Top Banner
1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY BAGI RIWAYAT IMAM HAFS ‘AN ‘ASIM Oleh: Sedek bin Ariffin 1 Shaafiqah bt. Idris 2 Abstract Tajwid is a vital knowledge which is closely related to Quranic recitational art ( Qiraat ).There are many types of methodology need to be exposed. In Malaysia, the approach of Qiraat Hafs ‘An ‘Asim according to the method of al-Syatibi and al-Jazari are dominantly applied among the society. The process of getting data is based on observation and evaluation forms in order to know the weaknesses and provide the alternative to overcome the problem. In short, a complete explanation about the approach of al-Syatibi and al-Jazari would solve the argument in applying the two methods. PENDAHULUAN Ilmu Qiraat dan Ilmu Tajwid adalah dua ilmu yang mempunyai banyak pertalian dan persamaan kerana kedua-dua ilmu ini berkaitan dengan cara pembacaan Al-Quran.Ilmu Tajwid merupakan satu cabang daripada Ilmu Qiraat. Dalam mempelajari Ilmu Tajwid dan Ilmu Qiraat, kita boleh mendapati bahawa terdapat perkara yang ijma’(disepakati) dan perkara yang khilaf (berbeza) .Perkara yang ijma’ mengikut ahli Qurra’ dalam Ilmu Tajwid ialah sifat huruf dan tempat keluar huruf (makhraj huruf) walaupun terdapat kekhilafan tentang bilangan kedua- duanya, namun sebutannya adalah sama dan tiada kekhilafan kesemua Qurra’. Adapun yang lain daripada perkara tersebut, ianya mengandungi kekhilafan di antara Qurra’, sehingga dalam Qiraat Hafs sendiri mempunyai kehilafan tertentu mengikut Toriq As-Syatibi dan Toriq Al- Jazari. Maka, sesiapa yang ingin mempelajari ilmu Qiraat, mestilah mendalami ilmu Tajwid sedalam-dalamnya dan juga kaedah-kaedah yang betul serta mempelajari ilmu Bahasa Arab. 3 1 Tutor dan calon PHD Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 2 Mahasiswi Tahun Akhir, Sarjana Muda Usuluddin, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 3 Ust. Mohd Rahim Jusoh (2001), Pengenalan Ilmu Qiraat, Selangor : Mahsuri Timur Sdn. Bhd.
21

PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

Feb 06, 2018

Download

Documents

dangcong
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

1

PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY BAGI RIWAYAT IMAM HAFS ‘AN ‘ASIM

Oleh:

Sedek bin Ariffin1

Shaafiqah bt. Idris2

Abstract

Tajwid is a vital knowledge which is closely related to Quranic recitational art ( Qiraat ).There are many types of methodology need to be exposed. In Malaysia, the approach of Qiraat Hafs ‘An ‘Asim according to the method of al-Syatibi and al-Jazari are dominantly applied among the society. The process of getting data is based on observation and evaluation forms in order to know the weaknesses and provide the alternative to overcome the problem. In short, a complete explanation about the approach of al-Syatibi and al-Jazari would solve the argument in applying the two methods.

PENDAHULUAN

Ilmu Qiraat dan Ilmu Tajwid adalah dua ilmu yang mempunyai banyak pertalian dan

persamaan kerana kedua-dua ilmu ini berkaitan dengan cara pembacaan Al-Quran.Ilmu Tajwid

merupakan satu cabang daripada Ilmu Qiraat. Dalam mempelajari Ilmu Tajwid dan Ilmu Qiraat,

kita boleh mendapati bahawa terdapat perkara yang ijma’(disepakati) dan perkara yang khilaf

(berbeza) .Perkara yang ijma’ mengikut ahli Qurra’ dalam Ilmu Tajwid ialah sifat huruf dan

tempat keluar huruf (makhraj huruf) walaupun terdapat kekhilafan tentang bilangan kedua-

duanya, namun sebutannya adalah sama dan tiada kekhilafan kesemua Qurra’. Adapun yang

lain daripada perkara tersebut, ianya mengandungi kekhilafan di antara Qurra’, sehingga dalam

Qiraat Hafs sendiri mempunyai kehilafan tertentu mengikut Toriq As-Syatibi dan Toriq Al-

Jazari. Maka, sesiapa yang ingin mempelajari ilmu Qiraat, mestilah mendalami ilmu Tajwid

sedalam-dalamnya dan juga kaedah-kaedah yang betul serta mempelajari ilmu Bahasa Arab.3

1 Tutor dan calon PHD Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 2 Mahasiswi Tahun Akhir, Sarjana Muda Usuluddin, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 3 Ust. Mohd Rahim Jusoh (2001), Pengenalan Ilmu Qiraat, Selangor : Mahsuri Timur Sdn. Bhd.

Page 2: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

2

Kerana kedua-dua disipilin ilmu tersebut berkaitan dengan pembacaan Al-Quran yang

merupakan mukjizat sepanjang zaman sebagai satu-satunya kitab yang masih kekal menjadi

tatapan harian setiap muslim, maka sudah tentu penguasaan dan kemahirannya sangat-sangat

dituntut. Justeru itu, kajian ini ingin menyingkap beberapa perkara yang menjadi khilaf serta

yang disepakati dalam hukum tajwid antara Toriq As-Syatibi4 dan Toriq Al-Jazari5 bagi

Riwayat Hafs ‘An Asim.

DEFINISI QIRAAT, RIWAYAT DAN TORIQ

Qiraat ialah setiap bacaan yang disandarkan kepada imam-imam, sama ada imam qiraat

sepuluh iaitu daripada Imam al-Jazari atau imam qiraat tujuh iaitu daripada Imam al-Syatibi.

Pembahagiaan Qiraat itu terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu Mutawatir, Masyhur, Ahad,

Syaazah dan Maudu’. Riwayat ialah setiap apa yang disandarkan kepada periwayat yang

diambil daripada imamnya. Dalam erti kata lain ialah murid-murid yang mengambil bacaan

tersebut dengan imam-imam walaupun melalui perantaraan.Toriq ialah setiap apa yang

disandarkan kepada murid-murid atau periwayat yang mengambil bacaan daripada imamnya.

Dan sesiapa sahaja selepasnya daripada periwayat. Dalam erti kata lain, toriq ialah murid-murid

yang mengambil daripada periwayat di atas tadi. Contoh :

Imam Hamzah

Sulaim

Khalaf Khallad

Idris Al-Haddad Muhd b. Syazan

Rawi yang mayhur di sisi ahli Qurra’ daripada Imam Hamzah ialah Khalaf dan Khallad, walau

melalui perantaraan Sulaim.Turuq daripada rajah ini ialah Idris Al-Hadda dan Muhd b. Syazan.

4 Toriq As-Syatibi dinamakan As-Sughra kerana periwayatan beliau terhadap turuq qiraat adalah kecil dan sedikit, iaitu dengan makna tidak menyeluruh dan mendalah terhadap kesemua turuq qiraat 5 Toriq Al-Jazari dinamakan Al-Kubra kerana periwayatan beliau terhadap turuq qiraat adalah menyeluruh dan mencakupi kesemua turuq

Page 3: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

3

DEFINISI ILMU QIRAAT DAN ILMU TAJWID

Ilmu Qiraat ialah ilmu yang membincangkan tentang pelbagai bacaan serta pengambilan

dan sebutannya mesti diambil daripada guru sehingga bacaannya sampai kepada Rasulullah

s.a.w kerana Qiraat dan Al-Quran adalah sunnah muttabaa’(yang diikuti).6 Hukum

mempelajarinya adalah fardhu kifayah. Manakala ilmu tajwid ialah ilmu atau pengetahuan

untuk memberi hak bagi setiap huruf Al-Quran sama ada pada makhraj, sifat dan hukum-hukum

tajwid yang lain.7 Para ulama’ meletakkan hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu

kifayah dan memenuhi tajwid ketika pembacaan Al-Quran adalah wajib sebagaimana firman

Allah :

È@Ïo? uë ur tb#uä öç à) ø9 $# ¸xã Ï? öçs? ÇÍÈ

Maksudnya : Dan bacalah Al-Quran dengan Tartil

Surah Al-Muzammil (73) : 4

BIOGRAFI RINGKAS IMAM HAFS (90H-180H)

Imam Hafs adalah perawi Qiraat Imam A’sim yang terkemuka. Nama beliau ialah Hafs

bin Sulaiman bin Al-Mughirah Abu Daud Al-Asadi Al-Kufi. Beliau lebih terkenal dengan

gelaran Abu Umar. Dilahirkan di Kufah pada tahun 90 hijrah dan wafat pada tahun 180 hijrah.8

Imam Hafs telah mengambil bacaan al-Quran secara terus daripada gurunya iaitu Imam

A’sim secara talaqqi9 dan musyafahah.10 Beliau amat terkenal dengan ketelitian dan ketepatan

bacaan dan hafalan al-Qurannya. Ini telah menjadikan riwayat bacaannya sangat masyhur dan

diiktiraf oleh para ulama dan Qurra’ pada zamannya.11

6 Mohd Husdi b. Mohamad (2003), “Qiraat Sab’ah: Kajian Biografi Pada Qurra” ( Latihan ilmiah, Jabatan Al-Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya) 7 Muhammad Ahmad Ma’bad (2003) , Al-Mulakkhas Al-Mufid Fi ‘Ilmi At-Tajwid, Madinah : Darus Salam 8 Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusof al-Jazari (1932), Ghayah al-Nihayah Fi Tabaqat al-Qurra, Beirut : Dar al-Kitab al-Ilmiyah, h.254. 9 Pertemuan guru dan murid secara bersemuka. 10 Murid menerima pengajaran dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya(mengikut).Guru memberikan contoh bacaan kepada murid, kemudian murid itu mengikut bacaan guru secara individu. 11 Surur Shihabuddin An-Nadawi (2207), Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs An’Asim Melalui Tariq Asy-Syatibiah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd, hlm.14.

Page 4: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

4

Selain itu, beliau merupakan periwayat daripada Imam ’Asim yang paling alim. Beliau

juga pernah tinggal di Kota Baghdad dan Mekah sekaligus menjadi muqri’ yang terkenal.12

Beliau telah meriwayatkan satu bacaan baris fathah daripada Imam Asim. Antara murid

Imam Hafs yang meriwayatkan bacaannya ini ialah Ubaid bin Sabbah, Amir bin Sabbah,

Husain bin Muhammad Al-Mazuri, Al-Fadhl bin Yahya Al-Ambari, Abu Syu’ib Al-Qawwas

dan lain-lain.

Bersambung sanad (salasilah) bacan al-Qurannya kepada Rasulullah s.a.w melalui

gurunya iaitu Imam ‘Asim adalah seperti berikut :

Dari sini jelas terbukti bahawa sesuatu bacaan itu mestilah mempunyai sandaran yang

sah datangnya daripada Rasulullah s.a.w. Walaupun terdapat perbezaan bacaan, tetapi apa yang

lebih penting perbezaan itu mestilah mempunyai sandaran yang sah dan kuat dalam

pengambilannya.

Hafs adalah murid Imam Asim yang paling banyak mengetahui bacaan-bacaan Imam

Asim kerana beliau telah berulangkali bertalaqqi dengan gurunya itu, jika dibandingkan dengan

rakan seperguruannya yang lain. Beliau mengatasi rakan-rakannya dari segi kemantapan

sebutan huruf. Oleh kerana berulang-ulangkali bertalaqqi dengan Imam Asim, maka wujud

selepas kewafatan beliau Toriq (aliran bacaan) Imam Hafs bin Sulaiman yang berbagai-bagai,

seperti aliran Asy-Syatibiah dan aliran al-Jazariah. Kesemua aliran yang dikembangkan oleh

murid-murid beliau sesudah kewafatannya itu mempunyai sandaran yang sah dan

berkesinambungan tanpa terputus hingga ke Rasulullah s.a.w.

12 Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi (1997), Ma’rifah al-Quran al-Kubar, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, h.85.

Hafs Asim As-Sulami Rasulullah s.a.w

Ali

Page 5: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

5

BIOGRAFI RINGKAS IMAM AL-SYATIBI (538H-590H)

Namanya ialah Al-Qasim bin Firruyah bin Khalf bin Ahmad Asy Syatibi Ar-Ra’aini Al-

Andalusi. Dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah di Syatibah di Andalus sekarang dipanggil

Sepanyol.Walaupun beliau buta sejak lahir,namun beliau dikenali sebagai seorang ulama’ besar

dalam bidang Qiraat. Beliau wafat pada 28 Jamadil Akhir tahun 590 Hijrah dan dikebumikan di

Kaherah.13

Beliau adalah Imam yang terkemuka dalam meriwayatkan Qiraat yang tujuh melalui

kitabnya yang terkenal iaitu Hirzul Amani wa Wahju At-Tahani14 atau lebih dikenali dengan

Matan Asy-Syatibiah.15

Beliau mempelajari al-Quran dan Qiraat daripada gurunya iaitu Abi Abdullah

Muhammad bin Abil Al-Nafari di Syatibiah. Kemudian beliau merantau ke Balnasiah iaitu

sebuah kampung di Andalus dan berguru dengan gurunya yang terkenal iaitu Ibn Huzail. Beliau

telah mempelajari ilmu Qiraat dan telah menghafaz kitab At-Taysir karangan Abu Amr Ad-

Dani dan juga mempelajari ilmu Hadis. Disana beliau juga mendalami ilmu-ilmu lain seperti

kitab As-Sibawaih, Al-Kamil oleh Al-Mubarrad, Adabul Katib oleh Ibnu Qutaibah daripada Abi

Abdullah Muhammad bin Humaid. Beliau kemudiannya pergi menunaikan haji dengan

mengikuti jalan Al-Iskandariah. Beliau sempat membaca al-Quran kepada Abi Tohir As-Salafi

dan ulama-ulama lain dalam perjalanan tersebut.

Apabila beliau sampai ke Kaherah, orang ramai mula menyambut dan memuliakannya

kerana ketinggian ilmu serta akhlaknya. Cerita tentang beliau telah diketahui oleh pentadbir

Mesir pada masa itu, di mana al-Qadhi Al-Fadhil telah menawarkan beliau untuk menjadi

Syeikh di Al-Madrasah Al-Fadhillah. Semenjak itu, beliau telah pun menjadi guru qiraat yang

terkemuka yang didatangi oleh pencinta ilmu untuk menimba ilmu daripada beliau.

Walaupun beliau mahir dalam ilmu Qiraat, tetapi bacaan yang beliau riwayatkan

daripada bacaan Imam Asim adalah lebih masyhur dan diterima oleh semua berbanding yang

lain. Bacaan aliran beliau iaitu bacaan riwayat Hafs daripada qiraat Asim dan aliran Asy-

Syatibiah telah menjadi bacaan utama yang diamalkan oleh sebahagian besar umat Islam secara

amnya sehingga ke hari ini.

13 Shihab al-Din Ahmad bin Muhammad al-Qaslatani (2000), Al-Fath al-Mawahibi fi Tarjamah al-Imam al-Syatibi, Amman : Dar al-Fath, h.34 14 Sebuah karya bersyair 1172 bait. Juga dikenali sebagai Nazam Asy-Syatibiah. 15 Ibid

Page 6: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

6

BIOGRAFI RINGKAS IMAM AL-JAZARI (751H-833H)

Namanya ialah Muhamad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf Al-Jazari Ad-Dimasyqqi

As Syirazi Asy-Syafie. Beliau lebih terkenal dengan gelaran Ibnul Jazari yang merujuk kepada

tempat bernama Jazirah Ibnu Umar, sebuah bandar pelabuhan berdekatan dengan sungai Dajlah

di Turki sekarang ini. Dilahirkan di Damsyiq (Damascus, Syiria) pada malam Sabtu selepas

solat terawih bersamaan 25 Ramadan tahun 751 Hijrah bersamaan 30 Februari 1350M.16

Beliau adalah Imam yang terkemuka dalam meriwayatkan Qiraat sepuluh melalui

kitabnya yang terkenal iaitu An-Nasyr dan Matan Toyyibatun Nasyr yang menyatakan bacaan

sepuluh Imam qiraat. Sejak kecil lagi Imam al-Jazari sibuk mempelajari al-Quran. Beliau telah

menghafal al-Quran sejak berumur 13 tahun dan telah mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran

dalam solat terawih pada tahun berikutnya. Beliau mula mempelajari ilmu Qiraat daripada guru-

guru tempat kelahirannya iaitu Damsyiq sehingga beliau benar-benar mahir dalam bacaan tujuh

Imam Qiraat ketika umurnya 17 tahun.

Perantauan dan perjalanan yang dilalui oleh Imam Al-Jazari dalam menuntut dan

mengembangkan ilmu amat panjang. Ia bermula ketika beliau keluar mengerjakan haji pada

tahun 768H ketika berumur 17 tahun. Pada ketika itu beliau mengambil kesempatan membaca al-

Quran dengan Syeikh Abi Abdullah Muhammad bin Soleh (wafat 785H), Imam Masjid An-

Nabawi pada ketika itu. Pada tahun berikutnya, beliau terus merantau ke Kaherah untuk

mendalami ilmu Qiraat bagi 14 imam. Beliau pun pulang ke kampung halamannya dan

mendalami ilmu Hadis dan Feqah daripada Al-Asnawi dan Al-Abraquhi iaitu murid kepada As-

Syeikh Ad-Dimyati yang masyhur.

Beliau kemudiannya kembali ke Kaherah dan terus ke Iskandariah untuk mendalami

ilmu Balaghah, Usul Fiqh, al-Quran dan lain-lain lagi. Sampai di Mesir beliau telah diberi

pengiktirafan oleh tiga orang mufti yang terkemuka iaitu Al-Qadhi Abu Fida’ pada tahun 774,

Al-Qadhi Dhiauddin pada tahun 778 dan Syeikhul Islam Al-Baqilani pada tahun 785H untuk

mengeluarkan fatwa ketika beliau berusia 34 tahun.

Pada tahun 793H, sekembalinya beliau ke kampung halamannya, beliau telah diangkat

menjadi Qadhi hakim tertinggi di negerinya iaitu Damsyiq. Di sini beliau telah mengasaskan

pusat pengajiannya yang diberi nama “Darul Quran”.

16 Ibid

Page 7: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

7

Pada tahun 797H beliau telah diangkat ke Barusah ibu Negara Turki Utmaniah

sehinggalah ke saat-saat peristiwa Dimasyq jatuh ke tangan Taimur Lang pada tahun 804H.

Taimur Lang amat kagum dengan kebolehan beliau lalu diutuskannya Imam Al-Jazari ke Kish

di Negara Parsi pada tahun 1404M. Maka, beliau pun menetap di Samarkand iaitu ibu negara

Taimur Lang dan mengajar disana. Di situ beliau bertemu dengan Asy-Syarif Al-Jurujani iaitu

seorang ulama dalam ilmu Nahu.

Setelah Timur Lang wafat (807H/1405M), Imam Al-Jazari meneruskan perantauan ke

Khurasan, Asbahan dan lain-lain tempat hinggalah beliau telah kembali ke Syiraz. Melalui

perantauan inilah Imam Al-Jazari telah menimba banyak pengalaman di samping beliau

menabur jasa dan menyampaikan ilmunya kepada umat Islam. Beliau juga telah mengambil

manfaat-manfaat daripada para ulama yang sezaman dengannya.

Diakhir perjalanannya, Imam Al-Jazari kembali semula ke Syiraz dan menetap disitu

beberapa tahun hinggalah ajal menjemputnya tatkala hampir masuk waktu Zohor pada hari

Jumaat bersamaan 9 Rabiul Awal tahun 833 Hijrah ( 2 Disember 1429 ) di rumahnya, pada

usianya 82 tahun dan dikebumikan di madrasah yang telah beliau asaskan itu.

Imam Al-Jazari telah meninggalkan banyak karya dan kitab-kitab kepada umat Islam.

Kesemuanya melebihi 77 karangan yang dapat ditemui setakat ini. Karangan beliau bukan

hanya terhad kepada ilmu Tajwid dan Qiraat sahaja tetapi juga meliputi ilmu-ilmu Hadis.

Antaranya Asmaur Rijal, Tarikh, Nahu dan lain-lain. Ada antara karangan tersebut yang sudah

dicetak dan banyak lagi masih tersimpan dalam bentuk manuskrip yang belum dicetak.

Walaupun Imam Al-Jazari mahir dalam semua qiraat beserta riwayat-riwayat dan aliran-

alirannya, tetapi apa yang beliau riwayatkan tentang aliran-aliran bacaan Imam Asim seperti

membaca 2 harakat bagi Mad Munfasil itulah yang lebih masyhur. Ini telah memberi pilihan

yang lebih luas kepada pembacaan Al-Quran secara Hadr.17

17 Bacaan secara cepat dengan memelihara hukum-hukum tajwid

Page 8: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

8

PERBANDINGAN DARI SEGI PERBEZAAN HUKUM-HUKUM YANG PERLU

DIJAGA DAN DIBERI PERHATIAN KETIKA MENGAMALKAN BACAAN

DENGAN TARIQ AL-SYATIBI DAN TARIQ AL-JAZARI DALAM RIWAYAT HAFS

‘AN ‘ASIM

Tariq al-Syatibi dan tariq al-Jazari menampilkan banyak perkara yang harus dijaga dan

diambil perhatian oleh mana-mana pembaca al-Quran ketika mana mereka membaca riwayat

Hafs ‘an Asim daripada tariq Syatibiyyah. Tariq al-Syatibi merupakan tariq al-Ammah, yang

menjadi pilihan utama para pembaca terutama sekali negara-negara Asia Tenggara. Manakala,

tariq al-Jazari adalah tariq yang tinggi peringkatnya, sukar dan yang tersusun dalam banyak

hukum-hukum teori dan praktikalnya yang hanya dikuasai oleh ahli-ahlinya sahaja. Daripada

kedua-dua tariq ini, telah dibuat perbezaan antaranya dari segi:

1. AL-TAKBIR

Takbir bermaksud ucapan ( اهللا واهللا أكبرال إلھ إال ) atau sekurang-kurangnya (اهللا أكبر ) atau

-ketika majlis khatam al-Quran. Imam Hafs melalui tariq al ( ال إلھ إال اهللا واهللا أكبر واهللا الحمد )

Syatibi ketika khatam Al-Quran yang bermula daripada Surah Ad-Dhuha dan berakhir dengan

Surah An-Nas, mempunyai dua wajah . Pertama ,takbir di antara dua surah sama ada takbir

sahaja atau takbir bersama tahlil dan tahmid. Wajah kedua, tidak membaca takbir.18

Manakala, melalui tariq Al-Jazari, Imam Hafs, meninggalkannya tetapi dibolehkan

bacaannya. Cara bacaannya adalah seperti ( ال إلھ إال اهللا ) atau sekurang-kurangnya ( و اهللا أكبر )

atau ( ال إلھ إال اهللا واهللا أكبر واهللا الحمد ). Namun, melalui tariq Al-Jazari, bacaan takbir sebelum

basmalah adalah dengan dua cara. Pertamanya tahlil diikuti dengan takbir ( ( أكبرال إلھ إال اهللا واهللا

dan keduanya tahlil diikuti dengan takbir dan tahmid ( ال إلھ إال اهللا واهللا أكبر واهللا الحمد ).

Tempat untuk membaca takbir melalui tariq al-Jazari terdapat perselisihan. Jumhur

berpendapat tiada takbir, dan satu kumpulan lain membacanya. Dan kumpulan ini berpecah

kepada tiga mazhab. Pertamanya takbir awal daripada surah al-Syarh hingga surah al-Nas.

Keduanya takbir daripada akhir surah al-Dhuha hingga akhir surah al-Nas. Kaedah ini

dinamakan dengan takbir khas iaitu khas untuk surah-surah tertentu sahaja dan yang ketiganya

takbir di awal surah al-Fatihah hingga akhir al-Quran kecuali surah al-Taubah. 18 Doktor Muhammad ‘Isom (1998) , Al-Wadhih Fi Ahkam At-Tajwid, Jordan : Darun Nafais

Page 9: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

9

Ini dinamakan juga dengan takbir umum. Hukum membaca takbir adalah sunat sama ada di

dalam atau di luar sembahyang. Disunatkan bacaan yang kuat ketika khatam al-Quran.

2. MAD AL-MUNFASIL

Mad al-Munfasil iaitu apabila huruf hamzah dan huruf mad berada di dalam dua kalimah

yang berlainan iaitu huruf mad di akhir kalimah pertama dan huruf hamzah di awal kalimah

yang kedua. Contohnya ( قالوا ءامنا ). Kadar bacaan Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi adalah

dengan kadar 4 harakat yang diistilahkan sebagai ( التوسط ) dan kadar 5 harakat ( فویق التوسط ).

Akan tetapi bacaan dengan 4 harakat lebih didahulukan. Contohnya ( قالوا ءامنا ). Manakala,

Mad Jaiz al-Munfasil mengikut tariq al-Jazari membacanya dengan kadar 2 ,4 atau 5 harakat.

3. MAD AL-MUTTASIL

Mad al-Muttasil ialah apabila huruf mad dan huruf hamzah berada di dalam satu

kalimah seperti ( سوء سىء ساء ). Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi membacanya dengan 4 dan

5 harakat, sama ada ketika wasal atau waqaf. Wajah bacaan dengan 4 harakat adalah lebih

didahulukan. Adapun apabila huruf mad berada di hujung kalimah dan dibaca dengan waqaf

dibolehkan bacaan dengan 6 harakat.19 Manakala, perbezaannya dengan tariq al-Jazari,

membaca dengan kadar 4, 5 dan boleh dibaca dengan 6 harakat ketika waqaf.

4. SAKTAH

Saktah ialah memberhentikan bacaan sekejap tanpa bernafas dengan kadar masa 2

harakat dan menyambung bacaan semula dengan nafas yang sama.20 Imam Hafs hanya

membaca saktah melalui tariq al-Syatibi hanya pada 4 tempat yang masyhur iaitu antara akhir

kalimah ayat pertama ( عوجا ) dan awal kalimah ayat kedua ( قیما ) surah al-Kahfi iaitu ketika

sambung bacaan sahaja. Pada perkataan ini boleh dibaca dengan kaedah berhenti (saktah) untuk

bacaan Hafs. Firman Allah:

19Hisyamuddin Salim al-Kilani (1999), Al-Bayan fi Ahkam Tajwid al-Quran, Jumhuriah al Arabiah al-

Syauriah.h.35. 20Shaharuddin bin Saad (2007), Tajwid al-Quran Tariq al-Syatibi dan al-Jazari Riwayat Hafs an Asim: Pengamalan di Maahad Tahfiz Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Akademi Pengajian Islam: Universiti Malaya h.254

Page 10: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

10

#$:øtpK÷âß !¬ #$!©%Ïìü &rRìtAt ãt?ní4 ãt7öâÏnÍ #$9ø3ÅGt»=| ru9sOó Üsgøèy@ !©&ã¼ ãÏquy%2 ÈÊÇ %sähÍJV$ 9jÏäãZãÉëu /t'ùôU$ ©xâÏÉâY# BiÏ`

çm ÷R à$ ©! tç Ïe± u;ãÉur tûüÏZ ÏB÷s ßJ ø9$# z ÉÏ% ©! $# öcqè= yJ ÷è tÉ ÏM»ys Î=»¢Á9$# ¨b r& öN ßg s9 # ·ç ô_ r& $ YZ |¡ ym ÇËÈ

Surah al-Kahfi (18) :1-2

Antara kalimah ( مرقدنا ) dan ( ھذا ) pada ayat 52 surah Yasin.Firman Allah :

%s$9äq#( Ét»quÉ÷=nZu$ Bt`. /tèyVsZu$ BÏ` B¨çö%sâÏRt$2 3 dy»ãx# Bt$ ruãtây #$9ç§q÷Ho»`ß ru¹|âyXö #$9øJßçöôy=èqcö ÈËÎÇ

Surah Yaasin (36) : 52

Antara perkataan ( وقیل من ) dan ( راق ) yang terdapat pada surah al-Qiyamah melalui tariq al-

Jazari, Imam Hafs membacanya dengan dua wajah. Pertamanya dengan saktah dan keduanya

dengan tidak saktah.Firman Allah:

ru%Ïä@ü Bt`ô2 ëu#-5 ÈÐËÇ

Surah al-Qiyamah (75) : 27

Antara perkataan ( كال بل ) dan ( ران ) yang terdapat pada surah al-Mutaffifin. Menurut tariq al-

Jazari, Imam Hafs membacanya dengan dua wajah. Pertamanya dengan saktah dan keduanya

dengan tidak saktah. Firman Allah:

.xxû ( /t@ö2 ëu#bt ãt?ní4 %è=èq5ÍkÍN B$ .x%Rçq#( Ét3õ¡Å6çqbt ÈÍÊÇ

Surah al-Mutaffifin (83) : 14

Page 11: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

11

5. PADA PERKATAAN ( سلسال ) PADA SURAH AL-INSAN AYAT 4.

Pada perkataan ( سلسال ) pada surah Al-Insan ayat 4, ketika waqaf harus bagi Imam Hafs

melalui tariq al-Syatibi membaca dengan dua wajah. Pertamanya iaitu dengan hazaf ( buang

huruf alif ) dan waqaf dengan huruf lam itu dimatikan. Manakala, wajah bacaan yang kedua

pula ialah dengan ithbat alif ( tidak membuang huruf alif ). Manakala, ketika wasal Imam Hafs

membaca dengan hazaf huruf alif. Contohnya, cara bacaan melalui tariq al-Syatibi ialah hazaf

huruf alif :

W ö6 x»n=øîr& ur @»nyÅ¡=»nyôúï ÌçÏÿ»s3ù=Ï9

Cara bacaan yang kedua ialah ithbat iaitu tidak membuang huruf alif :

ö6 x»n=øîr& urxÅ¡» n=yô úï ÌçÏÿ»s3 ù=Ï9

Manakala, melalui tariq al-Jazari, harus bagi Imam Hafs membacanya ketika waqaf hanya

dengan satu wajah iaitu hazaf huruf alif tanpa ithbat.

W ö6 x»n=øîr& ur @»nyÅ¡=»nyô úïÌçÏÿ» s3ù=Ï9

6. PADA DUA KALIMAH ( ضعف ) DAN ( ضعفا ) DI DALAM SURAH AL-RUM

AYAT 54

Harus bagi Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi membaca dengan dua wajah iaitu dengan

dad berbaris di atas (fathah) dan di depan (dhammah). Kedua-dua wajah bacaan tersebut adalah

betul yang dibaca oleh Imam Hafs daripada Imam Asim melalui tariq al-Syatibi. Manakala

bacaan baris di atas hendaklah didahulukan.21 Cara bacaan yang pertama bacaan baris fathah :

* #$!ª #$!©%Ïì {s=n)s3äN BiÏ` Ê|è÷#7 OèO¢ _yèy@ü BÏ`. /tè÷âÏ Ê|è÷#7 %èq§oZ OèO¢ _yèy@ü BÏ`. /tè÷âÏ %èq§o; Ê|è÷ÿZ$

21 Ibid

Page 12: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

12

Cara bacaan yang kedua ialah baris dammah :

ضعفا/ ضعف

Manakala, melalui tariq al-Jazari, harus bagi Imam Hafs membaca kedua-dua kalimah

itu hanya dengan satu wajah sahaja iaitu dengan huruf dad berbaris di atas. Cara bacaannya

ialah satu wajah sahaja iaitu baris fathah :

* #$!ª #$!©%Ïì {s=n)s3äN BiÏ` Ê|è÷#7 OèO¢ _yèy@ü BÏ`. /tè÷âÏ Ê|è÷#7 %èq§oZ OèO¢ _yèy@ü BÏ`. /tè÷âÏ %èq§o; Ê|è÷ÿZ$

7. PADA AYAT (!u¾ Ç`8 s?# uä ª!$# $ yJ sù ) PADA SURAH AL-NAML AYAT 36

Harus bagi Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi membaca dengan dua wajah ketika waqaf.

Pertamanya dengan ithbat huruf ya dan keduanya dengan hazf ya iaitu waqaf dengan huruf nun

dimatikan atau rawm.22 Wajah bacaan dengan ithbat ya adalah didahulukan.

Ketika bersambung bacaan Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi membaca kalimah tersebut

dengan ithbat huruf ya selepas huruf nun. Cara bacaan yang pertama ialah dengan ithbat huruf

ya:

ª!$# u¾ Ç`8s?# uä !$yJsù 5

Cara bacaan yang kedua hazf huruf ya iaitu waqaf dengan huruf nun dimatikan atau rawm:

ª!$# Ç`8s?#uä !$yJsù

22 Melemahkan suara pada huruf terakhir yang berbaris yang dibaca dengan berhenti sehingga hilang sebahagian besar suaranya dengan suara perlahan yang dapat didengari oleh yang dekat dan tidak kepada yang jauh.

Page 13: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

13

Manakala, melalui tariq al-Jazari, harus bagi Imam Hafs ketika waqaf membaca dengan hazf

huruf ya tanpa ithbat.Cara bacaannya ialah:

ª!$# Ç`8s?#uä !$yJsù

Perbandingannya dengan tariq al-Syatibi ialah tariq al-Jazari hanya dibaca dengan hazf huruf ya

tanpa ithbat.

8. PADA KALIMAH ( فرق ) DI DALAM SURAH AL-SYU’ARA’ PADA AYAT 63

Melalui Tariq al-Syatibi, harus bagi Imam Hafs membacanya dengan dua wajah iatu

dengan tafkhim23 dan tarqiq24. Bacaan tarqiq hendaklah didahulukan. Cara bacaan pertama

menipiskan sebutan huruf ( ر ):

كل فرق كالطود

Bacaan yang kedua ialah menebalkan sebutan huruf ( ر ):

كل فرق كالطود

Manakala, harus bagi Imam Hafs melalui Tariq al-Jazari membacanya dengan satu wajah sahaja

iaitu dengan membaca tafhkim sahaja. Cara bacaannya ialah menebalkan bacaan huruf ( ر )

sahaja :

كل فرق كالطود

23 Menebalkan huruf Ra’. 24 Menipiskan huruf Ra’.

Page 14: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

14

9. HURUF AYN’ PADA PERMULAAN SURAH MARYAM ) كھیعص ) DAN

PERMULAAN SURAH AL-SYURA ) حم عسق(

Huruf ‘ayn pada permulaan surah Maryam ( عصكھی ) dan ) حم عسق( , melalui tariq al-

Syatibi harus dibaca dengan kadar 4 dan 6 harakat. Akan tetapi wajah bacaaan dengan 6 harakat

hendaklah didahulukan. Contohnya:

ÇÊÈ Èÿèãg!2

ÇËÈ ,û¡ÿã ÇÊÈ Om

Huruf ( ع ) pada dua kalimah tersebut dibaca dengan 4 atau 6 harakat mengikut tariq al-Syatibi.

Manakala menurut tariq al-Jazari. Huruf ( ع ) pada kalimah tersebut dibaca dengan 4 harakat

sahaja. Contohnya:

ÇÊÈ Èÿèãg!2

ÇËÈ ,û¡ÿã ÇÊÈ Om

10. PADA KALIMAH ( ال تأمنا ) DI DALAM SURAH YUSOF AYAT 11

Melalui tariq al-Syatibi membacanya dengan dua wajah iatu dengan isymam.25 Bacaan

yang kedua dengan al-Ikhtilas.26 Cara bacaannya:

ü 4í n?tã $ ¨Z0Bù's? w y7s9 $tB

25 Bacaan dengan memuncungkan dua bibir mulut atau isyarat dengan dua bibir mulut ke arah baris dommah ketika huruf nun bersabdu dibaca dan ianya dapat diketahui oleh orang yang celik dan sebaliknya bagi yang buta. 26 Iaitu pada dammah ketika bacaan pada huruf nun, di mana akan kekal 1/3 baris daripadanya.

Page 15: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

15

Bacaan yang kedua dengan al-Ikhtilas. Cara bacaannya ialah:

y ü 4ín?tã $Z 0Bù's? w y7s9 $tB

Manakala melalui tariq al-Jazari, harus bagi Imam Hafs membacanya dengan idgham

bersama isymam. Akan tetapi ikhtilas didahulukan. Istilah rawm dan ikhtilas di sisi Imam Hafs

adalah dua istilah yang sama maknanya.27 Cara bacaannya:

ü 4í n?tã $Z0Bù's? w y7 s9 $ tB

11. PADA KALIMAH ( ءالذ كرین ) YANG TERDAPAT PADA SURAH AL-AN’AM

AYAT 143 DAN 144

Menurut riwayat Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi membacanya dengan dua wajah.

Pertamanya ibdal28 kepada alif bersama isyba’29 sama dengan kadar bacaan pada Mad Lazim

Kalimi Muthaqqal.30 Wajah ini didahulukan. Cara bacaannya ialah ibdal huruf alif bersama

isyba’:

P§çym Èûøï tçü2©%! !#uä ö@è%

Wajah keduanya ialah tashil31 antara hamzah dan alif dan qasr dua harakat. Cara bacaanya

ialah:

P§çym Èûøï tçü2©%! !#uä ö@è%

27 Husni Syeikh Othman (1987), Haq Al-Tilawah, Urdun : Maktabah Al-Manar, h.90. 28 Ialah menukarkan. 29 Ialah kadar bacaan panjang enam harakat, selain dari isyba’ istilah lain yang digunakan ialah mad. 30 Abd.Rahman bin Abd.Ghani (2006), Metodologi Bacaan Al-Quran, Selangor: Mashi Publications Sdn.Bhd.h.34.

31 Menyebut bunyi huruf antara bunyi huruf Hamzah dan huruf Mad.

Page 16: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

16

Manakala, melalui tariq al-Jazari membacanya dengan ibdal hamzah wasal kepada huruf alif

beserta isyba’. Cara bacaannya ialah:

P§çym Èûøï tçü2©%! !#uä ö@è%

12. PADA KALIMAH ( ویبصط ) DI DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 245

Imam Hafs melalui tariq al-Syatibi membaca dengan huruf ( س ) sahaja pada huruf

:Contohnya .( ص )

يقبض ويبسط وإليه

Manakala, melalui Tariq al-Jazari menurut Imam Hafs membaca huruf ( ص ) dengan ( ص )

sahaja. Contohnya:

يقبض ويبصط وإليه

PERBANDINGAN DARI SEGI PERSAMAAN HUKUM-HUKUM YANG PERLU

DIJAGA DAN DIBERI PERHATIAN KETIKA MENGAMALKAN BACAAN DENGAN

TARIQ AL-SYATIBI DAN TARIQ AL-JAZARI DALAM RIWAYAT HAFS ‘AN ‘ASIM

1. IDGHAM NUN SAKINAH DAN TANWIN

Nun sakinah ialah huruf nun yang mati tanpa baris, dan terdapat ketika dibaca, tulis,

sambung dan waqaf. Ianya berada pada ism, fi’l dan harf serta terdapat di tengah dan hujung

kalimah. Manakala tanwin pula ialah nun mati tambahan yang terdapat pada lafaz sahaja ketika

menyambung bacaan.Ianya berada hanya pada akhir kalimah ism. Kedua-dua tariq al-Syatibi

dan tariq al-Jazari membacanya tanpa ada ghunnah. Contohnya:

z ÏQöq uãø9$#ur «!$$Î/ tB#uä ô` tB úü Ï« Î7» ¢Á9$# ur

Page 17: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

17

Idgam nun sakinah dan tanwin ketika bertemu dengan huruf lam dan ra. Mengikut Imam Hafs

melalui tariq al-Syatibi dan tariq al-Jazari tanpa ada ghunnah. Contohnya :

اربنيا للشآئغس

همبمن ر

2. IZHAR HURUF NUN PADA LAFAZ ( یس ) DAN ( ن )

Menurut Imam Hafs, huruf nun pada lafaz ( یس ) dan ( ن ) melalui tariq al-Syatibi,

ketika menyambung bacaaan dengan ayat selepasnya kedua-duanya tanpa idgham atau izhar.

Begitu juga dengan tariq al-Jazari, kedua-dua lafaz ( یس ) dan ( ن ) dibaca tanpa idgham atau

izhar ketika menyambung bacaan dengan ayat selepas kedua-duanya, iaitu pada ayat :

( dan (ÉOãÅ3 ( يسطرون وما والقلم ptø: $# b# uäöçà) ø9$#ur ).

3. PADA KALIMAH ( اركب معنا ) DI DALAM SURAH HUD AYAT 42

Kalimah ( اركب معنا ) di dalam surah Hud ayat 42, melalui tariq al-Syatibi dan al-Jazari,

wajib dibaca dengan kaedah idgham huruf ba’ ke dalam huruf mim. Ia juga dinamakan idgham

mutajanisayn.32 Contohnya:

ä3s? w ur $oYyèB = ü2öë $# ¢Óo_ç6» tÉ 5AÌì÷ètB

Mengikut tariq al-Syatibi dan tariq al-Jazari, cara bacaannya ialah memasukkan huruf

.(م) ke dalam huruf (ب)

32 Ialah idgham dua huruf sama makhraj dan berlainan sifat.

Page 18: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

18

4. PADA KALIMAH ( یلھث ذلك ) DI DALAM SURAH AL-A’RAF AYAT 176

Manakala, pada kalimah ( یلھث ذلك ) di dalam surah al-Araf ayat 176, melalui tariq al-

Syatibi dan al-Jazari, wajib dibaca dengan cara idgham huruf (ث ) pada huruf( )ذ . Ini juga

dinamakan idgham mutajanisayn. Contohnya:

ã@sVtB 7 Ï9º©å 4 ] ygù=tÉ ÷çm ò2çéøIs? r r&

5. PADA KALIMAH ( بمصیطر ) DI DALAM SURAH AL-GHASYIAH AYAT 22

Persamaan tariq al-Syatibi dan tariq al-Jazari ialah pada kalimah ( بمصیطر ) di dalam

surah al-Ghasyiah ayat 22 ialah membaca huruf sad dengan huruf sad sahaja. Contohnya:

ÇËËÈ @çÏÜøä|Á ßJ Î/ O Îgøãn=tæ M ó¡©9

Page 19: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

19

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, selepas mengkaji tajuk ini, perlunya para ilmuan qiraat dan

tajwid menggiatkan usaha dan saling berganding bahu untuk memberi kefahaman dan

kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya pembacaan Al-Quran mengikut kaedah-

kaedah dan peraturan-peraturannya yang sebenar supaya pengetahuan mengenai ilmu qiraat dan

tajwid ini khususnya dalam riwayat Hafs dapat di rencamkan kepada masyarakat di Malaysia.

Oleh kerana bacaan riwayat Hafs daripada Asim adalah menjadi amalan dan pilihan

utama di Malaysia, ianya harus menjadi tumpuan utama dalam pengajian ilmu tajwid agar etika

bacaannya tidak dilanggari dengan sewenang-wenangnya selain memperkenalkan bacaan qiraat-

qiraat yang lain kerana pada pandangan penulis, pengajian terhadap ilmu qiraat ini kurang

disebarluaskan kepada masyarakat. Kepekaan dan pengetahuan pembaca Al-Quran terhadap

perbezaan dan persamaan riwayat Hafs melalui kedua-dua tariq al-Syatibi dan tariq al-Jazari

sebenarnya melambangkan tahap penguasaan sebenar pembaca al-Quran tersebut dalam

mengaplikasikan pembacaannya.

Justeru, apabila kita membicarakan atau mempelajari ilmu tajwid di Malaysia

,penumpuan harus dirincikan dan diberi perhatian kepada pembacaan riwayat Hafs melalui

kedua-dua tariq tersebut agar tidak berlaku percampuran dan pertindihan hukum-hukum bacaan

yang tidak diharuskan.

Page 20: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

20

BIBLIOGRAFI

• Al-Quranulkarim

• Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusof al-Jazari (1932) Ghayah al-Nihayah Fi Tabaqat al-Qurra, Beirut : Dar al-Kitab al-Ilmiyah

• Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi (1997) Ma’rifah al-Quran al-Kubar, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah

• Shihab al-Din Ahmad bin Muhammad al-Qaslatani (2000), Al-Fath al-Mawahibi fi

Tarjamah al-Imam al-Syatibi, Amman : Dar al-Fath

• Muhammad Ahmad Ma’bad (2003) , Al-Mulakkhas Al-Mufid Fi ‘Ilmi At-Tajwid, Madinah : Darus Salam

• Hisyamuddin Salim al-Kilani (1999), Al-Bayan fi Ahkam Tajwid al-Quran, Jumhuriah

Al Arabiah al-Syauriah

• Doktor Muhammad ‘Isom (1998), Al-Wadhih Fi Ahkam At-Tajwid, Jordan : Darun Nafais

• Husni Syeikh Othman (1987), Haq Al-Tilawah, Urdun : Maktabah Al-Manar

• Surur Shihabuddin An-Nadawi (2207). Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs An’Asim Melalui Tariq Asy-Syatibiah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.

• Abd.Rahman bin Abd.Ghani (2006), Metodologi Bacaan Al-Quran, Selangor: Mashi Publications Sdn.Bhd.

• Ust. Mohd Rahim Jusoh (2001), Pengenalan Ilmu Qiraat, Selangor: Mahsuri Timur Sdn. Bhd.

• Mohd Husdi b. Mohamad (2003), “Qiraat Sab’ah: Kajian Biografi Pada Qurra” ( Latihan Ilmiah, Jabatan Al-Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)

• Shaharuddin bin Saad (2007), Tajwid al-Quran Tariq al-Syatibi dan al-Jazari Riwayat

Hafs an Asim: Pengamalan di Maahad Tahfiz Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Akademi Pengajian Islam: Universiti Malaya.

Page 21: PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL …repository.um.edu.my/7606/1/PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURU… · 1 PERBANDINGAN ILMU TAJWID MENURUT TARIQ AL-SYATIBIY DAN TARIQ AL-JAZARIY

21