PERBANDINGAN LARAS BAHASA IKLAN PEMASARAN PRODUK DAN IKLAN PERKHIDMATAN DALAM MAJALAH WANITA Nurul Aini Atiqah binti jasmani Siti Afifah binti dajuli Wan Nur Izzati binti wan mohd yusli
Jan 09, 2017
PERBANDINGAN LARAS BAHASA IKLAN
PEMASARAN PRODUK DAN IKLAN
PERKHIDMATAN DALAM MAJALAH WANITA
Nurul Aini Atiqah binti jasmaniSiti Afifah binti dajuliWan Nur Izzati binti wan mohd yusli
Nik Safiah, 1988, mendefinisikan laras bahasa sebagai gaya atau cara peggunaan sesuatu bahasaAsmah Hj. Omar (1984) berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannyaS.Nathesan (1995) mengkaji laras bahasa ilmiah dan mendapati kajian laras bahasa Melayu kurang dilakukan di negara ini dan keutamaan hanya diberikan kepada laras bahasa sains, laras bahasa akhbar, laras bahasa iklan dan laras bahasa ilmiah sahaja
LATAR BELAKANGPENGENALAN
Definisi Konsep
Laras bahasa iklan digunakan untuk menyampaikan maksud dengan berkesan.
Laras bahasa ini berbentuk pemberitahuan fakta.
Laras bahasa iklan menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruh yang bertujuan untuk memujuk dan mempengaruhi pengguna agar membeli barangan atau perkhidmatan.
Pengiklanan merupakan satu bentuk komunikasi massa yang berkait rapat dengan dunia perniagaan dan pemasaran.Pengiklanan boleh dianggap sebagai perhubungan secara tidak langsung yang bertujuan untuk mempromosikan, memperkenalkan dan meningkatkan jualan atau melariskan perkhidmatan, idea atau barangan melalui pelbagai media massa.
Kumpulan sasarannya ialah para penonton atau pembaca tertentu yang bakal menjadi pembeli atau pengguna (Nik Rahimah Yaacob, et.al.1992:170).
Objektif kajian
Mengenal pasti dan menyenaraikan jenis iklan yang digunakan dalam laras bahasa iklan pemasaran produkMengenal pasti dan menyenaraikan jenis iklan yang digunakan dalam laras bahasa iklan perkhidmatanmembandingkan laras bahasa iklan pemasaran produk dan iklan perkhidmatan
KEPENTINGAN KAJIAN
a)Dijadikan sebagai panduan untuk mengetahui laras bahasa perniagaan/iklan yang terdapat di dalam iklan semasa, danb)Dijadikan sebagai bahan rujukan untuk menjalankan kajian yang lain, khususnya kajian yang berkaitan dengan laras bahasa.
SKOP KAJIAN
Fokus kajian ini ialah kepada laras bahasa perniagaan/iklan iaitu salah satu laras bahasa yang digunakan dalam menyampaikan maklumat dengan berkesan kepada pengguna. Mengkaji perbezaan laras bahasa iklan pemasaran produk dan iklan penawaran perkhidmatan.
BATASAN KAJIAN
Kajian ini tertumpu pada aspek pengiklanan yang terdapat dalam majalah wanita bilangan 1599 edisi 11-17 Julai 2014.Kajian ini juga tertumpu pada beberapa helaian muka surat yang mengandungi iklan sahaja.
KAEDAH KAJIAN
Mendapatkan
Bahan/DataMengumpul
Data
Menganalisis Data
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini akan membincangkan dapatan kajian tentang perbandingan laras bahasa iklan pemasaran produk dan iklan perkhidmatan.
• Bahasa iklan terbahagi kepada dua iaitu bahasa iklan secara bertulis dan bahasa iklan yang disampaikan secara lisan
Pengiklanan merupakan satu bentuk komunikasi massa yang berkait rapat dengan dunia perniagaan dan pemasran. Iklan bukan sahaja merupakan alat pemasaran yang membantu menjual jenama produk malah membina keyakinan pengguna terhadap sesuatu syarikat atau institusi melal
ui media massa.
Iklan-iklan yang dibuat terdiri daripada pelbagai saiz yang biasanya disokong oleh gambar-gambar produk atau barangan yang diiklankan yang disertai dengan lukisan grafik,
ilustrasi dan sebaginya.
Jenis iklan yang digunakan dalam laras bahasa iklan pemasaran
produk
KAEDAH DALAM IKLAN PEMASARAN PRODUK
KAEDAH PERBANDINGAN
KAEDAH PERNYATAAN
KAEDAH PERTANYAAN
KAEDAH PERKAITAN
KONSEP
KAEDAH SLOGAN
KAEDAH PUJUKAN
Iklan perkhidmatan merupakan satu iklan yang cuba menarik perhatian pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.
IKLAN PERKHIDMATAN
KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM LARAS BAHASA IKLAN
PERKHIDMATAN
KAEDAH SLOGAN
KAEDAH PERNYATAAN
KAEDAH MESRA
KAEDAH MENGUMPAN
KAEDAH PERTANYAAN KAEDAH GESAAN
Perbandingan laras bahasa iklan pemasaran produk dan iklan perkhidmatan
o Laras bahasa iklan pemasaran produk dan iklan perkhidmatan merupakan suatu iklan yang berbeza dari segi penyiarannya dalam media massa mahupun media cetak dan dari segi penggunaan ayat dalam iklan-iklan tersebu
t.
o Secara umumnya, penggunaan kata dan frasa dalam iklan adalah ringkas, tepat, dan berkesan.
o Huraiannya ringkas dan padat supaya pengguna dapat memahami iklan dengan cepat dan mendorong mereka supaya membeli atau menggunakan p
erkhidmatan yang ingin dipasarkan.
LARAS IKLAN PEMASARAN PRODUK
LARAS IKLAN PERKHIDMATAN
Mengeluarkan dan memasarkan produk kepada pelanggan seperti produk kecantikan, kesihatan, barangan dapur dan sebagainya.
Memberi perkhidmatan kepada pelanggan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, pemulihan rambut dan sebagainya.
Disampaikan melalui ayat yang lebih dramatis agar pelanggan menggunakan produk tersebut tanpa berfikir panjang
Disampaikan melalui ayat yang ringkas untuk menarik pelanggan menggunakan perkhidmatan mereka
JENIS PERNIAGAAN
CARA PENYAMPAIAN
LARAS IKLAN PEMASARAN PRODUK LARAS IKLAN PERKHIDMATAN
menarik pelanggan menggunakan produk yang dikeluarkan dan dipasarkan oleh mereka
Menarik pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka
kaedah yang digunakan ialah kaedah slogan, penyataan, pertanyaan dan beberapa kaedah lain
kaedah yang digunakan ialah kaedah slogan, penyataan, pertanyaan dan beberapa kaedah lain
biasanya disampaikan melalui media elektronik dan media cetak
Biasanya disampaikan melalui media elektronik dan media cetak.
PERSAMAAN
TUJUAN
KAEDAH
TEMPAT PENYIARAN
RUMUSAN KAJIANLaras bahasa pengiklanan yang digunakan dalam majalah wanita menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik pelanggan. Pelbagai kaedah digunakan dalam laras bahasa pengiklanan pemasaran produk dan laras bahasa pengiklanan perkhidmatan. Penggunaan kaedah ini adalah bertujuan untuk menarik pelanggan mendapatkan produk mereka serta perkhidmatan yang ditawarkan.
Kedua-dua jenis iklan ini juga menggunakan media massa, media elektronik dan media cetak untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan.Perbezaan yang terdapat dalam laras iklan pemasaran produk dan laras iklan perkhidmatan ialah dari aspek gaya penyampaian dalam iklan tersebut.
Laras bahasa pengiklanan merupakan satu bahasa yang bertujuan untuk menarik, mengumpan dan menggesa pelanggan menggunakan produk mahupun perkhidmatan yang telah disediakanPenggunaan ayat dalam pengiklanan yang dramatis dapat meyakinkan pengguna menggunakan produk tersebut. Penggunaan ayat yang unik juga menunjukkan seolah-olah produk atau perkhidmatan tersebut adalah yang terbaik berbanding yang lain.
PENUTUP
Laras bahasa pengiklanan merupakan satu bahasa yang bertujuan untuk menarik, mengumpan dan menggesa pelanggan menggunakan produk mahupun perkhidmatan yang telah disediakan.Penggunaan ayat dalam pengiklanan yang dramatis dapat meyakinkan pengguna menggunakan produk tersebut. Penggunaan ayat yang unik juga menunjukkan seolah-olah produk atau perkhidmatan tersebut adalah yang terbaik berbanding yang lain.
SEKIAN TERIMA KASIH