SUKAN JOHOR 2017 PERATURAN PERTANDINGAN BERBASIKAL (LELAKI & WANITA) 1.0 PERATURAN AM 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Pertandingan ini, pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan UCI (Union Cycling Internationale). 1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka Peraturan UCI dalam Bahasa lnggeris yang terkini akan dipatuhi. 1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan Lumba Basikal Sukan Johor 2017 adalah muktamad.
15
Embed
PERATURAN PERTANDINGAN BERBASIKAL (LELAKI & …sukan.johor.my/johor2017/pdf/basikal.pdf · senarai nama peserta bersama dengan acara yang akan ... 8.1.3 Tarikh dan masa pelepasan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SUKAN JOHOR 2017
PERATURAN PERTANDINGAN BERBASIKAL
(LELAKI & WANITA)
1.0 PERATURAN AM
1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung di
dalam Peraturan Pertandingan ini, pertandingan ini akan
dijalankan mengikut peraturan-peraturan UCI (Union Cycling
Internationale).
1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi
pentafsirannya, maka Peraturan UCI dalam Bahasa lnggeris
yang terkini akan dipatuhi.
1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal
dan Pertandingan Kejohanan Lumba Basikal Sukan Johor
2017 adalah muktamad.
2.0 TARIKH PERTANDINGAN
12 – 16 Disember 2017
3.0 TEMPAT PERTANDINGAN
3.1 Ujian Masa Perseorangan : Bandar Penawar, Kota Tinggi.
3.2 Cretarium :Tanjung Mas, Bandar Penawar, Kota Tinggi
3.3 Lepas Beramai-ramai :Mula/Tamat – Bandar Penawar, Kota
Tinggi
4.0 PENYERTAAN
4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan Daerah
dan jumlah penyertaan adalah seperti berikut - 6 (enam)
sepasukan bagi lelaki dan 4 (empat) sepasukan bagi wanita
4.2 Kategori pelumba:-
a) Lelaki 20 Tahun dan kebawah
b) Wanita 20 Tahun dan kebawah
5.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PESERTA
5.1 Bagikategori 20 Tahun dan kebawah (Lelaki dan Wanita),
hanya peserta yang lahir pada tahun 1997 dan selepasnya
sahaja yang layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan.
6.0 MESYUARAT / TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
6.1 Mesyuarat/Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan pada
1 hari sebelum pertanding pertama dijalankan.
6.2 Pengurus-pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan
senarai nama peserta bersama dengan acara yang akan
disertai.
6.3 Senarai peserta dan acara yang disahkan semasa
Mesyuarat/Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.
7.0 ACARA-ACARA / ATURCARA
7.1 Rujuk kepada Aturcara Kejohanan yang dilampirkan.
8.0 PERATURAN
8.1 ACARA 20KM UJIAN MASA PERSEORANGAN (Lelaki & Wanita)
8.1.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar 3 (tiga) orang
pelumba terbaik Lelak dan 3 (tiga) pelumba terbaik
Wanita bagi acara tersebut
8.1.2 Waktu perlumbaan dan kedudukan pelumba akan
disediakan sekurang-kurangnya 1 hari (24 jam) sebelum
perlumbaan. Setiap pelumba akan bermula di atas
“Launching Ramp” dan akan dilepaskan setiap 1 minit
giliran yang telah diundi dan pelumba terbaik akan
bermula akhir sekali.
8.1.3 Tarikh dan masa pelepasan pelumba adalah
sepertimana yang tercatit di dalam Aturcara
Kejohanan.
8.1.4 Setiap pelumba akan diiringi oleh marsyal di depan
dan kenderaan pasukan di belakang. Penggunaan
“Loud Hailer” dibenarkan daripada kenderaan
pasukan.
8.1.5 Semua pelumba dikehendaki memakai hard shell
helmet yang bersesuaian dan mempunyai ciri-ciri
keselamatan.
8.1.6 Pelumba yang mencatatkan masa yang terbaik akan
diisytiharkan sebagai pemenang.
8.1.7 Hanya “Standard Road Bike” sahaja dibenarkan untuk
acara ini. Walau bagaimanapun penggunaan
“HighProfile Wheel Set dan Aero Bar” dibenarkan untuk
digunakan.
8.1.8 Jarak perlumbaan bagi setiap kategori adalah 20 km.
8.1.9 Majlis Penyampaian Hadiah akan diadakan sebaik
sahaja acara berakhir.
8.2 ACARA CRITERIUM
8.2.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar 6 (enam)
orang pelumba lelaki & 4 (empat) orang pelumba
wanita
8.2.2 Pengadilan akan diadakan secara Kiraan Mata di
mana mata akan dikira pada setiap pusingan sekali
pecutan dengan jumlah mata 5, 3, 2 dan 1.
Pendahulu bagi setiap pusingan (bukan pusingan
Pecutan) akan diberikan 1 mata.
8.2.3 Jarak laluan bagi satu pusingan ialah 1.5 km. Jarak
keseluruhan perlumbaan adalah seperti berikut :
a) Lelaki 20 tahun kebawah - 45.0KM (30 pusingan/10
pecutan)
b) Wanita 20 tahun kebawah - 31.5KM (21 pusingan/7
pecutan)
8.2.4 Tarikh dan masa pelepasan pelumba adalah
sepertimana yang tercatit di dalam Aturcara
Kejohanan.
8.2.5 Dua (2) “Repair Pit” akan disediakan. Apabila berlaku