadar pengaliran darah.Apabila
kadar pengaliran darah meningkat, darah mengalir melalui
seluruhbadan dengan lebih pantas. Maka jantung terpaksa mengepam
dengan lebih cepat seterusnyameningkatkan tekanan darah.
4.Rintangan salur darah.Semakin tinggi rintangan dalam salur
darah, semakin tinggi tekanan darah.Salur darah yang besar dan
berdinding licin mempunyai rintangan pengaliran darah yang
rendah.5.Kelikatan (viscosity) darah.Semakin likat darah seseorang,
semakin tinggi tekanan darahnya.6.Tekanan (stress).Tekanan (stress)
menyebabkan pengecutan salur darah lalu meningkatkan
tekanandarah.Kawalan Neural ke atas Tekanan dan Aliran DarahTekanan
darah dikawal oleh baroreseptor yang terletak pada aorta dan
arterikarotidBaroreseptor dapat mengesan perubahan tekanan darah
dan menyelaraskan tekanandarah arteri dengan mengubah daya dan
kadar pengecutan otot kardium serta mengubah rintangandalam
arteri.Baroreseptor bergerak balas terhadap perubahan regangan
(panjang tisu) pada dinding lengkungan aorta dan karotid sinus.
Kawal atur tekanan darahyang semakin meningkatbaroreseptor akan
bergerak balas terhadap peningkatanregangan pada dinding lengkungan
aorta dan karotid sinus dengan menghantar lebih banyak impulssaraf
kepada medula oblongata di otak.yang semakin menurunApabila tekanan
darah semakin menurun, baroreseptor direncat (inhibited). Oleh itu,
tiada impuls saraf dihantar oleh baroreseptor ke otak.
Otak akan menghantar isyarat ini ke jantung dan salur darah
(efector). Aktiviti otot kardium padajantung dikurangkan untuk
mengurangkan kadar denyutan jantung. Otot licin pada arteri
pulamengendur untuk menambahkan diameter arteri, dan mengakibatkan
rintangan arteri dikurangkan.
Penurunan kadar denyutan jantung serta rintangan arteri
menyebabkan tekanan darah diturunkan.Otot kardium pada jantung
meningkatkan aktivitinya lalu meningkatkan kadar denyutan
jantung.Sementara itu, otot licin pada arteri pula mengecut
menyebabkan diameter arteri menjadi semakinsempit. Pencerutan vena
(vasoconstriction) ini meningkatkan rintangan arteri.Peningkatan
kadar denyutan jantung dan rintangan arteri menyebabkan tekanan
darah meningkat.Tekanan Peredaran DarahDarah mengalir melalui
sistem peredaran disebabkan perbezaan tekanan.Darah mengalir dari
tahap tekanan yang tinggi kepada tahap tekanan rendah.Perbezaan
antara dua tahap ini dikenali sebagai gradien tekanan.Dalam sistem
peredaran darah yang sistematik, tahap tekanan yang paling tinggi
ialah di dalam ventrikel kiri jantung semasa sistolik.Gradient
tekanan antara tahap yang paling rendah pada kanan atrium, adalah
penyebab yang membawa pengaliran darah melalui keseluruhan
peredaran sistematik.
Darah tinggi Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa tinggi
daripada kadar biasa secara berlarutan, seseorang itu dikatakan
mengalamimasalah darah tinggi.Pada tekanan darah tinggi, biasanya
terjadi kenaikan tekanan sistolik dan diastolik. Hipertensi
biasanya menjadi pada tekanan darah 140/90 mmHg atau ke atas,
diukur di kedua lengan tiga kali dalam jangka beberapa
minggu.Pesakit darah tinggi sekurang-kurangnya mempunyai tiga
bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat.
Peringkat peringkat Perkembangan Tekanan Darah Tinggi yang
Sungguh Menyedihkan!
Peringkat perkembangan Tekanan Darah Tinggi memang boleh
dijangka!!!