SEJARAH PENGENALAN DAN ASAL USUL Permainan sofbol telah diubahsuai daripada permainan baseball. Sejarah perkembangan permainan sofbol bermula pada tahun 1887 oleh George Hancock. George Hancock dari Farragu Boat Club di Chicago telah mencipta satu permainan yang boleh dimainkan di dalam dewan ketika musim sejuk. Beliau menggunakan satu sarung tangan tinju yang diikat sebagai bola dan sebatang kayu penyapu sebagai bet. Pada tahun 1895, Louis Rober, Pegawai Jabatan Bomba Minneapolis menjadikan sofbol sebagai permainan untuk mengekalkan kecergasan fizikal anggota bomba pada waktu senggang. Awalnya terdapat beberapa alumni Universiti Yale dan Harvard menyaksikan pertandingan akhir bola Amerika antara Yale dan Harvard di Farragut Boat club. Setelah skor akhir diumumkan iaitu kemenangan Yale, seorang pemain Yale telah melemparkan sebuah sarung tinju ke arah penyokong Harvard. Salah seorang bertindakbalas dengan mengambil sebatang tongkat dan memukul ke arah sarung tinju tersebut. Peristiwa itu memberikan idea seorang pemberita Chicago Board of Trade, George Hancock. Dia menyarankan untuk membuat sebuah permainan di dalam ruangan dengan bola yang dibuat dari sarung tinju yang dilempar tadi. Beliau mengambil sarung tinju tersebut dan mengikatkannya dengan menggunakan tali, supaya menyerupai bola. Kemudian dengan menggunakan kapur, Hancock melakar lantai Farragut Boat menyerupai gelanggang besbol sebagai kawasan untuk bermain permainan tersebut. Permainan tersebut menggunakan sebatang penyapu sebagai pemukul kepada bola tersebut. Pasukan dibahagi kepada dua kumpulan dan Hancock melaungkan perkataan “Play ball”, dan permainan akan dimulakan dengan skor akhir 44-40. Pada awal abad ke-20, sofbol mula dimainkan di
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SEJARAH
PENGENALAN DAN ASAL USUL
Permainan sofbol telah diubahsuai daripada permainan baseball. Sejarah
perkembangan permainan sofbol bermula pada tahun 1887 oleh George Hancock.
George Hancock dari Farragu Boat Club di Chicago telah mencipta satu permainan
yang boleh dimainkan di dalam dewan ketika musim sejuk. Beliau menggunakan
satu sarung tangan tinju yang diikat sebagai bola dan sebatang kayu penyapu
sebagai bet.
Pada tahun 1895, Louis Rober, Pegawai Jabatan Bomba Minneapolis menjadikan
sofbol sebagai permainan untuk mengekalkan kecergasan fizikal anggota bomba
pada waktu senggang.
Awalnya terdapat beberapa alumni Universiti Yale dan Harvard menyaksikan
pertandingan akhir bola Amerika antara Yale dan Harvard di Farragut Boat club.
Setelah skor akhir diumumkan iaitu kemenangan Yale, seorang pemain Yale telah
melemparkan sebuah sarung tinju ke arah penyokong Harvard. Salah seorang
bertindakbalas dengan mengambil sebatang tongkat dan memukul ke arah sarung
tinju tersebut. Peristiwa itu memberikan idea seorang pemberita Chicago Board of
Trade, George Hancock. Dia menyarankan untuk membuat sebuah permainan di
dalam ruangan dengan bola yang dibuat dari sarung tinju yang dilempar tadi. Beliau
mengambil sarung tinju tersebut dan mengikatkannya dengan menggunakan tali,
supaya menyerupai bola. Kemudian dengan menggunakan kapur, Hancock melakar
lantai Farragut Boat menyerupai gelanggang besbol sebagai kawasan untuk
bermain permainan tersebut.
Permainan tersebut menggunakan sebatang penyapu sebagai pemukul
kepada bola tersebut. Pasukan dibahagi kepada dua kumpulan dan Hancock
melaungkan perkataan “Play ball”, dan permainan akan dimulakan dengan skor
akhir 44-40. Pada awal abad ke-20, sofbol mula dimainkan di kawasan terbuka
sebagaimana ia dimainkan dalam kawasan tertutup atau indoor game.
Pada tahun 1908, organisasi amatur bagi permainan baru ini (National
Amateur Playground Ball Association of the United States) mengatur permainan ini
untuk dimainkan diluar ruangan dengan menggunakan bola yang lebih besar.
Pada tahun 1923, Kongres Rekreasi Nasional (the National Recreation
Congress) meminta kebenaran untuk mengiktirafkan permainan ini, dan pada tahun
1926 nama "softball" digunakan sebagai nama permainan ini walaupun ia belum
dirasmikan.
Pada tahun 1933, World Champion pertama telah diadakan di bawa
Persatuan Amatur Sofbol Amerika(Amateur Softball Association of America) dimana
organisasi ini telah digunakan sebagai peraturan asas di Amerika. Juara untuk
sofbol kategori remaja pada masa itu ialah J. L. Gills dari Chicago. Manakala juara
bagi kategori wanita ialah Great Northerns, juga dari Chicago.
Sejak tahun 1933, “softball” telah menjadi nama rasmi bagi permainan ini.
Pada tahun 1934, pembentukan dan perubahan peraturan telah. Antara perubahan
yang dilakukan adalah jumlah pemain satu pasukan daripada 10 orang kepada 9
orang. Pemain ke sepuluh dinamakan “shortfielder” pada saat itu bertugas sebagai
penjaga kawasan outfield. Pada tahun 1950, jarak antara pitcher’s plate dan home
plate ditambah untuk lelaki dari 43 kaki hingga 46 kaki (13.114 meter).
Pada tahun 1960-an, sebahagian daripada 125,000 pasukan telah mendaftar
di Asosiasi Sofbol Amatur Amerika dan telah mengadakan enam National
Championship setiap tahun. Pada tahun 1949, pasukan Kanada, Toronto's Tip Top
Tailors, memenangi International Championship yang telah dianjurkan secara
berperingkat oleh Asosiasi Sofbol Amatur dan merupakan perlahwanan pertama
yang merupakan kejohanan bertaraf dunia bagi kategori lelaki tingkat dunia.
Diadakan tahun 1966 dibawah sponsor dari Federasi Sofbol Internasional
(International Softball Federation). Australia memenangi kejuaraan pertama untuk
wanita pada tahun 1965.
PERKEMBANGAN DI ASIA
Muncul pertama di Amerika Syrikat, kemudian Kanada dan negara-negara
Barat yang lain dan kemudiannya berkembang di Asia. Selepas Perang Dunia II
tamat, sofbol semakin berkembang digemari. Di Jepang, Philipina, Korea Selatan,
Taiwan, Sofbol telah menjadi permainan rakyat. Perkembangan permainan sofbol
ini semakin meningkat di Asia, dan ini menyebabkan terbentuknya Amateur
Softball of Asia atau juga dikenali ASA-ASIA (Persatuan Softball Amatur se-Asia).
Ia dianggotai beberapa Negara lain iaitu Philipina, Jepun Korea Selatan, Taiwan,
Hongkong, Pakistan, India, Muangthai, Singapura dan Indonesia.
Pada Februari 1967, Kejohanan Sofbol wanita Asia telah diadakan di Manila,
pesertanya hanya 5 buah negara iaitu Philipina, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan
Hong Kong.
PERALATAN PERMAINAN
PENGENALAN
Sofbol dimainkan di kawasan berbentuk diamond. Kawasan ini mempunyai
satu plat rumah dan tiga bes. Setiap pasukan mempunyai sembilan orang pemain.
Apabila satu pasukan mengambil giliran memukul, satu pasukan lagi akan
memadang. Pasukan memukul akan memukul bola ke kawasan pemadang untuk
melakukan larian. Satu larian dikira setelah pemukul berlari mengelilingi diamond
dengan memijak semua bes dan balik semula ke plat rumah.
Pasukan memadang boleh mematikan pasukan lawannya dengan cara
menyentuh pelari bes dengan glof yang memegang bola atau menghantar bola
kepada pemadang di bes lebih dahulu daripada pelari. Giliran memukul tamat jika
terdapat tiga pemukul terkeluar atau `mati`. Setelah tamat permainan, pasukan
yang lebih larian akan dikira pemenang. Sesuatu perlawanan biasanya
mengandungi tujuh inning. Satu inning dikira setelah setiap pasukan bermain dalam
sesi memukul dan satu lagi sesi memadang. Peralatan yang digunakan dalam
permainan sofbol adalah mengikut undang-undang Persatuan sofbol Antarabangsa
atau international softbol federation (ISF)
ALATAN
Alatan yang perlu ada bagi satu perlawanan permainan sofbol seperti Glof,
Mit, Adang muka, Bes(berbentuk segiempat, Penahan dada, Bola sofbol,