JENIS INSURANS JENIS INSURANS INSURANS AM INSURANS HAYAT
JENIS INSURANS
JENISINSURANS
INSURANS AM INSURANS HAYAT
A. INSURANS AM
Terdiri daripada :
(1)INSURANS KEMALANGAN(2)INSURANS KEBAKARAN(3)INSURANS
MARIN/PENERBANGAN(4)LAIN-LAIN INSURANS
(1) INSURANS KEMALANGAN
INSURANS KENDERAAN BERMOTOR
INSURANS MOTOR PIHAK KETIGA
INSURANS MOTOR KOMPREHANSIF
(a) INSURANS KENDERAAN BERMOTOR:
(i)INSURANS MOTOR PIHAK KETIGA
• Melindungi insured daripada tuntutan pihak ketiga yang cedera/mati/rosak kenderaan akibat kemalangan dengan insured.
Pihak ketiga ialah pengguna jalan raya.
Kecederaan atau kerosakan kenderaan insured tidak dibayar ganti rugi.
Premium murah
Semua kenderaan diwajibkan memiliki sekurang-kurangnya insurans ini.
(b) Insurans motor komprehensif
Melindungi kecederaan/kematian dan kerosakan kenderaan pihak ketiga dan insured sendiri.
Premiumnya lebih mahal.
Semua kenderaan yang dibeli secara sewa beli mesti membeli polisi ini.
Tuntutan ganti rugi berasaskan ‘fasal lebihan’ (excess clause) – iaitu kerosakan di bawah nilai RM500 ditanggung sendiri oleh insured.
(b) INSURANS KEMALANGAN PERIBADI
Melindungi insured yang terlibat dalam kemalangan seperti kemalangan dalam perjalanan/pembunuhan/kejadian rusuhan/keracunan dan serangan.
Boleh diambil juga secara berkumpulan seperti menyertai rombongan.
(c) INSURANS LIABILITI AWAM
Melindungi pemilik perniagaan seperti pasar raya daripada tuntutan orang awam yang cedera/mati semasa membeli belah dalam premis yang disebabkan kecuaian peniaga.
Terdapat pelbagai insurans liabiliti awam seperti :
Insurans Liabiliti Awam
Insurans Liabiliti Produk
Insurans Liabiliti
Profesional
Insurans Liabiliti
Golf
Insurans Liabiliti Produk : Melindungi pengeluar produk
Insurans Liabiliti Profesional :
Kecuaian semasa melaksanakan tugas profesional. Cth : doktor tersalah beri ubat
Insurans Liabiliti Golf : Lindungi daripada tuntutan pihak yang cedera/alami kerosakan harta benda akibat terkena bola golf
(d) INSURANS LIABILITI MAJIKAN
Melindungi majikan daripada tuntutan pekerjanya yang cedera/mati semasa bekerja.
Premium dibayar oleh majikan.
Perlindungan ialah :
Skim Pencen Ilat : melindungi risiko kehilangan keupayaan untuk bekerja akibat kemalangan yang berlaku di tempat kerja.
Skim Bencana Pekerjaan : melindungi risiko kecederaan, kematian, kacacatan anggota akibat kemalangan.
(2) INSURANS KEBAKARAN
Memberi perlindungan terhadap kerugian yang berpunca daripada kebakaran premis/mesin/stok/wang ringgit dan harta benda
Terdapat 3 jenis polisi insurans kebakaran iaitu :
(i) Polisi bernilai
Menyatakan jumlah nilai harta yang diinsuranskan.
Gantirugi dibayar menurut nilai harta benda itu yang telah musnah.
(ii) Polisi tidak bernilai
Tidak menyatakan nilai benda yang diinsuranskan.
Nilai harta benda akan ditaksir selepas kebakaran.
(iii) Polisi terapung/terbuka
Nilai harta benda berubah dari masa ke semasa.
Contoh : menginsuranskan gudang yang mempunyai nilai stok yang berubah.
Faktor menentukan kadar premium kebakaran
(i) Jenis bangunan
Kadar premium rumah kediaman lebih rendah di banding dengan bangunan kilang.
(ii)Bahan binaan bangunan
Samada diperbuat daripada kayu atau batu. Jika diperbuat daripada kayu, kadar premium lebih rendah kerana kayu mudah terbakar.
(iii)Kegunaan bangunan
Samaada menyimpan bahan mudah terbakar atau tidak.
(iv)Tempoh dan skop lindungan
Lebih lama tempoh/lebih luas lindungan
(v)Kelengkapan keselamatan
Jika premis dilengkapi dengan kelengkapan keselamatan, maka kadar premium lebih murah
(3) INSURANS MARIN/PENERBANGAN
(i) INSURANS MARIN
Memberi perlindungan kepada kapal dan muatan termasuk anak kapal/penumpang /kargo terhadap risiko semasa di laut seperti kebakaran, kecurian, perlanggaran, lanun dan lain-lain.
(ii) INSURANS PENERBANGAN
Memberi perlindungan terhadap risiko yang berkaitan dengan penerbangan seperti kematian, pelanggaran (seperti insurans marin)
Kerosakan kargo atau barang.
Setiap penumpang diberi insurans kemalangan peribadi secara kelompok.
(4) JENIS INSURANS LAIN
(a)INSURANS KECURIAN
Melindungi insured daripada kerugian disebabkan oleh kecurian, rompakan dan pecah rumah.
(b)INSURANS KESIHATAN
Memberi perlindungan kepada kos belanja hospital insured yang sakit disebabkan penyakit/kecederaan kemalangan.
(c) INSURANS GADAIAN
Sejenis insurans hayat sementara.
Contoh : Jika insured beli kereta baru dan membeli insurans ini, jika insured meninggal dunia, insurer akan menyelesaikan jumlah hutang keretanya.
(d) INSURANS JAMINAN SETIA
Melindungi majikan yang kerugian akibat penipuan/ketidakjujuran pekerja.Lazimnya diambil oleh bank atau institusi kewangan.
(e)INSURANS PENDIDIKAN
Membiayai perbelanjaan pendidikan insured/anak di universiti.
SOALAN 1
Pernyataan di bawah merujuk kepada jenis insurans.
“ Memberi perlindungan kepada insured dan kenderaannya serta pihak ketiga dan harta bendanya “Apakah insurans tersebut ?A. Insurans liabiliti amB. Insurans kereta lengkapC. Insurans motor pihak letigaD. Insurans motor komprehensif
SOALAN 2
Insurans yang patut diambil oleh seorang pemilikhotel ialahI. Insurans gadaianII. Insurans kecurianIII. Insurans kebakaranIV. Insurans liabiliti amA. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV
SOALAN 11
Berikut merupakan maklumat mengenai sejenisinsurans am.
Insurans ini memberi perlindungan kepada pihak majikan terhadap tuntutan pekerja yang mengalami kemalangan semasa bekerja.
Bagaimanakah pihak majikan menginsuranskanpekerjanya daripada kemalangan ?A. Mengadakan dana kebajikan pekerjaB. Membayar pampasan kepada PERKESOC. Menyumbangkan caruman bulanan kepada PERKESOD. Membayar premium tahunan kepada syarikat insurans
SOALAN 3
Antara berikut, yang manakah dapat dikaitkan denganinsurans kemalangan peribadi ?I. Merupakan contoh insurans hayatII. Bayaran premium dikenakan mengikut risiko profesion
insuredIII. Melindungi individu dari kerugian yang berpunca
daripada kemalanganIV. Membayar pampasan kepada waris jika insured
meninggal dunia akibat kemalanganA. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV
SOALAN 4
Antara jenis perniagaan berikut, yang manakah patut
mengambil insurans jaminan setia ?
A. Pasar rayaB. Kedai emasC. Kilang pakaianD. Institusi kewangan
SOALAN 5
Bagaimanakah kadar premium insurans kebakaran bagi sebuah premis perniagaan dikira ?
I. Umur pemilikII. Jenis bangunanIII. Kegunaan bangunanIV. Kelengkapan keselamatanA. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV
SOALAN 6
Antara berikut, yang manakah tergolong sebagaiinsurans liabiliti am ?I. Insurans jaminan setiaII. Insurans liabiliti produkIII. Insurans liabiliti majikanIV. Insurans liabiliti profesionalA. I dan IIB. I dan IIIC. II dan IVD. III dan IV
SOALAN 7
Safuan membeli sebuah rumah dengan membuat
pinjaman sebanyak RM50,000 dari EON Bank Berhad. Jika Safuan mengambil insurans
gadaian dan meninggal dunia, hutang tersebut akan dibayar
oleh
A. InsurerB. KerajaanC. KeluarganyaD. EON Bank Berhad
INSURANS HAYAT
Membayar pempasan ke atas kerugian di sebabkan oleh kematian, kecacatan dan hilang upaya.
Insurans hayat terkecuali daripada prinsip indemniti kerana nyawa tidak dapat diganti dengan wang ringgit.
Seseorang boleh menginsuranskan diri dengan seberapa banyak polisi daripada insurer yang berlainan.
Jumlah yang diinsuranskan akan dibayar penuh apabila berlaku kematian, kehilangan upaya kekal atau mengidap penyakit kritikal.
Insurans hayat memberi faedah perlindungan seperti berikut :(i) Menyediakan sumber pendapatan berterusan kepada keluarga jika dia meninggal dunia.(ii) Menyediakan satu pelan simpanan masa depan untuk insured dan keluarga(iii) Sebagai sumber pendapatan apabila bersara
Terdapat 3 jenis insurans hayat :
(i) INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP
Bayar premium dengan 2 cara iaitu :
(i) membayar premium sepanjang hayatnya
(ii) membayar premium untuk tempoh tertentu sahaja.
Contoh : 15 tahun (Skim Seumur Hidup Bayaran Terhad)
Jumlah pampasan dan bonus akan dibayar kepada waris insured apabila insured meninggal dunia.
Faedah polisi juga boleh dibayar apabila berlaku kejadian hilang upaya kekal dan penyakit kritikal
Sesuai diambil oleh seorang ketua keluarga untuk memberi perlindungan kepada isteri dan anak-anaknya.
Tujuan : memberi perlindungan kepada waris.
(ii) INSURANS ENDOWMEN
Bayar premium untuk tempoh perlindungan tertentu terhadap risiko kematian.
Contoh : 15 tahun atau 20 tahun
Genap tempoh perlindungan, polisi insurans itu dikatakan matang dan jumlah yang diinsuranskan dan beserta bonus akan dibayar kepada insured.
Jika insured meninggal dunia sebelum genap tempoh perlindungan, bayaran akan dibuat kepada pewaris.
Merupakan satu polisi tabungan.
Tarikh matang boleh disesuaikan dengan keperluan masa depan seperti membiayai pendidikan anak, persaraan dan sebagainya.
(iii) INSURANS HAYAT SEMENTARA
Memberi perlindungan kepada insured untuk tempoh tertentu sahaja.
Contoh : 15 tahun
Jika insured meninggal dunia dalam tempoh perlindungan, pampasan akan dibayar kepada pewaris.
Jika insured masih hidup selepas tempoh perlindungan, tiada bayaran akan dibuat kepadanya.
Bukanlah satu cara tabungan kerana insured akan hilang semua premiumnya tanpa sebarang bayaran daripada insurer apabila polisi itu tamat.
Premium polisi adalah yang termurah.
PERBEZAAN INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP, ENDOWMEN DAN SEMENTARA
SEUMUR HIDUP ENDOWMEN SEMENTARA
TEMPOH Seumur hidup atau untuk tempoh tertentu
Tempoh tertentu sahaja
Tempoh tertentu sahaja
PAMPASAN Dibayar kepada waris apabila insured meninggal dunia
Dibayar kepada waris apabila insured meninggal dunia atau apabila tempoh matang walaupun risiko tidak berlaku.
Dibayar kepada waris apabila insured meninggal dunia.Tempoh perlindungan tamat, tiada pampasan diberi.
PREMIUM Lebih murah dari endowmen
Lebih mahal Paling murah
LAIN-LAIN Baik untuk ketua keluarga
Berbentuk tabungan Bukan berbentuk tabungan
FAKTOR DIPERTIMBANGKAN DALAM PENGIRAAN PREMIUM INSURANS HAYAT
(1) JENIS INSURANSPremium insurans endowmen lebih tinggi daripada insurans hayat sementara.
(2) UMUR INSUREDLebih lanjut umur , lebih tinggi premium.
(3) PEKERJAAN Pekerjaan yang berisiko tinggi dicaj
premium yang lebih tinggi.
(4) KESIHATANPemohon yang kurang sihat dikenakan
caj tambahan.
(5) JANTINAPerempuan dikenakan premium yang
kurang daripada lelaki kerana jangka hayat perempuan lebih panjang.
TAKAFUL
SKIM INSURANS YANG DIURUSKAN BERDASARKAN HUKUM SYARAK
PRINSIP TAKAFUL
Berlandaskan tiga prinsip insurans konvensional tapi berlandaskan hukum syariah iaitu tidak membenarkan 3 unsur ini iaitu :
(i) GHARAR
Ketidakpastian atau ketiadaan penjelasan mengenai suatu perjanjian dan sumber.
(ii) MAISIR
Unsur perjudian
(iii) RIBA
Unsur faedah/bunga
Operasi takaful berlandaskan 2 prinsip :
(i) MudharabahPerkongsian keuntungan antara peserta (insured) dengan syarikat insurans (insurer). Keuntungan akan dibahagi antara kedua-dua pihak.
(ii) Tabarruk Menderma dengan ikhlas. Risiko kemalangan dipikul bersama oleh semua peserta dan bukannya oleh syarikat.
PRODUK TAKAFUL
PRODUK TAKAFUL
TAKAFUL KELUARGA TAKAFUL AM
(I) TAKAFUL KELUARGA
Memberi perlindungan kepada peserta daripada kerugian akibat berlakunya kematian, kehilangan upaya dan kemalangan.
Dikehendaki membayar caruman mengikut kemampuannya tertakluk kepada jumlah minimum.
Caruman dikreditkan ke dalam dua akaun iaitu :
(i) Akaun Peserta (95%)
Untuk tujuan simpanan dan pelaburan.
(ii) Akaun Khas Peserta (5%)Sebagai tabarruk (derma untuk
memberi bantuan kepada peserta yang ditimpa kemalangan.
Produk lain takaful keluarga ialah :
(i) PTK untuk pendidikanMembantu membiayai belanja pendidikan anak peserta.
(ii) PTK Kesihatan Membayar belanja rawatan hospital bagi peserta yang di masukkan ke wad.
(iii) PTK KelompokMemberi perlindungan secara berkumpulan kepada peserta.
(ii) TAKAFUL AM
Memberi perlindungan daripada kehilangan atau kerosakan harta benda yang disebabkan oleh kecelakaan seperti kebakaran, rompakan, kecurian, kemalangan dan sebagainya.
Risiko mungkin berlaku ke atas harta benda seperti bangunan, kenderaan dan aset lain.
Apabila berlaku musibah, pampasan akan dibayar.
Produk lain Takaful Am ialah :
(i) Skim Takaful KebakaranMelindungi terhadap kebakaran.
(ii) Skim Takaful KenderaanPerlindungan kepada kenderaan
terhadap kerosakan dan kemalangan.
(iii) Takaful Liabiliti MajikanPerlindungan kepada majikan terhadap tuntutan pekerja.
(iv) Takaful Liabiliti Am Melindungi pihak peniaga terhadap tuntutan daripada orang awam.
(v) Skim Takaful Kemalangan DiriPerlindungan akibat kemalangan.
PERBANDINGAN ANTARA INSURANS KONVENSIONAL DENGAN TAKAFUL
(A) PERSAMAAN
1. Kedua-dua menyediakan pelan perlindungan kepada insured dan apabila berlaku risiko yang diinsuranskan maka pampasan akan diberi.
2. Kedua-duanya juga beroperasi berlandaskan tiga prinsip asas iaitu kepentingan boleh diinsuranskan, penuh percaya mutlak dan indemniti.
(B) PERBEZAAN
INSURANS KONVENSIONAL
KATA KUNCI
TAKAFUL
Prinsip
Gharar
Maisir
Riba
(B) PERBEZAAN
INSURANS KONVENSIONAL
KATA KUNCI
TAKAFUL
Berlandaskan 3 prinsip utama sahaja dalam insurans
PrinsipBerlandaskan hukum syarak
Tidak jelas di mana wang premium dilaburkan. Gharar
(tidak pasti)
Mesti jelas di mana wang premium dilaburkan.
Bebas melaburkan di mana-mana pelaburan Maisir
(perjudian)
Riba
Soalan 17
Pilih pernyataan yang tepat menerangkan takafulI. Takaful merupakan insurans yang diuruskan secara
IslamII. Tabaruk menjadi teras utama yang membina paksi
takafulIII. Takaful hanya dijual kepada warga yang beragama
Islam sahajaIV. Takaful berlandaskan tiga prinsip insurans
konvensional dengan ditambah hukum syariah yang melarang unsur gharar, maisir dan riba.
A. I dan II sahaja C. I, II dan IV sahajaB. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV
Soalan 18
Berikut merupakan pernyataan yang tepatmenerangkan takaful, kecualiA. Peserta takaful membayar sumbangan ke dalam akaun
berdasarkan kemampuan masing-masing tetapi tertakluk kepada jumlah minimum
B. Sumbangan daripada peserta yang dimasukkan ke dalam akaun khas peserta digunakan untuk membayar ganti rugi kepada peserta lain yang ditimpa kemalangan
C. Peserta tidak dibayar ganti rugi yang besar, yang membolehkannya memperoleh keuntungan daripada risiko yang berlaku
D. Takaful keluarga terdiri daripada sejenis pelan iaitu pelan individu yang mempunyai 14 komponen
PROSEDUR BELIAN POLISI INSURANS
•MENGHUBUNGI INSURER/EJEN INSURANS
•MENGISI BORANG CADANGAN
•MEMBAYAR PREMIUM PERTAMA
•NOTA LINDUNGAN DIKELUARKAN
•POLISI KONTRAK MENGGANTIKAN NOTA LINDUNGAN
PROSEDUR MENUNTUT GANTI RUGI
•MENGHUBUNGI SYARIKAT INSURANS
•MENGISI BORANG TUNTUTAN
•PENYIASATAN
•PEMBAYARAN GANTI RUGI
Soalan 19
Berikut merupakan sebab insurans kesihatan semakin
popular, kecualiI. Kos rawatan yang semakin meningkatII. Promosi kesihatan semakin agresifIII. Peningkatan pendapatan keluargaIV. Peningkatan peratusan penyakit kronik
seperti barah, hipertensi dan kencing manisA. I dan II sahaja C. I, II dan III sahajaB. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV
Soalan 20
Pilih pernyataan yang menunjukkan persamaanantara insurans pendidikan dengan insurans kesihatan.I. Merupakan satu cara tabungan untuk masa hadapan
dan dapat mengeluarkan sejumlah wang apabila diperlukan
II. Kos mendapatkan perkhidmatan dalam kedua-dua sektor semakin tinggi
III. Orang ramai memberikan perhatian dalam kedua-dua sektor
IV. Pinjaman untuk membiayai perkhidmatan dalam kedua-dua bidang tidak dibenarkan
A. I dan II sahaja C. I, II dan III sahajaB. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV
Soalan 21
Apakah dokumen yang diterima sebagai perjanjian
sementara antara penginsurans dengan pemilik
kenderaan yang membayar premium untuk polisi
insurans keretanya ?A. Nota lindunganB. Resit bayaran premiumC. Borang cadanganD. Polisi insurans
Soalan 22
Perbualan di bawah adalah diantara Siva dengan pengurus syarikat insurans.Siva : Mengapa tuntutan saya ditolakPengurus : Doktor telah mengesahkan bahawa Syarikat ayah kamu mengalami penyakitInsurans keturunan sebelum dia meninggal dunia.
Syarikat insurans telah membuat keputusan tidak akan membayar sebarang tuntutan.
Berdasarkan dialog di atas, mengapakah keadaan tersebutberlaku ?A. Penyakit keturunan tidak boleh diinsuranskanB. Bapa Siva tidak memberi maklumat sebenar tentang dirinyaC. Pihak Insurans tidak tertakluk untuk membayar ganti rugi kepada SivaD. Siva tidak memaklumkan kepada syarikat insurans tentang penyakit
bapanya
Soalan 23
Peningkatan kadar premium untuk insuranskenderaan bermotor oleh syarikat insurans diMalaysia adalah kesan daripada
A. Peningkatan kadar kemalangan jalan rayaB. Peningkatan bilangan insuredC. Kenaikan kos overhed perniagaanD. Kenaikan kadar cukai
Soalan 24
Berikut adalah pernyataan mengenai En. Ahmad.
“En. Ahmad membeli sebuah motosikal baru secara sewa beli.”
Apakah jenis insurans kemalangan yang perlu diambiloleh En. Ahmad.A. Insurans hayat seumur hidupB. Insurans kemalangan peribadiC. Insurans motor pihak ketigaD. Insurans motor komprehensif
Soalan 25
Polisi insurans motor komprehensif adalah bertujuan
untukA. Melindungi insured daripada sebarang
kemalanganB. Melindungi kecederaan dan kematian pihak
ketiga dan kerosakan kenderaan mereka serta kenderaan insured daripada kemalangan
C. Melindungi insured daripada tuntutan pihak ketiga
D. Melindungi kecederaan dan kematian serta kerosakan harta benda pihak ketiga
Soalan 26
Jadual 1 menunjukkan maklumat bagi seoranginsured.
Berdasarkan prinsip ganti rugi, berapakah jumlahganti rugi yang akan diterima oleh insured ?A. RM 150 000 C. RM 60 000B. RM90 000 D. RM 200
Butiran Jumlah (RM)
Nilai premium 200
Nilai insurans kebakaran 150 000
Nilai pembinaan semula 90 000
Soalan 27
Antara berikut, pernyataan manakah yangmembuktikan bahawa skim insurans takafulmengelakkan terdapatnya unsur maisir ?
A. Peserta diberitahu tentang semua syarat dan skim insurans
B. Syarikat takaful tidak memberi dan menerima faedah
C. Wang premium dilaburkan dalam bidang yang halalD. Peserta dibayar dalam jumlah yang tetap sebagai
pampasan
Soalan 28
Berikut adalah maklumat mengenai keluarga En.Sudin seorang pengurus kilang.Isteri : SurirumahAnak : 2 orang, berumur 6 dan 7 tahunHarta : Sebuah rumah teres yang dibeli dengan pinjaman
Bank Mewah Bhd. dan sebuah kereta Proton Waja dengan
pinjaman EON Finance Bhd.I. Insurans pendidikan untuk anakII. Insurans jaminan setia untuk isteriIII. Insurans hayat seumur hidup untuk dirinyaIV. Insurans gadaian untuk rumahnyaA. I, II dan III C. I, III dan IVB. I, II dan IV D. II, III dan IV
Soalan 29
Berikut adalah maklumat mengenai En. Maxwell.En. Maxwell ingin membeli insurans kebakaran untuk rumah kekasihnya Cik Martha tetapi tidak dibenarkan oleh syarikat insurans.
Apakah prinsip insurans yang berkaitan denganperkara ini ?A. Prinsip penuh percaya mutlakB. Prinsip indemnitiC. Prinsip kepentingan boleh insuransD. Prinsip kebolehpercayaan
Soalan 30
Mengapakah insurans dianggap sebagai perkongsian
risiko ?
A. Premium yang dibayar insured adalah rendah
B. Semua ahli berkongsi kerugian yang dialami oleh ahli lain
C. Semua ahli akan rugi apabila berlaku sesuatu risiko
D. Pihak insurer akan berkongsi untuk membayar pampasan
Soalan 31
Maklumat berikut mengenai En. Tharmalinggam.En. Tharmalinggam telah menginsuranskan kedai
emasnya daripada risiko kecurian dengan nilai RM300 000. Oada suatu hari kedainya telah terbakar dan kerugian dianggarkan ialah RM100 000. Beliau telah
membuat tuntutan ganti rugi kepada insurer tetapi tuntutannya telah ditolak.
Apakah prinsip yang digunakan oleh insurer untukmenolak tuntutan En. Tharmalinggam ?A. SubrogasiB. Penuh percaya mutlakC. Doktrin sebab hampiranD. Kepentingan boleh diinsuranskan
Soalan 32
Antara yang berikut, faktor yang manakahmenentukan kadar premium insurans kebakaran ?I. Jenis insurerII. Tahun polisi diambilIII. Tempoh perlindunganIV. Kelengkapan keselamatanA. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV
Soalan 33
Antara berikut, yang manakah prosedur yang betuluntuk membuat tuntutan ganti rugi ?I. Mengisi borang tuntutan daripada dari insurerII. Pihak insurans akan membuat siasatanIII. Membuat laporan kepada polis dan insurerIV. Jika insurer berpuas hati, ganti rugi akan
dibayarA. I, II, III dan IVB. II, I, III dan IVC. III, I, II dan IVD. IV, II, III dan I
Soalan 34
Mengapakah insurer akan menjalankan siasatan apabila menerima borang tuntutan ganti rugi daripada insured ?
I. Membantu insured untuk mendapatkan haknyaII. Menentukan syarat dalam polisi dipatuhiIII. Menjamin tidak berlakunya pengkhianatanIV. Memastikan jumlah tuntutan adalah jumlah
kerugian sebenarA. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV