TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012 PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t. Syukur kepada Tuhan sekalian alam, kerana dengan limpah kurnianya maka dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Radzi Bin Lebai Mat selaku pensyarah pembimbing yang banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudah cara sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Dengan tunjuk ajar beliau dapatlah saya memahami segala perkara yang perlu dilakukan. Penghargaan khusus dirakamkan kepada ibu saya yang banyak memberi sokongan moral sepanjang keberadaan saya di sini agar sentiasa mempelajari dan melakukan segala kerja pembelajaran dengan baik.Terima kasih atas segala bantuan seperti bantuan kewangan untuk mendapatkan bahan dan segala keperluan yang sangat membantu dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang bersama-sama mencari bahan rujukan di beberapa perpustakaan IPGKDA inii. Segala tunjuk ajar, bantuan dan usaha yang telah dilimpahkan sangat membantu dalam pelaksanaan tugasan kali ini. Dengan kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang memberi pertolongan samada secara langsung atau tidak dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini. Pelbagai ilmu dapat saya rungkai sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.Akhir kata, saya berharap tugasan saya ini betul-betul mengikut spesifikasi pemarkahan yang betul dan mendapat markah yang cemerlang. Sekian terima kasih 1 | Page
25
Embed
Perbincangan Tamadun Dan Ketamadunan Oleh Para Sarjana Tamadun Banyak Bertitik Tolak Daripada Perbincangan Istilah
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t. Syukur kepada Tuhan sekalian alam, kerana dengan limpah
kurnianya maka dapatlah saya menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan dan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Radzi Bin Lebai Mat selaku
pensyarah pembimbing yang banyak membantu, membimbing dan juga sebagai
pemudah cara sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Dengan tunjuk ajar
beliau dapatlah saya memahami segala perkara yang perlu dilakukan.
Penghargaan khusus dirakamkan kepada ibu saya yang banyak memberi sokongan
moral sepanjang keberadaan saya di sini agar sentiasa mempelajari dan melakukan
segala kerja pembelajaran dengan baik.Terima kasih atas segala bantuan seperti
bantuan kewangan untuk mendapatkan bahan dan segala keperluan yang sangat
membantu dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih
kepada rakan-rakan saya yang bersama-sama mencari bahan rujukan di beberapa
perpustakaan IPGKDA inii. Segala tunjuk ajar, bantuan dan usaha yang telah
dilimpahkan sangat membantu dalam pelaksanaan tugasan kali ini.
Dengan kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua
pihak yang memberi pertolongan samada secara langsung atau tidak dalam
membantu kami menyiapkan tugasan ini. Pelbagai ilmu dapat saya rungkai
sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.Sejajar dengan anjakan paradigma
dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan bakal pendidik di negara ini
untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.Akhir kata, saya
berharap tugasan saya ini betul-betul mengikut spesifikasi pemarkahan yang betul
dan mendapat markah yang cemerlang. Sekian terima kasih
1 | P a g e
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012
Tamadun
Perbincangan tamadun dan ketamadunan oleh para sarjana tamadun banyak bertitik
tolak daripada perbincangan istilah. Terdapat beberapa istilah yang dikaitkan dengan
tamadun. Antara istilah yang sering digunakan ialah ‘civilization’ dalam bahasa
Inggeris, tamadun dan peradaban dalam bahasa Melayu, maddana, umran dan
hadarah dalam bahasa Arab. Setiap istilah ini mempunyai maksud dan tafsirannya
tersendiri. Peristilahan ini memberi kesan kepada definisi tamadun. Selain ini, definisi
tamadun juga berbeza antara seorang sarjana dengan sarjana yang lain kerana
mereka memberi tafsiran tamadun berdasarkan disiplin ilmu masing-masing. Ini
menghasilkan definisi tamadun yang pelbagai berdasarkan dimensi yang berbeza.
Bagi ahli antropologi, tamadun dikaitkan dengan kebudayaan. Ahli arkeologi pula
menegaskan, tamadun dihubungkan dengan peninggalan bahan-bahan bukti (artifak)
yang boleh digunakan oleh sejarawan dalam menyusun kisah sejarah masyarakat
lampau. Menurut The Oxford Dictionary (1995) salah satu makna tamadun ialah baru
dan mutakhir iaitu new and up to date. Menurut Kamus Dewan ( 1998), tamdun boleh
didefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara
berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau
kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban.
Penggunaan istilah tamadun yang berasal dari bahasa Arab iaitu “tamaddun” telah
lama diterima pakai dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Penggunaannya dalam
bahasa Melayu dikenali sebagai fenomena peminjaman mengikut teori antara
bahasa. Di dalam bahasa Arab terminologi yang sering disamakan dengan tamadun
ialah Hadharah, Umran, dan Madaniyyah atau sinonim dalam bahasa Inggeris
civilization. Semua istilah di atas, walaupun rujukan khususnya boleh dibezakan
antara satu sama lain lantaran berbezanya latar belakang sarjana dan pengalaman
hidup mereka, akan tetapi secara umumnya merujuk kepada makna yang sama.
Semua istilah tersebut secara literalnya beerti maju atau mencapai kemajuan. Makna
kemajuan ini akan dipakai sebagai suatu makna tamadun yang sama supaya mudah
difahami.
2 | P a g e
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012
Perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan bahasa Arab.
Maddana merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar
atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan Maddana
ini lahirlah perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada
sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan
budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri
sebenarnya berasal daripada perkataan al-deen yang bermaksud agama, iaitu
menggambarkan kehidupan beragama ( Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan
Mohd Radzi, Hashim Hj Musa, Mohd Zuhdi Marsuki, 2002 : 3).
Menurut Ibrahim Anis et al. (1960), perkataan tamadun adalah kata terbitan daripada
kata kerja maddana yang beerti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan
membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Manakala
Ibrahim Mustafa et al. (1989 ) dalam Al-Mu’jam al-Wasit memberi erti yang sedikit
berbeza iaitu hidup dalam suasana kehidupan orang Bandar dan menikmati
kehidupan yang maju. Perkataan tamadun melahirkan beberapa perkataan lain yang
menjelaskan lagi kandungan maksud yang diungkapkannya. Antara yang
dimaksudkan ialah Madinah (Bandar) dan madani ( keselesaan hidup dan ketinggian
budi) ( Mohd Liki Hamid, 2004 : 4-5 ).
Tamadun juga sering disamakan pengertiannya dengan peradaban yang membawa
maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam
sesebuah bangsa dan masyarakat. Selain daripada itu, perkataan yang sering
digunakan dalam bahasa Inggeris untuk memberi maksud tamadun ialah civilization
atau civilization. Perkatan ini berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin
yang bermaksud Bandar atau kota. Tamadun dari segi bahasa mempunyai erti yang
sama dengan istilah civilization dalam bahasa Inggeris. Civilization berasal daripada
istilah bahasa Perancis iaitu city (Bandar ). Sehingga tahun 1732, ia merujuk kepada
proses perundangan yang mengubah perbicaraan jenayah kepada perbicaraan sivil.
Pada akhir abad ke-18, ia mula berkembang kepada makna yang lebih luas daripada
hanya proses perundangan. Istilah ini mula digunakan di England pada tahun 1772
( Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba’iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zainol,
2000: 3 ) ). Seperti hadarah dan peradaban, civilization juga membawa maksud
3 | P a g e
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012
menekankan penggabungan antara ketinggian budaya hidup dan kemajuan
kebendaan.
Bagi para sarjana Muslim Islam, tamadun bermula dengan pengutusan para nabi
dan rasul. Pembentukan masyarakat bertamadun menurut acuan Pencipta manusia
adalah tujuan utama perutusan mereka. Para nabi dan rasul diberi amanat untuk
meluruskan jalan kehidupan manusia dan menjadikan manusia umat yang
bertamadun. Masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang memiliki seluruh
tingkat kemajuan kehidupan yang meliputi aspek spiritual dan material. Islam telah
membekalkan asas-asas yang kukuh dan sumber yang mantap untuk manusia
membina tamadun. Menurut Islam, tamadun sesebuah bangsa itu akan terbina
apabila wujudnya nilai-nilai baik dan mulia dalam sesebuah masyarakat. Seandainya
sesebuah masyarakat mengabaikan nilai-nilai baik atau menyalahi matlamat utama
pembinaan tamadun, maka masyarakat tersebut akan mengalami zaman
keruntuhan.
Manakala menurut sarjana barat pula,Clive Bell dalam bukunya Civilization and Old
Finds menjelaskan bahawa tamadun merupakan satu kriteria masyarakat. Hal ini
bererti bahawa tamadun merupakan kata ukur yang dapat menyukat atau
menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun. Manakala menurut Toynbee
tamadun adalah satu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia
menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan mempunyai empat elemen iaitu,
ekonomi,politik,pengetahuan dan seni. Jacqueta Hawkes menyatakan bahawa
tamadun itu dalah satu kualiti yang tinggi dimiliki oleh sesuatu masyarakat. Beliau
menyatakan bahawa iainya dapat dilihat melalui orang Roman yang mempunyai ciri
bandar terpenting. Selain itu juga beliau menilai maksud tamadun dengan melihat
orang-orang Sepanyol menjajah bandar orang Aztec dan menganggap mereka telah
bertamadun kerana telah wujud bandar dengan segala kemudahan asas.
4 | P a g e
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012
Konsep tamadun
Konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang meliputi pencapaian
tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang
sempurna. Bagaimanapun, konsep ketamadunan yang sering difahami oleh
masyarakat manusia hari ini lebih menjurus kepada perkara yang berkaitan dengan
kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata. Lebih buruk
daripada itu, tasawwur terhadap kemajuan penempatan dan kemudahan disempitkan
lagi kepada persoalan kebendaan yang menjadi simbol kemewahan. Kemuncak
kewujudan sesebuah tamadun bukanlah digambarkan oleh limpahan kemewahan
tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umran yangdigunakan oleh Ibn
Khaldun. Umran bermaksud bangunan atau perbandaran yang mempunyai maksud
yang sama dengan Hadharah iaitu sekumpulan manusia yang tinggal kekal di
sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian.
Ciri-ciri Asas Tamadun
Sepanjang sejarah telah muncul tamadun-tamadun yang besar dan masyhur seperti
tamadun Mesir, tamadun India, tamadun Cina, tamadun Yunani, tamadun Islam dan
tain-lain. Setiap tamadun dilihat mempunyai penonjolan yang tersendiri seperti
tamadun Yunani yang masyhur dengan falsafah dan keseniannya, manakala
tamadun Islam pula masyhur dengan perspektif kehidupan yang menyeluruh di
samping perkembangan sains dan teknologi. Meskipun terdapat keistimewaan
tertentu pada tamadun yang berbeza, kesemua tamadun yang telah muncul
mempunyai ciri-ciri dasar yang sejagat seperti berikut , ciri asas ketamadunan adalah
kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau beberapa
kawasan yang disatukan membentuk kota, bandar, kepolisan atau madinah. Selain
mempunyai tempat penempatan sesebuah tamadun juga perlu ada peningkatan
kualiti kehidupan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya seterusnya terhasil
peningkatan jangka hayat penghidupan yang lebih stabil dan panjang. Sesebuah
tamadun juga perlu mempunyai, kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial
dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan
teratur. Dengan kewujudan tamadun, munculah satu bahasa atau beberapa bahasa
yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri bagi menjadi perantaraan
5 | P a g e
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012
komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam
pelbagai bidang ilmu. Ciri- ciri sebuah dapat dilihat kewuJudan sistem perundangan
yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk
mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan
kehidupan. Ciri sesebuah tamadun juga dapat dinilai dengan kelahiran dan
peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi
menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan dan lahirnya dan perkembangan daya
kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang
tersendiri.
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TAMADUN MELAYU
Terdapat pelbagai teori yang memperkatakan tentang kedatangan Islam ke Tanah
Melayu.Secara umumnya Islam yang datang ke tanah melayu dikatakan datang dari
tanah Arab, China dan India.Melaka ialah negeri yang paling awal menerima ajaran
Islam.Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara dikatakan telah memeluk
Islam pada tahun 1414.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa Islam yang datang ke tanah melayu
datangnya dari tanah arab. Contohnya, Raja Kedah telah diislamkan pada tahun
531H/1136M oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al-Yamani, seorang
ulama’ berbangsa arab Yaman. Hamka adalah bukti orang arab telah belayar ke
Indonesia sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW untuk membeli rempah ratus
dan kapur barus yang hanya terdapat di tanah melayu sahaja. Ini menunjukkan peta
lokasi tanah melayu telah dihafal oleh orang arab. Pada zaman pemerintahan
Khalifah Sulaiman bin Malik, beliau telah menghantar 35 buah armada ke muara
Sabak di Jambi. Armada ini dikatakan bertolak dari Ceylon ke Palembang pada
717M sebelum berlayar ke China.
Islam telah sampai sejak pertama Hijrah (abad ke-7M) dibuktikan dengan wujudnya
perkampungan Islam di utara Sumatera yang dikenali sebagai Ta-Shih. Terdapat
pengaruh arab dalam perkataan melayu seperti kitab, surat, kertal dan lain-lain.
Selain itu terdapat juga nama-nama orang melayu yang berunsurkan arab seperti
Hassan, Malik, Abdullah dan lain-lain.
6 | P a g e
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012
Menurut Prof S. Q. Fatimi, perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton pada
tahun 876/878 kerana pemberontakan telah membawa Islam ke Alam Melayu. Ini
berdasarkan bukti dari batu nisan Sheikh Abdul Qadir yang ditemui di Langgar, batu
bersurat Phan-rang di Kemboja dan batu bersurat di Terengganu 1303M. Pengaruh
China ini dibuktikan juga dengan bentuk masjid di Melaka dan Jawa yang berbentuk
seperti pagoda.
Orientalis seperti R.O. Winstedt dan B.Harrison menyokong teori yang dikemukakan
oleh Snouck Hurgronje yang mengatakan bahawa Islam dibawa ke Alam Melayu
melalui pedagang-pedagang India yang datang berdagang di Nusantara. Teori ini
diperkukuhkan dengan bukti batu-batu nisan yang dijumpai di Alam Melayu telah
dibawa dari Kembayat Gujerat. Selain itu tradisi kesusasteraan melayu lebih mirip
kepada tradisi India Islam.Ada catatan yang mendakwa Marco Polo dan Ibn Batutah
telah melawat Alam Melayu sekitar abad ke-13 dan 14M. Penemuan makam Sultan
Malik al-Salleh yang disebut sebagai pemerintah Pasai dalam Sejarah Melayu dan
Hikayat Raja-Raja Pasai mengukuhkan teori bahawa Islam hanya tersebar sekitar
abad ke-13M.
Kesan kedatangan Islam dalam tamadun Malaysia
Kedatangan Islam telah membawa wajah baru dan mamberi kesan yang amat besar
terhadap masyarakat melayu. Mengikut Prof S.M. Naquib al-Attas : Islam telah
membawa zaman baru di Nusantara yang berjaya mengubah wajah dan jiwa Alam
Melayu. Dengan kedatangan Islam, kehidupan masyarakat melayu banyak didasari
adat dan ajaran agama Islam. Kedatangan Islam member kesan dan pengaruh
kepada agama/ kepercayaan, sosial dan budaya, pendidikan, perundangan, adat
dan kepercayaan, ekonomi dan cara hidup.
Pengaruh terhadap kepercayaan
Dengan kedatangan tamadun Islam, masyarakat melayu yang pada awalnya
beragama Hindu-Buddha dan menganut kepercayaan animisme mula percaya
kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati dan persamaan taraf.Tamadun
Islam telah menghapuskan kepercayaan sinkritime Hindu-Budha-Hyang dan diganti
dengan akidah tauhid.Pada peringkat awalnya masyarakat melayu percaya kepada
kepercayaan animisme.Mereka percaya alam semulajadi.mempunyai semangat dan
7 | P a g e
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012
kuasa ghaib. Dengan itu mereka memuja dan menyembah batu-bata, pokok-pokok
dan fenomena alam yang lain. Mereka percaya adanya kuasa ghaib seperti jin atau
hantu yang menghuni atau menjadi penunggu objek yang mereka sembah. (Harun
Daud. 1989:26).
Tamadun Islam telah mengubah kepercayaan masyarakat melayu untuk
mempercayai Tuhan yang esa, adanya nabi-nabi dan rasul, kitab-kitab malaikat dan
suci. Pentauhidan mereka diikuti dengan ibadah-ibadah seperti sembahyang, puasa,
menunaikan zakat dan menunaikan haji.Mereka turut meraikan hari-hari kebesaran
Islam seperti Maalhijrah, Maulidulrasul dan Nuzul al-Quran.Pentauhidan mereka
menyebabkan mereka mula meninggalkan zaman kehidupan Hinduisme dan
Buddhisme dan agama Islam mula disebarkan melalui aktiviti pendidikan formal
(Azhar Hj Md. Aros 2003:304).
Kedatangan agama Islam telah mengubah kehidupan keagamaan yang sebelum itu
berabad-abad lamanya dipengaruhi oleh kepercayaan Hindu-Buddha. Dalam tempoh
hampir 15 abad dari awal Masihi sehingga permulaan abad ke-15, turun naiknya dan
jatuh bangun Kerajaan-Kerajaan Melayu boleh ditelusuri dari Zaman Funan,
Langkasuka, Sriwijaya, Majapahit dan kerajaan-kerajaan wilayah seperti di Kediri,
Singosari, Kutai Kartanegara. Sungguhpun disebut hubungan Tanah Melayu dengan
dunia Arab sudah terjadi sejak abad ke-9 Masihi mungkin kerana perdagangan,
tetapi kesan terbesar terjadi hanya sesudah terbentuknya Kerajaan Melayu Melaka
dengan kekuatan sistem pemerintahan dalam bidang siasah, ekonomi, sosial dan
kebudayaan, serentak dengan peranannya dalam penyebaran Islam ke seluruh Alam
Melayu. Yang paling penting lagi, Alam Melayu seolah-olah menjadi penyambut
kepada kejatuhan Islam di Andalusia yang mencapai kegemilangannya pada abad 7
hingga 14 Masihi dan Empayar Melaka muncul sewaktu Barat memulakan
penerokaan dunia baru dan bertarung dalam Perang Salib. Barat telah
menggerakkan Zaman Pembaharuan (Renaissance) yang bertujuan mengubah dan
menukar segala kemajuan ilmu dan pengetahuan termasuk sains Islam mengikut
kehendak dan kaca mata mereka. Mungkin Alam Melayu tidak menerima
keseluruhan isi peradaban Zaman Andalusia, tetapi hakikat penerimaan aqidah
Islamiyyah dan tradisi keilmuan sudah cukup bagi mewarnai corak keperibadian baru
dan pedoman hala tuju sebuah peradaban di timur. Di Melaka agama Islam mula
dihayati sejak agama itu diterimaoleh Raja Mahkota Iskandar Shah. Perubahan cara
8 | P a g e
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012
hidup menunjukkan penerimaan dan penghayatan mereka terhadap Islam. Majlis
bercorak islamik seperti muzakarah, kuliah dan ceramah dianjurkan dengan penuh
penghayatan. Proses mempelajari dan ilmu tafsir giat dijalankan melalui ulamak
setempat (Zainal Abidin bin Abdul Wahid 1992: 29). Dalam pada itu kepercayaan
dan tradisi lama tetap diamalkan seperti bacaan mentera dalam perubatan melayu
kerana dianggap tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Setelah kedatangan Islam, kehidupan baru manusia alam Melayu atau Nusantara
dalam keserumpunan itu bertukar daripada kepercayaan tahyul kepada suatu
keyakinan yang berpaksikan aqidah yang didasari intelektualisme dan rasionalisme.
Islam telah membawa kesan yang meluas dan mendalam terhadap kehidupan sosio-
budaya masa dan membentuk corak kerajaan-kerajaan Melayu di Dunia Melayu
dengan memperkenalkan pelbagai sistem, serta memperkenal dan meninggalkan
tradisi keilmuan. Islam dalam kebudayaan Melayu dikatakan denyut nadi dan degup
jantung kepada kesinambungan sejarah rantau, kemajuan bahasa, persuratan dan
budaya dalam suatu bahagian tamadun manusia di bahagian timur dunia sejak
berabad-abad yang lalu.
Perubahan yang dibawa oleh Islam merupakan suatu perubahan menyeluruh
berteraskan paradigma tauhid. Impak tauhid ini menyebabkan perubahan yang
berlaku itu terhadap ‘rupa dan jiwa’ di alam Melayu ini. Perubahan tersebut bukan
hanya melibatkan perubahan watak luaran, tetapi terkesan daripada falsafah dan
pemikiran Islam yang tulen. Ledakan tauhid itu mencetuskan zaman baru dan
meninggalkan zaman kehidupan Buddha dengan metodologinya, dengan alam
khayalannya, penyembahan berhalanya dengan pementingan kepada keseniannya.
Pengaruh terhadap bidang keilmuan.
Islam juga mencetuskan perubahan dalam bidang keilmuan. Ini kerana hukum Islam
sendiri menggalakkan usaha-usaha belajar dan mengajar ilmu pengetahuan.
Profesor Muhammad Syed Naguib al Attas menjelaskan, “Islam membawa semangat
rasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja dalam kalangan istana dan kraton,
malah sampai juga dengan lebih merebak dalam kalangan rakyat jelata”. Ia juga
menggambarkan pola perubahan dalam hal-hal yang bersifat keilmuan ini melibatkan
golongan atasan dan istana serta golongan bawahan dan rakyat jelata. Selain itu
kedatangan Islam merubah pandangan masyarakat di alam Melayu ke arah yang
9 | P a g e
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012
bersifat ilmiah dan saintifik, meninggalkan era yang mengutamakan sesuatu yang
bersifat tahyul, khayalan dan memuja sesuatu yang berbentuk estatik. Menurut
Uthman el Muhammad, alam Melayu mementingkan sesuatu yang menggunakan
akal, pemahaman ilmu metafizika, serta pandangan hidup yang munasabahpada
akal yang sihat. Alam Melayu juga muncul sebagai pusat keilmuan. Antara tokoh-
tokoh keilmuan di daerah ini ialah Nasruddin al Raniri, Shamsuddin al Sumaterani,
Muhammad Singkel, Hamzah Fansuri dan lain-lain. Institusi pondok tumbuh dengan
pesatnya sebagai pusat pengembangan ilmu. Ia menjadi institusi tumpuan
masyarakat dan menjadi tempat mempertahankan tradisi suci yang diajar oleh Islam.
Melahirkan masyarakat yang bertamadun memerlukan masyarakat yang berilmu
supaya tidak ditindas atau ditipu dan untuk memperoleh masa depan yang cerah.
Pendidikan dan pengembangan ilmu adalah warisan Nabawi yang sangat utama.
Firman Allah yang pertama disampaikan melalui Jibril kepada Junjungan Besar Nabi
Muhammad s.a.w. adalah kewajipan terhadap pencarian ilmu dengan perintah
‘Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah
menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha
Pemurah. Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan
kepada manusia apa yang tidak diketahuinya’ Al ‘Alaq (Segumpal Darah) 96:1-5.
Perkembangan ilmu telah membawa kesan yang cukup besar terhadap perubahan
sosio-budaya umat Melayu sesudah kedatangan Islam. Sistem awal yang
diperkenalkan, mungkin pada mulanya dengan menadah kitab di surau, langgar dan
masjid atau di kalangan istana, sehingga kemudiannya terdirinya pondok dan
pesantren di serata wilayah dan daerah kepulauan Melayu. Ilmu adalah alat pertama
bagi kesempurnaan keperibadian seseorang insan dan pembentukan akhlak.
Sejarah intelektualisme rantau ini juga mencatatkan adanya polemik-polemik
intelektual yang menyegarkan budaya berfikir. Pada zaman tamadun Aceh telah
terjadi polemik di sekitar faham wujudiyyah dan pada zaman kebelakangan ini lebih
banyak lagi polemik-polemik tentang pelbagai isu termasuklah polemik Islam dan
adat tentang pembahagian harta pusaka dalam sistem adat perpatih, polemik politik
tentang Islam dan kenegaraan (antara Soekarno dengan Natsir) polemik Kaum Tua-
Kaum Muda (tentang pembaharuan Islam), polemik di sekitar faham sekular,
reaktualisasi Islam dan sebagainya. Perkembangan-perkembangan mutakhir dalam
bidang pendidikan di rantau ini telah membuka kemungkinan-kemungkinan baru.
10 | P a g e
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012
Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dan ISTAC (Institut Pemikiran dan
Tamadun Islam Antarabangsa) di Malaysia umpamanya telah menjadikan rantau ini
sebagai salah satu pusat tumpuan para ilmuwan dunia. Sekarang ini pun kita sudah
menyaksikan semakin ramainya para pelajar dari pelbagai rantau dunia termasuk
Dunia Arab yang datang untuk belajar di kampus-kampus kita.
Kedatangan Islam juga memartabatkan bahasa Melayu dengan cara membentuk
para penggunanya menuturkan perkara-perkara yang bersifat ilmiah, membicarakan
persoalan metafizik, falsafah dan saintifik. Isu-isu sebegini sukar ditemui sebelum
kedatangan Islam. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa perantaraan di alam
Melayu. Di Melaka yang dikunjungi oleh pedagang seluruh dunia, bahasa Melayu
ditutur oleh 360 bangsa yang tiba di pelabuhan itu. Malah dikatakan bahasa ini
menjadi salah satu bahasa umat Islam yang tertinggi bilangan pengucapnya. Ia
menjadi bahasa yang menjadi bahasa rasmi lebih daripada seratus juta manusia di
alam Melayu. Aspek tulisannya ialah aspek yang paling penting. Kedatangan Islam
mengenalkan tulisan kepada orang-orang Melayu, iaitu tulisan Jawi. Tulisan ini
mempunyai hubungan yang rapat dengan tulisan arab al-Quran. Dalam pada masa
yang sama, perubahan juga berlaku di dalam bidang persuratan Melayu. Fungsi
persuratan dan kesusasteraan bertukar daripada semata-mata untuk berhibur
kepada pendidikan. Pada zaman kebangkitan kuasa kesultanan Melayu Islam di
alam Melayu, isu-isu yang dibicarakan dalam persuratan Melayu berkisar tiga tema
utama. Pertama, karya yang bertemakan tasawwuf dan falsafah seperti karya-karya
Hamzah Fansuri. Kedua, hasil kesusasteraan yang berbentuk keagamaan dan
ketatanegaraan seperti karya-karya Nuruddin al Raniri, Bukhari al Jauhari dan lain-
lain. Ketiga, kisah-kisah lagenda Islam seperti Hikayat Ali Hanafiah. Tema-tema yang
dikemukakan ini membezakan pendekatan yang wujud sebelumnya yang
mengucapkan tentang dewa-dewa dan pengaruh Hindu-Buddha.
Pengaruh dalam bidang terhadap bahasa dan kesusasteraan.
Bahasa melayu telah mula menerima pengarah agama islam sejak abad ke-14
masihi. Ia sejajar dengan perkembagan agama islam itu sendiri yang semakin
meluas dan teguh di Asia Tenggara. Buktinya dapat dilihat melalui penggunaan
tulisan jawi oleh masyarakat melayu ketua itu.bahasa melayu juga dijadikan bahasa
lingua franca kepada lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat
11 | P a g e
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012
Melaka ketika itu. Bahasa melayu klasik pula melalui zaman peralihan (abad ke19
M) dan zaman moden (abad ke-20 M) (Mahayudin Hj. Yahya, 1998 : 91). Perubahan
besar berlaku apabila masyarakat melayu mula menyesuaikan perkataan arab dalam
bahasa melayu. Perubahan ini turut dipermudahkan setelah tulisan Arab diubah suai
sebagai tulisan jawi.
Bahasa melayu mula digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat,
undang-undang dan pentadbiran dalam tulisan jawi. Selain itu bahasa melayu turut
menjadi bahasa pengantara persuratan, penyebaran dan penyampaian agama islam
diseluruh Alam Melayu. Sifat bahasa melayu yang fleksibel dalam menerima
pengarah penyerapan bahasa arab menjadikannya mudah diterima pakai sebagai
bahasa pengantar penyebaran dan penyampaian persuratan islam. Apabila
digunakan sebagai bahasa pengantara Agama Islam, bahasa melalui telah
menaikkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya.Pemindahan ilmu dari bahasa Arab
ke dalam bahasa melayu menyebabkan berlakunya perkembangan keilmuan yang
pesat di Alam Melayu.Martabat bahasa melayu telah diangkat kearah bahasa
bersifat ilmiah dan saintifik sehingga mencapai taraf lingua franca. Malah terdapat
penggunaan perkataan bahasa arab yang dipinjam dan diguna pakai dalam bahasa
melayu.
Warisan kesusasteraan melayu turut mengalami perubahan yang besar dengan
kedatangan Agama Islam. Banyak hasil-hasil kesusasteraan melayu yang dihasilkan
seperti Hikayat Nabi Muhammad S.A.W, Hikayat Para Nabi dan Rasul,Hikayat Para
Sahabat,Hikayat Para Pahlawan Islam, Hikayat Ahli-ahli Sufi dan orang-orang yang
salih. Puisi-puisi yang bertemakan islam turut dihasilkan seperti syair Perahu, syair
Burung Pingai dihailkan/ ditulis oleh Hamzah Kansuri dan syair Makrifat oleh Abdul
rauf Kansuri. Selain itu buku-buku sejarah yang dihasilkan turut mengekalkan tajuk
asal dalam bahasa arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-salatin
(Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992 : 28). Karya-karya yang dihasilkan bukan sahaja
bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi ilmu fekah, ilmu tasawwuf, ilmu kalam, falsafah
dan sebagainya (Ismail, 1985 : 101). Pelbagai hasil kesusasteraan yang bertemakan
sejarah islam atau ajaran islam turut dihasilkan seperti Hikayat Nur Muhammad,
Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj.
12 | P a g e
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3012
Tamadun China
Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang kaya dengan penciptaan dan
penemuan sains.Ianya banyak memberi sumbangan kepada perkembangan sains
dan teknologi dunia.Hasil daripada interaksi antara tamadun maka munculnya pinjam
meminjam antara tamadun.China dalam situasi ini banyak memberi beberapa
pengetahuan kepada dunia mengenai sains dan teknologi. Namun demikian China
juga tidak ketinggalan menerima pengaruh sains dari tamadun lain. Oleh itu,
perkembangan ini menggalakkan perrkembangan sains dan teknologi dunia.
Pada dasarnya sains dan teknologi China adalah hasil daripada kepercayaan magik
dan kuasa ghaib. Dari asas ini orang Cina cuba untuk memberi jawapan tentang