TAJUK : Bandingkan golongan kata adverba Abdullah Hassan dalam Buku Tatabahasa Pedagogi dengan golongan kata adverba dalam Buku Tatabahasa Dewan Oleh Nik Safiah Karim et al.
TAJUK :Bandingkan golongan kata adverba Abdullah
Hassan dalam Buku Tatabahasa Pedagogi dengan golongan kata adverba dalam Buku Tatabahasa
Dewan Oleh Nik Safiah Karim et al.
Abdullah HassanBuku Tatabahasa Pedagogi
PENGENALAN BUKU TATABAHASA PEDAGOGI
Buku Tatabahasa pedagogi untuk Sekolah Menengah ini mempunyai tiga keistimewaan iaitu pertama, buku ditulis dengan mematuhi semua rumus tatabahasa dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2012) . Hal ini dilakukan bagi membolehkan buku tersebut digunakan dengan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dengan keperluan mengajar tatabahasa Melayu di Sekolah Menengah.
Kedua, buku ini ditulis dengan menggunakan data daripada penggunaan bahasa Melayu sebenar dalam bentuk digital. Oleh sebab itu, segala imbuhan, perkataan, frasa, klausa dan ayat yang digunakan sebagai contoh dalam buku ini adalah diambil daripada data sebenar . Hal ini bermaksud, semua contoh ini betul-betul wujud dalam bahasa Melayu.
Ketiga, semua bab dilengkapi dengan latihan bagi membolehkan guru mengajarkan setiap aspek penggunaan bahasa itu dalam bilik darjah. Latihan itu membolehkan guru dan murid menguasai semua aspek tatabahasa dengan mudah.
NIK SAFIAH KARIM
FARID M. ONN
ABDUL HAMID MAHMOOD
HASHIM HJ MUSA
Buku ini merupakan penambahbaikan pada terbitan yang terdahulu di bawah tajuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dalam edisi ini, terdapat pertambahan dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata, dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata adverba dimasukkan sebagai sub kelas kata di bawah Kelas Kata Tugas.
Unsur wacana yang merupakan unit bahasa yang melampaui batas ayat, dimasukkan untuk memperkenalkan dan mendedahkan kepada pengguna tentang konsep wacana dan penanda wacana.
Buku ini merupakan penambahbaikan pada terbitan yang terdahulu di bawah tajuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dalam edisi ini, terdapat pertambahan dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata, dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata adverba dimasukkan sebagai sub kelas kata di bawah Kelas Kata Tugas.
Unsur wacana yang merupakan unit bahasa yang melampaui batas ayat, dimasukkan untuk memperkenalkan dan mendedahkan kepada pengguna tentang konsep wacana dan penanda wacana.
Buku ini ialah hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang komprehensif, boleh menjadi pegangan para guru, pensyarah, penulis, pegawai dan pengguna bahasa Melayu yang ingin mendalami pengetahuan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu. Kandungan buku ini memberi tumpuan pada aspek pembentukan perkataan dan pembinaan ayat.
Berbagai-bagai aspek binaan ayat dan perkataan, iaitu dari segi pola, bentuk, jenis, struktur binaannya dan bahagian komponennya dihuraikan dengan terperinci. Setiap huraian disertakan dengan contoh bagi menjelaskan lagi bentuk-bentuk perkataan dan ayat dengan sebaik-baiknya. Usaha pengekodan bahasa seperti ini amat penting dalam proses pembinaan bahasa baku. Usaha ini perlu disebar luaskan kepada semua pengguna bahasa Melayu dalam bentuk yang mudah difahami baik mengukuhkan penggunaan bahasa baku dalam semua jenis komunikasi umum dan rasmi.
Buku ini ialah hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang komprehensif, boleh menjadi pegangan para guru, pensyarah, penulis, pegawai dan pengguna bahasa Melayu yang ingin mendalami pengetahuan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu. Kandungan buku ini memberi tumpuan pada aspek pembentukan perkataan dan pembinaan ayat.
Berbagai-bagai aspek binaan ayat dan perkataan, iaitu dari segi pola, bentuk, jenis, struktur binaannya dan bahagian komponennya dihuraikan dengan terperinci. Setiap huraian disertakan dengan contoh bagi menjelaskan lagi bentuk-bentuk perkataan dan ayat dengan sebaik-baiknya. Usaha pengekodan bahasa seperti ini amat penting dalam proses pembinaan bahasa baku. Usaha ini perlu disebar luaskan kepada semua pengguna bahasa Melayu dalam bentuk yang mudah difahami baik mengukuhkan penggunaan bahasa baku dalam semua jenis komunikasi umum dan rasmi.
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) Tatabahasa Pedagogi (2008)
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Frasa sendi nama ini dahulunya dipanggil sebagai 'frasa keterangan'
Kata adverba ialah kata yang memberi keterangan kepada kata kerja, kata adjektif, dan frasa keterangan. Buku ini menambah huraian yang tidak ada dalam buku Tatabahasa Dewan dengan mengatakan bahawa kata adverba itu juga memberi keterangan kepada bukan sahaja frasa keterangan, tetapi juga kepada kata adverba itu sendiri.
Rajah 1: Bentuk Kata Adverba Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008)
Penggandaan penuh
Penggandaan separa
Penggandaan berentak
Penggandaan separa
berawalan
Penggandaan separa
berakhiran
Kata adverba jati terdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif dan frasa sendi nama yang tidak tergolong ke dalam mana-mana golongan kata lain.
Contoh Contoh Ayat
1. semalam
2. sering kali
3. sentiasa
4. lusa
5. tulat
6. kelak
7. sekarang
8. dahulu
9. tadi
10. kemudian
i. Pelancong itu akan tiba esok
dari New Zealand.
ii. Sejak peristiwa itu, dia
sering kali sakit.
iii. Pegawai itu sentiasa sahaja
di sini.
Kata adverba jenis ini berasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama. Kata-kata adverba jenis ini juga dapat hadir di hadapan dan selepas perkataan yang diterangkannya.
Contoh Contoh Ayat
1. sakit kuat
2. ketawa besar
3. mengalir lesu
4. terbang tinggi
5. hampir terjatuh
i. Penulis itu membayangkan air
sungai itu mengalir lesu.
ii. Fatimah hampir terjatuh ketika
menyidai kain basuhannya.
iii. Dia pulang apabila mendengar
ibunya sakit kuat.
Ialah kata adverba yang berasal daripada kata kerja tetapi berfungsi sebagai unsur penerang kepada kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh Contoh Ayat
1. berjalan mengiring
2. terbang meninggi
3. berenang menelentang
4. putih berseri
5. tinggi mengawan
i. Ketam ialah haiwan yang
berjalan mengiring.
ii. Pemuda itu suka berenang
menelentang.
iii. Kulit tuan puteri itu putih
berseri.
1.
Penggandaan Penuh.
Kata adverba penggandaan penuh ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan seluruh kata dasarnya.
2.
Penggandaan Separa
Kata adverba penggandaan jenis ini terhasil daripada proses menggandakan kata dasarnya, yang mengandungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhannya. Terdapat dua jenis penggandaan separa, iaitu:i.Penggandaan separa berawalanii.Penggandaan separa berakhiran
3.
Penggandaan Berentak
Kata adverba penggandaan berentak ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu.
1 Penggandaan Penuh.
i. Dia betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya yang telah lama
terpisah.
ii. Pemuda itu pura-pura baik sewaktu berhadapan dengan bakal
mentuanya.
2 Penggandaan Separa
i. Kata Adverba Penggandaan Separa Berawalan
i.Mereka sesat bermalam-malam di puncak gunung itu
ii.Sekawan itik berjalan terkedek-kedek menyeberang jalan.
Kata Adverba Penggandaan Separa Berakhiran
i.Dia melompat setinggi-tingginya untuk melepasi kayu galang itu.
ii.Pahlawan yang terkorban itu dikenang selama-lamanya.
3 Penggandaan Berentak
i. Anak itu menangis sedu-sedan apabila ditinggalkan ibunya.
ii. Pasar itu kedengaran hingar-bingar sepanjang hari.
BENTUK KATA ADVERBA TATABAHASA PEDAGOGI
Bentuk Berderet
Kata adverba boleh berlaku dalam bentuk kata akar,
Iaitu tidak diberi imbuhan. Contoh kata adverba bentuk akar
adalah seperti berikut:Contohnya
1) sakit tenat 5) tidur lena
2) bercakap kuat
6) memandu laju
3) berjalan jauh 7) terkejut besar
4) ketawa besar
8) menari rancak
- Kata adverba bentuk terbitan juga boleh berlaku dalam bentuk terbitan, iaitu kata adverba itu mempunyai imbuhan. Contoh kata adverba dalam bentuk terbitan.Contohnya
1) makan bersuap
6) duduk termenung
2) tidur sendirian 7) mandi berendam
3) jalan terhegeh-hegeh
8) ikut bersama
4) hancur berderai
9) berusaha bermati-matian
5) hidup bahagia 10) lari lintang-pukang
Contohnya
11) pergi semalaman
16) meminta berkali-kali
12) turun tergesa-gesa
17) mandi mengejut
13) terjun menjunam
18) menangis melolong-lolong
14) datang terburu-buru
19) datang berdua
15) menangis teresak-esak
20) duduk bersimpuh
Kata adverba boleh berlaku dalam bentuk gandaan.
Contoh kata adverba adalah seperti berikut:
buai laju-lajumakan lambat-lambatbercakap marah-marahlari lintang-pukangbernafas tercunggap-cunggapberniaga bersungguh-sungguhbekerja bertungkus-lumusdatang beramai-ramai
- Dalam bahasa Melayu, banyak perkataan yang digunakan berpasang- pasang.
- Antara perkataan yang boleh berpasangan adalah kata adverba. Kata adverba yang berpasangan itu mempunyai makna yang serupa atau hampir-hampir serupa ada beratus-ratus pasangan kata adverba dalam bahasa Melayu. Pasangan ini disebut rangkap kata.
Contohnya
1) menari lemah lembut
6) Susah payah berusaha
2) berjalan lemah longlai
7) Merasa penat lelah
3) berperangai tamak haloba
8) Berperangai berjimat cermat
4) bersifat riang gembira
5) Berucap riang ria
Menurut Pendeta Za’ba, pada asalnya bentuk-bentuk ini mempunyai kata hubung antara kedua-dua perkataan itu, sebagai contoh lemah dan lembut, lema dan longlai, tamak lagi haloba, susah serta payah dan seterusnya.
Tetapi lama-kelamaan kata hubung itu tidak disebut lagi. Apabila hal ini berlaku timbul kekeliruan antara rangkap kata dengan ganda bebas.
Ganda bebas adalah seperti simpang-perenang dan ipar-duai. Ganda bebas tidak boleh diberi kata hubung di tengah-tengah. Sebaliknya rangkap kata bleh diberi kata hubung.
Rangkap Kata
lemah lembut betul
lemah dan lembut betul
susah payah betul
susah serta payah betul
Ganda Bebas
bengkang-bengkok betul
bengkang dan bengkok
salah
ipar-duai betul
ipar dan duai salah
Kata adverba boleh diulang dua atau tiga kali.
Contoh : Bercakap banyak, sebanyak-
banyaknya Berlari cepat, secepat-cepat Datang lambat, selambat-lambatnya
Dua atau tiga kata adverba boleh digunakan sederet.
Contoh deretan kata adverba adalah seperti berikut :
Berlagak sombong, bongkak dan angkuh
Bekerja rajin, tekun dan amanah Berjalan cergas, laju dan bertenaga Bergerak cepat, cermat dan hemat Berbelanja cermat, hemat dan bijak Berkawal rapi, teliti dan berhati-hati
BUKU TATABAHASA PEDAGOGI (2008)
Terdapat 6 jenis makna kata adverba :
MAKNA CONTOH
1. Adverba Keadaan :
Menerangkan keadaan kata kerja dan kata adverba
i. berbuat baikii. berambut lebatiii. tersusun rapiiv. dicuci bersihv. berjalan teraturvi. dipotong nipisvii. tersusun rapiviii. djahit lurusix. terbang tinggi
2. Adverba Jarak :
Menerangkan jarak dan ruang perbuatan pada perbuatan dalam kata kerja.
i. pergi jauhii. tinggal
dekatiii. terbang
tinggiiv.Terletak di
bawahv.Tersisih ke
tepi
3. Adverba Waktu
Menerangkan masa dan tempoh kata kerja dilakukan.
i. berpisah lamaii.duduk
sebentariii.tiba lewativ. datang
kelmarinv. datang awalvi. lama berfikir
Makna Kata Adverba dan Contoh
MAKNA CONTOH
4. Adverba Perasaan :
Menerangkan perasaan pada perbuatan kata kerja
i. berasa rindu.ii. berkata manisiii. ketawa riangiv. menangis
sedihv. gelak gembira
5. Adverba Cara :
Menerangkan cara perbuatan dalam kata kerja.
i. bekerja bermati-matian.
ii. mengecat perlahan-lahan
iii. diambil cepat-cepat
6. Adverba Bilangan :Menerangkan jumlah unsur yang melakukan perbuatan dalam kata kerja.
i. datang seorang-seorang
ii. tiba sekawaniii. tinggal
berduaiv. Masuk beramai-
ramaiv. berkawad
berpasukanvi. Pergi
berdua-dua
Makna Kata Adverba dan Contoh
BUKU TATABAHASA PEDAGOGI (2008)Terdapat tiga jenis darjah kata adverba :
DARJAH KATA ADVERBA CONTOH
1. Darjah Biasa Memberi keterangan kepada
perbuatan yang tidak dibandingkan perbuatan lain dalam kata kerja berkenaan.
i. Berlari cepatii. Kuat
berdengkuriii. Sampai awaliv. Laju berlari
2. Darjah Bandingan Memberi keterangan
perbuatan dalam kata kerja berkenaan dengan perbuatan yang dilakukan oleh sesuatu kata nama lain tetapi sebenarnya kata kerja itu digugurkan.
Dia berlari sepantas kijang
Ayat penuh :
Dia berlari sepantas kijang berlari.
Darjah Penghabisan1. Darjah penghabisan
atau paling. Ditunjukkan dengan mengulang kata adverba berkenaan.
1. Berlari secepat-cepatnya.
2. Berdengkur sekuat-kuatnya.
3. Sampai seawal-awalnya.
2. Darjah Penghabisan menggunakan awalan ter-
1. Berlari tercepat.2. Berdengkur terkuat.3. Sampai terawal.
3. Darjah Penghabisan menggulang kata kerja berkenaan tiga kali
1. Rindu serindu-rindunya.2. Cepat secepat-
cepatnya.3. Kuat sekuat-kuatnya.4. Awal seawal-awalnya.
Secara keseluruhannya, Tatabahasa Dewan dan Tatabahasa Pedagogi mempunyai perbezaan yang ketara apabila dibandingkan antara satu sama lain kerana pemahaman dan pemerian oleh ahli bahasa tersebut. Kedua-dua buku ini mempunyai kelebihan tersendiri mengenai kata adverba dan sangat bermanfaat dalam pemerian tatabahasa ke arah yang mengikut acuan tersendiri. Semua aspek perbezaan yang terdapat dalam kedua-dua buku ini dapat dirumuskan dalam jadual seperti berikut :
TATABAHASA
PEDAGOGI
ASPEK
PERBANDINGAN
TATABAHASA DEWAN
- Kata adverb PENGGUNAAN ISTILAH - Kata adverba dan
kata keterangan
- Kata adverba ialah
kata yang memberi
keterangan kepada
kata kerja, kata
adjektif, dan frasa
keterangan
- Kata adverba itu juga
memberi keterangan
kepada bukan sahaja
frasa keterangan,
tetapi juga kepada
kata adverba itu
sendiri.
DEFINISI
- Kata adverba ialah
perkataan yang
menerangkan kata
kerja, kata adjektif,
kata nama dan frasa
sendi nama dari segi
cara, masa dan
tempat
- Frasa sendi nama ini
dipanggil sebagai
‘frasa keterangan’
TATABAHASA
PEDAGOGI
ASPEK
PERBANDINGAN
TATABAHASA DEWAN
- Kata adverba bentuk
akar
- Kata adverba bentuk
terbitan
- Kata adverba bentuk
ganda
- Kata adverba bentuk
berpasangan
- Kata adverba ganda
tiga
- Kata adverba
berderet
BENTUK KATA
ADVERBA
- Kata adverba jati
- Kata adverba yang
asalnya kata adjektif
- Kata adverba yang
asalnya kata kerja
- Kata adverba bentuk
gandaan
TATABAHASA PEDAGOGI ASPEK
PERBANDINGAN
TATABAHASA
DEWAN
- Adverba keadaan
- Adverba jarak
- Adverba waktu
- Adverba perasaan
- Adverba cara
- Adverba bilangan
JENIS MAKNA Tiada jenis makna
yang diterangkan
dalam Tatabahasa
Dewan
- Darjah biasa
- Darjah bandingan
- Darjah penghabisan
DARJAH KATA
ADVERBA
Tiada darjah kata
adverba yang
diterangkan dalam
Tatabahasa Dewan
SEKIAN, TERIMA KASIH